You are on page 1of 19

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BUGAYA

PENGAJIAN AM 1
TOPIK :
SISTEM KEHAKIMAN MALAYSIA

DISEDIAKAN OLEH :
MISIAH BINTI BAYANI
NORHAYATI BINTI ABD WAHID
SAEMAH BINTI AB WAHID
FARA SOFEA BINTI JASMIN

DISEDIAKAN UNTUK :
EN. SARULLAH BIN LASULU
PENGENALAN
SENARAI KANDUNGAN
PERKARA M/S
Bab 14 : Sistem kehakiman Malaysia

14.1 : Latar belakang kehakiman Malaysia

14.2 : Fungsi utama badan kehakiman

14.3 : Bidang kuasa badan kehakiman

14.4 : Personel kehakiman

14.5 : Cara polis menahan seseorang


14.6 : Hak-hak kebebasan diri

14.7 : Atur cara perbicaraan kes jenayah

14.8 : Contoh kes jenayah dan hukuman

14.9 : Atur cara perbicaraan kes sivil

14.10 : Kelayakan peguam bel dan peguam cara

14.11 : Perkhidmatan perundangan

14.12 : Lembaga pengampunan

14.13 : Beberapa istilah umum kehakiman

Bab 15 : Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (SPK) dan mahkamah persekutuan

15.1 : Suruhanjaya pelantikan kehakiman (SPK)

15.2 : Beberapa perkara tentang pelantikan hakim

15.3 : Penamatan jawatan hakim

15.4 : Hak istimewa hakim

15.5 : Penghinaan mahkamah

15.6 : Mahkamah persekutuan

15.7 : Rayuan untuk pengampunan kepada lembaga pengampunan

Bab 16 : Mahkamah rayuan dan Mahkamah tinggi

16.1 : Mahkamah rayuan

16.2 : Mahkamah tinggi

Bab 17 : Mahkamah Sesyen, mahkamah majistret, dan mahkamah penghulu

17.1 : Pengenalan

17.2 : Mahkamah sesyen


17.3 : Mahkamah majistret

17.3 : Mahkamah penghulu

Bab 18 : Mahkamah khas

18.1 : Mahkamah khas ( Raja-raja)

18.2 : Mahkamah syariah

18.3 : Mahkamah kanak-kanak

18.4 : Mahkamah tentera

18.5 : Mahkamah Bumiputera

18.6 : Mahkamah perusahaan

18.7 : Mahkamah buruh

Bab 19 : Badan pengadilan yang lain

19.1 : Lembaga disiplin perkhidmatan awam

19.2 : Tribunal khas

19.3 : Tribunal timbang tara ( mahkamah tuntutan kecil)

19.4 : Persatuan perubatan Malaysia

19.5 : Pesurujaya khas cukai pendapatan

19.6 : Majlis peguam

19.7 :Tribunal tuntutan pengguna

19.8 : Tribunal tuntutan pembeli rumah


14.1 LATAR BELAKANG SISTEM KEHAKIMAN MALAYSIA

1. Perlembagaan Persekutuan menentukan doktrin pengasingan kuasa.


2. Perlembagaan Persekutuan menggariskan bidang kuasa kehakiman dan
mahkamah
3. Jenis-jenis mahkamah di Malaysia adalah seperti berikut :

Mahkamah awam Mahkamah khas

Mahkamah atasan Mahkamah khas (Raja-raja)


 Mahkamah Persekutuan Mahkamah syariah
 Mahkamah Tinggi Mahkamah kanak-kanak
 Mahkamah Rayuan Mahkamah tentera
Mahkamah rendah Mahkamah bumiputera
 Mahkamah Sesyen Mahkamah perusahaan
 Mahkamah Majistret Mahkamah buruh
 Mahkamah Penghulu
 Mahkamah Koroner

