You are on page 1of 13

CUKAI PENDAPATAN INDIVIDU DI MALAYSIA

(maklumat daripada laman rasmi lembaga hasil dalam negeri)

A. PENGENALAN

Tanggungjawab Pembayar Cukai

Setiap pembayar cukai yang boleh dikenakan cukai dikehendaki melaporkan pendapatan
kepada LHDNM. Pembayar cukai bertanggungjawab untuk:

i) Mendapatkan dan mengemukakan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP)

Pembayar cukai individu hendaklah menghantar atau mengembalikan Borang Nyata Cukai
Pendapatan yang telah lengkap diisi tanpa dokumen pada atau sebelum 30 April bagi tiap-
tiap tahun ke alamat berikut;

Jabatan Pemprosesan Maklumat


Lembaga Hasil Dalam Negeri
Aras 10-18, Menara C
Persiaran MPAJ
Jalan Pandan Utama
Pandan Indah
55100 Kuala Lumpur

ii) Melaporkan pendapatan dan perbelanjaan, termasuk potongan dan rebat.


iii) Mengira cukai pendapatan.

iv) Menyimpan rekod bagi tujuan pengauditan.

v) Membayar cukai untuk diri sendiri.

Menyimpan Rekod

Pembayar cukai tidak perlu menghantar dokumen-dokumen berikut bersama Borang Nyata
Cukai Pendapatan, sebaliknya dokumen ini hendaklah disimpan selama 7 tahun:

a. Borang EA/EC,
b. Baucer dividen (bagaimanapun, baucer dividen perlu dikemukakan bersama borang
dalam kes bayaran balik),

c. Resit premium insurans,

d. Resit pembelian buku,

e. Resit perubatan,

1
f. Resit derma,

g. Resit premium zakat,

h. Sijil kelahiran anak,

i. Sijil nikah,

j. Dokumen-dokumen sokongan lain.

k. Helaian kerja (jika ada)

Pengiraan tempoh tujuh tahun adalah bermula daripada akhir tahun dalam mana BNCP
tersebut telah dikemukakan.

Sistem Taksir Sendiri

Sistem Taksir Sendiri adalah satu konsep Bayar, Taksir Sendiri dan Fail.

Bayar : Potongan gaji bulanan bagi pembayar cukai yang mempunyaipendapatan penggajian
atau melalui bayaran secara ansuran bagi pembayar cukai yang mempunyai pendapatan
perniagaan.

Taksir Sendiri: Membuat sendiri pengiraan cukai pendapatan.

Fail : Mengemukakan BNCP ke LHDNM dan bayaran baki cukai pendapatan jika terkurang
bayar atau menuntut bayaran balik jika terlebih bayar.

B. PENGENAAN CUKAI

Adakah saya layak dikenakan cukai

Individu yang mempunyai pendapatan penggajian tahunan melebihi RM25,501 (selepas


potongan KWSP) perlu mendaftar fail cukai pendapatan.

Sekiranya pendapatan penggajian anda telah dikenakan Potongan Cukai Berjadual (PCB),
anda tidak perlu lagi mendaftar fail cukai kerana pendaftaran fail cukai pendapatan anda
telah dilakukan.

Apakah yang patut saya lakukan jika saya layak dikenakan cukai

Permohonan pendaftaran nombor rujukan cukai pendapatan boleh dilakukan di cawangan


yang berhampiran.

Dokumen-dokumen diperlukan untuk pendaftaran:

2
a. Satu salinan Borang Penyata Pendapatan (Borang EA/EC) terkini/Slip Gaji terkini,
b. Satu salinan kad pengenalan/kad pengenalan polis/kad pengenalan tentera/passport
antarabangsa,
c. Satu salinan sijil perkahwinan (jika ada).

Anda juga boleh membuat pendaftaran nombor rujukan cukai melalui e-Daftar

Apa itu Skop Pengenaan Cukai

Pembayar cukai yang bermastautin di Malaysia dikenakan cukai atas semua pendapatan yang
diperoleh di Malaysia dan pendapatan yang diterima dari luar Malaysia. Skop penggenaan
cukai seseorang individu adalah bergantung kepada taraf permastautinannya.

