You are on page 1of 20

KURSUS PENANAMAN SAYURAN

SECARA FERTIGASI

( KERTAS 1 )

1. KONSEP – PENANAMAN SISTEM FERTIGASI

 Fertigasi sebenarnya berasal dari dua perkataan – Fertilization dan


irrigation yang dicantumkan.

 Sistem fertigasi adalah satu sistem pengurusan air dan baja yang
dijalankan serentak.

 Sistem fertigasi dijadualkan untuk mengagihkan larutan baja ( pada


kepekatan rendah ) beberapa kali sehari ( mengikut keperluan ) kepada
setiap pokok.

 Tujuan utama sistem ini adalah untuk menigkatkan keberkesanan


penggunaan baja. Pengagihan secara automatik menggunakan pengatur-
masa dengan kekerapan dan tempoh pemberian yang telah dikenalpasti
dapat mengurangkan kebergantungan kepada tenaga buruh.

 Sistem fertigasi direkabentuk mengikut keperluan amalan fsiologi dan


agronomi tanaman khusus untuk sayur-sayuran jenis buah.

 Pam air boleh tenggelam ( submersible pump ) yang diperbuat daripada


polietelina dan keluli tahan karat digunakan untuk mengepam larutan baja
dari tangki larutan baja

 Untuk penjimatan masa, kos dan meningkatkan kualiti sistem ini


komponen-komponen sistem fertigasi disediakan dan dipasang di dalam
bengkal kejuruteraan. Komponen yang telah difabrikasi dibawa ke tapak
binaan untuk dipasang secara pasang siap.
( KERTAS 2 )

2. STRUKTUR PELINDUNG TANAMAN.

2.1 Pendahuluan

 Tujuan asal keadah fertigasi ialah untuk mengelak tanaman daripada


dijangkiti oleh penyakit akar seperti penyakit Pythium, Fusarium,
Rhizoctonia dan penyakit layu bakteria yang kebanyakkannya dibawa
oleh tanah.

 Pengeluaran tanaman di ladang terbuka dataran rendah menghadapi


risiko tinggi akibat kerosakan tegasan suhu yang tinggi, sinaran matahari
yang ekstrim, timpaan hujan lebat, tiupan angin kencang, serangan
penyakit dan serangga perosak.

 Masalah ini boleh diatasi dengan menggunakan teknologi struktur


Pelindung Tanaman yang dilengkapi dengan sistem fertigasi.

 Teknologi ini dapat menjamin pengeluaran hasil yang tinggi dengan kualiti
yang lebih baik di sepanjang tahun dengan kos pengeluaran yang
rendah.

 Asasnya, Struktur Pelindung Tanaman dalam manual ini mempunyai


kerangka besi galvanic, atap polietilina lutsinar dan dinding jarring kalis
serangga yang lutsinar.

2.2 Ciri-ciri Rekabentuk

 Saiz Struktur Pelindung Tanaman model nasional ialah 6m lebar, 33m


panjang dan 2.4 m tinggi di kedua-dua sisi.

 Kawasan tanah seluas sehektar disyorkan hanya memuatkan sebanyak


24 unit Struktur Pelindung Tanaman model nasional. Ruang selebihnya
digunakan untuk pembinaan jalan, peparitan dan infrastuktur lain.

2.3 Penyelenggaraan

 Struktur Pelindung Tanaman perlu diselenggara seamsa beroperasi. Atap


plastik dan jaring poliatelina perlu dicuci setiap enam bulan sekali dengan
cermat menggunakan air sabun dan penggosok lembut untuk
menghilangkan lekatan debu dan lumut. Plastik atau jaring yang koyak
perlu diampal.
( KERTAS 3 )

3. KAEDAH PENANAMAN SECARA FERTIGASI

 Fertigasi di sini merujuk kepada sistem pengeluaran tanaman tanpa


menggunakan tanah ( soilless culture production system ) , tetapi
menggunakan bahan samada organan atau bukan organan sebagai
tempat untuk akar berpegang disamping membantu pertumbesaran
pokok.

