You are on page 1of 29

1.

0 PENDAHULUAN

Pengawalan merupakan fungsi terakhir dalam sistem pengurusan Islam, sebagaimana ia


juga merupakan fungsi terakhir dalam sistem pengurusan konvensional. Fungsi
pengawalan telah lama wujud iaitu sejak di zaman Rasulullah s.a.w lagi. Pengurusan
pada zaman ini boleh mengambil pengajaran daripada bentuk-bentuk pengawalan yang
diamalkan oleh Rasulullah s.a.w supaya dapat dipratikkan sekarang dan sekaligus
memartabatkan pengurusan secara Islam sepertimana yang telah ditunjukkan dan
diajarkan oleh Rasulullah s.a.w. Oleh itu, penulis akan membincangkan tentang konsep
pengawalan dalam Islam serta bentuk-bentuk pengawalan di zaman Rasulullah s.a.w dan
aplikasinya pada masa kini.

2.0 DEFINISI PENGAWALAN

Pengawalan atau kawalan boleh ditakrifkan sebagai satu proses dalam menentukan kerja
atau aktiviti yang dilakukan atau terdapat di dalam organisasi supaya berjalan lancar
mengikut perancangan yang telah sedia ada.1 Ia juga boleh membawa maksud mengukur
dan menyelaraskan kesemua aktiviti pekerja bawahan bagi memastikan bahawa segala
aktiviti dilakukan sebagaimana yang telah dirancangkan.2

Pengawalan bukanlah hanya bermaksud memastikan segala tindakan yang


dilakukan oleh ahli organisasi itu selaras dan selari dengan perancangan yang telah
ditetapkan. Ia juga sebagai suatu proses memantau prestasi, membandingkan prestasi
dengan matlamat dan membetulkan sebarang penyimpangan yang berlaku.3 Antara lain,
ia merupakan tindakan lanjut pemeriksaan dan analisis ke atas kegiatan serta perilaku
seseorang4 dan memelihara sesuatu perkara, yakni berhati-hati, melakukan pencegahan
dan ketaatan.5
1
Azman Che Omar (2003), Pengurusan di Malaysia dari Perspektif Islam, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka, h. 274
2
Khaliq Ahmad (2006), Management from Islamic Perspective, Selangor: Islamic International University
Malaysia, h. 224
3
Dipetik dari http://www.scribd.com/doc/7479462/Organisasi-Dan-Pengurusan pada 10 April 2010
4
Dipetik dari www.sbyb.net/shariaa.doc pada 10 April 2010
5
Husain Ratib Yusuf Rayyan, Al-Riqabah al-Maliah fi al-Fiqh al-Islamiy, Darul al-Nafais, h. 16

1
Dapatlah disimpulkan bahawa pengawalan sebagai fungsi terakhir untuk
menentukan prestasi organisasi telah dicapai mengikut perancangan. Segala masalah
dalam penyusunan dikenalpasti dan langkah tertentu diambil. Faktor-faktor di dalam
organisasi, keinginan dan sifat kakitangan yang ada hubungan dengan prestasi dan
tingkah laku perlu diberi perhatian dan diawasi.6

Pengawalan dalam bahasa Arab ialah al-riqabah. Al-Riqabah berasal daripada


kata dasar raqaba yang bermaksud memerhati, menjaga, memelihara, mengamati dan
berwaspada.

Firman Allah s.w.t dalam surah an-Nisa’, ayat 1:

     


Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu.
Surah an-Nisa’(4): 1

Tiga perkara asas dalam fungsi al-Riqabah ialah:


1. memastikan tujuan pelaksanaan adalah selaras dengan perancangan yang dibuat.
2. memastikan tindakan pelaksanaan yang diambil adalah betul.
3. memastikan gerak kerja pelaksanaan diselesaikan tepat pada masanya.

Maka, kita dapat lihat bahawa pengawalan dalam pengurusan konvensional ataupun
al-riqabah dalam pengurusan Islam mempunyai fungsi asas yang serupa.

3.0 KEPENTINGAN KAWALAN

Kawalan merupakan fungsi pengurusan yang amat diperlukan untuk mencapai arah tuju
organisasi.7 Terdapat pelbagai faktor yang menyumbang kepada perlunya kawalan dalam
sesebuah organisasi. Bagi organisasi Islam pula, kawalan perlu dalam usaha untuk
6
Dipetik dari http://www.scribd.com/doc/7479462/Organisasi-Dan-Pengurusan pada 10 April 2010
7
Azman Che Omar (2003), op.cit., h. 274

2
menegakkan yang ma’ruf dan mengelakkan kemungkaran daripada berlaku di dalam
organisasi.8

Pengurus di dalam sesebuah organisasi Islam berperanan sebagai seorang


pendakwah dalam menguruskan pekerja-pekerja di bawahnya. Sebagai seorang pengurus,
beliau harus memastikan bahawa segala tindakan dan tingkah laku para pekerjanya sesuai
dan tidak bercanggah dengan ajaran Islam.

Selain menegakkan kebenaran dalam organisasi, seorang pengurus juga harus


mengelakkan kemungkaran contohnya pembaziran kewangan terhadap kerja-kerja yang
tidak mendatangkan faedah kepada organisasi, penyalahgunaan kuasa oleh pegawai-
pegawainya9 dan wujudnya aktiviti-aktiviti yang berunsurkan maksiat di kalangan para
pekerja. Oleh itu, bagi memudahkan seorang pengurus menjalankan tugasnya, harus
diwujudkan suatu sistem kawalan yang berpandukan ajaran Islam

4.0 PROSES KAWALAN

Rajah 110
Menurut rajah di atas, kawalan berlaku pada tiga tahap, iaitu pada tahap masukan,
atau inputs; pada tahap proses transformasi; dan yang terakhir pada tahap keluaran, atau
outputs.

Masukan terdiri daripada sumber-sumber daripada manusia seperti tenaga


manusia iaitu para pekerja, dan sumber-sumber selain manusia seperti modal, teknologi,
8
Ibid, h. 274-275
9
Ibid, h. 277
10
Dipetik dari http://www.eng.upm.edu.my/~zleman/kmp3903ch1.html pada 9 April 2010

3
bahan mentah, kewangan dan seumpamanya. Proses transformasi pula melibatkan aktiviti
penambahan nilai, operasi, pengurusan dan sumber manusia. Manakala keluaran pula
ialah hasil daripada aktiviti memproses masukan contohnya keuntungan, produk,
perkhidmatan, pekerja yang mahir, maklumat dan sebagainya.

Secara terperinci, proses kawalan boleh dibahagikan kepada lima peringkat iaitu11:
1. Menetapkan piawai prestasi
2. Menilai dan mengukur prestasi
3. Membandingkan pencapaian prestasi dengan piawai
4. Membuat tindakan pembetulan sekiranya kegagalan berlaku
5. Menambahbaik prestasi

Menetapkan Piawai
Piawai merupakan satu kayu ukur bagi pengurus menilai prestasi pekerja. Ia selalu
ditetapkan berdasarkan objektif yang telah dipersetujui semasa perancangan dan meliputi
aspek-aspek kuantiti, kualiti, masa dan kos. Penetapan piawai haruslah jelas dan dan
boleh diukur, serta boleh dicapai, relevan iaitu selari dengan tujuan keseluruhan
organisasi dan boleh dikawal.

