You are on page 1of 11

Zakat sebagai alat dasar fiskal sesebuah kerajaan 

islam

Ogos 26, 2008 ustazsaifudin Tinggalkan komen Go to comments

Zakat sebagai salah satu arahan daripada Allah kepada manusia bukan sahaja di syariatkan

kepada umat islam sebagai takaful sosial sahaja tetapi peranannya merangkumi ekonomi dan

mampu mempengaruhi dasar-dasar negara. Dalam kerajaan islam zakat berperanan sebagai

salah satu alat dasar fiskal. Peranan yang dimainkan samalah seperti sistem percukaian.

Dalam dunia moden sekarang zakat dilihat penting dan sebagai pelengkap kepada dasar

fiskal sesebuah negara islam dan boleh diletakkan sebaris dengan perbelanjaan negara dan

cukai.

Zakat mempunyai beberapa kelebihan sebagai alat dasar fiskal dalam sesebuah sistem

ekonomi berbanding cukai konvensional. Kelebihannya dapat dilihat dari dua sudut iaitu

aspek ekonomi dan aspek sosial.

Dalam aspek ekonomi, antara kelebihannya ialah zakat lebih bersifat ekonomi dan

keagamaan. Zakat dapat menggalakkan pertumbuhan ekonomi dalam masa yang sama

disertai nilai-nilai agama. Ekonomi yang berkembang dibawah kendalian dan diuruskan

individu muslim yang jujur dan patuh kepada ajaran islam. Kepatuhan membayar zakat

adalah disebabkan arahan agama islam. Sementara membayar cukai adalah sebagai

menuruti arahan pemerintah atau kerajaan.

Kedua, kekayaan yang disimpan beku boleh dilaburkan. Sesungguhnya ialam melarang

pembekuan harta dan orang-orang yang membekukan harta akan dikenakan denda. Jadi,

untuk mengelakkan daripada didenda umat islam akan menggunakan harta tersebut untuk

aktiviti ekonomi dan juga melakukan pelaburan. Maka, zakat di sini juga dilihat sebagai

penggalak kepada pelaburan.


Ketiga, zakat dapat mengurangkan bocoran dalam ekonomi. Lanjutan daripada larangan

pembekuan harta, zakat dapat mengelakkan pembekuan harta dan menggalakkan pelaburan.

Pembekuan harta dari sudut ekonomi merupakan bocoran dalam ekonomi. Bocoran berlaku

apabila harta dan pendapatan yang diperolehi tidak dialirkan semula semula dalam ekonomi.

Zakat dapat mengelakkan bocoran ini dengan cara mengambil sebahagian harta daripada

golongan kaya untuk diagih-agihkan kepada lapan asnaf yang telah ditetapkan terutamanya

asnaf fakir dan miskin. Akhirnya harta tersebut dapat dialirkan semula dalam kitaran ekonomi.

Keempat, dengan pengagihan zakat yang dilakukan, zakat dapat memperbaiki dan

meningkatkan pola pengeluaran. Terutamanya pola pengeluaran bagi barang-barang

keperluan asas seperti makanan, pakaian, dan sebagainya. Wang zakat yang diagihkan

kepada asnaf dan miskin tadi akan digunakan oleh golongan ini untuk membeli barang-

barang tersebut. Dengan peningkatan dalam kuasa beli mereka setelah menerima bantuan

zakat maka mereka mampu meningkatkan permintaan terhadap barang-barang dalam

pasaran. Peningkatan dalam permintaan akan menggalakkan penawaran oleh pengeluar.

Maka pengeluaran akan ditingkatkan untuk memenuhi permintaan tersebut.

Kelima, zakat merupakan musuh kepada sistem ekonomi kapitalis. Sistem ekonomi kapitalis

menekankan tentang keuntungan semata-mata. Mereka tidak menghiraukan halal dan haram

serta melakukan monopoli dan pembekuan harta kekayaan. Semakin banyak keuntungan

yang diperoleh, semakin banyak wang yang akan disimpan. Ini merupakan bocoran dalam

ekonomi. Jadi zakat merupakan musuh kepada sistem ini.

