You are on page 1of 25

Mengenal pasti tema konstruk kecerdasan pelbagai secara kualitatif menggunakan

perisian Nvivo

Zarinah Binti Awang

Fakulti Pendidikan
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600, Bangi, Selangor
MALAYSIA

Abstrak

Tujuan kajian ini adalah untuk mengenalpasti tema-tema daripada dua konstruk dalam
Teori Kecerdasan Pelbagai (TKP)(Gardner 1983, 1993). Kecerdasan Pelbagai (Multiple
Intelligence) mengandungi 9 konstruk iaitu verbal linguistik, logik matematik, visual
ruang, muzik, kinestatik badan, interpersonal, intrapersonal, naturalis dan kerohanian.
Dua konstruk yang dikaji adalah verbal linguistik (vl) dan kinestetik badan (kb). Kajian
ini menggunakan kaedah kualitatif dengan menjalankan temubual secara mendalam (in-
depth interview), temubual kumpulan fokus dengan pakar bidang dan pemerhatian.
Seramai empat orang pakar bidang vl dan empat orang pakar bidang kb telah dipilih
secara bertujuan (purpossive sampling) menjadi peserta kajian ini. Protokol temubual
digunakan semasa sesi temubual mendalam dan temubual kumpulan fokus, sementara
Jadual Pemerhatian digunakan untuk memerhati aktiviti kb. Perisian Nvivo (Sidney,
2002) digunakan untuk proses menyaring data (data reduction) dan mengkod transkripsi
temubual dan mengkategori data pemerhatian mengikut tema. Proses pengkodan
dilakukan dengan kaedah perbandingan berterusan (constance comparative method)
TKP. Dapatan kajian menunjukkan terdapat 7 tema dikenalpasti bagi konstruk vl iaitu
(1) kemahiran linguistik, (2) luas pembacaan, (3) mahir dalam penulisan, (4) mahir dalam
percakapan, (5) makna perkataan, (6) keyakinan diri dan (7) pencapaian baik dalam
bahasa. Sementara itu, terdapat 12 tema dikenalpasti bagi konstruk kb iaitu (1) minat, (2)
kekerapan, (3) kelenturan (4) keseimbangan, (5) koordinasi badan, (6) kemahiran, (7)
suka, (8) meniru, (9) anggapan, (10) mengawal objek, (11) self-expression, dan (12)
visualize and transform object in space and time. Hasil kajian menunjukkan terdapat
tema-tema baru dalam kedua-dua konstruk.

1
Identification of multiple inteligence themes using nvivo software

Abstract

The purpose of this research is to identify the themes for 2 constructs of Gardner’s
(1983,1993) Multiple Intelligence Theory (MI). The MI comprise of 9 constructs
namely, verbal linguistic, logical-mathematic, musical, bodily-kinesthetic, spatial,
interpersonal, intrapersonal, naturalist and spiritual. The constructs investigated were
verbal linguistict (vl) and bodily-kinesthetic (kb). Qualitative approach were adopted in
data collection in which the researcher carried out in depth and focus group interview
with content expert and observation of kb activities. The sample of this research were
selected through purposive sampling in which four content experts in vl and kb were
selected. The interview protocol consisted of 5 open-ended question were developed.
The analysis of observation data were through kb Observation Table. The analysis of the
qualitative data were screened and coded through computer analysis tool, NVivo
software. The data were coded by comparing them with MI theory. The result identified
12 themes for kb and 7 themes for vl. The themes identified for vl were (1)linguistic skill,
(2)read a lot, (3)written skill (4) communication skill, (5) semantic (6) self confident, (7)
good achievement in linguistic, and the themes identified for kb were (1) interest (2)
frequent, (3) flexibility, (4) balancing, (5) body coordination, (6) skill, (7) fond, (8)
imitate, (9) assume (10) able to control object, (11) self-expression, and (12) visualize
and transform object in space and time. Hence the result showed the emergence of new
themes in both constructs.

2
Pengenalan

Tujuan Kajian
Kajian ini ingin mengenalpasti subkonstruk-subkonstruk bagi kontruk verbal linguistik
dan kinestetik badan berdasarkan temubual yang telah dijalankan ke atas seorang
respondan ( pakar dalam bidang tersebut ) dan membandingkan dengan subkonstruk-
subkonstruk bagi konstruk verbal linguistik dan kinestetik badan berdasarkan teori
kecerdasan pelbagai.

Tinjauan Literatur

Teori Kecerdasan Pelbagai Gardner (1983; 1993) menggariskan kecerdasan manusia


kepada lapan domain berlainan iaitu Verbal-linguistik (VL), Logik-matematik (LM),
Visual-ruang (VR), Kinestetik (KB), Muzik (MZ), Interpersonal (IE), Intrapersonal (IA),
Naturalis (NA) dan Kerohanian (KR).

