You are on page 1of 138

BAB 1

PENGENALAN LATIHAN INDUSTRI DAN ORGANISASI

1
1.1 Pengenalan

Latihan industri adalah salah satu syarat yang diwajibkan ke atas setiap pelajar
sebelum melaksanakan setiap individu pelajar itu sendiri untuk dianugerahkan sijil
atau diploma. Setiap pelajar perlu lulus latihan industri sebelum dibenarkan
memasuki semester berikutnya. Pada umumnya, latihan industri telah
diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia supaya dapat memberi suatu
pengalaman dan para pelajar menimba pengalaman sebaik mungkin semasa
berada di alam pekerjaan.

Latihan Industri ini diwajibkan kepada pelajar-pelajar yang mengikuti sijil


bagi semester 3 dan mengikuti diploma untuk semester 4. Pelajar-pelajar yang
terlibat akan menjalani latihan ini dalam jangka masa lima ataupun enam bulan iaitu
satu semester.

Pihak politeknik menempatkan palajar-palajar ke tempat yang sesuai


dengan kursus yang diikuti di politeknik akan cuba iaitu sama ada ke organisasi
kerajaan mahupun swasta. Setiap pelajar perlu menggunakan kesempatan yang
ada untuk mempelajari sesuatu ilmu yang baru dan belajar menyesuaikan diri dalam
suasana pekerjaan yang mungkin berbeza dari dihajati.

Selain itu, para pelajar juga perlu lulus dalam modul softskills sebagai syarat
menyertai progam ini. Ia juga boleh dikatakan sebagai pelengkap kepada proses
pembelajaran kerana seorang pelajar politeknik perlu mahir dari segi teori dan
amali. Melalui program ini, pelajar akan dapat memperkembang dan meningkatkan

2
lagi kemahiran-kemahiran yang sedia ada. Secara tidak langsung, para pelajar
akan dapat memperbaiki segala kelemahan yang ada pada diri kerana mereka akan
di didik dan mendapat tunjuk ajar daripada pihak organisasi untuk bekerja

1.2 Objektif latihan industri

Tujuan utama Latihan Industri adalah untuk menambah pengalaman para pelajar
dari pelbagai aspek termasuk bidang yang diceburi. Selain itu, pelajar dapat
membina personaliti individu di dalam proses membuat kerja kerana hasil kerja
yang di lakukan melambangkan sifat di dalam diri seseorang. Secara tidak
langsung member peluang kepada pelajar untuk memahami aspek pengurusan dan
berkomunikasi antara kakitangan dalam pelbagai bidang. Di antara objektif lain
adalah:

1. Latihan ini adalah salah satu daripada syarat yang diwajibkan kepada setiap
pelajar politeknik bagi melayakkan diri mereka untuk mendapatkan sijil
ataupun diploma.

2. Latihan ini juga adalah bertujuan untuk mendedahkan kepada para pelajar
tentang alam pekerjaan yang sebenar disamping menimba pengalaman
bekerja.
3. Ketika menjalani latihan ini juga, para pelajar dapat menanam serta
memupuk semangat kerja berpasukan dan dapat menjalinkan hubungan
baik antara pelajar dengan pekerja serta majikan.
4. Pelajar dapat mengaitkan segala apa yang dipelajari secara teori dan
dipraktikalkan dengan sebaik mungkin dan ini akan membuatkan pelajar
lebih memahami sesuatu perkara itu dengan lebih mendalam lagi.
5. Memberi peluang kepada para pelajar untuk mempelajari pengatahuan dan
pengalaman yang tidak terdapat dalam pembelajaran.
6. Pelajar dilatih supaya mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh majikan dan
ini akan membentuk disiplin dalam diri pelajar agar sentiasa menjaga disiplin
terutamanya dalam disiplin kerja.

3
7. Latihan industri ini juga dapat membina keyakinan diri pelajar dalam
melakukan sesuatu kerja.
8. Selain itu sifat amanah dan bertanggunjawab dapat disemaikan pada
pelajar.
9. Mengaitkan teori kepada praktis yang sebenar bagi menambahkan lagi
pengetahuan yang lebih berkesan.
10. Melatih pelajar mengikut segala peraturan dan disiplin yang ditetapkan bagi
membolehkan pelajar memahami etika kerja yang sebenar disamping dapat
membentuk keperibadiaan yang tinggi.
11. Dapat menyediakan sebuah laporan setelah tamat latihan dengan lengkap
agar dapat dijadikan rujukan atau panduan dalam kerjaya kelak.

1.3 Objektif laporan latihan industri

Laporan Latihan Industri ini di taip mengikut format yang telah diselaraskan
kepada semua pelajar seperti di dalam Buku Garis Panduan Latihan Industri.
Laporan ini mengandungi segala proses-proses gerak kerja yang telah dilakukan
oleh pelajar di organisai terbabit. Antara objektif utamanya adalah:
1. Membolehkan pihak politeknik menilai pencapaian pelajar dalam latihan
industri.
2. Menjadikan bukti kepada latihan yang telah diikuti.
3. Mencatatkan segala pengetahuan dan pengalaman yang dibelajari dalam
latihan industri
4. Mendokumentasikan aktiviti-aktiviti pelajar sepanjang latihan industri.
5. Melatih pelajar menhasilkan satu laporan yang bersistematik.
6. Menjadi panduan pada masa depan.
7. Melatih pelajar menggunakan komputer untuk menulis serta menyediakan
laporan.
8. Sebagai cacatan mengenai segala maklumat baru atau penting yang
diperolehi.

4
1.4 Kepentingan Latihan Industri

Latihan industri adalah sangat penting kepada para pelajar kerana dengan
adanya pengalaman kerja, maka para pelajar akan berasa sangat senang
apabila mengikuti pengajaran yang akan diadakan pada semester yang
seterusnya. Semasa menjalani latihan industri, para pelajar akan dilatih untuk
mempelajari cara-cara menerima arahan dan melaksanakan arahan yang
diamanahkan kepada dirinya. Kecekapan menerima dan melaksanakan arahan
merupakan prinsip kerja yang sangat penting dan perlu diamalkan oleh setiap
pekerja untuk menyelesaikan kerja dengan sempurna dan cepat.

Selain itu, latihan industri juga dapat melatih para pelajar untuk
mengamalkan sikap berdikari, bertanggungjawab, hormat-menghormati,
keyakinan diri, kesabaran, ketabahan serta kerjasama dengan pekerja lain dalam
suatu alam pekerjaan yang sama. Sikap-sikap tersebut dapat dijadikan sebagai
amalan hidup yang baik untuk memperbaiki diri kita.

Dalam latihan industri, para pelajar akan menemui ilmu-ilmu yang baru dan
cuba belajar untuk menyesuaikan diri dengan suasana pekerjaan yang mungkin
berbeza dengan alam pelajaran. Dengan adanya pengetahuan dan pengalaman
yang lebih mendalam, maka masa depan untuk para pelajar akan terjamin
terutamanya apabila keluar dari alam pelajaran dan seterusnya masuk ke alam
pekerjaan.

5
Melalui ilmu-ilmu baru yang telah pelajari dan latihan yang diperolehi semasa
latihan industri, ia boleh membantu kita dalam melaksanakan tugas dengan
lebih cekap dan berkesan apabila balik dari latihan industri mahupun bekerja
di masyarakat pada masa depan yang akan datang nanti.

Secara kesimpulannya, latihan industri sebenarnya boleh menguji


ketabahan, kesabaran, amanah, kecekapan dan sebagainya terhadap
seseorang pelajar. Selain itu, ia juga memberi peluang kepada para pelajar
untuk mempelajari ilmu-ilmu baru yang lebih luas dan lain-lain lagi yang
merupakan satu pengalaman penting yang amat berguna untuk kita apabila
hendak memohon kerja selepas menamatkan pengajian.

1.5 Penyusunan Laporan Latihan Idustri

Laporan Latihan Industri (LLI) saya telah disediakan dengan mengikut piawaian
yang telah ditetapkan oleh Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah. Piawaian yang
ditetapkan tersebut dapat memberi satu panduan yang baik kepada seseorang
pelajar untuk menyusun laporannya dalam keadaan yang teratur dan bersistematik.
Piawaian ini juga melatih pelajar supaya berupaya untuk mengikut arahan-arahan
yang telah ditetapkan dan memenuhi kehendak-kehendak sesebuah institusi.

Sebuah laporan yang lengkap boleh dibahagikan kepada tiga bahagian yang
penting iaitu bahan hadapan, bahan laporan dan bahan belakang. Tiap-tiap
bahagian tersebut mempunyai piawaian-piawaian yang telah ditetapkan.

Bahagian bahan hadapan merangkumi tajuk-tajuk yang disusun mengikut turutan


yang ditunjukkan seperti di bawah:-

6
i. Kulit laporan
ii. Surat tamat latihan industri
iii. Perakuan
iv. Dedikasi
v. Penghargaan
vi. Jadual kandungan
vii. Senarai rajah
viii. Senarai lampiran

Bahagian yang seterusnya adalah bahagian bahan laporan yang disusun dalam
tajuk-tajuk seperti di bawah:-

i. Pengenalan
ii. Latarbelakang Firma
iii. Jadual Aktiviti Latihan Industri
iv. Kandungan Teknikal (Dalam berbagai BAB)
v. Kesimpulan
vi. Saranan dan cadangan
vii. Rujukan

Akhirnya, bahagian yang terakhir ialah bahagian Bahan Belakang yang


mengandungi tajuk-tajuk seperti berikut:-

i. Rujukan
ii. Lampiran

1.6 Sejarah penubuhan organisasi

7
Pada awal, SONY Corporation ditubuhkan dengan gelaran nama Tokyo
Comunication Research Institute atau dengan nama Totsuka. Syarikat ini telah
ditubuhkan oleh seorang rakyat Jepun sendiri yang bernama MASARU IBUKA.
Beliau telah menubuhkan syarikat Totsuka pada masa kejatuhan Jepun dalam
perang dunia kedua iaitu lapan belas hari selepas pengunduran tentera Jepun dari
perang dunia kedua pada tahun 1946.

AKIO MORITA yang mana sebelum ini, berkerja secara sambilan dengan Totsuka
akhirnya mengambil keputusan untuk menyertai Totsuka dengan sepenuh masa
setelah beliau berhenti menjadi pensyarah disebuah University di Tokyo, iaitu Tokyo
Tecnical University (Tokyo Kodai). Pada masa ini beliau telah memegang jawatan
sebagai pengarah urusan (Managing Director).

Rajah1.2.1 Gambar pengasas SONY

Memandangkan barangan keluaran Totsuka mendapat tempat di pasaran


U.S.A, MASARU IBUKA dan AKIO MORITA berhasrat menggunakan satu nama
baru bagi mengantikan nama lama iaitu Totsuka. Pada tahun 1958 nama ‘SONNY’
diambil dari satu perkataan SONUS yang mempunyai maksud tersendiri dalam
bahasa Jepun. Namun begitu di dalam Romanisma bahasa Jepun, perkataan
SONNY disebut sebagai SOHN – NEE. Perkataan ini membawa maksud kerugian.
Sehubungan dengan itu ianya menjadi satu masalah kepada mereka dan pada
akhirnya mereka terus mengambil keputusan untuk menggugurkan satu daripada
huruf ‘N’ di dalam perkataan tersebut. Ianya lebih bermaksud kepada bunyi atau
audio. Sehubungan dengan itu, terhasillah satu perkataan yang begitu terkenal
sehingga kini iaitu SONY.

8
1.7 Sejarah bagi SONY COPERATION

Dibuka pada : May 1946

Pengasas : -Masaru Ibuka


-Akio Morita
Pengerusi : Nario Ohga
Pekerja : 110,000
Kewangan : US$8 billion

SONY CORPORATION mempunyai lebih kurang 110,000 orang pekerja di


seluruh dunia. Ia berpusat di Sony Headquater yang berlokasi di Jepun. Anak-anak
syarikat termasuk di USA, Indonesia, Eropah dan banyak tempat lagi.

Setelah mengharungi berbagai rintangan, SONY Coperation telah


mengembangkan sayapnya selaku peneraju bidang elektronik audio ke beberapa
buah negara. Antara cawangan yang telah ditubuhkan di bawah SONY Coperation
ialah :-

EROPAH
- Sony Europe G.M.B.H
- Sony Distribution Centre (europe) B.V
- DADC Austria Ges.M.B.H
- Sony (U.K) Ltd. TV Europe
- Sony France S.A
AMERIKA UTARA
- Sony Corporation of Amerika
- Sony Magnetic Products Inc. of Amerika (S.P.M.A)
- Sony of Canada

9
TIMUR TENGAH
- Sony Saudi Arabian Company Ltd
- Sony Gulf Co

ASIA
- Sony Singapore Pte Ltd
- Korea Toyo Radio Co. Ltd
- Sony Thai Co. Ltd
- Sony Corporation of Hong Kong Limited
- Sony Video Taiwan Co. Ltd
- Sony TV Industries (M) Sdn. Bhd
- Sony (Malaysia) Sales and Service Sdn. Bhd
- Sony Electronic (M) Sdn. Bhd
- Sony Mechatronics Products (M) Sdn. Bhd

1.8 Penubuhan SONY ELEKTRONIK MALAYSIA

Sony Elektronik Malaysia (SEM) adalah salah satu anak syarikat Sony Corporation
yang menjalankan pengeluaran bagi barang audionya di Malaysia. Pada tanggal 15
JAN 1987, SEM telah memulakan operasinya di Malaysia dibawah naungan ‘Sony
Coperation’.

Pada peringkat awal SEM memulakan operasinya hanya pada bahagian GA sahaja
dengan ukuran keluasan 27758M2. Setelah memulakan operasinya dalam satu
jangka masa yang agak singkat SEM telah memperluaskan lagi pengoperasiannya
dengan menambahkan satu lagi bahagian utamanya yang dikenali sebagai 1B iaitu
bahagian pengeluaran set HI – FI. Perluasan ini adalah disebabkan oleh salah satu

10
faktor yang utama iaitu kos pengoperasiannya dan tenaga kerja yang agak
sederhana.

Perluasan ini telah dimulakan pada 16 MAC 1990. Berikutan dengan perluasan ini,
pada 20 julai 1991 secara rasminya SONY Malaysia telah memulakan
pengoperasiannya dengan secara meyeluruh di Malaysia dengan dirasmikan oleh
Yang Berhormat Datuk Seri Dr. Mahathir b. Mohammad selaku Perdana Menteri
Malaysia.

Diantara syarikat-syarikat SONY yang terdapat di Malaysia adalah seperti


berikut :-

i. SONY ELEKTRONIK ( M ) SDN. BHD.


ii. SONY MEKATRONIK ( M ) SDN.BHD.
iii. SONY SALE AND SERVICE ( M ) SDN.BHD.
iv. SONY LOGISTIK ( M ) SDN.BHD.
v. SONY TELEVISION ( M ) SDN.BHD.
vi. SONY VIDEO ( M ) SDN.BHD.

1.9 Ringkasan kejayaan SONY

TAHUN BULAN KEJAYAAN

1946 Mei Jenama Sony diperkenalkan oleh Masaru Ibuka

Memperkenalkan perakam kaset magnetik pertama


1950 Jan
bagi keluaran Jepun.

1954 April Mencipta transistor pertama.

Memperkenalkan radio transistor pertama di Jepun


1955 Jun
(Model TR-55)

1957 Feb Pertama kali di dunia sebuah radio transistor telah

11
berjaya dipasarkan.

