You are on page 1of 32

SEMINAR KEBANGSAAN PENDIDIKAN SAINS DAN MATEMATIK 11 – 12 OKT 2008 

 
KEPIMPINAN PENGAJARAN: SAINS : SATU TINJAUAN.

Mohamed Najib Abdul Ghafar, PhD


Norazah Buang
Fakulti Pendidikan
UTM
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti gaya kepimpinan yang dilaksanakan oleh guru mata
pelajaran sains dalam strategi pengajaran dan mengenal pasti gaya kepimpinan pengajaran
yang diamalkan berdasarkan kelayakan ikhtisas dan pengalaman. Kajian ini melibatkan 100
responden yang mengajar di sekolah menengah rendah di daerah Batu Pahat, Johor. Instrumen
yang digunakan ialah adaptasi daripada Leader Behaviour Description Questionnaire (LBDQ)
dengan objektif kajian. Soal selidik digunakan untuk mengumpul data yang berbentuk kuantitatif
dan dianalisis secara perisian SPSS (Statistical Package For The Social Science ) Versi 10.0.
Pemboleh ubah bersandar dalam kajian ini ialah melaksanakan tugas mengajar. Manakala
pemboleh ubah bebas ialah gaya-gaya kepimpinan ialah memberitahu, menjual, penyertaan dan
penyerahan tugas. Kajian mendapati gaya kepimpinan menjual, memberitahu dan penyerahan
tugas sering diamalkan dalam banyak situasi mengikut teori Hersey dan Blanchard di kalangan
guru-guru sains. Analisis Anova “sehala” juga menunjukkan hubungan yang signifikan di antara
gaya-gaya kepimpinan dan analisis korelasi menunjukkan hubungan di antara gaya-gaya
kepimpinan yang sangat kuat.

The purpose of this study was to identify the leadership styles which were
practiced by science teachers during their teaching and identity the leadership
style based on their experiences and the professional qualifications. This study
involved 100 respondence who taught in various secondary schools in Batu
Pahat district. The instrument used in this study was based on the adaptation
of Leadership Behavior Description Questionnaire (LBDQ) and was analyzed by
utilizing SPSS software (Statistic Package for the Social Science) Version 10.0.
Dependent variable used in this study was the actual teaching task. Meanwhile,
independentvariable in this study was the leadership style such as telling,
selling, participating and delegate task. From this study It was reveled that the
leadership style in selling, telling and delegating task which were practiced in
many different situations as proven by theory put forward by Hershey and
Blanchard among science teachers. One-way ANOVA analysis showed a
significance between the leadership styles and the analysis revealed that there
was a strong correlation between the two.

Anjuran Bersama: Persatuan Pendidikan Sains Dan Matematik Johor,


Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia & Jabatan Pendidikan Negeri Johor  1
SEMINAR KEBANGSAAN PENDIDIKAN SAINS DAN MATEMATIK 11 – 12 OKT 2008 
 
Pengenalan

Falsafah Pendidikan Negara merupakan teras dan tunjang kepada sistem pendidikan di
Malaysia. Oleh itu segala perubahan pendidikan merupakan pancaran nilai-nilai dan prinsip-
prinsip yang terkandung dalam falsafah pendidikan negara. Perubahan yang dilaksanakan oleh
kementerian pendidikan khususnya memikirkan halatuju dan matlamat yang jelas samada yang
tersirat dan tersurat dengan mengambil kira keadaan terkini dan inovasi meningkatkan mutu
pendidikan ( Mohd. Majid, 1998). Halatuju pendidikan di Malaysia berlandaskan wawasan 2020
yang memfokuskan pembangunan sahsiah dan kewibawaan masyarakat dalam mengamalkan
pembangunan secara harmonis, membina kekuatan R & D dan kepakaran sains, membina
ekonomi mantap daya saing yang melibatkan segenap lapisan masyarakat ( Jamaliah, 2000).

Memahami pemikiran yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Negara (FPN), ini
bermakna pendidik secara tekal menyakini tugas utama mereka di sekolah adalah untuk
melahirkan pelajar yang berilmu pengetahuan, bertrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab,
berupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran masyarakat dan negara ( Mohamad, 2001 ). Pendidik merupakan golongan
manusia yang memberi impak besar kepada masyarakat dan negara. Bersesuaian dengan Dasar
Pendidikan Kebangsaan, golongan pendidik mengambil peranan paling atas dalam kehidupan
manusia ( Ismail dan Zainon, 2000 ). Malah tidak dapat disangkalkan lagi, guru mempunyai
pengaruh terhadap perkembangan personaliti, mental dan fizikal setiap manusia ( Noran dan
Ahmad Mahdzan, 1992 ). Justeru itu, para pendidik harapan bangsa ini hendaklah berusaha
mencari asas yang sesuai untuk membuat keputusan terhadap cara kepimpinan pengajarannya
agar pembelajaran dapat berlangsung dengan lebih efisyen ( Lourdusamy, 1994 ).

Pendidik juga merupakan input bagi kecemerlangan yang menentukan output iaitu pelajar
yang cemerlang dan penguasaan kemahiran mengajar merupakan syarat yang mutlak untuk
membantu guru menjalankan tugasnya secara berkesan ( Mohamad, 2001 ). Kecemerlangan
proses meliputi perancangan, pendekatan, pengajaran ganjaran, galakan, bimbingan, pemulihan,
pengayaan, latihan, pengawalan, penyeliaan, penilaian, kerjasama ibu bapa serta komuniti yang
menjadi pemudah cara bagi pelajar menjalankan aktiviti pembelajaran dengan berkesan. Justeru
itu teori pembelajaran berpusatkan pelajar dan konstruktivisme merupakan teori domain pada hari
ini serta pelbagai strategi pembelajaran digunakan terutama strategi kajian masa depan untuk
meningkatkan kemahiran berfikir seperti membuat ramalan dan menganalisis, meningkatkan
daya imaginasi dan kreativiti pelajar agar mempunyai visi, pemikiran strategik dan futuristik
(Kartini, 2001).