14.2 FUNGSI UTAMA BADAN KEHAKIMAN

1. Melindungi hak-hak asasi manusia daripada pencerobohan pihak eksekutif,


pihak-pihak tertentu, mahupun orang perseorangan
2. Berkuasa untuk mentafsirkan Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang
3. Menyemak undang-undang parlimen, Dewan Undang Negeri, dan pertubuhan
4. Mengisytiharkan sesuatu undang-undang atau tindakan tertentu tidak sah jika
diminta
5. Membatalkan undang-undang yang bercanggahan dengan Perlembagaan
Persekutuan setakat mana undang-undang itu bercanggahan
6. Menjadi pentadbir keadilan dalam kes-kes sivil dan jenayah di Malaysia
7. Menjadi pentadbir keadilan dalam kes-kes yang berlaku dalam kapal atau kapal
terbang yang didaftarkan di Malaysia ( sungguhpun kapal dan kapal terbang itu
berada di ruang atau lautan antarabangsa).

14.3 BIDANG KUASA BADAN KEHAKIMAN

1. Badan kehakiman bebas daripada pengaruh mana-mana pihak


2. Badan kehakiman berkuasa untuk membuat apa-apa keputusan berpandukan
fakta yang diberikan dalam mahkamah
3. Keputusan mahkamah seperti hukuman dan denda tidak semestinya muktamad
kerana melalui Lembaga pengampunan:
a. Yang di-Pertuan Agong boleh mengurangkan hukuman atau mangampuni
pesalah yang disabitkan dengan kesalahan jenayah di
i. Mahkamah tentera di seluruh Malaysia
ii. Mahkamah syariah di negeri-negeri yang tidak beraja, negeri baginda, dan
Wilayah-wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya
iii. Mahkamah awam di Wilayah-wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan
dan Putrajaya.
b. Raja, sultan , atau Yang di –Pertuan Besar boleh mengurangkan hukuman atau
mengampuni seseorang pesalah yang disabitkan dengan kesalahan di
i. Mahkamah awam di negeri baginda
ii. Mahkamah syariah di negeri baginda
c. Yang di-Pertua Negeri boleh mengurangkan hukuman atau mengampuni
seseorang pesalah yang disabitkan dengan lkesalahan di mahkamah awam di
negeri beliau sahaja.
14.4 PERSONEL KEHAKIMAN

1. Mengikut Perlembagaan Persekutuan, Mahkamah Persekutuan mengandungi


Ketua Hakim Negara, Presiden Mahkamah Rayuan, tujuh orang Hakim
Mahkamah Persekutuan, Pendaftar, Jurubahasa, Bailif, dan sebagainya.
2. Mahakamah Tinggi Malaya pula terdiri daripada Hakim Besar dan 47 orang
hakim yang lain serta kakitangan masing-masing.
3. Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak mengandungi seorang Hakim Besar dan
10 orang hakim yang lain serta kakitangan masing-masing.
4. Bilangan hakim boleh ditentukan mengikut perintah Yang di-Pertuan Agong.
5. Pesurujaya Kehakiman yang bertaraf Hakim Mahkamah Tinggi juga dilantik.
6. Mahkamah Sesyen terdiri daripada hakim Mahkamah Sesyen dan pegawai-
pegawainya.
7. Mahkamah Majistret terdiri daripada majistret sebagai hakim dan pegawai-
pegawainya.
8. Mahkamah Penghulu terdiri daripada Penghulu sebagai hakim tanpa pegawai
lain.