Seterusnya, kelebihan zakat dapat dilihat dari aspek sosial. Pertama, hasil zakat tidak

digunakan dengan cara sembarangan. Asnaf zakat telah ditetapkan iaitu dengan merujuk

kepada ayat dalam surah at-taubah ayat 60:

60. Sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu hanyalah untuk orang-orang fakir, dan orang-
orang miskin, dan amil-amil Yang mengurusnya, dan orang-orang muallaf Yang dijinakkan

hatinya, dan untuk hamba-hamba Yang hendak memerdekakan dirinya, dan orang-orang

Yang berhutang, dan untuk (dibelanjakan pada) jalan Allah, dan orang-orang musafir (yang

keputusan) Dalam perjalanan. (Ketetapan hukum Yang demikian itu ialah) sebagai satu

ketetapan (yang datangnya) dari Allah. dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha

Bijaksana.

Dalam ayat tersebut jelas diterangkan zakat hanya diagihkan kepada lapan golongan

tersebut. Zakat tidak boleh digunakan untuk tujuan-tujuan lain. Hanya mereka yang berhak

layak menerima wang zakat. Berbeza dengan cukai konvensional, tidak dapat dipastikan

sama ada hasil cukai tersebut digunakan dengan sebenar-sebenarnya di tempat yang

sepatutnya atau pun disalah gunakan.

Kedua, zakat sebagai takaful sosial. Dengan agihan yang dilakukan, zakat dapat memenuhi

keperluan asas umat islam yang berada dalam keadaan susah. Gologan yang kurang

berkemampuan yang termasuk dalam golongan asnaf dibantu sebaik mungkin. Namun begitu

bantuan yang diberikan bukanlah bersifat selama-lamanya. Bantuan zakat mestilah dapat

menggalakkan penerima bantuan untuk berusaha mengeluarkan diri mereka dari belenggu

kemiskinan. Bantuan zakat ini tidak sepatutnya menjadikan mereka sebagai kumpulan

manusia yang bergantung kepada bantuan zakat untuk meneruskan kehidupan. Dalam

pelaksanaan sekarang, agihan zakat turut diberikan dalam bentuk bantuan modal

perniagaan. Maka di sini zakat bukan sahaja membantu mencukupkan keperluan tetapi

mendorong penerima supaya dapat keluar dari belenggu kemiskinan dan seterusnya keluar

dari asnaf zakat.

Ketiga, zakat mampu meningkatkan kebajikan ekonomi ummah. Agihan yang dijalankan

mampu untuk meningkatkan kuasa beli golongan asnaf. Bagi penerima agihan yang
mempunyai lebihan daripada pendapatan mereka maka mereka mampu untuk menjalankan

kegiatan ekonomi atau melakukan pelaburan menggunakan wang tersebut. Mereka turut

mampu melakukan permintaan terhadap barang-barang keselesaan setelah berjaya

memenuhi keperluan asas mereka menggunakan wang zakat. Secara tidak langsung, agihan

zakat menyebabkan jurang kemiskinan dapat dikurangkan.

Kesimpulannya, zakat mempunyai banyak kelebihan berbanding dengan cukai. Namun

begitu, tidaklah bermakna cukai tidak boleh dilaksanakan. Ia bergantung kepada pemerintah

sesebuah negara. Apa yang penting, zakat wajib dilaksanakan. Sejauh mana kepentingannya

kepada sesebuah negara bergantung kepada pemerintah. Tidak dinafikan juga cukai penting

kepada kerajaan kerana cukai merupakan hasil pendapatan kepada kerajaan tetapi zakat

bukanlah hasil pendapatan kepada kerajaan. Cukai perlu untuk membiayai pentadbiran

kerajaan dan menjalankan aktiviti-aktiviti pembangunan sesebuah. Untuk itu, penulis

mencadangkan agar zakat diletakkan sebaris dengan cukai dan perbelanjaan kerajaan dalam

dasar fiskal negara. Kerana, zakat sudah mampu untuk menjaga kebajikan umat islam maka

hasil cukai dapat digunakan dengan lebih banyak untuk menampung perbelanjaan kerajaan

untuk program-program pembangunan negara.