Gardner menjelaskan bahawa setiap kecerdasan adalah berasingan dan tidak saling
bergantung, seseorang mungkin lemah dalam sesuatu bidang kemahiran tetapi cemerlang
dalam domain (bidang kecerdasan) yang lain. Menurut beliau lagi, setiap individu
mempunyai kelapan-lapan kecerdasan tetapi pada darjah atau kadar yang berbeza-beza
dari segi kekuatan dan kemahiran. Kecerdasan tersebut boleh dikembangkan menerusi
pendidikan, pengalaman dan persekitaran.

Secara ringkasnya, model Kecerdasan Pelbagai Gardner adalah berlandaskan kepada


prinsip-prinsip berikut :

 Setiap individu mempunyai kesemua lapan kecerdasan tetapi pada tahap


perkembangan yang berbeza.
 Kecerdasan bagi kebanyakan individu dapat mengembangkan ke satu tahap yang
cekap jika diberi galakan, pengayaan dan pengajaran yang sesuai
 Kecerdasan jarang beroperasi secara tersendiri. Beberapa kecerdasan akan
bertindak serentak dalam menghasilkan sesuatu kerja.

Sesuatu kecerdasan boleh dimanifestasikan dalam pelbagai cara dan bentuk

Verbal Linguistik
Kebolehan menggunakan bahasa, bahasa ibunda dan bahasa-bahasa lain dalam
menyatakan apa yang ada dalam minda dan untuk memahami dan mempengaruhi orang
lain. Kecerdasan verbal-linguistik membolehkan individu menggunakan perkataan lisan
atau bertulis secara berkesan. Individu yang menguasai kecerdasan verbal-linguistik
berupaya memanipulasi struktur bahasa, fonologi (bunyi bahasa), semantik (makna
bahasa), dan dimensi pragmatik (penggunaan bahasa secara praktikal). Armstrong (1994),
kepetahan berbahasa membolehkan individu mengingat maklumat, menyampaikan
sesuatu dan memperkatakan bahasa itu sendiri. Ciri-ciri individu yang memiliki
kecerdasan verbal-linguistik yang baik, termasuklah menulis karangan dengan baik;

3
Mampu bercerita dan berjenaka; Mudah mengingat nama, tempat, tarikh dan perkara
remeh-temeh; Berminat dengan permainan perkataan; suka membaca; fasih menyebut
perkataan dengan tepat; suka mendengar cerita; menguasai banyak perbendaharaan kata.

Kinestetik badan
Kecerdasan kinestetik merupakan kebolehan menggunakan keseluruhan anggota badan
untuk menyatakan idea dan perasaan. Anggota badan seperti tangan, jari dan lengan
digunakan untuk menyelesaikan masalah, membuat sesuatu atau menghasilkan sesuatu
produk. Kecerdasan kinestetik merangkumi kemahiran fizikal yang spesifik seperti
koordinasi, imbangan, kepantasan, kekuatan, keluwesan (flexibility), kelajuan dan segala
yang berkaitan kedudukan dan pergerakan badan (Armstrong 1994). Seseorang yang
mempunyai kecerdasan kinestetik mahir dalam memanipulasi objek dan aktiviti yang
melibatkan kemahiran motor halus dan kasar (Campbell 1994). Antara ciri-ciri seseorang
individu yang memiliki kecerdasan kinestetik adalah seperti berikut: Cemerlang dalam
sesuatu bidang sukan; Menggerakkan tubuh badan apabila duduk dalam tempoh yang
lama; Boleh meniru gaya orang lain; Gemar membarai dan mencantum semula sesuatu
benda; Suka menyentuh benda yang baru dijumpai; Belajar berkesan melalui gerakan;
Pandai dalam membuat kraftangan; minda berorientasikan mekanik; Bermain dengan
objek ketika mendengar; Suka aktiviti kesenian (Armstrong 1994; Campbell 1994).

Rekabentuk Kajian

Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif sebagai pendekatan kepada reka bentuk
kajian. Kajian ini menggunakan temubual individu. Dalam temubual individu, pengkaji
bertanyakan peserta tentang sesuatu isu dan pandangannya dalam isu tersebut (Yin 1994).
Menurut Yin (1994), kaedah ini menghasilkan maklumat yang mendalam dan maklumat
daripada peserta adalah biasanya kritikal bagi kejayaan kajian. Temubual individu
mempunyai beberapa kelebihan antaranya ialah penemubual boleh mengawal arah
perbincangan dan penemubual boleh memahami dengan mendalam pengalaman dan
pandangan peserta terbabit.

