You are on page 1of 3

SOALAN GEOGRAFI KERTAS 1

1. BERI DEFINISI
a) Atmosfera 3m
b) Troposfera 3m

2. HURAIKAN KEPENTINGAN LAPISAN TROPOSFERA SEBAGAI LAPISAN KEHIDUPAN 6m


3. BERI KEPENTINGAN OKSIGEN 6m

JAWAPAN :

1. a) ATMOSFERA

Atmosfera adalah salah satu daripada tiga bahagian terpenting yang terdapat di dalam
sistem planet bumi dan merupakan bahagian paling luar yang mengelilingu planet bumi.
Atmosfera juga bole dihuraikan sebagai satu lapisan nipis gas tanpa bau, warna dan rasa
yang berada di atas permukaan bumi disebabkan tarikan daya graviti bumi. Atmosfera juga
terdiri daripada campuran gas yang stabil

b) TROPOSFERA

Istilah troposfera berasal daripada perkataan Greek ‘tropos’ yang bermaksud “berputar”
dan ini menjelaskan percampuran dan perolakan di lapisan ini. Troposfera merupakan
lapisan atmosfera paling bawah yang mengandungi kira-kira 75% daripada keseluruhan jisim
gas atmosfera dan merupakan lapisan yang paling penting dari segi mencorakkan cuaca
planet bumi
2. Lapisan troposfera ini merupakan lapisan yang menampung kehidupan
manusia, haiwan dan tumbuhan dengan membekalkann oksigen, karbon dioksida
dan air hujan. Lapisan ini juga merupakan lapisan atmosfera yang paling bawah dan
mengandungi 75peratus daripada kesekluruhan jisim gas atmosfera dan merupakan
lapisan yang paling penting dari segi mencorakkan cuaca planet bumi.
Fenomena cuca yang berlaku di lapisan ini adalah seperti rebut, kilat, petir,
hujan, salji dan lain-lain. Selain itu, lapisan ini juga menjadi penebat bahagian
Matahari dan juga bahangan Bumi. Ia berfungsi menyerap kedua-dua bahangan
tersebut supaya suhu bumi sentiasa stabil. Lapisan ini juga menghalang kehilangan
haba dari permukaan Bumi. Bukan itu sahaja malah, lapisan troposfera mengandungi
hamper semua wap air udara dan awan.
Hampir kesemua aktiviti perolakan yang dikaitkan dengan pembentukan
awan dan semua komponen pergerakan udara secara menegak berlaku di dalam
lapisan troposfera. Cuaca yang dialami di permukaan bumi ini dibentuk dan
dicorakkan oleh perubahan yang berlaku di troposfera. Hamper kesemua bahan
cemar udara yang utama terdapat di dalam lapisan troposfera ini.

3. Oksigen merupakan gas yang terpenting di dalam kehidupan manusia,


haiwan dan juga tumbuh-tumbuhan. Oksigen merupakan gas yang memberi manusia
dan haiwan untuk bernafas dan terus hidup. Di samping itu, gas karbon dioksida juga
turut penting dan daling bergantung dengan gas oksigen. Kitar ekosistem di
sekeliling manuisa saling berkait rapat.

Contohnya, manusia menghirup udara yang mengandungi gas oksigen, dan


menghembus gas karbon dioksida. Seterusnya, gas karbon dioksida yang dilepaskan
akan diambil oleh tumbuh-tumbuhan untuk bernafas. Di samping itu, gas oksigen
bagi tumbuh-tumbuhan juga penting untuk menjalani proses fotosintesis yang juga
merupakan makanan bagi tumbuh-tumbuhan.

Bagi badan atau sel manusia, adalah amat penting untuk kitar semula darah.
Tulang belakang manusia iaitu sumsum tulang akan menghasilkan darah merah,
namun oksgen diperlukan untuk darah merah itu berfungsi sebagai haemoglobin
iaitu sel yang akan memberikan tenaga serta kekuatan kepada sel-sel lain dan juga
organ di dalam badan.

Sekiranya, tiada kewujudan gas oksigen maka, proses-proses ini tidak akan
berlaku. Apabila terdapat gas oksigen maka kitar ekosistem mula berlaku. Ini adalah
penting untuk menyeimbangkan ekosistem di dunia. Sekiranya berlaku
ketidakseimbangan maka manusia serta hidupan lain akan mendapat kesukaran
untuk terus hidup. Kesimpulannya, gas oksigen merupakan gas yang terpenting
dalam hidupan.

You might also like