You are on page 1of 7

1 Mengumumkan ketibaan Yang Diraikan Tuan Hj.

Ariffin Bin Samir diiringi dif-dif


jemputan masuk ke dalam dewan.

2 Pagi yang indah penuh ceria


Hari yang berbahagia penuh bermakna
Kami bawakan kepada anda Majlis “Kasih Disemai Bakti Dituai” sempena persaraan
Tuan Hj. Ariffin Bin Samir Pengarah Kolej Matrikulasi Teknikal Johor KMTJ.

3 BismilLahir Rahmanir Rahim


Assalamu `Alaikum W.B.T.

4 Yang Berusaha
Tn. Hj. Mohmad Hairin bin Basiran
Guru Penolong Kanan 1
SK LKTP Sungai Sayong

5 Yang Berusaha
Pn. Hjh. Fatimah binti Hashim
Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
SK LKTP Sungai Sayong

6 Yang Berusaha
En. Rahmat bin Ibrahim
Guru Penolong Kanan Ko-kurikulum
SK LKTP Sungai Sayong

Yang Dihormati
En. Abdul Aziz bin Hj. Redwan
Pegawai Pelajaran Daerah Kulai

Yang Dihormati
En. Mohd Rosli bin Othman
Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Kulai
Bahagian Menengah

Yang Dihormati
Tn. Hj. Muhammad bin Salleh
Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Kulai
Bahagian Rendah

Yang Dihormati
En. Mohd Azmi bin Abdul Rahman
Pegawai Maklumat
Pejabat Pelajaran Daerah Kulai

Yang Dihormati
Barisan Guru Besar dan Pengetua
Sekolah-sekolah Rendah dan Menengah
Daerah Kulai

Yang Dihormati
En. Abdul Naser bin Bedu
Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru
SK LKTP Sungai Sayong

Yang Dihormati
En. Md. Sukor bin Marzuki
Pengerusi Jawatankuasa Majlis “Kasih Disemai Bakti Dituai”
dan seluruh ahli jawatankuasanya

Yang Diraikan
En. Abdull Mutalib bin Denan
Guru Besar SK LKTP Sg. Sayong

Seterusnya
Barisan guru, murid-murid, hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian.

Selamat datang ke :
Majlis “Kasih Disemai Bakti Dituai” sempena persaraan Yang Diraikan En. Abdull
Mutalib bin Denan, Guru Besar SK LKTP Sg. Sayong.

Sirih berlipat sirih pinang


Sirih dari Pulau Mutiara
Pemanis kata selamat datang
Awal BismilLah pembuka bicara

Sarung ketupat berisi inti


Dibawa budak sambil berlari
Kehadiran semua sangat dihargai
Moga Majlis bertambah seri

Bunga mawar cantik tersemat


Dipetik gadis di tepi titi
Doa dibaca memohon Rahmat
Moga Majlis sentiasa diberkati

Bagi menambah keberkatan Majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini, marilah
sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh
Tn. Hj. Jaafar bin Ahmad.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.


Amin Amin Ya Rabbal `Alamin

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Tn. Hj. Jaafar
bin Ahmad atas bacaan doa itu tadi.

Jasamu dikenang
Budimu tak terbilang
Semangatmu dijulang
Kepimpinanmu gemilang

Begitulah yang boleh kita perkatakan atas segala bakti dan kepimpinan yang dilakukan
oleh Yang Diraikan En. Abdull Mutalib bin Denan sepanjang perkhidmatan beliau di
dalam dunia pendidikan yang berakhir sebagai Guru Besar di SK LKTP Sungai Sayong.

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian

Tiap pertemuan pasti ada perpisahan


Itu adat, itu lumrah kehidupan
Begitulah rentetan perjalanan
Walau sukar untuk ditelan
Tapi kaki tetap mengorak jalan
Selagi hayat dikandung badan

Untuk itu, marilah sama-sama kita saksikan persembahan multimedia sempena


persaraan Yang Diraikan En. Abdull Mutalib bin Denan.

Itulah sebentar tadi dapat kita saksikan persembahan multimedia sempena persaraan
Yang Diraikan En. Abdull Mutalib bin Denan. Mudah-mudahan ianya dapat memberi
sumber inspirasi buat kita semua.