Mulai tahun taksiran 2004, pendapatan yang diterima di Malaysia dari luar Malaysia adalah
dikecualikan daripada cukai. Dengan itu, pembayar cukai sama ada yang bermastautin atau
yang tidak bermastautin di Malaysia dikenakan cukai atas pendapatan yang diperoleh dari
Malaysia sahaja.

C. PENGECUALIAN CUKAI

1. Tambang Perjalanan
Tambang percutian dalam Malaysia yang tidak melebihi tiga kali dalam satu tahun
kalendar, atau
Tambang percutian ke luar Malaysia yang tidak melebihi sekali dalam mana-mana tahun
kalendar, terhad kepada amaun maksimum RM3,000.

2. Manfaat Perubatan & Pergigian


Mulai tahun taksiran 2008, manfaat perubatan yang dikecualikan cukai diperluaskan
untuk meliputi perbelanjaan materniti dan perubatan tradisional seperti ayurvedic dan
akupuntur. Pengecualian cukai bagi manfaat ini tiada had limit.

3. Ganjaran Persaraan

(i) Ganjaran Persaraan

Bayaran ganjaran persaraan yang diterima oleh pekerja pada masa persaraan
dikecualikan sepenuhnya daripada cukai jika:
a. Ketua Pengarah berpuas hati bahawa persaraan daripada penggajian adalah
disebabkan oleh keuzuran.
b. Persaraan itu berlaku pada atau selepas seseorang itu mencapai umur 55 tahun
atau mencapai umur wajib bersara dari penggajian dan telah berkhidmat
berturutan selama 10 tahun dengan majikan yang sama atau dengan syarikat di
dalam kumpulan yang sama.

3
c. Persaraan itu berlaku apabila mencapai umur wajib bersara di bawah satu kontrak
penggajian atau perjanjian kolektif pada umur 50 tahun tetapi sebelum 55 tahun
dan telah berkhidmat selama 10 tahun dengan majikan yang sama atau dengan
syarikat dalam kumpulan yang sama.

(ii) Ganjaran yang dibayar kepada pekerja dari kumpulan wang awam

Ganjaran yang dibayar kepada pekerja dari kumpulan wang awam apabila bersara
daripada penggajian di bawah mana-mana undang-undang bertulis.

(iii) Ganjaran yang dibayar kepada pegawai kontrak

Ganjaran yang dibayar daripada kumpulan wang awam kepada pegawai kontrak
apabila perkhidmatan kontraknya tamat (walaupun kontraknya diperbaharui).

4. Pendapatan Pampasan

Pampasan adalah bayaran yang diterima oleh seseorang pekerja daripada majikannya
akibat diberhentikan kerja dan bayaran ini mungkin dibayar sebelum atau selepas pekerja
diberhentikan. Pampasan yang dikecualikan :
a. Pampasan yang diterima kerana keuzuran atau gangguan kesihatan – dikecualikan
sepenuhnya.
b. Pampasan yang diterima kerana sebab-sebab lain:
i. Pemberhentian kerja sebelum 1 Julai 2008. Pengecualian RM6,000 diberikan bagi
setiap tahun lengkap perkhidmatan dengan majikan yang sama atau syarikat-
syarikat dalam kumpulan sama.
ii. Pemberhentian kerja pada atau selepas 1 Julai 2008. Pengecualian RM10,000
diberikan bagi setiap tahun lengkap perkhidmatan dengan majikan yang sama atau
syarikat-syarikat dalam kumpulan yang sama.

Pampasan yang dikenakan cukai sepenuhnya:


Pampasan yang diterima oleh pengarah (bukan pengarah urusan) sebuah syarikat
terkawal.