14.5 CARA POLIS MENAHAN SESEORANG

1. Secara umumnya, proses yang berikut diikuti sebelum seseorang ditahan:


a. Seseorang membuat laporan yang dicatatkan dalam buku laporan polis
b. Polis membuat siasatan dan dakwaan jika terdapat bukti
c. Polis menangkap orang yang disyaki dalam suatu operasi
d. Polis mendapatkan waran untuk menangkap orang yang disyaki atau
menggeledah rumah yang disyaki, jika terdapat bukti kes akan dibawah kw
mahkamah.
2. Bagi kes kesalahan kompaun, denda akan dikenakan: jika pesalahtidak
membayarnya, kes itu akan dibawah ke mahkamah.
3. Bagi kes jenayah yang menyalahi Undang-undang Kanun Keseksaan Jenayah,
perbicaraan di mahkamah diperlukan.
4. Seseorang yang ditahan polis dan menunggu perbicaraan di mahkamah boleh
dilepaskan daripada tahanan polis (reman) melalui ikat jamin, iaitu deposit wang
dan penyerahan passport kepada mahkamah jika perlu (hanya untuk kes bukan
jenayah berat).
5. Seseorang boleh dihadapkan ke mahkamah atau ditahan polis atas tuduhan
jenayah melalui:
a. Perintah saman mahkamah
Dokumen yang mengandungi butir kesalahan dan mewajibkan tertuduh hadir
di mahkamah pada hari dan masa yang ditetapkan
b. Waran tangkap
Perintah yang diperoleh polis daripada mahkamah untuk menangkap orang
yang dinamakan dalam waran tangkap tersebut.
c. Penangkapan tanpa waran
Boleh dilakukan mengikut Jadual Pertama Kanun Acara Jenayah, untuk
kesalahan-kesalahan seperti rusuhan, pemalsuan mata wang, an
perhimpunan haram

14.2 HAK-HAK KEBEBASAN DIRI

1. Seseorang yang ditangkap oleh pihak polis hendaklah diberitahu tentang sebab-
sebab dia ditangkap dengan seberapa segera yang boleh
2. Seseorang tidak boleh ditahan pihak polis lebih daripada 24 jamkecuali selepas
di bawah kehadapan seorang majistret untuk mendapatkan perintah tahanan.
3. Seseorang yang ditahan hendaklah dibenarkan berunding dengan peguam yang
dipilihnya dan dibela oleh peguam itu.
4. Seseorang yang dituduh dibenarkan membela diri di mahkamah melalui peguam
bela atau diri sendiri untuk melawan dakwaan terhadapnya.
5. Seseorang mesti dibebaskan sekiranya tiada dakwaan dibuat
6. Jika seseorang ditahan oleh pihak polis tidak mengikut undang-undang, dia
boleh memohon habeas corpus di mahkamah untuk membebaskan dirinya
7. Seseorang yang telah dibebaskan daripada sesuatu kesalahan atau disabitkan
dengan sesuatu kesalahan tidak boleh dibicarakan semula kerana kesalahan itu.

Sekatan Terhadap Hak-hak Kebebasan Diri

1. Mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), kerajaan berkuasa untuk


menahan seseorang tanpa perbicaraan selama 2 tahun; namun orang tahana
berhak memohon habeas corpus di mahkamah untuk membebaskan dirinya.
2. Seseorang boleh dibuang daerah sungguhpun kurang bukti terhadap
kesalahannya, misalnya dalam kes rasuah sukan, kongsi gelap, dan ketua
sindiket pelacuran; pihak polis perlu mendapatkan perintah mahkamah tanoa
melalui perbicaraan.
3. Selain hukuman penjara, seseorang pesalah juga boleh dibuang daerah setelah
tamat tempoh hukumannya.