Lourdusamy ( 1994 ) juga berpendapat bahawa, jika para pendidik hanya mempunyai
kemampuan yang tinggi dan pengetahuan yang luas tetapi tidak menunjukkan kekuatan di dalam
imej diri serta berpandangan sempit, maka kejayaan yang diimpikan tidak akan kesampaian.
Lantaran itu, para pendidik seharusnya mengambil kira beberapa aspek tertentu untuk
menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menarik di samping mampu
melahirkan produk yang cemerlang. Antara aspek tersebut merangkumi gaya kepimpinan
pengajaran, sahsiah yang baik, persediaan awal dan minat yang mendalam terhadap profesion
tersebut. Di samping itu, mereka hendaklah mewujudkan suasana pembelajaran yang baik serta
sanggup untuk berbincang dan berkongsi pengalaman dengan pelajarnya ( Othman, 1995).
Strategi-strategi pengajaran dan pembelajaran yang menarik sama ada di dalam bilik
darjah atau luar bilik darjah serta aktiviti sains yang dilakukan oleh pelajar merangsang,
mencabar dan memenuhi keperluan pelajar semasa mempelajari sains. Gardner ( 1975 )
menegaskan tingkah laku guru semasa pengajaran di bilik darjah menjadi pemboleh ubah yang
boleh mempengaruhi sikap pelajar terhadap mata pelajaran yang diajar. Guru masa kini bukan
sekadar menyampaikan ilmu dalam bilik darjah tetapi lebih dari itu guru bertanggungjawab

Anjuran Bersama: Persatuan Pendidikan Sains Dan Matematik Johor,


Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia & Jabatan Pendidikan Negeri Johor  2
SEMINAR KEBANGSAAN PENDIDIKAN SAINS DAN MATEMATIK 11 – 12 OKT 2008 
 
mendidik dan membimbing pelajar agar mereka bersaing dalam era globalisasi ( Yazid dan Siti
Aminah, 2004).

Namun dalam menghadapi era maklumat yang semakin global ini, para pendidik
hendaklah menekankan bukan sahaja kandungan kurikulum tetapi juga pembentukkan personaliti
pelajar di bawah kepimpinan pengajarannya dan meskipun pembelajaran secara multimedia telah
diperkenalkan dan menjadi semakin berkembang pengaruhnya namun ianya masih tidak mampu
untuk menafikan status. Di sini jelas peranan guru menghadapi cabaran yang hebat dalam
membentuk warganegara yang dinamis dan berguna ( Norlidah, 2004 ). Ketidakupayaan guru
menunjukkan model dan tauladan yang baik akan menjadi batu penghalang terhadap
pembentukan pelajar yang cemerlang dari segi rohaniah dan jasmaniah.

Keluwesan (flexibility) merupakan ciri utama peranan guru sebagai pembimbing,


pengerak, pendorong dan pemudah cara kepada pelajarnya, meningkatkan penguasaan bahasa
pelajarnya dan pemberi maklumat ( Husin, 2000 ; Kartini, 2002 ). Jelas di sini peranan bahasa
penyampaian memainkan peranan penting dalam mempertingkatkan pencapaian akademik.
Sehubungan itu Mohamad ( 1997 ) mendakwa guru adalah orang yang bertanggungjawab untuk
merancang, melaksanakan dan menilai semua interaksi yang terancang antara guru dan pelajar
melalui pengajaran dan pembelajaran dan mempunyai akauntabiliti terhadap keberkesanannya.
Sekiranya diperhalusi tugas utama guru adalah berdepan dengan tanggungjawab yang cukup
besar dan bermakna untuk memenuhi tuntutan.

Latar Belakang Masalah

Kepimpinan adalah suatu proses menggerakkan sekumpulan manusia menuju ke suatu


arah yang telah ditentukan melalui dorongan yang tidak memaksa. Oleh itu gaya kepimpinan
pengajaran harus sesuai dengan tugas yang dipertanggungjawabkan bagi mencapai pendidikan
yang berkualiti bukan sahaja aspek pengetahuan dan kemahiran tetapi juga nilai-nilai akhlak (
Zaharah, 2004 ). Sesuai dengan tugas pendidik sebagai pemimpin pengajaran di dalam kelas, ia
harus memperlihatkan betapa penting pelajaran dan niat untuk mengajar melalui sikap positif dan
tanggungjawab terhadap pelajaran yang disampaikan kepada pelajarnya. Dengan yang demikian
apa yang diharapkan ialah pelajar dapat dibentuk untuk memberikan sikap dan tanggungjawab
yang sama dengan apa yang ditunjukkan oleh gurunya ( Kamaruddin, 1994 ).

Menurut Aminuddin ( 1990 ), bukti dari kajian-kajian empirik menunjukkan tidak ada
gaya terbaik bagi kepimpinan di mana pemimpin yang berjaya adalah pemimpin yang boleh
menyesuaikan tingkah laku kepimpinan untuk memenuhi keperluan para pengikut dalam situasi
tertentu. Dengan demikian Hersey dan Blanchard mengemukakan satu teori kontingensi
kepimpinan yang pada mulanya dinamakan teori kepimpinan edaran hidup (Life Circle Theory of
Leadership) tetapi kemudian dikenali sebagai teori kepimpinan situasi (Situational Theory of
Leadership). Bagi Hersey dan Blanchard keberkesanan kepimpinan adalah bergantung kepada
pemimpin, pengikut dan lain-lain unsur situasi. Untuk mencapai keberkesanan sewaktu
menjalankan pengurusan, pemimpin mestilah boleh mendiagnosis tingkah laku kepimpinannya
dalam konteks persekitaran.