5. Pencen (persaraan wajib umur atau atas sebab kesihatan)

4
Pencen yang diterima dari Malaysia oleh seseorang itu dikecualikan daripada cukai
pendapatan dengan syarat:
a. orang yang berkenaan bersara pada umur 55 tahun atau pada umur wajib untuk
bersara daripada penggajian seperti yang ditetapkan oleh mana-mana undang-undang
bertulis,
b. orang yang bersara kerana keuzuran dan pencen tersebut diterima daripada kerajaan
atau skim pencen yang diluluskan.
c. Bagi pekerja sektor awam yang memilih persaraan pilihan, bayaran pencen yang
diterima akan ditaksir dan dikenakan cukai sehingga mencapai umur 55 tahun atau
umur wajib bersara di bawah mana-mana undang-undang bertulis.
d. Bagi individu yang menerima lebih daripada satu pencen, hanya bayaran pencen yang
tertinggi akan dikecualikan daripada cukai.

6. Ganjaran Kematian
Wang yang diterima sebagai ganjaran kematian adalah dikecualikan daripada cukai
pendapatan.

7. Biasiswa
Apa-apa jumlah wang yang dibayar dengan cara biasiswa kepada seseorang individu,
sama ada atau tidak berkaitan dengan suatu pekerjaan individu tersebut, adalah
dikecualikan dari cukai pendapatan.

8. Pendapatan Individu Yang Bermastautin di Malaysia Berhubung Dengan


Penampilan Dalam Persembahan Kebudayaan Yang Diluluskan Oleh Menteri

Wang yang diterima di bawah kategori ini adalah dikecualikan cukai sepenuhnya dengan
syarat ianya adalah diluluskan oleh Menteri.

9. Faedah
Pendapatan faedah yang diterima oleh individu bermastautin daripada wang yang
didepositkan dalam institusi berikut dikecualikan cukai mulai 30 Ogos 2008.

5
a. Bank atau syarikat kewangan yang dilesenkan atau disifatkan dilesenkan dibawah
Akta Bank dan Institusi Kewangan 1989.
b. Bank yang dilesenkan di bawah Akta Perbankan Islam 1983.
c. Institusi kewangan pembangunan yang ditetapkan di bawah Akta Institusi Kewangan
Pembangunan 2002.
d. Lembaga Tabung Haji yang ditubuhkan di bawah Akta Tabung Haji 1995.
e. Malaysia Building Society Berhad yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965.
f. Borneo Housing Finance Berhad yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965.

10. Dividen
Antara bayaran dividen yang diterima yang dikecualikan daripada cukai pendapatan
termasuklah:
a. Dividen yang diterima daripada syarikat yang mengagihkan dividen daripada
pendapatan syarikat yang dikecualikan daripada cukai.
b. Dividen yang diterima daripada syarikat kerjasama (koperasi).
c. Dividen yang diterima daripada amanah saham yang diluluskan oleh Menteri
Kewangan, seperti dividen Amanah Saham Bumiputera.
d. Dividen yang diterima daripada unit amanah yang diluluskan oleh Menteri Kewangan
yang melaburkan 90% atau lebih daripada unit amanah tersebut dalam sekuriti
kerajaan

11. Royalti
Individu yang bermastautin di Malaysia dikecualikan daripada cukai atas pendapatan
royaltinya seperti berikut :

Amaun dikecualikan
No. Jenis khidmat/hasil kerja yang dibayar setahun
( RM )
1 Penerimaan dari penerbitan hasil seni/rakaman pita/cakera 10,000
2 Penerimaan hasil penterjemahan buku/karya kesusasteraan 12,000
Penerimaan hasil penerbitan karya kesusasteraan /lukisan
3 20,000
asli/penggubahan muzik

6
Walaubagaimanapun, pengecualian di atas tidak terpakai jika bayaran yang diterima
menjadi sebahagian daripada gaji yang diterima oleh individu itu dalam menjalankan
tugas rasmi.

12. Pendapatan Diremit Dari Luar Malaysia

Mulai tahun taksiran 2004, pendapatan yang diperoleh dari luar Malaysia dan diterima di
Malaysia oleh seseorang individu yang bermastautin dan diremitkan ke Malaysia
dikecualikan daripada cukai pendapatan.

