You are on page 1of 8

Tajuk: Dasar Pembangunan Negara

Rangka Rancangan Jangka Panjang Pertama (RRJP 1) dan Dasar


Ekonomi Baru (DEB) berakhir pada tahun 1990. Dalam tempoh pelaksanaan
DEB (1971-1990), ekonomi Malaysia telah berkembang dengan pesatnya
walaupun menghadapi pelbagai cabaran walaupun pencapaian Dasar
Ekonomi Baru bukanlah satu kejayaan yang menyeluruh. Jelas bahawa
rancangan Dasar Ekonomi Baru ini memerlukan masa yang lebih lama
daripada apa yang telah diperuntukkan dengan mengambil kira kesan-kesan
daripada pergolakan dunia amnya.

Pada 17 Jun 1991, Dasar Pembangunan Nasional telah dilancarkan oleh


Dato’ Seri Dr Mahathir Mahamad. Dasar ini juga dikenali sebagai Rangka
Rancangan Jangka Panjang Kedua(RRJP 2) yang merangkumi jangka masa
10 tahun, iaitu dari tahun 1991 hingga 2000. Terdapat dua rancangan dalam
Dasar tersebut iaitu Rancangan Malaysia Keenam (1991-1995) dan
Rancangan Malaysia Ketujuh (1996-2000). Di bawah DPN terdapat dua
rancangan pula iaitu Dasar Telekomunikasi Negara dan Koridor Raya
Multimedia. Dasar-dasar tersebut telah mengorak langkah ke arah yang
membolehkan Malaysia mencapai taraf negara maju menjelang tahun 2020
daripada segi ekonomi, sosial, politik, masyarakat dan sebagainya.

Melahirkan perpaduan di kalangan masyarakat agar kita dapat menikmati


kestabilan sosial dan politik dan pembangunan ekonomi yang berterusan
merupakan objektif utama Dasar Pembangunan Nasional. Dasar
Pembangunan Nasional menetapkan garis panduan agar membolehkan
Malaysia mencapai taraf hidup negara maju dari segi keadilan sosial,
ketertinggian moral dan etika, kestabilan politik, kecekapan pentadbiran dan
kualiti hidup masyarakat rakyat Malaysia.
Antara aspek-aspek yang ditekankan dalam Dasar Pembangunan Nasional
ialah mewujudkan keseimbangan optimum antara matlamat pertumbuhan
ekonomi dengan pengagihan saksama, memastikan pembangunan seimbang
bagi sektor-sektor utama ekonomi untuk membolehkan pertumbuhan lebih
sama rata dengan saling membantu antara satu dengan lain, dan mengurang
dan akhirnya menghapuskan ketidakseimbangan sosial den ekonomi negara
untuk menggalakkan perkongsian faedah yang saksama. Aspek-aspek yang
seterusnya adalah menggalakkan dan mengukuh integrasi nasional antara
kawasan bandar dengan luar bandar dan antara negeri di Malaysia,
membangunkan masyarakat progesif agar kesejahteraan dinikmati rakyat
memiliki sikap bangga serta cinta pada negara dan memajukan sumber
manusia agar dapat menghadapi cabaran pembangunan tanpa menjejaskan
matlamat penyusunan semula masyarakat. Sementara itu, menjadikan sains
dan teknologi sebagai asas perancangan dan pembangunan sosioekonomi
juga merupakan salah satu aspek. Aspek yang terakhir adalah pemeliharaan
alam sekitar dan ekologi agar pembangunan serta sumber negara dikekalkan
secara berterusan.

Dasar Pembangunan Nasional masih mengekalkan matlamat dan strategi-


strategi asas Dasar Ekonomi Baru iaitu ingin mencapai matlamat membasmi
kemiskinan dan menyusun semula masyarakat dengan objektif mencapai
perpaduan. Di samping itu, penambahan beberapa dimensi baru dalam Dasar
Pembangunan Nasional adalah strategi membasmi kemiskinan dengan
tumpuan kepada golongan termiskin serta mengurangkan kemiskinan,
meningkatkan penyertaan bumiputera dalam sektor-sektor moden dengan
mengujudkan guna tenaga dan pembangunan MPPB yang aktif. Demensi
yang seterusnya ialah penglibatan sektor swasta yang lebih berkesan dengan
membuka peluang-peluang yang lebih luas bagi sektor tersebut untuk terus
berkembang dan pembangunan sumber manusia bagi merebut peluang-
peluang yang ada dalam sektor moden dengan memberi latihan-latihan yang
sesuai.