Menurut Stephen ( 2000 ), mengatakan bahawa Hersey & Blanchard telah


mengilhamkan model kepimpinan situasional dengan membahagikan gaya kepimpinan kepada
empat dimensi, iaitu gaya kepimpinan memberitahu (telling), menjual (selling), penyertaan
(participating) dan penyerahan tugas (delegating). Pemimpin yang bijak akan memilih gaya yang
bersesuaian dengan situasi semasa dan kemampuan kumpulannya. Tetapi tidak ada satu gaya
yang dapat dianggap sebagai terbaik kerana ia bergantung pada situasi, pengalaman pengikut
dan tugas yang perlu dilaksanakan.

Anjuran Bersama: Persatuan Pendidikan Sains Dan Matematik Johor,


Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia & Jabatan Pendidikan Negeri Johor  3
SEMINAR KEBANGSAAN PENDIDIKAN SAINS DAN MATEMATIK 11 – 12 OKT 2008 
 

Gaya kepimpinan pemberitahu adalah gaya kepimpinan yang dikatakan pemimpin yang
tidak mempercayai orang bawahannya dan banyak memberi arahan kepada orang bawahan
untuk melakukan segala sesuatu yang perlu dilakukan tanpa melihat hubungan antara pemimpin
dengan orang bawahannya. Pemimpin mengenal pasti masalah, membuat keputusan dan
menetapkan tindakan yang perlu dilakukan secara bersendirian.

Gaya kepimpinan menjual menunjukkan hubungan tinggi dari segi penyelesaian masalah
dan hubungan dengan orang bawahan adalah rapat sebagai satu organisasi. Pemimpin akan
menerangkan lebih lanjut tentang pendapatnya mendapat sokongan daripada pengikut. Gaya
kepimpinan penyertaan dilihat dengan perilaku pemimpin yang lebih banyak memfokuskan
perhatian pada kualiti hubungan dan kurang memperhatikan penyelesaian tugas-tugas.

Gaya kepimpinan penyerahan tugas menunjukkan peningkatan kepercayaan yang tinggi


dari pemimpin terhadap orang bawahannya dan memberikan kepercayaan orang bawahan untuk
melakukan tugasnya sendiri dengan sedikit pengarahan dan sedikit sekali hubungan antara
personal. Pemimpin mengenal pasti masalah, merangka panduan, batasan dan syarat bertindak
lalu menyerahkan kepada pengikut untuk membuat keputusan. Walaupun autoriti telah
diagihkan, responsibiliti dan akauntabiliti terhadap keputusan yang dibuat masih terletak di bahu
pemimpin.

Di dalam proses pengajaran dan pembelajaran, konsep pendekatan kaedah, teknik dan
strategi sering diaplikasikan ke arah matlamat pendidikan tetapi keempat-empat konsep ini sering
kali menimbulkan keliruan di kalangan guru ( Mok, Soon Seng, 1994 ). Walau bagaimana pun
menurut Hazil ( 1988 ) satu kaedah pengajaran tidak boleh digunakan bagi semua tujuan
pendidikan kerana perlu diingatkan beberapa halangan di tempat mengajar dalam hal merangka
strategi penyampaian.

Perubahan pesat dalam kurikulum pendidikan sains masa kini memperlihatkan


pengkayaan ilmu sains dan teknologi secara global mempengaruhi hasrat negara. Ini merupakan
suatu cabaran, terutama guru sains yang perlu menangani dalam merealisasikan hasrat untuk
meningkatkan penguasaan sains yang melibatkan kefahaman dan pelaksanaan kemahiran mata
pelajaran tersebut ( Hofstein, 1988 ). Guru merupakan pelaksana perubahan atau kemajuan
perubahan di sekolah tetapi terdapat guru yang sukar atau tidak mahu berubah sama ada dari
segi pengurusan pendidikan maupun melibatkan pengajaran dan pembelajaran (Mohamad
Yusope, 2002). Penguatkuasaan bahasa inggeris sebagai bahasa penghantar bagi pengajaran
dan pembelajaran Sains dan Matematik di sekolah rendah dan sekolah menengah merupakan
suatu persediaan negara bersaing dengan negara-negara lain. Manakala sistem pendidikan
negara pula yang berorientasikan peperiksaan dan dengan adanya perubahan atau desakan
semasa, guru-guru tidak sempat menekankan gaya kepimpinan ketika melaksanakan tugas.
Keputusan kerajaan melaksanakan penggunaan bahasa Inggeris dalam pengajaran dan
pembelajaran sains dan matematik, menimbulkan reaksi daripada pelbagai pihak. Salah satu
reaksi tersebut ialah bagaimanakah keupayaan guru sains melaksanakan tugas kepimpinan
pengajaran dalam menyesuaikan strategi pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran sains.
Menurut kajian Nur Izlin ( 2003 ) terdapat perkaitan yang kuat di antara aktiviti pengajaran dan
pembelajaran dengan kemahiran berbahasa Inggeris. Ini menunjukkan betapa penting latar
belakang kemahiran berbahasa Inggeris dalam memperkayakan ilmu maupun perubahan sosial.

Menurut Cannon dan Simpson, dalam Lim ( 2001 ), bahawa minat dalam sains, sikap
terhadap sains dan rasa ingin tahu pelajar-pelajar telah lama diketahui mempengaruhi
pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran sains di mana bilik darjah menjadi tempat
persekitaran berlakunya interaksi antara pelajar dan guru serta kurikulum pendidikan. Ini
bermakna terdapat persoalan adakah perubahan bahasa penyampaian pengajaran iaitu bahasa
Inggeris dikuasai dan dihayati oleh guru memberi kesan kepada tugas mengajar mata pelajaran

Anjuran Bersama: Persatuan Pendidikan Sains Dan Matematik Johor,


Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia & Jabatan Pendidikan Negeri Johor  4
SEMINAR KEBANGSAAN PENDIDIKAN SAINS DAN MATEMATIK 11 – 12 OKT 2008 
 
sains. Oleh itu suatu langkah gaya kepimpinan guru sains penting bagi menyedarkan dan
menyakinkan lebih ramai pelajar berminat bersungguh-sungguh menguasai dan berkemampuan
tinggi dalam mata pelajaran sains sebagai strategi keperluan tenaga manusia menuju wawasan
2020.

