You are on page 1of 19

Disediakan oleh :- Muhammad Farriz Bin Fisal

Bab 1 Das das Tembakan

1. Kudin terkejut apabila dia mengetahui berita bahawa dia diminta memberi ucapan

dalam satu majlis di Kuala Lumpur.

2. Kudin mempunyai semangat cinta akan tanah air dan mahu Negara mencapai

kemerdekaan.

3. Kudin mendengar bunyi tembakan di belakang rumah dan mengesyaki ada

pengganas menyerang kubu di kampong itu.

4. Ayah Kudin iaitu Pak Awang memberitahu bahawa pada sebelah malam nanti,

ada satu perjumpaan di rumah Tuk Ketua.

5. Kegiatan Pak Awang dimarahi oleh Tuan White tetapi Pak Awang tidak gentar.

6. Pak Awang Mengimbas semula mengenai kehidupan pada zaman Jepun.

7. Kudin amat bencikan Jepun kerana pelajarannya terbengkalai.

8. Selepas zaman jepun, Pengganas pula bermaharajalela.

9. Bustam memberitahu Kudin bahawa Pak Karim telah dibunuh dan ada dua orang

anak muda datang ke kampung itu mengaku sebagai saudara Pak Karim.
Bab 2 Sampai Ke Larut Malam

1. .Dua orang pemuda yang dating ke rumah Pak Karim adalah bertujuan

mencungkil rahsia perjuangan penduduk kampung itu tetapi Pak Karim tidak

menceritakannya.

2. Tuk Ketua mencadangkan agar penduduk kampong lebih berwaspada.

3. Penduduk Kampung bersetuju membuat kawalan iaitu di kawasan hutan dan di

kawasan kampung.

4. Tuk Ketua menjelaskan bahawa Persatuan Pahlawan Kemerdekaan diberi

penghormatan yang tinggi kerana aktiviti anak-anak muda di kampung itu

diketahui ramai.

5. Tuk Ketua meminta Kudin menemuinyauntuk berbincang mengenai apa yang

hendak diucapkan oleh Kudin di Kuala Lumpur nanti.

6. Persatuan Pahlawan Kemerdekaan ditubuhkan pada tahun 1933 akan diketuai

oleh ayah Kudin.

7. Persatuan itu bergerak aktif menentang Jepun dan juga Inggeris.


Bab 3 Kubu Di Tebing Sungai

1. Di hutang yang tidak jauh dari Kampung Teras Jernang terdapat

segerombolan pengganas yang bergerak aktif.

2. Kudin hairan kerana ada orang kampung yang menyertai pengganas. Pak

ciknya iaitu Pak Cik Barman telah dibunuh oleh pengganas kerana

bekerjasama dengan Jepun.

3. Kudin dan ayahnya meninjau keadaan tempat kawalan. Kudin juga ingin

memberitahu rakan-rakannya tentang pemergianya ke Kuala Lumpur.

4. Apabila sampai di khemah, Hassan memberitahu bahawa mereka kekurangan

peluru.

5. Kudin dan rakan-rakanya melihat Ujang sedang bermenung.

6. Ujang memberitahu mereka bahawa dia ternampak ayahnya ketika bertempur

semalam.

7. Ujang sedih kerana ayahnya kini menyertai pengganas.


Bab 4 Perjalanan

1. Dalam perjalanan ke Kuala Lumpur,Kudin teringat akan nasib Ujang.

2. Kudin dan Ibrahim sampai di Kuala Lumpur. Ibrahim menunjukkan

sebuah bangunan kepada Kudin.

3. mereka menemui Encik Hasmun dan Encik Hasmun menjelaskan tentang

Inggeris yang gagal menepati janji dengan MPAJA yang hendak memberi

kemerdekaan kepada Tanah Melayu pada tahun 1943.

4. Selepas Jepun menyerah kalah pada tahun 1945, tidak ada tanda-tanda

Inggeris hendak memberi Kemerdekaan kepada Tanah Melayu.

5. Menurut Encik Hasmun, ada juga anasir dalam negeri yang mengagung-

agungkan Inggeris dan menganggap Tanah Melayuu tidak boleh merdeka.