ZAKAT SEBAGAI PENYELESAI MASALAH EKONOMI
RAKYAT
Monday, February 22, 2010
by Hafiza binti Mustapha (Fiza)
Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Muamalat)IKIP_UUM

Ibadat zakat adalah Rukun Islam yang menjadi persoalan pokok untuk menyedarkan masyarakat
kepentingan memenuhi tuntutan supaya umat Isla m menunaikan ibadat itu. Institusi zakat adalah
sumber pendapatan masyarakat Islam yang boleh disalurkan kepada usaha memajukan masyarakat. Ia
penting dalam menjana ekonomi dan kewangan Islam yang turut dinikmati semua golongan
masyarakat. Kesempurnaan Islam turut memberi kebaikan kepada seluruh alam. Namun begitu berapa
ramaikah dalam kalangan umat Islam hari ini yang mengamalkan perancangan dalam kewangan?
Adakah kita telah bersedia membuat perancangan kewangan mengikut perspektif Islam? Jika belum,
bermakna kita akan menghadapi saat kehidupan yang masih tidak berubah seperti dulu.

Zakat dapat didefinisikan dalam bahasa mudah adalah badan kebajikan kepada umat Islam. Konsep
zakat dalam menstabilkan ekonomi hendaklah dilihat dalam konteks yang luas, tidak hanya terbatas
sekadar mengutip dan mengagihkan wang zakat dalam kontes yang konservatif. Hakikatnya zakat
dapat digembling sebagai instrument memperkasakan ekonomi umat Islam. Sifirnya mudah,
seandainya umat Islam dapat mendominasi ekonomi negara, maka kawalan atau keseimbangan
terhadap penawaran dan permintaan yang memungkinkan ketidakstabilan harga barangan atau
perkhidmatan dapat diawal.

Berzakat menjadi elemen pembersihan rohani dan sumber harta, pendapatan, kewanagn, ekonomi dan
sosial. Mereka yang berzakat mementingkan kualiti hidup berdasarkan kepada tuntutan syarak. Sumber
yang hendak dikeluarkan zakat perlulah daripada sumber yang bersih cara mendapatkan dan
menguruskannya. Tuntutan ini member peringatan kepada pengeluar akat supaya sentiasa menjauhkan
daripada pendapatan atau pengurusan yang tiak bersih.

Zakat turut merangkumi kepentingan dalam bentuk fizikal. Zakat boleh dianggap teras kepada sistem
ekonomi Islam. Malah, kaedah cukai yang dikenakan dalam sistem ekonomi konvensional adalah
mencontohi institusi zakat. Cukai dipungut diagihkan kembali untuk pembangunan negara dan
membiayai keperluan golongan miskin. Setiap apa dilakukan tidak sekadar mendapat keuntungan di
dunia, juga diberi pembalasan baik dan buruk untuk ehidupan akhirat.
Ekonomi dan sosial ummah menjadi lebih stabil berasaskan mekanisme zakat yang mana golongan
tidak mampu akan dibantu untuk menjana kembali kekuatan ekonomi dan sosial mereka. golongan
asnaf dapat meningkatkan eupayaan membeli dan menguna jika ada sumbangan disalurkan kepada
mereka. Dalam teori ekonomi, perbelanjaan dapat meningkatkan pusingan ekonomi. Ini secara tidak
langsung meningkatkan ekonomi negara secara keseluruhannya. Institusi zakat memainkan peranannya
tersendiri iaitu sebagai badan yang bertanggungjawab untuk mejaankan urusan berkaitan dengan
kutipan zakat harta di negara ini. Antara lain juga, institusi zakat di negara ini turut member penerangan
dan menyampaikan maklumat mengenai zakat harta dengan berkesan dan menggunakan kaedah terkini
kepada masyarakat Islam.

Golongan fakir miskin tidak wajar dibiarkan sebagai penerima zakat atau sedekah semata-mata.
Mereka berpotensi untuk meningkat pendapatan melalui bantuan kewangan, khidmat nasihat, latihan
dan motivasi. Kata pepatah, jika ingin membatu seseorang secara berterusan, jangan berikan ikan,
tetapi berikan pancing kepadanya. Mereka perlu dibangunkan dan dimotivasikan supaya berdikari
untuk terus hidup dengan cara memanfaatkan wang agihan sebagai sumber modal. Mereka wajib pula
berusaha dan berikhtiar untuk memajukan ekonomi mereka dengan menjana sumber daripada agihan
zakat yang diperoleh.

Zakat zahirnya mengurangkan harta, namun hakikatnya ia menyuburkan harta. Ini kerana, setiap harta
yang dizakat, maka Allah S.W.T melimpahkan keberkatan kepada harta yang masih berbaki. Bahkan
Allah memerintahkan agar penerima zakat berdoa yang bertujuan agar harta pembayar zakat diberi
keberkatan. Di antara golongan yang tidak diizinkan menerima zakat ialah orang-orang kafir. Hal ini
adalah jelas di sisi Islam dan ulama fikah sepakat bahawa orang-orang kafir dan orang-orang ateis
(tiada agama) tidak berhak ke atas wang atau harta zakat.

