You are on page 1of 9

EDISI

02
Majalah Remaja Sempoi

Nak Isteri Solehah? Rumah Tangga Islam?

Flarebiz
N e t w o r k
“Susah
betul nak cari isteri sole-
hah,” luah seorang pemuda selepas Seminar Ke-
luarga Bahagia anjuran sebuah badan kebajikan.

“Macam cari gagak putih,” tambahnya. “Memang


dah hukum dunia, yang berharga itu susah nak
dapat,” katanya lagi.Tunggu respon sayalah tu.
Saya cuma tersenyum.

“Dah kahwin?” Akhirnya saya bertanya.


“Belum lagi….”
“Kenapa?” dia pula tersenyum.
“Belum dapat yang solehah?” saya terus men-
gusik.

“Saya dah 28 tahun.Sepatutnya umur 25 dah


kahwin … Dah terlajak le ni.”
“Oh gitu ..... biar terlajak usia, jangan tersalah
pilih!” usik saya lagi.

“Nak cari yang betul-betul solehah bukan


senang”.
“Kalau tak jumpa, macam mana?”

NAK
“Tulah yang saya pening ni. Syarat-syarat saya ni
susah sangat ke?”
“Apa syaratnya?”

isteri
“Syarat-syarat wanita solehah … mesti solat, taat
ibu bapa, berakhlak, tutup aurat, pandai mengaji,
puasa sunat….”

“Macam tu tak susahlah… ramai yang ada


syarat-syarat macam tu,” balas saya.

Ukur Takwa
“Tu yang lahiriah. Yang paling penting bertakwa,”
katanya lagi.
SOLEHAH?
“Macam mana pula nak ukur takwa tu?”tanya
saya.

“Tu yang pening. Takwa tu dlm hati. Ni soal hati.


Tapi apa boleh buat, saya nak jugak isteri solehah,
isteri yg bertakwa!”

“Nak tak kalau saya bagi tips mudah, dapat isteri


solehah?” pelawa saya.
Ada Cara Lain Lebih Tepat
"Saya tak paham.Macam mana kita boleh ni- "Semuanya terletak pada diri kita sendiri.
lai calon isteri tanpa menilai syarat-syaratnya. Lebih cepat kita bina sifat-sifat lelaki soleh,
Itukan panduan daripada hadis?" tingkatkan iman dan takwa… lebih cerahlah
peluang untuk dapat isteri solehah.
"Untuk dapat isteri solehah, jadikan diri kita
dulu calon suami soleh …Cuba cari ciri-ciri Semuanya atas usaha kita sendiri. Sblm ni,
suami soleh ….bina semua ciri tu dalam diri kita bincang pasal menilai diri orang lain dulu.
kita. Bina sahsiah, lahiriah seorang lelaki soleh Tu yg kita silap. Bukankah Allah dah jamin, le-
kemudian muhasabah pula soal hati …. Ukur laki mukmin untuk wanita mukminat? Lelaki
iman dan takwa kita". soleh jodohnya wanita solehah? Insya-Allah."

"Nak ukur iman & takwa kita …susah tu. Itu


soal maknawi" Terlalu Ideal
"Tapi,jauh lebih mudah dari nak ukur iman "Habis tu … saya kenalah berhenti cari wanita


dan takwa orang lain." solehah sbb nak jadi lelaki soleh?"

Penilaian calon isteri sepatutnya


rendah sket… nanti senanglah nak “
bentuk bila dah jadi isteri kita….

"Tak gitu. Lebihkan nak jadi lelaki soleh sambil tu teruslah cari isteri solehah."
"Ok gak tu! Serampang dua mata,"katanya.

"Satu lagi, berpada-padalah dengan piawai solehah awak tu. Jangan terlalu tinggi. Nanti tak
tercapai. Cukuplah dgn tahap sederhana."

"Maksudnya?"

"Jangan terlalu ideal menilai calon isteri sbb sifat-sifat solehah itu 'on going process'(dibina
secara berterusan) Mungkin sebelum kahwin tahapnya rendah sket, tapi dengan pimpinan
suaminya nanti tahap solehahnya boleh diupgradekan lagi."

