You are on page 1of 6

8.

1 SISTEM PERBANKAN

1. Jenis Sistem perbankan --- Perbankan konvensional


--- Perbankan Islam
2. Ciri perbankan konvensional
i. Faedah diberi atas simpanan yang diterima, faedah dikenakan atas pinjaman yang diberi.
ii. Mengamalkan prinsip keuntungan maksimum dalam pelaburan
termasuk perniagaan yang berunsur spekulasi dan perjudian.
iii. Motif utama keuntungan dalam setiap pelaburan dan menjalankan juga
tangung jawab sosial dan kebajikan spt sumbangan kepada hospital.
3. Ciri perbankan Islam
i. Berfungsi seperti perbankan konvensional tetapi dijalankan mengikut
hukum syarak.
ii. Operasinya berlandaskan akad ( perjanjian ) yang tidak mengandungi
a. Riba ( faedah )
b. Gharar ( ketidakpastian )
c. Maisir ( judi )
iii. Keuntungan berdasarkan keadilan di mana pembahagian keuntungan akan
diberi kepada pelabur atau penyimpan.
4. Perbezaan antara Perbankan Konvensional dan Perbankan Islam

Aspek Perbankan Konvensional Perbankan Islam


Dasar perniagaan Berlandaskan pemberian faedah Mengikut prinsip syariah Islam –
mengharamkan pemberian faedah
dan mengamalkan konsep
perkongsian untung dan rugi.
Peraturan dan undang- Mengikut Akta Perbankan dan Institusi Mengikut Akta Perbankan Islam
undang Kewangan 1989 ( BAFIA ) 1983
Pelaburan Semua jenis pelaburan asalkan Pelaburan yang bebas daripada
mendapat keuntungan dan tidak unsur yang meragukan seperti
bertentangan dengan undang-undang perjudian
Penasihat Pakar dalam bidang perbankan Pakar dalam perbankan dan para
ulamak

8.2 JENIS BANK


a. Bank Pusat
b. Bank Perdagangan
i ) Bank Islam
c. Bank Saudagar
d. Bank Badan Berkanun
e. Bank Koperasi

a) Bank Pusat ( Bank Negara Malaysia )


Fungsi Bank Pusat
i. Mengeluar dan mengawal mata wang negara.
ii. Menjadi jurubank dan penasihat kewangan kepada kerajaan.
iii. Melaksana dasar kewangan kerajaan.
iv. Menjadi jurubank kepada bank perdagangan.

b) Bank Perdagangan ( Maybank, BCB )


- Sebuah institusi kewangan yang diuruskan dan dimiliki sepenuhnya oleh pihak
swasta.
- Tujuan utama mencari keuntungan disamping menerima dan mematuhi arahan bank pusat
mengenai dasar kewangan kerajaan.
- Fungsi bank perdagangan
a. Menerima simpanan – akaun simpanan- boleh melakukan pengeluaran pada bila-

bila masa di mana-mana cawangan serta kemudahan


ATM.Faedah akan dibayar atas simpanan.
_ akaun semasa- kemudahan menggunakan cek/overdraf
Kemudahan ATM.
Berguna kepada peniaga yang kerap melakukan
pembayaran serta selamat..
-akaun simpanan tetap- menyimpan sejumlah wang untuk
suatu tempoh tertentu dan menerima kadar faedah yang lebih
tinggi.
-tidak boleh mengeluarkan wang sehingga tempoh matang.
b. Kemudahan pembayaran
– arahan tetap—arahan kepada phak bank oleh pemegang akaun untuk membayar
pemiutang secara berterusan pada tarikh tertentu dalam jumlah yang ditetapkan.Contoh
bayar insuran,sewa rumah
- pindahan kredit- pemegang akaun membayar beberapa orang penerima dengan hanya
menggunakan sekeping cek sahaja .Nama penerima,nombor akaun setiap
penerima,alamat bank dan amaun setiap pembayaran mesti diisi dengan lengkap. Contoh
membayar gaji
- pindahan elektronik- cara membayar wang terus ke dalam akaun penerima dibandar
lain melalui komputer. Dan wang dikreditkan ke dalam akaun penerima serta merta.,
-telegraf – pelanggan akan memberikan sejumlah wang kiriman kepada bank dan bank
bank akan menghubungi cawangannya menggunakan teleks untuk mengarahkan bank
tersebut membuat bayaran kepada penerima.Sesuai untuk pembayaran ke luar nagaral
- draf bank – sejenis cek yang dikeluarkan oleh bank kepada pelangaan yang tidak
mempunyai akaun semasa.
- cek jurubank- cek dikeluarkan oleh bank atas permintaan pelanggan untuk membayar
sejumlah wang tertentu kepada penerima yang tinggal di bandar yang sama.Cek ini
digunakan apabila penerima takut menerima cek tak laku.
c. Perkhidmatan lain – kad kredit
- peti simpan selamat
- perbankan elektronik
- tukaran matawang asing
- cek kembara
- perbankan Islam

d. Kemudahan pembiayaan – pinjaman


- overdraf
- Faktor yang dipertimbangkan untuk mendapat pinjaman dan overdraf
i. tujuan pinjaman dan overdraf – bidang pelaburan yang berpotensi.
ii. Kedudukan kewangan – mempunyai kemampuan untuk membayar balik.
iii. Nilai aset yang dicagarkan – nilai aset yang dicagarkan hendaklah lebih tinggi
daripada amaun yang dipinjam.
iv. Dasar bank pusat – Keutamaan pinjaman kepada pengusaha IKS.

