You are on page 1of 34

ALOR SETAR, 26 April (Bernama) -- Usaha kerajaan untuk memerangi budaya

rasuah terutamanya dalam kalangan penjawat awam semakin menunjukkan


hasil apabila bilangan penjawat awam terlibat dalam jenayah itu mencatatkan
penurunan sejak tiga tahun kebelakangan ini.

Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Kedah, Datuk


Idrus Jaafar berkata ini berdasarkan perangkaan tangkapan ke atas penjawat
awam terlibat kes rasuah di seluruh Malaysia dari tahun 2007 hingga tahun
2009.

Pada tahun 2007, daripada 591 yang ditangkap atas kesalahan rasuah, sebanyak
303 orang atau 51 peratus daripadanya adalah penjawat awam dan jumlah itu
menurun kepada 282 orang pada 2008 dan 194 orang pada 2009, katanya
semasa melancarkan kempen Perangi Pemberi Rasuah di sini Isnin.

"Ini jelas menunjukkan bahawa tahap kesedaran penjawat awam terhadap


kesalahan rasuah dan tanggungjawab memerangi jenayah ini semakin
meningkat," katanya.

Idrus berkata antara faktor yang membawa kepada peningkatan kesedaran itu
ialah program kesedaran yang dianjurkan kerajaan dan SPRM.

Katanya penjawat awam tidak melaporkan perbuatan rasuah boleh diambil


tindakan mengikut Seksyen 25 (1) Akta SPRM 2009 yang memperuntukkan
hukuman denda tidak lebih RM100,000 atau penjara tidak lebih sepuluh tahun
atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pada majlis itu, 11 penjawat awam dari pelbagai agensi penguatkuasaan


menerima Sijil Penghargaan daripada SPRM kerana telah menunjukkan integriti
yang tinggi iaitu menolak pemberian rasuah dan melaporkan kes rasuah kepada
SPRM.

Sementara itu di JOHOR BAHARU, Pengarah SPRM Johor Simi Abdul Ghani
berkata jumlah kakitangan awam di negeri ini yang ditahan kerana rasuah
mencatatkan penurunan kepada 15 orang pada tahun lepas berbanding 30 orang
pada 2008.

Jumlah pertuduhan rasuah terhadap penjawat awam di negeri ini juga menurun
kepada 14 pertuduhan pada tahun lepas berbanding 29 pertuduhan pada 2008,
katanya semasa merasmikan kempen perangi rasuah di sini hari ini.

Beliau berkata penjawat awam kini semakin berani tampil melaporkan tawaran
rasuah sehingga membawa kepada tangkapan ke atas pemberi rasuah.

Pada majlis itu, 20 anggota dan pegawai agensi penguatkuasaan di Johor


menerima sijil penghargaan SPRM.

Di SHAH ALAM, Pengarah SPRM Selangor Datuk Ja'afar Mahad berkata sebanyak
16 individu ditahan dalam tempoh empat bulan pertama tahun ini kerana cuba
memberi rasuah kepada penjawat awam.

Beliau berkata berdasarkan perangkaan SPRM bagi tempoh 10 tahun lepas,


sejumlah 866 orang telah ditangkap atas kesalahan cuba menyogok penjawat
awam di mana secara puratanya seramai 87 orang ditahan bagi setiap tahun
membabitkan jenayah itu.

"Bilangan penjawat awam yang ditahan membabitkan kesalahan menerima


rasuah juga berkurangan iaitu seramai 37 penjawat awam pada 2007, pada
2008 membabitkan 25 orang dan hanya tujuh yang ditahan pada tahun lepas,"
katanya semasa merasmikan kempen perangi rasuah di sini hari ini.

Pada majlis itu, tiga individu dianugerahi piala dan sijil penghargaan SPRM.
Mereka ialah Inspektor Siti Fairuz Ahmad Yunan dari Bahagian Siasatan Jenayah
Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang, Munawar Kabir Mohd Zainal Abidin
iaitu Pengurus Besar Jabatan Perkhidmatan Risikan Tenaga Nasional Bhd dan
Muhammad Fithry Hassan, Penolong Pengawal Bekalan Kementerian
Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan cawangan Selangor.