6. Seorang Lelaki Cina dating memberitahu bahawa mesyuarat akan

diadakan pukul sepuluh nanti yang akan dipengurusikan oleh Datuk Onn.
Bab 5 Serampang Dua Mata

1. Ucapan Datuk Onn di Kelab Sultan Sulaiman yang menghendaki hadirin

bersatu padu untuk menentang penjajah

2. Datuk Onn menjelaskan tentang rancangan halus Inggeris di Asia Tenggara

termasuk menyuruh raja-raja Melayu menyerah kuasa sepenuhnya kepada

Inggeris kecuali hal-hal adapt dan agama.

3. Bentuk pemerintahan Inggeris dikenali sebagai Malayan Union dan Datuk

Onn mahu hadirin menentang Malayan Union.

4. Kudin bersemangat mendengar ucapan Datuk Onn dan melaungkan perkataan

“merdeka” sehingga didengari oleh Datuk Onn.

5. Datuk Onn juga mahu hadirin menentang pengganas seperti mana yang telah

dilakukan oleh penduduk Kampung Teras Jernang.

6. Perjumpaan akan diadakan lagi pada 1-4 Mac 1946 di Kelab Sultan Sulaiman.

7. Kutipan derma akan dilakukan untuk mengatasi masalah kekurangan wang.

8. Persatuan Pahlawan Kemerdekaan ditugaskan untuk menagani masalah

keselamatan dan atur cara majlis.

9. Datuk Onn meminta Kudin menyediakan ucapan dalam majlis tersebut.


Bab 6 Hilang

1. Sebaik sahaja Kudin sampai ke kampung dia diberitahu bahawa Bustam telah

diculik oleh pengganas.

2. Kudin mengesyaki ayah Ujang yang telah menculik Bustam.

3. Kudin ke khemah dan dia disusuli oleh Pak Awang.

4. Di khemah, Kudin dan rakan-rakanya berbincang mengenai usaha-usaha hendak

mencari Bustam tetapi tidak dipersetujui oleh Hisyam.

5. Untuk menyelamatkan Kampung Teras Jernang, Hassan mencadangkan agar

mereka bertahan dan bukanya menyerang.

6. Pak Awang menyuruh Kudin bersiap sediadengan ucapan yang hendak

disampaikan oleh Kudin di Kuala Lumpur nanti.

7. Kudin asyik teringatkan Bustam.


Bab 7 Tetamu Berdua

1. Kudin terdengar ayahnya berbual-bual dengan Osman dan Kasim. Mereka

menyuruh ayahnya membantu Inggeris dan berhenti bergiat dalam persatuan.

2. Pak Awang tidak mempedulikan amaran Osman dan Kasim walaupun dia diugut

hendak diberhentikan kerja oleh Tuan White.

3. Selepas Osman dan Kasim pelang, Pak Awang ke rumah Ibrahim. Kudin juga ke

rumah Ibrahim dan mendapati ayahnya sedang berbincang dengan Ibrahim

mengenai kutipan derma yang akan dilancarkan.

4. Kutipan derma dibuat pada hari itu juga atas persetujuan ketua kampung.

5. Sementara itu, usaha-usaha mencari Bustam dilakukan.

6. Beberapa orang penduduk kampung mencari Bustam termasuk ayah Bustam dan

juga Pak Awang.


Bab 8 Detik Yang Dinanti

1. Kudin dan emaknya bimbang kerana Pak Awang belum pulang ke rumah setelah

pergi mencari Bustam.

2. Perbincangan untuk ke Kuala Lumpur diadakan di rumah Tuk Ketua.

3. Perbincangan dihentikan kerana mereka mendengar bunyi tembakan dari arah

khemah.

4. Esoknya, mereka mendapat berita bahawa pengganas gagal merempuh Kampung

Teras Jernang.

5. Tengah hari, Kudin dan rakan-rakan meninggalkan kampung untuk ke Kuala

Lumpur.

6. Encik Hasmun menjemput mereka dan disuruh berehat di sebuah bilik.

7. Kudin ditugaskan sebagai pencatat.

8. Encik Hasmun melantik empat orang wakil daripzda Kampung Teras Jernang

sebagai ketua bahagian keselamatan.

9. Kudin berlatih berucap.


Bab 9 Dalam Kebanjiran Manusia

1. 1 Mac 1946, Padang Kelab Sultan Sulaiman dibanjiri Manusia.

2. Pelbagai perkara dibincangkan oleh perwakilan termasuk kepentingan Melayu

dan sebagainya.

3. Kudin sedih apabila mendapat tahu bahawa ayahnya dan beberapa orang

kampungnya yang mencari Bustam telah dibunuh oleh pengganas.

