You are on page 1of 12

UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING

VISI, MISI DAN FALSAFAH PERKHIDMATAN


BIMBINGAN & KAUNSELING

PENGENALAN

Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah bersifat menyeluruh dan meliputi program perkembangan, pencegahan serta pemulihan. 
Program perkembangan dan pencegahan lebih banyak dijalankan berbanding program pemulihan.  Antara perkhidmatan yang disediakan iaitu
bidang akademik, kerjaya, psikologi dan kesihatan mental, kepimpinan dan kaunseling individu / kelompok. 

VISI

Mewujudkan iklim pendidikan yang kondusif, teraputik dan efektif dari aspek fizikal, perhubungan dan pengurusan berteraskan konsep
perkhidmatan bimbingan dan kaunseling berkualiti secara menyeluruh dan berkesan demi kecemerlangan pelajar dan sekolah

MISI

Dengan penuh rasa tanggungjawab dan bersungguh-sungguh menyediakan perkhidmatan menolong bantu pelajar dari aspek
pengayaan,perkembangan,pencegahan dan pemulihan untuk mempertingkatkan pengetahuan,ketrampilan dan konsep kendiri positif
yang perlu dalam menghasilkan masyarakat ‘ MADANI’ melalui perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang berkesan beramanah
berteraskan falsafah pendidikan kebangsaan.

FALSAFAH

Bahawasanya setiap pelajar mempunyai potensi yang boleh digembleng secara optimum menerusi pengurusan menyeluruh
perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang cekap,berkesan dan beramanah berteraskan sumber dalaman dan luaran bagi
melahirkan pelajar yang seimbang dari aspek intelektual, jasmani,emosi dan rohani serta beriman dan beramal soleh.

CARTA ORGANISASI UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING TAHUN 2007

Penaung: En. Johan Okasa


(Pengetua)
Penasihat: En. Azman Mansur
( P.K.Hal Ehwal Murid )
Pengerusi: Pn. Norliza Bte Zakaria
( Kaunselor Pelajar )
Setiausaha: Pn. Nordayana Bt Muhammad
Ahli Jawatankuasa: Pn. Nuraishah Suhada
En. Yahya Yusof
Pn. Kasmah Bahron
Pn. Amy Chong
En. Edward Sabinus
Pn. Norarshah Ramli
cik. Norashah Jaafar
cik. Nurhayati Amir

FUNGSI UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING

1. Menyedia rancangan tahunan program dan aktiviti perkhidmatan Bimbingan & Kaunseling.
2. Mengenalpasti keperluan perkhidmatan Bimbingan & Kaunseling sekolah melalui kajian keperluan, soal selidik, temu bual dan
perbincangan dengan pelajar, guru pentadbiran, kakitangan sekolah ibu bapa dan bekas pelajar.
3. Merancangkan, mengawal selia dan mengemaskini rekod dan inventori.
4. Mengelola dan melaksanakan aktiviti Unit Bimbingan Kaunseling Kelompok dan tunjuk ajar yang meransang perkembangan pelajar
secara optimum.
5. Mengumpul,menyedia,menyebar maklumat UBK kepada semua pelajar.
6. Merancang, melaksana dan mengawal selia pekhidmatan kaunseling individu secara profesional dan beretika.
7. Merancang, melaksana dan mengawal selia aktiviti kemahiran belajar untuk semua pelajar
8. Merancang, melaksana,mengawal selia aktiviti kemahiran belajar untuk semua pelajar.
9. Merancang, melaksana dan mengawal selia dan menilai program dan aktiviti pendidikan pencegahan dadah, inhalan, rokok dan alkohol.
10. Merancang, melaksana dan mengawal selia dan menilai program dan aktiviti untuk menyedia dan mendedahkan pelajar kepada peluang
melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi dalam & luar negara.
11. Merancang, melaksana dan mengawal selia dan menilai program dan aktiviti perkhidmatan konsultasi dan rujukan berhubung Bimbingan
& Kaunseling Kerjaya dan Pendidikan Pencegahan Dadah.
12. Merancang, melaksana dan mengawal selia dan menilai program dan aktiviti konferens dengan ibu bapa,guru,kakitangan bukan mengajar
dan agensi kerajaan dan bukan kerajaan yang terlibat dalam proses pendidikan & perkembangan pelajar.
13. Membuat penilaian aktiviti,modul,model,instrumen dan pendekatan secara menyeluruh bagi meningkatkan mutu dan profesionalisme
perkhidmatan Bimbingan & Kaunseling sekolah.
14. Merancang,menyelaras dan menilai sumber dan bahan resos perkhidmatan Bimbingan & Kaunseling.
15. Menjadi urusetia kepada jawatankuasa Penyelars Perkhidmatan Bimbingan & Kaunseling.
16. Menjadi penggerak utama dalam program latihan dalaman bagi menyebarkan kefahaman dan peningkatan profesionalisme perkhidmatan
Bimbingan & Kaunseling di sekolah.
17. Memberi khidmat kaunseling krisis kepada pelajar,guru,kakitangan dan ibu bapa yang memerlukannya.
18. Menjadi personel perhubungan/seranta sekolah dengan agensi- agensi luar yang berkaitan.
19. Menjadi ahli jawatankuasa ex-oficio dalam jawatankuasa kurikulum sekolah.
20. Menjadi ahli jawatankuasa dalam Majlis Perancang sekolah,Disiplin sekolah dan jawatankuasa Lembaga/Badan Pengawas sekolah.
21. Menjadi penyelaras dalam program mentor mentee.
22. Menjadi penyelaras dalam program-program pengembangan pelajar seperti kolokium,motivasi,kem jaya diri dan kursus ketatanegaraan.

