You are on page 1of 3

Dicintai untuk Mencintai

Wanita solehah tidak boleh sembarangan mencintai lelaki.


Lelaki yang paling wajar dicintai oleh wanita solehah ialah Nabi Muhammad SAW. Ini
kerana Nabi Muhammad SAW adlah pembela nasib kaum wanita. Baginda telah
mengangkat martabat kaum wanita daripada diperlakukan dengan kehinaan pada zaman
jahiliyah, khususnya oleh kaum lelaki.

Setelah kedatangan Rasulullah SAW, wanita mendapat hak yang sewajarnya dengan
berperanan melaksanakan tanggungjawab mereka dalam kehidupan.Ini antara rahmat
yang diperolehi wanita mukmin.
Firman Allah SWT : " Dan Kami tidak mengutuskan kamu ( wahai Muhammad)
melainkan
sebagai pembawa rahmat untuk sekalian alam."(Al-Anbiya':107)

Tidak terhenti setakat itu,Nabi SAW bersabda :" Sesungguhnya aku diutuskan untuk
menyempurnakan budi pekerti yang mulia." (Riwayat Ahmad,Hakim dan Baihaqi)

Ini bermakna kedatangan Rasulullah SAW, wanita mukmin mendapat pimpinan


bagaimana menjadi wanita solehah, isteri yang taat dan ibu pendidik yang penyayang.

Ajaran yang dibawa oleh Nabi SAW juga berjaya menyempurnakan budi pekerti kaum
lelaki. Ini membawa keuntungan kepada kaum wanita kerana mereka mendapat
kebebasan dalam kawalan dan perlindungan keselamatan kaum lelaki. Iaitu dengan
mengikut ajaran Nabi SAW menjadikan bapa atau suami mereka berbuat baik dan
bertangunggjawab keatas keluarganya. Manakala anak-anak tidak lupa untuk berbakti
kepada ibu mereka.

Rasulullah SAW juga memberi jaminan kemuliaan kepada kaum wanita, samada yang
berkahwin dan selepas menjadi ibu yang mempunyai anak atau kematian anak.
Antaranya;

* Wanita solehah itu lebih baik daripada bidadari syurga *-Daripada Umm Salamh,
isteri Nabi SAW, katanya( didalam sebuah hadis yang panjang):
"Aku berkata: "Wahai Rasulullah! Adakah wanita didunia ini lebih baik atau bidadari?"
Baginda menjawab:" Wanita didunia lebih baik daripada bidadari sebagaimana yang
zahir lebih baik daripada yang batin."Aku berkata:"Wahai Rasulullah! Bagaimanakah
itu?Baginda menjawab."Dengan solat, puasa dan ibadat mereka kepada Allah, Allah
akan memakaikan muka-muka mereka dengan cahaya dan jasad mereka dengan sutera
yang berwarna putih,berpakaian hijau dan berperhiasan kuning,,,(hingga akhir
hadis)"(Riwayat al-Tabrani)
*Bakti kepada ibu lebih utama daripada jihad*
Abdullah ibnu Mas'ud berkata: "Aku bertanya kepada Rasulullah SAW tentang
pekerjaan yang paling dicintai Allah. Lalu Baginda menjawab," Solat pada
waktunya."Aku bertanya lagi."Kemudian apa?"Baginda menjawab, "Berbakti kepada
orang tua." Aku bertanya lagi,"Kemudian apa?" Baginda menjawab "Jihad pada jalan
Allah."(Riwayat Bukhari dan Muslim) Urutan pada hadis ini menunjukkan bahawa
berbakti kepada orang tua itu lebih utama daripada jihad fi sabilillah.
Muawiyah Ibn Jahimah pernah datang kepada Rasulullah SAW dan berkata: "Ya
Rasulullah SAW d, aku ingin pergi berjihad! Aku telah datang padamu untuk
mendapatkan nasihatmu." Rasulullah bertanya kepadanya: "Adakah ibumu masih
hidup?" "Ya!" jawabnya. Rasulullah kemudian berkata."Jagalah dia kerana syurga itu
dibawah tapak kakinya" (Riwayat an-Nasai')

Oleh itu, atas beberapa contoh pembelaan dan kemuliaan kaum wanita yang dibawa
dengan kedatangan Rasulullah SAW maka sudah sewajarnya wanita mukmin
menghargainya. Penghargaan dibuat dengan merasakan semua itu adalah bukti diri kita
dicintai oleh Nabi SAW. Jadi, mudahlah selepas itu untuk MENCINTAI baginda SAW,
kerana memahami falsafah cinta: "Dicintai untuk mencintai."
Posted by Syanu at 6:16 AM 0 comments

Tuesday, March 10, 2009


Ya Rasulullah,bagaimana hati kami dalam mencapai hati mu...

12 Rabiul Awal telah berlalu pergi..terfikir sejenak tentang kisah perjuangan Nabi
junjungan.. kalau nak dibandingkan dengan perjuangan yang sedang dilalui ini nilaiannya
hanyalah sekecil cuma.. masih banyak kekurangan dan kelompangan... betapa kerdilnya
diri ini... memang jauh sekali dibandingkan dengan pejuang-pejuang wanita dalam
mempertahankan Islam... Saiyidatina Siti khadijah penawar duka Baginda..Fatimah Az-
zahra puteri kesayangan peneman suka dan duka Baginda seawal usianya 5 tahun lagi...
ketabahan Yakubid sepanjang perpisahan dengan Nabi Musa as.. Kesetiaan Umamah
dalam menggantikan tempat isteri kesayangan Saidina Ali diwaktu usia yang begitu
kecil...
Terfikir lagi....

Apakah sumbanganku kepada islam..sejauhmanakah keyakinanku kepada pembawa


berita tentang hari akhirat,syurga dan neraka ini..berapa banyak sunahnya yang telah
ditegakkan?

Ya Rasulullah,

Bagaimana hatimu wahai Rasul ketika kau berkata," Jangan kau seksa penduduk Taif,
kerana aku mengharap dari sulbi mereka akan lahir keturunan beriman.." (ketika
menjawab permintaan malaikat untuk mengazab penduduk Taif yang mendustai dan
melukakannya dengan lontaran batu)

Bagaimana hatimu wahai Nabi ketika kau berkata, " Hari ini aku maafkan kamu semua
wahai penduduk Makkkah. Kamu semua adalah saudaraku..." (ketika pembebasan kota
Makkah dan memberi pengampunan beramai-ramai kepada orang yang pernah mengejek,
menyeksa dan ingin membunuhnya dahulu.)

Bagaimana hatimu wahai kekasih Allah ketika kau berkata, "Ummati, ummati..." (ketika
hampir menemui ajal sedang Siti Aisyah kesayanganmu dan anggota keluarga lain berada
disisi sedangkan mulutmu tetap mengingati kami...umatmu!)

Bagaimana hatimu Ya Rasulullah...


Tidak terjangkau oleh hati kami yang berdosa ini...tak mungkin, tak mungkin ada lagi
hati yang sesuci begitu...
hati yang kotor ini cuma mampu merintih.
berikanlahku ya Allah, hati yang mampu berharap untuk dapat mencintai....hati yang
seperti itu!..
Posted by Syanu at 10:18 AM

You might also like