You are on page 1of 2

PENGAHARGAAN

Dengan Nama Allah, Tuhan yang Maha Pemurah, lagi Maha Penyayang. Dalam penghasilan

Laporan Kerja Kursus Sejarah yang bertajuk Satu perayaan di Malaysia, sekalung terima

kasih saya panjangkan kepada Puan Darnawati Omar sebagai tanda penghargaan saya atas

kesabaran beliau yang sudi menyelia, memberi tunjuk ajar, dan membantu saya sepanjang

projek ini dijalankan. Penghargaan ini juga ingin saya panjangkan kepada kedua ibu bapa

saya iaitu ayahnda Annuar Bin Ayob dan Bonda Dr. Aina Mariana Binti Abdul Manaf serta

adinda saya Abqari kerana telah banyak membantu, memberi dorongan dan sokongan kepada

saya serta telah banyak bersabar dengan kerenah saya sepanjang tempoh penghasilan Kerja

Kursus ini.

Penghargaan ini juga saya panjangkan kepada sahabat karib saya yang juga merupakan ahli

kumpulan saya iaitu Nur Hana Dzulkafli yang telah bersama-sama menyumbang masa,

tenaga, dan buah fikiran bagi penghasilan laporan Kerja Kursus ini dengan sempurna. Tidak

lupa juga kepada rakan-rakan di 3 Ihsan yang telah banyak membantu dan memberi idea-idea

yang bernas untuk dimuatkan dalam pendokumentasian kerja kursus ini.

Sekalung pengharhgaan saya ucapkan kepada Ketua Jururawat Paediatrik Hospital Tuanku

Jaafar, Sister Malathy a/p Krishnan kerana beliau telah sudi ditemuramah bagi mengulas dan

memberi gambaran penuh tentang Perayaan Thaipusam. Terima Kasih.


Sebelum mengakhiri, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada datuk dan nenda

saya iaitu Tn Hj. Abdul Manaf Othman dan Hjh Suriah Kadis yang telah memberi galakan

moral serta tenaga bagi menyiapkan projek ini. Kepada mareka yang tidak saya sebutkan

nama-namanya, tetapi turut menghulurkan sumbangan tenaga dan pandangan, saya ingin

merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada tuan-tuan dan puan-puan serta rakan-rakan.

Harapan saya agar Kertas kerja kursus ini dapan menjadi sumber ilmu serta rujukan kepada

mereka yang ingin mendalami dan memperluaskan pengetahuan. Amin dan Wassalam.

You might also like