14.7 ATUR CARA PERBICARAAN KES JENAYAH


1. Secara umumnya, proses yang berikut dilalui dalam sesuatu perbicaraan kes
jenayah:
a. Pihak yang mendakwa dalam kes jenayah serius terdiri daripada Peguam
Negara atau Penolong Kanan Pendakwa Raya, Jabatan Peguam Negara
b. Pendakwa mananggung beban bukti, iaitu terpaksa membuktikan bahawa
tertuduh bersalah (membentangkan bukti sehingga tidak ada syak wasangka
yang munasabah)
c. Pihak pendakwa dan peguam bela boleh memanggil saksi untuk memberikan
keterangan di mahkamah; saksi pihak pendakwa akan dibimbing oleh
pendakwa untuk memberikan keterangan
d. Kemudian, saksi akan disoal balas oleh peguam bela
e. Selepas itu, peguam bela menggulung hujah diikuti oleh pihak pendakwa
f. Sekiranya hakim tidak percaya akan bukti yang dikemukakan oleh pihak
pendakwa, tertuduh akan dibebaskan tanpa dipanggil untuk membela diri
g. Jika wujud prima facie, (bukti luaran yang jelas bahawa tertuduh bersalah),
hakim akan mengarahkan tertuduh untuk membela diri.
2. Tertuduh boleh membela diri melalui 3 cara yang berikut :
a. Memberikan keterangan di kandang orang bersalah ; dia tidak boleh
dikenakan pemeriksaan balas oleh pihak pendakwa
b. Memberikan keterangan bersumpah dan ini tertakluk kepada soal siasat
pihak pendakwa
c. Berdiam diri di mahkamah
3. Dalam ketiga-tiga keadaan, jika tertuduh dibela oleh peguam, peguam bela akan
membimbingnya dalam menjawab soalan atau mengambil keputusan berdiam
diri.
4. Hakim akan mendengar hujah pihak pendakwa dak pembela, kemudian akan
membuat keputusan sama ada tertuduh harus dijatuhi hukuman atau
dibebaskan.
5. Sekiranya bukti terhadap tertuduh kurang jelas dan kurang meyakinkan, tertuduh
mesti dibebaskan (kelebihan keraguan diberikan kepada tertuduh)
6. Hakim boleh melarang media massa, peguam bela dan pihak pendakwa
daripada menyentuh sesuatu hak atau menyebarkan sesuatu maklumat.
7. Tindakan, kata-kata, dan keputusan hakimketika mendengar kes tidak boleh
menyebabkan hakim didakwa.

14.8 CONTOH KES JENAYAH DAN HUKUMANNYA

KES HUKUMAN
Melawan Yang di-Pertuan Agong, raja, Hukuman mati
sultan, Yang di-Pertuan Besar
Membunuh dengan niat Hukuman mati
Membunuh tanpa niat Penjara maksimum 20 tahun
Cuba membunuh diri Penjara 1 tahun dan denda
Memiliki dadah di bawa Akta Dadah Hukuman mati mandatory
Berbahaya (seksyen 39B), iaitu memiliki
heroin melebihi 15 g atau pil ekstasi
,melebihi 50 g dan dianggap sebagai
pengedr dadah
Menggugurkan atau membunuh anak Penjara maksimum 20 tahun
Memiliki dadah di bawah Akta Dadah Pejara seumur hidup
Berbahaya (seksyen 39A)
Merompak dan menyebabkan kematian Hukuman mati
Merompak dengan senjata api Hukuman mati
Menculik Hukuman mati
Menyebabkan kecederaan parah dengan Penjara maksimum 7 tahun atau denda
sengaja
Merogol Penjara 5 hingga 20 tahun dan sebat
mandatori
Menganiaya kanak-kanak Penjara maksimum 5 tahun dan sebat
mandatori
Memeras ugut Penjara maksimum 10 tahun, denda dan
sebat
Memberikan maklumat palsu di Penjara maksimum 20 tahun
mahkamah sehingga boleh mencetuskan
kematian seseorang
Memberikan maklumat palsu di Penjara maksimum 7 tahun
mahkamah
Mencuri Penjara maksimum 10 tahun
KES HUKUMAN
Memandu kenderaan secara cuai dan Penjara maksimum 20 tahun
berbahaya sehingga menyebabkan
kematian
Jenayah kolar putih Penjara maksimum 20 tahun dan sebat
mandatori
Berniaga harta curi Penjara maksimum 20 tahun dan sebat
Megeluarkan perkataan atau isyarat yang Penjara maksimum 5 tahun dan denda
bermaksud mengaibkan kehormatan
seseorang
Menyamar sebagai kakitangan kerajaan Penjara maksimum 2 tahun dan denda
Menghina tenpat sembahyang mana- Penjara maksimum 2 tahun dan denda
mana agama
Membocorkan rahsia negara Penjara 4 tahun mandatori