Menurut Yin (1994), terdapat empat kriteria untuk menilai reka bentuk kajian iaitu
kesahan konstruk, kesahan dalaman, kesahan luaran dan kebolehpercayaan. Kesahan
konstruk melihat kepada penggunaan instrumen dan ketepatan pengukuran konstruk yang
dikaji (Yin1993). Untuk meninggikan kesahan konstruk kajian, pengkaji menyerahkan
kembali transkripsi temubual kepada peserta kajian untuk disemak. Peserta kajian boleh
menambah atau membuang mana-mana bahagian transkripsi yang difikirkan perlu.

Kebolehpercayaan reka bentuk kajian ialah kebolehan pengkaji lain untuk membuat
kajian yang sama pada masa yang lain menggunakan prosedur yang sama dan mendapat
keputusan yang sama (Yin 1993,1994). Pengkaji telah membina protokol soalan untuk
temubual. Protokol ini membantu pengkaji untuk menggunakan prosedur soalan yang
sama bagi setiap peserta kajian yang berlainan (Creswell 1994).

4
Pengkaji telah memberikan jadual pengekodan subkonstruk kepada beberapa orang
pakar untuk menilai pengekodan subtema yang akan dibuat terhadap verbatim temubual
individu.

Pengkaji memilih analisis secara pattern-matching. Semasa menganalisis data, pengkaji


menggunakan konstruk-konstruk Model Kecerdasan Pelbagai Gardner (1983,1993)
sebagai nod dan dipadankan dengan frasa-frasa daripada transkripsi temubual.
Transkripsi temubual telah dibaca dan dipadankan mengikut nod pokok yang telah
dibina.

Populasi dan sampel kajian

Penentuan dan pemilihan peserta kajian dalam kajian ini dilakukan secara bertujuan
(purposive sampling) dengan mengambil kira pengalaman luas mereka dalam bidang
yang dikaji. Kriteria pemilihan peserta kajian pula adalah berdasarkan kepada
pengalaman melebihi 10 tahun di dalam bidang masing-masing. Bagi temubual secara
mendalam konstruk vl, peserta kajian terdiri daripada empat orang pakar dalam bidang
bahasa iaitu jurulatih Bahasa Melayu, Guru ketua bidang Bahasa Melayu Sekolah
Menengah, Pensyarah Komunikasi dan Sasterawan. Manakala bagi konstruk kb pula,
seorang pakar iaitu merupakan seorang jurulatih dan pengadil Tae Kwan Do di peringkat
kebangsaan. Sementara bagi temubual kumpulan fokus, peserta kajian terdiri daripada
tiga orang iaitu seorang pensyarah dalam bidang sukan dari salah sebuah IPTA, seorang
Pegawai Kebudayaan dari Istana Budaya dan seorang guru Pendidikan Seni di salah
sebuah sekolah menengah di sekitar Kajang.

Instrumen Kajian

Instrumen atau alat kajian yang digunakan ialah protokol temubual individu yang
disediakan berdasarkan teori kecerdasan pelbagai bagi konstruk visual ruang. Kelebihan
temubual individu ialah penemubual dapat berinteraksi dengan lebih mendalam serta
dapat mengawal sesi berkenaan. Oleh yang demikian, penemubual boleh mendapatkan
lebih banyak maklumat daripada peserta tersebut (Morgan, 1997). Kaedah ini juga
memberi lebih peluang kepada peserta untuk berkongsi idea dengan penemubual tanpa
diganggu oleh peserta lain. Penemubual boleh memperoleh pemahaman yang mendalam
tentang pandangan dan pengalaman peserta (Morgan, 1997). Protokol temubual telah
disemak oleh pakar dalam bidang ini.

Protokol temubual individu terdiri daripada lima soalan terbuka (open ended question)
yang berkaitan konstruk visual ruang. Soalan-soalan tersebut ialah soalan pembuka,
soalan pengenalan, soalan transisi, soalan kunci dan soalan penutup (Krueger 1994).
Menurut beliau, lima jenis soalan inilah yang membentuk rangka kepada keseluruhan
soalan terbuka yang digunakan. Soalan-soalan tersebut ialah :

1. Soalan Pembuka
 Penemubual memperkenalkan diri dan menyatakan tujuan temubual dijalankan
 Menyatakan tajuk yang difokuskan

5
 Memaklumkan bahawa responden dipilih kerana mempunyai ciri-ciri yang berkaitan
dengan topik yang akan dibincangkan. Oleh yang demikian, penemubual meminta
responden memberi kerjasama dalam memberi pendapat dan maklumat yang
berkaitan dengan topik yang dibincangkan.

2. Soalan Pengenalan
 Bagaimana saudara mula menceburi bidang kerjaya ini dan apakah pandangan
saudara terhadap bidang ini ?
 Berdasarkan pengalaman saudara, bagaimana saudara dapat mengenalpasti seseorang
yang mempunyai kepintaran visual-ruang ?
 Apakah sumbangan dan aktiviti saudara dalam bidang ini dan bagaimana teknik
untuk mempertingkatkan profesyen kerjaya ini ?
 Bagaimana saudara boleh meminati bidang ini dan apakah kriteria diri anda yang
membolehkan anda menyedari potensi untuk menceburinya ?

