You are on page 1of 21

MUKA

BIL ASPEK SURAT


1 TAJUK KAJIAN  
2 SENARAI KANDUNGAN  
3 PENGHARGAAN  
4 PENDAHULUAN  
5 OBJEKTIF KAJIAN  
6 KAWASAN KAJIAN  
7 KAEDAH KAJIAN  
8 DAPATAN KAJIAN  
     
  (a) Konsep migrasi penduduk  
  (b) Pola migrasi penduduk  
  ( c ) Faktor- faktor yang mempengaruhi migrasi dalaman penduduk  
  (d) Kesan-kesan migrasi dalaman penduduk di kawasan kajian  
  (e) Cadangan mengatasi kesan migrasi dalaman penduduk di kawasan kajian  
9 RUMUSAN  
10 LAMPIRAN  
11 RUJUKAN  
Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih keypad guru

Geografi, Puan Wan Jamaliah bini Wan Abdul Aziz kerana telah memberi tunjuk ajar dan

Membimbing saya untuk menyiapkan kajian Kerja Kursus Geografi ini. Saya juga

Mengucapkan terima kasih keypad Puan Pengetua Cemerlang SMK Sultan Abdul Aziz

Shah, Pn. Hjh. Junaidah binti Tukimin kerana memberi kebenaran untuk membuat kajian

ini. Tidak lupa juga kepada kedua ibu bapa, En. Hj. Zaharin dan Pn.Hjh. Fatimah atas

sokongan moral serta dorongan yang telah diberikan sehingga dapat menyiapkan dan

menyempurnakan kajian ini. Saya juga mengucapkan terima kasih keypad 30 orang

responden yang telah memberi kerjasama dalam kajian soalselidik terutama setiusaha

Taman Kajang Baru kerana telah memberi kerjasama menjawab soalan-soalan yang saya

ajukan.
Bagi memenuhi keperluan Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah, pelajar Tingkatan 3

diwajibkan menjalankan kerja kursus. Kajian ini dijalankan selepas waktu sesi

persekolahan.

Saya, Nur Adilah binti Hj. Zaharin merupakan seorang pelajar Tingkatan 3 Gigih di SMK

Sultan Abdul Aziz Shah, Kajang, Selangor. Saya menjalankan satu kajian tempatan

berkaitan dengan tajuk Migrasi Dalaman Penduduk di Sungai Jelok, Kajang, Selangor.

Melalui kajian ini, saya dapat mengenalpasti pola migrasi pendudk, factor-faktor dan

Kesan-kesan serta cadangan mengatasi masalah kesan migrasi di kawasan kajian saya.

Saya menyiapkan kajian ini dalam masa tiga minggu. Selepas mengumpulkan semua

maklumat yang diperlukan , saya menulis laporan lengkap tentang kajian ini secara

individu.
 Menghuraikan dan menjelaskan tentang konsep migrasi penduduk dalaman.

 Menyatakan dan menyenaraikan pola migrasi penduduk di Sungai Jelok, Kajang,

Selangor.

 Mengkaji dan menghuraikan faktor-faktor yang mempengaruhi migrasi dalaman

penduduk di Sungai Jelok, Kajang.

 Mengkaji dan menghuraikan cadangan bagi mengatasi masalah migrasi dalaman

penduduk yang dihadapi di kawasan Sungai Jelok.

 Kita bersyukur dan berbangga kerana Negara kita maju dan membangun serta

hidup dalam keadaan aman damai walaupun terdiri daripada pelbagai kaum.

(a) PEMERHATIAN
Melalui kaedah pemerhatian, saya telah membuat pemerhatian dan mendapat maklumat

mengenai migrasi penduduk dalaman dan faktor-faktor serta kesannya di kawasan kajian

saya.
(b) TEMU BUAL

Melalui kaedah ini , saya menemubual penduduk dan mengumpul maklumat mengenai

Dalaman migrasi penduduk, kesan-kesan serta cadangan mengatasi kesan migrasi

Penduduk di kawasan kajian saya iaitu Sungai Jelok.

(c) SOAL SELIDIK

Saya telah membuat kajian soal selidik terhadap 30 orange reponden untuk mendapat

maklumat-maklumat yang di perlukan mengenai migrasi dalaman penduduk. Borang soal

selidik seperti dalam lampiran.