Halangan-halangan yang dihadapi

1. Keadaan bilik yang kurang kondusif.


2. Peralatan yang tidak mencukupi.
3. Kurangnya bahan rujukan.
4. Kewangan untuk mengadakan sesuatu program.
5. Persepsi pelajar terhadap Unit Bimbingan & Kaunseling.

Cadangan mengatasi halangan yang timbul

1. Pengubahsuaian bilik kaunseling.


2. Melengkapkan keperluan peralatan & menambah bahan rujukan.
3. Guru-guru membantu mengubah persepsi pelajar terhadap Unit Bimbingan & Kaunseling (mewujudkan fikiran yang positif )

Tugas-tugas kaunselor:

Merancang dan memastikan kaunselor melaksanakan 22 tugas yang ditetapkan iaitu :

 Menyediakan rancangan tahunan program dan aktiviti K & B kaunseling sekolah.


 Buat kajian keperluan.
 Mengemaskini rekod dan inventori pelajar.
 Menyebarkan maklumat B & K.
 Aktiviti Bimbingan & Kaunseling kelompok, meransang perkembangan pelajar.
 Rancang dan laksanakan kaunseling individu secara profesional.
 Rancang aktiviti kemahiran belajar.
 Rancang pemilikan pelajar elektif.
 Rancang program pencegahan dadah, inhalar, rokok dan alkohol.
 Rancang pemilikan pelajar ke IPT.
 Rancang aktiviti/program keibubapaan.
 Menjadi Ex-Oficio dalam jawatankuasa kurikulum sekolah.
 AJK majlis Perancang sekolah.
 Penyelaras mentor-mentee.
 Dll.
Aktiviti kaunselor dapat dilihat secara holistik untuk mengembangkan potensi pelajar secara seimbang, berjiwa besar, jati diri,
berwawasan dan berketrampilan perlu melaksanakan seperti berikut:

a) Akademik:

 Penetapan potensi pelajar berdasarkan Head-Counts bersama PKI.


 Penetapan potensi ke IPTA/IPTS bersama PKI.
 Penetapan laluan kerjaya berasaskan potensi pelajar (tingkatan 5) bersama PKI.

b) Kemahiran Belajar:

 Memberi kemahiran membaca, mencatat, pengurusan masa, pengurusan diri, mendengar, mengingat dll.
 Program ini dibuat bersama PK Hem.

c) Kerjaya:

1. Inventori minat.
2. Inventori personaliti.
3. Inventori nilai.
4. Pemilikan mata pelajaran elektif.
5. Pengumpulan maklumat kerjaya.
6. Pendedahan kerjaya & peluang latihan kerjaya.
7. Penyebaran maklumat.
(Kaunselor dan guru subjek & penyelaras tingkatan)

d) Psiko Sosial & Kesejahteraan Mental:

1. Ujian Personaliti.
2. Senarai Semak Masalah.
3. Kemahiran Komunikasi.
4. Kemahiran Asertif.
5. Pengurusan Tekanan.
6. Pengekalan Penghargaan Kendiri/Self Esteem.
7. Perkembangan Keremajaan
8. Konsep Kendiri.
9. Pengendalian Kendiri.
10. Program Orentasi
(Kaunselor bersama guru agama)
e) Keibubapaan:

1. Komunikasi.
2. Kemahiran Keibubapaan.
3. Motivasi Keluarga.
(Kaunselor bersama PIBG/HEM)

f) Masalah Pelajar:

1. Kemahiran Komunikasi.
2. Kemahiran Penyelesaian Masalah.
3. PRS
4. Kemahiran Sosial.
5. Kemahiran Tegas Diri.
(Kaunselor bersama HEM dan guru disiplin)

SEKITAR PROGRAM MOTIVASI PELAJAR


Pelajar Ting.5 SMTT 2007
07.02.2007 hingga 09.02.2007
TAKWIM
UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING
TAHUN 2007

Januari
Tarikh Minggu Aktiviti Tindakan Catatan
Pengurusan bilik kaunseling dan
03.01.2007 1 Semua AJK Keceriaan bilik
maklumat yang diperlukan
Persediaan Program Motivasi pelajar
09.01.2007 2 Semua AJK Perancangan dan agihan tugas
tingkatan 5
Mesyuarat AJK unit B&K Ko-
16.01.2007 3 Semua AJK Perancangan & agihan tugas
Kurikulum kali pertama
20.01.2007 3 Program Motivasi Pelajar Tingkatan 5 Semua AJK Semua Pelajar Tingkatan 5
23.01.2007 4 Pemilihan PRS Semua AJK Pelajar Ting. 5