 Umumnya hanya sayur-sayuran jenis buah sahaja seperti tomato, cili


merah, capsium, timun, melon, zukini, terung dan strawbery yang sesuai
lagi ekonomikal menggunakan kaedah ini.

 Tujuan penanaman secara fertigasi ialah untuk menggelakkan tanaman


daripada dijangkiti oleh penyakit akar seperti penyakit Pythium, Fusarium,
Rhizoctonia dan penyakit layu bakteria yang kebanyakannya adalah jenis-
jenis penyakit bawaan tanah. Penyakit lain yang dianggap merbahaya
ialah penyakit hawar pucuk dan Antraknos pada tanaman cili.

 Bagi membolehkan kaedah ini dilaksanakan, seseorang pengusaha itu


mestilah mempunyai rumah tanaman, yang lebih dikenali sebagai Struktur
Pelindung Tanaman ( SPT ).

 Atap STP hendaklah diperbuat daripada bahan yang lutsinar supaya


cahaya matahari dapat diterimaguna oleh tanaman.

 Tanpa SPT pengawalan perosak tanaman secara kimia tidak akan


berkesan disebabkan hujan yang turun akan mencuci racun-racun yang
diberikan. Semburan ulangan dan penambahan dos semburan akan
meningkatkan kos. Percikan air akibat hujan yang menimpa daun juga
memudahkan jangkitan kepada pokok-pokok lain.

 Selain melindungi tanaman daripada dijangkiti penyakit SPT juga dapat


mengelakkan larutan baja yang diberikan kepada pokok menjadi terlalu
cair kerana hujan menyebabkan pemberian baja tidak berkesan.
Akibatnya pertumbuhan pokok trtjejas dan hasil merosot.

 Walau bagaimanapun SPT yang dilengkapi dengan dinding jaring kalis


serangga tidak dapat menjamin tanaman bebas dari diserang atau
dijangkiti penyakit virus. Ini disebabkan dinding jaring walaupun
menggunakan saiz 32 mesh masih tidak dapat menyekat kemasukan
hamama merah, kutu trip atau lalat putih ( pembawa virus ) kerana
mereka ini sifatnya kecil
.
( KERTAS 4 )

4. MEDIUM TANAMAN

 Medium tanaman ialah sebarang bahan samada organan atau bukan


organan yang boleh digunakan sebagai tempat untuk akar berpegang
disamping membantu pertumbesaran pokok.

 Medium tanaman yang paling banyak digunakan ialah ‘ cocunut coir dust ’
yang dikenali dengan panggilan ‘ coco peat ‘ atau habuk sabut kelapa.

 ’coco peat ’ adalah murah dan mudah dibeli jika dibandingkan dengan
media tanaman komersial lain seperti ’ perlite ’, ’vermicululite ’ dan ’
maidenwell diatomite’.

 Media tanpa tanah lain yang boleh digunakan ialah seperti pasir sungai /
lombong atau batu kerikil granit ( bukan batu kapur kerana kandungan
kalsiumnya tinggi ).

 Beberapa contoh bahan medium yang boleh di gunakan :

 Habuk kayu
 Pasir
 Batu kelikir
 Sabut kelapa
 Sekam padi
 Gambut
 Air
 Vermikulat

 Walau apa jenis dan bentuk bahan medium yang digunakan, fungsi
utamanya ialah :

 Boleh memberi sokongan pada akar


 Boleh membekalkan Oksigen
 Boleh memerangkap air dan nutrient
( KERTAS 5 )

