You are on page 1of 7

MAKLUMAT UNTUK DI KONGSI BERSAMA – MASHAILA BT MISKAN

Merujuk slaid En Arif Bab 3 – Kadar keciciran

Ambil pada Jam 10.00 pagi – 24/12/2010


http://pendidikmy.net/2009/11/17/kementerian-mahu-kurangkan-kadar-keciciran-pelajar/

Kementerian Mahu Kurangkan Kadar Keciciran Pelajar


17 November 2009

Sumber: Forum Utusan Malaysia |17 November 2009|

KEMENTERIAN Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk kepada surat Mohd. Fahzudin
Mohd. Sharuji, Kuala Lumpur dalam rangan ini pada 10 September 2009 bertajuk Kaji
Dasar Naik Tingkatan 4.

Dasar Pendidikan Kebangsaan bagi pendidikan menengah bermatlamat untuk


menyediakan dan memberi peluang pendidikan percuma kepada semua pelajar yang
berumur antara 12+ tahun hingga 17+ tahun, dan pada masa yang sama dapat
mengurangkan kadar keciciran pelajar. Struktur pendidikan menengah memberi fokus
kepada pendidikan umum pada Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3 agar setiap pelajar
mendapat pendedahan kepada pelbagai bidang ilmu. Dalam Tingkatan 4 dan Tingkatan
5, pelajar dijuruskan kepada jurusan sastera, sains, agama, teknikal dan vokasional.

Pada masa yang sama, Malaysia telah pun memberikan komitmen untuk menyediakan
peluang pendidikan untuk semua kanak-kanak, remaja dan orang dewasa dalam World
Conference on Education for All di Jomtien, Thailand pada Mac 1990. Sehingga 2007,
Malaysia telah mecapai peningkatan dalam Gross Enrollment Rate (GER) bagi
pendidikan rendah dan menengah daripada 85 peratus pada tahun 1985 kepada 92
peratus pada tahun 2007.

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) melalui Pelan Induk Pembangunan Pendidikan


(PIPP) 2006-2010 telah memberi tumpuan yang berterusan dalam perkara berhubung
penyertaan pendidikan dan ekuiti di samping memastikan sistem pendidikan negara
kekal efisien dan efektif dalam pembentukan modal insan.

KPM juga sedang mengkaji dasar berkaitan kualiti pelajar di Tingkatan Empat.
Mesyuarat Majlis Penasihat Kebangsaan Pendidikan dan Latihan Bil. 1/2008 bertarikh
30 April 2008 yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri, menyarankan
KPM menambah dan memperkenalkan pendidikan aliran vokasional dan aliran
Asas Kemahiran lebih awal bagi mengatasi masalah keciciran murid sekolah
rendah dan menengah seluruh negara.

Mesyuarat Memperkasakan Pendidikan Teknik dan Vokasional bertarikh 25 Julai


2008 yang dipengerusikan oleh Menteri Pelajaran telah memutuskan supaya
pendidikan kemahiran atau aliran Asas Kemahiran (AAK) diperkenalkan lebih
awal iaitu di peringkat Tingkatan 1 bagi memberi alternatif kepada pelajar-pelajar
yang tidak cenderung kepada akademik.

Dasar ini akan dapat mengatasi masalah keciciran yang tinggi peratusnya semasa
transisi dari Tahun 6 ke Tingkatan 1 dan akan memudahkan pelajar untuk menentukan
laluan kerjaya masing-masing. Ia juga bertepatan dengan salah satu daripada bidang
dalam Ministerial Key Result Areas (MKRA), iaitu Aliran Vokasional dan Kemahiran
yang juga merupakan Teras 2 dalam PIPP.
http://keciciran.edu.my/bm/?
option=com_content&view=article&id=116&Itemid=128&fontstyle=f-smaller

Puan Sri Prof. Dr. Rohaty Mohd Majzub


Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia 
43600 Bangi Selangor Darul Ehsan
Malasysia
Tel : 03-89216261
Emel: rohatymajzub@yahoo.com 
Homepage: http://www.rohaty.edu.my 

Keciciran di Malaysia

 
Keciciran merupakan satu agenda sosial yang mempunyai impak yang tinggi kepada
pembangunan modal insan Negara Malaysia. Pada tahun 2000 terdapat 5390 murid
tercicir di sekolah rendah dan kajian menunjukkan 3-4% kanak tercicir dari sistem
persekolahan. Angka tersebut mungkin sudah meningkat pada 2009. Ini bermaksud
kanak kanaka tau pelajar meninggalkan alam persekolahan sebelum habis tempoh
yang ditetapkan sama ada selepas SPM atau SPR .Falsafah Pendidikan Negara dan
Wawasan 2020 serta PIPP 2006-2010 menegaskan pentingnya menutup jurang antara
pencapaian kanak bandar dan luar bandar . Pelbagai punca keciciran telah
dibincangkan termasuk iklim sekolah, kelemahan pelajar dan kurang positifnya iklim
keluarga. Risiko keciciran perlu diteliti dan dibendung awal kerana keciciran memberi
impak negatif dan tidak produktif kepada negara.Dengan bersandarkan fakta dan
senario ini pendidik, guru, ibubapa dan pengubal dasar perlu mengambil tindakan berat
mengatasi potensi dan masaalah keciciran. Website tersebut menyahut seruan Negara
Malaysia untuk berbincang mengenai punca, kesan, dan strategi mengatasi keciciran.

