You are on page 1of 26

PELAN INDUK PEMBANGUNAN

PENDIDIKAN
Dasar Kebudayaan
Kebangsaan
Latar belakang
Kebudayaan merupakan keseluruhan cara hidup manusia. Ia berperanan penting
dalam proses pembangunan negara di Malaysia di mana keperibadian Malaysia
harus dipupuk dalam usaha-usaha yang dijalankan ke arah meningkatkan
pembangunan sosioekonomi dan politik. Ini sudah tentunya memerlukan
penggemblengan dan penglibatan semua lapisan masyarakat dalam satu proses
yang berterusan. Bagi sebuah negara yang mempunyai masyarakat berbilang kaum
seperti di Malaysia, proses pembentukan kebudayaan nasional memerlukan
perancangan yang teliti dan rapi supaya dapat melahirkan cara hidup yang bersifat
keMalaysiaan. Perancangan kebudayaan ini harus menentukan sifat-sifat yang
baik, mulia dan utama bagi pembinaan bangsa dan ketahanan negara.

Objektif
Pembangunan Kebudayaan Kebangsaan bagi negara-negara yang baru merdeka
amatlah penting untuk mewujudkan sebuah Negara yang stabil dan bersatupadu.
Dengan yang demikian usaha-usaha pembentukan Kebudayaan Kebangsaan
Malaysia adalah bertujuan untuk mencapai tiga objektif penting iaitu:

Mengukuhkan perpaduan bangsa dan negara melalui Kebudayaan;

Memupuk dan memelihara keperibadian kebangsaan yang tumbuh daripada


Kebudayaan Kebangsaan; dan

Memperkayakan dan mempertingkatkan kualiti kehidupan kemanusiaan dan


kerohanian yangseimbang dengan pembangunan sosioekonomi.
Strategi dan Pelaksanaan

Objektif dasar ini boleh dicapai melalui strategi-strategi berikut:

Pemulihan, pemeliharaan dan pembangunan kebudayaan ke arah


menguatkan asas-asas Kebudayaan Kebangsaan melalui usahasama
penyelidikan, pembangunan, pendidikan, pengembangan dan perhubungan
budaya;

Meningkat dan mengukuhkan kepimpinan budaya melalui usaha-usaha


membimbing dan melatih peminat, mendokong dan menggerak kebudayaan
seluas-luasnya sebagai jentera pembangunan yang berkesan;

Mewujudkan komunikasi yang berkesan kearah kesedaran kebangsaan,


kenegaraan dan nasionalisme Malaysia;

Memenuhi keperluan sosiobudaya; dan

Meninggikan taraf dan mutu kesenian.

Di samping Kementerian Kebudayaan Kesenian dan Pelancongan, penglibatan


pihak lain termasuklah Kementerian-kementerian dan Jabatan-jabatan Kerajaan
Pusat, Kerajaan-kerajaan Negeri, badan-badan berkanun dan pihak swasta serta
pertubuhan - pertubuhan kebudayaan juga penting. Antara lain Kementerian ini
menguruskan penyelidikan, pembangunan dan penggalakan, pendidikan dan
pengembangan kesenian dan perhubungan ke arah kemajuan kebudayaan
kebangsaan. Usaha-usaha itu dicapai melalui aktiviti-aktiviti pembangunan,
persembahan seni oleh Kompleks Budaya Negara sebagai pengelola dan urusetia
perhubungan kebudayaan antarabangsa, Majlis Kebudayaan Negeri, khidmat
nasihat bagi mengukuhkan pertubuhan-pertubuhan kebudayaan dan kerjasama
dengan badan-badan antarabangsa. Peranan Kementerian/Jabatan, Kerajaan-
kerajaan Negeri dan badan-badan berkanun yang lain adalah sama penting dalam
melaksanakan strategi dasar ini di dalam pengurusan harian dan pelaksanaan dasar-
dasar semasa. Peranan pihak swasta dan pertubuhan-pertubuhan kebudayaan kian
diperlukan di mana badan-badan ini boleh memainkan peranan menjalankan usaha
pembinaan dan kemajuan kebudayaan di peringkat organisasi masing-masing dan
seterusnya membiayai penajaan program atau projek-projek kebudayaan.
DASAR KEPENDUDUKAN
NEGARA
Latarbelakang