5. KEBAIKAN DAN KEKURANGAN SISTEM FERTIGASI

 KEBAIKAN

 Tidak perlu kawasan yang luas

 Masa menanam lebih singkat

 Kurang beban kerja berat

 Jimatkan penggunaan air

 Serangan penyakit dari tanah dapat dielak dan mudah


dikawal

 Tiada masalah rumput –atas batas tanaman

 Tanaman lebih produktif & Potensi Hasil tanaman lebih


tinggi

 Mesra alam

 Kualiti hasil yang sekata

 Musim menanam sepanjang tahun - tiada dipengaruhi


oleh musim

 KEKURANGAN

 Kos permulaan yang tinggi

 Perlukan pengetahuan & kemahiran tinggi

 Perlukan Kemudahan asas- sumber air bersih / bekalan


tenaga elektrik

 Hanya sesuai utk tanaman tertentu – tidak semua jenis


tanaman mudah ditanam.
6. KOMPONEN DALAM SISTEM FERTIGASI

a. Penitis ( dripper / emitter )

 Penitis adalah alat yang dipasang di hujung tiub spageti di mana


larutan baja keluar ke pangkal tanaman.

 Penitis disambungkan ke paip pembahagi ( lateral lines )


menggunakan tiub kecil dipanggil tiub spageti dan penyambung
( adaptor ) . Tiub spageti ini biasanya bergarispusat 5mm dan
panjangnya setengah meter.

 Penitis yang baik ilah dari jenis dwi fungsi iaitu sebagai penitis dan
juga sebagai pengatur ( regulator ). Penyelenggaraan penitis jenis ini
lebih mudah. Kerana ianya mudah untuk dicabut dan dibersihkan
apabila tersumbat.

b. Paip pembahagi ( lateral lines )

 Paip pembahagi dipasang sanaada satu paip polietelina bagi setiap


baris tanaman seperti tanaman cili atau satu paip polietelina bagi
setiap dua baris tanaman seperti tanaman

 Sebaiknya ia dipasang mendatar terutama bagi kaedah graviti atau


penggunaan pam yang kecil tekanannya.

 Saiz paip pembahagi ( polypie HDPE ) ysng biasa digunakan


bergarispusat 13mm. Paip bergarispusat 16mm digunakan pada
batas-batas tanaman yang panjangnya melebihi 50m.

 Penggunaan paip pembahagi yang bewarna putih sangat-sangat


digalakkan.

c. Paip primer ( main line )

 Paip utama biasanya bergarispusat antara 32mm hingga 40mm.

d. Paip sekunder ( secondary line )

 Paip sekunder biasanya juga bergarispusat antara 32mm hingga


40mm bergantung kepada bilangan paip pembahagi dan bilangan
pokok yang perlu diairbajai.
e. Tangki larutan baja

 Tangki larutan berfungsi untuk menakung larutan baja, pusat


menyukat kepekatan, merawat, menapis dan mengatur sukatan dan
masa pemberian larutan baja.

 Di sekitar tangki inilah terletaknya pam, penyukat tekanan, penapis,


penyukat kepekatan dan keasidan baja dan pengatur masa.

 Pengaliran larutan baja dari tangki larutan baja boleh dilakukan


samada menggunakan pam atau secara tarikan graviti.

 Kaedah tolakan graviti biasanya dilakukan di kawasan yang tiada


bekalan tenaga elektrik atau terdapat tanah tinggi yang berhampiran
dengan ladang seperti yang diamalkan di Cameron Higlands.

f. Penapis ( filter )

 Penapis perlu dibersihkan sekerap mungkin agar jerja-kerja penapisan


berkesan.

 Biasannya penapis dipasang selepas pam air.

 Air yang digunakan untuk fertigasi perlu bersih dan suci dari sebarang
patogen untuk mengelakkan penitis tersumbat dan tanaman dijangkiti
penyakit.

g. Alat pengatur masa ( timer )

 Alat pengatur masa digunakan untuk memastikan pemberian larutan


baja dilakukan pada masa, kekerapan dan kuantiti yang ditetapkan.

 Kuantiti larutan baja yang diberikan juga bergantung pada tempoh


masa penitisan.

 Kuasa pam ( tekanan ) juga mempengaruhi tempoh masa penitisan.


( KERTAS 7 )
7. KEPERLUAN OPERASI

 Kadar penitisan mestilah kerap dengan tempoh yang pendek. Tempoh


masa pemberian mestilah bertepatan denagn keperluan pokok.

