You are on page 1of 5

Cabang-cabang

Cabang-cabang
Falsafah
Falsafah
Pendidikan
Pendidikan
Pendahuluan
Konsep falsafah, pendidikan dan falsafah pendidikan adalah antara beberapa
konsep yang kebanyakan sarjana pendidikan tidak bersepakat dalam
memberi takrif yang jelas dan terperinci.
Ketiga-tiga konsep tersebut
mempunyai tradisi dan ruang lingkup yang amat luas, yang tidak kurang pula
dipenuhi oleh mazhab-mazhab atau aliran-aliran tertentu. Bab ini akan
menghuraikan secara ringkas ketiga-tiga konsep tersebut dan juga perkaitan
antara falsafah, pendidikan dan falsafah pendidikan dalam sesuatu sistem
pendidikan.
Takrif Falsafah
Dalam bab yang lepas telah dinyatakan bahawa istilah falsafah (philosophy)
berasal daripada dua perkataan Yunani, iaitup h i l i e s yang bererti suka atau
cinta; dans o p h i a yang bererti kebijaksanaan atau hikmah. Oleh itu, seorang
ahli falsafah atauf i l o s o f adalah seorang yang cinta kepada kebijaksanaan
atau hikmah. Namun, hikmah dan pengetahuan bukanlah konsep yang sama.
Pengetahuan merujuk kepada maklumat sedangkan hikmah mengandungi
unsur-unsur kematangan berfikir, jauh pandangan dan memiliki basirah
(insight ) terhadap setiap tinjauan dan pengamatan yang dengan
menggunakan pengetahuan semata-mata seseorang itu tidak mampu
mencapainya.
Sifat ini jelas terpancar pada diri seorang filosof Greek tersohor, iaitu
Socrates yang apabila diberitahu bahawa dia telah dianggap sebagai seorang
yang paling bijaksana di Athens, dia telah menafikannya. Malah, dia dengan
tegas pula mengatakan bahawa kebijaksanaannya itu adalah justeru
kesedarannya sendiri tentang kejahilannya.
Dia tidak mencapai
kebijaksanaan tetapi mencari kefahaman tentang isu-isu dalam kehidupan.
Kata Socrates lagi , “aku hanya seorang pencinta kebijaksanaan”.
Kneller (1971) telah membincangkan tiga stail falsafah yang
dikategorikan beliau sebagai berikut:
a) Falsafah spekulatif, iatu satu cara pemikiran yang sistematik mengenai
semua yang wujud sebagai satu keseluruhan. Ia juga satu proses mencari
susunan dan keseluruhan yang tidak hanya tertentu kepada satu item atau
pengalaman, tetapi kepada semua pengetahuan dan pengalaman.
Ringkasnya, falsafah spekulatif ialah satu usaha untuk mencari satu
kesepaduan bagi semua pemikiran dan pengalaman. Tujuannya ialah
untuk memahami semua perkara yang berbeza yang ditemui bersama dan
membentuk satu keseluruhan yang bermakna.