Matlamat kependudukan 70 juta telah disarankan oleh Y.A.B. Perdana Menteri


Seri Dr. Mahathir Mohamed ketika beliau berucap di Perhimpunan Agung UMNO
dalam bulan September 1982. Beliau berpendapat bahawa Malaysia akan lebih
berjaya dengan penduduk sebanyak 70 juta. Saranan ini kemudiannya telah
dijelaskan dan dikemukakan sekali lagi oleh beliau dalam ucapannya semasa
membentangkan kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Keempat pada 29hb.
Mac 1984. Matlamat kependudukan ini diharapkan dicapai dalam tempoh 115
hingga 120 tahun.

Objektif:

1. Objektif dasar ini adalah untuk mengujudkan jumlah penduduk Malaysia


seramai 70 juta.
2. Meningkatkan daya dan mutu pengeluaran untuk eksport
3. Menjadikan Malaysia sebuah Negara yang kuat dari segi keselamatan dan
politik.

Strategi Pelaksanaan:

1. Meningkatkan jumlah kesuburan supaya pada tahun 2070 jumlah penduduk


akan menjadi stabil pada tahap 79 juta .
2. Membaiki taraf kesihatan penduduk melalui klinik-klinik kerajaan di seluruh
Negara
3. Menyediakan bekalan air yang mencukupi.
4. Menyediakan pendidikan yang bermutu dan seimbang.
5. Menyediakan berbagai-bagai kemudahan social.
6. Memperkenalkan dasar percukaian dan faedah-faedah bersalin untuk
keluarga yang beranak lima.
Dasar pembandaran Negara
Latar belakang
1. Sebelum merdeka , pertumbuhan Bandar-bandar tidak dirangka dengan baik
2. Penduduk Malaysia yang kian bertambah memerlukan rancangan urbanisasi
yang baik.

Matlamat
1. Proses urbanisasi akan membantu kerajaan mencapai dasar ekonomi baru.
2. Untuk memupuk keseimbangan ekonomi antara Bandar dan luar Bandar
3. Pembangunan ekonomi dan perkhidmatan asas pembandaran dapat
diagihkan secara meluas serta saksama di seluruh Negara.

STRATEGI:
Dalam usaha kerajaan untuk mencapai matlamat pembangunan Negara
melalui proses pembangunan Bandar yang dirancang dan dikenalpasti maka
kerajaan telah merangka beberapa strategi Di antaranya ialah:memastikan
pembangunan dengan lebih seimbang dari segi fizikal,susunan kaum dan
penyertaan dalam pembangunan bandar melalui pengurusan sumber yang lebih
cekap seperti tanah dan perumahan,mempercepatkan proses pembandaran di
kawasan luar bandar dengan cara melibatkan peneroka-peneroka di sekim
pembangunan tanah dan penduduk-penduduk di kawasan in-situ dalam
kegiatan-kegiatan ekonomi bandar melalui perkembangan
perkhidmatan,perdagangan dan runcit serta industri-industri kecil. Penyertaan
tersebut adalah bertujuan untuk mengurangkan pengaliran pendapatan
kekawasan lain dan juga untuk menerapkan unsur-unsur pembangunan bagi
mempergiatkan ekonomi tempatan,mempercepatkan pembangunan bandar
didalam kawasan-kawasan Lembaga Kemajuan Wilayah dengan cara mengkaji
kemungkinan-kemungkinan memperluaskan liputan dan bidang penglibatan
sektor swasta selaras dengan usaha menggalakkan pembangunan kegiatan-
kegiatan bandar terutamanya pembinaan, pembuatan dan perkhidmatan dalam
kawasan pembangunan wilayah berkenaan,memperkenalkan konsep
memperbandarkan kampung-kampung dengan cara pengelompokan kampung-
kampung kecil yang terletak berdekatan bagi dijadikan bandar kecil atau pusat
pembangunan desa di mana kegiatan-kegiatan perindustrian kecil, perniagaan
dan pertanian secara komersial dapat diwujudkan.
DASAR WANITA NEGARA
OBJEKTIF:
Bagi membantu pihak perancangan dan pelaksanaan dasar pembangunan
wanita beberapa strategi diperturunkan bagi menjaminkan kecekapan,
keberkesanan, keselarasan dan keseragaman dasar dan tindakan
iaitu membangkitkan kesedaran, kepekaan dan kefahaman semua pihak mengenai
isu dan kedudukan wanita,menyalurkan isu-isu wanita menerusi agensi pusat
kepada institusi-institusi dan birokrasi Kerajaan dalam bentuk peraturan
pentadbiran, sikap dan komitmen pihak pelaksanaan dasar,merancangkan
pengagihan sumber-sumber kepada pelbagai sektor yang mengendalikan program
berkaitan dengan isu-isu wanita dan mendapatkan kerjasama di antara sektor-
sektor Kerajaan dan di antara Kerajaan dengan bukan Kerajaan dalam proses
pemusatan usaha-usaha bagi meningkatkan penglibatan wanita dalam
pembangunan.