Di KUANTAN, Pengarah SPRM Pahang Moh Samsudin Yusof berkata tanggapan


"menjaga tepi kain orang" perlu dikikis daripada pemikiran masyarakat masa
kini dalam membantu membanteras jenayah rasuah.

Beliau berkata setiap individu mempunyai kewajipan untuk melaporkan


sebarang kejadian rasuah dan mereka yang terlibat kepada pihak berkuasa.

"Setiap orang perlu berubah dengan tidak lagi duduk ditahap lama dengan
anggapan tidak payah sibuk-sibuk jaga tepi kain orang, jaga tepi kain sendiri
sudahlah.

"Mulai sekarang, kita kena jaga tepi kain orang kerana di bawah Akta SPRM
Seksyen 25 (2) menjelaskan tentang kewajipan seseorang itu untuk melaporkan
sebarang pemberi rasuah yang diketahui," katanya pada perasmian kempen
perangi rasuah di sini, hari ini.

Di IPOH, SPRM Perak berjaya menahan 23 orang atas kesalahan rasuah bagi
tempoh Januari hingga April tahun ini dengan 11 daripada mereka adalah
penjawat awam.

Pengarah SPRM negeri Nooraziah Abd Manaf berkata sepanjang tahun lepas
pula, seramai 37 orang ditahan kerana kesalahan itu dengan 21 daripadanya
adalah penjawat awam.

Usaha membanteras jenayah itu memerlukan kerjasama semua pihak termasuk


media cetak dan elektronik, katanya semasa merasmikan kempen perangi
rasuah di sini hari ini.

"Usaha membanteras rasuah yang dilakukan SPRM ini turut dimasukkan dalam
enam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang sekaligus membuktikan
komitmen jitu kerajaan dalam memerangi gejala berkenaan," katanya.
Di KANGAR, Pengarah SPRM Perlis Yusof Shamsuddin berkata sepanjang tahun
lepas, SPRM negeri menahan lima individu termasuk dua penjawat awam.

-- BERNSeramai 418,200 atau 41 peratus daripada 1.2 juta penjawat awam dikesan
terbabit dengan aktiviti penerimaan rasuah sepanjang tahun lalu.Presiden Kongres
Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Omar Osman
berkata, jumlah itu adalah membimbangkan dan harus ditangani segera.Bagi
menangani masalah itu, katanya, Cuepacs akan bekerjasama dengan Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya mereka terbabit dengan aktiviti
rasuah diambil tindakan dan diheret ke muka pengadilan."Kita mahu memerangi
rasuah dalam kalangan penjawat awam dan membuat laporan kepada SPRM
terhadap pihak cuba menyogokkan rasuah kepada penjawat awam."Cuepacs tidak
akan berkompromi atau bertolak ansur dengan melindungi mana-mana penjawat
awam dengan gejala ini yang boleh menjejaskan pembangunan negara," katanya
ketika ditemui selepas merasmikan mesyuarat Agung ke-8 Kesatuan Kebangsaan
Pekerja-Pekerja Jabatan Kerja Raya dan Air Cawangan Temerloh di sini, hari ini.-
BernamaAMA

elancarannya pada 26 April 2010 sehinggalah rencana ini ditulis, seramai 144 orang
telah ditangkap di seluruh negara atas kesalahan menyogok pegawai awam.
Tempoh dua bulan ini memperlihatkan purata tangkapan ke atas pemberi rasuah
dianggarkan dua orang setiap hari.

Statistik ini menunjukkan bahawa masyarakat masih lagi belum sedar bahawa
perbuatan memberi atau menawarkan suapan rasuah merupakan satu perbuatan
jenayah yang serius. Sekiranya didapati bersalah hukuman berat termasuk penjara
sehingga 20 tahun dan denda RM10,000 atau lima kali ganda nilai suapan menanti
pelakunya.

Media massa banyak membantu menyebarluaskan maklumat atau mesej


berhubung Kempen Perangi Pemberi Rasuah ini. Masyarakat didedahkan mengenai
kesan buruk yang bakal dihadapi sekiranya terjebak dengan perlakuan ini. Berita-
berita berhubung tangkapan, pendakwaan dan hukuman yang dijatuhkan ke atas
pemberi rasuah hampir setiap hari dipaparkan di kaca televisyen mahupun di dada
akhbar-akhbar utama.
Namun, pertambahan jumlah perangkaan yang semakin bertambah ini
memperlihatkan isu berkaitan kesalahan memberi rasuah ini masih dianggap remeh
oleh segolongan besar masyarakat.