Zakat adalah satu jalan dari pelbagai jalan alternatif demi mendapat keberkatan hidup. Jika tidak,
masakan Islam mewajibkan zakat dan mengangkatnya sebagai satu daripada lima tiang agama Islam.
Apabila zakat dihayati, maka barulah lahir keindahannya
PENGENALAN

ZAKAT SEBAGAI ALTERNATIVE KEPADA CUKAI KONVENSIONAL.


a) Pengenalan Zakat

Zakat sebagai salah satu arahan daripada Allah kepada manusia bukan sahaja di syariatkan
kepada umat islam sebagai takaful sosial sahaja tetapi peranannya merangkumi ekonomi dan
mampu mempengaruhi dasar-dasar negara. Dalam kerajaan islam zakat berperanan sebagai
salah satu alat dasar fiskal. Peranan yang dimainkan samalah seperti sistem percukaian. Dalam
dunia moden sekarang zakat dilihat penting dan sebagai pelengkap kepada dasar fiskal sesebuah
negara islam dan boleh diletakkan sebaris dengan perbelanjaan negara dan cukai.
Zakat mempunyai beberapa kelebihan sebagai alat dasar fiskal dalam sesebuah sistem ekonomi
berbanding cukai konvensional. Kelebihannya dapat dilihat dari dua sudut iaitu aspek ekonomi
dan aspek sosial.

b) Kelebihan zakat dari segi ekonomi

Dalam aspek ekonomi, antara kelebihannya ialah zakat lebih bersifat ekonomi dan keagamaan.
Zakat dapat menggalakkan pertumbuhan ekonomi dalam masa yang sama disertai nilai-nilai
agama. Ekonomi yang berkembang dibawah kendalian dan diuruskan individu muslim yang jujur
dan patuh kepada ajaran islam. Kepatuhan membayar zakat adalah disebabkan arahan agama
islam. Sementara membayar cukai adalah sebagai menuruti arahan pemerintah atau kerajaan.

Kedua, kekayaan yang disimpan beku boleh dilaburkan. Sesungguhnya ialam melarang
pembekuan harta dan orang-orang yang membekukan harta akan dikenakan denda. Jadi, untuk
mengelakkan daripada didenda umat islam akan menggunakan harta tersebut untuk aktiviti
ekonomi dan juga melakukan pelaburan. Maka, zakat di sini juga dilihat sebagai penggalak
kepada pelaburan.

Ketiga, zakat dapat mengurangkan bocoran dalam ekonomi. Lanjutan daripada larangan
pembekuan harta, zakat dapat mengelakkan pembekuan harta dan menggalakkan pelaburan.
Pembekuan harta dari sudut ekonomi merupakan bocoran dalam ekonomi. Bocoran berlaku
apabila harta dan pendapatan yang diperolehi tidak dialirkan semula semula dalam ekonomi.
Zakat dapat mengelakkan bocoran ini dengan cara mengambil sebahagian harta daripada
golongan kaya untuk diagih-agihkan kepada lapan asnaf yang telah ditetapkan terutamanya asnaf
fakir dan miskin. Akhirnya harta tersebut dapat dialirkan semula dalam kitaran ekonomi.

Keempat, dengan pengagihan zakat yang dilakukan, zakat dapat memperbaiki dan meningkatkan
pola pengeluaran. Terutamanya pola pengeluaran bagi barang-barang keperluan asas seperti
makanan, pakaian, dan sebagainya. Wang zakat yang diagihkan kepada asnaf dan miskin tadi
akan digunakan oleh golongan ini untuk membeli barang-barang tersebut. Dengan peningkatan
dalam kuasa beli mereka setelah menerima bantuan zakat maka mereka mampu meningkatkan
permintaan terhadap barang-barang dalam pasaran. Peningkatan dalam permintaan akan
menggalakkan penawaran oleh pengeluar. Maka pengeluaran akan ditingkatkan untuk memenuhi
permintaan tersebut.