 Hangan memberikan terlalu banyak larutan baja bagi mengelakkan


berlakunya pembaziran dan seterusnya dapat mengurangkan kos
pengeluaran

 Penapisan mestilah dibersihkan selalu mengikut jadual ( mungkin sekali


atau sekali atau sekali dalam dua minggu bergantung kepada kualiti air )
untuk memastikan sistem fertigasi berfungsi dengan sempurna.

 Sebulan sekali klip di hujung paip pembahagi dibuka untuk mencuci dan
membilas keluar mendapan garam-garam galian dan bendasing yang ada
dalam paip tersebut.

 Alat penitis mestilah diperiksa dan dibersihkan setiap minggu untuk


mendapatkan pengaliran larutan baja yang betul.

 Kekerapan penitisan ditambah mengikut pertimbuhan pokok bagi


memastikan pokok yang makin membesar mendapat larutan baja yang
mencukupi.
( KERTAS 8 )

8. PEMILIHAN VARIETI

 Varieti adalah komponen penting untuk mendapatkan hasil yang


tinggi, tetapi tidak semestinya dapat menyelesaikan semua masalah
yang dihadapi petani.
 Petani perlu memastikan varieti yang paling sesuai untuk
digunakan .
Varieti mempunyai tindakbalas yang khusus kepada alam
persekitaran seperti suhu, kelembapan angina dan tahap
pengurusan. Terdapat variety yang sangat peka dan ada yang stabil
kepada perubahan persekitaran.
 Pengetahuan terhadap cirri-ciri variety yang terkini adalah amat
penting untuk pemilihan yang tepat.
 Gunakan variety yang telah disyorkan sahaja. Antara variety yang
disyorkan mengikut jenis tanaman adalah seperti berikut:

Jenis
Varieti yang disyorkan
Tanaman

Tomato Al boran, Baccarat 322, Gin Yuen Bao, Batu 163


(Semua benih di atas boleh dibeli di Chop Eng
Huat Seed, Brinchang, Cameron Highlands.
Pahang)
Cili DRH 911 (DeRuiter Seed Co. Holland)
Hot Chilli (Known You Seed Co. Taiwan)
Hybrid Red Star (Hot Chilli) Ringlet
Kulai (MARDI Serdang)
Kulai Susu (Leckat Seed Co)

Melon Golden Langkawi, Gold Champ, Goddes


Wangi Glamour, Roze, Emerald Jewels

 APA JENIS TANAMAN YANG BOLEH DI TANAM-FERTIGASI

 Tanaman sayur berbuah

1. Tomato
2. Cili
3. Melon
4. Timun Jepun
5. Capsium ( cili besar )
6. Strawberry
7. Terung

( KERTAS 9 )

9. PENYEDIAAN BIJI BENIH DAN


MENYEDIAKAN ANAK BENIH

 Gunakan biji benih yang tulin dan berkualiti.


 Pastikan biji benih yang digunakan bebas daripada sebarang
penyakit dan tiada kesan serangan serangga.
 Gunakan benih yang peratus percambahannya tidak kurang
daripada 90%. Ujian percambahan perlu dilakukan sekiranya benih
tersimpan lama dalam stok. Apabila percambahannya tidak
mencapai tahap yang sepatutnya, ianya perlu diganti dengan benih
baru.
 Dalam keadaan tertentu rawatan biji benih perlu dibuat.

