Professional Documents
Culture Documents
Mengumumkan ketibaan Yang Diraikan En. Abdull Mutalib bin Denan diiringi dif-dif kehormat masuk ke dalam
dewan.
Yang Berusaha
Tn. Hj. Mohmad Hairin bin Basiran
Guru Penolong Kanan 1
SK LKTP Sungai Sayong
Yang Berusaha
Pn. Hjh. Fatimah binti Hashim
Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
SK LKTP Sungai Sayong
Yang Berusaha
En. Rahmat bin Ibrahim
Guru Penolong Kanan Ko-kurikulum
SK LKTP Sungai Sayong
Yang Dihormati
En. Abdul Aziz bin Hj. Redwan
Pegawai Pelajaran Daerah Kulai
Yang Dihormati
En. Mohd Rosli bin Othman
Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Kulai
Bahagian Menengah
Yang Dihormati
Tn. Hj. Muhammad bin Salleh
Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Kulai
Bahagian Rendah
Yang Dihormati
En. Mohd Azmi bin Abdul Rahman
Pegawai Maklumat
Pejabat Pelajaran Daerah Kulai
Yang Dihormati
Barisan Guru Besar dan Pengetua
Sekolah-sekolah Rendah dan Menengah
Daerah Kulai
Yang Dihormati
En. Abdul Naser bin Bedu
Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru
SK LKTP Sungai Sayong
Yang Dihormati
En. Md. Sukor bin Marzuki
Pengerusi Jawatankuasa Majlis “Kasih Disemai Bakti Dituai”
dan seluruh ahli jawatankuasanya
Yang Diraikan
En. Abdull Mutalib bin Denan
Guru Besar SK LKTP Sg. Sayong
Seterusnya
Barisan guru, murid-murid, hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian.
Selamat datang ke :
Majlis “Kasih Disemai Bakti Dituai” sempena persaraan Yang Diraikan En. Abdull Mutalib bin Denan, Guru Besar
SK LKTP Sg. Sayong.
Bagi menambah keberkatan Majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini, marilah sama-sama kita menadah
tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh Tn. Hj. Jaafar bin Ahmad.
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Tn. Hj. Jaafar bin Ahmad atas bacaan doa
itu tadi.
Jasamu dikenang
Budimu tak terbilang
Semangatmu dijulang
Kepimpinanmu gemilang
Begitulah yang boleh kita perkatakan atas segala bakti dan kepimpinan yang dilakukan oleh Yang Diraikan En.
Abdull Mutalib bin Denan sepanjang perkhidmatan beliau di dalam dunia pendidikan yang berakhir sebagai Guru
Besar di SK LKTP Sungai Sayong.
Untuk itu, marilah sama-sama kita saksikan persembahan multimedia sempena persaraan Yang Diraikan En. Abdull
Mutalib bin Denan.
Itulah sebentar tadi dapat kita saksikan persembahan multimedia sempena persaraan Yang Diraikan En. Abdull
Mutalib bin Denan. Mudah-mudahan ianya dapat memberi sumber inspirasi buat kita semua.
Majlis diteruskan dengan ucapan daripada Yang Berusaha Tn. Hj. Mohmad Harin bin Basiran, Guru Penolong
Kanan 1, SK LKTP Sungai Sayong. Dipersilakan.
Terima kasih diucapkan kepada Yang Berusaha Tn. Hj. Mohmad Hairin bin Basiran atas ucapan yang telah
disampaikan sebentar tadi.
Majlis seterusnya ingin menjemput dan mempersilakan kepada Yang Dihormati En. Abdul Naser bin Bedu, Yang
Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK LKTP Sungai Sayong untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.
Terima kasih diucapkan kepada Yang Dihormati Tn. Hj. Abdul Naser bin Bedu atas ucapan yang telah disampaikan
sebentar tadi.
Majlis seterusnya ingin menjemput dan mempersilakan kepada yang Dihormati En. Abdul Aziz bin Hj. Redwan,
Pegawai Pelajaran Daerah Kulai untuk menyampaikan ucapannya. Dipersilakan.
Terima kasih diucapkan kepada yang Dihormati En. Abdul Aziz bin Hj. Redwan atas ucapan yang telah
disampaikan sebentar tadi.
Seterusnya, tibalah waktu yang kita nanti-nantikan iaitu ucapan daripada Yang Diraikan En. Abdull Mutalib bin
Denan. Majlis dengan segala hormatnya ingin menjemput dan mempersilakan.
Majlis merakamkan setingi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang Diraikan En. Abdull Mutalib bin
Denan atas ucapan itu tadi.
