You are on page 1of 7

Alam sekitar mempengaruhi kehidupan masyarakat pada

zaman prasejarah. Bincangkan.

PENDAHULUAN

1. Zaman prasejarah ialah zaman yang belum ada rekod bertulis


tentang kehidupan manusia dan masyarakatnya.

2. Pengkaji sejarah membahagikan zaman prasejarah kepada


tiga zaman iaitu

- Zaman Paleolitik (500,000 SM hingga 10,000 SM)

- Zaman Mesolitik (10,000 SM hingga 7,000 SM)

- Zaman Neolitik (7,000 SM hingga 3,500 SM)

3. Zaman ini juga dikenali juga sebagai zaman batu.


4. Kehidupan masyarakat pada zaman ini dikesan daripada
bukti arkeolgi seperti fosil dan peralatan yang diperbuat
daripada batu.

ISI (5 isi X 4 markah = 20 Markah)

1. Penempatan

Penempatan masyarakat zaman prasejarah dipengaruhi oleh


alam sekitar

· Zaman Paleolitik - pergantungan sepenuhnya ke atas alam


sekitar menyebabkan mereka berpindah-randah untuk mencari
makanan dengan memburu dan memungut hasil hutan.
Persekitaran yang sejuk dan keadaan yang selamat
menyebabkan mereka tinggal dalam gua.

· Zaman Mesolitik - pencairan air batu akibat daripada kenaikan


suhu dunia telah mempengaruhi penempatan masyarakat pada
zaman ini tertumpu di kawasan yang iklim sederhana iaitu di
kawasan lingkaran tanah rata di Eropah, Asia dan Afrika.
· Zaman Neolitik - kehidupan masyarakat yang tidak bergantung
kepada hasil hutan dan telah mula bertani menyebabkan
mereka membentuk penempatan kekal sehingga wujudnya
perkampungan neolitik. Perkampungan neolitik tertumpu di
kawasan lembah sungai dan tasik kerana mereka bergantung
kepada kesuburan tanah dan saliran semula jadi untuk kegiatan
pertanian. Contohnya perkampungan Neolitik di Jermo, Jerica
(Iraq) dan Pan Ismail

2. Kegiatan Ekonomi

Keadaan persekitaran mempengaruhi kegiatan ekonomi


manusia dan masyarakat zaman prasejarah.

· Zaman Paleolitik - manusia mendapat makanan daripada


sumber alam sekitar melalui kegiatan memburu binatang,
menangkap ikan dan mengumpul hasil hutan.

· Zaman Neolitik - manusia telah mula menghasilkan sumber


makanan sendiri tanpa bergantung kepada sumber alam sekitar
melalui kegiatan pertanian dan menternak binatang. Walau
bagimanapun mereka masih bergantung kepada kesuburan
tanah secara semulajadi untuk membolehkan mereka bertani.
Kawasan pertanian tertumpu di lembah-lembah sungai yang
terdiri daripada tanah lanar. Lebihan hasil pertanian/surplus
mendorong kepada berlakunya aktiviti perdagangan.

3. Peralatan

· Paleolitik - Bagi menyesuaikan diri dan pergantungan dengan


persekitaran manusia di zaman Paleolitik telah menghasilkan
peralatan yang ringkas dan mudah. Mereka menggunakan
peralatan daripada tulang dan batu. Kapak tangan dihasilkan
untuk melapah dan memotong binatang buruan.

· Neolitik - Revolusi pertanian di zaman neolitik telah


mempengaruhi peralatan yang digunakan. Peralatan batu
masih lagi digunakan pada awal zaman neolitik tetapi buatan
lebih halus. Penemuan logam telah membolehkan mereka
menggunakan logam seperti besi, timah dan tembaga
menggantikan peralatan batu sebagai peralatan di sawah dan
senjata.
4. Teknologi

· Paleolitik - Masyarakat zaman Paleolitik menghasilkan


peralatan batu menggunakan teknik merepeh. Kebakaran
hutan akibat daripada petir dan proses menghasilkan peralatan
batu telah menemukan masyarakat zaman ini dengan
penggunaan api. Pakaian zaman ini diperbuat daripada kulit
binatang dan gentian pokok/kayu.

· Neolitik - Masyarakat pada zaman neolitik mempunyai


kreativiti dan inovasi untuk mecipta teknologi dalam usaha
menguasai persekitaran mereka. Mereka telah mencipta roda,
menghasilkan peralatan tembikar dan menenun kain daripada
gentian tumbuhan. Bajak dicipta yang menggunakan tenaga
haiwan untuk memudahkan kerja-kerja di ladang pertanian.

5. Kepercayaan

· Persekitaran banyak mempengaruhi sistem kepercayaan


masyarakat zaman prasejarah. Ketidakupayaan masyarakat
zaman paleolitik dan neolitik mengatasi bencana alam
menyebabkan mereka percaya kepada kuasa ghaib yang
mempunyai kaitan rapat dengan persekitaran mereka. Mereka
menyembah kuasa alam yang mempunyai kaitan dengan
persekitaran mereka seperti matahari, sungai dan binatang.
Banjir dan kemarau yang berlaku membawa kepada
kepercayaan kepada tuhan dan semangat tanaman. Ia
membawa kepada upacara pemujaan dan ritual keagamaan.

6. Kesenian

· Alam sekitar menjadi sumber kepada hasil seni masyarakat


zaman pra sejarah. Manusia paleolitik melukis gambar binatang
di gua yang mempunyai kaitan dengan kepercayaan. Pada
zaman neolitik unsur alam dilihat sebagai simbol dalam hasil
lukisan mereka yang mempunyai kaitan rapat dengan sistem
kepercayaan.

KESIMPULAN

Kehidupan masyarakat pada zaman prasejarah banyak


dipengaruhi oleh alam sekitar. Penemuan dan kreativiti
masyarakat pada zaman neolitik telah membawa perubahan
besar bagi mereka menyesuaikan diri dan menguasai alam
sekitar.

You might also like