Daripada pengalaman dalam rancangan jangka panjang pertama,


didapati kewujudan badan-badan berkanun dan perusahaan awam bukan
kewangan menyebabkan peningkatan perbelanjaan sektor awam, selain
daripada persaingan bagi mendapatkan sumber dengan sektor swasta. Oleh
itu dalan RRJP2 kerajaan melaksanakan dasar penswastaan, di mana
beberapa agensi kerajaan diswastakan dan lebih banyak peranan bagi tujuan
pembagunaan diserahkan kepada pihak swasta. Dasar ini dijangka dapat
mengurangkan beban kewangan kerajaan di samping meningkatkan
kecekapan pengurusan sumber dan pembangunan ekonomi.

Rancangan Malaysia Keenam(1991-1995) adalah berjalan serentak


dengan Fasa Pertama Rancangan Jangka Panjang Kedua(1990-2000) bagi
melaksanakan Dasar Pembangunan Nasional. Objektifnya adalah
mengekalkan strategi asas Dasar Ekonomi Baru menjaga perpaduan dan
mempertahankan pertumbuhan ekonomi. Mencapai pembangunan seimbang
agar dapat berdaya asing dalam pelbagai sektor, dan meningkatkan
pengeluaran pertanian dan perindustrian juga merupakan matlamat
rancangan tersebut. Objektif yang seterusnya ialah memberi perhatian
kepada penjagaan alam sekitar dan membangunkan masyarakat agar
memliki nilai-nilai yang murni.

Rancangan Malaysia Ketujuh(1995-2000) adalah lanjutan daripada


Rancangan Malaysia Keenam. Rancangan ini adalah penekanan kepada
prasarana yang perlu bagi menyediakan negara menghadapi cabaran pada
abad ke-21 dan mengahap ke arah mengubah pemikiran rakyat kepada cara
hidup ketimuran. Antara matlamatnya adalah memesatkan pemindahan
teknologi berteraskan produktiviti dan kualiti kecekapan buruh dan modal, dan
meningkatkan pengeluaran berintensif modal dan teknologi.

Matlamat yang seterusnya adalah mencapai pertumbuhan negara yang


mapan , dan menggalakan perindustrian global untuk meningkatkan eksport
negara. Selain itu, mengurangkan import, meningkatkan daya saing dengan
memperkukuh infrastruktur, membangunkan perkhidmatan, dan meperkukuh
Sains dan Teknologi maklumat menyediakan negara ke era multimedia
adalah matlamat dalam rancangan tersebut. Di samping itu, pembangunan
mampan dalam pertimbangan pembangunan negara dan mengekalkan
kestabilan sosioekonomi juga merupakan matlamat Rancangan Malaysia
Ketujuh. Matlamat yang terakhir adalah menangani masalah sosial.

Salah satu Dasar Pembangunan Nasional adalah Dasar Telekomunikasi.


Dasar ini merangkumi jangka masa 1994 hingga 2000 merupakan dasar
untuk mempertingkatkan perkihdmatan telekomunikasi dan penggunaan
teknologi untuk pembangunan masyarakat. Dasar Telekomunikasi perlu
kerana perkembangan sektor telekomunikasi memerlukan satu garis panduan
agar bidang ini dapat menghadapi cabaran masa depan dan dapat mencapai
objektif Wawasan 2020. Jadi, Kementerian Tenaga, Komunikasi dan
Multimedia bertanggunjawab menggubal dasar serta membuat perancangan
untuk sektor telekomunikasi sementara Jabatan Telekomunikasi Malaysia
mengawas dan menyelia pelaksanaan sektor telekomunikasi.