Selain itu,dasar ini bertujuan mengintegrasikan kaum wanita ke dalam


semua sektor pembangunan negara selaras dengan kemampuan dan keperluan
mereka bagi tujuan meningkatkan mutu kehidupan,membasmi kemiskinan,
menghapuskan kejahilan dan buta huruf serta memastikan negara berada dalam
keadaan aman dan makmur.

STRATEGI:
Bagi membantu pihak perancangan dan pelaksanaan Dasar Wanita
Negara(DWN), beberapa strategi dibentukan bagi menjamin kecekapan
,keberkesanan, keselarasan dan keseragaman dasar dan tindakan seperti
membangkitkan kesedaran, kepekaan dan kefahaman semua pihak mengenai isu
dan kedudukan wanita,menyalurkan isu-isu wanita menerusi agensi pusat kepada
institusi-institusi dan birokrasi Kerajaan dalam bentuk peraturan pentadbiran, sikap
dan komitmen pihak pelaksanaan dasar, merancangkan pengagihan sumber-sumber
kepada pelbagai sektor yang mengendalikan program berkaitan dengan isu-isu
wanita dan mendapatkan kerjasama di antara sektor-sektor Kerajaan dan diantara
Kerajaan dengan bukan Kerajaan dalam proses pemusatan usaha-usaha bagi
meningkatkan penglibatan wanita dalam pembangunan.
DASAR PANDANG KE
TIMUR
OBJEKTIF:
Objektif utama Dasar Pandang Ke Timur ialah untuk meninggikan
prestasi pengurusan dan pembanguan di negara ini serta mewujudkan golongan
masyarakat Malaysia yang mempunyai nilai-nilai dan etika kerja yang positif
untuk meniggikan kemajuan negara.Perkara-perkara ini harus ditumpukan ialah
‘kerajinan dan disiplin bekerja,kesetiaan kepada negara dan perusahaan atau
perniagaan di mana pekerja bekerja,keutamaan kepada kumpulan dan tidak diri
sendiri,tekanan daya pengeluaran dan mutu yang tinggi,peningkatan
kecekapan,pengurangan perbezaan dan perpisahan antara eksekutif dan pekerja am
sistem pengurusan yang menitikberatkan kejayaan jangka panjang dan tidak
semata-mata peningkatan dividen atau pendapatan kakitangan

