You are on page 1of 1

Bapa saya boleh dijadikan tokoh dalam keluarga saya.

Bapa saya boleh

Dikatakan seorang yang serba boleh, banyak sungguh kelebihan dan pencapaiannya.

Menurutnya, tiada apa yang mustahil dilakukan di dunia ini asalkan kita mempunyai

keyakinan dalam apa yang kita lakukan adalah terarah kepada perkara kebaikan dan

kejayaan.

Beliau juga percaya bahawa kejayaan bagi sesuatu kerja yang dilakukan adalah

hasil kerja keras dan semangat yang tidak mudah mengaku kalah. Walaupun dilahirkan

dalam keluarga yang tidak berada, beliau seorang yang kuat berusaha dan tidak

mudah mengalah.

Di samping itu, beliau juga bukan sahaja cemerlang dalam bidang

akademik , beliau juga merupakan pelajar yang aktif dalam bidang ko-kurikulum dan

di peringkat ko kurikulum sekolah mahupun universiti. Beliau aktif dalam sukan sepak

takraw semasa di sekolah rendah. Beliau telah mewakili sekolah dari sekolah rendah

lagi dalam permainan sepak takraw.

Selain itu, beliau juga tidak pernah mengalah dengan mudah. Beliau seorang

cekal. Beliau juga sering menasihati kami sekeluarga . Beliau bukan sahaja kuat

bekerja malah beliau tidak pernah mengabaikan keluarganya.

You might also like