You are on page 1of 8

SOALAN

(PERKHIDMATAN/LANTIKAN/PENCEN/PEMANGKUAN/
TATATERTIB )
1.
Bekas Pegawai Kerajaan yang telah berhenti kerja dari perkhidmatanKerajaan boleh diambil balik
berkhidmat dalam apa jua jawatan dengankebenaran khas
A.Ketua Setiausaha Negara.
B.Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam.
C.Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.
D.Suruhanjaya yang berkenaan.

2.
Encik Z seorang Pembantu Am Rendah di sebuah Jabatan telah dihadapkan keMahkamah atas tuduhan
rasuah. Laporan berkenaan dengan prosiding jenayahtersebut telah dikemukakan kepada Pihak Berkuasa
Tatatertib oleh KetuaJabatan beliau. Pihak Berkuasa Tatatertib setelah menimbangkan laporan dansyor
berkenaan boleh
A.mengambil tindakan menggantung kerja Encik Z selama 60 hari.
B.mengambil tindakan menggantung kerja Encik Z.
C.mengambil tindakan menahan kerja Encik Z.
D.mengambil tindakan buang kerja Encik Z.

3.
Hukuman tangguh pergerakan gaji yang dikenakan ke atas seseorang pegawai
oleh Pihak Berkuasa Tatatertib hendaklah dilaksanakan pada
A.tarikh pergerakan gaji pegawai tersebut.
B.awal tahun kesalahan tersebut.
C.serta merta setelah tarikh pengenaan hukuman tersebut oleh Pihak
Berkuasa Tatatertib berkenaan.
D.tarikh ulang tahun pergerakan gaji berikutnya selepas tarikh pengenaan
hukuman itu oleh Pihak Berkuasa Tatatertib yang berkenaan.

4.
Apakah tindakan bagi seseorang pegawai yang telah dimasukkan ke dalam
perjawatan berpencen apabila dilantik ke satu jawatan baru?
A.Diperakukan menghadiri Kursus Induksi
B. Disahkan dalam perkhidmatan setelah Laporan Perubatan menyatakan
beliau layak untuk dibuat sedemikian.
C.Diperakukan perkhidmatan cemerlang.
D.Tidak perlu diperakukan sekali lagi untuk kemasukan ke dalam perjawatan
berpencen.

5.
Hukuman tangguh pergerakan gaji boleh dikenakan oleh Pihak Berkuasa
Tatatertib yang berkenaan bagi tempoh
I. tiga bulan
II. empat bulan
III
enam bulan
IV. dua belas bulan
A.I dan II sahaja
B.I, II dan III sahaja.
C.I, III dan IV sahaja.
D.II, III dan IV sahaja.

6.
Encik R telah menjalankan tugas rasmi di luar ibu pejabatnya bagi tempohmelebihi 8 jam tetapi kurang
daripada 24 jam. Beliau layak menuntut elaunmakan sebanyak RM 45.00 sehari. Berapakah jumlah elaun
yang layakdituntut oleh beliau
A. RM45.00.
B. RM125.00.
C. RM60.00.
D. RM22.50.

7.
Seseorang pegawai yang dikehendaki bertugas rasmi di luarIbu Pejabat layakmemohon Pendahuluan Diri.
Bayaran yang layak dipohon di dalamPendahuluan Diri tersebut ialah
A.elaun makan sahaja.
B.kadar sebenar bayaran sewa hotel.
C.Elaun makan, bayaran sewa hotel/lojing dan tambang perjalanan.
D.Elaun makan dan bayaran hotel.
7.
Seseorang pegawai yang dikehendaki bertugas rasmi di luarIbu Pejabat layakmemohon Pendahuluan Diri.
Bayaran yang layak dipohon di dalamPendahuluan Diri tersebut ialah
A.elaun makan sahaja.
B.kadar sebenar bayaran sewa hotel.
C.Elaun makan, bayaran sewa hotel/lojing dan tambang perjalanan.
D.Elaun makan dan bayaran hotel.