Mudah Bukan Untuk Dipermudahkan


"Boleh lebih kurang lah ni ye?"
"Salah tu …. Panduan dan ajaran islam mudah. Tapi bukan alasan untuk dipermudahkan."
"Apa kaitannya dengan yg kita bincang skang ni?"

"Gini, awak mesti lebih ketat dlm menilai diri sdr. Jgn amik mudah soal iman & takwa diri sdr.
Letakkan piawai tinggi utk diri sdr. Bukankah lelaki akan jadi pemimpin r/tangga?

Penilaian calon isteri sepatutnya rendah sket … nanti senanglah nak bentuk bila dah jadi isteri
kita…."

"Oh saya faham"

" Bagus tu. Sayangnya kebanyakan lelaki menilai sebalikya … untuk dirinya dinilai dengan
piawai soleh yg rendah. Tetapi utk calon isterinya dinilai dgn solehah yg tinggi. Itu silap!"

"Alhamdulillah… saya harap jodoh saya akan tiba nanti."

"Amin …tamatkanlah penantian solehah itu


dengan mempercepatkan pembinaan soleh diri."

"Dialah Allah dilangit dan dibumi.Dia mengetahui yang kamu rahsiakan dan yang kamu lahirkan
dan mengetahui apa2 yang kamu usahakan" (Al- An'am: 3)

...selaraskan niat dgn syara'…wallahua'lam..


Persiapan Memulakan
Rumah Tangga Islam

Persiapan untuk membina Bait Muslim merang- Ya, memang kita mahu mudah dan ringkas, tidak
kumi persiapan secara zahir dan batin, persia- membazir, serta menggunakan kekayaan untuk
pan jasadiah, aqliah, rohaniah dan syu'uriah. hal lain yang lebih penting contohnya seperti
Sudahkah bersedia? Persediaan tidak mestinya infaq untuk belanja dakwah, tarbiah atau derma
bersedia 100%, tetapi cukup dengan persediaan kepada rakyat dan mujahidin Palestin. Tetapi
yang memadai. Persiapan yang memadai itu hakikatnya perjalanan hidup kita tidak ditentu-
subjektif. Penilaiannya tergantung kepada kebi- kan oleh diri kita sendiri sahaja. Umumnya kita
jaksanaan kita. Baki persediaan yang belum siap yang menentukan perjalanan hidup kita tetapi
disediakan boleh dibuat sepanjang jalan menu- proses ke arah membuat keputusan itu bukan
ju hari pernikahan atau selepas pernikahan. dibuat oleh kita sahaja.

Persediaan dan pembaikan diri hendaklah di- Keputusan yang dibuat melibatkan orang-
lakukan bukan bermula jauh sebelum hari per- orang lain yang mempunyai kuasa atau setidak-
nikahan dan tamat di majlis akad nikah sahaja tidaknya pengaruh ke atas kita atau hubungan
tetapi ia berlangsung dan tidak akan pernah istimewa dengan kita yang menyebabkan tidak
berhenti hingga suatu noktah yang pasti iaitu sopan untuk kita tidak mengendahkan atau me-
mati. Cuma persediaan sebelum hari pernikah- nolak ke tepi atau tidak mempertimbangkan
an perlulah lebih intensif untuk mencapai pera- langsung pandangan, cadangan, kehendak dan
tusan persediaan yang memadai. suruhan mereka. Mereka boleh jadi ibu bapa
kita (yang mempunyai kuasa atas kita), dan
sanak saudara kita (yang mempunyai hubungan
Persediaan material? istimewa dengan kita dan secara adabnya kita
mesti menghormati mereka).
Persediaan material penting kerana realitinya
kita hidup di zaman materialistik. Mahu tidak
Namun jika kita berpegang pada prinsip keseim-
mahu memang kita terpaksa menghadapi re-
bangan, insyaAllah kita tidak akan terlalu mudah
aliti dunia ini. Walaupun secara teorinya kita bo-
terlarut dengan desakan mereka hingga berlaku
leh memilih untuk melangsungkan pernikahan
pembaziran dan di sisi yang lain kita tidak akan
dan majlis pernikahan kita secara yang ringkas
terlalu berkeras dalam pendirian kehendak kita
sahaja, tetapi ianya hanya satu kenyataan yang
hingga mengguris hati mereka. Mereka adalah
tidak mudah untuk dilaksanakan.
orang-orang yang dekat dan berkait dengan tidak datang bergolek. Yang tidak ada, yang per-
kita. Kita tidak boleh selesa dengan banyaknya lu diadakan dan yang perlu dibuat ialah USAHA.
material kerana mungkin ianya tidak cukup. Dengan berusaha, insyaAllah akan dapat rezeki
Kita juga tidak boleh terlalu takut jika kita tidak dan akan cukup material. Nak usaha apa? Itu
mempunyai banyak harta. pun masih terbuka luas peluangnya. Yang pent-
ing, mahu berusaha dan terus berusaha. Insy-
Persoalan utama dalam menjayakan Bait Mus- aAllah rezeki akan datang, baik bergolek, melay-
lim ini bukan pada banyak atau sedikitnya har- ang, berjalan atau berlari.
ta tetapi pada bagaimana kita akan mengurus
harta itu?