Sebuah televsion set transistor pertama di dunia telah


1960 Jan
berjaya dihasilkan.

Mengelurkan set television sepenuhnya yang terkecil


1962 Mei
dan teringan.

Menghasilkan radio litar bersepadu (IC) untuk pasaran


1964 Ogos
antarabangsa.

Mengeluarkan perakam video untuk kegunaan rumah

1965 Nov

yang pertama di dunia.

Television trinitron yang pertama di dunia bagi


1968 Mei
television warna.

1970 Jun Menubuhkan Plant Inchinomiya

1972 Feb Menubuhkan Plant San Diego

Menerima anugerah television terbaik oleh american


1973 July academy of art and scinece kerana teknologi
trinitronnya.

Video keset yang menggunakan teknologi Betamex


untuk kegunaan rumah telah berjaya dipasarkan dan
1975 Sep
menubuhkan SONY WEGA PRODUCTION di German
barat.

1979 Dis Memperkenalkan walkman.

Menubuhkan SONY AMAZONIA Ltd. Di brazil untuk


1980 Okt
penyelidikan aplikasi laser.

Memperkenalkan compect disk yang pertama di dunia


1982 Mac
untuk kegunaan rumah.

Menubuhkan DIGITAL AUDIO DISC CORPORATION


1983 April
bagi keluaran CD di America Syarikat.

1984 Jan Menubuhkan SONY TOYO AUDIO (M) bagi

12
pengeluaran pemain CD.

Menghasilkan sebuah video commander yang terkecil


dan bersiaz 18mm.
1985 July

Menubuhkan SONY MAGNETIC CORPORATION di


1987 Ogos Thailand dan SONY ELECTRONIC MALAYSIA di
Malaysia.

1990 April Memperkenalkan Data Discman

1996 Mei Memyambut Ulang Tahun ke 50 tahun penubuhannya

Sony Corporation kehilangan pengasasnya iaitu Mr.


1999 Okt
Akio Morita.

1.10 Ringkasan kejayaan SONY ELEKTRONIK MALAYSIA

Jan Melantik En. Murai sebagai pengarah urusan.

1987 Mei Perjanjian pembelian tanah

Ogos Majlis pecah tanah telah diadakan

Mac Segala kelengkapan kilang telah siap..

Majlis perasmian bangunan kilang.

April Penjualan pertama (CFS – 1000S) untuk kawasan di


1988 sekitar Asia.

Jun Perjanjian dengan CSA telah termeterai.

July Perjanjian dengan Ultelah termeterai.

Dec Operasi shift kedua bermula.

13
Mei Anugerah pencapaian pengeluaran bagi tahun 1988
telah diterima.
1989
Majlis pecah tanah bagi satu lagi bahagian dalam SONY
Ogos
telah berlangsung.

Oct Menerima lesen bagi BEAB

Mac Bahagian 1B telah siap dengan sepenuhnya.

1990 April Permulaan dalam pengeluaran HI-FI.

Mei Anugerah ZD (Zero Defect) diterima.

Feb Upacara pencapaian 10 juta set untuk GA.

April Upacara pencapaian 1 juta set HI-FI.


1991
Upacara pembukaan secara rasmi SONY Elektronik
July
Malaysia yang dirasmikan oleh Perdana Menteri.

Anugerah presiden 1991 diterima (Kumpulan Audio


Jan
Penang)

1992 Ogos Operasi STREAM bermula.

Memenangi pertandingan kecantikan kilang diperingkat


Sept
negeri pulau pinang

Majlis meraikan set hi – fi yang kelima juta telah


Feb
dilangsungkan.

Mac Menerima anugerah iso9002

1993
Pengeluaran discman telah bermula.

Jun

Memindahkan semula operasi penghantaran ke SLM


July
( SONY Logistik Malaysia )

1994 Feb Pengeluaran walkman bermula.

14
Menerima anugerah yang pertama bagi kempen
Jun
menjaga alam sekitar.

Majlis meraikan set hi – fi yang ke 10 juta telah


Dec
berlangsung.

Penggabungan tiga Syarikat Sony di utara tanah air


1998 Mac dibawah satu mana iaitu SONY ELECTRONIK(M)
Sdn.Bhd.

Penggabungan buat kali kedua bagi cawangan selatan


2004 Mei dan utara dibawah satu nama iaitu SONY EMCS
(MALAYSIA SDN. BHD.

1.11 Profil SONY ELEKTRONIK MALAYSIA

Permulaan pengeluaran : 11 April 1988


Modal saham : RM 40,000,000.00
Jumlah pelaburan : RM 350,999,000.00
Pemegang stok : Sony Corporation (76.7%) Sony International
(S) PTE. LTD (23.3%)
Pekerja : 6,000 orang
Keluasan tempat : 101,000 meter persegi
Pembinaan tempat : 54,000 meter persegi

Keluaran : Pemaian CD, Perakam Radio Kaset, Sistem HI-


FI, Discman, VCD dan komponen
Kapasiti keluaran audio : 29,765,000 set keluaran Mekanisme

15
40,227,000 dek mekanikal
Destinasi : USA 40%, EUROPE 30%, Lain-lain 30%

Rajah 1.2.2 Gambar pandangan atas SONY EMCS (M) Sdn. Bhd.

1.12 Matlamat syarikat

i. Menghasilkan pengeluaran audio yang bermutu tinggi untuk


dieksport keluar negara.
ii. Mengeluarakan barangan yang berkualiti dengan harga yang
berpatutan murah dan menjimatkan.
iii. Menubuhkan syarikat yang berjaya dengan bantuan teknologi
dan nasihat dari Sony Corporation Jepun.
iv. Melatih dan memajukan tenaga teknik dan pengurusan tempatan
supaya syarikat ini dapat dikendalikan dengan baik dan bebas.
v. Menubuhkan sistem Maklumat Pengurusan yang lengkap untuk
penempatan penyata dan keputusan.

1.13 Kemudahan yang disediakan untuk pekerja SOEM

i. Setiap pekerja yang baru akan dibekalkan dengan pakaian


seragam dua helai dan kasut dua pasang secara percuma. Setiap
pekerja akan menerima pakaian tersebut pada hari pertama
selepas mereka mendaftarkan diri untuk berkhidmat dengan Sony
dan mereka haruslah memulangkan pakaian tersebut apabila
meletakkan jawatan mereka sebagai pekerja SOEM.
ii. Syarikat Sony juga menyediakan perkhidmatan bas kilang dan
van untuk mengangkut pekerja berulang-alik semasa bekerja

16
iii. Syarikat juga menawarkan rawatan perubatan percuma di klinik-
klinik swasta yang dipilih oleh syarikat dimana klinik-klinik
tersebut dipilih di kawasan tempat paling ramai pekerja Sony
tinggal. Pihak syarikat juga akan membiayai segala perbelanjaan
perubatan seperti tertulis di atas resit dari klinik swasta.
iv. Kemudahan-kemudahan yang lain juga disediakan untuk pekerja
seperti berikut :
 Kemudahan Kafeteria 1A dan 1B
 Almari peribadi untuk setiap pekerja
 Kemudahan S’coop

 Tempat beristirehat (rest area)

 Skim pembelian barangan Sony (PBS)


 Surau lelaki dan perempuan
 Lawatan dan perbelanjaan kematian serta cuti ehsan
 Rekreasi seperti bola tampar, bola sepak, ping pong, tenis dan
lain-lain lagi.
v. Jamuan tahunan Sony yang diadakan setiap tahun.
vi. Hari keluarga Sony.
vii. Sukan tertutup antara pekerja Sony

1.14 Organisasi kilang SOEM

BAHAGIAN KAWALAN DAN PERANCANGAN

BAHAGIAN PROCUREMENT

BAHAGIAN PENTADBIRAN

17
BAHAGIAN KEJURUTERAAN

BAHAGIAN KEWANGAN

BAHAGIAN KEJURUTERAAN INDUSTRI

BAHAGIAN PENGELUARAN

BAHAGIAN

KAWALAN MUTU

Pengeluaran merupakan faktor perkembangan yang penting bagi SOEM maka


bantuan daripada jabatan-jabatan yang lain untuk menentukan daya
pengeluaran yang tinggi dan bermutu adalah amat penting. SOEM
mengamalkan konsep pengeluaran yang berperingkat, supaya pengurusan
yang cekap serta membuat penyusunan yang teliti supaya jaminan barangan

18
keluaran yang berkualiti dan dapat mencapai matlamat seperti yang
dicadangkan oleh syarikat.

Matlamat organisasi ini adalah untuk menlancarkan lagi pengurusan syarikat.


Pihak pengurusan pengeluaran akan mengatur semula susunan organisasi
mengikut perubahan pengeluaran dari masa ke semasa. Tujuan utama
susunan ini adalah untuk memajukan operasi syarikat SOEM.

 BAHAGIAN PENTADBIRAN

Jabatan ini bertanggungjawab ke atas sistem pentadbiran yang sempurna


disusun untuk melicinkan tugas pada setiap bahagian. SOEM juga
mengamalkan pengurusan yang cekap dan berkualiti untuk meningkatkan
produktivi.

Secara umunnya bahagian ini dipanggil jabatan perjawatan. Jabatan


perjawatan ini bertanggungjawab untuk menguruskan pengambilan pekerja,
urusan dengan kontraktor yang memberi tenaga pekerja dan memilih pekerja
yang berkelulusan dengan kerja yang dilakukan. Ia juga memastikan bahawa
tenaga kerja yang mencukupi untuk melakukan kerja-kerja.

 BAHAGIAN PROCUREMENT

I.Q.C - bahagian ini bertanggungjawab untuk memeriksa bahan mentah yang


dihantar kepada kilang SOEM dalam kualiti yang baik. Ia juga mempunyai satu
speksifikasi terhadap bahan mentah yang digunakan.

19
Stor Cork - jabatan ini bertugas dalam pemberian stok pembekal yang
disimpan dan disenggarakan dalam kilang.

Kawalan Procurement - bertugas untuk mengawal kos model, kos pembelian


dan
kesemua bahan yang berkaitan.

Sourcing - jabatan ini bertanggungjawab untuk mencari pembekal yang baik


untuk mendapat bahan yang berkualiti dan mempunyai harga yang
berpatutan.

Expediting - jabatan ini bertanggungjawab untuk menempah,


mempercepatkan penghantaran bahan yang dihantar. Ia juga menentukan
kualiti dan kuantiti bahan diterima pada masa yang tepat.

Kawalan Bahan - jabatan ini bertugas menyenggarkan kawalan stok,


memberi dan menyediakan bahan kepada pengeluar serta penjaga stok.

 BAHAGIAN KAWALAN DAN PERANCANGAN

Kawalan Pengeluaran - bahagian ini bertanggungjawab untuk merancang


aktiviti-aktiviti pengeluaran barangan dalam di atas permintaan daripada
pelanggan. Mereka akan menyediakan jadual yang dipanggil MPP (Monthly
Production Plan) dan jadual perkapalan untuk menghantar barangan yang
telah siap diproses untuk eksport ke luar negara.

20
Perancangan Perniagaan - bahagian ini bertanggungjawab untuk mengurus
dan merancang seluruh perniagaan yang telah dijalankan dalam kilang ini.

Jabatan Perkapalan - jabatan ini bertugas untuk mengendalikan semua


barangan yang telah dikeluar oleh bahagian pengeluaran. Barangan-barangan
perlu melalui pemeriksaan oleh QC sebelum dihantar ke luar negeri atau
negara.

 BAHAGIAN KEWANGAN

Jabatan Kos - jabatan ini bertanggungjawab untuk mengemaskinikan akaun


kos syarikat dan kos stok syarikat serta pembiayian yang diperlukan pada
masa yang akan datang.

Jabatan Akaun - jabatan ini bertanggungjawab untuk menyenggara akaun


penuh syarikat termasuk semua urusan yang berkaitan dengan kewangan
syarikat. Mereka juga akan mengkaji tahap kewangan syarikat dari masa ke
semasa.

E.D.P - tugas bahagian ini adalah menguruskan fungsi proses data syarikat.

 BAHAGIAN KEJURUTERAAN (ENGINEERING)

Jabatan Kejuruteraan Alat (Maintanance) - Menganalisa dan mengatasi


masalah alat-alat pengeluaran, menyokong kepada I.Q.C. dan para pembekal.
Proses pemindahan alat-alat juga diluluskan oleh jabatan ini.

21
Jabatan Pengeluaran - Mengendalikan tugas-tugas teknikal termasuk
melakar pelan, menentukan spesifikasi dan mengatasi masalah-masalah
pengeluaran.

Kejuruteraan Industri (Industrial Engineering) - Bertanggugjawab untuk


menyusun pengeluaran, proses kemajuan, kajian masa, penyusunan kilang,
perancangan tenaga kerja pengeluaran dan penyediaan waktu penentu
pengeluaran.

Kejuruteraan Pembuatan (Manufacturing Engineering) -Bertanggungjawab


mengendalikan rekaan alat-alat, jigs, kelengkapan dan proses mesin dalam
barisan pengeluaran.

Jabatan Penyenggaran (Facilities) - Mengendalikan perancangan menyusun


rapi kelengkapan kilang, menjaga kebersihan dan keselamatan serta kerja am
syarikat.

 BAHAGIAN PENGELUARAN (PRODUCTION)

Auto Insertion (Jabatan Penyelitan Automatik) - Jabatan ini menceburi dalam


proses-proses automatik dan teknologi terbaru dalam bidang pengeluaran.

Jabatan Pengeluaran - Bahagian ini mengendalikan semua aktiviti-aktiviti


pengeluaran syarikat. Jabatan ini sebagai kuasa dalam perkembangan kilang
di mana ia bergantung kepada daya dan mutu pengeluaran. Oleh itu, adalah
mustahak bagi semua jabatan untuk memberi sokongan penuh supaya proses
pengeluaran dapat berjalan dengan lancar dan rapi.

22
 BAHAGIAN KAWALAN KUALITI

Jabatan Kawalan Kualiti ( Quality Control ) - Jabatan ini bertugas memeriksa,


menyelidik dan memastikan pengeluaran selalunya bermutu tinggi. Kualiti
pengeluaran merangkumi beberapa aspek termasuk reka bentuk, suara dan
operasi.

Perancangan Sistem Kualiti - Jabatan ini bertanggungjawab memajukan


sistem pemeriksaan dan dokumentasi serta menyelenggarakan sistem
penempahan tapak ujian.

Perancangan Sistem - Bahagian ini bertanggangjawab menyokong reka


bentuk sistem semua aktiviti projek, menjayakan peraturan dan tatacara
operasi tugas.

 QUALITY CONTROL( QC )

Tugas utama bahagian QC ialah memeriksa, menyelidik dan memastikan


pengeluaran adalah bermutu tinggi dan berada dalam keadaan yang
sempurna sebelum diedarkan ke pasaran.

QC dibahagikan kepada 4 bahagian iaitu:

a Quality Assurance( QA)

23
- Melakukan pelbagai ujian untuk memastikan pengeluaran adalah dalam
keadaan sernpurna.