Piawai dari segi kuantiti contohnya ialah jumlah pengeluaran yang ditetapkan
bagi setiap hari, seminggu atau sebulan. Manakala piawai dari sudut kualiti pula ialah
contohnya dilihat daripada bilangan aduan yang diterima daripada pelanggan yang tidak
berpuas hati terhadap produk atau perkhidmatan yang ditawarkan.12
Mengukur Prestasi
Langkah kedua ialah mengukur prestasi kerja. Pelbagai kaedah boleh digunakan dalam
mengukur prestasi dan ia berbeza-beza mengikut fungsi masing-masing dalam organisasi.
Contohnya jabatan pengeluaran mengukur prestasi dengan mengasingkan barang-barang
yang rosak dengan barang-barang yang sempurna. Jabatan sumber manusia pula menilai
para pekerja dengan kadar pekerja yang berhenti bekerja (turnover rate) pada satu-satu
tempoh tertentu.
11
Azman Che Omar (2003), op.cit., h. 277
12
Ibid., h. 279

4
Membandingkan Pencapaian Prestasi dengan Piawai
Langkah seterusnya ialah membandingkan antara piawai dan prestasi. Sekiranya
pencapaian prestasi lebih baik daripada piawai, maka boleh dikatakan bahawa pekerja itu
berjaya melepasi sasaran yang ditetapkan dan aktiviti pekerja itu dikatakan terkawal. Jika
prestasi tidak sepadan dengan piawai, tindakan seterusnya perlu diambil.

Membuat Tindakan Pembetulan


Langkah ini akan dilakukan apabila terdapat penyimpangan di antara prestasi dan piawai
yang telah ditetapkan. Tindakan pemulihan dan pembetulan ini sangatlah diperlukan
dalam mengawal aktiviti yang dilakukan oleh ahli organisasi. Sebagai pengurus,
seseorang itu bukanlah hanya memberi arahan kepada para pekerjanya untuk membuat
pembetulan, namun beliau juga harus memeriksa sendiri sama ada arahan yang diberikan
itu dilaksanakan ataupun tidak.

Menambahbaik Prestasi
Walaupun sekiranya prestasi yang ditunjukkan oleh para pekerja itu berjaya melepasi
piawai atau sasaran yang telah ditetapkan, para pekerja dan pengurus tidaklah boleh
berpuas hati dengan pencapaian itu selama-lamanya. Sebaliknya para pekerja harus
memberi komitmen yang lebih dan melakukan yang terbaik setiap hari, sebagaimana
yang dianjurkan dalam Islam bahawa sebagai seorang muslim, hari ini haruslah lebih
baik dari semalam, dan hari esok lebih baik dari hari ini.

Oleh itu, dapatlah dilihat bahawa terdapat tahap-tahap dalam proses kawalan dan
bagi memastikan bahawa sesebuah organisasi itu dapat menjalankan aktivitinya dengan
lancar dan menepati objektif dan sasaran yang telah ditetapkan.

5.0 PENGAWALAN DARI PERSPEKTIF ISLAM

Dasar pengawalan dalam Islam tidak seharusnya sama dengan pendekatan yang diambil
dalam pengurusan konvensional. Mekanisme pengawalan dalaman dan luaran, kawalan

5
perniagaan atau peribadi dan sosial atau undang-undang tidaklah boleh melanggar apa
yang telah digariskan dalam prinsip asas Shari’ah.13

Pemikiran sekular memberi penekanan terhadap kepentingan individu daripada


kepentingan umum. Oleh itu, sebagai pengurus muslim, beliau harus mewujudkan suatu
inisiatif untuk membangun suasana kerja yang baik yang mana bukan sahaja menerapkan
semangat persaingan tetapi juga hubungan antara ahli organisasi yang baik.14

Berikut ialah suatu analogi proses kawalan dalam Islam sebagaimana yang berlaku di
antara Allah s.w.t dan Rasulullah s.a.w15:

1) Seorang Rasul yang diutus oleh Allah s.w.t kepada manusia di dunia
Allah s.w.t sebagai kuasa dan autoriti tertinggi telah mengutus Rasulullah s.a.w untuk
menyampaikan risalah kepada umat manusia. Begitu juga dengan kawalan di dalam
pengurusan, peraturan yang dibuat oleh autoriti tertinggi dalam organisasi contohnya ahli
lembaga pengarah, presiden suatu syarikat dan sebagainya hendaklah bersesuaian dengan
kehendak yang ditetapkan oleh Allah s.w.t16

Al-Quran dan sunnah menjadi panduan kepada Rasulullah s.a.w dalam menjalankan
kawalan ke atas umat manusia.

2) Rasul itu menceritakan kepada manusia apa yang disampaikan oleh Allah s.w.t
(iaitu set piawai)
Allah s.w.t memerintahkan kepada Rasulullah s.a.w untuk menjelaskan ayat-ayat al-
Quran, yang mengandungi ayat-ayat tentang berita gembira serta peringatan 17 kepada
umat manusia. Sepertimana di dalam pengurusan, pengurus haruslah memberitahu
tentang peraturan yang ditetapkan secara jelas untuk menggambarkan harapan pengurus
terhadap para pekerjanya

13
Khaliq Ahmad (2006), op.cit., h. 240
14
Ibid.
15
Ibid., h. 241
16
Ibid., h. 242
17
Ibid.

6
3) Ada di antara manusia itu menerimanya dan memahaminya bahawa ia adalah
mesej yang datang dari Allah s.w.t kepada mereka
Rasulullah s.a.w menyebarkan risalah kepada masyarakat, bermula dengan ahli keluarga
baginda dahulu. Kebiasaannya orang akan lebih mudah untuk menerima dengan mesej
daripada seseorang yang mereka kenali dan akrab dengannya. Begitu juga di dalam
organisasi, sesuatu peraturan itu hendaklah disampaikan kepada pekerja pada tahap yang
bersesuaian dengan pemahaman mereka.

4) Masih ramai lagi yang meneruskan apa yang dipratikkan selama ini (syirik dan
penafian) yang mana ia bertentangan dengan mesej yang Allah s.w.t telah
turunkan (suatu penyimpangan dari set piawai)
Allah s.w.t memberi kebebasan kepada umat manusia untuk mengikut atau tidak apa
yang disampaikan oleh Rasulullah s.a.w kepada mereka (iaitu set piawai). Namun mereka
akan dipertanggungjawabkan atas tindakan mereka setelah Allah s.w.t memberi mereka
tempoh masa. Jika dilihat dalam konteks pengurusan, para pekerja akan diberi masa yang
cukup untuk melakukan tugasan mereka. Segala tindakan mereka akan direkodkan dan
dibandingkan dengan set piawai dan sebarang penyimpangan akan disoal oleh pengurus.

5) Sebagai suatu tindakan pembaikan, Allah s.w.t memberi manusia peluang untuk
bertaubat (memohon keampunan)18
Tindakan pembaikan bagi seseorang yang menyimpang daripada ajaran Islam ialah
dengan bertaubat. Di dalam pengurusan, para pekerja juga boleh memperbaiki dan
memperbetulkan kesilapan dalam aktiviti yang telah mereka jalankan melalui dua cara
iaitu: (1) dengan mengakui kesilapan mereka dan meminta maaf atau (2) dengan berniat
untuk tidak mengulangi lagi kesilapan yang mereka lakukan.19

Firman Allah s.w.t:

18
Ibid., h. 241
19
Ibid., h. 20-21

7
      
.Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya
Surah al-Baqarah (1): 286

Perintah Allah s.w.t kepada umat manusia untuk melakukan amal yang baik dan
mencegah dari berbuat kemungkaran bukanlah untuk menyusahkan manusia, melainkan
segala perintah yang Allah s.w.t turunkan itu tidak membebankan para hambaNya di luar
kemampuan mereka, sebagaimana di dalam ayat di atas.

Begitu juga di dalam pengurusan. Kawalan ke atas prestasi pekerja dan arahan
pengurus supaya tindakan pembetulan dilakukan sekiranya pekerja membuat kesilapan
bukanlah untuk menyusahkan mereka tetapi bagi memastikan segala operasi dan aktiviti
organisasi berjalan dengan lancar.

6.0 NILAI-NILAI ISLAM DALAM PENGAWALAN

Sebagai seorang muslim, haruslah kita merasakan bahawa segala tindak-tanduk kita
diawasi oleh Allah s.w.t. Perasaan ini akan timbul apabila kita sedar bahawa Allah s.w.t
itu wujud, dan kita percaya bahawa kita mempunyai tanggungjawab sebagai seorang
hamba dan khalifah Allah s.w.t di muka bumi ini. Inilah yang dimaksudkan dengan
falsafah tauhid, yang mana kita mengakui keesaan Allah s.w.t dan menafikan tuhan yang
wajib disembah selain daripadaNya.