MENYEDIAKAN ANAK BENIH

 Sekiranya seseorang pengusaha dapat menyediakan anak benih


tanaman dengan baik, secara tidak langsung boleh menjamin 50%
kejayaan.
 ‘Peat moss” adalah medium yang paling baik untuk medium
percambahan.
 Dengan menggunakan biji benih yang diperolehi dari sumber atau
pembekal yang boleh dipercayai ‘peat moss’ pasti dapat
memberikan pertumbuhan anak benih yang baik.
 Dulang semaian samada dari jenis plastic hitam (Gambar 2) atau
polisterin plug boleh digunakan. Anak benih mudah dikeluarkan
tanpa memjejaskan akar pokok.
 Dulang semaian diisi dengan ‘peat moss’. Pastikan ianya tidak
terlalu padat atau terlalu longgar. Buatkan lubang dengan
mencucukkan jari telunjuk sedalam 1 sm.
 Masukkan biji benih yang telah dirawat dengan thiram atau captan
ke dalam lubang-lubang ini. Satu biji benih bagi setiap satu plug.
 Siram biji-biji benih ini dengan air bersih menggunakan penyembur
tangan kecil bagi memastikan biji-biji benih basah dan boleh
cambah.
 Lubang-lubang biji benih ini jangan dikambus terlalu padat.
 Dulang-dulang semaian ditutup dengan helaian plastic hitam dan
diletakkan di bawah teduhan.

 Biarkan beberapa hari untuk biji-biji benih bercambah. Biasanya 4 –


6 hari di tanah rendah bagi tomato dan cili untuk biji-benih.
Tanamanmelon wangi hanya memerlukan 2 hari sahaja untuk biji
bercambah.
 Plastik hitam dibuka selepas 4 hari dan dedahkan dulang semaian
kepada cahaya matahari di dalam taking pembesaran di rumah
semaian bagi memastikan anak-anak pokok tumbuh tegap dan tidak
kurus.
 Takung pembesaran dilengkapi dengan sistem pengairan NFT di
mana larutan bajanya berkitar dengan bantuan pam kecil akuarium (
32 watts ).
 Anak-anak benih diberikan larutan baja dengan kepekatan EC = 1.6
µS dan di tingkatkan kepekatannya seminggu kemudian sehingga
EC = 2.5 µS.
 Dalam tempoh 2 minggu anak-anak benih ini telah sedia untuk
diubah ke beg-beg tanaman.

 TEMPOH MENGUBAH ANAK BENIH KE LADANG - POLIBEG

1. Tomato 15 – 25 hari
2. Cili 25 – 30 hari
3. Terung 25 – 30 hari
4. Kobis 14 – 20 hari
5. Timun Jepun 5 - 8 hari
6. Tembikai wangi 8 - 10 hari

 MASA MENYULAM ANAK POKOK

1. 1 minggu selepas ubah.


2. Untuk dapat keseragaman.
3. Peratus sangat rendah.
( KERTAS 10 )

10. MEMBUAT LARUTAN STOK

 Komponen Nutrien dlm Sistem Fertigasi :

 Nutrien Makro
• N
• P
• K
• Mg
• Ca
• Sulfur

 Nutrien mikro

 Boron
 Ferum
 Zink
 Calsium Nitrat/Potasium Nitrat
 MKP & Potasium Nitrat
 Kopper
 Magnesium Sulfat
 Molibdenum
 Unsur lain seperti Oksigen, Hidrogen dan Karban diperolehi
daripada udara )

 Formulasi baja adalah berbeza mengikut jenis tanaman.

 Larutan stok disediakan dengan kepekatan 100 x ganda dari yang


diperlukan oleh pokok. Boleh juga disediakan dalam kepekatan 200
x ganda untuk mengurangkan ruang menyimpan tangki larutan stok.
 Kalsium nitrat { Ca (N03) 2} mestilah disediakan secara berasingan
dari sebatian yang mengandungi PO4 dan S04 untuk mengelak
berlakunya tindakbalas kimia dan terjadinya pemendakan. Biasanya
larutan Ca (N03)2 dan zat Fe disatukan dan disediakan berasingan
dari 9 sebatian lain.
 Larutan stok ini { Ca (N03) 2 dan zat Fe } dilabelkan dengan
LARUTAN “ A ” manakala larutan yang mengandungi sebatian-
sebatian lain ( KNO3 KH2PO4, MgSO4, MnSO4, CuSO4, ZnPO4,
Ammoniom Molibdat atau Nateriam Molibdat dilabelkan dengan
LARUTAN “B”.
 Perlu di ingat bahawa semasa membuat larutan baja, kedua-dua
larutan stok tidak boleh di campurkan serentak.