Bank Islam ( BIMB , Bank Muamalat )


Berdasarkan 3 prinsip syariah utama:
i. Prinsip Wadiah – pihak bank bertanggung jawab ke atas keselamatan harta dan wang
yang disimpan oleh pelanggan.
ii. Prinsip Mudharabah – melibatkan perkongsian antara pemodal ( pelanggan ) dan pihak
bank untuk membiayai dan mengurus projek.
iii. Prinsip Musyarakah – perkongsian antara 2 atau lebih pemodal untuk melaksanakan
pelaburan atau projek untuk keuntungan.

c. Bank Saudagar ( Arab Malaysian Merchant Bank Berhad )


- Memberikan perkhidmatan perbankan dan kewangan kepada firma yang besar, badan berkanun
dan institusi perniagaan yang besar.
- Tidak memberi perkhidmatan kepada orang ramai dan firma perniagaan yang kecil.
- perkhidmatan yang disediakan – menerima simpanan, memberi pinjaman, mengurus pelaburan,
memberi khidmat nasihat kepada syarikat dan menanggung jamin terbitan syer.

d. Bank Badan Berkanun ( BSN, BPIMB , BPM )

e. Bank Koperasi ( Bank Kerjasama Rakyat Malaysia, Bank Persatuan )


Tujuan ditubuhkan untuk melindungi kepentingan , kebajikan dan faedah anggotanya.
Tidak dapat berfungsi penuh seperti bank yang lain.
Tidak dibenarkan mengendalikan akaun semasa, mendskaunkan bil dan beroperasi di pasaran
pertukaran mata wang asing.
Contoh perkhidmatan – memberi pinjaman kepada anggotanya
- kemudahan akaun simpanan dan simpanan tetap.
- membuat pelaburan dalam projek pembangunan.

8.4 CEK
- Satu arahan bertulis kepada jurubank untuk membayar seseorang dengan sejumlah wang yang
tertentu apabila cek itu dikemukakan.
- Melibatkan 3 pihak – pesuruhbayar – bank
- penerima
- penyuruh bayar – orang yang mengeluar dan menandatangani cek.
- Jenis cek dan penggunaannya.

JENIS CEK

Cek terbuka Cek Berpalang

Cek Pembawa Cek Berpalang Am

Cek Perintah Cek Berpalang Khas

I)Cek Terbuka
a. Cek Pembawa – dapat dipindah milik dengan bebas tanpa perlu tandatangan di belakang

cek.
- Boleh ditunaikan oleh sesiapa yang membawanya ke bank.
- Mempunyai perkataan ’ atau pembawa ’ di sebelah nama penerima.
- tidak selamat jika berlaku kecurian.

b. Cek Perintah – Perkataan ’ atau pembawa ’ dibatalkan.


- bayaran tunai hanya kepada penerima yang namanya tertulis di atas
cek.
- perlu di tandatangani oleh penerima di belakang cek sekiranya
ditunaikan di kaunter.
ii) Cek Berpalang – cek yang ada palangan di sudut kiri atas permukaan cek
- cek tidak boleh ditunaikan dan mesti dimasukkan ke akaun bank.
- lebih selamat
a. Cek Berpalang Am – Cek yang mempunyai palang tetapi nama bank dimana cek tersebut
mesti dimasukkan tidak dinyatakan dalam ruang palang.
- boleh dimasukkan ke dalam mana-mana bank.
- boleh ditulis perkataan ’Akaun Penerima Sahaja’ atau ’ Tak boleh
Niaga’ dalam ruang palangan

b. Cek Berpalang Khas - ditulis nama bank tertentu di dalam ruang palangnya.
- Cek ini hanya boleh dimasukkan ke dalam akaun penerima di
cawangan yang dinyatakan dalam cek tersebut.