3. Soalan Transisi
1. Mengapa saudara suka profesyen ini dan kenapa ia memberi saudara suatu
kepuasan setelah berjaya melaksanakan tugas ?
2. Selaku seorang jurutera, bagaimanakah saudara dapat mengesan individu yang
berkebolehan dalam bidang visual ruang ?
3. Apakah ciri-ciri yang perlu ada pada seseorang yang mempunyai kepintaran
visual ruang ?

4. Soalan Kunci
 Berdasarkan pengalaman yang saudara ada, bagaimanakah saudara menilai seseorang
yang memiliki kepintaran visual ruang ?
 Bagaimanakah saudara mengklasifikasikan individu yang mempunyai kepintaran
visual ruang ?
 Memandangkan orang yang mempunyai kepintaran visual-ruang dianggap kreatif,
mengapakah mereka perlu mempunyai perlakuan sedemikian ?
 Bagaimana boleh dikategorikan individu yang mempunyai kepintaran visual ruang
berbanding individu lain ?
 Mengapakah mereka yang mempunyai kepintaran visual-ruang terlalu sensitif
terhadap sesuatu yang menarik dan mempunyai daya imaginasi yang tinggi untuk
membentuk sesuatu berkaitan dengan kreativiti ?

5. Soalan Penutup
 Sebelum saya menamatkan sesi temubual ini, adakah apa-apa maklumat yang
tertinggal atau saudara ingin tambah lagi ?
 Mengucapkan terima kasih di atas kerjasama yang telah diberikan dan akan kembali
sekiranya memerlukan maklumat lebih lanjut berkaitan perkara yang telah
dibincangkan.

Pengumpulan Data

6
Kajian ini menggunakan kaedah pengumpulan data menggunakan temubual individu
dengan hanya seorang peserta sahaja yang dipilih pada sesuatu masa. Data-data yang
dikumpul daripada temubual ini adalah daripada peserta kajian itu sendiri dan tidak
dipengaruhi oleh mana-mana pihak. Temubual individu biasanya dilakukan seperti dalam
perbualan informal tetapi telah ditentukan kategori respon peserta (Marshall & Rossman
1995, 1999).

Menurut Yin (1994:56), terdapat beberapa kemahiran yang perlu ada bagi seseorang
penemubual iaitu yang pertama ialah kemahiran bertanya soalan yang baik
(jelas dan mudah difahami). Kedua ialah kemahiran mendengar tanpa terperangkap
dengan paradigma sendiri (penemubual faham dengan jelas apa yang disampaikan oleh
peserta). Ketiga ialah penemubual boleh bertindak secara adaptif dan luwes supaya
situasi yang dihadapi dilihat sebagai peluang, bukannya halangan (penemubual boleh
membaca keadaan semasa peserta dan membuat penyesuaian dalam temubual tersebut).
Keempat ialah penemubual mengetahui sepenuhnya isu yang dikaji (membuat kajian
mendalam tentang sesuatu isu agar peserta hanya membincangkan isu dalam aspek-aspek
yang diperlukan saja). Kelima ialah penemubual perlu sensitif dan responsif terhadap
data yang bercanggah. Data-data bercanggah perlu dileraikan dan dihurai dengan cara
probing oleh penemubual terhadap peserta yang memberikan maklumat yang bercanggah.
Penemubual merumuskan hasil temubual dan seterusnya menanyakan kepada peserta
kajian jika ada apa-apa perkara yang tertinggal atau ingin ditambah dalam perbualan.

Penganalisaan Data

Analisis Data Kualitatif


Data dari temubual individu berbentuk naratif dianalisis secara kualitatif. Kaedah analisis
ini melibatkan proses transkripsi data verbatim, reduksi atau saringan data, pembinaan
tema-tema, pengekodan tema dan paparan hasil. Proses transkripsi data verbatim
dilakukan dengan perakam audio, transkriber dan komputer. Perbualan yang didengar
daripada transkriber ditranskripsi terus ke dalam program Microsoft Word.