( KERTAS 11 )

11. PENYEDIAAN BEG TANAMAN

 Ukuran beg plastik yang biasa digunakan ialah 45 sm panjang dan 15 sm


lebar untuk tanaman tomato dan melon.
 Sebaiknya plastik putih digunakan bagi mengurangkan peningkatan suhu
di dalam ‘coc-peat’.
 Beg-beg tanaman ini setelah diisi ‘coco peat’, dicantum (staple) hujungnya
(mulutnya) dan di susun baring membentuk bantal-bantal kecil ( Lihat
Gambar 3).
 Untuk memudahkan kerja-kerja pengendalian (memunggah, mengangkat
dan menyusun ), gunakan satu bantal untuk pokok.
 Di syorkan ‘coco peat’ dibasah dan ditoskan dahulu sebelum dimasukkan
ke dalam bantal-bantal plastik untuk mengelakkan masalah hidung atau
mata berair.
 2 – 2.5 kilogram ‘coco peat’ lembap diperlukan untuk setiap bantal
tanaman.
 3 – 4 lubang-lubang untuk laluan keluar lebihan larutan baja dibuat di kiri
kanan bantal-bantal tanaman menggunakan pisau kecil lebih kurang
3.5sm – 5sm dari aras tanah. Kerja ini dilakukan pada hari atau sehari
selepas menanam.
( KERTAS 12 )

12. MENANAM

 Anak benih yang berumur 10 hari selepas cambah sedia untuk diubah ke atas
bantal-bantal berisi “coco-peat”

 Pada Peringkat ini ketinggian pokok di antara 10-12 sm

 Anak- anak pokokk boleh juga diubah lebih awal lagi tanpa memjejaskan
pertubuhan pokok

 Bantal-bantal ditebuk samada berbentuk tingkap atau bentuk X. Lihat


Gambarajah 5 di bawah.

Gambarajah 5 : Jenis lubang di atas bantal tanaman

18 sm

12.5
sm

Jenis Tingkap Jenis X

 Anak benih bersama plug ‘peat moss’ dimasukkan ke dalam lubang yang dikorek
pada bantal-bantal tanaman

 Tali lanjaran (tali bagi pokok memanjat atau melilit ke atas) diikat ke pangkal
pokok dan dillit ke batang pokok

 Dawai penggangtung ini biasanya direntang kemas samada memanjang atau


melintang Strrtur Pelindung Tanaman mengikut pergerakan matahari. Dawai ini
mestilah cukup tinggi (2.5m) untuk mewujudkan pengudaraan yang baik
 Pastikan bahawa sisitem pengairan titis berfungsi. Penitis dicucukan ke pangkal
pokok agar anak-anak pokok yang baru ditanam mendapat bekalan larutan baja
setiap kali pam dihidupkan.
 Pemeriksaan sentiasa dilakukan ke atas setiap pokok untuk memastikan
kesemuanya menerima titisan larutan baja.
( KERTAS 13 )

13. PENGURUSAN SISTEM PENGAIRAN

 Pembekalan larutan baja dilakukan mengikut masa yang ditetapkan dengan


bantuan alat pengatur masa

 Kekerapan dan tempoh masa setiap penitisan bergangtung kepada jenis


tanaman dan peringkat umur tanaman

 Pada amnya tanaman dan melon wangi yang mempunyai daun yang lebar,
memmerlukan kekerapan penitisan yang lebih jika dibandingkan dengan
tanaman tomato dan cili

 Tempoh masa penitisan tidak terlalu panjang bagi menghalang pembaziran


larutan baja.

