You are on page 1of 9

0

ISI KANDUNGAN

NO ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

1.0 PENGERTIAN DASAR 1

2.0 LATAR BELAKANG PENSWASTAAN 1-2

3.0 DASAR PENSWASTAAN DI MALAYSIA 2-3

4.0 RASIONAL DASAR PENSWASTAAN 3

5.0 OBJEKTIF DASAR PENSWASTAAN 4-6

6.0 KESIMPULAN 7

RUJUKAN 8

1.0 PENGERTIAN DASAR

0
“KENYATAAN YANG DIBUAT OLEH KERAJAAN BERKENAAN NEGARA DAN
CARA MELAKSANAKANNYA OLEH PENTADBIR/PENGURUS”.

Professor Bauer
Public Administration Review”
Vol. XXX, No. 4, July/August
1970

Dasar erti kata lain ialah kerangka ,panduan ,pelan ,strategi atau petunjuk yang dirangka
untuk “terjemahkan wawasan politik kerajaan kepada program dan tindakan untuk mencapai
hasil yang diingini.

DEFINISI DASAR NEGARA


Garis panduan pentadbiran yang merangkumi segala arahan dan peraturan untuk
mencapai matlamat kepimpinan negara ke arah sebuah negara yang gemilang.

2.0 LATAR BELAKANG PENSWASTAAN

Pelaksanaan dasar ini menjadi agenda besar-besaran ekonomi dunia sejak 1980-an
selepas diperkenalkan oleh dua pengamal dari negara kapitalis iaitu Presiden Amerika
Syarikat, Ronald Reagan dan Perdana Menteri Britain, Margaret Thatcher. Kedua-dua
pemimpin ini menyokong kuat amalan pasaran bebas di dalam negara dan pada peringkat
antarabangsa dengan campur tangan kerajaan paling sedikit dari segala segi aktiviti ekonomi.
Selain itu, dasar ini juga diperkenalkan dengan elemen-elemen anti-komunis yang ketara
berikutan era Perang Dingin ketika itu. Ketika gerakan komunis dan sosialis bertujuan untuk
menghapuskan harta swasta yang menyebabkan penindasan berleluasa terhadap golongan
proletariat, dasar penswastaan dengan usaha yang jelas cuba meluaskan penguasaan harta-
harta swasta di kalangan rakyat yang berkemampuan serta berkepentingan. Kejayaan polisi
ini di Amerika Syarikat dan Britain serta dengan kejatuhan Blok Komunis menjadikan ia
begitu meluas diamalkan di seluruh dunia. Pengurangan peranan kerajaan di dalam pasaran
dilakukan menerusi pengurangan kuasa kerajaan terhadap industri, penswastaan sektor awam
dan pengurangan beban cukai oleh individu dan perniagaan. Pemilihan Margaret Thatcher
pada 1979 sebagai Perdana Menteri Britain dan kemenangan Ronald Reagan sebagai
Presiden Amerika Syarikat pada 1980 menggerakkan penswastaan sebagai dasar baru.

1
Beberapa siri proses denasionalisasi dan penjualan syarikat-syarikat milik kerajaan Britain
misalnya bermula seawal 1979 iaitu membabitkan British Petroleum, British Aerospace,
Britoil, National Freight Corporation, Cable & Wireless, Jaguar, British Telecom, British
Gas, British Airways, Rolls Royce dan pelbagai lagi syarikat tunjang negara.

