You are on page 1of 3

Badminton

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.


Lompat ke: pandu arah, gelintar

Pemain badminton Danish bertaraf Olimpik, Peter Gade

Badminton merupakan sejenis sukan raket yang dimainkan oleh sama ada dua orang pemain
bertentangan (perseorangan) ataupun dua pasangan bertentangan (beregu), yang mana posisi
pemain ialah bertentangan di dalam sebuah gelanggang empat segi yang dibahagikan oleh
jaring. Pemain dapat memungut mata melalui pukulan bulu tangkis menggunakan raket
mereka jadi ia dapat melepasi atas jaring dan jatuh di kawasan pihak lawan. Pukulan rali
berhenti selepas bulu tangkis jatuh di atas lantai, dan bulu tangkis hanya boleh dipukul sekali
bagi setiap sisi sebelum ia melepasi atas jaring.

Badminton ialah acara sukan Olimpik dengan lima disipin yang kompetitif perseorangan
lelaki dan wanita, beregu lelaki dan wanita, dan beregu campuran, yang mana setiap
pasangannya ialah lelaki dan perempuan. Bagi tahap tinggi permainan, sukan ini memerlukan
penjagaan kesihatan yang cemerlang: pemain memerlukan stamina aerobik, ketangkasan,
kekuatan, kelajuan, dan ketelitian. Ia juga merupakan sebuah sukan teknikal, yang
memerlukan koordinasi badan yang baik, kemahiran teknikal, dan kecanggihan kemahiran
penggunaan raket.

Isi kandungan
[sorok]

 1 Sejarah dan pembangunan


 2 Pertubuhan kerajaan
 3 Rekod
 4 Rujukan
 5 Pautan luar

[sunting] Sejarah dan pembangunan

Battledore and Shuttlecock. 1854, dari Arkib John Leech[1]

Badminton telah diperkenalkan pada zaman silam; sukan ini mula dimainkan di Yunani silam
dan Mesir. Di Jepun, sukan berkaitan iaitu Hanetsuki telah dimainkan seawal abad ke-16. Di
kawasan barat, badminton muncul daripada sebuah sukan yang dipanggil battledore and
shuttlecock, yang mana dua atau lebih pemain memukul bulu tangkis di udara menggunakan
raket kecil. Sukan ini dikenali sebagai "Poona" di India semasa abad ke-18, dan pegawai
tentera British mengaplikasikan versi India semasa kembali ke England pada 1860an, yang
mana ia dimainkan di rumah kediaman kebangsaan seperti kediaman kelas atasan. Isaac
Spratt, penjual anak patung London, menerbitkan sebuah risalah iaitu, "Badminton Battledore
- a new game" pada 1860, tetapi malangnya tiada cetakan dilakukan.[2]

Sukan baru ini diperkenalkan pada 1873 di Badminton House, Gloucestershire, yang dimiliki
oleh Duke of Beaufort. Pada waktu itu, sukan itu merujuk kepada "The Game of Badminton,"
dan, nama rasmi sukan ini kemudian menjadi Badminton.[3]

Sehingga 1887 sukan ini dimainkan di England di bawah peraturan yang terdapat di India.
Bath Badminton Club mempiawaikan peraturan dan mengaplikasikan sukan ini dalam versi
Inggeris. Undang-undang asas itu telah dicipta pada 1887.[3] Pada 1893, Badminton
Association of England diterbitkan sebagai set peraturan pertama mengikut ketetapan, seakan-
akan menyamai peraturan ketika ini, dan secara rasmi dilancarkan sebuah peraturan iaitu
"Dunbar" di 6 Waverley Grove, Portsmouth, England pada 13 September tahun yang sama.[4]
Mereka juga mula menganjurkan Kejohanan Badminton Terbuka Seluruh England, kejohanan
badminton pertama di dunia, pada 1899.

Pertubuhan Badminton Antarabangsa (IBF) (kini dikenali sebagai Persekutuan Badminton


Dunia) yang telah ditubuhkan pada 1934 yang dianggotai Kanada, Denmark, England,
Perancis, Belanda, Ireland, New Zealand, Scotland, dan Wales sebagai anggota pengasas.
India menyertai pertubuhan ini pada 1936. Pertubuhan BWF kini merupakan sebuah badan
badminton antarabangsa dan menguruskan sukan ini secara global.[5]

Meskipun asal-usul sukan terletak di England, badminton di peringkat antarabangsa


mempunyai rekod tradisi yang didominasi oleh beberapa negara Asia, termasuk Denmark dari
Eropah. China, Indonesia, Korea Selatan, dan Malaysia merupakan antara negara yang
mempunyai pemain bertaraf-dunia secara konsisten sejak beberapa dekad yang lalu dan
mendominasi pertandingan peringkat antarabangsa, yang mana China sering menjadi
pendominasi sejak kebelakangan ini.[6]

[sunting] Pertubuhan kerajaan


Persekutuan Badminton Dunia (BWF) ialah sebuah pertubuhan kerajaan bagi sukan
badminton yang diperakui di peringkat antarabangsa. Ibu pejabat BWF kini terletak di Kuala
Lumpur, Malaysia.

Lima kawasan konfederasi yang dikelola dengan BWF:

 Asia: Konfederasi Badminton Asia (BAC)


 Afrika: Konfederasi Badminton Afrika (BCA)
 Amerika: Badminton Seluruh Amerika (Amerika Utara dan Amerika Selatan berada
dalam konfederasi yang sama; BPA)
 Eropah: Badminton Eropah (BE)
 Oceania: Badminton Oceania (BO)

You might also like