You are on page 1of 3

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN RAWANG

48000 RAWANG SELANGOR

PROGRAM PEMANTAPAN PERMAINAN BOLA SEPAK


TAHUN 2010

1.0 PENDAHULUAN

Program Pemantapan Permainan Bola Sepak merupakan satu program yang dirancang untuk
membantu pelajar yang berpotensi dalam bidang sukan mendapat pendedahan berkaitan dengan teknik
memanaskan badan, ‘drill’ dalam sukan dan keselaman dalam bersukan yang terkini. Program ini juga selaras
dengan matlamat Kementerian Pelajaran Malaysia “Satu Pelajar Satu Permainan”. Diharapkan dengan
pendedahan ini akan menambah minat pelajar dalam sukan. Secara tidak langsung mutu sukan sekolah akan
meningkat. Justeru itu adalah diharapkan hasrat murni Kementerian Pelajaran Malaysia untuk melahirkan
insan cemerlang dan bersahsiah tinggi ke arah pembentukan generasi belia berwawasan.

2.0 RASIONAL

Memberi peluang kepada pelajar yang berbakat untuk mengembangkan lagi bakat yang sedia ada. Pelajar dan
guru khususnya lebih berkeyakinan untuk membentuk pasukan sekolah yang berwibawa. Selain daripada itu
krusus ini juga daharapkan dapat mewujudkan satu latihan permainan yang lebih menyeronokkan dan bermakna.
Risiko kecederaan kepada pelajar juga dapat di minimumkan

3.0 OBJEKTIF
3.1 Mendedahkan pelajar dan guru teknik-teknik permainan bola sepak yang terkini
3.2 Memperkembangkan potensi diri dan keyakinan diri pelajar.
3.3 Pengetahuan sukan yang betul akan mengurangkan risiko kecederaan
3.4 Meningkatkan prestasi permainan bola sepak sekolah

4.0 TARIKH

10 November 2010

5.0 TEMPAT

SMK Rawang

6.0 SASARAN

Pelajar-pelajar tingkatan 1, 2 dan 4

1
7.0 JAWATANKUASA PELAKSANA

7.1 Jawatankuasa Induk

Penasihat : Pn. Hjh Mazlah bt Hussein (Pengetua SMK Rawang )

Pengerusi : En. Ravichandran a/l Chappanimutu (Penolong Kanan Kokurikulum )

Naib Pengerusi : En Zainur Rashid b Mohd Wahi

Setiausaha : En. Mohd Azrif b Mohamad Ali

7.2 Jawatankuasa Kecil


Pendaftaran/Hadiah/Sijil : En. V.Kumarasamy
Makan Minum Peserta : En. Azizul b Ibrahim
Logistik / Penempatan : En. Mohd Jamil Aris b Harun
Fotografi / Dokumentasi : En. Ganesan a/l Arumugam

8.0 TENTATIF PROGRAM

7.30 - 8.00 pg. Pendaftaran Peserta / Taklimat ringkas

8.00 - 10.00 pg. Aktiviti 1


a) Pengenalan permainan
b) Undang-undang permainan

10.00 - 10.45 pg. Minum pagi

10.45 - 12.00 pg. Aktiviti 2


a) Asas drill permainan
b) Kemahiran asas permainan

12.00 - 1.45 ptg. Makan Tengahari / Solat Zohor

1.45 - 4.00 ptg. Aktiviti 3


a)Praktikal
b)Permainan kecil

4.00 - 5.00 ptg. Perasmian Penutupan / Penyampaian Sijil / Bersurai

9.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL BUTIRAN KUANTITI JUMLAH (RM)


1. Makanan pelajar 100 pelajar@RM6.00 600.00
2. Bola Sepak (Adidas – saiz 5) 16 biji@RM60.00 960.00
3. Minum padang 4 tong@RM25.00 100.00
JUMLAH 1700.00

10.0 SUMBER KEWANGAN

2
Peruntukan suwa RM 1700.00

Aktiviti seumpama ini bukan sahaja dapat mengisi masa luang pelajar, malah ia juga dapat mengelakkan
pelajar daripada terjerumus ke arak atau pelakuan yang negatif. Selain daripada itu, displin para pelajar dapat dikawal
secara tidak langsung. Diharapkan semua AJK dan pihak yang terlibat dalam projek ini dapat memberi komitmen yang
padu bagi memastikan aktiviti ini dapat dilaksanakan dengan lancar tanpa ada sebarang kesulitan yang boleh
menjejaskan objektif yang sebenar serta dapat menjaga nama baik kolej.Justeru ,diharapkan agar segala objektif yang
telah diatur dan nilai-nilai murni yang cuba diserapkan dalam program ini dapat dipraktikkan dalam kehidupan
seharian para peserta dan pihak yang terlibat.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

...................................... ....................................
(MOHD AZRIF B MOHAMAD ALI) (ZAINUR RASHID B MOHAMAD WAHI)
Setiausaha Program Setiausaha Sukan
SMK. Rawang SMK. Rawang

Disahkan oleh, Diluluskan oleh,

..................................... .....................................
(EN RAVICHANDRAN A/L CHAPPANIMUTU) (HJH MAZLAH BT HUSSEIN)
Penolong Kanan Kokurikulum Pengetua
SMK Rawang SMK Rawang

You might also like