- Memastikan rekabentuk yang berkualiti daripada pengeluaran dan


mengesan potential defect yang disebabkan oleh pertukaran proses,
rekaan dan kegunaan bahagian.

b. Quality Control( QC)


- Melaksanakan inspection harian dan membuat cadangan atau
pemandangan pada lot pengeluaran.

c. Product Safety (PS )

- Menjamin keselamatan barang pengeluaran. Pastikan dan 'Follow-up'


semua proses keselamatan dalaman ( Internal Safety ).

d. Quality System Planning ( QSP)


-Merancang, Simulate, pengenalan dan Follow-up sistem QC untuk
mencapai cabaran Zero Defect.
- Mengasaskan peraturan dan standard.
- Mengawal budget daripada bagagian QC.
- Menentukan setiap fungsi pekerjaan pada bahagian QC.

 P.Q.A. (PART QUALITY ASSURANCE)

Bahagian ini bertanggungjawab untuk memastikan bahagian-bahagian


atau barangan yang tiba di stor mempunyai mutu yang baik dan
menganalisakan semuanya mengikut peraturan mutu yang telah ditetapkan.

24
Jika di Assembly menghadapi masalah dengan pemasangan set-set yang
berkaitan dengan barangan bekalan dari stor maka jabatan inilah yang
bertanggungjawab sepenuhnya.

1.15 Carta Organisasi Production Line.

General foreman

Engineer

Foreman

Technician

Line Leader

25
Utility Operator

Operator

1.16 Tugas bagi setiap pekerja.

1.16.1 General Foreman

1) Merupakan ketua kepada semua Foreman.

2) Setiap General Foreman akan diarahkan untuk menjaga beberapa


barisan (line)
3) Sentiasa menjalankan langkah-langkah untuk meningkatkan kualiti
dan aktiviti supaya mencapai sasaran yang ditetapkan.
4) Selain itu, dia juga melatih dan mengajar orang bawahannya untuk
mencapai sasaran kualiti mengikut arahan sebagaimana yang terdapat dalam
sistem kualiti pengeluaran.

26
5) Mengesahkan dokumen kualiti diantara bahagian.

1.16.2 Engineer

1) Menolong atau menyokong General foreman secara teknikal supaya dapat


mencapai kualiti dan aktiviti yang telah dirancangkan.

2) Dari semasa ke semasa, dia akan support line dan membuat analisa
untuk meningkatkan kualiti pengeluaran.

3) Berusaha untuk mengurangkan reject di line dan sentiasa follow up


aktiviti berkaitan kualiti yang mana difikirkan perlu.

1.16.3 Foreman

1) Ketua bagi line yang dijaganya.

2) Pengurusan line umpamanya mengawal line agar keluaran set


adalah ditahap maksimum. Manakala reject set adalah yang minimum.

3) Memberikan nasihat dan menyelesaikan masalah line leader, utility


operator dan technician.
4) Memeriksa kedatangan orang baru terutama sekali operator serta
mengkaji dan meluluskan sebarang permohonan untuk mendapatkan cuti bagi
operator.

5) Menyusun data-data dan fail yang digunakan serta menulis laporan


harian dan mingguan bagi pengeluaran line tersebut.

6) Melaksanakan 5’S dalam line tersebut.

27
7) Sentiasa memperbaiki kualiti dan kuantiti hasil pengeluaran dengan
merujuk kepada laporan harian yang dibuat oleh technician.

1.16.4 Technician

1) Pembantu bagi Foreman

2) Mesti cekap dalam memperbaiki set-set yang reject serta


memastikan masalah atau kerosakan yang sama tidak berulang.

3) Mendidik atau memberi nasihat kepada operator tentang kerja-kerja


seperti soldering, screwing dan lain-lain lagi yang berkaitan.

4) Menjaga dan membaiki jig atau perkakasan yang digunakan pada line.
5) Mengkaji sesuatu masalah yang menyebabkan set rosak serta
mencari jalan penyelesaiannya.

6) Semasa pertukaran version / model, adalah waktu yang sibuk bagi seorang
technician kerana perlu menukar program pada perkakasan untuk ICT dan
checker.

7) Berusaha dalam meningkatkan mutu produktif dan proses barisan.

1.16.5 Line Leader

1) Menjaga pengurusan barisan seperti semakan barangan-barangan yang perlu


digunakan adalah cukup.

2) Membantu dalam pengeluaran setiap hari.

28
3) Mengawal kualiti yang dikeluarkan serta kuantiti yang cukup.
4) Memastikan semua operator mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh
kilang.
5) Bertindak dengan cepat sekiranya menghadapi sebarang masalah.
6) Memeriksa Operation Standard setiap hari.
7) Sokongan kepada Foreman dan juruteknik.
8) Mematuhi serta menjaga 5S setiap masa.

1.16.6 Utility Operator

1) Memerhatikan kerja-kerja operator.

2) Menggantikan tempat operator yang tidak hadir.


3) Memastikan barang yang hendak digunakan sentiasa cukup.
4) Mengambil dan menguruskan kehadiran operator.
5) Mendidik operator yang baru kerja dan memastikan kerja yang dilakukan
adalah betul.
6) Menolong dalam meningkatkan target , kualiti serta produktiviti.
7) Mengambil jalan penyelesaian sekiranya menemui masalah dalam line.
8) Sokongan kepada Foreman dan juruteknik serta line leader.

1.16.7 Operator

1) Menjalankan kerja-kerja yang diberikan.

2) Memberitahu leader atau foreman sekiranya menghadapi sebarang masalah


semasa kerja dijalankan.

29
3) Memastikan kerja yang dilakukan sentiasa mengikut OS.

SKOP KAWASAN PRAI

30
MELALUI SATELIT

PANDANGAN SONY (EMCS)

MELALUI SATELIT

PANDANGAN ATAS SONY EMCS

31
BAB 2

RINGKASAN AKTIVITI LATIHAN INDUSTRI

2.1 Pengenalan

Bahagian pengeluaran di syarikat SONY boleh dibahagikan kepada dua


bahagian. Satu bahagian HOME AUDIO (HA) dan satu lagi bahagian PERSONAL
AUDIO (PA). setiap pelajar praktikal akan ditempatkan samada di bahagian HA
atau PA. Saya telah menjalani latihan industri di SONY EMCS (M) SDN BHD
bermula dari

32
11 Januari 2010 hingga 11 Jun 2010..Saya ditugaskan Di Jabatan PA-IE selaku
support trainee di line support. Waktu bekerja bermula dari pukul 8.00 pagi
sehingga 5 petang. Hari bekerja adalah dari hari Isnin hingga Jumaat. Saya juga
perlu datang pada hari Sabtu sekiranya ada OT.

Ringkasan aktiviti latihan industri ini merupakan aktiviti-aktiviti yang telah


saya lakukan setiap minggu bersama pekerja-pekerja lain semasa menjalani
latihan industri di SONY EMCS (M) SDN BHD.

2.2 Ringkasan aktiviti latihan industri.

Minggu 1

1. Sesi pendaftaran di Post 8 Guard House. Terus dibawa ke bilik baju untuk
mengambil baju dan kasut.

2. Sesi taklimat di Bunga Raya Room untuk penyerahan borang


permohonan.

33
3. Diajar membuat proses packing oleh Pn.Habibah.

4. Mempelajari proses soldering dari En.Riduan.

5. Re –Layout Line. Ini untuk memendekkan line sekiranya output rendah.

6. Mempelajari proses Freed di line. Proses bagaimana sesuatu set itu


dapat dipasarkan ke luar Negara.

Minggu 2

1. Mencatat masa operator melakukan kerja. Ini dinamakan Line Balancing


Time. Untuk mengetahui output dapat dicapai atau tidak.

2. Memasang suis di belakang meja supaya mudah untuk digunakan.

3. Memasang aksesori pada meja supaya mudah operator menjalankan


kerja.

4. Pasang meja menggunakan yazaki paip untuk meletakkan mesin checker


dan barang-barang yang lain.

5. Re-Layout line untuk memendekkan line sekiranya output rendah.

Minggu 3

1. Sambungan Re-Layout line.

34
2. Pasang table top pada meja. Ini bergantung pada saiz meja yang
dikehendaki

3. Mengambil masa operator melakukan kerja.

4. Memasang plastic cover untuk mengelakkan set dari dimasuki habuk.

Minggu 4

1. Mengambil masa operator melakukan kerja.

2. Memasang meja untuk operator melakukan oroses yang ditetapkan.

3. Pasang papan untuk operator menulis report sekiranya ada sebarang


masalah pada set yang dilakukan.

4. Pasang meja

5. Pasang galang pada meja supaya mudah operator untuk meletakkan


barang.

Minggu 5

1. Lekat tape putih di bahagian tepi meja supaya nampak lebih kemas dan
cantik.

2. Skru papan pada meja sekiranya memerlukan ruang untuk meletakkan


barang.

3. Pasang slanting rack pada meja untuk meletakkan bin atau monitor.

35
4. Lekat stiker L&R pada jig supaya mudah untuk operator memastikan
bahagian L&R.

5. Potong span dan lekatkan pada jig untuk meletakkan PWB supaya tidak
terjatuh.

Minggu 6

1. Lekat velvet pada jig untuk mengelakkan set dari tercalar.

2. Lekan greenmat pada meja juga untuk mengelakkan set dari tercalar.

3. Dismantle line supaya dapat set-up line yang baru.

4. Pasang galang pada meja.

Minggu 7

1. Pasang meja.

2. Potong papan untuk dipasang pada aksesori.

3. Dismantle line supaya dapat set-up line yang baru.

4. Pasang table top pada meja.

5. Shifting line supaya line yang lain dapat di set-up disitu.

Minggu 8

36
1. Potong arcylic board untuk menutup bahagian yang berwayar terlalu
banyak.

2. Pasang meja packing.

3. Lekat greenmat pada table top.

4. Pasang corrugated di bahagian tepi placon untuk mengelakkan set dari


terjatuh.

Minggu 9

1. Tukar table top yang lebih sesuai mengikut proses.

2. Lekat velvet pada jig untuk mengelakkan set dari tercalar.

3. Pasang galang pada meja untuk meletakkan CPU.

4. Pasang slanting rack pada meja.

5. Lekat velvet pada jig.

Minggu 10

1. Buat support base entuk meletakkan nejicco supaya lebih tinggi untuk
memudahkan proses.

2. Grinding jig supaya lubang menjadi lebih besar untuk meletakkan PWB.

3. Lekat velvet,salotip dan stiker L&R pada jig.

4. Pasang meja.

5. Melakukan 5’S di Jig Room supaya lebih kemas dan teratur. Ini salah satu
dari budaya SONY.

37
Minggu 11

1. Pasang papan untuk letak barang.

2. Pasang bangku kaki supaya operator yang rendah dapat berdiri.

Minggu 12

1. Menebuk lubang pada jig supaya mudah untuk meletakkan PWB.

2. Potong papan.

3. Mengambil masa operator melakukan kerja supaya dapat mengetahui


output yang dapat dicapai.

4. Pasang papan untuk report.

5. Pasang slanting rack pada meja.

Minggu 13

1. Dismantle line.

2. Pasang placon supaya jig dapat di paskan semula kepada operator yang
mula-mula menggunakan jig.

38
3. Pasang meja.

4. Shifting line ke kawasan yang lebih sesuai.

Minggu 14

1. Set up line NW11

2. Mengambil masa operator melakukan kerja di line NW27.

3. Dismantle line.

4. Buat table top untuk proses soldering.

5. Lekat greenmat pada table top soldering.

Minggu 15

1. Pasang papan di bawah meja untuk meletakkan solder ion

2. Pasang meja untuk meletakkan carton di bahagian packing

3. Buat table top soldering.

4. Pasang meja packing.

5. Pasang meja untuk meletakkan CPU.

Minggu 16

39
1. Buat support base untuk meletakkan barang.

2. Lekat greenmat.

3. Pasang slanting rack untuk meletakkan monitor dan keyboard.

4. Pasang meja.

Minggu 17

1. Mengambil masa checker

2. Mengambil masa operator di line NW11&NW21

3. Membuat lay-out line NW-21 untuk mengurangkan operator.

4. Membuat planning process dan layout.

5. Shifting line NW-21 berdasarkan layout yang telah dirancangkan.

Minggu 18

1. Pasang aksesori pada line.

2. Praktikal mengambil masa operator melakukan kerja di line HP-33.

3. Training Flow Chart & Line Layout yang disampaikan oleh PIC.

4. Set-up line.

40
5. Pasang slanting rack monitor dan keyboard.

Minggu 19

1. Potong meja supaya lebih rendah supaya operator dapat melakukan kerja
dengan lebih selesa.

2. Pasang meja untuk meletakkan audio checker.

3. Pasang hanger untuk meletakkan skru.

4. Training SMI(sony manufacturing innovation)

41
BAB 3

MENYEDIAKAN BARISAN (LINE SET UP)

3.1 Pengenalan

42
Sebelum sesuatu model baru dapat dihasilkan oleh sony,bahagian Industrial
Engineering( IE ) akan menyediakan line ( barisan ) yang lengkap untuk
membolehkan model itu berjalan. Mereka akan menyediakan segala peralatan yang
diperlukan untuk proses penghasilan model berkenaan. Kebiasaannya mereka akan
mengambil masa selama dua minggu untuk menyediakan barisan berkenaan.
Sebelum barisan dapat disediakan, IE akan membuat process planning dan
menyediakan layout.

3.2 Menyediakan barisan line set up

Proses ini menerangkan aktiviti-aktiviti yang dijalankan semasa pertukaran


model. Pertukaran model ini juga mewakili pertukaran proses di line tanpa mengira
ia adalah pertukaran version ataupun pertukaran model. Ia memberi satu prosedur
piawai semasa ‘line set-up’. Dalam proses ini juga, terdapat beberapa pihak yang
terlibat dalam susun atur ini:

Pihak-pihak yang terlibat dalam susun atur ini ialah seperti :-

i) Bahagian Kejuruteraan Industri ( IE- Industrial engineering).

Ii) Bahagian Kejuruteraan Pengeluaran ( PE- Production engineering).

iii) Bahagian Pengeluaran ( PA – Production assembly).

iv) Bahagian kawalan kualiti ( QC – Quality control )

v) Bahagian Kejuruteraan Pembuatan ( ME – Manufacturing engineering )

Proses ini adalah merupakan kaedah pengeluaran yang unik di mana ia tidak
memerlukan mesin untuk menghantar set dari satu tempat kerja ke tempat kerja
yang seterusnya. Ia dibentuk dengan kombinasi meja-meja di mana dalam susunan

43
yang beraneka bentuk mengikut kesesuaian model dan kuantiti set yang hendak
dikeluarkan pada satu hari.

3.2.1 Barangan – barangan untuk set up line

Berikut adalah senarai barang-barang yang akan digunakan untuk set-up


line :-

1) Table base

2) Table top

3) Paip yazaki

4) Joint

5) Skru & nat

6) Power drill

7) Slanting rack

8) Manual rack

9) Platform (ICT)

10) Micro dacs table

11) Platform table

12) Tool hanger

13) Plywood

14) L-plate

15) Green mat

44
16) Rubber mat

17) Nejico stand

18) L-bracket

19) Angle bracket

3.2.2 Penerangan untuk set up line

Untuk gambaran yang lebih jelas lagi terhadap line set-up, di sini disertakan pelan
atau layout pada muka surat berikutnya. Line layout ini disediakan oleh model PIC
(Personal In Charge) iaitu orang yang bertanggungjawab ke atas model yang akan
dikeluarkan. Model PIC tersebut adalah daripada jabatan Kejuruteraan Industri ( IE )
yang akan merancang atau mengaturkan susunan-susunan yang sesuai untuk
model yang hendak dikeluarkan.