Di dalam pengurusan Islam, kawalan yang dilakukan oleh para pengurus


bukanlah sekadar salah satu fungsi pengurusan semata-mata, iaitu bertujuan untuk
memastikan segala urusan organisasi berjalan sebagaimana yang dirancang dan ahli
organisasi patuh pada ketetapan syarak dalam setiap tindakan mereka dan memperoleh
keredhaan Allah s.w.t dan manfaat di dunia dan akhirat kelak.

Oleh itu, terdapat beberapa nilai yang meliputi fungsi pengawalan dalam Islam iaitu:

8
 Al-ihsan – iaitu kesedaran tentang pemerhatian Tuhan terhadap segala gerak laku
manusia termasuk suara hati dan lintasan fikirannya sehingga tiada ada sesuatu
lintasan pun yang terselindung.20

Sabda Rasulullah s.a.w dalam memberi pengertian al-ihsan:

"Engkau menyembah Allah s.w.t seakan-akan engkau melihat Dia dan jika engkau
tidak melihat-Nya maka sesungguhnya Dia melihatmu."
(Hadith Riwayat Bukhari)

Daripada hadith di atas, al-ihsan ialah apabila seseorang itu sentiasa merasakan
dia melihat Allah s.w.t dan jika dia tidak berasa demikian, dia yakin bahawa Allah s.w.t
pasti akan melihat tindakan dan perlakuannya pada setiap masa.

Ihsan juga membawa erti kebaikan, kebajikan, perbuatan yang baik dan
kemurahan hati.21 Sebagai seorang pengurus, beliau perlu peka terhadap kemampuan dan
keupayaan para pekerjanya dan memberi kerja yang berpadanan dengan usia dan kudrat
pekerja.22

Pengurus juga berperanan untuk mendengar dan memberi perhatian kepada setiap
aduan yang dikemukakan oleh para pekerja, serta mencari jalan penyelesaian. Ini juga
merupakan kawalan ke atas perlakuan pekerja, kerana pekerja yang diambil perhatian
tidak akan melakukan demonstrasi atau aktiviti-aktiviti yang boleh merugikan syarikat.

 Syura –Syura membawa maksud meminta pandangan untuk mencari keputusan


yang paling baik.23 Dari segi istilah, syura adalah mendapatkan sesuatu perkara
untuk mencapai kebenaran pada kebanyakan perkara.24 Dr. ‘Arif Khalil Abu

20
Panel Akademi Pengurusan YPEIM (2005), Pengurusan dalam Islam: Menghayati Prinsip dan Nilai
Qurani, Kuala Lumpur: Akademi Pengurusan YPEIM, h. 138
21
____ (2007), Kamus Dewan: Edisi Keempat, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, h. 560
22
Ilhaamie Abdul Ghani Azmi (2001), “Pengurusan dari Perspektif Islam”, Jurnal Syariah, Jilid 9, Bil. 2, h.
98
23
Asmadi Mohamed Naim (2003), Maqasid Syariah dan Pemikiran Pengurusan Islam, Sintok: Penerbit
Universiti Utara Malaysia, h. 69
24
Ibid.

9
Al-‘Id menyimpulkan definisi syura sebagai: “Syura bererti pemerosesan buah
fikiran yang dilontarkan dan pandangan-pandangan yang berbeza dalam sesuatu
permasalahan dari pelbagai persoalan yang ada, dan membincangkannya di
kalangan golongan pemikir, sehingga tercapai pandangan yang benar, atau yang
paling benar, atau yang terbaik untuk dilaksanakan.” Ia merupakan suatu amalan
yang sangat ditekankan dalam agama Islam. Sebagaimana dalam firman Allah
s.w.t:

   


dan bermusyawaratlah dengan mereka dalam urusan itu
Surah ali-‘Imran (3): 159

Menurut ayat di atas, Allah s.w.t telah memerintahkan kepada manusia untuk
melakukan syura dalam segenap urusan mereka. Begitu juga dengan pengawalan, yang
mana seorang pengurus itu tidaklah boleh melaksanakan kawalan itu tanpa pengetahuan
ahli organisasi. Di sini, kita dapat lihat bahawa seorang pengurus muslim itu akan
mengajak sama para pekerjanya untuk mengetahui kawalan yang akan dilaksanakan ke
atas mereka.

 Amar ma’ruf nahy munkar – ia membawa maksud menyeru kepada kebaikan dan
melarang kejahatan. Sesebuah organisasi akan sentiasa terkawal dalam batas
kebenaran dan kewajaran andai semangat ajaran tersebut menyerap menjadi
bahagian dari budaya korporatnya.25

Firman Allah s.w.t:

        


 
Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada
yang ma'ruf, dan mencegah dari yang munkar
(Ali-‘Imran: 110)
25
Panel Akademi Pengurusan YPEIM (2005), op.cit.. h. 138

10
Berdasarkan ayat di atas, menyeru kepada kebaikan dan melarang kemungkaran
merupakan suatu perintah ke atas umat manusia terutamanya ke atas seorang muslim.
Oleh itu, sebagai seorang pengurus muslim dalam organisasi Islam, perintah ini lebih-
lebih lagi ditekankan kerana pengurus juga bertanggungjawab sebagai seorang pemimpin.
Sebagai pemimpin, beliau akan dipertanggungjawabkan atas tindakan para pengikutnya.
Baik dan buruk tindakan para pengikutnya akan dipersoalkan di hari akhirat kelak.

Selain itu, seorang pengurus juga boleh mengamalkan beberapa cara di bawah dalam
pengawalan iaitu:

 Menjadikan peningkatan prestasi secara berterusan sebagai suatu budaya


organisasi. Islam menganjurkan peningkatan prestasi umat manusia kepada yang
lebih baik dari hari ke hari, oleh itu para ahli organisasi harus menjadikan
peningkatan prestasi kerja mereka sebagai suatu budaya, kerana ia akan
membawa kebaikan dan manfaat bukan sahaja kepada individu itu sendiri tetapi
kepada kesihatan organisasi keseluruhannya.

 Memperbanyakkan do’a memohon kurnia, petunjuk, restu dan keredhaan Allah


s.w.t.26 Umat Islam digalakkan berdo’a pada setiap masa, kerana kita tidak tahu
pada saat bila do’a kita akan diperkenankan dan dimakbulkan. Oleh itu, janganlah
seorang muslim itu berasa putus asa dalam berdo’a. Berdo’a pada awal pekerjaan,
semasa mengerjakan sesuatu, dan apabila telah selesai pekerjaan itu. Serahkanlah
kepada Allah s.w.t segalanya setelah kita berusaha.

7.0 PENILAIAN

Pengawalan dan penilaian merupakan fungsi yang saling berkait rapat antara satu sama
lain. Penilaian ialah melakukan tinjauan evaluatif-introspektif dalam erti merenung ke
dalam diri dengan motif otokritik (mengkritik diri).27
26
Ibid., h. 139
27
Ibid.

11
Penilaian atau muhasabah sangat dianjurkan dalam Islam, iaitu sebagai seorang
muslim, kita harus menilai diri kita dari aspek amalan, prestasi, baik dan buruk dalam
tingkah laku kita sebelum kita dinilai di hari akhirat kelak.

Penilaian bukan sahaja relevan pada tahap individu tetapi ia juga relevan pada
tahap organisasi. Pada akhir setiap aktiviti yang telah dijalankan, harus diadakan post
mortem atau bedah siasat bagi mengetahui kelemahan dan kesilapan dalam aktiviti
tersebut supaya kita dapat mencegahnya daripada berulang. Ini juga merupakan suatu
bentuk pengawalan supaya kesilapan dapat dielakkan daripada berulang pada masa akan
datang.