Berdasarkan jumlah tangkapan keseluruhannya iaitu sebanyak 144 kes, hampir 40


peratus atau 57 tangkapan melibatkan individu yang melakukan kesalahan jalan
raya. Kenapa harus kita memperjudikan nasib dengan memberi sogokan rasuah
atas kesalahan yang boleh di kompaun. Akibatnya, bagi mengelakkan saman trafik
yang bernilai RM300 kita terpaksa berhadapan pula dengan suatu kesalahan yang
lebih serius iaitu berhadapan hukuman penjara dan denda yang lebih tinggi.

Masyarakat harus mengubah persepsi negatif mereka terhadap penjawat awam


khususnya anggota penguat kuasa. Zaman telah berubah, begitu juga semangat
dan iltizam penjawat awam. Maruah perkhidmatan awam bukan untuk digadai atau
dijual. Wang ringgit bukan galang gantinya. Kewujudan anggota penguat kuasa dari
pelbagai agensi bertujuan memelihara keselamatan dan kesejahteraan pengguna
jalan raya keseluruhannya.

Segelintir masyarakat yang hanya mementingkan diri dengan melanggar peraturan


yang ditetapkan wajar dihukum sebagai tanda pengajaran untuk menjadi lebih
disiplin. Sikap cuai, gopoh, memandu secara melulu dan tidak sabar membuatkan
individu menjadi pembunuh di atas jalan raya.

Atas sebab-sebab inilah, maka kemalangan maut sering berlaku sehingga


menyebabkan kematian pengguna jalan raya lain yang tidak berdosa. Sesal dahulu
berpendapatan, sesal kemudian tiada gunanya. Kajian yang dijalankan oleh pihak
berwajib menunjukkan kemalangan yang berlaku hampir 75 peratus disebabkan
faktor kecuaian manusia.

Selain kesalahan jalan raya, satu lagi kesalahan yang menjadi punca kepada
perlakuan rasuah ialah kesalahan yang melibatkan pendatang tanpa izin. Penjawat
awam sekali lagi cuba disogok untuk melindungi pendatang tanpa izin yang bukan
sahaja memasuki negara ini tanpa dokumen perjalanan yang sah malahan terbabit
dengan lain-lain kegiatan jenayah termasuk merompak, melacur, menyamun, dadah
dan sebagainya.

Seramai 38 orang pendatang tanpa izin yang ditangkap kerana menyogok anggota
penguat kuasa. Sudahlah memasuki negara ini tanpa sah, cuba pula membeli
penguat kuasa bagi menutup kesalahan mereka. Jangan sesekali samakan anggota
penguat kuasa kita seperti di negara mereka.

Sekali lagi masyarakat harus sedar, kesan dan akibat sekiranya PATI dibiarkan
berleluasa menjalankan kegiatan mereka di negara ini. Kita bukan tidak biasa
mendengar tumpasnya kegiatan samun, pembunuhan, penculikan, rompakan,
pengedaran dadah, kegiatan samseng dan pelacuran yang melibatkan warga
negara asing.

Hampir setiap hari dilaporkan dalam akhbar-akhbar berhubung jenayah berat yang
dilakukan warga asing di negara tercinta ini. Adakah kita sebagai warganegara
Malaysia mahukan kedamaian dan kesejahteraan yang kita nikmati ini diragut begitu
sahaja dek kegiatan jenayah warga asing?

Sungguh memalukan jika diteliti dari segi jumlah wang rasuah yang cuba disogok
kepada penjawat awam. Dari nilai RM3 hinggalah puluhan ribu ditawarkan untuk
melindungi kegiatan mereka. Apakah nilai maruah dan harga diri seorang anggota
keselamatan sekadar RM3 sahaja?

Terdapat juga kata-kata nakal di kalangan kita yang mengatakan RM3 tangkap
kalau RM30,000 lepas. Ingin ditegaskan bahawa penjawat awam pada hari ini
sebenarnya telah banyak berubah baik dari segi sikap, nilai integriti mahupun
budaya kerjanya.

