You are on page 1of 2

1.

Luangkan masa selama 5 minit dan tuliskan ciri positif dan lima ciri negative dalam melakukan
kerja. Ini kerana mengenal diri sendiri ada yang paling untuk kita mengubah dan memperbaiki
diri kita kearah yang lebih baik.
2. Dua perkara yang perlu dilakukan apabila ingin menilai diri sendiri:
a) Kenal pasti perkara yang perlu ditelitikan kemudian
b) Tuliskan maklumat yang diperolehi dengan lebih kemas. Kemudian beri sedikit komen
tentang diri kita.

Antara perkara yang perlu ditelitikan adalah seperti berikut:-

i) Butir-butir peribadi
ii) Keadaan fizikal
iii) Tingkah laku
iv) Ciri-ciri peribadi
v) Tabiat positif
vi) Tabiat negative
vii) Latar belakang keluarga dan pengaruh kepada kita- budaya dan suasana keluarga begitu
mudah sekali `menjangkiti’ kita.
viii) Latar belakang pendidikan dan pengaruh kepada kita
ix) Kawan-kawan sekeliling dan pengaruh kepada kita.

3. Seorang sahabat sejati adalah cermin bagi diri kita. Nabi Muhammad pernah bersabda, “
Seorang mukmin adalah cermin bagi seorang mukmin yang lain.”

4. Apabila kita ingin membuat keputusan dengan cepat dan tepat, kita perlu mempunyai
pengetahuan yang cukup. Tetapi, jika kita malas membaca, ataupun malu bertanya, ini akan
mempengaruhi proses membuat keputusan. Secara tidak langsung ia mempengaruhi proses
dalam menyelesaikan kerja yang kita lakukan.

5. Jom membuat penilaian diri sendiri: Gajah yang bersembunyi di kelopak mata. Buatlah
pemerhatian dan penilaian ke atas diri kita sendiri, dan kenalilah kelemahan dan kelebihan diri
kita. Jangan pula kuman di seberang Nampak, gajah di depan mata tak Nampak!

6. Ali pernah berkata, “Kebenaran tanpa perancangan akan ditewaskan oleh kebatilan yang
berperancangan.”

7. Gagal merancang adalah merancang untuk gagal. Tetapi, berapa ramaikah dalam kalangan kita
yang betul-betul mengaplikasikannya dalam hidup kita? Adakah kita merancang apa yang kita
buat minggu ini? Hari ini? Sejam yang lalu? Cuba jawab dengan ikhlas wahai sahabatku…
a) Jika jawapan `ya’ kita sudah mempunyai salah satu ciri menusia Berjaya. Jika ` tidak’,
bermakna kita sudah bersedia hendak berubah! Jom rancangkanlah kehidupan kita dengan
teratur.

8. Dan kesimpulan yang dapat kita ambil adalah perancangan sengat penting bagi menjayakan
kehidupan saudara. Jangan sesekali kita meremehkannya jika tidak kita akan menyesal seumur
hidup. Tanamkan azam dalam diri kita mulai hari ini bagi membiasakan diri kita dengan
perancangan tersusun . Tiada ruginya kita melakukan sedemikian.
9. Ali pernah mengungkap yang cukup bermakna dalam soal kepentingan merancang. Beliau
menyebutkan, “Kebenaran tanpa perancangan akan ditewaskan oleh kebatilan yang
berperancangan.”
Baca betul-betul kata-kata hikmat itu. Fahamkah apa yang tersirat disebalik kata-kata t itu? Ya
benar memang benar ia berkaitan dengan kebenaran dan kebatilan.
Kata-kata ini juga memberitahu kita, tidak kira sehebat mana kita, sebijak mana pemikiran kita,
seunggul mana idea yang kita ada, tetapi jika kita tidak mempunyai perancangan , segala-
galanya adalah sia-sia. Semua boleh ditewaskan oleh kegagalan dan kecundang.
Kerana apa?
Kerana kegagalan tidak perlu dirancang, apabila kita berdiam diri, bermakna kita sedang
merancang dengan penuh tekun iaitu merancang untuk gagal.
Jadi sudah tentu apabila “ potensi hebat yang tidak dirancang, akan ditewaskan oleh kegagalan
yang dirancang”

10. “ Otak manusia seperti benang” jika ia berkusut kita tidak dapat apa pun. Kita akan merasa
tertekan dan tidak tahu apa yang perlu dibuat. Berserabut! Jadi bagaimana hendak
menghilangkan tekanan itu?
Ya, kita mesti merungkaikannya.
Bagaimana?
Dengan mengenal pasti setiap apa yang terbuku dalam otak dan ‘rungkaikan` dengan
menulisnya di atas kertas.

20. Pelajar yang Berjaya adalah pelajar yang tahu menyusun kerjabya dan mempunyai jadual
belajarnya sendiri.

21.

You might also like