You are on page 1of 12

TAJUK :DEMOGRAFI

SPESIFIKASI TUGAS:
DEMOGRAFI KAUM DAN KELOMPOK DI
MALAYSIA, PENTADBIRAN,
PENDIDIKAN,
KEMISKINAN
DEMOGRAFI PENDUDUK DI MALAYSIA
Berdasarkan kepada Buletin Perangkaan Malaysia
(terbitan Jun 2006), jumlah penduduk di Malaysia ialah
seramai 26.64 juta orang. 24.8 juta orang merupakan
warganegara Malaysia manakala bakinya 1.84 juta orang
merupakan bukan warganegara Malaysia. Kaum
Melayu mewakili 54 % dari populasi penduduk iaitu
seramai 13.48 juta orang. Kaum bumiputera (selain
daripada Melayu) seramai 2.93 juta orang mewakili
11.8 %. Justeru itu kaum Bumiputera mewakili 65.8 %
dari jumlah keseluruhan warganegara Malaysia.
Kira kira 25 % daripada penduduk Malaysia ialah
kaum Cina iaitu seramai 6.22 juta orang, 7.5% terdiri
daripada kaum India dengan seramai 1.86 juta orang,
manakala lain-lain kaum pula seramai 1.7 % iaitu
seramai 318.9 ribu orang. Hampir 85% daripada kaum
India di Malaysia merupakan masyarakat Tamil.
Jadual di bawah menunjukkan populasi warganegara
Malaysia.
No Status Kaum Jumlah (orang) Peratus

1 Bumiputera Melayu 13.48 juta 54 %

2 Bumiputera bukan Melayu 2.93 juta 11.8 %

3 Bukan Bumiputera Cina 6.22 juta 25 %

4 Bukan Bumiputera India 1.86 juta 7.5 %

5 Bukan Bumiputera Lain-lain 318.9 ribu 1.7 %

Jumlah 24.8 juta 100 %


Lebih separuh populasi Sarawak dan 66% populasi 
Sabah terdiri daripada kaum bumiputera bukan
Melayu. Mereka terbahagi kepada berpuluh-puluh
kumpulan etnik tetapi memiliki budaya umum yang
sama. Sehingga abad ke-20, kebanyakan daripada
mereka mengamalkan kepercayaan tradisional tetapi
kini telah ramai yang sudah bertukar kepada agama
Kristian atau memeluk Islam.
Selain itu, Malaysia juga mempunyai penduduk yang
berasal daripada Eropah yang dikenali sebagai "Serani"
dan Timur Tengah.
Kepadatan penduduk Malaysia tidak seragam, dengan
hampir 18 juta daripada 26 juta rakyat Malaysia
menetap di Semenanjung Malaysia
 
BANCI PENDUDUK MALAYSIA
Banci 2010 merupakan banci kelima dijalankan bagi
Malaysia. Banci terdahulu telah dijalankan pada tahun
1970, 1980, 1991 dan 2000.
Banci 2010 merupakan projek statistik yang besar
telah dijalankan bagi menghasilkan data yang berguna
untuk perancangan dan pelaksanaan dasar
pembangunan negara.
Banci 2010
Laporan Kiraan Permulaan Banci 2010 mengandungi
maklumat awalan bilangan penduduk, isi rumah dan
tempat kediaman bagi Malaysia mengikut negeri dan
daerah pentadbiran.
Laporan kiraan permulaan ini menunjukkan bahawa
jumlah penduduk di Malaysia adalah seramai 27,565,821
orang iaitu terdiri daripada 14,112,667 lelaki dan 13,453,154
perempuan. Purata kadar pertumbuhan penduduk
tahunan dalam tempoh 2000–2010 ialah 2.17%. Semasa
tempoh pembancian, terdapat 6,396,174 isi rumah dan
7,380,865 tempat kediaman di seluruh Malaysia.
KADAR PERTUMBUHAN PENDUDUK
 Purata kadar pertumbuhan penduduk tahunan di
seluruh Malaysia telah menurun kepada 2.17% dalam
tempoh 2000–2010 berbanding dengan 2.60% bagi
1991-2000 dan 2.64% bagi 1980-1991.
TABURAN NEGARA
Selangor mempunyai taburan penduduk tertinggi di Malaysia
iaitu seramai 5,411,324 orang; 19.63 peratus daripada jumlah
penduduk negara. Negeri yang mengalami pertumbuhan
penduduk yang paling pesat bagi tempoh 2000–2010 adalah
Wilayah Persekutuan Putrajaya (17.77%), diikuti oleh Selangor
(3.17%).
Wilayah Persekutuan Labuan, Sabah, Sarawak dan Pahang
didapati mengalami kadar pertumbuhan penduduk yang
semakin menurun dalam tempoh 1980–2010. Antara negeri lain
yang juga mengalami kadar pertumbuhan penduduk yang
menurun adalah Johor, Kedah, Negeri Sembilan dan
Terengganu. Melaka mencatatkan kadar pertumbuhan
penduduk yang semakin meningkat sejak tahun 1980 sehingga
2010.
NISBAH JANTINA
Nisbah jantina bagi Malaysia pada keseluruhannya
menunjukkan terdapat 105 lelaki bagi setiap 100
perempuan. Antara negeri yang menunjukkan trend
nisbah jantina yang lebih tinggi daripada nisbah
nasional ialah Johor (112), Pahang (111), Negeri
Sembilan (107) dan Sabah (106). Sementara itu,
Wilayah Persekutuan Putrajaya mencatatkan nisbah
jantina yang terendah iaitu 88 lelaki bagi setiap 100
perempuan.
PURATA ISI RUMAH
Purata saiz isi rumah pada Banci 2010 menunjukkan
trend yang semakin mengecil; dengan bilangan purata
sebanyak 4.31 berbanding dengan 4.62 pada Banci
2000. Sabah, Kelantan dan Terengganu merekodkan
saiz isi rumah yang paling tinggi berbanding negeri-
negeri lain; masing-masing mencatatkan purata 5.88,
4.86 dan 4.78.

You might also like