Buktinya, seramai 10 orang anggota penguat kuasa yang ditawarkan rasuah bernilai
melebihi RM10,000.00 menolak sogokan tersebut dan menangkap si pemberi
rasuah. Secara keseluruhannya, jumlah suapan yang terlibat sepanjang dua bulan
ini melibatkan sebanyak hampir RM350,000.

Wang ringgit bukan lagi menjadi keutamaan yang dikejar. Sebaliknya, amanah dan
perjuangan menegakkan undang-undang menjadi perjuangan. Jenayah dan
permasalahan sosial yang berlaku di sekeliling membuatkan penjawat awam
semakin muak dengan ragam dan tingkah laku penjenayah yang semakin tidak
menghormati kedaulatan undang-undang negara ini.

Kesannya, rakyat yang tidak berdosa menjadi mangsa. Keharmonian dan


kesejahteraan hidup yang dikecapi semakin digugat. Ia bukanlah kata-kata retorik,
sebaliknya suatu kenyataan atau realiti yang harus diterima oleh segenap lapisan
masyarakat.

Kempen Perangi Pemberi Rasuah ini akan diteruskan sehinggalah keseluruhan


masyarakat sedar bahawa perbuatan memberi dan menawarkan suapan rasuah
adalah kesalahan yang serius.

Berdasarkan kepada statistik tangkapan ke atas pemberi rasuah, Polis Diraja


Malaysia harus diberikan pujian kerana telah berjaya menangkap lebih dari 50 orang
pemberi rasuah, diikuti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)
menerusi operasi-operasi khasnya sebanyak 10 tangkapan, RELA 9 tangkapan, JPJ
8 tangkapan, Imigresen 5 tangkapan, Perhutanan 2 tangkapan, Tenaga Nasional 1
tangkapan dan PTG 1 tangkapan.
Tumpuan di fasa kedua adalah serbuan mengejut secara bersepadu pelbagai
agensi penguat kuasa di seluruh negara ke atas sarang-sarang pelacuran,
pengedaran dadah, pusat-pusat hiburan, rumah-rumah urut, kilang-kilang haram,
pembalakan haram, kecurian pasir dan premis-premis yang disyaki menjalankan
kegiatan jenayah.

Strategi pendekatan serampang dua mata ini sekiranya dijalankan secara telus
bukan sahaja akan memberi pengajaran ke atas pelaku-pelaku rasuah malahan
turut menghapuskan pelbagai kegiatan jenayah lain.

Datuk Ahmad Khusairi Datuk Yahaya

Pengarah Bahagian Komunikasi Korporat

Bernama

3/6/2010 Rasuah: Jalan kehancuran masyarakat


dan negara
19-09-2007 10:08:58 AM
Oleh MOHD DZUL KHAIRI MOHD NOOR
LENIN berpendapat kemuncak kepada imperialisme dalam ekonomi ialah
semua orang berpaksikan sistem ekonomi kapitalis. Sistem kapitalis jelas
ditolak oleh kita lantaran ia hanya memberikan keuntungan kepada orang
kaya sahaja sedangkan orang miskin terus tertindas. Di samping itu juga
sistem ini menggunakan unsur-unsur riba yang tertolak kaedahnya
menurut pandangan dan kaca mata agama. Malah, secara cukup
tersembunyi, sistem ini memberikan kekayaan secara implisit kepada satu
golongan di belakang tabir yang tidak kita kenali.
Norman Daniel dalam ”Islam, Europe, and Empire” mendedahkan tujuan
imperialisme atau penjajahan sebenarnya bermatlamatkan ke arah
melahirkan sebuah empayar. Empayar ini pastinya empayar yang penuh
dengan kebobrokan dan penyelewengan minda dan budaya berasaskan
perancangan- perancangan ataupun protokolat-protokol at yang
disidangkan oleh para pemikir cerdik pandai Zionis.
Antara strategi peperangan daya pemikiran dalam dimensi dan versi baru
ini, yang jelas sangat dibimbangi para ulama berbanding peperangan yang
menumpahkan darah ialah mengaburi mata rakyat supaya tertumpu
kepada kecintaan berlebihan terhadap kehidupan dunia dengan
mengumpulkan harta benda tidak kira sama ada secara haram atau halal.
Gejala ’sakrat’ bertunjangkan kejahilan yang sukar untuk diubati dan
penyakit cintakan dunia lupakan kenikmatan akhirat semakin menjadi-jadi.
Rasuah adalah satu jenayah atau kesalahan undang-undang di mana
seseorang mendapat kebebasan, kontrak, atau keistimewaan (favours)
daripada pihak berkuasa atau sesebuah syarikat selepas memberi wang,
hadiah, keraian kepada pihak-pihak tersebut. Ini merupakan definisi yang
diberikan berkaitan tentang rasuah.
Rasuah menurut Bahasa Latin berasal daripadacorruptio, iaitu daripada kata
kerjacorrumpere yang membawa erti busuk, rosak, menggoyahkan, memutar belit, dan
menyogok. Cukup menarik apabila takrifan yang diberi