Apabila line layout telah siap disediakan oleh model PIC, layout tersebut
hendaklah diluluskan terlebih dahulu oleh Department Head dari Kejuruteraan
Industri sebelum ianya dilaksanakan di line. Kerja-kerja menyusun atau mengatur
meja-meja dan mesin-mesin yang hendak digunakan di line perlulah mengikut
layout yang telah disediakan oleh model PIC.

Bagi proses-proses penyediaan alat-alat kelengkapan di line seperti solder iron,


nejicco, kipas, equipment seperti ammeter, monitor, osiloskop dan lain-lain akan
disediakan oleh ME (Manufacturing Engineering). Kejuruteraan ini juga membuat
pendawaian (wiring) serta memasang lampu pada tempat yang diperlukan.

45
3.3 Menentukan Produktiviti

Dalam proses ini adalah amat penting bagi model PIC untuk penyediaan
mendapatkan target dalam sesuatu pengeluaran. Ini adalah kerana apabila sesuatu
model baru berjalan, pihak Sony EMCS akan menentukan target yang perlu dapat
pada tiap-tiap hari bekerja. Oleh yang demikian, untuk mendapatkan target model
PIC perlulah membuat perkara-perkara seperti berikut :

1) Model PIC haruslah menggunakan formula seperti berikut untuk pengiraa


bagi output, produktiviti dan pengiraan bilangan pekerja.
Masa berkerja = 8.67 x 60 x 60 = 31212 saat

MASA BEKERJA X BIL PEKERJA

PRODUKTIVITI = SST (Sony Standard Time) x OUTPUT

2) Model PIC juga haruslah selalu merujuk pada jadual produktiviti yang
dikeluarkan oleh Jabatan Planning & Control pada setiap hari bagi jumlah
set yang perlu dikeluarkan.

3) Maklumat kebolehan produktiviti line yang sedia ada dan yang hampir sama
haruslah dipertimbangkan semasa menentukan target.

46
3.4 Permohonan Alatan dan Jig

Permohonan alatan dan jig hendaklah dibuat sebelum sesuatu model itu berjalan
lagi. Permohonan tersebut bolehlah dibuat dengan menggunakan borang khas yang
disediakan pleh pihak ME. Antara perkara yang perlu dilakukan ialah:

1) Senaraikan semua alatan dan jig yang diperlukan.

2) Berbincang dengan bahagian Manufacturing mengenai design jig.

3) Periksa dan pastikan jig selepas ianya dipasang.

3.5 SST (Sony Standart Time)

Dokumen SST adalah untuk memberi pemahaman tentang Sony Standard Time.
Dalam SST perlulah menganggap operator yang mahir bekerja adalah dalam
keadaan normal, berkemampuan untuk melakukan kerja dengan sempurna dan
perlu mengikut cara operasi yang telah ditetapkan dan juga perlu berpandukan
piawai kualiti yang ditetapkan. SST adalah masa bagi seseorang operator untuk
melakukan sesuatu proses ke satu proses dalam masa yang tersingkat dan
munasabah.

SST juga menganggap bahawa pihak pentadbiran menjalankan tugas dengan


berkesan dan mengekalkannya di bawah kawalan yang baik. SST juga dikenakan
ke atas operasi secara langsung sahaja pada satu keadaan malar. Ia tidak boleh

47
digunakan dalam keadaan di mana melibatkan kelesuan, tangguhan yang tidak
boleh dielakkan, persediaan sebelum beroperasi dan lain keadaan yang tidak
normal.

SST akan digunakan dalam keadaan seperti berikut :-

i) Pengiraan kos untuk pengeluaran.

ii) Pengukuran untuk produktiviti dan keberkesanan.

iii) Proses rekaan.

iv) Perancangan tenaga pekerja

3.6 MCN (Manufacturing Change Notice)

MCN adalah untuk memberi satu panduan dalam penyediaan rujukan untuk
Manufacturing Change Notice. Ia adalah dokumen di bawah kendalian Kejuruteraan
Industri (IE).

Bahagian Kejuruteraan Industri ini akan mengeluarkan dokumen ini bergantung


kepada keadaan seperti berikut :-

i) Apabila terdapat ECN (Engineering Change Notice) atau PCN (Process


Change Notice) di mana ia memerlukan penambahan atau pengurangan
untuk sesuatu proses tersebut.

48
ii) Semasa mendapat pertukaran, pengurangan atau penambahan indirect
material.
iii) Ketika terdapat dalam keadaan rujuk semula untuk SST (Sony Standard
Time).

3.7 PCN (Proses Change Notice)

PCN ini adalah dokumen yang dikendalikan oleh pihak Kejuruteraan Industri dan
Kejuruteraan Pengeluaran. ‘PCN Requisition Form’ (PRF) ini dikendalikan oleh
Jabatan Kejuruteraan Industri. PCN form akan dikeluarkan sekiranya berlaku
pertukaran atau pertambahan proses dan yang melibatkan Indirect Material.

3.8 ECN (Engineering Change Notice)

ECN form digunakan apabila melibatkan perkara yang bersangkutan dengan


proses pada Operation Standard dan Indirect Material yang dijalankan ke atas
sesuatu jenis model seperti :-

i) Penambahan part yang baru


ii) Penukaran part
iii) Penukaran rekabentuk

Sekiranya berlaku seperti perkara di atas, ECN form ini akan dikeluarkan oleh
Jabatan Kejuruteraan Pengeluaran dan diberikan kepada Jabatan Kejuruteraan
Industri untuk mengambil tindakan yang sewajarnya.

49
3.9 Indirect Material

Indirect Material adalah bahagian-bahagian yang tidak boleh dikira kuantitinya dan
digunakan untuk pengeluaran set yang disenaraikan di dalam Indirect Material.

Tujuan dokumen ini disediakan adalah untuk :-

i) Memberi penerangan tentang Indirect Material dan kegunaannya.


ii) Memberi panduan dalam penyediaan untuk New Model Indirect Material
Registration dan Indirect Material Change Notice.
iii) Memberi maklumat dalam Indirect Material Approval System.

Bahagian-bahagian yang terlibat dalam penyediaan dokumen ini adalah seperti


berikut :-

i) Bahagian Kejuruteraan Industri.


ii) Bahagian PQA.
iii) Bahagian Purchasing.
iv) Bahagian Material Control.

3.10 Proses Analisis

Proses analisis ini adalah merupakan satu prosedur yang terperinci mengenai
pemasangan satu unit set. Ia tidak mengandungi gambar dan mengandungi nombor
untuk tempat kerja individu di mana diwakili oleh kuantiti, kualiti dan produktiviti.

Penggunaan dokumen ini melibatkan bahagian-bahagian seperti berikut :-

50
i) Bahagian Kejuruteraan Industri.
ii) Bahagian Pengeluaran.
iii) Bahagian Material Control.
iv) Bahagian Kejuruteraan Pembuatan.

3.11 Pengenalan Model

1. Mengadakan satu panduan piawai untuk aktiviti yang akan dilaksanakan


semasa pengenalan model baru yang akan dijalankan.
2. Untuk meramalkan masalah dan menganbil tindakan sebelum
pengoperasian.
3. Untuk mengurangkan kehilangan dan menyediakan barangan yang
diperlukan untuk memastikan pengoperasian yang lancar.
4. Bahagian Kejuruteraan Industri adalah terlibat dalam penyediaan dokumen
ini dan digunakan ke atas semua model.
5. Sila rujuk rajah seterusnya untuk proses memperkenalkan model baru
6. kejuruteraan industri ( IE ) adalah pihak yang memperkenalkan model
terbaru

51
CARTA ALIR UNTUK MEMPERKENALKAN MODEL BARU

Pendaftaran bahan sampingan

( Indirect Material )

Permintaan jig / peralatan mesin

( Jig & tool requisition )

Analisis kesan kekerapan kegagalan

( FMEA )

Penyediaan o/s barisan pengeluaran

( UFO )

Pendaftaraan SST

( Sony Standart Time )

Dokumen Kejuruteraan

Penyediaan format rekabentuk barisan pengeluaran

( PDF )

Penyediaan rekabentuk barisan pengeluaran

( Plan Layout )

Pendaftaran Voltan Bar Code

Barisan pengeluaran

( line setup )

52
3.11.1 Panduan Kerja ( Process Planning )

53
Dokumen ini adalah bertujuan untuk memberi maklumat mengenai set-up tempat
kerja seperti :-

i) Bahagian yang diperlukan untuk tempat kerja yang tertentu.


ii) Alat perkakasan dan jig yang diperlukan untuk tempat kerja.
iii) Lokasi untuk alat perkakasan dan jig.
iv) Menitikberatkan proses-proses yang memerlukan pengutamaan kualiti.
v) Kerja-kerja ini juga adalah di bawah tanggungjawab bahagian Kejuruteraan
Industri.

3.11.2 Training Document

Dokumen ini mengandungi maklumat-maklumat seperti berikut :-

i) Penggunaan Operation Standard.


ii) Production Schedule.
iii) SST (Sony Standard Time).
iv) Teknik-teknik solder.
v) Pengenalan pada model.
vi) Pemahaman dokumentasi

Ia juga memberi program latihan dengan pengetahuan yang asas kepada operator
menerima latihan.

3.12 Memperkenalkan Model Baru

54
Pada kebiasaannya model-model baru direkebentuk di Jepun dan sebilangan
kecil dari Malaysia oleh pereka bentuk (Designer). Bagi setiap model akan
dikhaskan untuk seorang jurutera (Engineer) atau penolong jurutera (AE) untuk
menguruskan model tersebut hinggalah ke MP dan seterusnya.

Oleh sebab itu, untuk bagi memudahkan jurutera atau penolong jurutera
tersebut mengendalikan model tersebut, maka mereka dikehendaki mengambil
bahagian dalam EPP di Jepun yang bertujuan untuk: -

1. Mengukuhkan pengetahuan mengenai model tersebut dengan lebih lanjut


lagi tentan segi rajah rekebentuk, ciri-ciri dan spesifikasi dari penglibatan
dalam EPP.
2. Mengesan segala masalah yang terjadi atau yang mungkin terjadi dari
segala segi seperti rekabentuk, proses kerja dan lain-lain serta mencari
penyelesaian bagi setiap masalah tersebut.
3. Memberi idea-idea yang bernas terutama dalam memperbaiki dan
memperkemaskan lagi rekebentuk model tersebut.
4. Mempelajari dengan lebih lanjut lagi mengenai model tersebut seperti cara
untuk memasang, cara untuk memudahkan lagi proses tersebuut dan lain-
lain lagi.
5. Selepas itu, EPP akan dilakukan lagi di SEM untuk tujuan yang sama ada
diikuti oleh IMP (Initial Mass Production) sebelum diperkenalkan di bahagian
pengeluaran. Jurutera atau penolong jurutera yang mengendalikan model
tersebut mestilah menentukan kualiti pengeluaran dan pada masa yang
sama menentukan kualiti pengeluaran tersebut.

3.12.1 Mesyuarat memperkenalkan model terbaru

55
Perkara utama yang harus dititikberatkan adalah menyusun jadual bagi setiap
model terbaru dan semua bahagian haruslah mempersetujui serta mengikut setiap
perjalanan model tersebut. Begitu juga dengan mengeluarkan sesuatu ‘issue’ untuk
bahan bagi model baru yang akan dikeluarkan itu. Selain daripada menyusun jadual
baru, lain-lain perkara yang perlu dipertimbangkan adalah seperti : -

1. Jadual utama dari EPP1 hingga kepentingan MP.


2. Jadual acuan / komponen sama ada dari pembekal tempatan ataupun Jepun
dan ini termasuklah ‘Japan New Mould’ dan ‘Local Punching Tooling’.
3. Jadual IMP, MP, dan lain-lain.

3.12.2 Persediaan bahan untuk model terbaru

Antara persediaaan tersebut ialah:-

1. Senarai kawalan komponen mekanikal (mechanical part list)


i) Senarai komponen baru (new part list)

ii) Senarai bekalan komponen dari Jepun.

iii) Senarai komponen umum.

iV) Senarai pembungkus/pencetak komponen.

V) Senarai skru baru atau umum.

2. Senarai alatan tempatan dan penukaran alat.


3. Senarai jig dan mesin yang bakal digunakan.
4. Senarai rubber, film dan control drawing.
5. Senarai proses penyesuain komponen yang lebih lanjut kepada setiap
proses.
6. Spesifikasi Moulding.

56
7. Sample kod warna (colour chip) dan lain-lain lagi.
8. Lukisan komponen-komponen baru

3.12.3 Engineering Pre-Production (EEP)

EPP adalah salah satu proses yang penting sebelum MP bagi sesuatu model
terbaru dikeluarkan. Ini adalah salah satu proses untuk mengesan dan
menyeselaikan sebarang masalah (troble shoot) yang berkenaan dengan komponen
atau proses pemasangan. EPP juga melibatkan bahagian IE dalam penggunaan jig
serta alat-alat kelengkapan yang lain.

Seterusnya pengesahan ke atas keselamatan dan ujian yang akan dijalankan oleh
QA berdasarkan set yang diberikan kepada bahagian tersebut. Proses EPP perlulah
melalui beberapa peringkat, iaitu: -

1. Senarai komponen.
i) Semua komponen yang dikumpulkan/digunakan hendaklah disenaraikan.

ii) Untuk komponen bagi EPP 1 biasanya dihantar dari Jepun (10 hingga
20 set).

iii) Mengikut bekalan komponen dari Jepun. Komponen untuk EPP 2


dan EPP 3 kebiasanya menggunakan komponen tempatan iaitu dari
pembekal (vendor) dimana bahagian sourcing yang
menguruskannya.

2. Penglibatan lain-lain bahagian.

57
i) IE – Bertanggungjawab untuk menganalisa proses pemasangan,
penggunan jig, mesin dan menyediakan OI (operation instruction).
Mempelajari teknik-teknik pemasangan (untuk melatih operator).

ii) ME – Menyediakan dan menguji jig yang bakal


digunakan dalam MP dengan menggunakan komponen EPP.
iv) QA – Memastikan kualiti model tersebut dengan melakukan
beberapa ujian yang telah ditetapkan.

3. PRD- Mempelajari teknik-teknik pemasangan (untuk melatih operator).

4. Sourcing – menyediakan komponen atau sample untuk EPP.

5. Kuantiti Set Untuk EPP

EPP 1 – Sebanyak 15 set akan dipasang, dimana 2 set untuk IE

menganalisa, 3 set untuk PE mempelajarinya dan 10 set untuk


QA melakukan beberapa ujian.

EPP 2 –Sebanyak 15 set akan dipasang, dimana 10 set untuk QA dan

selebihnya untuk PE dan IE mempelajarinya.

3.12.4 Initial Mass Production (IMP)

Selepas EPP dilakukan dan QA telah bermesyuarat untuk pengesahan, IE akan


melakukan satu lagi percubaan sebelum memperkenalkan sesuatu model baru
kepada bahagian pengeluaran (production) iaitu IMP dengan tujuan : -

58
Bagi melatih operator-operator akan teknik-teknik pemasangan komponen.
Jumlah set yang akan dikeluarkan semasa IMP ini adalah lebih kurang 50 hingga
200 set setiap hari. Ini bergantung kepada komponen , iaitu jika tiada timbul
sebarang masalah.