Terdapat empat tahap untuk dijadikan panduan dalam penilaian, sebagaimana


yang telah dirumuskan oleh imam al-Ghazali iaitu: 28
 Musyaratah (menasihati diri)
 Muraqabah (mengawasi diri)
 Muhasabah (menilai diri)
 Mu‘atabah (mengkritik diri)

Musyaratah
Sebagai manusia, kita hendaklah sedar bahawa masa itu amat berharga, dan sedetik masa
terlepas, kita tidak akan dapat kembalikannya. Oleh itu, penting bagi seorang pengurus
itu mengawal para pekerjanya dari sudut masa yang digunakan untuk menyiapkan
tugasan kerja dan sebagainya.

Muraqabah
Niat adalah elemen penting apabila seseorang itu mahu memulakan pekerjaan. Bagi
seorang muslim, segala perbuatannya yang baik haruslah diniatkan sebagai ibadah supaya
dia akan lebih berhati-hati dan mengawasi segala perlakuannya. Pekerjaannya akan
dibuat sesempurna mungkin. Di sini, peranan pengurus ialah mengawal prestasi para

28
Ibid., h. 140

12
pekerja supaya segala tugasan yang dihasilkan adalah yang terbaik yang mampu
dilakukan oleh mereka.

Muhasabah
Seorang muslim tidak boleh mudah berpuas hati dengan pencapaiannya tetapi menilai
kembali apa yang telah dilaksanakan. Ini sesuai dengan firman Allah s.w.t:

         

Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan hendaklah setiap diri
memperhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok (akhirat).
Surah al-Hasyr (59): 18

Ia juga meliputi konsep taubat iaitu mengenalpasti, menginsafi dan berhasrat


untuk tidak mengulangi kesilapan-kesilapan lalu. Di dalam pengawalan, pengurus akan
menilai kembali prestasi pekerja dan tindakan pembetulan ke atas kesilapan akan
dilaksanakan. Langkah-langkah pembaikan diambil demi mencipta prestasi yang lebih
baik pada masa mendatang.29

Mu‘atabah
Ia adalah suatu amalan mengkritik diri sendiri kerana sedar akan kelemahan dan kejahilan
sehingga berlaku penyimpangan dan tindakan-tindakan lain yang tidak diredhai oleh
Allah s.w.t. Oleh itu, di dalam organisasi Islam, pengurus hendaklah menerapkan amalan
demikian supaya tindakan mereka akan terkawal.

Maka dapatlah dilihat apabila kuat dan teguh ketauhidan seseorang itu, maka
segala tindakan dan perlakuannya akan dijaga dan dikawal, walaupun semasa pengurus
itu ada atau tiada, supaya tidak menyimpang daripada ajaran Islam dan tuntutan syarak.

8.0 PENGAWALAN DI ZAMAN RASULULLAH S.A.W

29
Ibid., h. 141

13
Rasulullah s.a.w telah mempraktikkan pengawalan ke atas para pegawai bagi sesuatu
pekerjaan tertentu bagi memastikan bahawa mereka berlaku adil dan tidak berlaku zalim
ke atas masyarakat di bawah jagaan mereka. Contohnya ialah pengawalan ke atas para
gabenor sesebuah wilayah.

Baginda menggunakan prinsip sepertimana dalam hadith berikut dalam


melaksanakan kawalan iaitu sabda Rasulullah s.a.w:

“Tiada (jangan melakukan) perkara yang membawa kemudaratan pada diri sendiri
dan tiada (jangan melakukan) perkara yang memudaratkan orang lain”
(Hadith Riwayat Imam Malik dan Ibn Majah)

Lantas, kawalan itu penting bagi mengelak daripada berlakunya kemudaratan ke


atas diri sendiri, ke atas organisasi dan ke atas ekonomi.30

8.1 BENTUK-BENTUK PENGAWALAN RASULULLAH S.A.W

Nabi Muhammad s.a.w mempunyai bidang kuasa yang terbesar dan paling berpengaruh
dalam Sejarah Tamadun Manusia. Pengutusan Nabi Muhammad bukan sahaja dilihat
sebagai peranan baginda sebagai pesuruh Allah s.w.t semata-mata bahkan dilihat juga
sebagai qudwah hasanah dari segala aspek kehidupan manusia. Sehubungan dengan ini,
Nabi Muhammad s.a.w. juga dilihat sebagai seorang pemimpin dan pengurus dari aspek
pentadbiran dan pengurusan yang diterajui oleh baginda.

Sejarah perkembangan pentadbiran dan pengurusan ini telah ditelusuri sejak era
Nabawi ketika terbentuknya negara Islam di Madinah. Sesuai dengan realiti dan
keperluan zaman tersebut, amalan pengurusan lebih berorientasikan pentadbiran hal
ehwal kenegaraan. Daripada segi struktur dan mekanismenya memang belum cukup
canggih, tetapi model pengurusan baginda merupakan model terbaik kerana pada zaman

30
Syed Omar bin Syed Agil, Djasriza Jasin, Fatimah Pa`wan (2007), “Nine Islamic Management Practices
and Habits in Islamic History: Lessons for Managers and Leaders”, UNITAR e-journal, Jilid 3, Bil. 2, h. 42

14
itulah ajaran Islam dilaksanakan. Kejayaan baginda mencipta kehidupan berkualiti
(hayatan tayyibah) telah mencapai piawai ketuhanan (mardatillah).

Aspek pengurusan Islam yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w lebih tertumpu
kepada pengurusan negara, empayar dan ummah.31 Hal ini disebabkan pada zaman
baginda segala tampuk pemerintahan Islam adalah di bawah kepimpinan baginda. Dalam
memainkan peranan baginda sebagai seorang pemimpin dan pengurus, Rasulullah s.a.w
telah menjalankan fungsi pengawalan terlebih dahulu dalam pemerintahan dan
pentadbiran pada zaman baginda sebagaimana pengawalan yang ada pada pengurusan
kini.

Bentuk pengawalan yang wujud pada zaman Rasulullah s.aw. dapat dijelaskan
secara umumnya dalam dua bentuk pengawalan iaitu (1) pengawalan organisasi melalui
Rasulullah s.a.w dan (2) pengawalan masyarakat iaitu melalui penyertaan umat Islam
dalam melakukan pengawalan dalam pemerintahan negara.

Pengawalan Organisasi
Pengawalan organisasi adalah berkaitan dengan pentadbiran organisasi dari segi
penyelarasan kuasa-kuasa pemerintah sebelum diagihkan kepada pegawai-pegawai dan
kakitangan bawahannya. Dalam hal ini, kepimpinan dalam pengurusan ialah suatu
perkara yang amat diperlukan supaya organisasi tersebut akan berjalan lancar. Elemen
kepimpinan dalam pengurusan ini berkait rapat dengan kuasa dan tanggungjawab yang
merupakan antara yang terpenting dalam pengurusan, dan dua elemen ini saling berkait
rapat antara kedua-duanya.32

Sebagaimana yang dijelaskan sebelum ini, Rasulullah s.a.w. mempunyai kuasa


yang besar dan bertindak sebagai seorang pengurus dan pemimpin dalam urusan
pemerintahan dan pentadbiran baginda. Rasulullah s.a.w dijadikan sebagai suatu contoh
kepimpinan yang berwibawa disebabkan kemampuan baginda untuk menggunakan
31
Asmadi Mohamed Naim (2003), op.cit., h. 39
32
Fadillah Mansor (2006),Kualiti Kerja dalam Organisasi: Tinjauan dari Perspektif Pengurusan Islam,
Dlm.Ab. Mumin Ab. Ghani & Fadillah Mansor (Ed.), Dimensi Pengurusan Islam: Mengurus Kerja dan
Membangun Modal, Kuala Lumpur: Universiti Malaya, h.56

15
pengaruh dan kuasa yang ada pada diri baginda dalam usaha mengubah dan membina
manusia dan kemampuan baginda dalam membina budaya yang kuat untuk dihayati umat
manusia.33

Abdul Rahman al-Dahyan menghuraikan pengawalan dalam organisasi kepada


pengawalan dalaman dan luaran. Pengawalan dalaman yang beliau maksudkan adalah
melalui jabatan-jabatan dalam sebuah organisasi yang bertanggungjawab memerhatikan
pekerja-pekerjanya ataupun peranan seorang ketua mengawasi para pekerjanya.
Manakala pengawalan luaran adalah pengurusan yang dilakukan oleh negara terhadap
organisasi.34 Dapat dikatakan bahawa fungsi pengawalan secara dalaman dan luaran
tersebut telah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. secara seiringan dalam pemerintahan dan
pentadbiran baginda.