Oleh sebab gaya kepimpinan guru di dalam kelas adalah berkaitan dengan tugas mengajar ,
maka dalam kajian ini pengkaji ingin mengetahui gaya-gaya kepimpinan guru sains yang
bersesuaian mengikut model kepimpinan Hersey & Blanchard. Permasalahannya tentang gaya-
gaya kepimpinan pengajaran guru mengajar mata pelajaran sains yang diajar dalam bahasa
Inggeris masih belum dikenalpasti kecemerlangannya tetapi adakah gaya kepimpinan guru yang
mengajar mata pelajaran sains dalam bahasa Inggeris dapat memberikan sumbangan kepada
pencapaian akademik pelajar. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti apakah gaya
kepimpinan yang dilaksanakan oleh guru mata pelajaran sains dalam strategi pengajarannya di
sekolah-sekolah menengah rendah di daerah Batu Pahat, Johor.

Objektif Kajian

Berdasarkan kepada penyataan masalah yang dinyatakan, persoalan kajian yang


dibentuk adalah seperti berikut;
i. Mengenal pasti manakah gaya-gaya kepimpinan pengajaran yang diamalkan oleh guru
mata pelajaran sains semasa melaksanakan tugas mengajar.
ii. Mengenal pasti gaya-gaya kepimpinan pengajaran yang digunakan oleh guru-guru
sains berdasarkan kelayakan ikhtisas dan pengalaman.

Kajian gaya-gaya kepimpinan pengajaran guru perlulah dilakukan sebagai


kesinambungan kepada kajian-kajian terdahulu dan diharap kajian ini dapat menambahkan lagi
literatur tentang bidang gaya kepimpinan pengajaran guru di Malaysia. Kajian yang didasarkan
daripada data-data emperikal mengenai perkembangan pendidikan setempat bagi menilai
kembali tata cara melaksanakan tugas mengajar sebagai pemimpin pengajaran sangat
diperlukan. Oleh yang demikian dapatan penyelidikan ini akan memberi justifikasi yang kukuh
untuk Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah mengubahsuai kursus-kursus
para pendidik serta kajian ini penting sebagai panduan kepada pihak pentadbir sekolah untuk
merangka program pembangunan staf dan peningkatan profesionalisme di kalangan guru-guru
terutamanya guru-guru sains. Selain daripada itu penyelidikan ini mampu membantu guru-guru
sains agar dapat menggunakan pendekatan gaya kepimpinan pengajaran yang bersesuaian
dengan mata pelajaran yang diajarkan dan menyedarkan guru-guru sains mengenai personaliti
mereka yang turut memainkan peranan dalam pemilihan pendekatan kepimpinan pengajaran
mereka selama ini. Penyelidikan ini membolehkan tenaga pengajar di institusi pengajian
pendidikan merangka dan merancang proses pengajaran yang lebih mantap terhadap bakal-
bakal guru dalam mata pelajaran sains dari aspek pedagogi dan psikologi. Seterusnya kajian
yang dijalankan ini membantu Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) terutamanya Bahagian
Latihan dan Biasiswa merangka latihan dan program untuk meningkatkan profesionalisme guru-
guru sains dalam aspek kepimpinan pengajaran yang lebih berkesan.

Kelompok sasaran kajian ini dijalankan ke atas guru-guru sains menengah rendah di
sekolah-sekolah di daerah Batu Pahat Johor yang telah mengikuti salah satu fasa kursus ETeMS
(English for the Teaching of Mathematics and Science). Bilangan sekolah yang terlibat dalam
kajian ini terbatas kepada 24 sekolah. Sekolah-sekolah tersebut adalah terdiri daripada 8 buah
sekolah yang berada di bandar dan 16 terletak di kawasan luar bandar.

Anjuran Bersama: Persatuan Pendidikan Sains Dan Matematik Johor,


Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia & Jabatan Pendidikan Negeri Johor  5
SEMINAR KEBANGSAAN PENDIDIKAN SAINS DAN MATEMATIK 11 – 12 OKT 2008 
 

Gaya Kepimpinan Pengajaran

Kepimpinan pengajaran ialah peranan guru dalam memberi arahan, sumber dan
sokongan kepada guru dan pelajar untuk memperbaiki pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
Manakala menurut De Bevoise ( 1984 ) dalam buku Mohd. Salleh ( 2000) kepimpinan
pengajaran sebagai menggalakkan pertumbuhan pembelajaran pelajar dan meningkatkan mutu
pengajaran. Gaya kepimpinan merujuk kepada ketekalan matlamat dan keperluan dalam situasi-
situasi yang berbeza. Apabila pemimpin mampu mengenakan pengaruhnya dan pengaruh itu
menyebabkan mencapai matlamat, kepimpinannya adalah dianggap berkesan. Empat gaya
kepimpinan yang disesuaikan dengan pelbagai situasi, antaranya mengikut ( Aminuddin, 1990 )
ialah ;

i. Memberitahu
Pemimpin mengenal pasti masalah, membuat keputusan dan menetapkan tindakan
yang perlu dilakukan secara bersendirian. Pemimpin seperti ini tidak memikirkan
perasaan dan pandangan orang lain terhadap keputusan yang telah dibuatnya.

ii. Menjual
Dalam gaya kepimpinan ini, keputusan masih dilakukan oleh pemimpin dan
kemudiannya menerangkan lebih lanjut tentang pendapatnya untuk mendapat
sokongan daripada pengikut. Dengan cara ini, pengikut faham apa yang ditetapkan
dan bersedia melaksanakan tugas.

iii. Penyerahan Tugas


Pemimpin akan mengenal pasti masalah, merangka panduan, batasan dan syarat
bertindak menyerahkan kepada pengikut untuk membuat keputusan. Walaupun
autoriti telah diagihkan responsibiliti dan akauntabiliti terhadap keputusan yang
dibuat masih terletak di bahu pemimpin.

iv. Penyertaan
Pemimpin yang lebih menumpukan perhatian pada kualiti hubungan dan
memperlihatkan penyelesaian tugas. Pemimpin meminta reaksi dan pandangan dari
pengikutnya sebelum membuat keputusan. Bagaimanapun keputusan masih di
tangan pemimpin.