merujuk kepada ‘busuk’ yang pastinya memualkan dan meloyakan. Secara


tidak langsung, mesej yang paling jelas ingin disampaikan melalui
pengertian rasuah ialah ia merupakan satu perilaku yang sangat terkutuk
dan dibenci bukan sahaja agama malah kemanusiaan sekalipun
menolaknya secara total.
Mengikut Tranparency International, rasuah adalah perilaku di jabatan-
jabatan atau pejabat-pejabat awam, termasuklah para politikus dan
pegawai-pegawai yang secara tidak wajar dan tidak sah menurut undang-
undang.
Rasuah mencakupi empat perkara:
1- Melanggar undang-undang yang dikuatkuasa
2- Penyalahgunaan harta negara
3- Merugikan negara
4- Memperkayakan diri sendiri dan kerabat
Manakala Badan Pencegah Rasuah (BPR) meletakkan empat kesalahan
utama dalam rasuah merangkumi:
1- Meminta/ menerima rasuah
2- Menawar/ memberi rasuah
3- Membuat tuntutan palsu
4- Menyalahguna jawatan/ kedudukan
Boleh dikatakan bahawa rasuah merupakan cabang daripada korupsi.
Dalam tulisan Wan Mohd Nor Wan Daud, beliau membicarakan soal
pembangunan. Tegas beliau, tidak tepat jika kita katakan lawan kepada
pembangunan adalah kemunduran, sebaliknya kalimah yang paling tepat
untuk dikatakan antonim pembangunan ialah korupsi. Maka, rasuah, riba,
atau apa sahaja jika ia dikatakan mampu memberikan satu peluang
kepada pembangunan, maka hendaklah diketahui juga bahawa ia juga
penyumbang utama kepada korusi itu sendiri.
Antara jenis korupsi ialah jenayah kolar putih. Rasuah adalah salah satu
daripadanya. Skandal BMF, Pan Electric, Koperasi-koperasi Penerima
Deposit dalam tahun 1980-an dan lain-lain, adalah antara jenayah kolar
putih yang bertaraf profesional yang telah berlaku.
Korupsi pula merangkumi lima elemen:
1- Melanggar hukum atau peratuan
2- Penyelewengan kuasa sewenang-wenangnya
3- Merugikan negara
4- Memperkaya diri sendiri
5- Amalan pilih kasih seperti nepotisme dan kronisme
Dr Denis Osborne, seorang pakar pengurusan awam dan etika dalam satu
majlis berucap:
”Kesan rasuah lebih menyeluruh termasuk wujudnya jenayah yang akan
mengancam nyawa masyarakat dan juga menggugat kepercayaan mereka
terhadap kerajaan”
Beliau turut menjelaskan perlakuan rasuah sampai ke peringkat
membunuh. Contoh, apabila polis dan hakim menerima rasuah daripada
pembunuh.
Dr K. J. John pula, seorang perunding Pembangunan Dasar berkata:
”Pembangunan di Malaysia juga masih terlalu didefinisikan secara
materialistik manakala budaya dan amalan penjawat awam pada masa kini
mendorong kepada perlakuan rasuah”.
Keadaan ini bagi beliau timbul hasil daripada kesan sistem pengurusan
awam di Malaysi yang memerlukan keseimbangan kuasa di antara badan
pentadbiran, perundangan, dan kehakiman.
Pandangan beliau menyatakan pembangunan di negara kita masih
bertunjangkan kebendaan semata-mata sehingga aspek-aspek
pembangunan rohani amat kurang sekali dititik-beratkan. Hasilnya,
meskipun sesebuah negara itu bertambah maju seperti negara di blok
pertama, namun kes-kes jenayah dan perilaku buruk makin bertambah dari
semasa ke semasa.
Sebagai contoh kadar perceraian di 10 buah negara termaju dunia
mengikut penilaian Human Development Index adalah berada pada paras
yang sangat membimbangkan. Di Kanada mencecah 49%, France 43%,
Sweden 67%, dan Belgium 68%. Itu baru dikira dari sudut perkahwinan