STRATEGI:
Selaras dengan dasar ini,kerajaan telah menyusun strategi dan program
bagi meningkatkan kecekapan,kekesanan dan penghasilan kerja yang lebih baik di
kalangan pengawai dan kakitangan.Pengawai-pengawai dan pelajar Malaysia telah
dihantar ke Jepun dan Korea untuk mempelajari selok belok teknikal dan aspek
pengurusan.Di antara program yang telah dijalankan adalah perubahan
struktur,perubahan sikap dan latihan dan kursus.
Dalam latihan dan khusus,kerajaan telah mengadakan Latihan
Perindustrian Dan Teknikal yang bertujuan melatih pekerja di bidang teknikal
dalam usaha meninggikan kecekapan dan menerap nilai kerja positif dari Jepun
dan Korea dalam meninggikan penghasilan kerja dan Program Pengajian
Akedemik yang bertujuan untuk memberi peluang kepada pelajar-pelajar
Malaysia untuk menuntut ilmu sains dan teknikal di Jepun dan Republik Korea.
Bagi perubahan struktur pula berkaitan dengan Kad Perakam Waktu Kerja
(Punch Card),Penggunaan Tanda Nama (Name Tag), Penubuhan Pasukan
Meningkat Mutu Kerja (QCC),Konsep Pejabat Terbuka dan Perkhidmatan
Kaunter/Perkhidmatan Pembayaran Bil Setempat.
DASAR PEMBAHARUAN DAN
PENINGKATAN PRODUKTIVITI
DAN KUALITI DALAM
PERKHIDMATAN AWAM

Latarbelakang 

Dalam era pembangunan yang dipelopori sejak negara mencapai kemerdekaan,


fungsi pentadbiran awam telah mengalami perubahan yang dinamik di mana
keseluruhan jentera Kerajaan digembleng dan dijuruskan kepada usaha-usaha
meningkatkan taraf hidup rakyat di samping menjamin keamanan, kesejahteraan
dan keselamatan awam. Jentera pentadbiran Kerajaan memainkan peranan yang
penting dalam merealisasikan aspirasi negara menerusi pelaksanaan secara
berkesan segala dasar, program dan projek Kerajaan. Keupayaan perkhidmatan
awam memberikan perkhidmatan yang bermutu dan berwibawa perlulah
dipertingkatkan sealiran dengan perkembangan-perkembangan yang pesat berlaku
di dalam atau di luar negeri. Ini memerlukan perubahan-perubahan yang boleh
meningkatkan produktiviti dan keberkesanan perkhidmatan awam dalam
menghadapicabaran-cabaran pembangunan negara.
 

Objektif

Dasar-dasar pembaharuan ini mempunvai objektif seperti berikut:

1. Meningkatkan keupayaan dan produktiviti sektor awam supaya ia dapat


memainkan peranannya meningkatkan kadar pertumbuhan ekonomi yang
menyumbang ke arah pembangunan;

2. Memastikan sumber-sumber negara digunakan secara optimum;


3. meningkatkan jumlah dan mutu perkhidmatan kepada orang ramai.

4. Meningkatkan imej kerajaan di kaca mata orang ramai

Strategi dan perlaksaan


1. Pengarah-pengarah jabatan diberi kuasa untuk mengambil tindakan tatatertib
ke atas kakitangan kerajaan yang tidak berdisiplin.

2. Ketua-ketua jabatan mewujudkan system laporan berkala yang sistematik.

3. Kakitangan yang berdisiplin akan dianugerahi sijil perkhdmatan cemerlang

4. Ketua-ketua jabatan hendaklah sentiasa member motivasi kepada kakitangan


mereka.
 
DASAR PENERAPAN NIALI-NILAI
ISLAM DALAM PENTADBIRAN
KERAJAAN
Latar belakang
1. Agama rasmi persekutuan ialah agama islam.

2. Nilai-nilai murni dalam islam dapat diserapkan dalam tatakerja kita.

Matlamat
1. Menghapuskan sikap negative dalam menjalankan tugas yang
dipertanggungjawabkan dan menghasilkan perkhdmatan yang bermutu.

2. Melatih diri dengan disiplin dan menjalankan kerja dengan penuh dedikasi
dan amanah.

3. Menghormati kebaikan dan membenci keburukan seperti yang dituntut


dalam islam

4. Melahirkan rakyat malaysia yang bermaruah tinggi.

Strategi perlaksaan
1. Jentera pentadbiran kerajaan dikemas kini berdasarkan nilai-nilai yang
positif.

2. Penerangan dan penjelasan tentang niali-nilai islam telah ditambah dari


semasa ke semasa

3. Ketua-ketua jabatan dinasihatkan supaya menjadi teladan kepada pegawai-


pegawai di bawahnya.