(d)RUJUKAN

Saya telah membuat rujukan di perpustakaan dan juga melalui internet untuk

mendapatkan maklumat lanjut mengenai migrasi di Malaysia amnya dan kawasan

Sungai Jelok khususnya.


Kawasan kajian saya, Sunagai Jelok terletak di Negeri Selangor, iaitu di Bandar Kajang

dalam Daerah Hulu Lanagat. Kawasan ini dibawah pentadbiran Majlis Perbandaran

Kajang (MPKJ). Sekitar awal tahun 1990 an. Pada asalnya kawasan ini merupakan

ladang getah , dimana bentuk muka buminya terdiri daripada tanah pamah beralun.

Kedudukan kawasan perumahan ini terletak 5 km dari Pekan Kajang.

Kawasan Sungai Jelok merupakan kawasan perumahan teres dua tingkat dan dilengkapi

dengan sistem jalan raya yang lengkap serta terdapat lebuh raya Grand Saga dan Silk bagi

menghubungkan dengan kawasan sekitar dan Pusat Bandar Kuala Lumpur serta daerah

lain. Selain itu banyak kemudahan asas yang terdapat di kawasan ini seperti sekolah,

pusat membeli belah, masjid, dan sebagainya.


PETA SUNGAI JELOK
(A) KONSEP MIGRASI PENDUDUK DI SUNGAI
JELOK.

Migrasi penduduk bermaksud perpindahan atau penghijrahan penduduk masuk atau

Keluar dari sesuatu tempat ke tempat baru. Migrasi terbahagi kepada dua iaitu migrasi

dalaman dan migrasi antarabangsa. Dalam konteks ini kita akan membincangkan migrasi

dalaman sahaja. Migrasi dalaman merujuk kepada perpindahan penduduk yang berlaku

dalam Malaysia sahaja. Contohnya dari Kelantan ke Kajang, Selangor.

(B) POLA MIGRASI DALAM PENDUDUK SUNGAI


JELOK.

Terdapat 4 pola migrasi antaranya ialah luar Bandar ke Bandar, luar Bandar ke luar

Bandar ke Bandar, dan Bandar ke luar Bandar. Namun begitu beberapa pola migrasi

Penduduk di Sungai Jelok, Kajang. Diantaranya yang banyak berlaku ialah luar Bandar

ke Bandar dan Bandar ke Bandar. Pola migrasi luar Bandar ke Bandar berlaku

kerana atas sesuatu sebab seperti kemudahan asas dan peluang pekerjaan. Selain itu,

terdapat juga pola migrasi Bandar ke Bandar di kawasan kajian saya. Antara

penyebab berlakunya pola ini mungkin disebabkan oleh Arahan Majikan.


JADUAL 1 : POLA MIGRASI PENDUDUK DI SUNGAI JELOK,

KAJANG, SELANGOR

NEGERI BILANGAN
Perak 7
Seremban 1

Terengganu 5
Kedah 4
Pulau
Pinang 2
Selangor 6
Melaka 4
Johor 1
Pahang 1
Kelantan 2

JUMLAH 33

Sumber Dapatan Kajian Geo 2010

JADUAL 2 : POLA MIGRASI PENDUDUK DI SUNGAI JELOK,

KAJANG, SELANGOR

BIL POLA MIGRASI BILANGAN ( ORANG)


LUAR BANDAR KE
1 BANDAR 18 ORANG

2 BANDAR KE BANDAR 12 ORANG

Sumber : Kaji Selidik , mac, 2010


7

PERAK 5
SEREMBAN

TERENGGA
HU 4
KEDAH

PULAU
PINANG
SELANGOR
3
MELAKA

JOHOR 2
PAHANG

KUANTAN 1

GRAF 1: POLA MIGRASI PENDUDUK DI SUNGAI JELOK, KAJANG,

SELANGOR
(C) FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MIGRASI DALAM

PENDUDUK DI SUNGAI JELOK, KAJANG.

FAKTOR
MEMPENGARUHI
MIGRASI DI
SUNGAI
JELOK,KAJANG.

Melanjutkan Kemudahan Peluang Arahan Melanjutkan


Pelajaran asas pekerjaan majikan pelajaran

Sumber Dapatan Kajian Geografi 2010

Migrasi dalaman yang berlaku di Sungai Jelok, Kajang didorong oleh beberapa faktor.