Kerangka Konsep

Anjuran Bersama: Persatuan Pendidikan Sains Dan Matematik Johor,


Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia & Jabatan Pendidikan Negeri Johor  6
SEMINAR KEBANGSAAN PENDIDIKAN SAINS DAN MATEMATIK 11 – 12 OKT 2008 
 

Rajah 1 : Kerangka konsep kajian

  Gaya Kepimpinan Pengajaran 

Memberitahu     Menjual Penyertaan Penyerahan Tugas 

Melaksanakan 
Tugas Guru 

  Kelayakan Ikhtisas     Pengalaman 

Kerangka konsep kajian ini adalah menggambarkan jenis gaya-gaya kepimpinan


pengajaran yang popular diamalkan oleh guru-guru yang mengajar mata pelajaran sains
menengah rendah dalam pengajaran dan pembelajaran menggunakan bahasa Inggeris mengikut
teori gaya kepimpinan situasi Hersey dan Blanchard. Pemboleh ubah yang diukur ialah gaya
kepimpinan menjual, memberitahu, penyertaan dan penyerahan tugas dalam melaksanakan
tugas. Berdasarkan kepada kelayakan ikhtisas dan pengalaman guru mengajar mata pelajaran
menunjukkan perbezaan gaya-gaya kepimpinan guru dalam melaksanakan tugas mengajar oleh
kerana kekangan bahasa ilmu bahasa Inggeris berserta dengan multimedia terdedah secara
global.

Metodologi Kajian

Kajian adalah berbentuk kajian tinjauan deskriptif menggunakan soal selidik di mana
penyelidikan dijalankan ke atas populasi guru sains yang mengajar mata pelajaran sains
menengah rendah di sekolah-sekolah menengah di Daerah Batu Pahat yang telah mengikuti
kursus pemantapan bahasa Inggeris. Borang soal selidik yang lengkap diedarkan kepada
responden oleh pengkaji sendiri. Responden bebas memberi maklum balas dan pandangan
mereka pada setiap soalan berdasarkan jawapan yang sesuai dengan diri mereka. Kelompok
populasi kajian ialah guru sains menengah rendah di Daerah Batu Pahat, Johor. Jumlah

Anjuran Bersama: Persatuan Pendidikan Sains Dan Matematik Johor,


Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia & Jabatan Pendidikan Negeri Johor  7
SEMINAR KEBANGSAAN PENDIDIKAN SAINS DAN MATEMATIK 11 – 12 OKT 2008 
 
populasi bagi kajian ini seramai 120 orang guru sains terdiri 31 orang guru lelaki dan 89 orang
guru perempuan dari dua puluh empat buah sekolah menengah bandar dan luar bandar yang
telah mengikuti salah satu fasa latihan ETeMS di daerah Batu Pahat, Johor. Kajian ini dijalankan
di sekolah-sekolah menengah rendah di daerah Batu Pahat, Johor. Jumlah keseluruhan sekolah
adalah 24 buah sekolah dengan agihan 18 buah sekolah terletak di bandar dan 8 buah sekolah
terletak di luar bandar. Senarai sekolah menengah luar bandar seperti SMK Banang Jaya,
SMK Dato Sulaiman, SMK Dato Menteri, SMK Dato Onn, SMK Penghulu Saad, SMK
Senggarang, SMK Seri Medan, SMK Sri Gading, SMK Tengku Mahmod Iskandar, SMK Tun
Ismail, SMK Tun Sardon, SMK Rengit, SMK Semerah, SMK Tongkang Pecah, SMK Yong Peng
dan SMK Dato Seth. Manakala sekolah menengah bandar seperti SMK Convent, SMK atin Onn
Jaffar, SMK Munshi Sulaiman, SMK (P) Temengong Ibrahim, SMK Dato Bentara Luar, SMK tinggi
dan SMK Tun Aminah.

Set borang selidik ini mengandungi bahagian-bahagian berikut.

Bahagian A :

Bahagian A yang akan memberikan tumpuan kepada ciri-ciri demografi iaitu latar
belakang responden . Latar belakang responden dibahagikan kepada umur,
jantina, kelulusan , bangsa, agama serta pengalaman mengajar.

Bahagian B :

Soal selidik untuk kepimpinan pengajaran guru diterjemahkan dari The


Leadership Behaviour Description Quentionaire (LBDQ) yang dibentuk oleh
penyelidikan di universiti Ohio State ( Holpin, 1996 ) yang diambil dan diubahsuai
dari kajian Ng Chin (1998). Instrumen kajian ini dipilih kerana menepati teori yang
menjadi asas kepada kajian ini dan merupakan salah satu instrumen kajian yang
popular kerana kestabilan keesahannya ( Bass, 1990 ). LBDQ yang digunakan
mempunyai 32 item dengan merujuk jadual 3.1.

Jadual 1 : Jadual Penentu Ujian

Gaya kepimpinan pengajaran Jumlah Item Nombor Item


Menjual 8 1, 2, 4, 6, 9, 10, 16, 22
Penyertaan 8 3, 15, 18, 19, 20, 24, 26, 28

Memberitahu 8 5, 7, 11, 12, 14, 21, 23, 25

Penyerahan Tugas 8 8, 13, 17, 27, 29, 30, 31, 32

Setelah kajian rintis dilakukan dapatan nilai kebolehpercayaan instrumen adalah memadai untuk
dignapakai dalam kajian, seperti berikut

Anjuran Bersama: Persatuan Pendidikan Sains Dan Matematik Johor,


Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia & Jabatan Pendidikan Negeri Johor  8
SEMINAR KEBANGSAAN PENDIDIKAN SAINS DAN MATEMATIK 11 – 12 OKT 2008 
 