Perbezaan antara cek terbuka dan cek Berpalang

Cek Terbuka Cek Berpalang


Tidak mempunyai dua garisan selari yang merentasi Mempunyai dua garisan selari yang merentasi muka
muka cek cek
Boleh ditunaikan di kaunter bank Cek perlu dimasukkan ke dalam akaun bank untuk
menuntut bayaran.
Tidak selamat kerana boleh ditunaikan di kaunter Lebih selamat kerana penyuruh bayar boleh
bank mengarahkan bank menghentikan pembayaran jika
berlaku penyelewengan

Faedah/kelebihan menggunakan cek


i mudah membuat pembayaran dan menjimatkan masa
ii selamat digunakan
iii kepelbagaian penggunaan
iv sebagai bukti bayaran

Kekurangan menggunakan cek


i hanya mereka yang mempunyai akaun semasa sahaja dapat mengeluarkan cek.
ii cek bukan wang sah ,penerima berhak menolak cek tersebut
iii cek boleh dipalsukan
iv risiko cek tak laku
v cek dikenakan caj
vi memerlukan masa untuk jelaskan

Cek lain

a. cek bertarikh hadapan- cek yang tarikh penbayarannya ditunda ke satu tarikh yang akan datang.
b. Cek mati- cek yang tidak dilayan oleh bank kerana melebihi tempoh pembayaran yang telah
ditetapkan. Cek bank perdagangan 6 bulan,cek Bank Negara 3 bulan.
c. Cek bertanda- cek yang diberi jaminan bayaran oleh bank penyuruh bayar.Mempunyai perkataan
”baik untuk pembayaran sebelum...”
d. Cek dalaman- cek yang dibayar oleh penyuruh bayar kepada penerima yang mempunyai akaun
semasa di cawangan bank yang sama dengan penyuruh bayar.
e. Cek kosong- cek yang telah lengkap diisi semua butir kecuali jumlah bayaran dalam perkataan dan
angka.

Cek Tak Laku


a. cek rosak
b. penyuruh bayar mengarahkan bank untuk menghentikan pembayaran kepada penerima cek.
c. Jumlah pembayaran dalam angka dan perkataan berbeza.
d. Tiada tandatangan penyuruh bayar.
e. Tandatangan penyuruh bayar salah atau berbeza.
f. Terdapat perubahan atau pembetulan pada cek.
g. Terdapat kesilapan atau dalam butiran dalam cek tidak lengkap.
h. Penyuruh bayar menutup akaunnya.

Biro Kredit-
- mengumpul maklumat kredit mengenai para peminjam dari institusi kewangan dan
perbankan.
- Ditubuhkan oleh Bank Negara bagi mengatasi masalah cek tak laku dan menggalakkan
penggunaan cek.
- Mencegah , menghalang serta mengenakan denda kepada pemegang akaun semasa yang me
ngeluarkan cek tak laku.

8.5 INSTITUSI KEWANGAN LAIN


1. Syarikat Kewangan- milik swasta yang menjalankan perniagaan kewangan.
Fungsinya
a. -menerima simpanan- akaun simpanan dan akaun simpanan tetap(orang ramai,kerajaan,badan
berkanun dan pertubuhan perniagaan)
- faedah yang ditawarkan lebih tinggi daripada bank perdagangan.
b. pembiayaan – membiayai pinjaman orang ramai iaitu pinjaman perumahan,bercagar dan
peribadi.Faedah yang dikenakan lebih tinggi.
c. Sewa beli- mengendalikan kegiatan sewa beli untuk kenderaan bermotor persendirian atau
perdagangan, jentera perindustrian dan pembinaan.
d. Perkhidmatan lain – pembiayaan kad kredit,perkhidmatan pelaburan unit amanah,pinjaman
bersindiket.
Contoh: MayBank Finance,Hong Leong Finance
2. Syarikat Pemfaktoran- firma yang membeli invois daripada pelanggan dan mengutip bayaran dari
pembeli.
- penjual membekalkan barang/perkhidmatan secara kredit kepada pembeli dan akan
menyerahkan bil hutang kepada syarikat pemfaktoran.
- syarikat pemfaktoran akan mendahulukan wang tunai kepada penjual pada jumlah yang kurang
daripada nilai bil hutang.
- pembeli membuat bayaran kepada syarikat pemfaktoran.
- Contoh: Public Leasing and Factoring Sdn Bhd.
3. Syarikat Pajakan- syarikat yang menawarkan kaedah pembiayaan kepada peniaga untuk
membolehkannya menggunakan mesin,jentera atau premis yang mahal dengan menyewa atau
memajak daripada syarikatnya.
- syarikat ini akan membeli mesin dan jentera yang dikehendaki oleh pelanggan dan disewakan
dengan bayaran ansuran bulanan.
- sepanjang tempoh pajakan hak milik peralatan dipegang oleh syarikat pajakan.
Contoh: Austral Leasing Sdn Bhd.

4. Syarikat Jaminan Kredit Malaysia(Credit Gurantee Corporation M (Berhad)


- milik bersama Bank Negara dan semua bank perdagangan.
-fungsi utamanya ialah
a. memberi jaminan kepada pinjaman yang telah diluluskan di bawah skim jaminan kredit oleh bank
perdagangan.
b. memberi khidmat nasihat bersama pinjaman yang telah diluluskan.
-objektifnya ialah membantu peniaga kecil (IKS) untuk mendapatkan pinjaman dengan kaedah yang
berpatutan terutama dalam bidang pertanian,perkilangan dan perniagaan.
,

You might also like