14.9 ATUR CARA PERBICARAAN KES SIVIL


1. Kes sivil boleh dikelaskan seperti yang berikut:
a. Tuntutan ganti rugi/pampasan
b. Pertikaian hak seperti hak atas tanah, anak dan sebagainya
c. Perceraian
d. Mendapatkan perintah dan pengisytiharan mahkamah.
2. Dalam kes sivil, pihak berkuasa seperti pihak polis tidak mendakwa orang yang
berkenaan.
3. Pihak-pihak yang terlibat akan mengupah peguam untuk mewakili mereka di
mahkamah.
4. Peguam plaintif bertindak di mahkamah untuk menuntut pampasan, bayaran
saraan, ataupun meminta mahkamah mengeluarkan perintah serta
pengisytiharan.
5. Plaintif (pihak yang menuntut) akan mengemukakan afidavit di mahkamah dan
memohon writ mahkamah untuk diserahkan kepada defendan (pihak yang kena
tuntut).
6. Penyampaian writ boleh melalui peguam plaintif, bailiff mahkamah, ataupun
melalui iklan di surat khabar.
7. Pihak defendan akan membela diri melalui surat guaman “penemuan dokumen”.
8. Dalam perbicaraan di mahkamah, kedua-dua pihak akan membentangkan
keterangan masing-masing.
9. Penyelesaian di luar mahkamah boleh dibuat
10. Perbicaraan adalah terbuka.
11. Pihak yang kalah dalam perbicaraan akan dikehendaki untuk membayar kos
perbicaraan (kos perbicaraan termasuklah kos mengupah peguam, segala
perbelanjaan kes dan sebagainya).
12. Keputusan mahkamah termasuklah:
a. Orang yang didapati bersalah akan membayar ganti rugi atau saraan kepada
orang yang mendakwanya atau kos perbicaraan atau kedua-duanya
b. Hakim mengeluarkan perintah atau pengisytiharan dalam kes-kes rebutan
anak, perceraian, harta pusaka atau tuntutan ganri rugi
c. Sekiranya pihak yang menuntut gagal dalam kes sivilnya, dia boleh
dikenakan kos perbicaraan

14.10 KELAYAKAN PEGUAM BELA DAN PEGUAM CARA

1. Memproleh Sarjana Muda Undang-undang (LLB) dari university tempatan


2. Menjalani latihan dalam syarikat guaman
3. Lulus peperiksaan yang dikendalikan oleh Majlis Peguam Malaysia jika
seseorang itu mendapat ijazah undang-undangnya dari luar Negara.
4. Menjadi anggota Majlis Peguam Malaysia.
14.11 PERKHIDMATAN PERUNDANGAN

Peguam Negara

1. Peguam Negara dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana
Menteri.
2. Status Peguam Negara adalah sama dengan hakim Mahkamah Persekutuan
kerana kerana beliau mempunyai kelayakan seperti hakim Mahkamah
Persekutuan.
3. Peguam Negara memgang jawatan selama yang diperkenankan oleh Yang di-
Pertuan Agong.
4. Beliau boleh meletakkan jawatan pada bila-bila masa tetapi hanya boleh dipecat
oleh Yang di-Pertuan Agong melalui tribunal.
5. Tugas Peguam Negara adalah seperti berikut:
a. Menasihati Yang di-Pertuan Agong tentang undangp-undang
b. Menasihati Kabinet atau mana-mana menteri tentang undang-undang
c. Menjadi pendakwa raya bagi pihak kerajaan dalam kes jenayah
d. Meninjau laporan siasatan polis, Badan Pencegah Rasuah, dan badab
penguatkuasa yang lain; kemudian membuat keputusan untuk mendakwa
orang yang disiasat jika terdapat bukti yang mencukupi
6. Antara bidang kuasa Peguam Negara adalah seperti berikut:
a. Kuasa budi bicara untuk membawa, menjalankan, atau memberhentikan
sebarang perbicaraan tentang sesuatu kesalahan di mahkamah
b. Kuasa untuk menentukan mahkamah yang beliau akan memulakan
oendakwaan kes
c. Kuasa untuk menentukan mahkamah sesuatu prosiding dipindahkan
d. Berhak untuk didengar dalam mana-mana- mahkamah atau tribunal di
Persekutuan
e. Mempunyai keutamaan yang mengatasi mana-mana orang lain yang hadir di
mahkamah atau tribunal itu.

