You are on page 1of 3

KEKURANGAN MEDIA MASSA

Kos tinggi

Bagi membangunkan atau memperkebangkan penggunaan media massa dalam pendidikan ia


memerlukan kos yang tinggi dalam mengendalikan sesuatu program media massa. Contohnya, sistem
televisyen dan alat pencetak yang memerlukan kos yang tinggi. Tidak semua orang mampu memiliki
sumber-sumber media massa seperti komputer, televisyen dan sebagainya.

Sekolah kekurangan infrastruktur

Terdapat sekolah yang masih kekurangan infrastrukur terutamanya sekolah luar Bandar.
Kekurangan ini menyukarkan guru untuk menggunakan media masa dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Contohnya, sekolah itu belum mempunyai bekalan elektrik dan akses internet

Memerlukan kemahiran yang tinggi atau pakar

Tidak semua sumber media massa boleh dikendalikan dengan mudah. Penggendalian media
massa ini memerlukan orang yang tertentu. Contohnya pemasangan alatan media massa. Pembaikan
pulih system media massa juga memerlukan kemahiran yang pakar.

Masih terdapat guru yang kurang mahir dalam penggunaan media massa

Sesetengah guru tidak didedahkan dengan kaedah menggunakan media massa dalam sesi
pengajaran dan pembelajaran.

Pengaruh negatif(individu dan masyarakat)

Walaupun media massa banyak memberi manfaat dalam pendidikan tetapi terdapat kesan
negatif yang akan timbul apabila media massa ini disalahgunakan. Media massa ini boleh memberi atau
menyebarkan mesej yang tidak baik seterusnya mendatangkan pengaruh negatif ke[p[pada individu
seterusnya masyarakat. Contohnya, majalah-majalah menyiarkan atau memaparkan perkara-perkara
yang tidak senonoh dan sukan-sukan ganas yang berkemungkinan besar akan mengalakkan sifat agresif
di kalangan pengguna terutamanya kanak-kanak dan remaja.
Tokok tambah maklumat

Maklumat yang disalurkan melalui media massa boleh ditokok tambah. Hal ini menyebabkan
terdapat fakta yang tidak tepat menmgenai sesuatu perkara. Contohnya, tokokan dalam surat kahabar
dan majalah-majalah. Maklumat yang palsu akan menyebabkan individu atau masyarakat menilai secara
negatif sesuatu perkara.

TAJUK YANG SESUAI DALAM PENDIDIKAN KESIHATAN MENGGUNAKAN KAEDAH MEDIA MASSA

Tunjang Tajuk Penjelasan


Tajuk-tajuk ini sesuai menggunakankaedah media massa
semasa sesi pengajaran dan pembelajarannya. Sebagai
Kesihatan diri contoh, guru menggunakan surat khabar atau majalah
yang berkaitan tentang Kesihatan Diri Dan Keluarga
sebagai set induksi. Guru juga boleh menggunakan dan
Kesihatan Diri Dan memaparkan gambar-gambar akibat pemakanan yang
Perasaan
Keluarga tidak sihat melalui televisyen atau rakaman. Selain itu,
tajuk-tajuk ini sesuai menggunakan media massa kerana
ia dapat mewujudkan suasana yang lebih menyeronokkan
pelajar supaya maklumat dapat disampaikan secara
kekeluargaan
berkesan. Oleh itu, pelajar dapat memahami tajuk-tajuk
ini melalui penggunaan media massa.
Kaedah media massa juga sesuia digunakan dalam
Pemakanan pembelajaran bagi tajuk-tajuk dalam tunjang Gaya Hidup
Sihat. Berdasarkan objektif-objektif bagi setiap tajuk,
pelajar dapat menyatakan, mengenalpasti dan menilai
Pengurusan konflik dan
Gaya Hidup Sihat tentang maklumat dalam setiap tajuk-tajuk ini. Pelajar
stress
dapat menggunakan kesemua kemahiran deria dimana
terdapat unsur visual, audio, grafik dan animasi iaitu
melalui tayangan di kaca televisyen. Kempen-kempen
Penyalahgunaan dadah
gaya hidup sihat dapat disebarkan atau disiarkan melalui
media massa dimana dapt mewujudkan perkongsian dan
kerjasama pelbagai pihak.
Keselamatan Tajuk-tajuk dalam tunjang Kebersihan Dan Keselamatan
Persekitaran sesuai disampaikan melalui media massa .
Kebersihan Dan Contohnya, maklumat tentang keselamatan dan penyakit
Penyakit berjangkit
Keselamatan berjangkit boleh didapati sama ada dalam surat khabar
Persekitaran atau majalah. Pelajar juga boleh mendengar berita,
rakaman tentang tajuk-tajuk ini melalui radio.
Pertolongan cemas

KESIMPULAN

Kaedah media massa dapat mempelbagaikan kaedah penyampaian pengajaran dan


pembelajaran dalam bilik darjah bagi memenuhi kepelbagaian pelajar. Kaedah ini juga mudah untuk
dilaksanakan oleh guru dimana ia melibatkan penggunaan televisyen, surat khabar, majalah dan
sebagainya untuk memudahkan pelaksanaan rangcangan pengajaran serta memudahkan pelajar untuk
memahami sesuatu tajuk dalam Pendidikan Kesihatan. Selain itu, kaedah ini juga dapat
memberangsangkan kemahiran kognitif, psikomotor , afektif dan kemahiran berfikir secara kreatif dan
kritis dikalangan pelajar. Pendedahan pelajar mengenai Pendidikan Kesihatan melalui media massa juga
membolehkan pelajar berada dekat dengan sesuatu situasi tersebut di mana pelajar mendapat
maklumat tentang Pendidikan Kesihatan yang berlaku di tempat sendiri.

You might also like