Rasuah
DownloadPrintMobileCollectionsReport Document
3860150a2672d5

doc

This is a private document.


Info and Rating

4.92891 5 false false 0

ptk
Business-Management
moral tentang
di pandangan
pada masyarakat
islam mengenai
moral rasuah
(more tags)
Mohamad Shuhmy Shuib

Share & Embed

Related Documents

PreviousNext

1.

p.

p.
13 p.

2.

12 p.

p.

p.

3.

p.
6 p.

2 p.

4.

18 p.

p.

p.
5.

p.

12 p.

p.

6.

4 p.
4 p.

p.

7.

1 p.

1 p.

1 p.
8.

1 p.

p.

14 p.

9.

16 p.
39 p.

21 p.

10.

4 p.

16 p.

218 p.
11.

39 p.

4 p.

1 p.

12.

10 p.
p.

14 p.

13.

210 p.

3 p.

1 p.
14.

1 p.

36 p.

20 p.

15.

p.
9 p.

17 p.

16.

2 p.

1 p.

204 p.
17.

p.

15 p.

p.

18.

p.
p.

288 p.

19.

2 p.

More from this user

PreviousNext

1.

2 p.
4 p.

9 p.

2.

6 p.

29 p.

6 p.
3.

3 p.

3 p.

5 p.

4.

3 p.
2 p.

3 p.

5.

2 p.

3 p.

1 p.
6.

3 p.

1 p.

3 p.

7.

7 p.
26 p.

38 p.

8.

16 p.

2 p.

3 p.
9.

37 p.

Recent Readcasters
Add a Comment

3860150a2672d5

Submit
share:
Characters: 400
document_comme

4gen

karuna9500 left a comment

akhbar
05 / 03 / 2010
Reply
Report
KENT CHEN left a comment

good artikel
02 / 27 / 2010
Reply
Report

dr_elli_suriani left a comment

dr.elli_suriani@yahoo.com
02 / 01 / 2010
Reply
Report

farha2490 left a comment

camne nak copy nie???????


08 / 26 / 2009
Reply
Report

salmanwan left a comment

jenayah kolar putih..jenayah yg dilakukan oleh golongan kelas atasan..lwn pd jenayah kolar
biru..
08 / 24 / 2009
Reply
Report
Rasuah adalah satu jenayah atau kesalahan undang-undang di mana
seseorang mendapat kebebasan, kontrak, atau keistimewaan (favours)
daripada pihak berkuasa atau sesebuah syarikat selepas memberi wang,
hadiah, keraian kepada pihak-pihak tersebut. Ini merupakan definisi yang
diberikan berkaitan tentang rasuah.
Rasuah menurut Bahasa Latin berasal daripadacorruptio, iaitu daripada kata
kerjacorrumpere yang membawa erti busuk, rosak, menggoyahkan, memutar belit, dan
menyogok. Cukup menarik apabila takrifan yang diberi