8.
Seseorang pegawai yang terpilih untuk mengikuti kursus jangka panjang di
Australia selama 18 bulan, layak menuntut elaun dan bayaran berikut
I. Elaun runcit.
II. Elaun buku.
III. Elaun pakaian
IV. Insuran perubatan
A.I dan II sahaja.
B.I, II dan III sahaja.
C.I, II dan IV sahaja.
D.II, III dan IV sahaja.

9.
Hukuman-hukuman berikut merupakan hukuman tatatertibkecuali
A. Tahan Kerja.
B. Lucuthak emolumen.
C.Tangguh pergerakan gaji.
D. Buang kerja.

10.
Bayaran Wad bagi seseorang pegawai yang dimasukkan ke dalam hospital-
hospital Kerajaan hanya boleh dikecualikan sekiranya pegawai itu
A.jatuh sakit semasa menjalankan tugas rasminya di luar Ibu Pejabat.
B.mempunyai gaji kurang daripada RM500.00 sebulan.
C.Jatuh sakit semasa menjalankan tugas rasminya di pejabat.
D.Menerima rawatan kurang daripada dua minggu.

11.
Anggota Perkhidmatan Awam yang dilantik mengikut Sistem Saraaan Baru(SSB) boleh disahkan dalam
perkhidmatan apabila memenuhi syarat-syaratberikut,kecuali
A. setelah melepasi tahap kecekapan yang ditetapkan pada gred jawatan
tersebut.
B.setelah hadir dengan jayanya Kursus Induksi.
C.setelah diperakukan oleh Ketua Jabatan.
D.setelah lulus peperiksaan perkhidmatan yang ditetapkan (jika perlu).

12.
Seseorang pegawai awam yang ditamatkan perkhidmatannya atas sebab
berikut boleh dilantik semula ke dalam Perkhidmatan Awam.
A. Sumpah palsu.
B.Tidak Lulus peperiksaan yang ditetapkan.
C.Prestasi kerja tidak memuaskan.
D.Diwartakan tidak hadir bekerja.

13.
Pengertianyang tepat mengenai perlanjutan tempoh percubaan dengan
berdenda ialah :
A.membayar suatu amaun yang ditentukan oleh Suruhanjaya.
B.penangguhan kenaikan gaji dalam tempoh percubaan lanjutannya.
C.hanya menerima gaji akhir sebelum perlanjutan dan hilang kekananan nya
sebanyak masa tempoh percubaannya dilanjutkan.
D.hilang kekananan sebanyak masa tempoh percubaan dilanjutkan.

14.
Sehingga 31.12.2003, Encik Ramli seorang jurutera PKNS masih mempunyai
baki cuti sebanyak 8 hari. Pada 1.6.2004, beliau telah diarahkan mengikuti kursus
jangka panjang selama 18 bulan di Australia. Dalam keadaan ini, baki cuti
rehatnya sebanyak 8 hari itu
A.boleh diambil semasa beliau berkursus.
B.boleh dibawa ke tahun 2005.
C.boleh diambil selepas beliau berkursus.
D.cuti tersebut akan terhapus sama sekali.

14.
Cuti haji diluluskan oleh Ketua Jabatan kepada pegawai-pegawai Islam untuk
menunaikan fardhu haji dengan syarat pegawai telah
I.berkhidmat tidak kurang daripada 4 tahun bagi pegawai tetap.
II.berkhidmat tidak kurang daripada 5 tahun secara berterusan bagi pegawai
kontrak.
III. berkhidmat tidak kurang daripada 6 tahun secara berterusan bagi pegawai
berjawatan sementara.
IV. disahkan dalam jawatan.
A.I, II dan III sahaja.
B.I, II dan IV sahaja.
C.I, III dan IV sahaja.
D.I, II, III dan IV.

15.
Puan Asiah seorang Penolong Pegawai Perangkaan selalu memberi pinjamanwang dengan bunga kepada
rakan-rakan sepejabatnya yang berada dalamkesusahan. Oleh itu, Puan Asiah
A.telah melakukan kesalahan kerana memberi pinjaman wang dengan bunga.
B.tidak melakukan apa-apa kesalahan.
C.tidak melakukan kesalahan kerana niatnya baik.
D.tidak melakukan kesalahan kerana memberi pinjaman adalah urusan
peribadi.