Tak molek jika ada alu tiada lesungnya


Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya
Tak lengkaplah Majlis jika tidak ada yang berbicara

Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian

Majlis diteruskan dengan ucapan daripada Yang Berusaha Tn. Hj. Mohmad Harin bin
Basiran, Guru Penolong Kanan 1, SK LKTP Sungai Sayong. Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Yang Berusaha Tn. Hj. Mohmad Hairin bin Basiran atas
ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi.

Majlis seterusnya ingin menjemput dan mempersilakan kepada Yang Dihormati En.
Abdul Naser bin Bedu, Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK LKTP Sungai
Sayong untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.
Terima kasih diucapkan kepada Yang Dihormati Tn. Hj. Abdul Naser bin Bedu atas
ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi.

Majlis seterusnya ingin menjemput dan mempersilakan kepada yang Dihormati En.
Abdul Aziz bin Hj. Redwan, Pegawai Pelajaran Daerah Kulai untuk menyampaikan
ucapannya. Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada yang Dihormati En. Abdul Aziz bin Hj. Redwan atas
ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi.

Seterusnya, tibalah waktu yang kita nanti-nantikan iaitu ucapan daripada Yang Diraikan
En. Abdull Mutalib bin Denan. Majlis dengan segala hormatnya ingin menjemput dan
mempersilakan.

Majlis merakamkan setingi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang Diraikan
En. Abdull Mutalib bin Denan atas ucapan itu tadi.

Sudah teradat si anak lelaki


Mati berjuang, berundur jangan
Berani kami menjunjung adat
Bukan memberi kata dan puji
Hanya budi dalam ingatan
Buat kenangan sepanjang hayat

Bagi memeriahkan lagi Majlis kita pada hari ini, marilah sama-sama kita saksikan
persembahan daripada kumpulan yang menggelarkan diri mereka sebagai Little
Khalifah. Mereka akan mendeklamasikan sebuah sajak yang bertajuk “Jasamu
Dikenang” dan mendendangkan 2 buah lagu yang bertajuk “Terlalu Indah” dan
“Bertemu dan Berpisah”.

Itulah sebentar tadi kumpulan Little Khalifah yang telah menampilkan sebuah
pesembahan yang cukup istimewa.

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian

Majlis diteruskan dengan upacara penyampaian cenderamata sebagai tanda kenang-


kenangan buat insan yang kita raikan pada hari ini iaitu Yang Diraikan En. Abdull
Mutalib bin Denan.

Sebelum itu, Majlis dengan segala hormatnya ingin menjemput dan mempersilakan
kepada Tn. Hj. Mohmad Hairin bin Basiran, Guru Penolong Kanan 1, SK LKTP Sungai
Sayong untuk mengiringi Yang Diraikan En. Abdull Mutalib bin Denan untuk menerima
cenderamata kenang-kenangan. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Kita akan mulakan dengan penyampaian cenderamata daripada wakil-wakil kelas.


Dipersilakan wakil daripada kelas Pra-sekolah 1

Dipersilakan wakil daripada kelas Pra-sekolah 2

Dipersilakan wakil daripada kelas Pendidikan Khas

Dipersilakan wakil daripada kelas 1 Cemerlang

Dipersilakan wakil daripada kelas 1 Gemilang

Dipersilakan wakil daripada kelas 2 Cemerlang

Dipersilakan wakil daripada kelas 2 Gemilang

Dipersilakan wakil daripada kelas 3 Cemerlang

Dipersilakan wakil daripada kelas 3 Gemilang

Dipersilakan wakil daripada kelas 4 Cemerlang

Dipersilakan wakil daripada kelas 4 Gemilang

Dipersilakan wakil daripada kelas 5 Cemerlang

Dipersilakan wakil daripada kelas 5 Gemilang

Dipersilakan wakil daripada kelas 6 Cemerlang

Dipersilakan wakil daripada kelas 6 Gemilang

Seterusnya Majlis mempersilakan kepada Yang Dihormati Tn. Hj. Abdul Naser bin Bedu
untuk menyampaikan cenderamata daripada Persatuan Ibu Bapa dan Guru, SK LKTP
Sungai Sayong.

Dan yang terakhir, Majlis mempersilakan kepada Yang Dihormati En. Md. Sukor bin
Marzuki untuk menyampaikan cenderamata daripada Badan Kebajikan Guru dan
Kakitangan SK LKTP Sungai Sayong.