4. Pakaian-pakaian yang melambangkan kesopanan digalakkan manakala


pakaian yang terlalu mendedahkan tubuh badan tidak dibenarkan

DASAR KEPIMPINAN
MELALUI TELADAN
LATAR BELAKANG
1. Sebelum 1983 , belum lagi ada satu dasar kepimpinan yang boleh dijadikan
asas yang kukuh untuk diamalkan oleh semua kakitangan kerajaan.
2. Dasar ini membayangkan hasrat kerajaaan untuk membaiki system
pentadbiran Negara

OBJEKTIF
1. Untuk memupuk ciri-ciri kepimpinan yang berkesan yang dapat dicontohi .
2. Melahirkan semangat kepimpinan dalam kalangan pegawai-pegawai
kerajaan.
3. Meningkatkan daya pengeluaran Negara melalui perkhidmatan yang cekap

STRATEGI
1. Menerapkan konsep kepimpinan melalui teladan menerusi kumpulan.
2. Meningkatkan mutu kerja di perkhidmatan kaunter.
3. Menerapkan dasar ini melalui pelbagai sebaran am.
4. Mengadakan ceramah dan forum untuk pegawai-pegawai kerajaaan supaya
timbul kesedaran tentang perlunya sifat-sifat kepimpinan.
5. Memberi panduan tentang dasar ini melalui sifat agama.
6. Menganjurkan pameran kepimpinan oleh Arkib Negara Malaysia.
7. Memperkenalkan kad perakam waktu, pemakaian tanda nama dan
Kumpulan Kawalan Mutu Kerja ( QCC )

PENCAPAIAN
1. Mutu perkhidmatan kerajaan walaupun sudah meningkat , tetapi belum
mencapai tahap yang membanggakan.
2. Ramai kakitangan kerajaan belum menghayati dasar ini .

DASAR BERSIH , CEKAP


DAN AMANAH
latar belakang
1. Malaysia memerlukan rakyat yang bermoral

2. Dengan ini , Malaysia akan Berjaya.

3. Nilai baik dan positif harus disemai dalam setiap jiwa rakyat Malaysia.

Matlamat
1. Mewujudkan masyarakat yang bertatatertib , berdisiplin dan tidak menerima
rasuah.
2. Bersih dan cekap sewaktu menjalankan urusan kerajaan

3. Bersikap jujur kepada diri , kawan-kawan , keluarga dan di tempat kerja.

Strategi dan perlaksanaan


1. Semua pegawai kanan kerajaan dan anggota jemaah menteri adalah
diwajibkan untuk mengisytiharkan harta yang mereka miliki.

2. Mengukukkan lagi suruhanjaya pencegahan rasuah.

3. Laporan juruaudit Negara wajib disiarkan untuk pengetahuan orang ramai.

4. Menghantar pegawai-pegawai melanjutkan pendidikan mereka.

Rukun Negara
Latar belakang
1. Perpaduan amatlah penting untuk sesebuah Negara yang mempunyai
pelbagai kaum

2. Malaysia harus memelihara satu cara hidup demokratik dan adil.

3. Kita harus menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi


kebudayaan di Malaysia.

Lima prinsip rukun Negara :

1. Kepercayaan Kepada Tuhan

2. Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara


3. Keluhuran Perlembagaan

4. Kedaulatan Undang-Undang

5. Kesopanan Dan Kesusilaan

WAWASAN 2020
Latarbelakang 
Wawasan 2020 bukanlah merupakan satu dasar khas tetapi merupakan tindak balas
kepada perkembangan ekonomi, sosial dan politik yang berlaku di peringkat
nasional dan antarabangsa yang telah memberi cabaran hebat kepada negara.
Wawasan ini telah diketengahkan sebagai satu garis panduan dan rangka kerja
mengenai pendekatan yang harus diambil dalam memulakan langkah bagi
perjalanan jauh yang akan ditempuh oleh negara.
Matlamat terakhir yang dicita-citakan ialah pembentukan sebuah negara Malaysia
yang benar-benar maju menjelang tahun 2020. Kemajuan yang dimaksudkan
bukan terhad kepada bidang ekonomi sahaja malah ia akan merangkumi segala
aspek kehidupan: ekonomi, politik, sosial, kerohanian, kejiwaan dan kebudayaan.