Peguam Cara Negara dan Penggubal Undang-undang Parlimen

1. Peguam Cara Negara membantu Peguam Negara, dan boleh menjalankan


mana-mana fungsi yang boleh dijalankan oleh Peguam Negara.
2. Peguam Cara Negara akan menggantikan tempat Peguam Negara jika Peguam
Negara tidak dapat melaksanakan tugas beliau atas sebab-sebab tertentu.
3. Penggubal Undang-undang Parlimen pula menjalankan tugas-tugas yang
berikut:
a. Menyediakan dan menyemak draf rang undang-undang yang dimaksudkan
oleh Parlimen
b. Menyediakan dan menyemak draf perundangan subsidiari yang hendak
dibuat di bawah Akta Persekutuan, Ordinan, dan Enakmen.

Biro Bantuan Guaman

1. Biro Bantuan Guaman ialah badan kerajaan yang memberikan bantuan


perundangan dari segi nasihat dan juga bantuan guaman dalam perkara-perkara
yang berkaitan dengan undang-undang kepada orang yang kurang
berkemampuan atau tidak mampu melantik peguam swasta bagi mewakili
mereka di mahkamah.
2. Bidang kuasa Biro Bantuan Guaman ialah:
a. Kes-kes kekeluargaan syariah
b. Kes-kes kekeluargaan sivil
c. Kes-kes sivil (seperti pampasan pekerja, harta pusaka kecil, tuntutan
kemalangan jalan raya, pinjaman wang, sewa beli, sewa-menyewa,
pengambilan anak angkat, dan tuntutan pengguna).
d. Kes-kes jenayah (seperti pengakuan salah jenayah, jenayah kanak-kanak,
dan kesalahan kecil jenayah)
e. Nasihat guaman dalan semua perkara undang-undang.
3. kelayakan seseorang untuk mendapatkan bantuan guaman ditentukan melalui
ujian kemampuan.
4. Terdapat dua kategori orang orang yang layak mendapat bantuan guaman.
a. Kategori pertama- bantuan guaman percuma
Pendapatan boleh guna pemohon tidak melebihi RM 3000 setahun dan
memiliki modal boleh guna bernilai tidak melebihi RM 2000.
b. Kategori kedua- bantuan guaman dengan sumbangan
 Pendapatan boleh guna pemohon melebihi RM 3000 tetapi tidak
melebihi RM 12 000 setahun dan memiliki modal guna bernilai
melebihi RM 2000 tetapi tidak melebihi RM 13 000.
 Sekiranya pemohon layak diberi bantuan guaman di bawah kategori ke
dua, pemohon perlu membayar sejumlah RM 300 sebagai sumbangan
kepada Biro Bantuan Guaman.

5. Maksud pendapatan boleh guna


Pendapatan pemohon serta pendapatan suami/isteri pemohon jika ada, dalam
masa 12 bulan sebelum sahaja permohonan bantuan guaman dibuat setelah
ditolak
 RM 2 000 sebagai pendahuluan diri
 RM 1 000 bagi setiap tanggungan pemohon;
 RM 1500 bagi sewa rumah dan
 Sumbangan sebenarnya kepada KWSP dan PERKESO.
6. Maksud modal boleh guna
harta yang dimiliki oleh pemohon tetapi tidak termasuk
 Harta yang menjadi perkara perbicaraan
 Pakaian pemohon
 Alat-alat mata pencarian pemohon
 Perabot rumah tangga yang perlu digunakan oleh pemohon dalam
rumahnya
 Sebuah rumah kediaman yang dipunyai, digunakan dan diduduki oleh
pemohon dan keluarganya sebagai rumah yang ditaksirkan mengikut nilai
tahunan sebanyak tidak lebih daripada RM 2 500
 Apa-apa alat pengangkutan yang nilainya tidak lebih daripada RM 3000.