16.
Encik Dol yang bertugas sebagai Pembantu Tadbir Rendahtelah dilantik kejawatan Pembantu Tadbir
(Perkeranian/Operasi) secara Kenaikan PangkatSecara Lantikan pada tahun 2000. Walau bagaimanapun,
beliau gagaldisahkan dalam jawatan barunya kerana gagal dalam peperiksaan yangdisyaratkan. Dalam
keadaan ini, Encik Dol
A.boleh ditamatkan perkhidmatannya.
B.boleh dibenarkan oleh Suruhanjaya berkenaan kembali semula ke jawatan
asalnya.
C. boleh dibersarakan.
D.tidak dibenarkan kembali ke jawatan asalnya kerana beliau telah
melepaskan jawatan tersebut.

17.
Encik Nordin telah memiliki harta pusaka berupa 8 ekar kebun, 15 rumahsewa peninggalan bapanya
semasa berusia 18 tahun. Kini beliau dilantik keperkhidmatan kerajaan setelah tamat pengajiannya tahun
lepas. Dalamkeadaan ini, Encik Nordin
A. tidak perlu melaporkan hartanya itu kerana ianya diperolehi sebelum
beliau berkhidmat dengan kerajaan.
B.perlu melaporkan hartanya itu kepada Pihak Berkuasa Tatatertib sebaik
sahaja dilantik.
C.tidak perlu melaporkan hartanya kerana ianya merupakan harta pusaka.
D.hanya perlu melaporkan hartanya apabila diarah berbuat demikian oleh
Pihak Berkuasa Tatatertib.

18.
Encik Rahim seorang Pegawai Tadbir diarah oleh ketua Jabatannyamelakukan kerja di luar Ibu pejabat.
Beliau bertolak dari Kuala Lumpur kePerak dengan menaiki kenderaan sendiri pada jam 7.30 pagi dan
kembali keKuala Lumpur pada hari yang sama di mana beliau sampai di rumahnya jam10.00 malam.
Bagi maksud ini, beliau layak menuntut
A.elaun harian, bayaran tol dan elaun dobi.
B.elaun makan dan elaun perjalanan kenderaan.
C.elaun perjalanan kenderaan, elaun harian dan bayaran tol.
D.elaun perjalanan kenderaan, elaun makan dan bayaran tol.
19.
Jenis cuti atas sebab-sebab perubatan adalah
I.Cuti rehat
II.Cuti pemulihan dan cuti kuarantin
III.Cuti kemalangan
IV.Cuti Sakit Lanjutan

20.
Syarat-syarat kerja yang melayakkan seseorang itu mendapat bayaran lebih
masa adalah kerja-kerja yang
A.dilakukan di luar Ibu Pejabat yang melebihi daripada waktu bekerja.
B.perlu dibuat pada waktu malam.
C.dilakukan sebelum jam 8.00 pagi dan selepas 4.30 petang.
D.dikehendaki dibuat oleh pegawai melebihi daripada waktu tugas biasa.

SOALAN PENCEN DAN ASPEK KESELAMATAN PEJABAT


1.
Dokumen terperingkat yang dihantar melalui peti atau beg berkunci adalah
dikehendaki menggunakan
A.Sampul pos berdaftar
B.sampul surat biasa
C.sistem dua lapis sampul surat.
D.sistem satu sampul surat sahaja.

2.Tindakan yang perlu diambil terhadap buangan terperingkat sebelum dibinasakan


Ialah
A.membawa pulang buangan terperingkat tersebut.
B.menyimpannya di atas rak fail.
C.membuang sahaja buangan terperingkat itu.
D.menyimpannya dalam peti keselamatan yang sesuai dengan
peringkatnya.

