You are on page 1of 7

KERTAS KERJA

KURSUS KEPIMPINAN PERWAKILAN PELAJAR


INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA
PERINGKAT ZON TENGAH

Nama aktiviti:
Kursus Kepimpinan Perwakilan Pelajar
Institut Pendidikan Guru Malaysia
Peringkat Zon Tengah

Anjuran :
Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Ilmu Khas

Dengan Kerjasama:
Institut Pendidikan Guru Malaysia Zon Tengah

Tarikh:
17 hingga 19 April 2009
(Jumaat hingga Ahad)

Tempat:
Palace of The Golden Horses

Tema:
Perwakilan Berkesan Komitmen Berterusan

0
Latar Belakang Program

Ahli Mesyuarat Penyelarasan Perancangan Aktiviti Jawatankuasa Perwakilan


Pelajar Institut Pendidikan Guru Malaysia yang telah berlangsung pada 19 Mac 2009 di
Bilik Mesyuarat Utama, Aras 7 Blok E13, Putrajaya yang dipengerusikan oleh Yang
Mulia Tengku Adli Bin Raja Omar telah bersetuju bahawa Jawatankuasa Perwakilan
Pelajar perlu memainkan peranan yang sama, sepertimana Majlis Perwakilan Pelajar di
Institusi Pengajian Tinggi Awam.
Selain itu, ahli mesyuarat juga bersetuju bahawa perbincangan terperinci dan
bengkel perlu dijalankan supaya Jawatankuasa Perwakilan Pelajar dapat berfungsi
sebagai sebua ‘Majlis’ yang juga bersesuaian dengan Akta 174. Ahli mesyuarat juga telah
bersetuju untuk menjadikan Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Ilmu Khas
sebagai tuan rumah untuk kursus bagi peringkat Zon Tengah.

Rasional Program

Kursus Kepimpinan Perwakilan Pelajar, Institut Pendidikan Guru Malaysia


peringkat zon difikirkan perlu sebagai landasan kedua selepas kursus-kursus
kepimpinan yang dijalankan di peringkat Institut.

Tambahan lagi, kursus antara Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus


Ilmu Khas peringkat zon ini akan membolehkan perkongsian aktiviti dan standad
kerja Perwakilan pelajar ke arah penubuhan Perwakilan Pelajar yang berfungsi dan
komited di samping sebagai persediaan sebelum kursus di peringkat kebangsaan.

Objektif Program

Hasil daripada program yang dijalankan, diharap para perwakilan dapat:

1. Menyemai sikap tolong-menolong dan bertolak ansur.

2. Menimba pengalaman mengurus diri dalam sesuatu kursus.

3. Mengukuhkan semangat jati diri dalam membentuk disiplin yang mantap.

4. Membentuk pemimpin yang mempunyai keyakinan diri.

5. Mencungkil bakat yang terpendam.

1
JAWATANKUASA
KURSUS PEMANTAPAN BUDAYA KEGURUAN

AHLI JAWATANKUASA INDUK

Penaung:
Pn. Noorul Aini Binti Abdul Rahman
Pengarah Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Ilmu Khas

Penaung:
Pn. Darawisah Binti Sayuti
Timbalan Pengarah Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Ilmu Khas

Penasihat:
Encik Shaharudin Bin Suhardi
Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar
Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Ilmu Khas

2
Ahli Jawatankuasa

Yang Dipertua :Mohd Ehsan Bin Mohamed Saad

Naib Yang Dipertua :Mohd Hakim Bin Mohd Zainal

Setiausaha :Maizatun Akmar Binti Nordin

Naib Setiausaha :Shalenee a/p Sundaresan

Bendahari :Mohammad Azim Bin Mohd Kamal

Jawatankuasa Aktiviti

Pengerusi :Muhammad Zubir Bin Ibrahim


:Emma Shafiza Binti Mohd Isa

Jawatankuasa Pengangkutan

Pengerusi :Abu Halifah Bin Ibrahim


:Muhammad Nur Haziq Bin Juandi

JawatanKuasa Peralatan

Pengerusi : Kamarul Syukri Bin Kamarulzaman


: Mohd Zulhuzni Bin Abdul Razak

Jawatankuasa Hadiah

Pengerusi :Ahmad Nazimi Izzad Bin Mat Adam


:Mutmainah Binti Shaharum

Jawatankuasa Promosi/Protokol

Pengerusi :Muhamad Alif Bin Kamarudin


:Steven Khoo Kok Leong

Jawatankuasa Makanan

Pengerusi :Nurul Hana Binti Mohd Nordin


:Nazma Nizura Binti Abdul Razak

3
ANGGARAN KEWANGAN
“Kursus Pemantapan Budaya Keguruan”

Anggaran Perbelanjaan :

Pakej Pelajar : RM 55 / Orang / Hari


1. Penginapan Apartment 6 orang 1 Apartment
2. 5 kali Makan sehari
3. Dewan Seminar serta kelengkapan
(27 JPP x 6 IPGM x 2 Malam)
4. Bas (Tanggungan IPGM)

Jumlah = RM 8910.00

Anggaran Pendapatan :

Bahagian Pendidikan Guru = RM 8910.00


__________
Jumlah = RM 8910.00

Catatan :
Bayaran akan dibayar melalui L.O ke akaun berikut :
Nama Hotel :
Nama Bank :
No. Akaun :

4
Barangan Keperluan

1. Blazer
2. Baju T-Shirt berkolar
3. Baju Formal
4. Baju Kurung / Blouse berkolar (Perempuan)
5. Pakaian Sukan
6. Kasut Formal dan kasut Sukan
7. Ubat-ubatan peribadi
8. Barangan Keperluan sendiri

5
PENUTUP

Kursus Kepimpinan Perwakilan Pelajar peringkat Zon Tengah ini diharapkan dapat
mempersiap para Exco Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Institut Pendidikan Guru
Malaysia ke arah cara kerja yang lebih komited dan berkemahiran. Kursus ini juga
diharap dapat memupuk pengalaman dan memberi penjelasan khusus berkenaan gerak
kerja dan lingkungan tanggungjawab Jawatankuasa Perwakilan Pelajar.

Selain itu, kursus ini juga diharapkan dapat menjadi landasan asas ke arah menaik
taraf Jawatankuasa Perwakilan Pelajar ke standad Majlis Perwakilan Pelajar kelak.
Kursus ini juga diharapkan mampu membekalkan modal insan yang cukup kepada para
peserta ke arah pelaksanaan tugas yang lebih berkualiti.

Disediakan Oleh :

………………………………….
Mohammad Azim Bin Mohd Kamal
Bendahari Agung Kehormat
Jawatankuasa Perwakilan Pelajar
Institut Perguruan Ilmu Khas

You might also like