 Dalam tempoh penitisan yang panjang jumlah larutan baja yang diberikan akan
melebihi kemampuan bagi ‘coco-peat’ untuk menyerap dan menyimpannya

 Penitisan selama lebih kurang 5-6 minit bagi setiap 2 jam (pada siang hari)
adalah memadai untuk tanaman yang ditanam di tanah rendah. Dalam tempoh
ini tiap-tiap pokok menerima lebih kurang 100-150 ml. larutan baja

 Sistem pengairan titis memang mudah tersumbat akibat timbunan garam galian
dan juga lumut

 Adalah penting untuk memeriksa pokok setiap hari untuk mengesan mana-mana
penitis yang tersumbat

 Pemeriksaam yang efektif boleh dilakukan antara 10.00 hingga 11.00 pagi.
Pemeriksaan pada waktu petang mungkin terlalu lewat untuk memulihkan mana-
man pokok yang telah layu akibat tidak mendapat larutan baja

 Apabila penitis tersumbat pokok akan layu, biasanya bermula dari daun muda
atau pucuk. Cabut penitis dari tib spageti dan bersihkan

 Penggunaan penapisan lazimnya boleh mengurangkan masalah ini. Walau


bagaimanapun perlu diingat bahawa penapis mestilah sentiasa dibersihkan dari
semasa ke semasa untuk menjamin keberkesanannya
 Kejadian penimpunan sisa garam galian di dalam tanaman sering berlaku di
kawasan tanah rendah tropika. Untuk mengelakan kejadian ini medium tanaman
disyorkan supaya dibilas dengan air bersih setiap kali sebelum pengisian semula
tangki larutan baja dilakukan

( KERTAS 14 )

14. MEMBUAT CANTASAN

14.1 Membuang tunas air

 Tunas air yang dikeluarkan oleh semua pokok dikotilidon (jenis berdaun lebar)
tidak diperlukan. Tunas air akan terus tumbuh dari celah daun ( antara batang
pokok dengan tangkai daun)

 Membuang tunas air perlu dilakukan untuk semua pokok sayuran jenis buah
yang ditanam secara tanpa tanah termasuk tomato, melon wangi, cili, capsirum
dan timun

 Kerja-kerja membuang tunas air merupakan kerja harian yang mesti dilakukan
untuk mendapatkan satu batang utama (single main stem)

 Dengan mengekalkan satu batang utama jangka hayat ekonomi tanaman dapat
dipanjangkan dan menjamin buah yang lebih besar dan sekata

 Tanaman tomato jenis ‘indeterminate’ di kawasan tanah rendah tropika boleh


tumpuh memanjang melebihi 6 m dan mampu mengeluarkan hasil walaupun
mungkin tidak ekonomik

 Kerja-kerja membuang tunas air perlu dilakukan seawall mungkin, bahkan dari
peringkat pembesaran di tapak semaian lagi

14.2 Membuang daun tua

 Daun-daun tua perlu dibuang kerana tidak berupaya lagi untuk membantu
membuat makanan (terutamanya yang terlindung dari mendapat cahaya
matahari).
 Daun-daun tua juga kebanyakannya berpenyakit. Pembuangan daun-daun tua
biasanya dilakukan selepas mengutip hasil.
( KERTAS 15 )

15. MEMBENTUK POKOK

15.1 Melentur

 Hanya perlu dilakukan kepada tanaman tomato jenis ‘indeterminate’


 Tomato jenis ini terbukti boleh memberikan hasil tuaian yang tinggi
bagi setiap pokok kerana potensi jangka hayat ekonominya lebih
panjang dan penuaian buah yang berterusan dapat dilakukan.
 Pokok-pokok tomato yang tidak dilentur akan tumbuh memanjang
tanpa haluan. Keadaan ini akan menyukarkan kerja-kerja pengurusan
yang lain seperti membuang tunas air dan mengutip buah.
 Amalan yang biasa dilakukan oleh pengusaha ialah dengan melentur
pokok-pokok tomato ke sisi samada ke kanan atau ke kiri susunan
batas.
 Pokok-pokok yang disebelahnya turut dilentur mengikut arah yang
sama. Cara melentur yang mudah dan tidak menjejaskan pokok (yang
memungkinkan ianya patah) ialah dengan melakukannya seawall
mungkin.
 Ianya dilakukan dengan mengendurkan tali lanjaran dan
menganjakkan dawai penyangkut ke sisi dalam ukuran jarak 40sm.
 Pergerakan melentur dilakukan secara bergerak ke belakang
(mengundur).