4. Majlis dilansungkan dengan ucapan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor,

Za’ba dan Datuk Onn.

5. Datuk Onn mencadangkan agar orang Melayu menubuhkan UMNO dan cadagan

ini dipersetujui.

6. Kudin pula diberi peluang berucap.

7. Ucapan Kudin adalah tentang pentingnya golongan muda

8. Kudin bersemangat dan bercita-cita mahu menjadi seperti Datuk Onn suatu ketika

nanti.

9. Datuk Onn, Za’ba dan baginda Sultan Selangor memberi ucapan tahniah kepada

Kudin.
Bab 10 Hancurkan! Musnahkan!

1. Majlis disambung semula dengan membincangkan soal UMNO dan satu jawatan

kuasa telah ditubuhkan.

2. Majlis juga membincangkan soal Malayan Union dan mempertikai raja-raja

Melayu yang telah menandatangani perjanjian MacMichael.

3. Dalam ucapan penutup, Datuk Onn menggesa orang Melayu menentang Malayan

Union dan pengganas.

4. Encik Hasmun mengajak Kudin Tinggal bersamanya tetapi Kudin keberatan.

5. Kudin pulang ke kampung dan ke kubur ayahnya.

Bab 11 Gerakan Raksasa

1. Penduduk Kampung Teras Jernang mengetatkan kawalan di kampung.

2. Di Bandar, Inggeris memperkuatkan kedudukan mereka untuk membentuk

Malayan Union.

3. Encik Hasmun dating ke rumah Kudin dan mengajak Kudin ke Kuala Kangsar

dan akan membawanya ke Kuala Lumpur.

4. Di Kuala Lumpur, Kudin bekerja sebagai penyusun fail, membuka dan menjawab

surat. Dia juga diajar menaip.

5. Datuk Onn mahu diadakan mesyuarat kerana Inggeris telah merasmikan Malayan

Union dan Sir Edward Gent telah dilantik menjadi Gabenor pertama.
Bab 12 Hari Keramat

1. Orang Melayu tdak senang apabila mengetahui raja-raja Melayu telah berhimpun

di Hotel Stesen untuk menghairi perasmian Malayan Union.

2. Datuk Onn berusaha menggagalkan perasmina Malayan Union.

3. Satu perhimpunan raksasa akan diadakan di stesen kereta api.

4. Orang Melayu berkumpul di Padang Kelab Sultan. Za’ba dan Kudin memberi

ucapan pendek dalam perhimpunan itu.

5. Datuk Onn masuk ke Hotel Stesen dan menemui raja-raja Melayu. Beliau

menyuruh raja-raja Melayu melihat orang ramai berkumpul di luar.


Tema dan Persoalan

Tema

 Perjuangan menuntut kemerdekaan daripada penjajahan Inggeris dan Usaha

menghapus pengganas.

Pesoalan

 Pihak Inggeris cuba bertapak dan ingin berkuasa dengan cuba menubuhkan

Malayan Union. Tindakan ini mendapat tentangan daripada pejuang-pejuang

tempatan seperti Datuk Onn,Kudin dan beberapa orang lagi.

 Datuk Onn telah menemui raja-raja Melayu di Hotel Stesen dan memujuk mereka

supaya memulau majlis pengisytiharan Malayan Union dan usaha ini berhasil.

 Kudin pula berusaha bersama penduduk Teras Jernang berusaha menggagalakan

pengganas yang mahu menguasai kampung mereka.


Plot
Permulaan Cerita
Memperkenalkan watak-watak penting dalam novel ini seperti Kudin,Mak Bibah,Pak
Awang dan beberapa lagi. Di peringkat ini, Kudin menerima berita Tentang Majlis
persidangan agung di Kuala Lumpur. Dia dipilih untuk menyampaikan ucapan sebagai
wakil golongan muda.

Perkembangan Cerita
Menceritakan kisah Kampung Teras Jernang yang menjadi sasaran pengganas. Penduduk
Kampung berusaha mengagalkan tindakan pengganas yang mahu menguasai kampung
tersebut. Kudin pula pergi ke Kuala Lumpur untuk menghadiri mesyuarat sebagai wakil
Persatuan Pahlawan Kemerdekaan.