Bagi memeriahkan lagi Majlis kita pada hari ini, marilah sama-sama kita saksikan persembahan daripada kumpulan
yang menggelarkan diri mereka sebagai Little Khalifah. Mereka akan mendeklamasikan sebuah sajak yang bertajuk
“Jasamu Dikenang” dan mendendangkan 2 buah lagu yang bertajuk “Terlalu Indah” dan “Bertemu dan Berpisah”.
Itulah sebentar tadi kumpulan Little Khalifah yang telah menampilkan sebuah pesembahan yang cukup istimewa.
Majlis diteruskan dengan upacara penyampaian cenderamata sebagai tanda kenang-kenangan buat insan yang kita
raikan pada hari ini iaitu Yang Diraikan En. Abdull Mutalib bin Denan.
Sebelum itu, Majlis dengan segala hormatnya ingin menjemput dan mempersilakan kepada Tn. Hj. Mohmad Hairin
bin Basiran, Guru Penolong Kanan 1, SK LKTP Sungai Sayong untuk mengiringi Yang Diraikan En. Abdull
Mutalib bin Denan untuk menerima cenderamata kenang-kenangan. Dengan segala hormatnya dipersilakan.
Seterusnya Majlis mempersilakan kepada Yang Dihormati Tn. Hj. Abdul Naser bin Bedu untuk menyampaikan
cenderamata daripada Persatuan Ibu Bapa dan Guru, SK LKTP Sungai Sayong.
Dan yang terakhir, Majlis mempersilakan kepada Yang Dihormati En. Md. Sukor bin Marzuki untuk menyampaikan
cenderamata daripada Badan Kebajikan Guru dan Kakitangan SK LKTP Sungai Sayong.
Itulah tadi upacara penyampaian cenderamata kenang-kenangan khusus untuk Yang Diraikan En. Abdull Mutalib
bin Denan.
Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Yang Diraikan En. Abdull Mutalib bin Denan atas kesudian
menerima cenderamata itu tadi. Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih di atas kesudian Yang Berusaha Tn.
Hj. Mohmad Hairin bin Basiran mengiringi Yang Diraikan En. Abdull Mutalib bin Denan sebentar tadi.
Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih kepada semua penyampai cenderamata sebentar tadi.
Untuk pengetahuan semua, Yang Diraikan En. Abdull Mutalib bin Denan turut berbesar hati untuk menyampaikan
cenderamata kenang-kenangan khusus daripada beliau sendiri.
Justeru itu, sekali lagi Majlis ingin menjemput dan mempersilakan kepada Yang Diraikan En. Abdull Mutalib bin
Denan untuk menyempurnakan upacara tersebut.
Yang pertama, dipersilakan kepada Yang Dihormati En. Md. Sukor bin Marzuki selaku wakil daripada Badan
Kebajikan Guru dan Kakitangan SK LKTP Sungai Sayong.
Seterusnya, dipersilakan kepada Yang Berusaha Tn. Hj. Mohmad Hairin bin Basiran selaku wakil Pentadbiran SK
LKTP Sungai Sayong.
Seterusnya, dipersilakan kepada En. Abdul Aziz bin Hj. Redwan, Pegawai Pelajaran Daerah Kulai.
Seterusnya, dipersilakan kepada En. Mohd Rosli bin Othman, Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Kulai Bahagian
Menengah.
Seterusnya, dipersilakan kepada Tn. Hj. Muhammad bin Salleh, Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Kulai
Bahagian Rendah.
Dan yang terakhir, dipersilakan kepada En. Mohd Azmi bin Abdul Rahman, Pegawai Maklumat, Pejabat Pelajaran
Daerah Kulai.
Itulah sebentar tadi upacara penyampaian cenderamata kenang-kenangan daripada Yang Diraikan En. Abdull
Mutalib bin Denan.
Dengan itu, berakhirlah sudah Majlis kita pada hari ini. Sebelum bersurai, kita akan menyaksikan buat kali
terakhirnya Yang Diraikan En. Abdul Mutalib bin Denan akan menandatangani buku rekod kehadiran sebagai tanda
berakhirnya tugas rasmi beliau di dalam dunia pendidikan ini.
Majlis juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Diraikan En. Abdull Mutalib bin Denan kerana
sudi untuk bersama kita pada hari yang penuh bermakna ini dan kami semua mendoakan agar Yang Diraikan En.
Abdull Mutalib bin Denan bertambah ceria dan bahagia di dalam kehidupan seharian.
Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih kepada semua tetamu dan hadirin yang sudi meluangkan masa
bersama-sama memeriahkan Majlis “Kasih Disemai Bakti Dituai” ini.
Dikesempatan ini juga, kami ingin memohon ribuan kemaafan andai ada salah dan silap sepanjang kami
mengacarakan Majlis ini.
Sekian sahaja, salam hormat, Wa BilLahit Taufiq walHidayah Wassalamu `Alaikum Wa Rahmatullahi Wa
Barakatuh.