Pengawalan ialah menentukan bahawa prestasi organisasi telah dicapai mengikut


perancangan dan mengikut piawaian yang ditetapkan. Masalah dalam penyusunan
dikenalpasti dan langkah-langkah tertentu diambil. Faktor-faktor dalam organisasi,
keinginan dan sifat kakitangan yang ada hubungan dengan prestasi dan tingkah laku perlu
diberi perhatian dan diawasi oleh pemimpin dan pengurus.35

Rasulullah s.a.w menjalankan fungsi pengawalan terhadap organisasi yang lebih


merujuk kepada pemerintahan dan pentadbiran organisasi yang berorientasikan
kenegaraan. Pengawalan yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w dilakukan dengan
mengawasi segala urusan serta memerhati segala keadaan untuk membolehkan baginda
mengendalikan urusan orang ramai serta melindungi agama. Hal ini bagi memastikan
tidak berlaku sebarang pengkhianatan dan penipuan yang mungkin dilakukan oleh orang
yang diserahkan amanah kepadanya36 atau menyalahgunakan kuasa atau penyelewengan
kuasa.
33
Panel Akademi Pengurusan YPEIM (2005), op.cit., h. 116
34
Asmadi Mohamed Naim (2003), op,cit., h. 68
35
Dipetik dari http://www.scribd.com/doc/7479462/Organisasi-Dan-Pengurusan pada 10 April 2010
36
Muhammad Uthman El-Muhammady (2005), Pentadbiran Negara Islam (Dar al-Islam) Menurut al-
Mawardi. Dlm. Mahathir Mohamad, Mohammad Hashim Kamali, & Abd. Rashid Moten et al. (Eds.),
Malaysia Sebagai Sebuah Negara Islam, Kuala Lumpur: Institut Kefahaman Islama Malaysia (IKIM),
h.220

16
Penyelewengan ke atas kuasa boleh berlaku dengan menggunakan sesuatu
jawatan dan kuasa untuk kepentingan diri. Perbuatan tersebut sebagai menyalahi ajaran
Islam serta merupakan satu pengkhianatan terhadap rakyat dan kerajaan. Penggunaan
sesuatu jawatan dan kuasa untuk kepentingan diri jelas menunjukkan suatu bentuk
pelanggaran amanah dan tanggungjawab yang diberikan oleh pemerintah dan dapat
dianggap sebagai pencabulan ke atas hak masyarakat.

Bentuk-bentuk penyelewengan kuasa dan jawatan untuk kepentingan diri dapat


dikategorikan kepada dua jenis berikut:37

Pertama: menggunakan jawatan yang dipegang untuk mendapatkan faedah kebendaan.

Gambaran penyelewengan kuasa dalam bentuk pertama pada zaman Rasulullah


s.a.w sebagai contoh baginda melantik seorang gabenor yang dikenali dengan nama Ibn
Allutbiyah daripada puak Azdi untuk urusan mengutip zakat. Ketika beliau menyerahkan
pungutan zakat, beliau berkata, “Ini untuk kamu wahai Rasulullah s.a.w dan yang ini
dihadiahkan buatku. “Lalu Rasulullah s.a.w bersabda: “Di mana kedudukan seorang
lelaki yang dilantik untuk sesuatu pekerjaan yang diamanahkan oleh Allah s.w.t lantas
berkata, “Ini untuk kamu dan ini dihadiahkan kepadaku. Apakah seseorang yang tinggal
dengan ibu bapanya perlu mendapat hadiah? Demi Allah di mana aku dalam
genggamannya, jika seseorang itu mengambil sesuatu yang bukan haknya, nanti pada hari
akhirat kelak dia akan memikul barang yang diambilnya.”38

Daripada situasi tersebut, apa yang dapat difahami adalah Rasulullah s.a.w
bertindak mengawal petugasnya dengan memberi peringatan bahawa perbuatan tersebut
akan dikenakan pembalasan pada hari akhirat. Ini bertujuan untuk mengelak daripada
terjerumus ke dalam rasuah berikutan penyalahgunaan kuasa dan harta untuk kepentingan

37
Ahmad Ibrahim Abu Sin (2002), Pengurusan dalam Islam. Abd Rashid Ngah Jusoh Kadir (terj.), Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, h. 103
38
Ibid., h.103-104

17
diri. Rasuah ialah pemberian hadiah kepada pegawai-pegawai kerajaan yang tidak ada
kaitan dengan kepentingan masyarakat bahkan untuk kepentingan diri sendiri.39

Bagi mengatasi masalah penyelewengan kuasa dalam mendapatkan gaji,


Rasulullah s.a.w dan Khulafa’ al-Rasyidin telah melakukan persidangan gabenor tahunan
agar pengawasan terhadap kakitangan pengurusan dapat dilaksanakan dengan sebaiknya.
Penyelewengan ke atas gaji yang diterima dapat dikenal pasti dan diukur dengan mudah
kerana harta seseorang yang dilantik itu akan diisytiharkan ketika mula memegang
jawatan, sekiranya dia menjadi kaya di luar kadar kemampuan gajinya bererti
penyelewengan telah berlaku.40 Oleh itu terdapat di kalangan gabenor yang dilantik pada
zaman baginda, diambil langkah pengawalan dengan tidak mengambil gaji kerana terdiri
daripada orang yang kaya sejak jahiliah lagi sebagai contoh ‘Itab bin Usaid yang dilantik
menjadi gabenor di Mekah menerima ganjaran sebanyak satu dirham sehari sahaja
daripada Rasulullah.41

Dalam pada itu, bagi menentukan kadar gaji bagi pegawai kerajaan pada zaman
baginda, Rasulullah s.a.w telah menetapkan beberapa prinsip asas. Diriwayatkan bahawa
Rasulullah s.a.w. telah bersabda:

“Bagi seseorang pegawai kerajaan yang belum berkahwin, dia patut berkahwin; jika
dia tidak mempunyai orang gaji, dia boleh mendapatkan seorang; jika tidak
mempunyai rumah untuk tinggal, dia patut membina sebuah rumah; dan sesiapa
yang melebihi had ini dia ialah seorang yang membazir.”

Hadith ini memberikan dua prinsip asas yang menentukan gaji pegawai kerajaan.
Pertama, kerajaan bertanggungjawab memenuhi kehendak yang benar dan praktik kepada
pekerjanya dan yang kedua, jika rakyat meminta bayaran yang lebih daripada keperluan
sebenar, sifat itu dianggap tidak jujur.42

39
Ibid.
40
Nor Azzah Kamri (1999), “Fungsi Pengawalan dalam Sistem Pengurusan Islam” (Latihan lmiah Ijazah
Sarjana Muda Syariah, Fakulti Syariah, Jabatan Syariah dan Pengurusan, Akademi Pengajian Islam,
Universiti Malaya), h.57
41
Ahmad Ibrahim Abu Sin (2002), op.cit., h.46
42
Afzalur Rahman (1993), Ensiklopedia Sirah. Norhayati Mohd. Nor (terj.) jil.2, h. 790.