Jika kita mengurus berdasarkan prinsip yang


utama diutamakan dan yang tidak penting dike-
belakangkan atau dilupuskan terus dari senarai.
Insyaallah material kita akan terguna secara baik
dan memadai tidak kiralah ianya banyak atau
sedikit. Oleh itu, tidak pelik apabila kita melihat
orang yang kurang material daripada kita telah
dapat berkahwin dan hidup bahagia, sedang
kita yang banyak material masih merasa tidak
cukup dengan apa yang sudah kita ada.

Ia bukan pada banyak dan sedikitnya harta


tetapi bergantung kepada cara menguruskan-
nya. Sekalipun banyaknya material tidak men-
jadi syarat untuk memulakan Bait Muslim, tetapi
material mestilah mencukupi untuk memulakan
Bait Muslim. Tidak kisah sama ada ia banyak atau
sedikit kerana yang penting ia mencukupi. Apa
ukuran mencukupi? Ia subjektif.

Banyaknya harta cenderung untuk mencapai


status ‘cukup' material. Tetapi berapa banyak
orang yang ada banyak harta tetapi hartan-
ya itu tidak cukup-cukup untuk menampung
hidupnya. Masalah ini disebabkan oleh sikap
dan cara kita mengurus harta. Sedikit harta cen-
derung untuk mendapat status ‘tidak cukup'
Persediaan akal?
material tetapi berapa banyak orang yang se-
Persediaan akal meliputi pemilikan penge-
dikit hartanya dapat hidup sejahtera, baik dan
tahuan. Pengetahuan yang sepatutnya ialah
bahagia.
pengetahuan yang merangkumi seluruh aspek
kehidupan Bait Muslim. Bukan pengetahuan
Pokoknya bukan pada sedikit atau banyaknya
dalam aspek tertentu sahaja seperti pengeta-
harta, tapi pada bagaimana mengurusnya. Jika
huan ibadat sahaja atau pengetahuan membe-
ternyata harta ada sedikit dan memang terbukti
sarkan anak sahaja atau pengetahuan mencari
tidak mencukupi, bagaimana pula? Bukankah
harta sahaja. Ya, memang banyak yang nak kena
Islam menyuruh untuk berusaha. Jika berusaha
diketahui. Di sinilah kemahiran pengurusan
yang sedikit jadi banyak dan yang tidak cukup
pengetahuan sangat diperlukan.
akan jadi cukup, insyaAllah.
Ilmu yang diperlukan untuk diguna dalam masa
Yang tidak ada bukan rezeki. Rezeki telah dijanji-
terdekat perlulah dicari dan dipelajari segera. Ia
kan Allah untuk setiap mahkluknya. Tetapi rezeki
perlu diutamakan untuk dipelajari berbanding
ilmu-ilmu lain yang masih belum sampai masa Banyak lagi bidang-bidang ilmu yang perlu di-
untuk menggunakannya. Ilmu yang tidak diper- pelajari contohnya ilmu mencari nafkah zahir,
lukan dalam masa terdekat disimpan dulu se- ilmu membelanjakan nafkah, ilmu nafkah batin,
bagai niat baik yang penuh dengan keazaman ilmu komunikasi dalam rumah tangga, ilmu ten-
serta dicatat dalam senarai perancangan ilmu tang peribadi pasangan, ilmu keselamatan, ilmu
untuk dipelajari nanti. kesihatan, ilmu kepenggunaan, ilmu ibadat dan
ilmu akhlaq. Pelabagai cara untuk mencari ilmu
Utamakan pelajaran ilmu yang penting ber- tetapi yang paling senang ialah dengan mem-
banding pelajaran ilmu yang tidak seberapa baca. Membaca yang dimaksudkan bukanlah
penting. Dalam masa terdekat dengan tarikh membaca bahan bacaan sebarangan, tetapi
pernikahan, ilmu dalam banyak bidang rumah membaca bacaan yang memang tepat untuk
tangga diperlukan. Sebagai bakal suami, ilmu dibaca.
tentang peranan dan tanggung jawab suami
Bagaimana mengetahui tepat atau tidak untuk
diperlukan. Sebagai bakal isteri, ilmu tentang
dibaca? Buatlah penilaian, bertanyalah kepada
peranan dan tanggung jawab isteri diperlukan.
orang yang lebih berpengalaman dan mintalah
Selain ilmu tentang peranan, ilmu tentang hak
cadangan daripada yang pakar. Selain memba-
juga perlu diketahui, seperti hak suami dan hak
ca, perkongsian pengalaman dan dialog lewat
isteri.
perbualan biasa juga sangat bermanfaat.

