You are on page 1of 3

Raja Abdul Samad menjadi Sultan Selangor

Pada tahun 1859, Raja Abdul Samad bin Raja Abdullah ibni almarhum Sultan
Ibrahim Shah, telah dilantik menjadi Sultan Selangor bergelar Sultan Abdul
Samad menggantikan ayah saudara baginda almarhum Sultan Muhammad
Shah yang telah mangkat pada tahun 1857. Sultan Abdul Samad bersemayam di
Bandar Langat yang disebut Bandar Termasa.

[sunting]Perang Kelang bermula


Pada tahun 1866, seorang cucu almarhum Sultan Muhammad Shah
bernama Raja Mahadi bin Raja Sulaiman ibni almarhum Sultan Muhammad
Shah, dengan pengikutnya dari Kuala Lumpur dan daerah sekitarnya, iaitu
orang Bangkahulu, Batu Bara, Mendahiling dan Rawa yang berasal
dari Sumatera, telah menyerang Kelang yang diperintah oleh Raja Abdullah bin
Raja Jaafar adik Raja Jumaat Lukut.
Semasa serangan Raja Mahadi, Raja Abdullah telah melarikan diri
ke Melaka sementara puteranya Raja Ismail menentang serangan tersebut. Raja
Ismail telah dikalahkan oleh Raja Mahadi dan beliau juga telah melarikan diri ke
Melaka. Sejak itu Raja Mahadi memerintah Kelang dan beliau membuat
perkampungan di Pengkalan Batu.

[sunting]Sultan Abdul Samad murka


Sebagai pemerintah Kelang, Raja Mahadi telah melaksanakan pungutan cukai
keatas bijih timah yang dijual melalui Sungai Kelang terutama bijih timah yang
dilombong di Kuala Lumpur dan daerah sekitarnya. Walaubagimanapun, Raja
Mahadi tidak memberi sebahagian daripada hasil cukai tersebut kepada Sultan
Abdul Samad yang sebelum itu menerima $500.00 setiap bulan daripada Raja
Abdullah. Ini telah menimbulkan kemurkaan Sultan Abdul Samad terhadap Raja
Mahadi.

[sunting]Wakil Yamtuan
Pada tahun 1867, Sultan Abdul Samad telah mengahwinkan puteri baginda
iaitu Tengku Arfah dengan seorang anak raja dari Kedah iaitu Tengku Dhiauddin
ibni almarhum Sultan Zainul Rashid, iaitu adik kepada Sultan Kedah masa
itu, Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah. Tengku Dhiauddin lebih dikenali
dengan nama Tengku Kudin.
Pada tahun 1868, Sultan Abdul Samad telah melantik Tengku Kudin sebagai
wakil baginda dengan gelaran Wakil Yamtuan bagi menjalankan pentadbiran
pemerintahan di seluruh negeri Selangor. Surat kuasa perlantikan Tengku Kudin
telah dikurniakan dalam suatu istiadat yang dijalalankan pada 26hb Jun 1868.
Setelah perlantikan tersebut, Sultan Abdul Samad telah
memberikan Langat kepada Tengku Kudin. Tindakan baginda ini tidak
dipersetujui oleh putera baginda yang bernama Raja Musa,Raja Kahar dan Raja
Yaakub yang dikenali juga dengan nama Tengku Alang. Raja Mahadi juga tidak
bersetuju dengan tindakan baginda memberikan Langat kepada Tengku Kudin.
Disebabkan penentangan tersebut, Tengku Kudin telah baik ke Kedah untuk
mengumpulkan orang-orangnya untuk dibawa ke Selangor.

[sunting]Perang Kelang II
Semasa Tengku Kudin berada di Kedah iaitu pada bulan Ogos 1869, Raja Ismail
bin Raja Abdullah bersama dengan angkatannya seramai lebih kurang 100 orang
telah datang dari Melaka untuk menyerang Raja Mahadi di Kelang. Perang
tersebut bermula dengan angkatan Raja Ismail menyerang dan menawan kubu
pihak Raja Mahadi di Kuala Kelang. Selepas itu, angkatan Raja Ismail telah
mengepung pihak Raja Mahadi di Kelang. Raja Ismail juga meminta bantuan dari
Tengku Kudin.
Setelah dua bulan lamanya angkatan Raja Ismail melaksanakan kepungan
tersebut, dalam bulan Oktober 1869, Tengku Kudin dengan angkatannya
seramai 500 orang telah tiba dan bersatu dengan angkatan Raja Ismail. Sultan
Abdul Samad juga telah menghantar 200 ratus orang askar dari Langat unuk
membantu Tengku Kudin dan Raja Iamail melawan Raja Mahadi. Semasa
kepungan tersebut, pasukan meriam Tengku Kudin yang diketuai oleh seorang
berbangsa Perancis bernama de Fontaine telah membedil kota Raja Mahadi di
Pengkalan Batu dengan tidak berhenti-henti.
Setelah enam bulan lamanya kepungan keatas pihak Raja Mahadi dijalankan,
pihak Raja Mahadi pun keputusan bekalan makanan. Ini menyebabkan Raja
Mahadi lari meninggalkan Kelang dan Kelang pun jatuh ke tangan Tengku Kudin.
[sunting]Perang Kanching
Semasa angkatan Raja Ismail, Tengku Kudin dan Sultan Abdul Samad
mengepung pihak Raja Mahadi di Kelang, berlaku pula pertempuran dekat Bukit
Kanching yang terletak tidak beberapa jauh di utara Kuala Lumpur, yang
dikatakan berpunca dari pertelingkahan bekenaan jual beli bijih timah.
Pertempuran tersebut adalah diantara angkatan Kapitan Cina Kuala Lumpur
iaitu Yap Ah Loy bersama angkatan Raja Asal dan Sutan Puasa yang datang
dari Kuala Lumpur menyerang pelombong-pelombong bijih timah Cina di
Kanching. Dianggarkan seramai 30 orang Cina di Kanching telah dibunuh oleh
angkatan Kapitan Yap Ah Loy.

You might also like