3.Encik Zain seorang juruteknik di PKNS sedang bercuti sebelum bersara. Beliautelah ditawarkan bekerja di
sebuah syarikat swasta berdasarkan pengalaman yangbeliau miliki. Oleh itu beliau
A.boleh menerima jawatan tersebut dengan syarat mendapat kebenaran
terlebih dahulu daripada Ketua Jabatan.
B.boleh menerima jawatan tersebut kerana beliau sedang bercuti sebelum
bersara.
C.tidak boleh menerima jawatan tersebut kerana beliau masih lagi
seorang pegawai kerajaan.
D.tidak boleh menerima jawatan tersebut selagi cuti sebelum bersaranya
Habis
4.Bagi dokumen terperingkat yang tidak kekal terjilid, peringkat keselamatan
hendaklah ditaip atau ditulis dengan huruf besar pada
A.penjuru kiri sebelah atas setiap muka surat.
B.penjuru kanan sebelah bawah setiap muka surat.
C.penjuru kanan sebelah atas dan penjuru kiri sebelah bawah pada setiap
muka surat.
D.penjuru kiri sebelah atas dan penjuru kanan sebelah bawah setiap
muka surat

5.Tindakan atau sebarang kegiatan yang dilakukan bagi memperolehi perkaraterperingkat dengan cara
tersembunyi dan menyalahi undang-undang yangbertujuan untuk mengancam keselamatan Negara adalah
ditakrifkan sebagai
A.subversif.
B.khianat.
C.sabotaj.
D.espionaj.

6.Kelemahan- kelemahan manusia kerapkali mengakibatkan berlakunyapelanggaran keselamatan dan


mungkin berkesudahan dengan perkara-perkararasmi diketahui oleh pihak yang tidak diberi kebenaran.
Kelemahan-kelemahanitu termasuk
I.keinginan hendak menunjuk-nunjuk dan menarik hati saudara mara, sahabathandai dan rakan taulan,
terutama kepada kumpulan jantina lain mengenaipengetahuan sesuatu perkara terperingkat yang pada
amnya tidak diketahuioleh orang lain.
II. kecuaian mematuhi arahan-arahan keselamatan.
III. kecuaian kerana berlebih-lebihan ketagih minuman keras dan dadah.
IV. tidak cermat ketika bercakap melalui telefon atau di tempat-tempat awam
mengenai perkara terperingkat.
A.I dan II.
B.II dan III.
C.II, III dan IV.
D.I, II, III dan IV

7.Yang mana di antara berikut, langkah-langkah keselamatan yang tidak berkesan?


A.diletakkan di kawasan laluan orang ramai.
B.arahan-arahan senang difahami.
C.setiap orang benar-benar memahami perlunya langkah-langkah itu
diadakan.
D.langkah-langkah itu dikuatkuasakan dengan tegas hingga dihormati dan
menjadi perkara biasa.

8. Proses asas yang digunakan bagi menapis penjawat-penjawat awam yang


dikehendaki melihat perkara-perkara terperingkat Sulit dikenali sebagai
A.Tapisan Sulit.
B.Tapisan Kasar.
C.Tapisan Rahsia.
D.Tapisan Halus.

9. .Surat-surat yang dikeluarkan oleh mana-mana Kementerian, Jabatan atau Agensi

perlu diberi pengkelasan keselamatan mengikut


A.peringkat keselamatan kandungan fail itu.
B.kepentingan kandungan surat.
C.garis panduan Pejabat Keselamatan Kerajaan.
D.panduan Keselamatan Jabatan.

10.Puan Zainun, seorang Pegawai Kanan di Kementerian Dalam Negeri terpaksamembawa pulang fail
terperingkat Sulit untuk menyambung kerjanya di rumah.Dalam keadaan ini, beliau hendaklah
A.mendapatkan kebenaran bertulis daripada Ketua Jabatan.
B.mendapat kebenaran bertulis daripada Menteri Dalam Negeri.
C.Mendapat kebenaran bertulis dari Ketua Pegawai Keselamatan
Kerajaan.
D.Mendapat kebenaran daripada Pendaftaran Fail Kementerian Dalam
Negeri.