Menjelang tahun 2020, Malaysia sebagai sebuah negara merdeka akan menjadi
negara yang benar-benar maju, bersatu, mampu berdikari, progresif dan makmur.
Rakyat akan menikmati kehidupan yang sempurna dalam satu masyarakat yang
demokratik, bertoleransi, bermoral, adil, mampu bersaing, dinamik dan
mempunyai daya ketahanan yang tinggi.

Ini bermakna Wawasan 2020 bertujuan mewujudkan negara bermatlamat iaitu


Malaysia akan menjadi negara maju dengan caranya tersendiri tanpa terikut kepada
cara dan corak negara maju yang ada sekarang. Kemajuan yang dicita-citakan ialah
kemajuan yang sempurna yang tidak semata-mata diukur dari segi pencapaian
lahiriah atau fizikal semata-mata malah ia akan meliputi pewujudan satu
masyarakat yang sempurna dengan nilai moral dan etika yang tinggi dan boleh
dicontohi oleh negara-negara lain.
 

Objektif
Objektif di atas hanya boleh dicapai jika rakyat Malaysia dapat menghadapi dan
mengatasi pelbagai halangan/rintangan yang dianggap sebagai cabaran. Di bawah
ini diperturunkan sembilan cabaran yang telah dikenal pasti iaitu:

(i)  Mewujudkan negara Malaysia bersatu yang mempunyai matlamat yang serupa


dan dikongsi bersama. Ia mesti menjadi negara yang aman, berintegrasi di
peringkat wilayah dan kaum, hidup dalam harmoni, berkerjasama sepenuhnya,
secara adil dan didokong oleh satu bangsa Malaysia yang mempunyai kesetiaan
politik dan dedikasi kepada negara;
(ii)  Mewujudkan masyarakat yang berjiwa bebas, tenteram dan maju dengan
keyakinan terhadap diri sendiri, bangga dengan apa yang dicapai serta gagah
menghadapi pelbagai masalah. Masyarakat Malaysia ini mesti dapat dikenali
melalui usaha mencapai kecemerlangan, sedar semua kemampuannya, tidak
mengalah kepada sesiapa, dan dihormati oleh rakyat negara lain;

(iii)  Mewujud dan membangunkan masyarakat demokratik yang


matang, mengamalkan satu bentuk persefahaman yang matang, demokrasi
Malaysia berasaskan masyarakat yang boleh menjadi contoh kepada banyak negara
membangun;

(iv)  Mewujudkan masyarakat yang sepenuhnya bermoral dan beretika, yang mana


warganegaranya kukuh dalam nilai agama, dan kejiwaan dan didorong oleh tahap
etika paling tinggi;

(v)  Mewujudkan masyarakat liberal dan bertolak ansur, rakyat pelbagai kaum


bebas mengamalkan adat, kebudayaan dan kepercayaan agama masing-masing dan
pada masa yang sama, meletakkan kesetiaan mereka kepada satu negara;

(vi)  Mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif, mempunyai daya perubahan


tinggi dan memandang ke depan, yang bukan sahaja menjadi pengguna teknologi
tetapi juga menyumbang kepada tamadun saintifik dan teknologi masa depan;

(vii)  Mewujudkan masyarakat penyayang dan budaya menyayangi, iaitu sistem


sosial yang mana kepentingan masyarakat lebih utama daripada diri sendiri dan
kebajikan insan tidak berkisar kepada negara atau individu tetapi di sekeliling
sistem kekeluargaan yang kukuh;

(viii)  Memastikan masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi. Iaitu masyarakat


yang melaksanakan pengagihan kekayaan negara secara adil dan saksama di mana
wujud perkongsian sepenuhnya bagi setiap rakyat dalam perkembangan ekonomi.
Masyarakat sedemikian tidak akan wujud jika masih ada pengenalan kaum
berdasarkan fungsi ekonomi, dan kesemua kemunduran ekonomi berdasarkan
kaum; dan

