You are on page 1of 2

MEDITASI MENENANGKAN JIWA

MEDITASI merupakan satu cadang disiplin bagaimana memfokus minda dalam


fikiran atau di bawah kesedaran. Ia kebiasaannya melibatkan penumpuan
kepada satu perkara atau objek tumpuan.Tahap meditasi yang tinggi
membolehkan ia menghampiri tahap yang mana si pengamal tidak menyedari
langsung apa yang berlaku di sekitarnya.

Menurut Wikipedia, ensiklopedia bebas di Internet, meditasi menjadi komponen


utama kepada banyak ajaran agama yang telah dipraktiskan sejak 5,000 tahun
lalu.

Perkataan 'meditation' berasal dari perkataan 'meditatio' dalam bahasa Latin


yang asalnya merujuk kepada aktiviti senaman fizikal intelek dan kemudiannya
bertukar merujuk kepada aktiviti 'bertafakur.'

Terdapat berbagai-bagai jenis meditasi dalam pelbagai agama seperti Hindu,


Bahai, Buddha, Islam, Sikh, Tao, Kristian dan sebagainya.

Bagaimanapun, pada masa kini meditasi telah menjadi salah satu bentuk
senaman bertujuan memberikan ketenangan dengan mendapat pelbagai
pengaruh Barat dan Timur.

Teknik meditasiMemandangkan meditasi dirujuk sebagai satu aktiviti


bersendirian yang memberi fokus kepada sesuatu perkara, terdapat pelbagai
teknik meditasi atau berfikir sambil memberi fokus ini.

Teknik meditasi terbahagi kepada dua jenis iaitu memberi fokus kepada
persepsi latar belakang atau pengalaman lalu yang dikenali sebagai
mindfullness.

Manakala, satu lagi jenis meditasi ialah dengan memilih satu objek atau perkara
dan ia dikenali sebagai meditasi 'tumpuan.'

Terdapat juga gabungan meditasi antara latar belakang dan objek ini saling
bertukar-tukar dalam satu masa oleh pengamalnya.

Dalam meditasi mindfulness, pengamal akan duduk dengan selesa dan memberi
fokus kepada pernafasan, bunyi sekeliling, bunyi muzik, mantra yang dibaca
dan sebagainya.

Manakala, meditasi 'tumpuan' pula merupakan meditasi yang diamalkan oleh


kebanyakan penganut agama dan ia merupakan amalan kerohanian.

Bertafakur dalam IslamIslam juga tidak terkecuali daripada mempunyai amalan


meditasi atau dikenali sebagai bertafakur, suluk atau berzikir.
Hukum suluk adalah harus dengan syarat mematuhi syariat Islam iaitu berzikir
dengan zikir yang tidak bertentangan ajaran Islam.

Bertafakur dengan sentiasa mengingati Allah dan bersyukur dengan segala


rahmat yang diberikan-Nya mampu meningkatkan keimanan manusia, selain
sentiasa menenangkan jiwa.

Mufti Perak, Datuk Seri Dr. Harussani Zakaria berkata, bertafakur iaitu
memikirkan mengenai sesuatu perkara dengan lebih mendalam, manusia dapat
menilai segala nikmat kurniaan Allah.

Proses tafakur juga dikenal pasti sebagai cara untuk membantu seseorang
mengendalikan tekanan hidup dengan bijaksana iaitu dimulakan dengan berfikir
mengenai diri sendiri dan kejadian sekeliling, katanya.

"Bertafakur boleh dimulakan dengan melihat merenung diri sendiri dan


kemudiannya membandingkannya dengan masyarakat sekeliling dan melihat
betapa banyak nikmat Allah berikan kepada manusia, haiwan dan tumbuhan,"
katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kertas bertajuk Pengurusan stres - satu
tinjauan dari perspektif Islam.

Dr. Harussani juga berkata, bertahajud dengan menghidupkan malam untuk


beramal ibadat dapat meningkatkan keimanan seseorang dan mendekatkan diri
mereka kepada Allah.

Seseorang yang bertahajud dengan bersusah payah bangun di tengah malam


mengambil wuduk, bersolat dan meninggalkan keenakan tidur akan mendapat
hati yang tenang dan jasmani yang kuat, katanya.

Katanya, memperbanyakkan zikir atau selalu mengingati Allah sama ada


dengan lidah atau hati juga akan menyebabkan jiwa seseorang menjadi sangat
tenang dan kuat semangat.

You might also like