Pengkaji telah membaca transkripsi temubual individu untuk mencari subkonstruk yang
muncul. Pengkaji membina nod pokok daripada subkonstruk yang dikenalpasti daripada
transkripsi dan Model Kecerdasan Pelbagai Gardner. Subkonstruk-subkonstruk baru yang
muncul dalam verbatim tetapi tidak termasuk dalam ciri-ciri Model Kecerdasn Pelbagai,
dimasukkan dalam nod pokok yang sama tapi dalam kelompok yang baru. Seterusnya,
pengkaji memindahkan nod pokok tersebut dan semua data yang telah ditranskripsi ke
dalam program NVivo untuk disaring dan dikodkan mengikut subkonstruk yang telah
dikenalpasti berpandukan kajian literatur dan data temu bual. Data-data yang telah
dikenalpasti dikelompokkan mengikut konstruk dan subkonstruk dan disusun dalam
bentuk gambarajah pokok yang menggambarkan perkaitan dan perbezaan antara
kelompok data. Pengkaji juga membilang frekuensi setiap subtema dalam transkripsi
tersebut (Silverman 2001).

7
Kesahan Muka

Protokol Temubual

Transkripsi

Reduksi

Tema

Unit Definisi

Rajah 1 : Proses Menganalisa Data Kualitatif

Paparan data
Gambar rajah pokok dibina untuk melihat frekuensi keseluruhan konstruk atau dan
subkonstruk yang muncul bagi temu bual individu. Selain itu jadual Coding passage
count dapat memperlihatkan dengan jelas dan cepat berhubung kekerapan munculnya
sesuatu subkonstruk dan subkonstruk mana yang paling kerap muncul (menunjukkan
kepentingan subkonstruk tersebut). Jadual frekuensi juga boleh digunakan bagi tujuan
yang sama. Jika terdapat lebih daripada seorang responden yang ditemubual, kaedah
gambarajah Venn boleh digunakan bagi memperlihatkan subkonstruk mana yang
diperkatakan oleh beberapa responden. Keadaan ini menunjukkan kepentingan
subkonstruk tersebut.

Dapatan Kajian

Analisis data kualitatif menggunakan perisian Nvivo

Demografi Peserta Kajian


Attribute tool membolehkan pengkaji menyimpan data demografik peserta kajian,
contohnya nama, pekerjaan/jawatan, pengalaman kerja dan sebagainya. Paparan NVivo
bagi maklumat demografi peserta kajian bagi konstruk vl dan kb adalah seperti
ditunjukkan pada Rajah 4.1 dan Rajah 4.2.

8
RAJAH 4.1 Paparan Senarai Peserta Kajian vl dari NVivo (Individu)

RAJAH 4.2 Paparan Senarai Peserta Kajian kb dari NVivo

9
Attribute dan nilai attribute di dalam sesuatu dokumen boleh ditambah dan
dibuang dengan mudah. Rajah 4.3 menunjukkan penambahan attribute gender yang telah
dibuat.

RAJAH 4.3 Paparan Penambahan Attribute (Gender) dari NVivo

Tema-Tema Konstruk vl
Dari analisis temubual bagi konstruk vl, terdapat tujuh tema yang telah dikenalpasti iaitu:
(1) kemahiran linguistik, (2) luas pembacaan, (3) mahir dalam penulisan, (4) mahir dalam
percakapan, (5) makna perkataan, (6) keyakinan diri dan (7) pencapaian baik dalam

10
bahasa. Empat darinya adalah tema seperti yang dicadangkan oleh Gardner iaitu
kemahiran linguistik, luas pembacaan, mahir dalam penulisan dan mahir dalam
percakapan. Terdapat tiga tema baru muncul dari analisis temu bual ini iaitu makna
perkataan, keyakinan diri dan pencapaian baik dalam bahasa.

Paparan dari NVivo dalam bentuk nod pokok bagi tema-tema yang terhasil dalam
konstruk vl ditunjukkan seperti Rajah 4.4. Berdasarkan paparan tree node tersebut tema-
tema konstruk vl kemudian diberi nama singkatan dalam bentuk kod .

RAJAH 4.4 Paparan Tema-Tema Konstruk vl dari NVivo

Dari Rajah 4.4 didapati tujuh tema yang wujud dalam konstruk vl, empat darinya
mempunyai beberapa subtema. Bagi tema kemahiran linguistik, terdapat empat subtema
dibawahnya iaitu mahir dalam nahu, guna perkataan menarik, kreatif dan guna istilah.
Bagi tema luas pembacaan, terdapat tiga subtema dibawahnya iaitu suka membaca,
perbendaharaan kata luas dan kebolehan mengingat. Bagi tema mahir dalam penulisan,
terdapat hanya satu subtema dibawahnya iaitu keluarkan idea dalam penulisan. Bagi tema
mahir dalam percakapan pula terdapat lapan subtema dibawahnya iaitu petah bercakap,
suka bercerita,suka berbual, pengaruh orang, yakinkan orang, keluar idea dalam lisan,
ikut intonasi, guna perkataan untuk berhubung. Sementara itu bagi tiga tema lagi tema
iaitu makna perkataan, keyakinan diri dan pencapaian baik dalam bahasa pula tiada
subtema yang wujud dalam ke tiga-tiganya.