(ix)  Mewujudkan masyarakat makmur yang mempunyai ekonomi bersaing,


  dinamik, giat dan kental.
Pelan Tindakan
Pembangunan Belia Nasional
Tujuan utama penyediaan Pelan Tindakan Pembangunan Belia Nasional
adalah untuk mendapatkan komitmen kerajaan dari segi pemantapan dasar dan
strategi pembangunan belia. Pelan ini telah disediakan dengan meliputi dua tempoh
iaitu menyediakan satu pelan tindakan yang berjangka panjang sehingga tahun
2020 dan menyediakan pelan tindakan jangka pendek

Secara jangka pendek pelan tindakan ini akan memberi empat tumpuan
utama iaitu pengunggulan Program Rakan Muda, mengupayakan pertubuhan belia,
menangani keperluan golongan belia tidak berpersatuan dan memantapkan
keupayaan KBS. Secara jangka panjang pula, pelan ini mempunyai sebelas Teras
Pembangunan Belia iaitu:-
i. Teras Pembangunan Ekonomi
ii. Teras Pembangunan Sumber Manusia
iii. Teras Program Rakan Muda
iv. Teras Pembangunan Sosial (Nilai)
v. Teras Sistem Penyampaian
vi. Teras Peranan Media dan Komunikasi
vii. Teras Peranan Pertubuhan Belia
viii. Teras Pembangunan Belia Tidak Berpersatuan
ix. Teras Pembangunan Kepimpinan
x. Teras Penyelidikan dan Pembangunan
xi. Teras Politik dan Integrasi Nasional

Kenyataan Dasar dan Pelan Tindakan Pembangunan Belia ini telah


memberikan implikasi yang sangat besar dalam usaha pembangunan belia di
negara ini kerana ianya merupakan satu dasar dan pelan yang sangat komprehensif
khususnya bagi membangunkan generasi belia negara berasaskan kepada realiti
semasa kini. Ini kerana golongan belia masa kini berdepan dengan berbagai
masalah yang sangat membimbangkan masyarakat dan kerajaan dan jika tidak
dipantau dan dijana program -program pembangunan yang berkesan hasrat serta
inspirasi kerajaan untuk melahirkan masyarakat Malaysia yang Cemerlang,
Gemilang dan Terbilang dikhuatiri akan terjejas. Untuk itu, dasar dan pelan
tindakan ini telah banyak membantu KBS dalam merencana program-program
berkesan yang merangkumi semua golongan sasar berdasarkan kepada strategi dan
teras pembangunan yang dikenalpasti.

ISLAM HADHARI
PELAN INTEGRITY
NASIONAL
Objektif
 Memberikan hala tuju dan bimbingan pelbagai sektor supaya mereka dapat
bekerjasama dalam usaha besar membina masyarakat yang bersatu padu,
berharmoni, berintegriti, bermoral dan beretika;
 Meningkatkan kesedaran, komitmen dan kerjasama pelbagai sektor dalam
usaha peningkatan integriti supaya integriti menjadi budaya masyarakat dan
diamalkan dalam semua bidang;
 Menggalakkan semangat bertanggungjawab di kalangan anggota masyarakat
serta mendorong perkembangan masyarakat sivil yang menjunjung prinsip
integriti dan bergerak cergas menegakkan integriti;
 Menyumbang kepada usaha pengukuhan asas moral masyarakat dan negara,
dan peningkatan kesejahteraan hidup anggota masyarakat; dan
 Meningkatkan daya saing dan daya tahan Malaysia dalam usaha menangani
cabaran abad ke-21 khususnya cabaran globalisasi dengan lebih berkesan

Strategi pelaksanaan
STRATEGI 1:PELAKSANAAN AGENDA INTEGRITI UNTUK INSTITUSI
KELUARGA
 Pembangunan keluarga dan insan berintegriti melalui pembinaan keluarga
bahagia;
 Peningkatan integriti dalam pengurusan kesihatan jasmani dan rohani; dan
 Pemantapan nilai-nilai murni sebagai asas pembentukan identiti.
STRATEGI 2: PELAKSANAAN AGENDA INTEGRITI UNTUK KOMUNITI
 Pengukuhan nilai-nilai murni kejiranan dan komuniti;
 Pemantapan pertubuhan dan institusi asas dalam komuniti; dan
 Pengukuhan semangat patriotisme dan perpaduan antara kaum serta
kesedaran mengenai pemuliharaan alam sekitar.