b) Falsafah preskriptif, iaitu stail falsafah yang cuba menetapkan standard


untuk mempertimbangkan nilai, kelakuan dan menghargai seni. Ia juga
mengkaji apa yang dikatakan baik dan buruk, betul dan salah, cantik dan
hodoh, dan sebagainya. Selain itu, falsafah ini turut bertanyakan sama ada
kualiti tersebut terdapat pada perkara itu sendiri atau hanya muncul
daripada pemikiran kita sahaja. Misalnya, kepada ahli psikologi, pelbagai
bentuk tingkah laku manusia dari segi moral adalah tidak pasti baik
buruknya, namun kepada ahli falsafah preskriptif, ia sentiasa berusaha
untuk mencari dan mengesyorkan prinsip untuk menentukan apakah
tindakan dan kualiti yang berfaedah, dan kenapa ianya harus begitu.
c) Falsafah analitik, iaitu stail falsafah yang memberi tumpuan kepada
perkataan dan makna perkataan-perkataan tersebut. Ia juga menganalisis
kenyataan-kenyataan spekulatif dan preskriptif dalam usaha untuk
mempertimbangkan makna-makna yang berbeza dalam konteks yang
berlainan. Falsafah ini turut menunjukkan bagaimana ketidak seragaman
mungkin timbul apabila makna yang sesuai dalam konteks tertentu telah
dibawa dalam konteks yang berlainan. Falsafah analitik bersikap berhati-
hati, skeptik dan tidak begitu cenderung untuk membina sistem-sistem
pemikiran.
DalamH in d u is m e, falsafah (darsana ) bererti “melihat ke dalam” dan
menggunakannya untuk menyelesaikan masalah kehidupan seharian. Oleh
itu, falsafah bukan sekadar untuk memperolehi pengetahuan kerana
pengetahuan semata-mata atau untuk memuaskan rasa ingin tahu, tetapi
untuk mengungkapkan jenis kehidupan tertinggi serta menghayatinya, iaitu
kehidupan yang akan membawa keharmonian atau realisasi jiwa (nirwana ).
Dalam Hinduisme adalah sangat sukar untuk memisahkan antara falsafah
dengan agama tersebut, justeru ada yang beranggapan bahawa Hinduisme
adalah satu falsafah.
Konsep Pendidikan
Soalan:
Bagi seorang filosof, berusaha mencari kebijaksaan itu adalah
lebih diutamakan daripada mendapatkan kebijaksanaan itu
sendiri. Apakah pendapat dan ulasan anda dalam persoalan ini?
Konsep pendidikan sering diberikan definisi yang pelbagai, misalnya sebagai
suatu proses indokrinasi; proses latihan; proses perlanjutan atau
kesimbungan budaya; proses
penitisan sesuatu ke dalam diri; dan
proses pengembangan potensi individu. Sebagaimana falsafah mempunyai
pelbagai aliran dan mazhab, begitu jugalah pendidikan yang mempunyai
pelbagai aliran dan mazhab pemikirannya. Skop pengertian pendidikan amat
luas, dinamik dan culas, namum secara umumnya pendidikan boleh dihurai
mengikut tiga perspektif, iaitu:
a) Perspektif individu (psikologi).
b) Perspektif masyarakat (sosiologi).
c) Perspektif falsafah.
Dari sudut individu, Hasan Langgulung (1987) mentafrifkan pendidikan
sebagai proses pengembangan potensi diri. Setiap individu adalah umpama
permata di dasar laut yang mempunyai pelbagai potensi, kualiti dan nilai.
Sebagaimana mutiara di dasar laut perlu digilap untuk mengeluarkan kilauan
cahayanya, maka seseorang individu juga perlu diberikan pendidikan untuk
membolehkannya mengembangkan pelbagai potensi dirinya.
John Dewey (1961), secara analogi mengandaikan pendidikan sebagai
“what nutrition and reproduction are to physiological life, education is to
social life.” Hasan Langgulung (1987) pula memperjelaskannya dengan
berkata bahawa dari segi pandangan masyarakat, pendidikan bererti
pewarisan kebudayaan dari generasi tua kepada generasi muda, agar hidup
masyarakat tetap berlanjutan. Malah, pendidikan bukan sahaja satu wadah di
mana sesuatu kebudayaan itu dapat disalurkan, bahkan ia juga adalah wadah
pembentukan sesuatu kebudayaan (Tanner dan Tanner, 1975).
Beberapa definisi di atas telah memenuhi fungsi pendidikan dari aspek
psikologi dan sosial. Namun dari sudut falsafah, pendidikan harus dilihat
daripada tiga perkara, iaitu input, proses dan output. Misalnya, Prof. Syed
Mohd. Naquib Al-Attas (1980) mentakrifkan pendidikan sebagai proses
penitisan ilmu ke dalam diri insan. Definisi ini menjuruskan fungsi pendidikan
ke arah mewujudkan insan yang baik, iaitu insan yang melalui penguasaan
ilmu, pengetahuan, nilai dan keterampilannya akan turut memajukan hati
budi serta memperkembangkan prinsip akauntabiliti yang teguh lagi utuh
terhadap Pencipta, alam, dan sesama manusia.
Sekiranya sesuatu masyarakat dapat melahirkan satu sistem
pendidikan yang sebegini, maka ia sesungguhnya akan dapat mengubah,
memaju, mengembang, dan seterusnya menyempurnakan manusia,
masyarakat, negara, dan bangsanya. Ternyata konsep pendidikan dilihat dari
sudut ini, adalah sebagai satu proses “pengalamian” (unlearnt and relearnt ),
serta ianya harus boleh mewujudkan suatu paksi dan landasan pemikiran,
pemahaman, serta tindakan yang benar dalam jiwa insan yang menjadi
penampung kepada pendidikan. Justeru, ibarat anyaman dalam tenunan
masyarakat, pendidikan dalam wadah yang sebegini dapat pula
menyatupadukan anggotanya.
Takrif Falsafah Pendidikan
Falsafah pendidikan pula biasanya merujuk kepada tulisan-tulisan tentang
teori dan amalan pendidikan merangkumi watak (nature ), matlamat (aims)
dan kaedah (methods) serta dapat pula menjelaskan betapa eratnya
hubungan antara falsafah dan teori pendidikan (O’Conner, 1957). Untuk
memudahkan kefahaman, O’Conner telah mengenal pasti ruang lingkup
falsafah dan pendidikan berpandukan penekanan-penekanan berikut;
a)berdasarkan pengertian “falsafah dan pendidikan”,
b)berdasarkan pengeritan “falsafah dalam pendidikan”, dan
c)berdasarkan pengertian “falsafah untuk pendidikan”.
Pendekatan “falsafah untuk pendidikan” adalah paling sesuai dan
relevan kerana pendekatan ini menganggap bahawa konsep-konsep, andaian-
andaian, kaedah dan pendekatan daripada bidang falsafah itu boleh dan patut
diterapkan ke dalam pendidikan, tetapi dengan maksud falsafah diperalatkan
untuk kepentingan pendidikan dan permasalahannya.
Apakah pendapat anda jika dikatakan bahawa pentakrifan konsep
pendidikan daripada sudut falsafah adalah lebih menyeluruh dan
mantap berbanding dengan pentakrifan daripada sudut-sudut
pandangan yang lain?
Soalan

You might also like