3.0 DASAR PENSWASTAAN DI MALAYSIA

Penswastaan adalah di antara topik ekonomi yang hangat dibicarakan di negara ini
selain dari Dasar Ekonomi Baru, Persyarikatan Malaysia, Industri Berat seperti Proton Saga
dan lain-lain yang melibatkan nama Dr.Mahathir sendiri. Isu penswastaan sebenarnya
bermula dengan rasminya  selepas Dr.Mahathir mengambil alih jawatan Perdana Menteri
pada tahun 1981. Penswastaan seperti yang disebutkan oleh Dr.Jomo adalah “penyerahan hak
milik negara kepada sektor swasta dengan membawa maksud mengubah hak milik sesuatu
perniagaan, perkhidmatan atau perusahaan daripada hak milik negara, kerajaan atau awam
kepada hak milik atau pengendalian swasta. Istilah penswastaan juga merujuk kepada
penggunaan kontraktor swasta untuk memberi perkhidmatan yang dahulunya diberi oleh
sektor awam
Dalam maksud lain, Penswastaan (privatization) bermakna pemindahan perkhidmatan
pelaburan atau kepentingan kerajaan samada yang sedia ada atau yang baru untuk
dikendalikan oleh sektor swasta. Konsep ini adalah berlainan dengan konsep pemilik
negaraan (nationalization) yang bertujuan untuk menambahkan hakmilik dan penguasaan
kerajaan dalam kegiatan ekonomi (Yusof Ismail, 1993). Penswastaan juga bermaksud
pemindahan 3 komponen iaitu tugas pengurusan kerajaan, aset  ( dengan atau tanpa liabiliti )
atau menggunakan aset dan kakitangan kepada sektor swasta. Kelebihan utama Penswastaan
ialah memupuk etika kerja yang cekap dan produktif di kalangan pekerja memandangkan
sektor swasta sememangnya diketahui lebih cekap dan lebih bermotivasi ( Okposin, 2003). 
      Tumpuan kepada Penswastaan di Malaysia bertambah hebat apabila Perdana Menteri
Malaysia yang keempat, Dr. Mahathir Mohamad, memulakan tugasnya pada pertengahan
tahun 1981. Di Malaysia, dua dasar utama yang berkait langsung dengan Penswastaan entiti
awam ialah dasar Penswastaan dan dasar Persyarikatan Malaysia. Kedua-duanya
diperkenalkan pada tahun 1983. 
      Dasar Penswastaan diperkenalkan untuk membawa perubahan positif ke dalam
organisasi, pengurusan dan prestasi perusahaan awam yang sebelum ini menjadi

2
tanggungjawab kerajaan. Dasar ini menggambarkan iltizam kerajaan untuk mengurangkan
penglibatan langsung kerajaan dalam kegiatan ekonomi, mengurangkan tahap dan skop
perbelanjaan awam serta membenarkan kuasa pasaran mengawal ekonomi. Sementara itu,
tujuan dasar Persyarikatan Malaysia adalah untuk menjalin dan mengukuhkan kerjasama
antara sektor swasta dengan sektor awam yang akan membawa kepada pertumbuhan ekonomi
Malaysia yang kukuh dan mantap (Okposin, 2003). 

4.0 RASIONAL DASAR PENSWASTAAN

Y.A.B. Perdana Menteri dalam ucapan perasmian con- ference  The Securities


Industri in Malaysia  pada 28hb April, 1984 menyatakan.....  `Goverment the  world  over
are  notorious  for  inefficiency  when  running enterprises, even aided by monopoly   and
the  authority  of Government.On the other hand, the private sector is better motivated and
generally more efficient.   It  is hoped   that privatisation will improve the economic
and  general performance of the  services,  resulting  in   a more rapid growth of the nation
as a whole'.

Sektor awam bukan sahaja terlibat dalam menyediakan dasar   utama   dan  
menentukan  arah  dan  penyediaan perkhidmatan tetapi telah juga  terlibat  secara
aktif dalam  aktiviti  ekonomi  dan  perdagangan di Malaysia. Saiz sektor awam telah
berkembang dengan  begitu  pesat sekali dalam 10 tahun yang  lalu.   Perbelanjaan sektor
awam  telah  meningkat  dengan begitu besar sekali dari 28% pada tahun 1975 kepada 36%
pada tahun 1982 dan  ini merupakan   satu   beban   kewangan  yang besar  untuk ditanggung
oleh Kerajaan. Keadaan ekonomi meleset juga menjadi faktor-faktor utama  yang  membawa
kepada Dasar Penswastaan ini diperkenalkan.

5.0 OBJEKTIF PENSWASTAAN

3
Kerajaan mempunyai beberapa alasan dan objektif semasa merangka dasar
Penswastaan Alasan-alasan ini perlu diketahui, difahami dan dipertimbangkan oleh semua
pihak, terutamanya oleh agensi-agensi kerajaan yang berkenaan apabila mengkaji cadangan-
cadangan untuk menswastakan perkhidmatan, pelaburan atau kepentingan mereka. Di antara
objektif-objektif Penswastaan (Okposin, 2003) boleh dibahagikan kepada berikut:

1.           Mengurangkan perbelanjaan kerajaan – Objektif ini adalah paling banyak


digunakan berikutan organisasi awam sering kali dikaitkan dengan jumlah kakitangan yang
ramai kerana sifat organisasi awam sebagai penaung dan pemberi pekerjaan kepada orang
ramai. Berikutan organisasi yang besar dengan pekerja yang ramai tetapi ia tidak mampu
menjana keuntungan kerana prinsip organisasi awam adalah pemberi perkhidmatan kepada
rakyat. Berikutan itu, proses pertama yang dilakukan apabila dasar ini dilaksanakan adalah
pengecilan saiz organisasi dan mengurangkan jumlah pekerja. Dengan itu, kerajaan tidak lagi
perlu mengeluarkan belanja yang besar untuk membayar gaji dan menguruskan organisasi
yang tidak memberi pendapatan.