Persediaan rohani?
Sebelum sampainya tarikh pernikahan, atau jika
tarikh pernikahan telah berlalu tetaplah terus
melatih diri dengan menyemai dan menyubur-
kan sikap yang baik dan membuang sikap yang
buruk dalam diri. Biarlah sikap baik tumbuh
menggantikan tempat sikap buruk. Pada masa
bujang, sikap yang baik mungkin senang kita
amalkan dan sikap buruk kita pula tidak menjel-
ma keluar kerana tidak pernah diusik sesiapa.

Sikap buruk mungkin ada, tetapi ia tersimpan


rapi kerana tidak ada ujian atau cubaan yang
mengganggunya. Tetapi, apabila sudah berkah-
win, banyak ujian dan dugaan hadir dalam hid-
up sehingga ia mengganggu sikap buruk yang
selama ini terpendam dan kita akan mendapati
banyak sikap buruk pada diri kita selepas kita
menikah.
Walau bagaimana pun, untuk kebahagiaan Oleh itu, latihlah diri kita dengan sikap baik se-
rumahtangga kesungguhan kepada melak- tiap masa dan bersungguh-sungguh bersikap
sanakan peranan dan tanggung jawab masing- baik agar pada saat genting atau saat keletihan
masing jauh lebih penting daripada kesunggu- selepas kita telah bernikah, iaitu saat kita benar-
han menuntut hak masing-masing. Ilmu tentang benar menjadi diri kita yang sebenar, saat kita
hak adalah untuk mengelak daripada dizalimi benar-benar diuji dengan cubaan berat, sikap-
sahaja. Ilmu tentang peranan pula adalah un- sikap baik itu tidak tertanggal dari diri kita, ma-
tuk memastikan kita telah melaksanakan tang- sih melekat pada kita dan kita masih ber'amal
gungjawab dan amanah kita dengan adil dan dengannya seperti biasa biarpun kehidupan
sempurna. Jika kedua-dua pihak melaksanakan kita telah berubah, contohnya kita menjadi ma-
tanggungjawab masing-masing serta memberi- kin sibuk, atau makin penat, atau makin banyak
kan dan menjaga hak pasangan masing-masing, cabaran hidup mendatang.
insyaallah kehidupan akan aman dan bahagia.
Maklumlah kalau semasa bujang, kita hanya Menunggu masa selepas menikah untuk ber-
mengurus diri kita sendiri maka kita tidaklah mula membuang sikap buruk adalah perjudian
terlalu sibuk dan tidaklah terlalu penat. Tetapi yang sangat besar risikonya kerana peluang
apabila kita telah bernikah kita telah megurus membuang sikap buruk tidak secerah sebelum
dua orang manusia yang berlainan jantina dan menikah lagi sekalipun peluang itu masih ada.
berlainan latar belakang kehidupannya. Pastilah Selepas kahwin, peluang itu masih ada tetapi
kita menjadi lebih sibuk dan lebih penat. Oleh sempit. Sebelum kahwin, peluang itu memang
itu, latihlah diri kita membuang sikap-sikap bu-
ada dan luas. Pilihlah antara peluang yang ‘ma-
ruk dalam diri kita sementara kita belum berni-
sih ada' atau ‘memang ada', dan pilihlah antara
kah.
sempit dan luas.
Kalaupun kita telah bernikah, teruskanlah is-
tiqomah membuang sikap-sikap buruk dalam Jika anda belum menikah, manfaatkanlah masa
diri kita. Sikap buruk kita boleh jadi pelbagai dan bujang ini sebaiknya untuk membuat persiapan
banyak, tetapi boleh jadi juga beberapa dan se- dan apa yang perlu. Uruslah masa anda dengan
dikit. Tetapi pokoknya kita tidak mahu sikap bu- bijak. Jangan biarkan sesaat pun masa anda ter-
ruk ada pada diri kita biarpun satu kerana satu bazir dengan hal tidak berfaedah, kelak selepas
sikap buruk sekali pun mempunyai risiko yang kahwin anda akan menyesal. Selepas mati anda
besar untuk mengganggu gugat kebahagiaan lagi menyesal kerana akan ditanya di sana.
rumah tangga apatah lagi banyak sikap buruk Sudahkah anda?
yang kita miliki.