Perumitan Cerita
Pak Awang telah diberhentikan kerja kerana kegiatanya dalam Persatuan Pahlawan
Kemerdekaan. Pak Awang dan beberapa orang penduduk kampung masuk ke hutan untuk
mengesan Bustam yang telah diculik oleh pengganas. Kudin berada di Kuala Lumpur dan
bertemu dengan tokoh-tokoh pejuang seperti Datuk Onn, Za’ba dan lain-lain lagi.

Puncak Cerita
Inggeris tetap mahu mengisytiharkan Malayan Union dan mereka menghendaki Raja-raja
melayu menghadiri pengisytiharan tersebut di Hotel Stesen sebagai membantah
penubuhan Malayan Union. Di samping itu UMNO ditubuhkan untuk memperjuangkan
kemerdekaan tanah air.

Peleraian
Datuk Onn masuk ke Hotel Stesen dan menemui raja-raja Melayu. Beliau memujuk
mereka agar memulau majlis pengisytiharan tersebut dan menyuruh Raja-raja Melayu
melihat bantahan diluar hotel tersebut. Akhirnya, Raja-raja Melayu meninggalkan majlis
tersebut dan Malayan Union gagl ditubuhkan.
Unsur Plot
Saspens
 Kehilangan Bustam
 Kudin akan menyampaikan ucapan
 Penduduk kampung yang menjejaki Bustam.
 Tindakan Datuk Onn menghalang penubuhan Malayan Union.

Konflik
 Konflik antara Pak Awang dan tali barut Inggeris.
 Konflik antara pengganas dengan penduduk Kampung Teras Jernang.
 Konflik antara Inggeris dan orang Melayu.
 Konflik dalaman bagi Kudin
 Konflik dalaman bagi Pak Awang.

Teknik Penceritaan
 Dialog
 Monolog Dalaman
 Imbas Kembali
 Imbas Muka
 Pemerian
 Monolog
Watak dan Perwatakan

Watak Utama

Kudin

Anak tunggal kepada Pak Awang dan Mak Bibah. Berusia lima belas tahun tetapi dia

sudah tidak bersekolah. Persekolahanya terhenti apabila Jepun menduduki Tanah Melayu

Pak Awang

Nama sebenarnya Awang bin Jabar. Ayah kepada Kudin dan suami kepada Mak Bibah.

Bekerja sebagai kerani rendah di rumah Tuan White. Merupakan seorang Penggerak

Persatuan Pahlawan Kemerdekaan.

Datuk Onn

Seorang yang baik,peramah,tenang dan mempunyai sifat kepimpinan yang tinggi.

Mak Bibah

Isteri kepada Pak Awang dan ibu kepada Kudin. Usianya sekitar empat puluhan tetapi

wajahnya kelihatan lebih tua daripada usianya.


Latar
Latar Tempat
 Rumah Pak Awang
 Rumah Tuk Ketua
 Di tanah perkuburan
 Di hutan
 Kelab Sultan Sulaiman
 Hotel Stesen
 Padang Kelab Sultan Sulaiman
 Kuala kangsar
 Johor Bahru

Latar Masa
 Jarak Masa
 Waktu pagi
 Petang
 Malam

Latar Masyarakat
 Kategori masyarakat
 Pekerjaan masyarakat
 Golongan masyarakat
 Pelbagai agam dan bangsa
 Corak Hidup
Gaya Bahasa
Diksi
 Bahasa Arab
 Bahasa INggeris
 Kata yang sesuai dengan tema pejuangan

Unsur Bahasa
 Simile
 Metafora
 Personifikasi
 Perulangan
 Simpulan Bahasa/ Peribahasa
Nilai dan Pengajaran
Nilai Kemanusian
 Keberanian
 Kasih sayang
 Simpati atau Belas kasihan
 Kerjasama
 Kerajinan

Nilai Kemasyarakatan
 Masyarakat yang hidup bekerjasama
 Masyarakat yang berjasa kepada bangsa dan Negara
 Masyarakat yang penyayang
 Masyarakat yang gigih

Nilai Keislaman/Moral
 Mengutamakan agam dan tuhan
 Menziarahi kubur dan membaca ayat suci
 Membaca selawat
 Membaca doa

Pengajaran
 Kita mestilah gigih
 Kita mestilah mempunyai rasa cinta akan Negara
 Kita mestilah mengamalkan sikap bekerjasama
 Kita mestilah bersatu padu
 Kita mestilah mementingkan nilai persahabatan
 Kita mestilah menghormati ketua

You might also like