13. Yuran Atau Honorarium Khidmat Pakar


Mulai Tahun Taksiran 2004, yuran atau honorarium yang diterima oleh seseorang
berkaitan dengan perkhidmatan yang diberikannya untuk tujuan validasi, moderasi atau
akreditasi program pendidikan francais di institusi pengajian tinggi diberi pengecualian
cukai pendapatan.
Perkhidmatan yang diberikan oleh individu tersebut hendaklah ditentu sahkan atau
diperaku oleh Agensi Kelayakan Malaysia (AKM). Walau bagaimanapun, pengecualian
cukai pendapatan ini tidak akan dibenarkan jika bayaran yang diterima menjadi
sebahagian daripada gaji yang timbul dalam menjalankan tugas rasmi.

14. Pendapatan Daripada Hasil Penyelidikan


Mulai Tahun Taksiran 2004, pendapatan yang diterima oleh seseorang individu daripada
hasil penyelidikan saintifik yang dikomersialkan, diberi pengecualian cukai sebanyak
50% daripada pendapatan statutori dalam tahun asas bagi tahun taksiran, untuk tempoh
lima (5) tahun dari tarikh bayaran pertama. Saintis yang menerima bayaran tersebut
hendaklah warganegara dan bermastautin di Malaysia. Manakala hasil penyelidikan yang
dikomersialkan itu hendaklah ditentu sahkan oleh Kementerian Sains, Teknologi dan
Alam Sekitar.

D. JENIS PENDAPATAN
Pada amnya pembayar cukai dikehendaki membayar cukai atas semua jenis pendapatan yang
diperoleh, iaitu:

7
a. Perniagaan atau profession
b. Penggajian
c. Dividen
d. Faedah
e. Diskaun
f. Sewa
g. Royalti
h. Premium
i. Pencen
j. Anuiti

k. Lain-lain

E. KADAR CUKAI PENDAPATAN

8
Banjaran Pendapatan Pengiraan (RM) Kadar % Cukai(RM)
Bercukai
0-2500 2,500 pertama 0 0
2,501-5,000 2,500 berikutnya 1 25
5,001-10,000 5,000 pertama 25
5,000 berikutnya 3 150
10,001-20,000 10,000 pertama 175
10,000 berikutnya 3 300
20,001-35,000 20,000 pertama 475
15,000 berikutnya 7 1,050
35,001-50,000 35,000 pertama 1,525
15,000 berikunya 13 1,950
50,001-70,000 50,000 pertama 3,475
20,000 berikutnya 19 3,800
70,001-100,000 70,000 pertama 7,275
30,000 berikutnya 24 7,200
100,001-150,000 100,000 pertama 14,475
50,000 berikutnya 27 13,500
150,001-250,000 150,000 pertama 27,975
100,000 berikutnya 27 27,000
Lebih 250,000 250,000 pertama 54,975
Setiap ringgit berikutnya 28 ..........
Tahun Taksiran 2008

9
Banjaran Pendapatan Pengiraan (RM) Kadar % Cukai(RM)
Bercukai
0-2500 2,500 pertama 0 0
2,501-5,000 2,500 berikutnya 1 25
5,001-10,000 5,000 pertama 25
5,000 berikutnya 3 150
10,001-20,000 10,000 pertama 175
10,000 berikutnya 3 300
20,001-35,000 20,000 pertama 475
15,000 berikutnya 7 1,050
35,001-50,000 35,000 pertama 1,525
15,000 berikunya 12 1,800
50,001-70,000 50,000 pertama 3,325
20,000 berikutnya 19 3,800
70,001-100,000 70,000 pertama 7,125
30,000 berikutnya 24 7,200
100,001-150,000 100,000 pertama 14,325
50,000 berikutnya 27 13,500
150,001-250,000 150,000 pertama 27,825
100,000 berikutnya 27 27,000
Lebih 250,000 250,000 pertama 54,825
Setiap ringgit berikutnya 27 ..........