Antara faktor yang pengaruhi migrasi luar Bandar ke Bandar ialah peluang pekerjaan.

Ini kerana kawasan sekitar daerah Kajang mula membangun. Terdapat juga kawasan

perindustrian di kawasan Kajang seperti kawasan Balakong dan berhampiran Bandar

Baru Bangi. Ini kerana kawasan luar Bandar yang punyai peluang pekerjaan yang terhad

dengan jumlah penduduk yang ramai. Sektor pertanian pula merupakan satu-satunya
sumber pekerjaan yang penting di luar Bandar. Ini menyebabkan ramai penduduk luar
Bandar terutamanya dari Kelantan dan Terengganu berpindah ke Kajang, Selangor untuk

mencari peluang pekerjaan.

Selain itu, faktor melanjutkan pelajaran juga menyebabkan berlakunya migrasi ini.

Faktor ini banyak dipengaruhi oleh golongan pelajar yang berhijrah semata-mata untuk

Melanjutan pelajaran. Ini kerana kebanyakkan kemudahan pengajian tinggi awam dan

swasta tertumpu di Bandar. Contohnya terdapat beberapa pusat pengajian di Kajang iaitu

PTPL dan Kolej Pendidikan Teknologi Mara, UKM, dan IPTS (UNITEN).

Arahan majikan juga merupakan salah satu faktor yang mempengaruhi migrasi Bandar

Ke Bandar. Keadaan ini berlaku kerana ada majikan yang mengarahkan pekerja

berpindah semata-mata untuk memajukan kawasan baru, contohnya dari Ipoh ke Kajang.

Antara faktor lain ialah kemudahan asas. Kawasan luar Bandar, mempunyai kemudahan

asas yang sangat terhad berbanding dengan Bandar yang lebih banyak kemudahan seperti

jaringan pengangkutan, telekomunikasi, bekalan air bersih, kemudahan kesihatan, dan

pusat hiburan. Keadaan ini sudah tentulah menarik minat penduduk untuk berhijrah ke

Bandar. Contohnya terdapat banyak kemudahan kesihatan pengangkutan dan sebagainya.


Contohnya, kawasan Sungai jelok, Kajang. Lihat rajah 2 di atas.

Jelaslah di sini, dapat kita lihat bahawa kemajuan di Kajang sangat membanggakan kita

Sebagai penduduknya. Kita mestilah menyayangi Bandar Kajang ini.

(D) KESAN MIGRASI DALAMAN PENDUDUK SUNGAI

JELOK.

Migrasi dalaman penduduk di Sungai Jelok yang berlaku banyak memberi kesan sama

Ada migrasi luar Bandar ke Bandar atau Bandar ke Bandar.Antara kesan negative ialah

berlakunya masalah sosial, seperti perlakuan jenayah. Keadaan ini berlaku kerana ada

yang mengambil jalan mudah untuk mendapatkan wang. Kadar jenayah di kawasan saya

semakin meningkat dari sehari ke sehari. Contohnya, remaja lepak dan pengaruh budaya

yang baru. Selain itu, masalah perumahan juga akan timbul. Ini kerana ada majikan

yang tidak menyediakan kemudahan tempat tinggal menyebabkan pekerja mendirikan

rumah setinggan kerana kewangan yang tidak mencukupi atau ketiadaan tanah untuk

mendirikan rumah dengan kos beli tanah yang tinggi. Ada juga sesetengah kawasan
setinggan disebabkan oleh kos hidup yang tinggi. Migrasi yang berlaku juga adalah

kerana ingin meningkatkan taraf hidup. Keadaan ini Kerana terdapat segelintir

penduduk Sungai Jelok yang berhijrah untuk meningkatkan

taraf hidup dengan mendapat upah yang lebih tinggi daripada pekerjaan asal.

Migrasi ini juga menyebabkan berlakunya perubahan struktur penduduk di Kajang.

Di mana jumlah penduduk yang menerima penghijrahan akan bertambah, manakala di

tempat tinggal asal akan berkurangan. Namun begitu migrasi ini juga boleh

menyebabkan struktur umur penduduk juga berubah. Diman jumlah penduduk dewasa

akan bertambah di kawasan kajang.