Semua komponen mekanikal samada yang asal atau yang sebelum IMP, tetapi
bagi komponen elektrikal kurang sebulan tarikh IMP. Setiap pengesahan komponen
mestilah berdasarkan keputusan EPP.

i) Untuk mengatur susunan OS


ii) Untuk menguji mesin dan lain-lain kelengkapan oleh ME.

3.12.5 Mesyuarat pengesahan QA

Setelah tamat melakukan pemeriksaan dan ujian ke atas set-set EPP, QA akan
mengadakan satu lagi mesyuarat untuk memastikan adakah IMP boleh dilakukan.

3.12.5 Mesyuarat pengesahan komponen

59
Semua bahagian seperti IE, PE, ME, MC, PQA, QA dan sourcing akan terlibat
dalam mesyuarat ini. Ini adalah bertujuan untuk memastikan part-part ataupun
komponen-komponen yang digunakan semasa proses IMP adalah betul.

3.12.6 Mass Production (MP) / Pengeluaran Besar - Besaran

Selepas segala masalah dapat diselesaikan dan mendapat pengesahan dari QA


barulah MP dapat dilakukan. Set yang bakal dilakukan mestilah mengikut confirmed
order dan juga production schedule yang telah ditetapkan oleh pihak Jepun semasa
Katamono dibuat. Jadual untuk MP dan IMP tidak boleh diubah sama sekali.
Semasa MP set-set yang hendaklah dikeluarkan mestilah memenuhi lot serta
permintaan yang telah dirancangkan.

Mesyuarat pengesahan komponen dan mesyuarat pengesahan QA juga akan


dilakukan sebelum mengikut langkah-langkah seperti sebelum IMP. Semasa MP
dilakukan oleh IE dan PE mestilah mengikut segala perkembangan model tersebut
serta memberi cadangan atau komen yang boleh meningkatkan lagi produktiviti dan
kualiti terutamanya bagi model PIC yang mengendalikan model tersebut. Model PIC
juga perlulah memastikan kadar kecatatan kurang dari 3% dan mutu keluarannya
baik sepanjang proses MP.

Jika terdapat sebarang kecatatan yang banyak, model PIC tersebut perlulah
memberi penyelesaian sementara seperti menggunakan cushion, washer, hard
rubber, PVC sheet, dan lain-lain bahan untuk memastikan bahagian pengeluaran
berjalan dengan lancar.

60
BAB 4

61
ISO DAN DASAR KAIZEN

4.1 Pengenalan ISO 9002

ISO 9002 ialah satu piawaian kualiti antarabangsa untuk kilang-kilang


pengeluaran seperti kilang SONY berhasrat memperolehi pendaftaran ISO 9002
semenjak ia ditubuhkan dan telah berjaya memperolehinya pada 30 september
1992. Dengan perlaksanaan ISO 9002 ini bermakna syarikat SONY dapat
mengeluarkan dan memasarkan alat-alat audio bersistem dan juga alat pemain
cakera padat dengan cara yang sistematik, tersusun dan teratur ke seluruh dunia.

62
4.1.1 Mengapa SOEM melaksanakan konsep ISO 9002

SOEM melaksanakan konsep ISO 9002 kerana;

1) Ialah tunjang kepada amalan pengeluaran dan menghasilkan hasil


pengeluaran yang terbaik.
2) Ia diiktiraf di seluruh dunia perindustrian
3) Ialah keperluan untuk mengendalikan perniagaan dengan negara-negara
Eropah.
4) Akan memberikan kita kelebihan jika dibandingkan dengan pesaing-pesaing
kita.
5) Membolehkan kita menambahkan syer pasaran dan nisbah keuntungan.

4.1.2 Ciri –ciri utama dalam ISO 9002

SOEM bertanggungjawab sepenuhnya di dalam memberi kepuasan kepada


semua para pelanggangnya melalui barangan yang sentiasa mencapai tahap kualiti
dikehendaki oleh semua pelanggan samada di dalam atau di luar negara.

SOEM akan terus mempertingkatkan kualiti serta kuantiti barangannya dan akan
terus berusaha sedaya upaya untuk membuat yang terbaik buat kali pertama dan di
dalam jangkamasa yang ditetapkan pada bila-bila masa untuk menjadi pengeluar
barangan elektronik yang terulung di seluruh dunia.
4.1.3 ISO 14000

ISO 14000 adalah merupakan salah satu standard yang terdiri daripada
spesifikasi untuk menubuhkan Sistem Pengurusan Persekitaran ( Environmental
Management System ). ISO 14000 adalah dihasilkan oleh International Organization
for standard (ISO).

SONY telah menerima pengiktirafan dan anugerah sijil ISO 14000 kerana SONY
memerlukan peningkatan yang berterusan serta mahu menjadikan SONY sebagai
sebuah kilang yang mematuhi undang-undang dan peraturan demi untuk
meyakinkan para pelanggan mereka. Selain daripada itu juga, ia bertujuan untuk
memelihara alam sekitar dan sumber-sumber semula jadi dunia supaya dapat
memelihara harmoni antara alam dan manusia.

4.1.4 Kebaikan-kebaikan memperolehi ISO 14000

1. Kebaikan kepada syarikat.


i) Kurangkan pembaziran dan penjimatan kos seperti pengurangan
penggunaan air dan elektrik.

ii) Meningkatkan imej korporat sebagai suatu organisasi yang mementingkan


pemeliharaan alam sekitar dalam setiap aspek operasinya.

2. Kebaikan kepada pekerja.


i) Menghasilkan satu persekitaran kerja yang lebih selamat dan sihat.

3. Kebaikan kepada persekitaran.


i) Kesan buruk terhadap persekitaran menjadi kurang kerana perhatian
yang diberikan oleh syarikat.

4.1.5 Pendidikan kualiti

Pendidikan kualiti adalah merupakan satu perkara yang mesti diketahui oleh
setiap mereka yang bernaung di bawah firma atau syarikat ini. Peranan setiap orang
adalah memastikan sikap dan perasaan mementingkan kualiti pada masa bekerja.
Ini adalah kerana untuk menjamin setiap usaha yang dilakukan mendapat kepuasan
daripada pengguna pada tahap yang maksimum.

4.1.6 Apakah Kualiti?

Kualiti dari segi istilah perindustrian ialah mematuhi segala prosedur dan
peraturan yang telah ditetapkan oleh sesuatu badan yang menguruskan segala hal
dan permasalahan yang timbul terhadap sesuatu barangan yang dihasilkan oleh
sesebuah firma.
Selain itu, kualiti boleh ditakrifkan sebagai penjelasan yang sebenar-benarnya
kepada pengguna sehingga tiada sebarang kekeliruan terhadap produk yang
dihasilkan:

Bagi Sony takrifan bagi kualiti ialah:

i) Comformance to CS-100

ii) Mematuhi CS-100

CS-100 ialah sistem kualiti yang merangkumi:

i) Kualiti barangan.

ii) Kualiti servis.

iii) Kualiti sikap.

4.1.7 Definisi CS-100

Kepuasan pengguna melalui setiap orang berusaha ke arah ZERO DEFECT


(Tiada Kecactan) dan ZERO COMPLAINT’( Tiada Aduan ).

Maksud CS-100

C – Customer

S – Satisfaction

1 – Everyone

0 – Zero Defects

0 – Zero Complaint
4.1.8 Kenapa perlu kualiti?

Antaranya ialah:-

1) Kualiti perlu untuk meyakinkan dan mempertahankan kepercayaan para


pembeli terhadap barangan yang dihasilkan, ianya penting kerana dapat
memastikan sesebuah syarikat itu terus kukuh dan juga terus mendapt
sambutan untuk satu tempoh jangka masa yang lama.
2) Sekiranya seseorang pembeli tidak berpuas hati dengan barangan yang
dibeli, maka sudah tentulah ianya akan menceritakannya tentang perkara
tersebut kepada bakal pembeli yang lain, jadi sedikit sebanyak keyakinan
pembeli terhadap barangan dari sesuatu firma itu akan terjejas.
3) Imej syarikat perlu dijaga dan dipertahankan.
4) Andai kata salah sebuah produk yang dihasilkan itu tidak baik atau rosak
dan sampai kepada pembeli, maka ianya bersamaan seperti kita menjual
produk yang tidak baik atau rosak kepada pembeli.
5) Sekiranya kualiti adalah baik keuntungan akanmeningkat dan keuntungan itu
juga turut dirasai oleh semua kakitangan lain.

4.1.9 Kesan dan akibat buruk sekiranya kualiti tidak baik

Pertama sekali kita mestilah ingat bahawa kualiti juga diukur dari segi kos
menghasilkan kualiti yang didapati dari kos tidak mematuhi peraturan iaitu kos
akibat melakukan kerja yang tidak mengikut prosedur yang telah ditetapkan oleh
pihak firma.
Secara kasarnya, kos daripada tidak mematuhi peraturan bagi kebanyakan
syarikat adalah dianggarkan sebanyak 20% daripada jualan bersih syarikat
tersebut. Selain daripada itu, kos keseluruhan kualiti adalah sangat penting
kerana ianya memberikan bukti nyata tentang peningkatan dan pengiktirafan
pencapaian yang diperolehi.

Kesan-kesan buruk sekiranya kualiti tidak baik ;

1) Kos tidak mematuhi peraturan kos ( reject lot ).


2) Kos rework ( ulang kerja ).
3) Menurunkan dan merendahkan nilai sesuatu set tersebut.
4) Pengguna hilang keyakinan dan minat.
5) Peluang untuk menambahkan pelaburan akan kurang.
6) Hilang monopoli jualan dalam pasaran.

4.1.10 Sebab-sebab kerja tangan tidak sempurna

1. Latihan yang tidak mencukupi atau tidak lengkap.


i) Salah faham.

ii) Tidak mengetahui peraturan yang sebenar.

2. Kelalaian yang mungkin disebabkan :


i) Keletihan.

ii) Bersembang.
iii) Tidak bersungguh-sungguh dalam melakukan kerja.

iv) Terlupa.

3. Operator gantian.
i) Masa diambil untuk melatih seseorang operator tidak mencukupi.

ii) Kurang pemerhatian susulan.

iii) Kepantasan kerja dan kerja tangan terjejas.

4.1.11 Bagaimana mendapatkan kualiti

Kualiti adalah merupakan suatu perkara yang tidak boleh dipisahkan daripada

produk yang dihasilkan. Oleh yang demikian, bagaimanakah kita untuk

mendapatkan kualiti?

Antara cara-cara untuk mendapatkan kualiti ialah : -

i) Setiap kakitangan sebuah firma mestilah mengetahui apakah maksud


kualiti dan polisi kualiti.

ii) Polisi kualiti bagi SONY ialah : -

MAKE PRODUCTS THAT CAN GAIN RELIABILITY IN THE WORLD MARKET.


(MENGHASILKAN BARANGAN YANG MENDAPATKAN KEPERCAYAAN DI
PASARAN DUNIA).
SONY juga mempunyai etika kerjanya tersendiri iaitu STAMP NO DEFECT. Stamp
no defect adalah daripada singkatan bagi perkataan seperti berikut :

S = SONY EMCS MALAYSIA

T = TARGET

A = ACCEPT NO DEFECT

M = MAKE NO DEFECT

P = PASS NO DEFECT
4.2 KAIZEN

KAIZEN merupakan perkataan yang berasal daripada perkataan jepun yang


bermaksud pembaikan yang berterusan, misalnya memperbaiki perkara yang kecil
demi mencapai mutu yang tinggi. Falsafah KAIZEN bermaksud cara hidup kita
samada di alam pekerjaan ataupun dalam kehidupan sosial, seharusnya diperbaiki
secara berterusan untuk terus maju. Lembaga KAIZEN SOEM mendefinasikan
KAIZEN sebagai ‘Pembaikan dan inovasi yang berterusan di tempat kerja’. Oleh itu,
sebarang idea atau cadangan untuk memperbaiki dan inovasi adalah merupakan
KAIZEN.

4.2.1 Dasar KAIZEN

Idea-idea atau cadangan mestilah boleh digunakan untuk kepentingan berikut:

pembaikan proses pengeluaran, kualiti barangan dan pembaikan umum.

Pengurangan kos juga dilakukan untuk kepentingan syarikat.Ia meliputi

kawalan berkesan dalam sistem pembelian, kualiti, simpanan, penghantaran,

pengeluar, peralatan, kewangan, maklumat, pentadbiran, penyelenggaraan,

keselamatan dan sebagainya.


4.2.2 Skop KAIZEN

Semua pekerja SOEM adalah digalakkan supaya menyumbangkan idea-idea dan


cadangan mereka untuk tujuan KAIZEN dan juga kebaikan SOEM sendiri.

4.2.3 Tujuan KAIZEN

Tujuan KAIZEN adalah seperti berikut:

1) menggalakkan inovasi dan pembaikan di kalangan para pekerja


2) menyelaras dan mengawal aktiviti di SOEM.
3) Memilih dan merancang anugerah KAIZEN
4) Mengkaji semula dasar dan proses jika perlu
5) Mengambil langkah-langkah dan tindakan sewajarnya untuk memajukan SOEM.
6) Merancang keperluan kewangan melaksanakan aktiviti-aktiviti KAIZEN.
4.2.4 Mengapa KAIZEN diperlukan

Sebarang organisasi perlu menjalankan sebarang aktiviti pembaikan yang berterusan


dalam segala aspek yang berkaitan. Dengan adanya sistem pembaikan, maka prestasi
organisasi akan menjadi lebih baik. Sebaliknya jika sebuah organisasi itu tidak
melakukan pembaikan yang berterusan, kemungkinan ia tidak dapat menyaingi
organisasi yang lain dan terus mundur.

4.2.5 Pihak yang perlu mengamalkan KAIZEN di SOEM

Setiap pekerja dari jawatan pengarah urusan sehingga ke peringkat pekerja am perlu
mengamalkan KAIZEN di SOEM. KAIZEN merupakan tanggungjawab setiap pekerja.

Setiap pekerja perlu melibatkan diri dalam KAIZEN kerana aktiviti-aktiviti KAIZEN
adalah sama penting seperti aktiviti dalam setiap peringkat pengurusan.
4.2.6 Lembaga KAIZEN

Satu jawatankuasa khas telah dibentuk untuk mengawasi promosi aktiviti-aktiviti


KAIZEN di SOEM. Lembaga ini memegang tanggungjawab utama dalam perancangan,
sokongan, koordinasi dan perlaksanaan program KAIZEN.