18
Pengawalan ke atas penyelewengan kuasa pada zaman Rasulullah s.a.w juga
dilakukan dengan diberhentikan kerja seseorang pegawai apabila didapati ada melakukan
penipuan dan tidak amanah ketika melaksanakan tugasnya.43 Rasulullah s.a.w pernah
bertindak mengawal terhadap pegawai yang dilantik agar tidak menyalahgunakan kuasa
dengan menyiasat dan mendengar laporan yang datang kepada baginda. Sebagai contoh,
baginda pernah melucutkan gabenor di Bahrain al-Allak bin al-Hadrami, apabila berpuas
hati dengan dakwaan berkaitan kes yang diadukan oleh Abd Qais. Seterusnya baginda
melantik Aban bin Saad bagi menggantikan tempat tersebut dan Rasulullah S.A.W
berkata kepada Aban:44

“Aku ingatkan kepada engkau wahai Aban, berbuatlah baik kepada puak Abd Qais,
serta muliakanlah mereka.”

Penyelewengan kuasa yang telah dibincangkan berkisar berkaitan harta. Oleh


sebab itu harta juga perlu dilakukan kawalan dalam pembahagiannya agar tidak terdapat
jurang yang ketara antara golongan kaya dengan golongan miskin. Peranan tersebut telah
dilakukan oleh Rasulullah s.a.w sebagai pemerintah dengan memberikan bantuan
kewangan daripada perbendaharaan kepada orang yang memerlukan dan miskin serta
kepada orang yang sakit, ilat (kecacatan anggota badan) dan tidak mampu melakukan
sebarang pekerjaan dengan sendiri.45

Walaupun hasil pendapatan perbendaharaan pada zaman Nabi Muhammad s.a.w


sangat kecil dan satu-satunya sumber pendapatan yang diperoleh adalah daripada
pembayaran zakat kerana golongan Muhajirin telah meninggalkan semua harta kekayaan
mereka di Mekah dan berkongsi dengan kekayaan golongan Ansar, namun apa sahaja
yang dikutip dibelanjakan ke atas ahli-ahli masyarakat yang miskin. Kemudian harta
rampasan peperangan telah membesarkan perbendaharaan kerajaan Islam kerana

43
Ahmad Ibrahim Abu Sin (2002), op.cit., h. 82
44
Ibid., h. 44
45
Afzalur Rahman (1993), op.cit., h. 558

19
dibahagikan di kalangan para pejuang dan disimpan untuk golongan miskin dengan
bahagian bagi setiap orang ditentukan.46

Unit Penguatkuasaan bertindak sebagai salah satu daripada bahagian dalam


pengawalan yang mana bertindak untuk mengelak daripada pelanggaran undang-undang
seterusnya memelihara masyarakat daripada tindakan-tindakan yang membawa
kerosakan dan kebinasaan.47 Tugas penguatkuasaan ini diperincikan lagi iaitu berperanan
untuk melihat dan mengawasi perkara-perkara yang berhubung dengan peraturan-
peraturan am dan juga salah laku. Penguatkuasaan juga sebagai langkah menyeru kepada
kebaikan dan mencegah kemungkaran dan juga bertujuan memastikan perjalanan
peraturan perniagaan di pasar-pasar seperti mengawasi timbangan dan sukatan juga
menghukum mereka yang mempermainkan hukum syarak seperti menaikkan harga
barangan dengan sesuka hati.48

Pelaksanaan penguatkuasaan atau lebih dikenali sebagai institusi hisbah di dalam


tradisi Islam telah bermula sejak dari zaman Rasulullah lagi tetapi bukan sebagai institusi
yang rasmi. Baginda telah melantik pegawai-pegawai untuk mengawasi perjalanan pasar
dan urusan perdagangan. Mereka ini digelar ‘Penyelia Pasar’ (Sahib as-Suq) atau
‘Petugas di Pasar’ (al-Amil fil-Suq). Bidang tugas mereka pada masa itu bertumpu kepada
memastikan tidak berlaku penindasan atau penipuan dan semua pihak patuh kepada
sistem timbangan dan sukatan atau dengan erti kata lain menjamin berlaku keadilan di
dalam urusniaga.49

Tugas penguatkuasaan dalam pengawalan organisasi turut dilakukan oleh


Rasulullah s.a.w sendiri secara tidak langsung iaitu ketika baginda berjalan-jalan di pasar
Madinah untuk memerhatikan keadaan pasar. Ketika baginda melintasi satu gerai yang
menjual makanan, baginda memasukkan jari ke dalam satu tempat makanan dan didapati
makanan itu basah lantas baginda Rasulullah bertanya kepada tuan punya gerai, “Apa

46
Ibid.
47
Asmadi Mohamed Naim (2003), op.cit., h.79
48
Ahmad Ibrahim Abu Sin (2002), op.cit., h.72
49
Dipetik dari http://ibnuahmadalkurauwi.wordpress.com/2007/03/05/institusi-hisbah-mekanisme-cegah-
maksiat-2/ pada 9 April 2010.

20
yang engkau lakukan ini?” Jawab penjual tersebut, “Makanan ini ditimpa hujan, ya
Rasulullah.” Kemudiannya, Rasulullah s.a.w memberi arahan kepada penjual tersebut
dengan berkata, “Mengapa tidak engkau letakkan di bahagian atas supaya dapat dilihat
oleh pembeli. Sesiapa yang menipu bukan daripada kalangan kami.”50

Kedua: memberikan jawatan atau kedudukan secara membezakan-bezakan pihak yang


menerima perkhidmatan.

Dalam hal ini adalah berkaitan mengutamakan sesuatu pihak daripada pihak yang
lain dalam perlantikan berdasarkan pertimbangan tidak benar atas sebab hubungan
kekeluargaan, kerana kasihnya terhadap seseorang itu atau kerana kenalan baik.
Sehubungan dengan ini, Rasulullah s.a.w menganjurkan supaya melantik daripada
kalangan orang yang benar-benar layak untuk sesuatu jawatan. Sebagai contoh berkaitan
pemilihan seseorang yang berkelayakan untuk sesuatu jawatan dapat dilihat dalam suatu
kes di mana Rasulullah menolak permohonan Abu Zar al-Ghiffari menjadi salah seorang
pegawai untuk mana-mana wilayah atas dasar kelayakan.51

Walaupun Abu Zar al-Ghiffari merupakan salah seorang sahabat Rasulullah s.a.w
namun disebabkan tidak mempunyai kelayakan yang cukup dan sesuai, permohonan
beliau tetap tidak diterima baginda. Tindakan yang diambil Rasulullah s.a.w ke atas
pemilihan pegawai tersebut menunjukkan Rasulullah s.a.w mengambil langkah
mengawal daripada berlakunya penyelewengan terhadap pemilihan pegawai yang benar-
benar layak dan seterusnya dapat mengelak daripada tugasan tidak dapat dilaksanakan
dengan baik berikutan pengambilan pegawai yang tidak berkelayakan.

Di samping kelayakan, Rasulullah s.a.w akan memilih petugas-petugasnya dari


kalangan yang terbaik akhlak serta orang yang terlebih dahulu memeluk Islam. Antaranya
adalah Ali bin Abi Talib yang merupakan orang yang pertama memeluk Islam dan
sanggup mengorbankan dirinya demi memperjuangkan Islam. Beliau dilantik oleh
Rasulullah s.a.w sebagai jurutulis yang mencatat perjanjian apabila pihak Islam dan
50
Ahmad Ibrahim Abu Sin (2002), op.cit., h.71
51
Ibid., h.81

21
Quraisy memeterai perjanjian. Selain itu Muaz bin Jabal yang dikenali sebagai seorang
sahabat yang baik budi pekertinya dan mahir ilmu agama sebagai gabenor di Yaman.52

Rasulullah s.a.w bertindak sebagai ketua wilayah al-mazhalim walaupun institusi


al-mazhalim bukanlah merupakan institusi yang rasmi pada zaman baginda kerana sesuai
dengan tugas baginda sebagai ketua negara dan pemerintah kepada pentadbiran negara
Islam. Berbeza ketika sebelum hijrah di Mekah, baginda lebih memberi penekanan
kepada akidah Islam. Antara kes yang diselesaikan di Madinah oleh baginda adalah
membabitkan pertelingkahan antara Zubair bin al-Awwam dengan seorang lelaki Ansar.
Masalah ini berpunca apabila Zubair enggan mengalirkan baki airnya kepada kebun
jirannya yang merupakan seorang Ansar. Apabila diketahui hal ini oleh Rasulullah s.a.w,
baginda menyuruh Zubair mengalirkan air ke kebun jirannya setelah kebunnya sendiri
cukup menerima bekalan air walaupun Zubair mempunyai pengaruh yang kuat dan
mempunyai pertalian saudara dengan baginda.53

Hal ini jelas menunjukkan rasulullah bertindak sebagai ketua wilayah al-
mazhalim secara adil dalam mengawal keadaan dan tindakan yang dilakukan oleh Zubair
tanpa berat sebelah dengan melihat kepada status mahupun pangkat atau hubungan
kekeluargaan atau pengaruh yang ada pada Zubair untuk melaksanakan pemerintahan dan
pentadbiran.