Jadual 2 : Hasil Kajian Rintis

Gaya kepimpinan pengajaran Nilai Alpha Cronbach


Memberitahu . 7267

Menjual . 8431

Penyertaan . 5250

Pengagihan Tugas . 6419

Dapatan Kajian

Daripada 100 orang responden di dapati responden yang berumur antara 26 tahun
hingga 30 tahun adalah seramai 23 orang ( 23% ), 21 orang ( 21% ) yang berumur antara 31
hingga 35 tahun, 17 orang ( 17% ) terdiri dari responden yang mempunyai umur kurang 25 tahun
dan antara umur 41 hingga 45 tahun, 16 orang (16% ) responden berumur 36 hingga 40 tahun, 5
orang ( 5% ) responden berumur antara 46 hingga 50 tahun dan seorang ( 1% ) berumur lebih 51
tahun. Seramai 20 orang ( 20% ) responden yang memiliki SPM/MCE terdiri dari responden yang
berumur antara 26 hingga 30 tahun dan seorang ( 1% ) responden terdiri umur lebih 51 tahun.
Seramai 93 orang (93%) berbangsa Melayu mempunyai kelulusan SPM/MCE dan STPM/HSC, 4
orang (4%) berbangsa Cina mempunyai kelulusan SPM/MCE dan STPM/HSC , 2 orang (2%)
berbangsa India memiliki STPM/HSC dan seorang (1%) dari lain-lain bangsa mepunyai
kelulusan SPM/MCE. Seramai 84 orang ( 84 % ) yang mempunyai SPM/MCE dan 52 orang yang
mempunyai kelulusan kepujian dalam Bahasa Inggeris, 21 orang lulus dalam Bahasa Inggeris
dan 10 orang cemerlang dalam Bahasa Inggeris. Manakala 16 orang ( 16% ) responden
mempunyai kelulusan Bahasa Inggeris dalam STPM/HSC. Seramai 51 orang ( 51% ) yang
mempunyai pengalaman mengajar sains kurang 5 tahun dan 45 orang responden mempunyai
kurang 5 tahun pengalaman mengajar. Manakala seramai 21 orang ( 21% ) mempunyai
pengalaman mengajar sains antara 5 hingga 10 tahun, seramai 17 orang (17%) mempunyai
pengalaman mengajar sains lebih 16 tahun dan seramai 11 orang (11%) yang mempunyai
pengalaman mengajar sains antara 11 hingga 15 tahun. Data kajian menunjukkan 51 orang (
51 % ) responden yang dikaji mempunyai pengalaman mengajar sains kurang 5 tahun, seramai
21 orang ( 21% ) responden yang mempunyai pengalaman mengajar sains antara 5 hingga 10
tahun, seramai 17 orang ( 17% ) responden mempunyai pengalaman mengajar sains lebih 16
tahun dan seramai 11 orang ( 11% ) responden mempunyai pengalaman mengajar sains antara
11 hingga 15 tahun. Seramai 46 orang ( 46% ) responden mempunyai kelayakan ikhtisas yang
kurang 5 tahun pengalaman mengajar sementara 9 orang ( 9% ) responden mempunyai
kelayakan ikhtisas yang lebih 20 tahun pengalaman mengajar.

Anjuran Bersama: Persatuan Pendidikan Sains Dan Matematik Johor,


Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia & Jabatan Pendidikan Negeri Johor  9
SEMINAR KEBANGSAAN PENDIDIKAN SAINS DAN MATEMATIK 11 – 12 OKT 2008 
 

Analisis Item

Jadual 3 : Taburan Min Item-item Bagi Gaya Kepimpinan Menjual

Item Gaya Kepimpinan Menjual STS TS TP S SS Min

S1 Saya menghulurkan bantuan 1 5 12 70 12 3.87


peribadi kepada pelajar

S2 Saya sedia mengambil berat atas 2 1 17 68 12 3.87


perkara-perkara kecil demi untuk
menyenangkan pelajar

S4 Saya menggalakkan pelajar 2 3 5 59 31 4.14


membuat eksperimen dalam
kumpulan

S6 Saya sedia meluangkan masa 1 3 5 60 31 4.17


untuk memberi perhatian kepada
pelajar

S9 Saya mudah bergaul dengan 2 4 9 59 26 4.03


pelajar

S10 Saya menitik beratkan kebajikan 2 4 10 65 19 3.95


setiap pelajar

S16 Saya menitik beratkan kebajikan 2 3 4 52 39 4.23


setiap pelajar

S22 Saya mudah didekati dan mesra 2 3 9 63 23 4.02


dengan semua pelajar

Jumlah 14 26 71 496 193 32.28

STS - Sangat tidak setuju

TS - Tidak setuju

TP - Tidak pasti

S - Setuju

SS - Sangat setuju

Jadual 3 di dapati skor min yang tertinggi gaya kepimpinan menjual ialah item soalan
yang ke-16 iaitu ‘saya menitik beratkan kebajikan setiap pelajar’. Skor min tersebut ialah 4.23.
Sementara skor min yang terendah ialah soalan 1 iaitu ‘saya menghulurkan bantuan peribadi
kepada pelajar’dan soalan 2 iaitu ‘saya sedia mengambil berat atas perkara kecil demi untuk
menyenangkan pelajar’ iaitu 3.87.

