You are on page 1of 1

En.

Uthamarajoo a/l Ramarajoo

No.48, Kampung Sultan,

31900 Kampar,

Perak Darul Ridzuan.

MCA Bahagian Kampar

81, A, Jalan Ampang

31900 Kampar.

Tuan,

Memohon Memasang Lampu pada Tiang (TJL 1 A)

Merujuk perkara di atas, saya, Uthamarajoo a/l Ramarajoo, no kad pengenalan 550707-08-5631,
penduduk Kampung Sultan ingin memohon kepada pihak tuan untuk memasang lampu pada tiang
(TJL 1 A) yang terdapat di kawasan perumahan Kampung Sultan.

2. Hal ini kerana keadaan persekitaran di kawasan perumahan kami agak gelap. Bukan itu
sahaja, pada waktu pagi, penduduk kampung kami menghadapi masalah ketika menghantar anak
mereka ke sekolah. Hal ini kerana pelajar-pelajar yang ingin pergi ke sekolah akan menunggu bas
sekolah dalam keadaan yang gelap dan menakutkan serta menimbulkan perasaan takut dalam
kalangan ibu bapa.

3. Selain itu, hal ini juga telah menyumbang kepada masalah kemalangan. Apabila tiada lampu ,
perkara ini telah menyebabkan berlakunya kemalangan antara dua buah motosikal. Di samping itu,
hal ini juga telah membuka peluang kepada peragut untuk menjalankan aktiviti mereka. Mereka
telah menggunakan keadaan yang gelap untuk meragut.

4. Oleh itu, kami memohon kerjasama daripada pihak tuan untuk memasang lampu pada
tiang(TJL 1 A) yang terdapat pada kawasan perumahan demi faedah dan pembangunan penduduk
Kampung Sultan.Kerjasama dan perhatian daripada pihak tuan didahului dengan ucapan terima
kasih.

Sekian, terima kasih.

................................................................

(UTHAMARAJOO A/L RAMARAJOO)

Penduduk Kampung Sultan.

You might also like