Pesurujaya Sumpah

1. Pesurujaya Sumpah dilantik oleh Suruhanjaya Sumpah Malaysia yang terdiri


daripada suatu panel hakim.
2. Pesurujaya Sumpah merupakan saksi yang sah kepada akuan bersumpah
seseorang.
3. Tugas Pesurujaya Sumpah adalah untuk menasihati orang yang membuat
afidavit atau akuan bersumpah bertulis tentang kesannya jika mereka
berbohong.
4. Afidavit itu akan menjadi dokumen sah di mahkamah kerana disaksikan oleh
Pesurujaya Sumpah.
5. Jika seseorang memberikan akuan palsu dalam afidavitnya, dia boleh dijatuhi
hukuman penjara oleh mahkamah.
6. Orang ramai perlu membayar untuk mendapat khidmat Pesurujaya Sumpah.

14.12 LEMBAGA PENGAMPUNAN


1. Lembaga pengampunan ditubuhkan di setiap negeri bagi mendengar dan
mempertimbangkan rayuan pengampunan daripada seseorang yang disabitkan
dengan kesalahan oleh mahkamah.
2. Lembaga Pengampunan menasihati Yang di-Pertuan Agong, raja, atau Yang di-
Pertua Negeri dalam menjalankan kuasa pengampunan.
3. Yang di-Pertuan Agong berkuasa untuk mengampunkan dan menangguhkan
hukuman atau meremit, menggantung dan mengurangkan hukuman yang
dijatuhkan oleh
a. Mahkamah awam di Wilayah-wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan
dan Putrajaya;
b. Mahkamah Syariah di Melaka, Pulau Pinang , Sabah , Sarawak dan Wilaya-
wilayah Persekutuan Kuala Lumpur , Labuan dan Putrajaya;
c. Mahkamah Tentera
4. Raja berkuasa untuk mengampunkan dan menangguhkan atau meremit,
menggantung dan mengurangkan hukuman yang dijatuhkan oleh mahkamah
awam di negeri baginda.
5. Yang di-Pertua Negeri berkuasa untuk mengampunkan dan menangguhkan
hukuman atau meremit, menggantung dan mengurangkan hukuman yang
dijatuhkan oleh mahkamah awam di negeri beliau.

Keanggotaan dan Proses Lembaga Pengampunan

1. Menurut Perkara 42 Fasal (5) Perlembagaan Persekutuan, Lembaga


Pengampunan bagi setiap negeri terdiri daripada anggota-anggota yang berikut:
a. Peguan Negara Persekutuan
b. Menteri Besar atau Ketue Menteri
c. Tidak lebih daripada tiga orang anggota lain yang dilantik olh raja atau Yang
di-Pertua Negeri
2. Anggota-anggota yang dilantik oleh raja atau Yang di-Pertua Negeri berkhidmat
selama dan boleh dilantik semula , tetapi boleh meletakkan jawatan pada bila-
bila masa.
3. Lembaga Pengampunan bermesyuarat di hadapan raja atau Yang di Pertua
Negeri dan raja atau Yang di-Pertua Negeri hendaklah mengetuai mesyuarat itu.
4. Sebelum Lembaga Pengampunan menasihati raja atau Yang di-Pertua Negeri
tentang sebarang perkara, lembaga itu hendaklah menimbangkan pendapat
bertulis yang mungkin diberikan oleh Peguam nrgara tentang perkara itu.
5. Menurut Perkara 42 Fasal (11) Perlembagaan persekutuan, hendaklah
ditubuhkan Lembaga Pengampunan bagi Wilayah-wilayah Persekutuan Kuala
Lumpur, Labuan dan Putrajaya.
a. Lembaga ini diketuai oleh Peguam Negara, Menteri Wilayah Persekutuan dan
Kesejahteraan Bandar, dan tidak melebihi tiga orang anggota lain yang
dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong.
b. Lembaga ini bermesyuarat di hadapan Yang di-Pertuan Agong dan baginga
hendaklah mengetuai mesyuarat itu.