Teori Keciciran
Kita boleh menggunakan pelbagai teori untuk menjelaskan keciciran  di antaranya teori
keperluan manusia, teori behavioris , teori psikoanalitik,, teori ekologi  .Teori Strain
membincangkan   masalah penyesuaian yang dihadapi pelajar. Teori pengawalan
sosial memberi fokus kepada delinkuensi remaja serta kegagalan akademik dan
frustrasi .Teori  Humanistik membincangkan keperluan individu.dan kesan jika tidak
dipenuhi keperluan tersebut .Teori pembelajaran sosial dan behavioris menegaskan
pembelajaran melalui pemerhatian dan peneguhan .Teori psikoanalisa menyatakan
individu itu sering dilanda konflik dan ketegangan. Kesemua teori ini boleh menjelaskan
tentang keciciran.Keputusan untuk tercicir atau meninggalkan persekolahan bukanlah
sesuatu keputusan yang spontan. Sebenarnya ia telah lama berakar umbi terhasil dari
rasa tidak puas hati terhadap alam dan iklim persekolahan. Peramal keciciran termasuk
ketidakhadiran disekolah dan poteng, rasa tersisih dan di alienasi, rasa tidak dipunyai
,ketidakupayaan akademik serta isu disiplin.
Kepercayaaan Kita

 Kommuniti dan pemimpin boleh menyokong semua pelajar supaya jangan


tercicir
 Setiap pelajar boleh graduat dari sekolah jika ada perkhidmatan sokongan
 Setiap ibu atau bapa boleh bertanggungjawab mencegah keciciran
 Setiap pelajar berhak mendapat iklim positif pembelajaran
 Pelbagai pelung patut diberi kepada pelajar menurut kekuatan mereka

Hasil Kajian Awal

Hasil Kajian Awal Risiko Keciciran

Kajian preliminary tersebut melibatkan 239 orang guru dan 665 orang pelajar di
sekolah-Sekolah Menengah di Wilayah Persekutuan dan Negeri Sembilan. Sampel
terdiri daripada pelajar Tingkatan 4 dan Tingkatan 5. Pelajar terdiri dari pelajar dari
Tingkatan cermelang, baik, serdahana dan lemah. Soal Selidik Keciciran telah juga
dilengkapkan oleh guru-guru yang berpengalaman dari sekolah berkaitan. Hasil kajian
digambarkan dalam jadual berikut :

Jadual 1
Graf menunjukkan bahawa kedua-dua pelajar dan guru menganggap semua faktor
psikologi, sekolah, pengurusan masa, dan akademik sebagai berisiko tinggi kecuali
dalam faktor keluarga dimana kedua pelajar dan guru menganggap sebagai berisiko
paling tinggi. Ini bererti fungsi keluarga amat penting dalam mencegah keciciran.
Tidaklah menghairankan sebab ibubapa adalah pendidik pertama dan utama kanak
kanak. Kesemua faktor dianggap berisiko kerana keciciran itu dipengaruhi oleh pelbagai
faktor yang berinteraksi secara dinamik diantara satu dengan lain.Oleh yang demikian
pelajar dan guru secara kolektif menunjukkan persetujuan yang hampir sama tentang
aras risiko faktor-faktor yang mempengaruhi keciciran. Perbezaan mungkin timbul
secara individu dan kes kes terpencil.

Sebagai langkah pencegahan dan pemulihan adalah dicadangkan bahawa pembinaan


program dan modul modul intervensi mesti mengambil kira faktor-faktor tersebut. Faktor
psikologi contohnya perlu mengkaji esteem dan harga diri pelajar dan kesejahteraan
mental mereka. Faktor sekolah mengambil kira iklim disekolah dan peranan guru yang
lebih berkesan. Faktor pengurusan masa akan meneliti allokasi masa setiap pelajar
samada memenuhi matlamat pembelajaran serta mengelakkan pembaziran dan
penangguhan..Faktor akademik yang menerapkan hasil pembelajaran akademik sistem
pepereksaan dan tatacara belajar dengan berkesan. Akhir sekali faktor keluarga yang 
melatih ibubapa menjadi pendidik yang effektif serta cekap mengurus pembelajaran
anak anak dan bagaimana mewujudkan iklim positif dan mesra dirumah serta menjadi
penyokong kepada pembelajaran kanak kanak .

You might also like