Kelima, zakat merupakan musuh kepada sistem ekonomi kapitalis. Sistem ekonomi kapitalis
menekankan tentang keuntungan semata-mata. Mereka tidak menghiraukan halal dan haram
serta melakukan monopoli dan pembekuan harta kekayaan. Semakin banyak keuntungan yang
diperoleh, semakin banyak wang yang akan disimpan. Ini merupakan bocoran dalam ekonomi.
Jadi zakat merupakan musuh kepada sistem ini.

c) Kelebihan zakat dari aspek sosial.

Pertama, hasil zakat tidak digunakan dengan cara sembarangan. Asnaf zakat telah ditetapkan
iaitu dengan merujuk kepada ayat dalam surah at-taubah ayat 60:
60. Sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu hanyalah untuk orang-orang fakir, dan orang-
orang miskin, dan amil-amil Yang mengurusnya, dan orang-orang muallaf Yang dijinakkan
hatinya, dan untuk hamba-hamba Yang hendak memerdekakan dirinya, dan orang-orang Yang
berhutang, dan untuk (dibelanjakan pada) jalan Allah, dan orang-orang musafir (yang keputusan)
Dalam perjalanan. (Ketetapan hukum Yang demikian itu ialah) sebagai satu ketetapan (yang
datangnya) dari Allah. dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

Dalam ayat tersebut jelas diterangkan zakat hanya diagihkan kepada lapan golongan tersebut.
Zakat tidak boleh digunakan untuk tujuan-tujuan lain. Hanya mereka yang berhak layak
menerima wang zakat. Berbeza dengan cukai konvensional, tidak dapat dipastikan sama ada hasil
cukai tersebut digunakan dengan sebenar-sebenarnya di tempat yang sepatutnya atau pun
disalah gunakan.
Kedua, zakat sebagai takaful sosial. Dengan agihan yang dilakukan, zakat dapat memenuhi
keperluan asas umat islam yang berada dalam keadaan susah. Gologan yang kurang
berkemampuan yang termasuk dalam golongan asnaf dibantu sebaik mungkin. Namun begitu
bantuan yang diberikan bukanlah bersifat selama-lamanya. Bantuan zakat mestilah dapat
menggalakkan penerima bantuan untuk berusaha mengeluarkan diri mereka dari belenggu
kemiskinan. Bantuan zakat ini tidak sepatutnya menjadikan mereka sebagai kumpulan manusia
yang bergantung kepada bantuan zakat untuk meneruskan kehidupan. Dalam pelaksanaan
sekarang, agihan zakat turut diberikan dalam bentuk bantuan modal perniagaan. Maka di sini
zakat bukan sahaja membantu mencukupkan keperluan tetapi mendorong penerima supaya
dapat keluar dari belenggu kemiskinan dan seterusnya keluar dari asnaf zakat.

Ketiga, zakat mampu meningkatkan kebajikan ekonomi ummah. Agihan yang dijalankan mampu
untuk meningkatkan kuasa beli golongan asnaf. Bagi penerima agihan yang mempunyai lebihan
daripada pendapatan mereka maka mereka mampu untuk menjalankan kegiatan ekonomi atau
melakukan pelaburan menggunakan wang tersebut. Mereka turut mampu melakukan permintaan
terhadap barang-barang keselesaan setelah berjaya memenuhi keperluan asas mereka
menggunakan wang zakat. Secara tidak langsung, agihan zakat menyebabkan jurang kemiskinan
dapat dikurangkan.
d) Kesimpulan

Kesimpulannya, zakat mempunyai banyak kelebihan berbanding dengan cukai. Namun begitu,
tidaklah bermakna cukai tidak boleh dilaksanakan. Ia bergantung kepada pemerintah sesebuah
negara. Apa yang penting, zakat wajib dilaksanakan. Sejauh mana kepentingannya kepada
sesebuah negara bergantung kepada pemerintah. Tidak dinafikan juga cukai penting kepada
kerajaan kerana cukai merupakan hasil pendapatan kepada kerajaan tetapi zakat bukanlah hasil
pendapatan kepada kerajaan. Cukai perlu untuk membiayai pentadbiran kerajaan dan
menjalankan aktiviti-aktiviti pembangunan sesebuah. Untuk itu, penulis mencadangkan agar
zakat diletakkan sebaris dengan cukai dan perbelanjaan kerajaan dalam dasar fiskal negara.
Kerana, zakat sudah mampu untuk menjaga kebajikan umat islam maka hasil cukai dapat
digunakan dengan lebih banyak untuk menampung perbelanjaan kerajaan untuk program-
program pembangunan negara.

You might also like