Pengampunan bagi Yang di-Pertuan Agong, raja, dan Yang di-Pertua Negeri serta
Kaum Keluarganya

1. Bagi pengampunan yang berkenaan dengan Yang di-Pertuan Agong, raja atau
permaisurinya, kuasa pengampunan hendaklah dijalankan oleh Majlis Raja-raja
dengan tertakluk kepada peruntukan-peruntukan berikut:
a. Apabila menghadiri prosiding, Yang di-Pertuan Agong tidak boleh disertai
Perdan Menteri dan raja tidak boleh disertai Menteri Besar.
b. Sebelum membuat keputusannya tentang sebarang perkara, Majlis Raja-raja
hendaklah menimbangkan pendapat bertulis yang mungkin diberikan oleh
Peguam Negara tentang perkara itu.
2. Bagi pengampunan yang dikehendaki dijalankan oleh Yang di-Pertuan Agong
atau raja berkenaan dengan anak-anaknya, kuasa pengampunan itu hendaklah
dijalankan oleh seorang raja yang dinamakan oleh Majlis Raja-raja dan raja itu
hendaklah bertindak mengikut nasihat Lembaga Pengampunan yang relevan
yang ditubuhkan untuk tujuan tersebut.
3. Bagi pengampunan yang dikehendaki dijalankan oleh Yang di-Pertua Negeri
berkenaan dirinya, isterinya atau anak-anaknya, kuasa pengampunan itu
hendaklah dijalankan oleh Yang di-Pertuan Agong yang bertindak mengikut
nasihat Lembaga Pengampunan yang relevan yang ditubuhkan bagi negeri itu
dan dipengerusikan oleh baginda.

14.13 BEBERAPA ISTILAH UMUM KEHAKIMAN

Sila rujuk lampiran 1:


LAMPIRAN

LAMPIRAN 1 : BEBERAPA ISTILAH UMUM KEHAKIMAN

ISTILAH HURAIAN
Alibi Bukti yang menunjukkan bahawa
seseorang tidak berada di tempat kejadian
ketika sesuatu jenayah dilakukan
Afidavit Dokemen bersumpah yang mencatatkan
kenyataan pengakuan seseorang tentang
sesuatu hal baik dalam kes jenayah atau
kes sivil ; sebarang penipuan dalan
afidavit boleh menyebabkan pembuatnya
dijatuhi hukuman penjara ; dokumen ini
akan dibuktikan dalam mahkamah
Certiorari Perintah mahkamah untuk mengetepikan
keputusan yang dibuat oleh mahkamah
yang lebih rendah
Habeas corpus Perintah mahkamah supaya seseorang
dilepaskan daripada tahanan yang tidak
mengikut undang-undang
Injunksi Perintah bertulis mahkamah yang
menghendaki sesuatu pihak dalam
sesuatu tindakan melakukan atau tidak
melakukan sesuatu
Mandamus Perintah mahkamah untuk memaksa
pelaksanaan suuatu kewajipan awam
yang tertentu
Sine die Menangguhkan sesuatu kes hingga suatu
tarikh yang belum ditetapkan
Prima facie Mempunyai bukti-bukti yanh kukuh untuk
memulakan pendakwaan sesuatu kes
Saman Dokumen bertulis yang dikeluarkan oleh
mahkamah yang mengandungi butir
tuduhan dan mewajibkan orang yang
disaman itu hadir di mahkamah pada
tarikh dam masa yang ditetapkan
Sapina Arahan kepada seseorang untuk hadir di
mahkamah pada sesuatu masa untuk
menjadi saksi berkaitan dengan
perbicaraan
Waran Perintah yang memberikan kuasa kepada
polis atau pihak berkuasa yang lain untuk
menangkap orang yang dinamakan dalam
waran
Writ  Dokumen yang dikeluarkan oleh
mahkamah bagi memrintahkan
defendan (pihak yang kena tuntut)
dalam kes sivil supaya hadir di
mahkamah pada tarikh dan masa
yang ditetapkan
 Perintah yang dikeluarkan oleh
mahkamah yang menggariskan
tindakan-tindakan yang perlu
dipatuhi sesuatu pihak atau oleh
kedua-dua pihak dalam kes sivil
Bona fide Dengan niat baik atau secara jujur
Mala fide Dengan niat jahat atau secara curang
Intra vires Di luar bidang kuasa seseorang, pihak
berkuasa, dll
Ultra vires Dalam bidang kuasa seseorang, pihak
berkuasa, dll

You might also like