Dasar Telekomunikasi memainkan peranan penting seperti berfungsi ke


arah memoden dan meningkatkan perkembangan sektor telekomunikasi .
Selain itu, ia juga penting dalam penggubalan garis paduan asas yang harus
diikuti pada peringkat kebangsaan dan antarabangsa oleh pembekal, pelabur
dan kerajaan dalam bidang telekomunikasi. Kepentingan yang seterusnya
adalah mewujudkan suasana daya saing antara syarikat agar menggunakan
sumber negara secara optimum pada peringkat kebangsaan. Tambahan pula,
dasar ini penting kerana ia akan menjadikan Malaysia dapat bersaing dengan
pembekal-pembekal perkhidmatan telekomunikasi yang lain dan merupakan
pemimpin pasaran telekomunikasi di kawasan Asia Pasifik.

Malaysia telah mengalami perubahan daripada ekonomi berdasarkan


pertanian kepada ekonomi berasaskan produktiviti dan seterusnya kini, kita
bergerak ke arah perkembangan ekonomi berasaskan teknologi maklumat.
Untuk merealisasikan Wawasan 2020, iaitu ke arah mencapai matlamat
membentuk negara maju, Koridor Raya Multimedia(MSC) telah ditubuhkan
oleh Majlis Kebangsaan Teknologi Maklumat(NITC). Koridor Raya Multimedia
dikenali sebagai Multimedia Super Corridor(MSC) dalam Bahasa Inggeris.
Dasar ini telah dirasmikan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad sempena
pelancaran Wilayah Persekutuan Putrajaya pada 29 Ogos 1995. Koridor
Raya Multimedia(MSC) seluas 15 x 50 kilometer atau 750 kilometer persegi
merangkumi Kuala Lumpur City Center(KLCC), Lapangan Terbang
Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Putrajaya,dengan biaya sebanyak
RM5.5 billion. Walaupun negara menghadapi kegawaan ekonomi, namun
projek Koridor Raya Multimedia(MSC) diteruskan kerana projek ini bukan
sahaja membawa manfaat jangka pendek tetapi juga jangka panjang.

Untuk menjayakan Dasar-dasar pembangunan negara, beberapa


pendekatan baru telah diambil dan dilaksanakan. Pendekatan yang dipilih
dahulu akan dibuat dengan mengambil kira keperluan untuk mencapai hasil
yang berkualiti dan berkekalan. Dalam proses menghapuskan kemiskinan di
kalangan orang miskin dan juga mengurangkan ketidakseimbangan,
penekanan akan diberikan kepada aspek-aspek pendidikan dan latihan
sebelum bantuan diberi kepada mereka. Sementara itu, Dasar-dasar ini telah
mengambil kira kemampuan negara untuk bersaing dengan lebih terdaya
dalam pasaran antarabangsa di samping menghadapi cabaran baru. Di dalam
menghadapi persaingan antarabangsa, Malaysia perlu meningkatkan daya
tarikan kepada pelabur dan pengusaha supaya dapat memperluaskan urusan
mereka di negara ini. Dalam bidang eksport pula, halangan-halangan
(perlindungan) perdagangan antarabangsa akan meningkat. Untuk mengatasi
masalah ini, Malaysia akan terus mengamalkan dasar liberal yang boleh
menggalakkan sektor swasta lebih bersedia menghadapi risiko berkaitan.
Para pengeksport negara juga perlu mengurangkan pergantungan mereka
kepada Sistem Keutamaan Am (GSP) dan menjadi pengeksport yang
mempunyai daya saingan yang tinggi.

Progam pelaksanaan seperti wawasan 2020 juga merupakan salah satu


pendekatan yang penting. Penyertaan semua kaum adalah sangat penting
untuk memajukan Malaysia ke taraf negara yang maju menjelang tahun 2020.
Oleh kerana setiap kaum mempunyai keistimewaan dan keupayaan sendiri
maka adalah penting untuk semua kaum dalam Malaysia saling bantu-
membantu antara satu sama lain untuk kesejahteraan rakyat dan
pembangunan negara.