Jadual 4 : Taburan Min Item-item Bagi Gaya Kepimpinan Penyertaan

Anjuran Bersama: Persatuan Pendidikan Sains Dan Matematik Johor,


Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia & Jabatan Pendidikan Negeri Johor  10
SEMINAR KEBANGSAAN PENDIDIKAN SAINS DAN MATEMATIK 11 – 12 OKT 2008 
 

Item Gaya Kepimpinan Penyertaan STS TS TP S SS Min

S3 Saya mencuba idea-idea baru 1 8 18 60 13 3.76


bersama pelajar

S15 Saya bertindak setelah berunding 0 4 14 64 18 3.96


dengan pelajar-pelajar

S18 Saya memberi layanan seolah-olah 3 33 28 28 8 3.05


pelajar setaraf dengan saya

S19 Saya menggalakkan semua pelajar 2 10 25 47 16 3.65


menggunakan prosedur kerja yang
sama

S20 Saya bersedia melakukan perubahan- 0 7 11 54 28 4.03


perubahan jika perlu

S24 Pelajar-pelajar berasa selesa dan 2 3 19 55 21 3.90


senang apabila berbincang dengan
saya

S26 Saya menerima cadangan yang 1 6 11 70 12 3.86


dikemukakan oleh pelajar

S28 Saya mendapatkan persetujuan semua 3 16 19 56 6 3.46


pelajar terlebih dahulu sebelum
melaksanakan sesuatu tindakan

Jumlah 12 87 145 434 122 29.67

STS - Sangat tidak setuju

TS - Tidaksetuju

TP - Tidak pasti

S - Setuju

SS - Sangat setuju

Jadual 4 di dapati skor min yang tertinggi gaya kepimpinan peyertaan ialah item soalan
yang ke-20 iaitu ‘saya bersedia melakukan perubahan-perubahan jika perlu’. Skor min tersebut
ialah 4.03. Sementara skor min yang terendah ialah soalan 18 iaitu ‘saya memberi layanan
seolah-olah pelajar setaraf dengan saya’ iaitu 3.05.

Anjuran Bersama: Persatuan Pendidikan Sains Dan Matematik Johor,


Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia & Jabatan Pendidikan Negeri Johor  11
SEMINAR KEBANGSAAN PENDIDIKAN SAINS DAN MATEMATIK 11 – 12 OKT 2008 
 
Jadual 5 : Taburan Min Item-item Bagi Gaya Kepimpinan Memberitahu

Item Gaya Kepimpinan Memberitahu STS TS TP S SS Min

S5 Saya tegas menjalankan tugas 0 4 5 50 41 4.23


mengajar

S7 Saya tegas menjalankan tugas 0 7 8 61 24 4.02


mengajar

S11 Saya menentukan tugas tertentu untuk 1 11 15 58 15 3.75


setiap pelajar

S12 Saya menentukan jadual kerja yang 0 9 16 59 16 3.82


perlu dilaksanakan

S14 Saya menjelaskan kepada pelajar- 2 4 11 59 24 3.99


pelajar apa yang diharapkannya

S21 Saya memastikan semua pelajar 1 5 4 68 22 4.05


memahami peranan mereka di sekolah

S23 Saya meminta pelajar-pelajar mengikut 2 5 5 63 25 4.04


segala peraturan dan syarat belajar
yang ditetapkan

S25 Saya menerangkan dengan jelas 2 2 11 97 18 3.97


syarat-syarat dan tugas-tugas pelajar

Jumlah 8 45 75 515 185 31.92

STS - Sangat tidak setuju

TS - Tidaksetuju

TP - Tidak pasti

S - Setuju

SS - Sangat setuju

Jadual 5 di dapati skor min yang tertinggi gaya kepimpinan memberitahu ialah item
soalan yang ke-5 iaitu ‘saya tegas menjalankan tugas mengajar’. Skor min tersebut ialah 4.23.
Sementara skor min yang terendah ialah soalan 11 iaitu ‘saya menentukan tugas tertentu untuk
setiap pelajar’ iaitu 3.75.

Anjuran Bersama: Persatuan Pendidikan Sains Dan Matematik Johor,


Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia & Jabatan Pendidikan Negeri Johor  12
SEMINAR KEBANGSAAN PENDIDIKAN SAINS DAN MATEMATIK 11 – 12 OKT 2008 
 
Jadual 6: Taburan Min Item-item Bagi Gaya Kepimpinan Penyerahan Tugas

Item Gaya Kepimpinan Penyerahan Tugas STS TS TP S SS Min

S8 Saya merasa yakin terhadap kebolehan 1 7 27 54 11 3.67


pelajar

S13 Saya mengekalkan satu tahap pencapaian 0 10 13 70 7 3.74


pelajar

S17 Saya memastikan bahawa perlaksanaan 3 5 11 57 24 3.94


tugas mengikut jadual kerja

S27 Saya menentukan semua pelajar 1 4 4 72 19 4.04


menjalankan tugas dengan sepenuhnya

S29 Saya mempunyai kepercayaan terhadap 2 4 10 72 12 3.88


kebolehan dan kewibawaan terhadap
pelajar untuk meningkatkan prestasi
sekolah

S30 Saya sentiasa mengharapkan kemajuan 3 2 1 49 45 4.71


pencapaian akademik daripada pelajar-
pelajar

S31 Saya menetapkan tugas yang khusus 1 17 23 51 8 4.78


kepada seseorang pelajar

S32 Saya mempunyai matlamat yang jelas bagi 2 3 7 52 36 4.17


mencapai prestasi kerja

Jumlah 13 53 96 477 162 31.23

STS - Sangat tidak setuju

TS - Tidak setuju

TP - Tidak pasti

S - Setuju

SS - Sangat setuju

Jadual 6 di dapati skor min yang tertinggi gaya kepimpinan penyerahan tugas ialah item
soalan yang ke-31 iaitu ‘saya menetapkan tugas yang khusus kepada seseorang pelajar’. Skor
min tersebut ialah 4.78. Sementara skor min yang terendah ialah soalan 8 iaitu ‘saya merasa
yakin terhadap kebolehan pelajar’ iaitu 3.67.

Anjuran Bersama: Persatuan Pendidikan Sains Dan Matematik Johor,


Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia & Jabatan Pendidikan Negeri Johor  13
SEMINAR KEBANGSAAN PENDIDIKAN SAINS DAN MATEMATIK 11 – 12 OKT 2008 
 
Jadual 7: Taburan Min Gaya-gaya Kepimpinan

Bilangan Jenis-jenis gaya kepimpinan Min

1. Menjual 32.28

2. Memberitahu 31.92

3. Penyertaan 29.67

4. Penyerahan tugas 31.23

Jadual 7 menunjukkan taburan ini gaya-gaya kepimpinan pengajaran. Di dapati skor min
yang tertinggi ialah gaya kepimpinan menjual iaitu 32.28, diikuti gaya kepimpinan memberitahu
iaitu 31.92, gaya kepimpinan penyerahan tugas iaitu 31.23 dan min yang terendah ialah gaya
kepimpinan penyertaan sebanyak 29.67.