Pengawalan Melalui Masyarakat


Masyarakat pada zaman Rasulullah s.a.w telah dilindungi hak-haknya secara langsung
dan tidak langsung menerusi dasar-dasar pemerintahan dan pentadbiran seperti dasar
masawat (persamaan), hurriyat (kebebasan), ‘adl (keadilan), syura (musyawarah) dan
bai’ah (pernyataan penerimaan atau kepatuhan kepada pemimpin), siyadat al-syariah
(ketinggian syariah) dan khilafah (perwakilan dan amanah). Prinsip-prinsip ini
mengandungi unsur-unsur jaminan kebebasan individu, kedaulatan undang-undang, hak

52
Syeikh Muhammad Sa’id Mursi (2010), Tokoh-Tokoh Besar Islam Sepanjang Zaman, Azlina Roslan
(terj.), Kuala Lumpur: Al-Hidayah, h. 146
53
Asmadi Mohamed Naim (2003), op,cit., h. 84-85

22
persamaan, hak bersuara dan memilih pemimpin dan hak mengawasi tindakan dan kuasa
yang terdapat dalam pemerintahan.54

Oleh sebab itu masyarakat diberi peranan sebagai pemerhati dan pengawas
terhadap tindak tanduk pegawai kerajaan yang diamanahkan oleh Rasulullah s.a.w bagi
memastikan segala tindakan pemerintahan tidak terkeluar daripada apa yang dibenarkan
di samping memberi pandangan kepada Rasulullah s.a.w dalam urusan pemerintahan. Ini
dapat direalisasikan menerusi hak muhasabah (memeriksa), muraqabah (memerhati) dan
naqd (menegur). Tanggungjawab ini bersandarkan konsep al-amr bi al-ma’ruf wa al-
nahy ‘an al-munkar dan konsep al-nasihah (memberi nasihat). Pengawasan juga boleh
dilakukan menerusi prinsip syura, institusi hisbah dan kebebasan kehakiman (istiqlal al-
qada’).55 Pengawasan melalui masyarakat dalam Islam terbit daripada petunjuk wahyu
berdasarkan firman Allah s.w.t:

       


       
Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada
kebajikan, menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang munkar;
merekalah orang-orang yang beruntung.

Surah ali-‘Imran (3): 104

Bentuk pengawalan ini sangat dianjurkan oleh Rasulullah s.a.w dengan cara
baginda memberikan peluang kepada umatnya dalam kebebasan memberi pendapat dan
mengucapkan sesuatu perkara tanpa takut adanya pembatasan. Malah, ia merupakan asas
yang penting dan tidak boleh diketepikan untuk menegakkan prinsip keadilan yang
sangat dihargai oleh Islam. Telah menjadi tanggungjawab ummah untuk menyeru
melakukan kebaikan dan melarang melakukan kejahatan dengan seluruh keupayaan
mereka sebagaimana yang dianjurkan oleh Allah dan Rasulullah. Jika tidak ada

54
Muhammad Uthman El-Muhammady (2005), op.cit., h.146-147
55
Ibid.

23
kebebasan mengucapkan sesuatu perkara dalam masyarakat, tugas ini tidak dapat
dijalankan sepenuhnya.56

Kebebasan menyampaikan digalakkan lagi dengan adanya institusi syura dalam


Islam walaupun syura pada zaman Rasulullah s.a.w bukan suatu institusi rasmi. Syura
memberi ruang dan kebebasan dalam memberi pendapat yang berbeza dan mengkritik
demi mencari formula terbaik untuk maslahah umum.57 Tujuan utama institusi ini ialah
untuk menyeru manusia memberikan pendapat dalam berbagai-bagai perkara untuk
mendapatkan suatu penyelesaian yang terbaik bagi setiap masalah. Rasulullah s.a.w
sendiri diperintahkan bermusyawarah dengan manusia dalam perkara yang penting. Umat
Islam merupakan umat yang memutuskan urusan mereka dengan bermusyawarah
sehinggakan individu mempunyai hak berpegang kepada pendapatnya sendiri walaupun
pendapatnya itu mungkin berbeza dengan pendapat pemerintahnya jika pendapatnya itu
berdasarkan perintah Allah dan Rasul.58

9.0 APLIKASI PENGAWALAN ZAMAN SEKARANG

Seperti yang telah dibincangkan di atas, pengawalan telah lama wujud, sejak di zaman
Rasulullah s.a.w lagi. Bentuk-bentuk pengawalan juga telah wujud, walaupun bukan
secara komprehensif. Pengurusan zaman sekarang boleh mengambil contoh daripada
bentuk pengawalan yang telah diamalkan oleh Rasulullah s.a.w. Oleh itu, mari kita lihat
aplikasi pengawalan zaman sekarang yang mengikuti sebagaimana yang Rasulullah s.a.w
telah praktikkan.

Hisbah
Dalam Islam, institusi hisbah bukan sahaja berkuasa untuk melakukan amar ma’ruf nahy
munkar malah ia mempunyai bidang kuasa yang lebih luas daripada itu. Ciri utama
institusi hisbah meliputi seluruh masyarakat tanpa mengira agama, keturunan atau

56
Afzalur Rahman (1993), op.cit., h.1246
57
Muhammad Uthman El-Muhammady (2005), op.cit., h.136
58
Afzalur Rahman (1993), op.cit., 1247

24
pangkat.59 Hisbah merupakan sebahagian daripada sistem pentadbiran Islam yang
bertujuan untuk memelihara kepentingan umum.60

Al-Mawardi memberi definisi hisbah sebagai menyuruh kepada kebaikan apabila


ternyata ia diabaikan dan mencegah kemungkaran apabila ternyata ia dilakukan. Ibn
Taimiyyah memberi penakrifan pegawai hisbah sebagai petugas penyuruh kebaikan dan
pencegah kemungkaran yang berlainan dengan tugas gabenor, hakim, pegawai kewangan
dan lain-lain kementerian. Ibn Khaldun memberi takrif hisbah sebagai jawatan agama
dalam bab menyuruh kebaikan dan mencegah kemungkaran yang wajib ke atas
pemerintah Islam memilih mereka yang layak untuk memegangnya dan membuat
peraturan mengenainya.61

Pada zaman Rasulullah s.a.w, skop bidang kerja yang dijalankan oleh institusi
hisbah itu luas, yang mana semua perkara terletak di bawah satu bumbung. Antara bidang
tugas hisbah ialah:

i. Pegawai hisbah perlu mengawasi sukatan dan timbangan barang

ii. Mengawasi peniaga supaya tidak menyembunyikan barang dengan tujuan menaikkan
harga.

iii. Mencegah jual beli yang fasik. Antaranya membeli atas belian saudaranya, menjual
ikan dalam sungai atau menjual burung di udara.

iv. Menyeru orang ramai menghormati masjid dan membasmi bid’ah

v. Mengawasi kubur-kubur orang Islam supaya tidak berlaku perbuatan haram ke atas
perkuburan tersebut. Umpamanya mencegah wanita daripada meratap di kubur.

vi. Mencegah daripada penipuan orang tengah yang ingin menjual dengan harga yang
mahal

59
Dipetik dari http://ibnuahmadalkurauwi.wordpress.com/2007/03/05/institusi-hisbah-mekanisme-cegah-
maksiat-2/ pada 9 April 2010
60
Dipetik dari http://www.mindamadani.my/content/view/141/3/ pada 9 April 2010
61
Ibid.