2.            Meningkatkan keberkesanan dan kecekapan organisasi – Organisasi dan


kakitangan awam di mana-mana negara mendapat label sebagai lembab, tidak bermotivasi di
dalam memberi perkhidmatan serta tidak cekap berbanding sektor swasta. Menerusi dasar ini,
pendekatan berbeza digunakan kerana motif keuntungan organisasi memerlukan sebuah
organisasi yang cekap dan pekerja yang kreatif bagi mencapai tujuan itu. Bagaimanapun,
berdasarkan kajian menunjukkan peningkatan kecekapan dan prestasi adalah tidak dijamin
walaupun pertukaran status awam kepada swasta seringkali dikaitkan dengan peningkatan
prestasi organisasi (Parker 1993).

3.           Meningkatkan kualiti dan maklum balas terhadap aduan orang ramai –
Pendekatan yang digunakan oleh sektor swasta adalah berbeza dan dianggap lebih berkualiti
daripada sektor awam. Kebanyakan kerajaan memberi alasan ini untuk melaksanakan dasar
penswastaan kerana ia boleh meningkatkan kualiti menerusi pelaburan terhadap teknologi
terkini misalnya dan kelengkapan lain yang membolehkan sesebuah organisasi bertindak
balas dengan cepat kepada aduan orang ramai.

4.            Meningkatkan pendapatan negara – Seiring dengan peningkatan jumlah syarikat


awam yang diswastakan, cukai-cukai yang dikenakan terhadap syarikat-syarikat memberi
kesan yang besar kepada pendapatan negara. Selain itu, kemasukan pelaburan asing juga
4
memberi kerajaan satu sumber pendapatan yang dapat mengukuhkan ekonomi sesebuah
negara.

5.           Meluaskan pemilikan aset-aset ekonomi – Dasar ini membenarkan beberapa


konsep pemilikan bersama dilakukan berasaskan kepentingan sesebuah negara. Konsep asas
yang biasa diamalkan menerusi dasar ini adalah pengapungan awam, penjualan swasta, pelan
pemilikan saham perkongsian antara pekerja dan majikan serta lain-lain lagi.

6.            Disentralisasi ekonomi – Dasar Penswastaan dengan jelas mengurangkan peranan


kerajaan di dalam pasaran menerusi proses disentralisasi. Dengan itu, diharapkan melalui
dasar ini, akan berlaku persaingan lebih kompetitif di dalam pasaran dan pengguna akan
mempunyai pilihan yang lebih banyak dalam mencapai kepuasan. Bagaimanapun, di dalam
pasaran sebenar, monopoli tetap berlaku terutama kepada perkhidmatan dan produk-produk
keperluan asas pengguna seperti tenaga elektrik, air, telekomunikasi dan sebagainya.
Penswastaan hanya berlaku pada peringkat pengurusan dan pengguna perlu membayar lebih
untuk menikmati perkhidmatan monopoli yang diberikan.

Seperti ulasan V.I. Lenin:

“Monopoly is exactly the opposite of free competition, but we have seen the latter being
transformed into monopoly before our very eyes, creating large-scale industry and
eliminating small industry, replacing large-scale industry by still larger-scale industry,
finally leading to such a concentration of production and capital that monopoly has been and
is the result”.

7.           Mempercepatkan pembangunan ekonomi – Kombinasi antara kerajaan dan sektor


swasta boleh mempercepatkan pembangunan ekonomi dan fizikal. Menerusi pemberian
projek-projek kerajaan kepada sektor swasta mempercepatkan pembangunan sesebuah
negara. Pertukaran teknologi khususnya yang dikuasai oleh sektor swasta memberi kelebihan
kepada kerajaan dalam mempercepatkan kemajuan dan seterusnya meningkatkan ekonomi.

8.           Menarik pelaburan baru – Menerusi dasar ini, jelas memberi kelonggaran kepada
pelabur-pelabur asing terutamanya untuk datang dan menanam modal di dalam syarikat-
syarikat swasta dan organisasi awam yang ingin diswastakan dengan tujuan memudahkan
peralihan teknologi luar ke dalam sesebuah negara. Bagaimanapun, kebanyakan negara

5
mengenakan syarat-syarat lebih ketat dan menggalakkan perkongsian antara pelabur
tempatan dan luar terhadap sesuatu organisasi terutama jika syarikat-syarikat tersebut
mempunyai kepentingan seperti bagi menembusi pasaran antarabangsa dan mendapatkan
teknologi.