11
RAJAH 4.8 Paparan Model Konstruk vl dari NVivo

12
Rajah 4.5 adalah contoh paparanNvivo bagi kedua-dua peserta kajian yang telah dibuat
coding bagi tema keluar idea dalam penulisan.

RAJAH 4.5 Paparan Coding Stripe dari NVivo (VLi-1)

13
14
RAJAH 4.6 Paparan Laporan Pengkodan Dari NVivo

15
Rajah 4.6 pula menunjukkan paparan laporan pengkodan dari perisian Nvivo.
Laporan ini membantu memaparkan hasil pengkodan yang telah dibuat dari transkripsi
temubual yang telah dijalankan.
Nilai kekerapan bagi setiap tema atau subtema boleh didapati dengan mudah
daripada coding passage count di dalam perisian NVivo. Rajah 4.7 adalah contoh
paparan daripada coding passage count bagi semua peserta kajian.

RAJAH 4.7 Paparan Tema dan Kekerapan dari NVivo

RAJAH 4.7 (sambungan )

Hasil dapatan juga menunjukkan terdapat perbezaan dari segi tema-tema yang
dinyatakan oleh peserta kajian dengan TKP yang dicadangkan oleh Gardner. Perbezaan
ini adalah disebabkan oleh perbezaan budaya yang mana mempengaruhi kecerdasan

16
pelbagai seseorang. Menurut Armstrong (2000), perkembangan kecerdasan pelbagai
seseorang pelajar bergantung kepada pendedahan dan latarbelakang budaya pelajar
tersebut. Pebezaan bahasa juga sedikit sebanyak akan mempengaruhi pentaksiran
sebenar kecerdasan pelbagai pelajar. Mori, Y (1999) telah menjalankan kajian yang
membandingkan perbezaan linguistik dan mendapati perbezaan linguistik juga
memberikan kesukaran kerana memberikan makna yang berbeza.

Kedua-dua peserta kajian menyebut tema atau subtema yang sama iaitu guna perkataan
menarik, kreatif, suka membaca, perbendaharaan kata luas, kebolehan mengingat,
keluarkan idea dalam penulisan, petah bercakap, suka berbual, keluar idea dalam lisan,
makna perkataan, keyakinan diri dan pencapaian baik dalam bahasa. Kebanyakan tema-
tema atau subtema tersebut mempunyai kekerapan yang tinggi jika dibandingkan dengan
tema-tema lain. Kekerapan yang tinggi menunjukkan kepentingan tema atau subtema
tersebut. Tema atau subtema tersebut perlu dijadikan ciri-ciri asas yang perlu dilihat
dalam mentaksir samada seseorang itu mempunyai kecerdasan verbal linguistik. Sebagai
contoh, jika individu itu dikatakan mempunyai kecerdasan verbal linguistik, beliau
sepatutnya mempunyai sekurang-kurangnya ciri-ciri berikut : menggunakan perkataan
menarik, kreatif, suka membaca, mempunyai perbendaharaan kata yang luas, mempunyai
kebolehan mengingat, keluarkan idea dalam penulisan, petah bercakap, suka berbual,
keluar idea dalam lisan, mengetahui makna perkataan, mempunyai keyakinan diri dan
pencapaian baik dalam bahasa.

Dari perbandingan yang dibuat antara tujuh tema konstruk vl yang dikenal pasti dengan
item-item di dalam instrumen MAMIT versi 1, didapati item-item tersebut hanya
mencakupi lima tema, sementara itu tiada item yang berkaitan dua lagi tema iaitu
keyakinan diri dan pencapaian baik dalam bahasa. Keadaan ini berlaku kerana instrumen
MAMIT versi 1 juga dihasilkan dari instrumen MIDAS yang dibuat terjemahan dan
pengubahsuaian dari segi penggunaan perkataan. Dengan itu, instrumen MAMIT versi 1
tidak sepenuhnya mencakupi keseluruhan tema-tema seperti yang dinyatakan oleh peserta
kajian.

Tema-Tema Konstruk kb
Analisis data bagi konstruk kb iaitu Rajah 4.8, menunjukkan terdapat dua belas (12)
tema yang telah dikenalpasti iaitu: (1) minat, (2) kekerapan, (3) kelenturan (4)
keseimbangan, (5) koordinasi badan, (6) kemahiran, (7) suka, (8) meniru, (9) anggapan,
(10) mengawal objek, (11) self-expression, dan (12) visualize and transform object in
space and time. Tema-tema kelenturan, suka, meniru dan minat adalah tema-tema baru
yang muncul dari analisis temubual yang dijalankan. Didapati tiada subtema yang wujud
di dalam ke semua tema bagi konstruk kb.