Lembaga KAIZEN ini mempunyai seorang penasihat dan juga beberapa orang AJK
dari pelbagai divisyen dan jabatan. Pengerusi, timbalan pengerusi dan setiausaha
adalah dipilih dari AJK pentadbiran di SOEM. Lembaga ini akan mengadakan
mesyuarat dari masa ke masa untuk meneliti program aktiviti-aktiviti KAIZEN di SOEM.
Untuk setiap 2 tahun AJK yang baru akan dilantik untuk mendapatkan idea baru

4.2.7 Anugerah - anugerah KAIZEN

Terdapat 3 kategori anugerah KAIZEN iaitu:

i. Anugerah KAIZEN pembaikan pengeluaran


ii. Anugarah KAIZEN kualiti barangan
iii. Anugerah KAIZEN pembaikan am
Tujuan diadakan penganugerahan ini adalah untuk mengadakan aktiviti KAIZEN dan
secara tidak langsung dapat mempertingkatkan aktiviti pengeluaran. Terdapat tiga
penganugerahan iaitu:

i) Anugerah Emas KAIZEN

ii) Anugerah Perak KAIZEN

iii) Anugerah Gangsa KAIZEN


BAB 5

PERALATAN
5.1 Pengenalan

Dalam penghasilan sesuatu kerja, alatan tangan memainkan peranan


penting dalam usaha menghasilkan mutu kerja yang lebih baik disamping
membantu kita untuk menyiapkan sesuatu kerja dengan sempurna.Bagi sector
elektrik dan elektronik terdapat alatan tangan yang dicipta khas bagi membantu
kita dalam urusan membuat sesuatu kerja. Namun begitu, langkah-langkah
keselamatan perlulah diambil kira ketika mengendalikan alat tersebut.
Antaranya ialah:

 Pastikan kita tahu kaedah menggunakan alatan tangan yang hendak


digunakan.
 Alatan tangan tersebut perlulah mempunyai ciri-ciri keselamatan yang
tersendiri seperti berpenebat, tidak rosak dan sebagainya.
 Alatan tangan yang hendak digunakan hendaklah sesuai dengan kerja
yang hendak dibuat.
5.2 Jenis-jenis Peralatan Tangan Dan Fungsinya

5.2.1 Pemotong Sisi

Digunakan untuk memotong wayar atau kabel tertentu,


Biasanya diameter bagi wayar yang hendak dipotong ialah 1.3mm
dengan kapasiti pemotongan ialah 16AWG. Selain digunakan untuk
memotong kaki komponen yang telah siap dipateri pada papan PCB.

Rajah 5.2.1 Pemotong sisi

5.2.2 Playar Muncung Tirus

Playar muncung tirus direka khas untuk melaksanakan kerja


diruang yang sempit dan rumit. Digunakan untuk memegang benda yang
kecil seperti komponen elektronik dan memotong dawai halus. Juga
digunakan untuk membentuk kaki komponen elektronik yang hendak
dimasukkan pada papan litar.

Rajah 5.2.2 Playar muncung tirus

5.2.3 Pemutar Skru

Digunakan untuk mengetatkan dan melonggarkan skru. Terdapat dua jenis pemutar
skru yang biasa digunakan iaitu jenis mata rata dan jenis mata Philips.
Rajah 5.2.3.1 Pemutar skru

Rajah 5.2.3.2 Pemutar skru plastik

5.2.4 Playar Gabung

Digunakan untuk kerja-kerja seperti memegang dawai, memintal,


memotong dawai dan kabel elektrik.Ia juga digunakan untuk mengetat
dan melonggarkan skru.Playar gabung mempunyai dua rahang bergigi
untuk mencengkam dan mengapit sesuatu

Rajah 5.2.4 Playar gabung

5.2.5 Timah Pemateri

Semasa membuat pematerian pada litar elektronik , sejenis bahan yang dinamakan
timah pateri digunakan. Ia merupakan sejenis bahan aloi yang terdiri daripada
campuran timah dan plumbum.

Timah pateri digred mengikut peratusan campuran timah dan plumbum


didalamnya. Timah pateri boleh didapati dalam bentuk batang atau bentuk
dawai. Terdapat beberapa saiz timah pateri yang berbeza iaitu 0.5mm ,
0.8mm dan 1.0mm.

Kualiti timah pateri ini adalah bergantung pada campuran timah dan
plumbum ketika menghasilkannya. Saiz timah yang halus membolehkan
‘soldering’ yang dibuat lebih kemas dan cantik. Ini juga bergantung kepada
kepakaran individu yang membuat pematerian.
Antara kegunaannya ialah :

 Untuk menyambungkan kaki komponen pada papan litar

 Sebagai bahan pengalir dalam litar

Rajah 5.2.5 Timah pemateri

5.2.6 Solder Wick

Merupakan alat yang digunakan untuk menyedut mana-mana


bahagian timah yang tidak dikehendaki pada papan litar PWB.Secara
amnya alat ini digunakan untuk:
 Menyedut timah yang telah dicairkan pada papan PWB yang
disebabkan oleh kesilapan ketika pematerian.

Rajah 5.2.6 Solder Wick

5.2.7 Fluks Pemateri

Fluks pateri diperbuat daripada bahan kimia iaitu cadmium , nikel


, iron dan sebagainya.

Fluks pateri digunakan untuk:

 Sebagai perantaraan untuk membantu timah pateri melekat


dengan mudah pada papan litar. Ini mungkin disebabkan oleh
kandungan fluks dalam timah tidak sempurna kandungannya.
 Fluks ini digunakan semasa membuat pematerian pada litar.
Terdapat dua jenis fluks yang digunakan iaitu jenis cecair dan jenis
pepejal. Biasanya fluks pateri dari jenis pepejal digunakan dalam
melakukan projek. Ini disebabkan harganya yang lebih murah dan
mudah didapati.

Rajah 5.2.7 fluks pemateri

5.3 Meter Pelbagai

Multimeter adalah satu meter yang boleh digunakan untuk pelbagai jenis
fungsi. Terdapat dua jenis multimeter yang biasa digunakan iaitu jenis
analog dan digital. Multimeter amat penting dalam kerja-kerja yang
melibatkan bidang elektrikal dan elektronik. Antara kegunaannya ialah:
 Menyukat nilai arus (AC/DC), nilai voltan, nilai rintangan dan nilai
kapasitan.
 Menguji sesuatu komponen samada baik atau rosak
 Juga untuk mengenal kaki collector, emmiter dan base bagi sesuatu
transistor
 Menguji keterusan litar bagi litar projek yang dibuat

Rajah 5.3.1 Meter pelbagaI

5.3.1 Bahagian-bahagian meter pelbagai

1. ‘Indicator Zero Corrector’


- penunjuk mesti laras ke ‘0’ pada skala kiri pada setiap kali
penukaran julat ohm digunakan.
2. ‘Range Selector Switch Knob’
- untuk memilih julat yang hendak digunakan dengan laras
pemilih julat ini yang mengadungi empat julat iaitu DC, AC, OHM,
Ampere.

3. ‘Indicator Pointer’
- penunjuk yang memberikan jumlah nilai bacaan yang telah diukur

4. Terminal (+) dan terminal ( - )


- prob merah mewakili sebagai terminal positif (+)
- prob hitam mewakili sebagai terminal negatif ( - )

5. ‘0’ ‘Adjusment Knob’


- penunjuk dilaraskan pada bacaan ‘0’ pada bahagian
kanan. Kemudian kedua-dua prob disentuhkan dan langkah ini
diperlu dilakukan sebelum pengukuran dilakukan

5.3.2 Cara –cara menggunakan meter pelbagai

1. Pemeriksaan DC volt
- setkan julat ke bahagian DC volt
- sambungkan wayar berwarna merah ke terminal positif
dan wayar hitam ke terminal negatif. Pengukuran akan dilakukan
secaea selari.
- bacaan diambil pada skala DC volt yang mengikut julatnya

2. Pemeriksaan AC volt
- setkan julat ke bahagian DC volt
- sambungkan wayar ke litar yang hendak diperiksa
- bacaan diambil mengikut julat yang ada pada DC volt

3. Pemeriksaan DC Ampere

- setkan julat ke bahagian DC ampere


- sambungkan wayar ke litar mengikut polaritinya dan
pengukuran dilakukan secara sesiri
- bacaan diambil pada skil DC ampere

4. Pemeriksaan Ohm

- setkan julat ke bahagian ohm


- pintaskan kedua-dua prob merah dan hitam dab laraskan
pelaras supaya jarum penunjuk menjadi pada kedudukan kosong
- langkah ini bertujuan unutk memastikan nilai yang
diperolehi dengan lebih tepat
- sambungkan wayar ke perintang yang hendak diukur
- bacaan diambil mengikut nilai julat yang disetkan

5.3.3 Perkara-perkara penting ketika menggunakan meter pelbagai

a. Perlindungan fius meter digunakan


b. Memilih julat bacaan yang betul
c. Mengukur bacaan yang tidak diketahui julat mesti disetkan pada
julat yang tertinggi.
d. Kecuaian ketika menggunakan meter pelbagai akan
merosakkannya

 Perhatian

-Fius digunakan bertujuan untuk mencegah arus yang berlebihan


dapat merosakkaan meter ini
-Apabila tidak menggunakkannya , laraskan pemilih julat kepada
‘OFF’ atau pada bahagian AC volt
-Ini dapat menjimatkan tenaga bateri berhabisan unutk mengukur
rintangan
5.4 Screw torque meter

 Digunakan untuk mengukur kelajuan pemutar skru elektrik


 Juga sebagai alat menetapkan kelajuan pemutar skru berputar.

Rajah 5.4.1 Screw torque meter

5.5 Wrist strap/ footwear tester

Digunakan untuk mengukur kerintangan wrist strap dan untuk memastikan


wrist strap selamat digunakan.
Rajah 5.5.1 Wrist strap/ footwear tester

5.6 Alat Pemateri

Alat pemateri digunakan untuk mencairkan timah pateri bagi proses


mencantumkan kaki komponen pada papan PWB.Secara amnya alatan ini
digunakan untuk kerja-kerja memateri semasa membuat penyambungan bagi
litar elektronik.Bahagian utama bagi sesuatu alat pemateri ialah mata pemateri,
elemen pemanas dan pemegang atau hulu.Kegunaan pada setiap bahagian alat
ini adalah seperti berikut:
Rajah 5.6.1 : Pematri

Bahagian Kegunaan

Wayar bekalan Mengalirkan bekalan elektrik ke elemen

pemanas

Pemegang Tempat untuk memegang pemateri ketika

memateri juga sebagai penebat

Elemen pemanas Memanaskan bit sepanjang penggunaan

pemateri

Bit Mencairkan timah ketika proses memateri


Jadual 5.6.1 Bahagian-bahagian pematri

5.7 Tapak Pemateri

Tapak pemateri merupakan satu alat yang digunakan untuk meletakkan


alat pemateri ketika pemateri panas ataupun tidak.Alat ini adalah bertujuan
untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku ketika kerja pematerian
dibuat seperti melecur, bit pemateri terkena kabel dan sebagainya.

Rajah 5.7.1 Tapak Pematri


5.8 Pemutar Skru Elektrik Dan Bit Skru

Pemutar skru elektrik atau screw torque digunakan untuk proses


screwing iaitu pemasangan dua bahagian yang berlainan dengan menggunakan
skru secara automatic.Ia terdiri daripada screw bit, torque adjusting nut dan
screwdriver.

Jenis-jenis skru bit:

Diameter Panjang

1.4mm 4Omm

1.4mm 6Omm

5.Omm 1OOmm
Jadual 5.8.1 Asas tetapan skru bit

Rajah 5.8.1 Pemutar Skru Elektrik

5.9 Blower

 Digunakan untuk memanaskan dan mencairkan timah pematri.


 Sesuai untuk kerja penggantian komponen-komponen kecil seperti IC dan
perintang.
 Tidak menggunakan bit sebagai pemanas tetapi menggunakan elemen
pemanas untuk memanaskan angin yang melaluinya.
Rajah 5.9.1 : Blower

5.10 Kanta Pembesar

 Digunakan untuk melihat dan mengesan kerosakan komponen-komponen


yang kecil pada papan litar utama.

Rajah 5.10.1 Kanta Pembesar

5.11 Tweezers

 Terdapat 2 jenis tweezers iaitu ;-


1. Tweezer plastik
2. Tweezers besi

 Kedua-duanya mempunyai fungsi yang sama iaitu memegang komponen


kecil dan mengcungkil bahagian set yang tertentu.

Rajah 5.11.1 Tweezers

5.12 Kesimpulan BAB 5

Setelah mengenali peralatan-peralatan yang digunakan oleh


juruteknik untuk membaik pulih di barisan kerja, saya mendapati ada beberapa
peralatan yang tidak pernah digunakan ketika saya belajar di politeknik. Ini
merupakan satu pengetahuan yang baru dan amat berguna kepada saya
kerana mempunyai kesempatan untuk belajar cara-cara menggunakan
peralatan tersebut. Pada pendapat saya juga, peralatan yang dipilih untuk
digunakan mempunyai ciri-ciri keselamatan bagi kerja yang dilakukan oleh
juruteknik di SOEM.
BAB 6

KESELAMATAN AM
6.1 PENGENALAN

Keselamatan di tempat kerja atau kilang merupakan satu-satunya perkara penting


yang perlu dititikberatkan. Adalah menjadi satu kesalahan besar jika seseorang yang
bekerja di kilang tidak mengetahui hal-hal keselamatan semasa berada di kilang. Dari
itu, jagalah dan utamakanlah keselamatan anda semasa bekerja di kilang.

Keselamatan di kilang boleh dibahagikan kepada tiga kategori, iaitu:

i. Keselamatan Diri.
ii. Keselamatan Alat dan Mesin.
iii. Keselamatan Kilang.

6.2 PUNCA KEMALANGAN.


Pada umumnya kemalangan di dalam bengkel terbahagi kepada 2 jenis bergantung
pada punca berlakunya kemalangan tersebut.

Kemalangan yang berpunca daripada kecuaian manusia.

i. Kemalangan yang berpunca daripada keadaan peralatan, mesin dan juga


keadaan kerja.

6.2.1 KEMALANGAN YANG BERPUNCA DARIPADA


KECUAIAN MANUSIA

Sikap cuai semasa mengendalikan peralatan di dalam kilang boleh menyebabkan


berlakunya kemalangan. Antaranya kecuaian yang biasa berlaku ialah:

i. Sikap tidak bertanggungjawab.


ii. Menyalahgunakan peralatan dengan tujuan untuk bergurau senda.
Contahnya menyemburkan udara termampat ke arah kawan boleh
menyebabkan kecederaan jika terkena mata.
iii. Tidak mematuhi tanda-tanda amaran umpamanya tanda larangan merokok
di tempat-tempat yang mudah terbakar dan sebagainya.
6.2.2 KEMALANGAN YANG BERPUNCA DARIPADA KEADAAN ALAT,
MESIN DAN KEADAAN KERJA

Selain kecuaian diri sendiri, kemalangan juga boleh berlaku akibat daripada keadaan
peralatan, mesin serta keadaan kerja yang dilakukan. Antaranya ialah:

i. Logam yang keras dan mempunyai tepi yang tajam boleh menyebabkan
luka.
ii. Serpihan logam atau tatal yang panas dan tajamdaripada operasi memesin,
kerja-kerja mengimpal, relau tindakan haba dan daripada kerja-kerja
menimpa boleh mengakibatkan kebakaran atau melecur pada bahagian
anggota.
iii. Bahagian-bahagian mesin yang bergerak seperti gear, takal dan tali sawat
boleh menyebabkan tangan atau pakaian terperangkap, akibatnya boleh
menyebabkan kehilangan pancaindera.
iv. Logam dan peralatan-peralatan lain yang berat boleh mendatangkan
kemalangan apabila peralatan tersebut terjatuh dan menimpa mana-mana
bahagian anggota ketika mengangkatnya.
v. Kerosakan peralatan elektrik atau litar elektrik boleh menyebabkan
kebakaran ataupun kejutan elektrik.
vi. Lantai yang lincin kerana tumpahan minyak dan gris boleh mengakibatkan
terjatuh ataupun terlanggar benda-benda keras. Ini boleh mengakibatkan
kemalangan dan kecederaan di bahagian kepala.
vii. Asid juga menjadi punca kemalangan kerana ia boleh menyebabkan
melecur terkena pada kulit.

