You are on page 1of 4

LP/Am 22

LEMBAGA PEPERIKSAAN
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
ARAS 8, BLOK E11, KOMPLEKS KERAJAAN PARCEL E
62604 PUTRAJAYA

PEPERIKSAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA


TAHUN 2010

LAPORAN PRESTASI UJIAN

SEJARAH
1249/2

DISEDIAKAN OLEH:

AZWAN BIN AHMAD

R1300

8 JANUARI 2011

0
1. PEPERIKSAAN : PEPERIKSAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA

2. TAHUN : 2010

3. MATA PELAJARAN : SEJARAH

4. KOD KERTAS : 1249/2

5. NAMA KETUA : AZWAN BIN AHMAD


PASUKAN

6. KOD KETUA : R1300


PASUKAN

7. KOMEN UMUM TENTANG KERTAS SOALAN

7.1 Format

Secara umum kertas soalan ini mengekalkan format pentaksiran sedia ada dan telah
digunapakai dalam peperiksaan sebelum ini. Item-item atau soalan yang digunakan
adalah jelas dan meliputi sukatan pelajaran yang diajar oleh guru di sekolah.

7.2 Cakupan soalan berdasarkan sukatan mata pelajaran.

Semua item/soalan di dalam kertas peperiksaan ini didapati menepati dan mencakupi
kandungan sukatan matapelajaran Sejarah untuk peringkat SPM

7.3 Kerelevanan soalan berbanding apa yang dipelajari calon.

Sangat relevan dan mencakupi topik-topik yang diajar oleh guru di bilik darjah
Umumnya calon pencapaian tinggi dan sebahagian calon kumpulan sederhana tidak
menghadapi kesukaran menjawab sebahagian besar soalan bahagian A dan 3 atau 4
soalan daripada bahagian B. Bagaimana pun calon pencapaian rendah hanya beroleh
markah daripada soalan no 1, 2 pada bahagian A, dan soalan no. 5 pada bahagian B.
Ini menunjukkan terdapat calon yang mengambil mudah dan tidak membuat
persiapan rapi untuk menghadapi peperiksaan.

7.4 Aras kesukaran

Data persampelan menunjukkan aras kesukaran adalah sederhana kerana daripada


823 calon, 55 calon (19.43 %) mendapat markah antara 71 hingga 100 markah. 121
calon (42.76%) mendapat markah antara 31 hingga 70 markah. Sementara 107 calon
(37.81%) menadapat markah kurang daripada 30 markah. Purata markah calon ialah
45.37 dengan sisihan piawai 24.79.

7.5 Perbandingan dengan tahun tahun SPM 2009.

Aras kesukaran kertas peperiksaan ini boleh dikategorikan “lebih mudah“ berbanding
dengan kertas soalan SPM tahun 2009.

1
7.6 Kesilapan pada kertas soalan sekiranya ada.

Tiada sebarang kesilapan pada kertas soalan sejarah SPM tahun 2010

8. KOMEN UMUM TENTANG PERATURAN PERMARKAHAN

8.1 Peraturan pemarkahan menepati sukatan pelajaran sejarah bagi Sijil Pelajaran
Malaysia.

8.2 Peraturan pemarkahan lebih membantu calon kerana menekankan pengetahuan asas
sejarah dan tidak terlalu rigid. Contohnya soalan no.1, no. 2 dan soalan no.5.

8.3 Peraturan pemarkahan juga memberikan peluang kepada calon untuk memberikan
hujahan kritis berdasarkan pengetahuan sedia ada. Jawapan calon yang bernas dan
relevan dengan kehendak soalan diterima, khususnya untuk pecahan soalan
berbentuk KBKK (markah diberi dibawah ‚“M“ = Munasabah).

8.4 Peraturan pemarkahan juga mengambil kira peristiwa semasa yang menuntut calon
peka terhadap pengetahuan dan perkembangan semasa. Contohnya soalan no. 9, di
mana pemarkahan mengambil kira perkembangan ICT dan Globalisasi yang tidak
termuat dalam buku teks sejarah.

9. CAKUPAN SOALAN BERBANDING KANDUNGAN MATA PELAJARAN

9.1 Item mencakupi sukatan mata pelajaran serta seimbang antara sukatan di tingkatan 4
dan tingkatan 5

9.2 Cakupan soalan juga berdasarkan kepada peristiwa lampau yang menjadi asas
kepada pembentukan negara hari ini. Contohnya soalan no 3, iaitu Konsep Daulat dan
Wilayah Pengaruh.

9.3 Cakupan soalan juga meliputi perkembangan dalam negara hari ini, yang
berhubungan langsung dengan kehidupan calon. Contohnya soalan no.9, iaitu
globalisasi dan ICT yang hampir dengan kehidupan harian calon.

9.4 Pentadbiran negara juga termasuk dalam soalan sejarah dan selari dengan
kandungan mata pelajaran sejarah. Contohnya soalan berkenaan konsep raja
berpelembagaan dan bidang kuasa Yang Dipertuan Agung.

2
10. KERELEVANAN SOALAN DENGAN PERKARA YANG DIPELAJARI CALON

10.1 Item sangat relevan dan bertepatan dengan sukatan pelajaran sejarah untuk
melahirkan pelajar yang patriotik. Perasaan menghargai perjuangan pahlawan
negara , menghormati pemimpin (YDA), memajukan negara (ICT dan Globalisasi)
termaktub dalam soalan peperiksaan

10.2 Soalan peperiksaan juga berbentuk KBKK, yang memberi peluang untuk
memberikan hujahan berdasarkan fakta dan maklumat sejarah yang dipelajari.

10.3 Terdapat soalan yang semua peringkat calon boleh mendapat markah. Misalnya
soalan no. 1, berkenaan dengan kepentingan sungai dan cara mememlihara sungai,

10.4 Terdapat soalan yang memerlukan pelajar menguasai fakta sejarah. Misalnya
soalan no. 8, berkenaan bidang kuasa Yang Dipertuan Agung.

You might also like