Februari
Tarikh Minggu Aktiviti Tindakan Catatan
Taklimat Perkhidmatan Bimbingan & Program Budaya Cemerlang
06.02.2007 1 Guru Kaunseling
Kaunseling SMTT
Mengenalpasti keperluan Pelajar
Borang Kajian& Senarai Semak
13.02.2007 2              Semua AJK
Masalah
Tingkatan 4 (RESOSS)
20.02.2007 3 Teknik Pengurusan Diri Semua AJK Pelajar T.4
23.02.2007 4 Pemilihan PRS Semua AJK Pelajar T.4

Mac
Tarikh Minggu Aktiviti Tindakan Catatan
06.03.2007 1 Persediaan Program Titian Kasih Semua AJK Perancangan dan agihan tugas
11.03.2007 hingga 19.03.2007 cuti pertengahan penggal
20.03.2007 3 Program Titian Kasih Semua Guru Penyerahan pelajar
Ujian Personaliti, Ujian Minat dan
27.03.2007 4 Guru Kaunseling Semua Pelajar T.4
Ujian Nilai Kerjaya
April
Tarikh Minggu Aktiviti Tindakan Catatan
03.04.2007 2 Teknik belajar AJK B&K Pelajar Ting 5
10.04.2007 2 Sebaran maklumat IPTA/S & Kerjaya Guru kaunseling Penceramah Luar
17.04.2007 3 Keceriaan bilik Kaunseling Semua & Pelajar Ahli PRS
24.04.2007 4 Kursus Kepimpinan AJK B&K Ahli PRS

Mei
Tarikh Minggu Aktiviti Tindakan Catatan
02.05.2007 1 Pertandingan buku skrap dan kerjaya Guru B&K Semua Pelajar
08.05.2007 2 Mesyuarat UBK kali ke 2 Semua AJK Bilik kaunseling
Teknik menghadapi peperiksaan ( fasa
15.05.2007 3 Guru kaunseling Pelajar T.5
I)
22.05.2007 4 Sebaran maklumat kerjaya Guru kaunseling Papan Kenyataan
27.05.2007 hingga 11.06.2007 cuti pertengahan tahun

Jun
Tarikh Minggu Aktiviti Tindakan Catatan
12.06.2007 2 Kemahiran berkomunikasi Guru kaunseling PRS
Perjumpaan mentor –mantee kali ke
19.06.2007 3 Semua guru Pelajar Ting 5
dua
26.06.2007 4 Kajian jejakan Guru kaunseling Pelajar Lepasan SPM

Julai
Tarikh Minggu Aktiviti Tindakan Catatan
03.07.2007 1 Kecerian bilik kauseling Guru kaunseling Kemaskini bahan
10.07.2007 2 Sebaran Maklumat Kerjaya Guru kaunseling Papan Kenyataan
17.07.2007 3 Teknik Belajar Berkesan Guru kaunseling Pelajar asrama
24.07.2007 4 Kaedah penyelesaian masalah Guru kaunseling Ahli PRS

Ogos
Tarikh Minggu Aktiviti Tindakan Catatan
01.08.2007 1 Teknik belajar Guru kaunseling PRS
07.08.2007 2 Sebaran Maklumat Kerjaya Guru kaunseling Papan Kenyataan
14.08.2007 3 Teknik Belajar Berkesan Guru dan Pelajar Ahli PRS
19.08.2007 hingga 27.08.2007 (Cuti Semester kedua)

September
Tarikh Minggu Aktiviti Tindakan Catatan
04.09.2007 1 Perjumpaan PRS Guru kaunseling Ahli PRS
Teknik menulis resume & menghadiri
11.09.2007 2 Guru kaunseling Pelajar yang berminat
temuduga
18.09.2007 3 Sebaran Maklumat UPU Guru kaunseling Pelajar Ting 5
Teknik menghadapi peperiksaan
25.09.2007 4 Guru kaunseling Pelajar Ting 5
(Fasa 2)

Oktober
Tarikh Minggu Aktiviti Tindakan Catatan
02.10.2007 1 Perjumpaan Mentor Semua guru Galakan semangat
09.10.2007 1 Perjumpaan PRS AJK & PRS Latihan Asertif
13.10.2007-22.10.2007 Peperiksaan Akhir tahun ting 4
27.10.2007 4 Mesyuarat Unit B&K kali ketiga AJK B&K Bilik kaunseling

November
Tarikh Minggu Aktiviti Tindakan Catatan
01.11.2007 1 Kemas kini dan pendokumentasian AJK B&K Data dan maklumat unit B&K
06.11.2007 2 Perancangan tahun 2007 AJK kaunseling Bilik kaunseling
13.11.2007 3 Penyerahan laporan akhir tahun Pengerusi Pentadbir
18.11.2007 hingga 03.01.2007 Cuti Akhir Tahun

You might also like