6.3 TANGGUNGJAWAB KESELAMATAN

6.3.1 PEKERJA

i. Menjaga diri sendiri dan rakan-rakan akibat dari aktiviti di tempat kerja.
ii. Bekerjasama dengan pihak majikan bagi menentukan keselamatan
terpelihara.
iii. Menggunakan alat-alat perlindungan diri yang disediakan semasa bekerja.
iv. Mematuhi semua peraturan-peraturan mengenai keselamatan di tempat
kerja.
v. Jika gagal: Denda RM 1000 atau penjara 3 bulan atau kedua-duanya sekali.

6.3.2 MAJIKAN

i. Memastikan dengan sebaik mungkin keselamatan dan kesihatan pekerja-


pekerja.
ii. Memastikan tempat kerja dijaga dengan baik untuk keselamatan pekerja.
iii. Memastikan ker-kerja yang dilakukan tidak membahayakan pekerja.
iv. Memberi latihan dan penerangan mengenai keselamatan kepada semua
pekerja.
v. Menyediakan alat-alat perlindungan diri kepada pekerja jika perlu.
vi. Jika gagal: Denda RM 50,000 atau penjara 2 tahun atau kedua-duanya
sekali.

6.4 BAHAN KIMIA [CHEMICAL]

6.4.1 Berhati-hati semasa mengendalikan bahan kimia

6.4.1.1 Cara memasuki tubuh manusia

i. Inhalation – terhidu
ii. Absorption – menyerap
iii. Ingestion – termakan

6.4.1.2 Jika bahan kimia terkena kulit

i. Basuh tangan dengan air yang banyak dan gunakan sabun.


ii. Basuh lagi sehingga bersih.
6.4.1.3 Jika termasuk ke dalam mata

i. Basuh dengan air yang banyak.


ii. Jumpa doktor untuk rawatan lanjut.

6.4.2 TINDAKAN SEGERA YANG PERLU DI AMBIL

6.4.2.1 Jika terhidu bahan kimia

i. Minum air yang banyak


ii. Jangan paksa muntah
iii. Jumpa doktor secepat mungkin

6.4.2.2 Jika terhidu / termakan bahan kimia dan pengsan

i. keluarkan mangsa ke tempat yang selamat


ii. jangan paksa mangsa minum air
iii. bawa ke klinik secepat mungkin

6.4.2.3 Semasa mengendalikan bahan kimia


i. Pakai sarung tangan yang sesuai
ii. Pakai penutup mulut jika perlu
iii. Tentukan ada bekas pelapik semasa menyimpan

6.5 FORKLIFT DAN HANDJACK

6.5.1 FORKLIFT DAN LALUAN

i. Pekerja tidak dibenarkan menggunakan laluan ini.


ii. Jika terpaksa, sila beri lebih perhatian
Rajah 6.5.1 forklift dan laluan

6.5.2 HANDJACK [HAND PALLET TRUCK]

i. Beri perhatian apabila handjack sedang ditarik.


ii. Beri laluan kepada pekerja yang menarik handjack.
iii. Jika beban berat, sila minta bantuan
Rajah 6.5.2 handjack [hand pallet truck]

6.5.3 KESELAMATAN FORKLIFT

Hanya orang yang berkelayakan sahaja dibenarkan untuk memandu forklift atau trak
industrial. Semua pemandu trak mestilah mematuhi peraturan seperti berikut:

i. Jauhkan tangan dan kaki diantara masa upright dengan badan kenderaan.
ii. Sekiranya muatan di hadapan melindungi pandangan, pandu forklift secara
mengundur.
iii. Dilarang bawa muatan yang berlebihan.
iv. Jangan bergerak di atas objek yang longgar yang terdapat di atas jalan.
v. Sentiasa gunakan saiz pelet yang sesuai.
vi. Ikut arahan dan peraturan trafik, terutama had laju. Pemandu trak hendaklah
sentiasa mematuhinya agar dapat memberhentikan kenderaan mereka dengan
segera sewaktu kecemasan.
vii. Dilarang memotong kenderaan lain yang bergerak dalam arah yang sama.
viii. Sentiasa pandang di sebelah jalan, muatan yang dibawa dan tiang atau alang di
atas.
ix. Dilarang sesiapa sahaja berdiri di atas ‘fork’ atau muatan.
x. Dilarang membawa orang di atas ‘fork’.
xi. Dilarang bergurau ketika memandu.
xii. Perlahankan kenderaan dan bunyikan hon ketika di persimpangan atau di
tempat yang menghalang pandangan ketika memandu.
xiii. Jarakkan kenderaan sebanyak tiga kenderaan dengan kenderaan yang di
hadapan.
xiv. Pemandu mesti menumpukan perhatian ketika memandu.
xv. Sila gunakan beban ‘backrest’ dan pengawal ‘overhead’ ketika menyimpan
muatan di tempat yang tinggi.
Xvv. Ketika membelok, kurangkan kelajuan, bunyikan hon dan perhatikan keadaan di
belakang.

xvi. Perlahankan kenderaan di tempat yang basah dan licin.


xvii. Hanya muatan yang stabil dan seimbang sahaja yang boleh dikendalikan,
tumpuan yang lebih perlu diberikan bagi muatan yang keseimbangannya
tertumpu di bahagian tengah.
xviii. Dilarang mengangkat muatan sekiranya mast condong ke hadapan.
xix. Mesti pakai topi keselamatan untuk mengelakkan kecederaan sekiranaya ada
objek yang jatuh dari atas (jika diperlukan).
xx. Sentiasa berhati-hati ketika memandu di permukaan yang bercerun dan
pastikan ‘fork’ ditinggikan sekiranya tiada muatan, samaada ketika naik atau
turun.
xxi. Sentiasa memandu secara berundur ketika membawa muatan menuruni cerun.

6.6 KESELAMATAN ELEKTRIK

Salah faham tentang elektrik boleh mengakibatkan kecederaan yang serius dan
kemusnahan harta benda. Voltan elektrik yang tinggi amat merbahaya tetapi ini tidak
bermakna elektrik bervoltan rendah tidak boleh menyebabkan kecederaan atau
kematian.
6.6.1 PERATURAN ASAS TENTANG KESELAMATAN ELEKTRIK

i. Dilarang mengendali alatan elektrik sekiranya tidak dilatih untuk melakukannya.


ii. Dilarang menggunakan alatan elektrik ketika tangan basah atau berdiri ditempat
yang basah.
iii. Dilarang membaiki sendiri peralatan elektrik melainkan itu adalah kerja sendiri.
Ianya mesti dilakukan oleh orang yang berkelayakan.
iv. Alihkan plug dari sumber dengan memgang kepala plug dan bukan menyentap
wayarnya.
v. Dilarang memakai barang kemas seperti cincin, rantai dan tali pinggang yang
berkepala ketika bekerja dengan alatan elektrik.
vi. Dilarang membelakangkan atau mengabaikan alat-alat keselamatan elektrik.
vii. Dilarang menggunakan peralatan elektrik yang anda rasatelah rosak, pastikan
ia telah diperbaiki terlebih dahulu.
viii. Dilarang menggunakan wayar penyambung di kawasan yang lembab dan
basah.
ix. Sentiasa pastikan wayar tambahan jauh dari pinggir yang tajam atau laluan.
x. Dilarang menghalang papan suis agihan atau panel elektrik.

xi. Jika bekerja di tempat yang bervoltan tinggi melebihi 415 volt atau lebih ia
memerlukan dua orang untuk melakukan kerja tersebut.
xii. Dilarang menambah beban yang lebih pada talian elektrik.
xiii. Sentiasa pastikan suis utama ditutup sebelum memulakan tugas
penyelenggaraan atau membaiki alatan elektrik (contoh: log out dan tag out
pada suis jika diperlukan).
6.6.2 TINDAKAN YANG PERLU DIAMBIL SEKIRANYA MANGSA
BERSENTUHANDENGAN ELEKTRIK

i. Matikan kuasa elektrik.


ii. Gunakan bahan penebat (contoh : tali pinggang, kain, tali) untuk menarik
mangsa.
iii. Jangan sekali-kali menyentuh badan atau pakaian mangasa ketika arus elektrik
masih ada.
iv. Sebaik sahaja mangsa terlepas, JERIT! Untuk meminta pertolongan.

6.7 BENCANA ATAU KEMALANGAN YANG MUNGKIN BERLAKU


i. Kebakaran
ii. Ugutan bom
iii. Binatang buas
iv. Histeria
v. Banjir
vi. Bahan kimia tumpah

6.7.1 APABILA BERLAKU KEBAKARAN

Jika berlaku kebakaran di tempat kerja, langkah berikut haruslah diambil :

i. Dapatkan bantuan dengan berteriak “API! API! API!” dan pecahkan kaca
penggera.
ii. Cuba padamkan kebakaran dengan alat pemadam api jika kebakaran adalah
kecil.
iii. Jangan gunakan air pada bahan kimia atau elektrik yang terbakar. Gunakan alat
pemadam api jenis CO2 (hitam) atau serbuk kering (biru) sahaja.
iv. Jika satu alat pemadam api gagal untuk memadamkan kebakaran, keluar dari
kawasan kebakaran dan tutup pintu di belakang sebanyak mungkin.
v. Jika diarah keluar, sila tinggalkan tempat kerja secepat mungkin. JANGAN
TUNGGU DAN LIHAT.
vi. Alat pemadam api adalah satu alat yang berkesan melawan api di peringkat
awal.

6.7.1.1 CARA MENGGUNAKAN PEMADAM API

Untuk menggunakannya, harus menarik keluar pin keselamatan dan ikuti langkah berikut :

i. Halakan nozel pada pangkal api, tekankan pemegang dan gerakkan nozel kiri
dan kanan untuk memadamkan kebakaran.
ii. Jangan memadamkan kebakaran dengan melawan arah tiupajn angin.
iii. Semasa memadam kebakaran bahan cecair, pastikan cecair tidak bertaburan.

6.7.2 ANCAMAN BOM

Jika menerima panggilan ‘Ancaman Bom’, harus mencuba sedaya upaya mengumpul
sebanyak mana maklumat yang boleh dari pemanggil seperti :
i. Bilakah bom akan diletupkan?
ii. Di manakah bom itu diletakkan?
iii. Bilakah bom itu diletakkan?
iv. Bagaimanakah rupa bentuk bom tersebut?
v. Apakah jenis bom tersebut?
vi. Dengarkan dengan teliti bunyi persekitaran semasa perbualan supaya dapat
mengenalpasti tempat di mana panggilan di buat.
vii. Cuba kenalpasti pemanggil samaada lelaki atau wanita, usianya, loghat atau
bahasa yang digunakan, kelancaran percakapan dan sikap pemanggil semasa
perbualan.

6.8 MELAPORKAN KEMALANGAN DAN KECEDERAAN

Bila berlaku kemalangan di tempat kerja dan pekerja mendapat kecederaan, tindakan
berikut hendaklah diambil :

i. Laporkan dengan segera kepada Penyelia atau Ketua Jabatan.


ii. Jika ada kecederaan, buat laporan ke klinik dan Penyelia anda akan membuat
tindakan susulan.
iii. Adalah penting untuk membuat laporan kepada Jabatan Keselamatan dan
Kesihatan dengan kadar segera dengan sebarang cara komunikasi.
iv. Pegawai Keselamatan dan Kesihatan akan membuat penyiasatan di atas
sebarabg laporan yang diterima.
v. Penyelia dikehendaki membuat laporan lengkap dengan mengisi borang
‘Accident Investigation and Report Form' yang memberi sebab berlakunya
kemalangan serta cara memastikan kemalangan tidak berulang.
vi. Ketua Jabatan bertanggungjawab untuk meneliti dan meluluskan tindakan
pembetulan yang akan diambil dan memastikan laporan sampai ke Jabatan
Keselamatan dan Kesihatan dalam tempoh 48 jam dari masa kejadian berlaku.

6.9 Keluar Dari Bangunan Semasa Kecemasan

Jika berlaku kecemasan dan penggera diaktifkan, sila patuhi arahan Penyelia
masing-masing untuk tindakan mengosongkan bangunan. Anda seharusnya
mengetahui :

i. Sekurang-kurangnya dua jalan keluar


ii. Tempat berkumpul
6.9.1 Jika arahan keluar dari bangunan dibuat, anda semestinya :

i. Keluar mengikut laluan yang paling hampir


ii. Berjalan dan jangan berlari
iii. Jangan ke bilik air
iv. Jangan ke bilik loker untuk mengambil barang peribadi.
v. Jangan masuk ke dalam bangunan sehingga diberitahu oleh pihak pengurusan.
vi. Jangan keluar melalui kawasan yang berlakunya kemalangan.
vii. Jika berada di tempat lain semasa kejadian, sila patuh arahan Penyelia
kawasan tersebut dan kembali berkumpul semasa di tempat berkumpul.
viii. Bila saja keluar dari bangunan, sila berkumpul di tempat yang ditentukan.

6.10 PERATURAN KESELAMATAN

Bagi firma yang ‘Multinasional’ seperti SONY peraturan keselamatn tempat kerja adalah
merupakan sesuatu yang amat dititik beratkan. Ianya tidak mengira seperti pangkat, jawatan
ataupun bagaimana seseorang itu berada.

Sehubungan dengan itu, difirma ini pendekatan bagi peraturan keselamatan lebih dikenali
sebagai ‘5S’. ‘5S’ adalah singkatan perkataan-perkataan seperti berikut:-
i. SEIRI
ii. SEITON
iii. SEISO
iv. SEIKETSU
v. SHITSUKE

6.10.1 MAKSUD “5S”

6.10.1.1 SEIRI

- Memilih keluar benda-benda yang tidak diperlukan dan membuangnya.


6.10.1.2 SEITON

- Menyusun segala benda yang diperlukan supaya mudah dicapai untuk


penggunannya.

6.10.1.2 SEISO

- Membersihkan tempat kerja dan peralatan anda.

6.10.1.3 SEIKETSU

- Sentiasa mengelakan mutu pencapaian yang tinggi dalam

‘HOUSEKEEPING’ dan organisasi tempat kerja anda.

6.10.1.4 SHITSUKE
- Menggalakan etika kerja dan disiplin yang tinggi melalui pendidikan dan

latihan.

6.10.2 PERATURAN SEIRI

i. Tentukan benda-benda yang hendak disimpan, diperbaiki dan dilupuskan.


ii. Mengasingkan perkakas dan peralatan mengikut kekerapan penggunaanya.
iii. Pelupusan barangan mestilah dilampiri dengan borang pelupus yang telah
diluluskan oleh pihak atasan.
Rajah 6.10.2 : Peraturan Seiri

6.10.3 PERATURAN SEITON

i. Mengetahui dan menganalisa masalah keadaan yang dihadapi apabila


mengatur tempat kerja.
ii. Menetapkan tempat simpanan dan keadah penyimpanan.
iii. Mengekalkan jadual penyimpanan dan penyamakkannya semula dari semasa
ke semasa.

Rajah 6.10.3 : Peraturan Seiton


6.10.4 PERATURAN SEISO

i. Kekalkan pencapaian SEIRI, SEITON dan SEISO.


ii. Memperkenalkan kawalan pandangan dengan menggunakan arahan-
arahan bergambar.

iii. Utamakan keseragaman dalam memperaktikan apa yang telah


dipersetujui dalam SEIRI, SEITON dan SEISO.
Rajah 6.10.4 : Peraturan Seiso

6.10.5 PERATURAN SEIKETSU

i. Menganalisa masalah dan mengambil daya usaha membersihkan tempat kerja


ii. Memperkenalkan kawalan pandangan dengan menggunakan arahan-arahan bergambar.
iii. Utamakan keseragaman dalm memperaktikan apa yang telah dipersetujui dalam
SEIRI, SEITON dan SEISO.