sej yang paling jelas ingin disampaikan melalui


pengertian rasuah ialah ia merupakan satu perilaku yang sangat terkutuk
dan dibenci bukan sahaja agama malah kemanusiaan sekalipun
menolaknya secara total.
Mengikut Tranparency International, rasuah adalah perilaku di jabatan-
jabatan atau pejabat-pejabat awam, termasuklah para politikus dan
pegawai-pegawai yang secara tidak wajar dan tidak sah menurut undang-
undang.
Rasuah mencakupi empat perkara:
1- Melanggar undang-undang yang dikuatkuasa
2- Penyalahgunaan harta negara
3- Merugikan negara
4- Memperkayakan diri sendiri dan kerabat
Manakala Badan Pencegah Rasuah (BPR) meletakkan empat kesalahan
utama dalam rasuah merangkumi:
Manakala Badan Pencegah Rasuah (BPR) meletakkan empat kesalahan
utama dalam rasuah merangkumi:
1- Meminta/ menerima rasuah
2- Menawar/ memberi rasuah
3- Membuat tuntutan palsu
4- Menyalahguna jawatan/ kedudukan
Boleh dikatakan bahawa rasuah merupakan cabang daripada korupsi.
Dalam tulisan Wan Mohd Nor Wan Daud, beliau membicarakan soal
pembangunan. Tegas beliau, tidak tepat jika kita katakan lawan kepada
pembangunan adalah kemunduran, sebaliknya kalimah yang paling tepat
untuk dikatakan antonim pembangunan ialah korupsi. Maka, rasuah, riba,
atau apa sahaja jika ia dikatakan mampu memberikan satu peluang
kepada pembangunan, maka hendaklah diketahui juga bahawa ia juga
penyumbang utama kepada korusi itu sendiri.
Antara jenis korupsi ialah jenayah kolar putih. Rasuah adalah salah satu
daripadanya. Skandal BMF, Pan Electric, Koperasi-koperasi Penerima
Deposit dalam tahun 1980-an dan lain-lain, adalah antara jenayah kolar
putih yang bertaraf profesional yang telah berlaku.
Korupsi pula merangkumi lima elemen:
1- Melanggar hukum atau peratuan
2- Penyelewengan kuasa sewenang-wenangnya
3- Merugikan negara
4- Memperkaya diri sendiri
5- Amalan pilih kasih seperti nepotisme dan kronisme
Dr Denis Osborne, seorang pakar pengurusan awam dan etika dalam satu
majlis berucap:
”Kesan rasuah lebih menyeluruh termasuk wujudnya jenayah yang akan
mengancam nyawa masyarakat dan juga menggugat kepercayaan mereka
terhadap kerajaan”
Beliau turut menjelaskan perlakuan rasuah sampai ke peringkat
membunuh. Contoh, apabila polis dan hakim menerima rasuah daripada
pembunuh.
Dr K. J. John pula, seorang perunding Pembangunan Dasar berkata:
”Pembangunan di Malaysia juga masih terlalu didefinisikan secara
materialistik manakala budaya dan amalan penjawat awam pada masa kini
3- Terima hukuman di dunia dan di akhirat
4- Hancur keharmonian rumah tangga
5- Keluarga terabai
Kesan kepada masyarakat pula:
1- Ketidakadilan disebabkan mengenepikan hak-hak orang tertentu
2- Menggalakkan malah melindungi penjenayah
3- Memburukkan lagi taraf kemiskinan
Kesan kepada negara:
1- Menjejaskan kecekapan dan integriti pentadbiran
2- Menjejaskan sosial serta kestabilan politik serta keselamatan
3- Tumpuan pembangunan tidak seimbang
4- Kenaikan kos barang dan perkhidmatan
5- Mengurangkan pendapatan negara
6- Menurunkan mutu dan kualiti kerja atau produk yang dihasilkan
Di samping itu, terdapat tiga penanda aras rasuah yang telah ditetapkan
oleh Transparency International iaitu:
1- Indeks Persepsi Rasuah (berdasarkan pendapat ahli tentang
kekorupan negara-negara dunia)
2- Barometer Rasuah Global (berdasarkan tinjauan pandangan rakyat
tentang persepsi dan pengalaman berdepan gejala rasuah)
3- Tinjauan Pemberi Sogok
Sebenarnya, kejadian ahli politik mencoreng arang ke muka lawan masing-
masing dengan tuduhan rasuah adalah satu perkara biasa. Teknik ini
pernah digunakan oleh Zhu Rongji, dan yang terkini digunakan oleh Hu
Jintao. Ini disebabkan apabila pegawai dituduh terlibat dengan kes rasuah
meskipun belum lagi dipastikan kebenarannya, ia sudah mampu untuk
mencemarkan nama baiknya.
Justeru, terbentang di hadapan kita satu dilema permasalahan yang cukup
kronik dan rumit untuk diselesaikan. Sebagaimana yang disebut oleh Datuk
Ahmad Zaki, BPR memerlukan kaki tangan yang lebih ramai lagi untuk
membasmi gejala yang tidak bermoral ini. Ini disebabkan pada masa
sekarang seorang pegawai BPR terpaksa mengendalikan 13 kes setahun