17
RAJAH 4.8 Paparan Tema-Tema Konstruk kb dari NVivo

Dengan perisian NVivo juga pengkaji dapat membuat paparan tema-tema dan
subtema di bawahnya. Ini dapat dibina dengan menggunakan model explorer seperti yang
ditunjukan dalam Rajah 4.9. Model Explorer di dalam NVivo ini boleh menghubungkan
secara terus dengan nod, dokumen atau memo (jika ada) dalam projek tersebut.

18
RAJAH 4.9 Paparan Model Konstruk kb dari NVivo

19
Daripada kedua-dua jenis temubual yang dijalankan didapati tema-tema kekerapan, minat
dan boleh / mahir adalah tema yang kerap kali diperkatakan oleh semua peserta kajian.
Ini jelas dapat dilihat dari Rajah 4.10.

RAJAH 4.10 Paparan Tema kb dan Kekerapan dari NVivo

Tema-tema ini juga adalah antara tema yang mempunyai kekerapan paling tinggi iaitu
kekerapan (f=11), minat f=10 dan boleh / mahir (f=13). Tema atau subtema tersebut perlu
dijadikan ciri-ciri asas yang perlu dilihat dalam mentaksir sama ada seseorang itu
mempunyai kecerdasan kinestetik badan. Sebagai contoh, jika individu itu dikatakan
mempunyai kecerdasan kinestetik badan, beliau sepatutnya mempunyai sekurang-
kurangnya ciri-ciri berikut : kekerapan, minat dan boleh / mahir melakukan aktiviti kb.

Dari perbandingan yang dibuat antara dua belas tema konstruk kb yang dikenal pasti
dengan item-item di dalam instrumen MAMIT versi 1, didapati item-item tersebut hanya
mencakupi enam tema dan tiada item yang berkaitan enam lagi tema iaitu anggapan,
koordinasi badan, keseimbangan badan, self-expression, kelenturan dan visualize &
transform object in space & time . Keadaan ini berlaku kerana instrumen MAMIT versi 1
juga dihasilkan dari instrumen MIDAS yang dibuat terjemahan dan pengubahsuaian dari
segi penggunaan perkataan. Oleh demikian instrumen MAMIT versi 1 tidak sepenuhnya
mencakupi keseluruhan tema-tema seperti yang dinyatakan oleh peserta kajian.

20
RAJAH 4.11 Paparan Coding Stripe dari NVivo (KBf-1)

21
Rajah 4.12 adalah paparan menggunakan perisian NVivo bagi mengira kekerapan setiap
tema diperkatakan oleh peserta kajian. Ia menggunakan coding passage count untuk
mengira bilangan ayat-ayat yang telah dikodkan dibawah tema tertentu dengan mudah.

Rajah 4.12 Paparan Tema kb dan Kekerapan dari NVivo


Pemerhatian Aktiviti kb
Selain data dari temubual, pemerhatian ke atas aktiviti pelajar berkaitan konstruk kb juga
dilakukan. Data dari pemerhatian ini dikumpulkan untuk mendapat maklumat secara
langsung berkaitan bagaimana pelajar melakukan aktiviti tersebut. Beberapa aktiviti
melibatkan konstruk kb dijalankan dan dirakam dengan mengambil foto-foto (still
pictures). Memandangkan perisian NVivo tidak mempunyai keupayaan untuk
menganalisis data-data berbentuk imej, oleh itu penerangan berkaitan pemerhatian
aktiviti ini dibuat dalam bentuk naratif. Penerangan secara naratif ini kemudiannya
dipindah dan disimpan di dalam projek bagi konstruk kb di dalam perisian NVivo untuk
dikodkan dan dianalisis.

Pemerhatian aktiviti kb dibuat terhadap dua aspek iaitu aktiviti yang melibatkan
pergerakkan motor kasar (pergerakkan sebahagian besar anggota badan) dan pergerakkan
motor halus (pergerakan jari dan sebahagian tangan). Perjalanan ke semua aktiviti
dirakam menggunakan kamera dan pengkaji juga membuat catatan ringkas. Tiga aktiviti
kb yang melibatkan pergerakan motor halus telah dipilih iaitu menganyam tikar, kaligrafi
dan membina objek menggunakan plastisin.

Dari pemerhatian, pengkaji mendapati aktiviti menganyam tikar melibatkan tema-tema


seperti minat, boleh/mahir, mengawal objek, kelenturan dan visualize & transform object
in time & space.Sementara bagi aktiviti kaligrafi, tema yang terlibat adalah minat,
boleh/mahir, mengawal objek, kelenturan dan visualize & transform object in time &

22
space. Bagi membina objek dengan plastisin pula, tema yang terlibat adalah minat,
mengawal objek, kelenturan, boleh/mahir dan visualize & transform object in time &
space.