9.           Mendapatkan sokongan popular – Dengan meluasnya pelaksanaan dasar ini akan
turut melahirkan masyarakat sivil dan kelas-kelas pertengahan yang menikmati hasil lumayan
daripada dasar ini. Seperti di Malaysia, pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru, DEB yang
mempunyai kaitan dengan dasar ini bertujuan meluaskan pemilikan saham oleh kelompok
etnik tertentu untuk terus bersaing di dalam pasaran. Jadi, kerajaan sebagai pelaksana dasar
ini memperolehi sokongan popular daripada mereka yang menikmati hasil dasar ini.
Berdasarkan pandangan Antonio Gramsci (1891-1937) yang mengemukakan teori hegemoni,
sesiapa yang dapat menguasai masyarakat sivil akan menguasai politik. Masyarakat sivil
dalam konteks ini termasuklah media cetak, elektronik, badan-badan, organisasi-organisasi,
pertubuhan-pertubuhan, sekolah-sekolah dan sebagainya. Dengan demikian, menerusi dasar
penswastaan ini, kebanyakan mereka memperolehi dan menikmati imbuhan yang besar
seperti kontrak-kontrak, tender-tender dan sebagainya daripada kerajaan. Selain itu,
masyarakat sivil ini kebanyakannya menguasai dewan-dewan perniagaan dan persatuan-
persatuan yang memudahkan mereka mendapat kelebihan berbanding masyarakat lain.

10.        Memuaskan pihak pemberi pinjaman luar – Seperti telah diketahui, agensi luar
yang aktif menyokong dasar ini adalah Bank Dunia, IMF dan Bank Pembangunan Asia yang
juga pemberi pinjaman kewangan terbesar dunia. Dengan menuruti agenda mereka, akan
membolehkan pinjaman luar lebih senang diperolehi oleh sesebuah kerajaan.

11.         Memperbanyakkan peluang pekerjaan – Objektif dasar ini secara umumnya adalah
jelas iaitu usaha memperbanyakkan peluang pekerjaan kepada rakyat menerusi pelbagai
projek kerajaan yang diswastakan merangkumi pembinaan, telekomunikasi, perkhidmatan,
pengangkutan dan sebagainya. Pada masa yang sama, penindasan terhadap golongan pekerja
juga berleluasa dan dapat dijelaskan menerusi pendekatan Marxisme.  

6.0 KESIMPULAN
Sebagai kesimpulannya Malaysia telah mencapai kemajuan ekonomi yang
memberangsangkan sejak zaman pemimpin terulung, Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra
Al-Haj hinggalah ke zaman Dato’ Seri Najib Abdul Razak. Walaupun Malaysia merupakan
6
sebuah negara masyarakat majmuk, ekonomi dapat dijanakan dengan mapannya. Kejayaan
Malaysia dalam usaha membangunkan negara walaupun mengalami beberapa kali
kemelesetan ekonomi menunjukkan kekukuhan ekonomi negara. Ini terbukti apabila
Malaysia diiktiraf sebagai sebuah negara membangun yang mempunyai kekuatan ekonomi
yang tersendiri. Tambahan pula strategi-strategi yang diamalkan oleh kerajaan telah
menghasilkan kestabilan dan pembangunan ekonomi di Malaysia. Selain itu ekonomi
Malaysia menjadi bertambah mantap dan kukuh kerana jalinan mesra dengan negara-negara
maju. Oleh itu, jika prestasi ini terus diamalkan nescaya matlamat Malaysia untuk menjadi
sebuah negara maju menjelang tahun 2020 pasti akan tercapai.

Apabila sesuatu dasar baru dilaksanakan, risiko yang harus dihadapi ialah kebaikan
dan keburukan yang akan diterima oleh negara. Jadi, dasar penswastaan lebih banyak
mendatangkan kebaikan daripada keburukan kepada rakyat dan negara. Oleh itu, penswastaan
seharusnya diteruskan dan digalakkan pada masa hadapan. Namun begitu, dasar penswastaan
perlu diawasi agar tidak wujud penekanan terhadap pengguna atau rakyat disebabkan slogan
memaksimumkan keuntungan oleh pihak swasta. Akhirnya, negara kita akan lebih maju dan
harmoni sekiranya dasar penswastaan dapat direalisasikan dengan berkesan.

RUJUKAN

7
Internet

http://www.google.com.my/

http://www.mailto:hualian_studentclub@yahoo.com

http://http://www.miti.gov.my/

http://www.members.tripod.com/~znr/rencana3.htm

http://www.wikipedia.com

Buku

Jomo, K.S., “ Dasar-dasar Ekonomi Mahathir”, 3rd Ed. Kuala Lumpur: Institut Analisa Sosial.

1987.

Yusof Ismail, Dasar-dasar Utama Kerajaan Malaysia, Kuala Lumpur, A.S Noordeen, 2010.

You might also like