25
vii. Menjaga kesihatan orang ramai dengan menegah minum arak atau memainkan alat-
alat hiburan yang boleh melalaikan mereka.62

Konsep pelaksanaan hisbah pada zaman sekarang berbeza dengan zaman


Rasulullah s.a.w. Sebagai contoh, Baginda s.a.w telah melantik pegawai-pegawai untuk
mengawasi perjalanan pasar dan urusan perdagangan. Mereka ini digelar ‘Penyelia Pasar’
(Sahib as-Suq) atau ‘Petugas di Pasar’ (al-Amil fil-Suq). Bidang tugas mereka pada masa
itu bertumpu kepada memastikan tidak berlaku penindasan atau penipuan dan semua
pihak patuh kepada sistem timbangan dan sukatan atau dengan erti kata lain menjamin
berlaku keadilan di dalam urusniaga.63 Dalam konteks Malaysia zaman sekarang, bidang
kuasa dalam kawalan harga dan pasar telah ditadbir oleh Kementerian Hal Ehwal
Pengguna sementara yang berkaitan dengan urusan agama ditadbir oleh Jabatan Agama.64

Namun begitu, ada yang berpendapat bahawa hisbah tidak memerlukan kepada
penubuhan sebuah jabatan atau kementerian khusus untuk berfungsi. Sebaliknya prinsip-
prinsip hisbah perlu menjadi panduan, diterapkan dan dilaksana oleh agensi-agensi sedia
ada.65 Apabila prinsip-prinsp hisbah dapat berfungsi, maka ia akan menjamin
kesejahteraan rakyat dan negara, dan kerajaan juga bebas daripada sebarang
penyelewengan daripada peranannya yang sebenar. Firman Allah s.w.t:

       


       
Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada
kebajikan, menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang munkar;
merekalah orang-orang yang beruntung.

(Ali-‘Imran: 104)
62
Ibid.
63
Dipetik dari http://dppwp.wordpress.com/usrah/penghayatan-prinsip-hisbah-dan-urus-tadbir-yang-baik-
di-malaysia/ pada 9 April 2009
64
Dipetik dari http://www.mindamadani.my/content/view/141/3/ pada 9 April 2010
65
Dipetik dari http://dppwp.wordpress.com/usrah/penghayatan-prinsip-hisbah-dan-urus-tadbir-yang-baik-
di-malaysia/ pada 9 April 2009

26
Ayat di atas menunjukkan bahawa di dalam setiap masyarakat pasti akan wujud
suatu kelompok atau golongan yang akan menyeru kepada kebaikan dan mencegah
daripada kemungkaran. Ini bermaksud akan ada suatu golongan yang bertindak sebagai
penguasa atau pengawas aktiviti masyarakat dan kerajaan, iaitu di dalam institusi hisbah.
Pelaksanaan hisbah di Malaysia tidak diletakkan di bawah sebuah institusi
khusus. Telah sedia wujud pelbagai agensi yang sememangnya bertujuan untuk
mengawasi perjalanan kerajaan.

Badan Pencegah Rasuah (BPR) misalnya mempunyai peranan mengawasi


kerajaan agar tidak berlaku kegiatan rasuah, penyelewengan dan salahguna kuasa.
Jabatan Audit Negara selama ini telah mendedahkan kepincangan-kepincangan dan salah
urus kewangan yang berlaku di dalam kementerian-kementerian dan kerajaan-kerajaan
negeri. Biro Pengaduan Awam dan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia
(SUHAKAM) pula perlu memainkan peranan untuk memastikan hak rakyat tidak
dinafikan dan ditindas. Kedua-dua institusi ini perlu berfungsi sebagai saluran alternatif
untuk rakyat mengemukakan aduan mengenai penganiayaan ke atas mereka yang tidak
diberikan perhatian oleh kerajaan.66

Hisbah ialah sebahagian daripada konsep keadilan di dalam Islam. Istimewanya


keadilan di dalam Islam ialah ia sama sekali tidak mengenal pilih kasih. Keadilan
dilaksanakan tanpa mengambilkira latar belakang atau kedudukan mereka yang terlibat.
Malah hubungan kekeluargaan tidak seharusnya menjadi alasan untuk melonggarkan
pentadbiran keadilan dan pelaksanaan hukum, sebaliknya setiap pihak harus diadili tanpa
gentar atau pilih kasih.

Sabda Rasulullah s.a.w:

“Sesungguhnya umat silam telah binasa (akibat amalan diskriminatif), apabila orang
besar (berkedudukan) mencuri mereka dibiarkan, tetapi apabila orang kecil yang

66
Ibid.

27
mencuri mereka dijatuhi hukuman had (hudud). Demi Allah, andainya Fatimah
puteri Muhammad itu mencuri, nescaya aku potong tangannya!”
(Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

Syawqi Abduh as-Sahi di dalam Muraqabah al-Muwazanah al-`Amah lil-Daulah


fi Dhau’i al-Islami telah menulis mengenai kepentingan hisbah untuk mengawasi peranan
kerajaan mengendalikan ekonomi negara. Hisbah perlu agar diperhalusi perbelanjaan
kerajaan dan sumber-sumber pendapatan negara. Malah beliau berhujah bahawa
muhtasib bertanggungjawab memastikan tidak berlaku pembaziran supaya kekayaan
negara dapat dinikmati oleh rakyat yang berhak. Apabila kerajaan gagal memainkan
peranan secara berkesan, muhtasib perlu mendedahkan perkara ini dan mengambil
tindakan untuk menguraikan kekusutan yang berlaku.67

Kerajaan pada hari ini memainkan peranan yang sangat besar dan aktif di dalam
perjalanan ekonomi negara. Malah di Malaysia, kerajaan terlibat secara aktif di dalam
perdagangan melalui syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang melibatkan
urusniaga bernilai berbilion-bilion ringgit.68

Dewan al-Mazhalim
Sebagaimana yang dijelaskan sebelum ini Rasulullah s.a.w bertindak sebagai ketua
wilayah al-mazhalim yang berperanan menerima aduan daripada mereka yang dizalimi
dan mengambil tindakan sewajarnya. Peranan institusi ini adalah sebagaimana fungsi
polis sekarang. Mereka adalah barisan pertama untuk mencegah kezaliman dan
penindasan dan jika perlu mengadukannya kepada Qadhi (mahkamah) agar diadili pihak
yang terlibat. Namun polis seringkali tidak dapat berfungsi dengan baik untuk memenuhi
keperluan ini kerana terdapat sekatan. Oleh yang demikian, institusi seperti Biro
Pengaduan Awam dan SUHAKAM juga berfungsi sebagai pihak yang menjalankan al-
mazhalim sebagai saluran alternatif kepada rakyat apabila aduan mereka tidak
dipedulikan.69

67
Ibid.
68
Ibid.
69
Ibid.

28
10.0 PENUTUP

Setelah dibincang secara terperinci, dapatlah dilihat bahawa fungsi pengawalan yang
diamalkan oleh Rasulullah s.a.w masih lagi relevan untuk digunapakai pada hari ini,
sebagaimana terbentuknya hisbah dan dewan al-Mazhalim. Pengawalan ialah suatu
fungsi yang penting supaya perancangan yang ditetapkan dapat dijalankan dengan baik,
dan akan membuahkan hasil yang memuaskan. Selain itu, ia juga dapat mengelakkan
daripada berlaku sesuatu perkara yang tidak baik. Namun, andaikata perkara yang tidak
baik itu berlaku, pengawalan juga berperanan untuk menyediakan langkah-langkah
pembaikan.

29

You might also like