STRATEGI 3: PELAKSANAAN AGENDA INTEGRITI UNTUK


MASYARAKAT SIVIL
 Peningkatan integriti masyarakat sivil – badan bukan kerajaan (NGO);
 Peningkatan sumbangan NGO kepada usaha pemantapan integriti; dan
 Pengukuhan kerjasama antara NGO, kerajaan dan swasta untuk pemantapan
integriti.
STRATEGI 4: PELAKSANAAN AGENDA INTEGRITI UNTUK INSTITUSI
SOSIOBUDAYA
 Pembinaan insan yang berintegriti dalam persekitaran sosiobudaya yang
berintegriti;
 Peningkatan integriti dalam pengurusan kesihatan, jasmani dan rohani; dan
 Pemantapan nilai-nilai murni, perpaduan dan pembentukan identiti warga
negara.
STRATEGI 5: PELAKSANAAN AGENDA INTEGRITI UNTUK INSTITUSI
AGAMA
 Peningkatan kerjasama, persefahaman dan saling menghormati antara
penganut pelbagai agama;
 Penghayatan dan pengalaman nilai-nilai murni ajaran agama; dan
 Peningkatan penghayatan dan pengamalan ajaran agama Islam sebagai
agama kemajuan.
STRATEGI 6: PELAKSANAAN AGENDA INTEGRITI UNTUK INSTITUSI
EKONOMI
 Pemantapan integriti sektor korporat;
 Peningkatan komitmen sektor korporat terhadap pertanggungjawaban sosial;
 Pengembangan dan pengukuhan budaya niaga yang beretika;
 Pengukuhan perpaduan antara perpaduan antara kumpulan etnik dan antara
wilayah melalui aktiviti ekonomi.
STRATEGI 7: PELAKSANAAN AGENDA INTEGRITI UNTUK INSTITUSI
POLITIK
 Pengekalan keluhuran Perlembagaan dan sistem politik negara;
 Pengekalan kedeaulatan dan peningkatan keutuhan institusi parlimen sebagai
institusi penggubal undang-undang yang luhur;
 Pengalaman politik yang berintegriti serta pengembangan budaya politik
yang sihat, beretika, matang dan demokratik mengikut acuan sendiri; dan
 Pemantapan prinsip ketelusan, pertanggungjawaban dan tadbir urus terbaik.
STRATEGI 8: PELAKSANAAN AGENDA INTEGRITI UNTUK INSTITUSI
PENTADBIRAN
 Pemantapan prinsip ketelusan, pertanggungjawaban dan tadbir urus terbaik;
dan
 Peningkatan integriti jentera pentadbiran awam.

DASAR PERUMAHAN
NEGARA
DASAR WARGA TUA
NEGARA
DASAR KOPERASI
NEGARA
Latar belakang
1. Koperasi didapati tidak saing dan tidak kos efektif
2. Pada tahun 2004 , Kongres Kebangsaan Koperasi merumuskan bahawa
dasar tersebut perlu dilaksanakan.

Matlamat
1. Memperkukuh urus tadbir , kewangan , dan kawal selia koperasi.
2. Penubuhan Majlis Perundingan Koperasi.
3. Melahirkan koperasi yang berdaya saing , daya maju dan kos efektif.

Strategi dan perlaksanaan


1. Memperkemas undang-undang dan peraturan koperasi.
2. Mempertingkatkan sumber modal.
3. Kerjasama dalam kalangan koperasi dan badan-badan lain.

Pencapaian
1. Mengiktiraf gerakan koperasi dalam pembangunan ekonomi Negara.
2. Kualiti produk dan perkhidmatan koperasi dapat ditingkatkan.
3. Memperjuangkan prinsip dan falsafah koperasi.

DASAR KESELAMATAN
JALAN RAYA
DASAR NEGARA BAGI PERPUSTAKAAN
DAN PERKHIDMATAN MAKLUMAT
KONSEP 1 MALAYSIA

You might also like