andangan Perdana Menteri supaya siasatan terhadap kes rasuah


mestilah dilakukan dengan hati-hati dan teliti supaya tidak berlaku
kesilapan dalam mengenakan tindakan harus dititkberatkan. Katanya: ”I
am very worried and fearful that a miscarriage of justice might occur
through over hasty action, and the person accused is later seen as being
victimized”.
Namun, dalam masa yang sama, tidak patut bagi BPR untuk terlalu
berhati-hati sehingga menyebabkan operasi mengatasinya masih berada di
tahap yang sama, statik, dan tidak menunjukkan peningkatan ke arah daya
yang lebih baik.
Satu operasional dan evolusi bertindak secara sistematik dan terancang
mesti dirangka dan diambil tindakan dengan segera. Penanaman nilai-nilai
murni ke dalam diri pegawai-pegawai kerajaan seharusnya dibuat mulai
sekarang tanpa bertangguh lagi. Kursus-kursus yang dianjurkan jangan
hanya melihat kepada pembangunan jati diri berbentuk luaran semata-
mata bahkan juga melihat kepada aspek pembangunan rohani yang
berteraskan agama.
Dalam konteks yang sama, kerajaan semestinya mengerti bahawa
kesempitan hidup akan memaksa seseorang melakukan perkara di liar
dugaan. Belitan kemiskinan dan penderitaan disebabkan tanggungan
keluarga dan sebagainya, apatah lagi di era yang kian sarat dengan
cubaan dan kos kehidupan yang tinggi semestinya menjadi faktor implisit
yang menyumbang ke arah menyuburkan gejala yang tidak sihat ini.

PETALING JAYA, 3 Jun (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam


Perkhidmatan Awam (Cuepacs) berharap kadar pembabitan rasuah di kalangan
penjawat awam tahun ini menurun kepada 15 peratus.Presiden Cuepacs Omar
Osman berkata kongres seterusnya akan berusaha mencapai tahap sifar menjelang
tahun 2012.Katanya sejak tahun 2007, pembabitan penjawat awam dilaporkan
semakin berkurangan hasil kempen bagi membanteras gejala tersebut di kalangan
penjawat awam."Pada tahun 2007, daripada 591 orang yang ditangkap oleh
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), 303 orang atau 51 peratus
merupakan penjawat awam, pada tahun 2008 menurun kepada 47 peratus
manakala pada tahun lepas menurun lagi kepada 39 peratus," katanya kepada
pemberita ketika mengikuti lawatan kerja Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk
Maznah Mazlan ke Jabatan Kimia Malaysia di sini, pada Khamis.Omar berkata
Cuepacs juga menyarankan kerajaan agar menggantikan pemberian imbuhan wang
tunai bagi pemberi maklumat kes rasuah kepada pengurniaan kenaikan pangkat
atau gaji."Kalau bagi wang tunai sama sahaja macam terima rasuah juga. Adalah
lebih baik bagi kenaikan pangkat atau kenaikan gaji, sebab wang boleh habis dalam
sekelip mata, kalau naik pangkat atau gaji mereka dapat rasa sampai pencen,"
katanya.Beliau berkata dengan cara ini ia akan lebih menggalakkan penjawat awam
untuk lebih berani tampil memberi maklumat terhadap pemberi rasuah kepada
SPRM.-- BERNAMA

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)


Baja-baja keimanan sahaja tidak cukup untuk membentengi seseorang
daripada menjauhkan diri daripada rasuah jika prasarana atau khidmat
kerajaan terhadap rakyat tidak ditingkatkan. Secara praktikalnya, tidak
dinafikan gaji penjawat awam harus ditingkatkan mengikut realiti semasa
dan kos kehidupan haruslah diperhatikan agar jangan sampai
membebankan orang lain.
Satu persidangan dan bengkel yang menghimpunkan para cerdik pandai,
para ulama’ dan pegawai-pegawai kerajaan, pegawai-pegawai BPR dan

pihak berwajib dengan tidak mengecualikan parti pembangkang dan para


pimpinan mahasiswa harus diadakan segera bagi membincangkan satu
resolusi penyelesaian segera mungkin.

You might also like