11. Berikut adalah jenis-jenis persaraan mengikut Seksyen 10, 11, 12 dan 12A Akta
227 atau 13 Akta 239. Pilih satu jenis persaraan yang tidak betul.
A.Persaraan atas sebab penghapusan Jawatan.
B.Persaraan atas sebab kepentingan Negara.
C.Persaraan atas sebab berhijrah.
D.Persaraan atas sebab dilantik berkhidmat dalam mana-mana
pertubuhan yang diluluskan oleh kerajaan.

12.“Award wang Tunai gentian cuti rehat” adalah satu lagi faedah di bawah skimpencen. Jumlah maksima
cuti rehat yang dibenarkan dikumpuluntuk tujuantersebut adalah tidak melebihi
A.90 hari
B.120 hari
C.30 hari.
D.15 hari

13.Ganjaran terbitan ialah faedah di bawah skim pencen yang dibayar sekaligusberikutan kematian pegawai
berpencen dalam perkhidmatan. Amaunnya dihitungmengikut formula berikut
A.7.5/100 X tempoh perkhidmatan X gaji akhir.
B.1/600 X tempoh perkhidmatan X gaji akhir
C.1/30 X tempoh perkhidmatan X gaji akhir.
D.1/500 X tempoh Perkhidmatan X gaji akhir.

14. Pemeriksaan ke atas Pemadam Api hendaklah dilakukan sekurang-kurangnya


A.3 bulan sekali.
B.6 bulan sekali
C.apabila alat tersebut ingin ditukar baru
D.1 tahun sekali

15.Salah satu daripada perkara di bawah ini tidak seharusnya terkandung di dalam
sesebuah fail
A.Surat-surat dan salinan surat-surat yang diterima.
B.Salinan surat-surat yang dikeluarkan.
C.Draf-draf surat.
D.Minit-minit bebas.
16.Pas Keselamatanbagi mana-mana pejabat kerajaan akan dibahagi kepada
kategori berikut,kecuali
A.Pas Keselamatan Khas.
B.Pas Keselamatan Pelawat.
C.Pas Keselamatan Tetap
D.Pas Keselamatan Sementara.

17.Satu kulit fail yang mempunyai tajuk dan nombor yang sama dengan fail asal
hendaklah dibuka dan ditandakan sebagai Jilid II apabila
A.kulit fail asal itu dan kandungannya basah terkena hujan.
B.terlalu banyak lampiran di dalam fail asal itu.
C.had muatan di dalam fail asal itu telah dicapai.
D.kandungan fail asal itu telah mencapai angka seratus atau melebihi 1 inci
ketebalannya.

18. Kertas Minit yang diletakkan di bahagian sebelah kiri kulit fail adalah digunakan
untuk tujuan-tujuan berikut,kecuali
A.merekodkan butir-butir tindakan ke atas panggilan telefon berkenaan
perkara dalam fail.
B.mencatatkan pengedaran fail.
C.merekodkan surat-surat masuk dan keluar.
D.mencatatkan hasil-hasil perbincangan berkaitan isi kandungan fail.

19.Seorang pegawai awam yang telah lulus tapisan keselamatan yang disyaratkan
kepadanya boleh
A.melihat semua perkara terperingkat secara automatik
B.melihat perkara terperingkat setakat membolehkannya menjalankan
tugasnya.
C.menyimpan semua jenis fail terperingkat.
D.menentukan peringkat sesuatu dokumen terperingkat.

20. Proses memindahkan fail-fail jabatan ke Arkib Negara perlulah memastikan


I.fail-fail berkenaan tidak aktif selama satu tahun.
II.fail-fail adalah bernilai dan telah berumur lebih daripada 20 tahun.
III.fail-fail tidak lagi dikehendaki oleh jabatan untuk urusan harian dan sudah
melebihi lim tahun selepas penutupan.
IV.Fail-fail telah disemak sebagai berguna untuk disimpan di Arkib Negara.
A.I, II dan III sahaja.
B.I, III dan IV sahaja.
C.II, III dan IV sahaja.
D.I, II dan IV sahaja

You might also like