Dalam melaksanakan strategi pembasmian kemiskinan, DPN (Dasar


Pembangunan Negara) akan mengambil beberapa perubahan terhadap
sektor awam. Peranan sektor awam dalam pembasmian kemiskinan akan
ditumpukan pada program-program seperti dalam bidang pendidikan, latihan,
kesihatan, jalan-jalan luar bandar, pengangkutan, perumahan, bekalan air,
eletrik dan lain-lain. Untuk memgurangkan kadar kemiskinan di luar bandar,
Latihan akan diberikan kepada mereka yang tinggal di luar bandar supaya
mereka dapat bekerja dan berpendapatan lebih tinggi. Aspek latihan ini akan
dipertingkatkan untuk menggantikan pemberian subsidi yang dilaksanakan
sehingga ini. Pemberian subsidi dan sokongan akan diteruskan kepada
golongan petani dan nelayan tetapi ia akan ditumpukan ke arah
mempertingkatkan produktiviti pengeluaran mereka.

Program pelaksanaan untuk mengatasi kemiskinan di bandar-bandar


juga akan dipertingkatkan. Di kawasan bandar, kemiskinan relatif
akan dikurangkan menerusi penyediaan peluang yang lebih baik
untuk meningkatkan pendapatan dan kemudahan asas seperti perumahan,
pengangkutan dan kemudahan awam. Langkah-langkah juga akan diambil
oleh kerajaan melalui perancangan dan penetapan zon pembangunan bandar
yang sesuai dalam usaha membangunkan bandar-bandar secara teratur. Ini
bukan sahaja akan dapat mengawal pertumbuhan kawasan-kawasan
setinggan tetapi juga menyediakan peluang-peluang kepada golongan yang
terlibat dalam perniagaan dan industri kecil.

Selain itu, penghapusan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi


ekonomi dan penyusunan semula hak milik akan terus menjadi program
penting di bawah strategi ini. Berhubung dengan ini, matlamat DPN adalah
untuk meningkatkan taraf sosial dan ekonomi masyarakat Bumiputera ke
tahap yang lebih berdaya maju dan teguh. DPN menggalakkan penyertaan
Bumiputera secara meluas dalam sektor-sektor moden seperti pembuatan
dan perkhidmatan. Perhatian khusus diberi kepada penyertaan Bumiputera di
dalam industri kecil dan sederhana menerusi program sub-kontrak dan
franchies. Usaha bersama secara aktif di antara Bumiputera dan
bukan Bumiputera akan digalakkan untuk membolehkan syarikat Bumiputera
meningkatkan prospek perniagaan. Bagi membolehkan Bumiputera bersaing
dalam perniagaan moden, mereka akan didedahkan kepada teknologi terbaru
di samping kemudahan-kemudahan modal, maklumat pasaran dan hubungan
perniagaan dengan pasaran antarabangsa. Matlamat penyusunan semula
guna tenaga akan memastikan corak guna tenaga di pelbagai sektor dan
pekerjaan dalam ekonomi mencerminkan komposisi pelbagai kumpulan etnik
dalam negara. Dalam tempoh 10 tahun yang akan datang, dasar ini akan
memastikan bahawa Bumiputera mendapat bahagian yang saksama daripada
pekerjaan baru yang diwujudkan, khususnya dalam kategori profesional,
pengurusan dan teknikal.

Kesimpulannya, Dasar Pembangunan Negara akan meneruskan usaha-


usaha seperti Dasar Ekonomi Baru untuk mengurangkan ketidakseimbangan
ekonomi di kalangan kaum , atau di antara golongan kaya dan miskin serta
antara wilayah. Ketidakseimbangan ekonomi ini akan dapat dikurangkan
berasaskan prinsip pembangunan seimbang dan pengagihan yang saksama
untuk mencapai keadilan sosial dan memperkukuhkan perpaduan negara.
Untuk mencapaikan dasar-dasar tersebut, rakyat juga hendaklah
berkerjasama dengan pihak kerajaan untuk melahirkan sebuah negara yang
cermelang, terbilang dan gemilang.

You might also like