Tahun Taksiran 2009

10
F. PELEPASAN CUKAI

Ringkasan Pelepasan Cukai

Senarai Cukai Pelepasan Individu Pemastautin

Bil. Jenis Potongan Individu Amaun (RM)


1 Individu dan saudara tanggungan 8,000
2 Perbelanjaan Perubatan Ibu Bapa 5,000 (Terhad)
3 Peralatan Sokongan Asas 5,000 (Terhad)
4 Individu Kurang Upaya 6,000
5 Yuran Pendidikan (Sendiri) 5,000 (Terhad)
6 Perbelanjaan perubatan penyakit yang sukar diubati 5,000 (Terhad)
7 Pemeriksaan perubatan penuh 500 (Terhad)
8 Pembelian buku/majalah/jurnal/penerbitan 1,000 (Terhad)
9 Pembelian komputer peribadi untuk individu 3,000 (Terhad)
10 Tabungan bersih dalam skim SSPN 3,000 (Terhad)
11 Pembelian peralatan sukan untuk aktiviti sukan 300 (Terhad)
12 Suami/Isteri/Bayaran alimoni kepada bekas isteri 3,000 (Terhad)
13 Suami/Isteri kurang upaya 3,500
14 Anak di bawah umur 18 tahun 1,000
15 Anak berumur 18 dan ke atas, belum berkahwin dan menerima pendidikan 1,000
sepenuh masa
16 Anak berumur 18 dan ke atas, belum berkahwin dan mengikuti diploma ke atas di 4,000
dalam Malaysia @ peringkat ijazah ke atas di luar Malaysia dalam kursus dan di
IPT yang diiktiraf oleh pihak berkuasa Kerajaan yang berkaitan
17 Anak Kurang upaya 5,000

Pelepasan tambahan sebanyak RM4,000 bagi anak kurang upaya berumur 18 dan
ke atas, belum berkahwin dan mengikuti diploma ke atas di dalam Malaysia @
peringkat ijazah ke atas di luar Malaysia dalam kursus dan di IPT yang diiktiraf
oleh pihak berkuasa Kerajaan yang berkaitan
18 Insuran nyawa dan KWSP 6,000 (Terhad)

11
19 Insurans pendidikan dan perubatan 3,000 (Terhad)

G. DERMA DAN HADIAH

Potongan Dibenarkan Daripada Pendapatan Agregat

Bil Sumbangan Catatan


1 Derma/Hadiah wang kepada Subseksyen 44(6)
Kerajaan/Kerajaan Tempatan.
2 Derma/Hadiah wang kepada Subseksyen 44(6)
institusi/organisasi yang diluluskan.
3 Derma/Hadiah wang atau kos sumbangan Subseksyen 44(11B)
manfaat kepada aktiviti sukan atau Badan
Sukan yang diluluskan.
4 Derma/Hadiah wang atau kos sumbangan Subseksyen 44(11C)
manfaat kepada projek berkepentingan
Negara yang diluluskan.
5 Hadiah artifak, manuskrip atau lukisan. Subseksyen 44(6A)
6 Derma/Hadiah wang untuk kemudahan Subseksyen 44(8)
perpustakaan atau kepada perpustakaan.
7 Derma/Hadiah wang atau sumbangan Subseksyen 44(9)
manfaat bagi menyediakan kemudahan di
tempat awamuntuk orang yang kurang
upaya.
8 Derma/Hadiah wang atau kos peralatan Subseksyen 44(10)
perubatan kepada mana-mana badan
rawatan kesihatan.
9 Hadiah lukisan kepada Balai Seni Lukis Subseksyen 44(11)
Negara atau Balai Seni Lukis Negeri.

12
H. REBAT CUKAI

Rebat Cukai Pendapatan Bagi Individu Yang Mempunyai Pendapatan Bercukai Kurang Daripada
RM35,000

Tahun Taksiran Tahun Taksiran


2001 - 2008 2009 &
Seterusnya
No Rebat Cukai (RM) (RM)
a Taksiran Berasingan - -
Isteri 350 400
Suami 350 400
b Taksiran Bersama - -
Isteri 350 400
Suami 350 400
Jumlah 700 800
b Taksiran Di mana Salah Seorang - -
Suami Atau Isteri Tiada Jumlah
Pendapatan 350 400
Isteri 350 400
Suami
Jumlah 700 800

Lain-Lain Rebat Cukai

No Rebat Cukai (RM)


a Zakat/Fitrah Amaun maksimum tertakluk kepada cukai yang dikenakan
b Levi Pekerja Asing Amaun maksimum tertakluk kepada cukai yang dikenakan

13

You might also like