Contoh sikap buruk ialah sangat mudah ber-


prasangka buruk, hasad, tidak mahu mengalah,
cemburu buta tuli yang melampau, terlalu sen-
sitif atau manja, pemarah dan pendendam. Jika
pada masa bujang lagi kita telah ada banyak si-
kap buruk, maka buanglah cepat-cepat kerana
sesudah menikah ia lebih senang berkembang
dengan subur berbanding masa bujang sebe-
lum kahwin.

Membuang sikap buruk bukan mudah, malah


susah dan memakan masa. Tetapi kesusahan
itulah mujahadah. Oleh sebab itu, teruslah ber-
mujahadah membuang sikap buruk selepas ni-
kah dan sekalipun telah lama bernikah. Peruba-
han itu mungkin walaupun susah. Disebabkan
ia memakan masa, maka ia perlulah dibuang
segera bermula sekarang. Sekalipun jika masa
bujang kita hanya ada beberapa sikap buruk
saja, janganlah beranggapan ia sedikit dan bo-
leh dibuang dengan senang apabila mendekati
tarikh pernikahan atau setelah menikah.

Setelah menikah, ia bukan lagi medan masa


yang utama untuk membuang sikap buruk. Ya,
tidak dinafikan membuang sikap buruk masih
perlu dan masih boleh dibuat selepas pernika-
han, tetapi ia bukanlah lagi medan fokus utama
setelah menikah. Banyak lagi kerja lain yang
lebih penting yang perlu dibuat. Membuang si-
kap buruk menjadi kerja sampingan saja kerana
banyak lagi kerja lain yang lebih utama yang
perlu diutamakan.
DITERBITKAN OLEH

DENGAN KERJASAMA
FLAREBIZ NETWORK
W W W . F L A R E B I Z . C O M

PEMBERITAHUAN

Ebook ini diberikan PERCUMA!


Hak cipta terpelihara oleh ILuvIslam.com, di-
larang sama-sekali menerbit semula dalam
lain-lain bentuk atau mempergunakan eb-
ook ini untuk tujuan keuntungan kecuali den-
gan kebenaran bertulis dari pihak ILuvIslam.com.
Namun begitu anda dibenarkan, bahkan digalakkan
menyebar ebook ini untuk tujuan kebaikan, tetapi ha-
ruslah dikekalkan sifatnya tanpa sebarang ubahan.

You might also like