You are on page 1of 1

Perubatan merupakan salah satu cabang sains hayat berkenaan menjaga dan mengekalkan

kesihatan dan rasa sihat (wellness). Dengan kata lain, perubatan ialah sains untuk mencegah dan
menyembuhkan penyakit. Walaubagaimanapun, istilah ini lebih banyak digunakan untuk perkara
yang berkaitan doktor dan doktor bedah.

Perubatan meliputi pengetahuan sains dan penggunaan pengetahuan tersebut. Terdapat pelbagai
jenis cabang sains perubatan yang spesifik kepada organ dan penyakit tertentu, sama seperti
jawatan perubatan (profesi medis). Sains perubatan ialah pengetahuan mengenai sistem badan
dan penyakit, manakala jawatan perubatan merujuk kepada struktur sosial kumpulan manusia
yang dilatih secara rasmi untuk menggunakan pengetahuan tersebut bagi merawat penyakit.

Banyak sekolah rawatan tradisi yang tidak dikira sebagai perubatan (barat). Sistem rawatan maju
selain perubatan Barat ialah Sekolah Ayurvedis (di India), dan perubatan Cina Tradisional.
Rencana ini akan menumpukan perhatian kepada rawatan moden (Barat).

Amalan perubatan moden merupakan campuran antara seni merawat serta berbagai-bagai sains.
Perubatan mempunyai hubungan terus dengan sains kesihatan dan bioperubatan. Dalam konteks
lebih luas, "perubatan" hari ini merujuk kepada bidang-bidang perubatan klinik, penyelidikan
perubatan, pembedahan, lantasnya mengatasi masalah penyakit dan kecederaan.

You might also like