Itulah tadi upacara penyampaian cenderamata kenang-kenangan khusus untuk Yang


Diraikan En. Abdull Mutalib bin Denan.

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Yang Diraikan En. Abdull Mutalib bin
Denan atas kesudian menerima cenderamata itu tadi. Majlis turut merakamkan ribuan
terima kasih di atas kesudian Yang Berusaha Tn. Hj. Mohmad Hairin bin Basiran
mengiringi Yang Diraikan En. Abdull Mutalib bin Denan sebentar tadi.
Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih kepada semua penyampai cenderamata
sebentar tadi.

Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah

Untuk pengetahuan semua, Yang Diraikan En. Abdull Mutalib bin Denan turut berbesar
hati untuk menyampaikan cenderamata kenang-kenangan khusus daripada beliau
sendiri.

Justeru itu, sekali lagi Majlis ingin menjemput dan mempersilakan kepada Yang
Diraikan En. Abdull Mutalib bin Denan untuk menyempurnakan upacara tersebut.

Yang pertama, dipersilakan kepada Yang Dihormati En. Md. Sukor bin Marzuki selaku
wakil daripada Badan Kebajikan Guru dan Kakitangan SK LKTP Sungai Sayong.

Seterusnya, dipersilakan kepada Yang Berusaha Tn. Hj. Mohmad Hairin bin Basiran
selaku wakil Pentadbiran SK LKTP Sungai Sayong.

Seterusnya, dipersilakan kepada En. Abdul Aziz bin Hj. Redwan, Pegawai Pelajaran
Daerah Kulai.

Seterusnya, dipersilakan kepada En. Mohd Rosli bin Othman, Penolong Pegawai
Pelajaran Daerah Kulai Bahagian Menengah.

Seterusnya, dipersilakan kepada Tn. Hj. Muhammad bin Salleh, Penolong Pegawai
Pelajaran Daerah Kulai Bahagian Rendah.

Dan yang terakhir, dipersilakan kepada En. Mohd Azmi bin Abdul Rahman, Pegawai
Maklumat, Pejabat Pelajaran Daerah Kulai.

Itulah sebentar tadi upacara penyampaian cenderamata kenang-kenangan daripada


Yang Diraikan En. Abdull Mutalib bin Denan.

Inilah yang dikatakan, umpama belayar telah sampai di pelabuhan


Umpama berkayuh telah sampai di muara
Umpama berjalan telah sampai di destinasi

Para hadirin sekalian, kita telah pun berada di hujung acara.

Kuning emas masaknya padi


Mawar merah dalam jambangan
Terima kasih daun keladi
Budi tuan jadi kenangan

Tuai padi antara nampak


Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan

Dengan itu, berakhirlah sudah Majlis kita pada hari ini. Sebelum bersurai, kita akan
menyaksikan buat kali terakhirnya Yang Diraikan En. Abdul Mutalib bin Denan akan
menandatangani buku rekod kehadiran sebagai tanda berakhirnya tugas rasmi beliau
di dalam dunia pendidikan ini.

Majlis juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Diraikan En. Abdull
Mutalib bin Denan kerana sudi untuk bersama kita pada hari yang penuh bermakna ini
dan kami semua mendoakan agar Yang Diraikan En. Abdull Mutalib bin Denan
bertambah ceria dan bahagia di dalam kehidupan seharian.

Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih kepada semua tetamu dan hadirin yang
sudi meluangkan masa bersama-sama memeriahkan Majlis “Kasih Disemai Bakti
Dituai” ini.

Dikesempatan ini juga, kami ingin memohon ribuan kemaafan andai ada salah dan
silap sepanjang kami mengacarakan Majlis ini.

Pergi ke dusun memetik kelapa


Kelapa muda si kelapa barli
Jari disusun maaf dipinta
Panjang usia bersua kembali

Sekian sahaja, salam hormat, Wa BilLahit Taufiq walHidayah Wassalamu `Alaikum Wa


Rahmatullahi Wa Barakatuh.

Ubahsuai oleh : Abdul Manaf Hj Mohd Elias


Terima kasih tak terhingga kepada penulis
Skrip Asal Oleh : Noor Azaref bin Naim
SK LKTP Sungai Sayong
81000 Kulai, Johor
12 September 2008

You might also like