Manakala kesan positif ialah tenaga buruh bertambah. Ini berlaku apabila ada

penghijrah masuk ke sesuatu kawasan maka masalah kekurangan tenaga kerja ini dapat

diisi oleh penghijrah yang masuk ke tempat tersebut.

Migrasi juga boleh menyebabkan persaingan. Migrasi ini boleh menyebabkan

persaingan dalam bidang pekerjaan, perniagaan, dan petempatan dalam kalangan

penduduk setempat dan pendatang. Selain itu juga, faktor perkhawinan juga
menyumbang kepada migrasi ini. Keadaan ini kerana wanita yang berkhawin perlu

mengikut suaminya ke tempat suaminya bertugas selepas melangsungkan perkhawinan.

Walaubagaimanapun, kesannya kita sebagai penduduk harus bersyukur dapat hidup di

Bumi kajang ini.

(E) CADANGAN UNTUK MENGATASI KESAN MIGRASI

DALAMAN PENDUDUK SUNGAI JELOK.

Migrasi dalaman yang berlaku di Sungai Jelok , Kajang banyak memberi kesan kepada

Penduduk setempat sama ada kesan negatif ataupun positif. Namun begitu, setiap kesan

yang timbul pasti ada penyelesaiannya. Antara cadangan untuk mengatasi masalah sosial

ialah melalui penguatkuasakan undang-undang yang tegas perlu dilaksanakan.

Melalui cara ini masalah sosial dapat dikurangakan, malah ianya dapat diatasi dengan

cekap dan berkesan. Dengan adanya kuatkuasa undang-undang, masalah sosial seperti

jenayah takut untuk melakukannya.

Manakala bagi mengatasi masalah perumahan setinggan, kerajaan perlulah membina


lebih banyak rumah kos rendah atau Projek Perumahan Rakyat Termiskin. Dengan

bantuan dari pihak kerajaan ini secara tidak langsung dapat mengurangkan masalah

perumahan setinggan yang wujud di kawasan Kajang.

Bagi mengatasi masalah perubahan struktur penduduk pula, kerajaan perlulah

mengambil langkah yang bijak. Contohnya bagi mengimbangi jumlah penduduk antara

kawasan supaya tidak terlalu banyak dan sedikit, kerajaan perlu menyediakan peluang

pekerjaan yang sama rata antara Bandar dengan luar Bandar.

Manakala untuk mengurangkan persaingan dengan penghijrah untuk penduduk asal di

Kajang. Kerajaan perlulah bijak mengatasi masalah ini dengan menyediakan

pembangunan dengan sama rata antara Bandar dengan luar Bandar.

Sebagai penduduk di Sungai Jelok, Kajang ini kita mestilah menghormati antara

satu sama lain agar dapat hidup dalam keadaan aman dan harmoni.
Kawasan kajian saya Sungai Jelok, Kajang, Selangor merupakan sebuah petempatan

yang penduduknya terdiri daripada Migrasi dalaman dan sebahagian kecil penduduk

setempat. Pola migrasi di kawasan ini terdapat 2 jenis iaitu Luar Bandar ke Bandar

dan Bandar ke Luar Bandar. Kebanyakkan penduduk berhijrah untuk meningkatkan taraf

hidup mencari peluang pekerjaan, arahan majikan dan sebagainya. Di samping itu,

penduduk semakin bertambah dan terdiri daripada pelbagai kaum. Bagi mengatasi situasi

ini, terutama kesan negatif seperti undang-undang diperketatkan dengan rondaan pihak

polis. Kerajaan juga ada membina rumah-rumah kos rendah di kawasan ini.

Walaubagaimanapun saya berasa bangga tinggal di Sungai Jelok yang mempunyai

kemudahan asas yang lengkap dan penduduknya saling bekerjasama walaupun

penduduknya terdiri daripada pelbagai kaum , kami hidup aman dan damai.
1. Buku teks , Goegrafi Tingkatan 2 (KBSM) Chong Mui, Azizan b. Hj. Abu

Samah, Penerbot Saufi.

2. Buku rujukan POKET MEMORI A PMR GEOGRAFI Penerbit EASTVIEW,

Pengarang Normala Ahmad.

3. Atlas Eksplorasi Geografi KBSM . Tan Kok Lim, Wong Sin Yoon. Penerbit –

Oxford (Fajar)

4. Internet

http://ms.wikipedia.org/

5. Internet

http://www.scribd.com/

You might also like