Dari pemerhatian, pengkaji mendapati hanya tema-tema keseimbangan badan, koordinasi


badan, visualize & transform in space & time dan boleh/mahir dikenal pasti wujud di
dalam aktiviti yang melibatkan pergerakkan motor kasar.

Rumusan kajian
Pengkaji telah menjalankan beberapa sesi temubual dan pemerhatian (konstruk kb sahaja)
bagi mendapatkan data kajian. Data yang telah dikumpulkan dianalisis menggunakan
perisian NVivo. Temubual dan pemerhatian yang dijalankan telah dianalisa dan
menunjukkan bahawa kesemua tema atau subtema yang dicadangkan oleh Gardner
(1983, 1993) juga merupakan tema atau subtema yang wujud dalam temubual dengan
beberapa kemunculan beberapa tema baru dalam kedua-dua konstruk vl dan kb.

Berdasarkan hasil daripada penganalisian data kedua-dua kosntruk vl dan kb, tema-tema
telah dapat dikenal pasti. Analisis tema dijalankan bagi data berbentuk naratif (transkripsi
temubual dan catatan pemerhatian) yang melibatkan proses-proses seperti membuat
transkripsi, mereduksi, membuat koding dan memaparkan data. Analisis ini
memperlihatkan kemunculan tema-tema bagi konstruk vl dan kb seperti yang
dicadangkan oleh Gardner (1983,1993) dalam TKP, disamping termasuk juga
kemunculan tema-tema baru berdasarkan . Dapatan dari analisis data ini juga
menunjukkan wujudnya subtema di dalam beberapa tema bagi konstruk vl. Sementara
itu, tiada subtema yang wujud di dalam tema-tema bagi konstruk kb.

Implikasi Kajian
Hasil kajian ini diharap dapat memberi maklumat berguna mengenai aspek-aspek atau
tema-tema yang perlu diberi perhatian dalam membangunkan instrumen yang sesuai bagi
mencungkil kecerdasan pelbagai pelajar. Dengan itu dapatan kajian ini boleh dijadikan
asas kepada pembangunan instrumen yang mempunyai item-item yang merangkumi
aspek-aspek yang selari dengan latar belakang budaya di Malaysia.

Cadangan Kajian Lanjutan


Oleh kerana kajian ini dijalankan untik mengenalpasti tema-tema dua konstruk sahaja
iaitu konstruk vl dan kb, oleh itu adalah dicadangkan supaya kajian lanjut dijalankan
untuk mengenalpasti tema-tema bagi konstruk-konstruk lain. Kajian ini juga hanya
menggunakan temu bual secara mendalam (in-depth interview) dan kumpulan fokus
daripada peserta-peserta kajian yang terdiri daripada pakar dalam bidang masing-masing
serta pemerhatian bagi konstruk kb sebagai cara mendapatkan maklumat.

Bilangan peserta kajian juga adalah kecil iaitu terdiri daripada dua (2) orang bagi
konstruk vl dan empat (4) orang bagi konstruk kb yang mempunyai pengalaman yang
luas (melebihi 10 tahun) dalam bidang masing-masing. Kekangan masa dan tenaga
menyebabkan kajian ini hanya terhad kepada bilangan peserta kajian yang kecil sahaja.

23
Penyertaan bilangan peserta kajian yang kecil ini juga mengambil kira kaedah kajian
yang digunakan iaitu kajian kualitatif.

Bibliografi :

24
Armstrong, T. 1994. Multiple Intelligences in the classrooms. Alexandria,
Virginia:Association for Supervision Curriculum Development.

Armstrong, T. 2000. Multiple Intelligences in the Classroom 2nd Edition Alexandria,


Virginia: Association for Supervision Curriculum Development.

Campbell, L. B. (1994). The multiple intelligences handbook. Lesson Plans and more.
Stanwood, WA: Campbell and Associates.

Creswell, J. W. 1994. Research design: qualitative & quantitative approaches. Thousand


Oaks: Sage Publication.

Gardner, H. 1983. Frames of mind. London: William Heiemann Ltd.

Gardner, H. 1993. Multiple Intelligences: The Theory in Practice. New York: Basic
Book.

Krueger, R.V. 1994. Focus group: a practical guide for applied research. Ed. Ke-2.
Thousand Oaks: SAGE Publications.

Marshall, C. & Rossman, G. B. 1995. Designing qualitative research. Ed. Ke 2.


Thousand Oaks: Sage Publication.

Marshall, C. & Rossman, G. B. 1999. Designing qualitative research. Ed. Ke 3.


Thousand Oaks: Sage Publication.

Silverman, D. 2001. Interpreting qualitative data; method for analyzing talk, text and
interaction. Ed. Ke 2. London: Sage Publication.

Yin, R.K. 1994. Case Study Research: Design and Methods. Thousand Oaks: Sage
Publication.

25

You might also like