Rajah 6.10.5 : Peraturan Seiketsu


6. 10.6 PERATURAN SHITSUKE

i. Melatih pekerja mempraktikan ‘HOUSEKEEPING’ yang baik.


ii. Mendidik pekerja untuk menunjukkan tauladan yang baik dalam pekerjaan dan
disiplin.
iii. Memeriksa tempat pertandingan dan perlaksanaan “5S”.

Rajah 6.10.6: Peraturan Shitsuke


BAB 7

BENGKEL MESIN
7.1 Pengenalan

Bengkel mesin merupakan salah satu jabatan di bawah jagaan bahagian maintenance.
Bengkel ini ditubuhkan bertujuan membaiki dan menghasilkan barang-barang aksesori
bagi sesebuah mesin. Selain itu, ia dapat memperbaiki jig-jig yang rosak. Papan-papan
dan meja juga dibuat di dalam bengkel ini. Setiap model pic bertanggungjawab untuk
mengisi borang permohonan sekiranya memerlukan meja atau papan. Borang
permohonan boleh didapati dari PIC bengkel itu sendiri. Borang itu mesti di approve
dari department head, kemudian dihantar semula kepada PIC bengkel itu sendiri.

Contoh borang permohonan:

Rajah 7.1 borang permohonan jid dan alat


7.2 Jenis-jenis mesin

7.2.1 Mesin larik(Lathe Machine)

Fungsi utama mesin larik adalah untuk memesin lilitan bahan-bahan yang berbentuk
silinder. Operasi-operasi lain yang boleh dijalankan dengan mesin larik ialah:

 Melarik menampang

 Melarik penirusan

 Mengulir

 Menggerudi,menggerek dan melulas

 Membuang segi

 Memenggal

Bahagian-bahagian mesin larik:

 Landasan(carriage)
Landasan mesin larik dibuat dengan besi tuang yang bermutu tinggi. Bahagian-
bahagian utama mesin seperti alatan hadapan, alatan belakang dan kereta terletak di
landasan. Landasan mesin larik dibuat dengan jitu dan dikeraskan permukaannya
supaya boleh menahan haus.

 Alatan hadapan

Bahagian ini terletak di atas sebelah kiri landasan mesin larik. Behagian ini
mengandungi takal atau rangkaian gear yang memutarkan spindal utama. Alatan
hadapan bergear lebih baik daripada alatan hadapan bertakal kerana rangkain kelajuan
yang banyak akan diperolehi. Alatan hadapan bertakal cuma memperoleh 6 hingga 8
rangkain kelajuan dan apabila terkena minyak takal akan tergelincir.

 Alatan belakang

Bahagian ini terletak di sebelah kanan landasan. Bahagian ini digunakan untuk
menahan komponen-komponen yang panjang dan tapaknya boleh dikunci di atas
panjang landasan keseluruhan. Alatan belakang terdiri dari[ada dua bahagian utama.
Tapak dimesin supaya boleh duduk atas landasan dengan tepat. Pada badan alatan
belakang terdapat satu spindal yang memperoleh penirusan dalam piawaian Morse.
Gerudi, pelulas dan alat-alat lain yang bertangkal tirus boleh dipasang pada spindal
tersebut.
 Kereta

Bahagian ini terdiri daripada sela, kekesot lintang dan kekesot bergabung. Selanya
berbentuk H dan boleh bergerak di atas landasan. Apron dan kekesot lintang dipasang
pada sela. Tiang mata alat dipasang pada kekesot bergabung yang terletak di atas
kekesot lintang. Tapak kekesot bergabung boleh dikilas untuk memotong penirusan
yang pendek. Keseluruhan bahagian kereta dan kekesot lintang boleh digerakkan
secara automatik atau menggunakan tangan. Hujung kekesot lintang dan kekesot
bergabung dilengkapkan dengan relang yang ditanda dengan jitu supaya kedudukan
mata alat dilaraskan dengan tepat.

7.2.2 Operasi mesin larik

1) Pemeriksaan awal

a) Bersihkan tempat-tempat sliding cross feed, thread square


chasing dial, tempat sliding bed dan tailtock.

b) Pastikan tempat ini sentiasa berminyak

c) Pastikan minyak box (gear box) mencukupi


d) Pastiksn coolant sentiasa mencukupi

2) Menghidupkan mesin

a) Handle feed operation

I. Hidupkan suis ON di belakang mesin. Pastikan lampu


pilot lamp menyala.

II. Putarkan butang main switch ON untuk chuck motor.


Switch OFF untuk mematikan chuck motor.

III. Pastikan half-nut level arah ke atas (C) (half-nut


disengaged)

IV. Pastikan juga feed level arah di atas (B)

V. Arahkan starting level, mesin akan beroperasi.

VI. Untuk menggerakkan dan membuat pemotongan, pusing


apron wheel dan crocc wheel (L)-(M).

b) Auto feed operation

I. Hidupkan suis ON di belakang mesin. Pastikan lampu


pilot lamp menyala.

II. Putarkan butang main switch ON untuk chuck motor.


Switch OFF untuk mematikan chuck motor.
III. Set level 1-2-3 mengikut feeding yang dikehendaki.

Level 1 set arah B

Level 2 set arah L menunjukkan kelajuan.

Level 3 mempunyai 9 step untuk feeding dan threading,

set level ke arah close.

IV. Arah level (4) pada kedudukkan M,L untuk membuat


thread.

V. Arahkan level (5) threading change pada kedudukan


feeding (free) sekiranya di arah pada feeding untuk
membuat thread.

VI. Arahkan level (6) untuk menggerakkan mata pisau (tool


bit) ke hadapan atau ke belakang.

VII. Arahkan level (c) kearah half-nut disengaged.

VIII. Arahkn feed engaging level ke bawah untuk membuat


thread di arah atas.

IX. Level (A) digunakan untuk longitudinal feed iaitu


pergerakan tool bit dari kanan ke kiri. Cross feed iaitu
pergerakan tool bit dari depan ke belakang.

7.2.3 Mesin pengisar (Milling Machine)


Mesin pengisar berbeza daripada mesin-mesin lain dari segi penggunaan mata alat dan
cara memegang benda kerja. Jenis mata alat yang digunakan adalah mata alat tunggal
atau mata alat berbilang. Benda kerja pula dipegang oleh pelbagai jenis pemegang
atau dipasak terus pada meja mesin. Benda kerja disusupkan dengan menghantar
meja kepada mata alat yang sedang berputar. Kedalaman pemotongan pula dibuat
dengan menggunakan meja mesin.

Antara kerja-kerja yang dapat dijalankan dengan menggunakan mesin pengisar adalah:

a) Mengisar permukaan rata. Ini termasuklah permukaan ufuk, tegak dan


permukaan bersudut atau condong.

b) Memotong berbagai-bagai jenis bahu dan alur kunci, lurah T dan tanggam
bajang.

c) Mengisar permukaan berbentuk atau tidak berbentuk dengan menggunakan


mata alat pengisar berbentuk.

d) Membuat kerja-kerja melubang.

Untuk membuat kerja-kerja yang disebutkan itu bergantung pada:

I. Jenis mata alat yang digunakan


II. Mata alat yang terdapat

III. Alat tambah atau aksesori yang dibekalkan.

7.3 Jenis jenis mesin pengisar:

I. Mesin pengisar ufuk ( Horizontal)

Mesin ini dinamakan mesin pengisar ufuk kerana spindalnya terletak dalam kedudukan
ufuk. Mata alat pula dipasangkan ke dalam arbor yang dipasang mengufuk pada hujung
spindal, yang terletak pada permukaan turus. Mesin pengisar ufuk terdiri daripada dua
jenis yang asas:

a) Mesin pengisar ufuk biasa

b) Mesin pengisar universal

Kedua-dua jenis mesin ini mempunyai bentuk yang serupa, bezanya hanya
dari segi meja. Meja mesin pengisar ufuk biasa tidak boleh dikilas sementara meja
mesin pengisar universal boleh dikilas kepada sebarang sudut sehingga 45˚. Ini
membolehkan kerja-kerja mengisar sudut dan heliks dilakukan, umpamanya lurah-lurah
gear heliks, gerudi dan pelulas. Oleh sebab mesin pengisar ufuk jenis biasa lebih besar
saiznya disamping kedudukan mejanya yang tetap, ia lebih tegap kerana kurang
bahagian-bahagian yang bergerak. Dengan itu ia boleh membuat pemotongan yang
dalam tanpa terdapat gegaran.
II. Mesin pengisar tegak

Mesin pengisar tagak mempunyai spindal yang berkedudukan tegak(seperti kedudukan


spindal gerudi). Cirri-cirinya yang lain serupa dengan mesin pengisar mengufuk. Begitu
juga dengan kebanyakan alat tambahan dan aksesorinya yang boleh ditukar ganti.
Kelebihannya adalah melakukan kerja-kerja melubang dengan jitu terutama dalam
menempatkan jarak pusat lubang.

7.4 Kaedah mengisar

a) Mengisar ke atas

1. Bentuk tatal yang dihasilkan tebal di bahagian hujung manakala


bahagian pangkalnya nipis.

2. Menghasilkan permukaan yang lebih kasar

3. Mata alat menolak keluar benda kerja dari ragum, ini dapat
mengurangkan kesan kerenggangan skru penghantar meja mesin
pengisar.
4. Benda kerja mestilah diikat dengan kuat.

5. Kaedah ini sesuai dilakukan bagi mata alat pengisar yang bersaiz
sederhana dan untuk mengisar keluli yang lebih lembut dan mulur.

b) Mengisar kebawah

1. Bentuk tatal yang dihasilkan nipis di bahagian hujung manakala


pangkalnya tebal.

2. Menghasilkan permukaan yang lebih halus kerana adanya tindakan


mengikis yang kuat.

3. Mata alat menarik masuk benda kerja ke bawah mata alat yang sedang
berputar. Mesin mestilah bebas daripada kerenggangan skru penghantar
meja. Seelok-eloknya meja mestilah dilengkapkan dengan alat
pencegah kerenggangan.

4. Kaedah ini sesuai dilakukan pada mesin yang dalam kedudukan tegak
dan lebih besar saiznya.
BAB 8

KESIMPULAN
Syukur Alhamdulillah kehadrat illahi kerana dengan limpah kurniaNya saya
dapat menyiapkan buku laporan dan dapat menamatkan sesi latihan industri di
SONY,Prai. Sepanjang menjalani latihan industri ini, memang banyak pengalaman dan
kemahiran yang boleh ditimba dan berguna pada masa-masa akan datang. Sesi latihan
industri amat bermanfaat kepada pemegang diploma kerana diberi pendedahan yang
meluas mengenai gerak kerja di sesuatu organisasi. Secara tidak langsung, seseorang
itu tidak hanya diberi daripada modul bahkan meliputi bahagian praktikal. Pada sesi
praktikal tersebut, para pelajar akan melihat secara terus penggunaan asas-asas yang
dipelajari di institute pengajian pada suatu organisasi.

Dengan sesi latihan ini, secara tidak langsung diajar ilmu-ilmu teknikal secar
tidak formal. Oleh sebab itu, saya akan mudah memahami dan ingat segala
penerangan yang diberi kerana segala contoh diberi di depan mata. Disiplin
melambangkan keperibadian seseorang pelajar. Kebanyakan organisasi mengamalkan
sistem punch card. Dengan wujudnya system ini, saya akan dilatih untuk
mendisiplinkan diri dan peka pada waktu bekerja. Sikap pelajar dan kerja yang
diberikan juga amat penting. Seseorang yang ikhlas dan amanah akan menghasilkan
kerja yang baik dan kemas. Setiap organisasi mahukan hasil kerja yang bagus, secar
tidak langsung saya akan diterapkan dengan sikap-sikap begini.

Saya telah ditempatkan di jabatan industrial engineering. Disini saya banyak


mempelajari bagaimana untuk menguruskan sesuatu model. Ilmu-ilmu ini adalah
sebagai ilmu tambahan yang boleh dijadikan sebagai pengalaman yang berguna dan
kelebihan berbanding pelajar-pelajar yang lain. Dengan adanya latihan industri ini, saya
dapat membuka minda dengan lebih luas mengenai alam pekerjaan yang sebenar.
Setelah selesainya latihan industri ini saya lebih bersedia untuk menerima segala
cabaran dan pelajaran sebagai pelajar Kejuruteraan Mekanikal.

BAB 9

KOMEN DAN CADANGAN


Sesi latihan industri ini memang tidak melibatkan pembelajaran di dalam kelas
atau modul. Sesi ini memerlukan luahan kemahiran pelajar terhadap kerja-kerja yang
diberikan oleh pihak organisasi tersebut. Setelah hamper 21 minggu menjalani latihan
industri di SONY, terdapat beberapa komen dan cadangan yang boleh diberi kepada
pihak industri dan politeknik. Diharapkan komen dan cadangan ini boleh memberi
dorongan dan faedah yang berguna kepada kedua-dua pihak.

9.1 Komen

Setiap pelajar yang menjalani latihan industri akan dipantau oleh pensyarah
masing-masing. Tempoh pemantauan hanyalah sekali dalam tempoh 6 bulan. Dengan
ini, pelajar akan mengambil langkah mudah untuk tidak melengkapkan buku laporan
harian yang diberikan. Diharapkan pihak pensyarah cuba membuat pemantauan dalam
tiga bulan sekali dan ini mungkin akan member inisiatif yang baru dan semangat
kepada pelajar untuk menyiapkan buku laporan tersebut.

Kepada pihak organisasi pula didapati tidak berapa yakin dengan ilmu yang
sedia ada pada para pelajar. Contohnya di bahagian bengkel. Kerja-kerja yang sedia
ada pun selalunya dilaksanakan oleh pekerja itu sendiri. pelajar tidak dibenarkan untuk
mencuba langsung dengan alasan pelajar tidak dilindungi insuran syarikat. Para
pelajar politeknik selalunya lebih berminat melakukan kerja daripada mendengar
penerangan yang panjang lebar. Dengan ini, pelajar akan lebih memahami dan mahir
menggunakan mesin yang sedia ada di industri terutamanya pada pelajar mekanikal.

9.2 Cadangan

Tempat latihan yang ditetapkan oleh pihak industri kepada pelajar yang terpaksa
menjalani latihan sebagai seorang operator adalah tidak begitu sesuai dijalankan. Hal
ini kerana pelajar tidak mendapat kemahiran yang dikehendaki mengikut kursus yang di
ambil. Cadangan yang saya ingain kemukakan adalah:

I. Menempatkan para pelajar di bahagian yang bersesuaian mengikut kursus


masing-masing dan bukannya mengambil kesempatan di atas kekurangan
operator.
II. Membuat rotation, contohnya pelajar akan menukar department setiap sebulan
sekali. Dengan ini pelajar akan mendapat lebin pengetahuan dan kemahiran
yang lebih.
Dengan wujudnya sistem seperti ini para pelajar pasti akan bersungguh-
sungguh melaksanakan latihan industri ini. Selain itu, pengetahuan pelajar akan
bertambah dan lebih meluas serta memberi cabaran kapada pelajar itu sendiri.

You might also like