15.2 Melilit pokok mengikut tali lanjaran

 Kerja melilitkan pucuk pokok mesti dilakukan bagi memastikan pokok-


pokok tanaman kita terus tumbuh ke atas.
 Sekiranya tidak dilakukan terutamanya tanaman tomato, pucuk batang
utamanya akan memanjang ke sisi dan mungkin akan patah.
 Manakala bagi pokok-pokok melon wangi dan timun, pucuk pokok
akan mengganggu pokok-pokok di sebelahnya dan menyukarkan
kerja-kerja pengurusan yang lain seperti mengutip buah dan
membuang tunas air.
 Kerja-kerja melilit pokok biasanya dilakukan serentak dengan kerja-
kerja membuang tunas air.
( KERTAS 16 )

16. MEMBANTU PENDEBUNGAAN

 Bagi tanaman tomato dan cili pada teorinya menjalani pendebungaan


sendiri. Tetapi apabila ditanam di dalam Struktur Perlindungan
Tanaman lebih-lebih lagi yang di pasang dengan jaring kalis serangga
kedapatan banyak putik-putik buah yang gugur dibawah pokok.
Keguguran telah dikenalpasti kebanyakannya disebabkan tidak
berlaku proses pendebungaan.
 Walau bagaimanapun proses pendebungaan boleh juga dibantu
secara manual dengan menjentik-jentik atau membuat gegaran
kepada tangkai-tangkai bunga antara jam 11.00 pagi hingga 2.00
petang setiap hari.
 Walaupun kaedah ini terlalu banyak menggunakan masa tetapi
hasilnya lebih terjamin. Alat penggetar bunga (flower vibrator) telah
digunakan secara meluas di barat sebelum penggunaan ‘bumble bee’
diketahui.
 Bagi tanaman melon wangi dan timun, memelihara lebah Aphis
cerana ke dalam Struktur Pelindung Tanaman berdinding jaring kalis
serangga akan dapat meningkatkan hasil tanaman.
( KERTAS 17 )

17. MENGUTIP BUAH

 Pada kebiasaannya pokok-pokok tomato dan cili yang ditanam secara fertigasi
tanpa menggunakan tanah akan mula di kutip hasilnya dalam lingkungan 70 – 80
hari setelah disemai.
 Buah-buah tomato yang dipetik mestilah mempunyai tangkai buah dan sepal.
Tujuannya adalah untuk membezakan tomato yang ditanam tanpa tanah
dengan tomato yang ditanam secara biasa di lading.
 Memetik buah dilakukan dengan memegang tangkai buah pada garisan jari
hantu, manakala jari telunjuk pula menekan tangkai buah pada garisan tanggal
(‘senescent line’) ke bawah. Pada garisan tanggal ini buah-buah tomato akan
mudah diasingkan dari ‘truss’nya. Buah-buah yang dipetik secara ini akan
kelihatan lebih menarik.
 Bagi tanaman melon, buah di petik apabila daun bendera (flag leaf) pada tangkai
buah telah kering dan di ikuti dengan adanya tanda-tanda retak (garisan retak)
mengelilingi pangkal buah.
 Semua hasil tanaman perlu di buat pengedaran mengikut saiz. Jika dicampur-
adukkan boleh menyebabkan harga pasarannya akan turun.

 PURATA HASIL SAYURAN – TAN / HA

1. Tomato 120 – 180 tan / ha.


2. Cili 30 - 40 tan / ha.
3. Terung 25 - 35 tan / ha.
4. Timun Jepun 50 - 60 tan / ha.

PURATA TARGET HASIL / POKOK

Jenis Tanaman Target Hasil (kutipan) Hasil / kg

Tomato 5 – 6 bulan 4 – 8 kg / pk
Cili 5 – 6 bulan 2 – 4 kg / pk
Melon 55 – 60 hari 3 – 5 kg / pk
Timun Jepun 70 – 90 hari 10 -15 kg / pk
( sayur )

You might also like