Analisis Varians Sehala ( ANOVA )

Ujian statistik ANOVA sehala digunakan bagi melihat perbezaan min di antara kumpulan
yang melebihi dua kategori. Ia adalah bertujuan untuk melihat perbezaan pengamalan gaya-
gaya kepimpinan pengajaran di kalangan guru mata pelajaran sains berdasarkan kelayakan
ikhtisas dan pengalaman mengajar. Rujukan akan dibuat kepada nilai F bagi menentukan sama
ada terdapat perbezaan min yang signifikan atau tidak di antara kumpulan ini secara
keseluruhan.

Jika nilai F menunjukkan tidak terdapat perbezaan pengamalan yang signifikan di


kalangan guru berdasarkan mana-mana ciri demografi tersebut, maka hipotesis nol diterima. Jika
sekiranya nilai F menunjukkan terdapat pengamalan yang signifikan di kalangan guru sains maka
hipotesis nol ditolak. Ini menunjukkan terdapat perbezaan min pengamalan yang jelas di
kalangan guru sains. Walau bagaimanapun ujian F tidak dapat menunjukkan pasangan
kumpulan guru yang mana berbeza secara signifikan.

Anjuran Bersama: Persatuan Pendidikan Sains Dan Matematik Johor,


Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia & Jabatan Pendidikan Negeri Johor  14
SEMINAR KEBANGSAAN PENDIDIKAN SAINS DAN MATEMATIK 11 – 12 OKT 2008 
 

Ho : Tidak terdapat perbezaan kepimpinan pengajaran yang signifikan antara gaya-


gaya kepimpinan pengajaran dengan kelayakan ikhtisas.

Jadual 8: Taburan Responden Mengikut Kelayakan Ikhtisas Bagi Gaya Menjual

Kelayakan Ikhtisas Min

Sijil Perguruan 32.00

Diploma Perguruan 32.69

Ijazah Pendidikan 32.00

Lain-lain 32.43

Jumlah 32.28

Jadual 9 : ANOVA ( Sehala ) Gaya Kepimpinan bagi Menjual

Sumber Variasi DK SS MS F Sig.

Antara Kelompok 3 10.807 3.02 1.48 0.931

Dalam Kelompok 96 2331.353 24.285

Jumlah 99 2342.160

Signifikan pada aras keyakinan P< .05

Jadual 8 menunjukkan perbandingan gaya kepimpinan menjual mengikut kelayakan


ikhtisas . Dari jadual di atas dapat dilihat bahawa skor min gaya kepimpinan menjual yang
tertinggi ialah diploma perguruan. Skor min tersebut ialah 32.69. Manakala min yang terendah
ialah sijil perguruan iaitu 32.00. Berdasarkan jadual 9 ANOVA sehala adalah tinggi nilai F = 1.48
pada aras α = 0.05 antara gaya kepimpinan menjual dengan kelayakan ikhtisas maka ini
menunjukkan hipotesis diterima di mana tidak terdapat perbezaan kepimpinan pengajaran yang
signifikan di antara gaya kepimpinan dengan kelayakan ikhtisas.

Anjuran Bersama: Persatuan Pendidikan Sains Dan Matematik Johor,


Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia & Jabatan Pendidikan Negeri Johor  15
SEMINAR KEBANGSAAN PENDIDIKAN SAINS DAN MATEMATIK 11 – 12 OKT 2008 
 
Jadual 10: Taburan Responden Mengikut Kelayakan Ikhtisas Bagi Gaya Memberitahu

Kelayakan Ikhtisas Min

Sijil Perguruan 30.89

Diploma Perguruan 32.06

Ijazah Pendidikan 31.37

Lain-lain 29.86

Jumlah 31.92

Jadual 11 : ANOVA (Sehala) Gaya kepimpinan bagi Memberitahu

Sumber Variasi DK SS MS F Sig.

Antara Kelompok 3 16.475 5.492 0.220 0.883

Dalam Kelompok 96 2400.885 25.009

Jumlah 99 2417.360

Signifikan pada aras keyakinan P< .05

Jadual 10 menunjukkan perbandingan gaya kepimpinan memberitahu berdasarkan


kelayakan ikhtisas . Dari jadual di atas dapat dilihat bahawa skor min gaya kepimpinan
memberitahu mengikut kelayakan ikhtisas yang tertinggi ialah diploma perguruan. Min skor
tersebut ialah 32.06. Manakala min yang terendah ialah dari lain-lain kelayakan ikhtisas iaitu
29.86. Dari jadual 11 di dapati nilai pada aras F = 0.220 α = 0.05 antara gaya kepimpinan
memberitahu dengan kelayakan ikhtisas menunjukkan hipotesis ditolak di mana terdapat
perbezaan kepimpinan pengajaran yang signifikan di antara gaya kepimpinan memberitahu
dengan kelayakan ikhtisas.

Jadual 12 : Taburan Responden Mengikut Kelayakan Ikhtisas Bagi Gaya Penyerahan


Tugas.

Kelayakan Ikhtisas Min

Sijil Perguruan 30.44

Diploma Perguruan 31.50

Ijazah Pendidikan 31.37

Lain-lain 29.86

Jumlah 31.23

Anjuran Bersama: Persatuan Pendidikan Sains Dan Matematik Johor,


Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia & Jabatan Pendidikan Negeri Johor  16
SEMINAR KEBANGSAAN PENDIDIKAN SAINS DAN MATEMATIK 11 – 12 OKT 2008 
 
Jadual 13 : ANOVA (Sehala) Gaya kepimpinan bagi Penyerahan Tugas.

Sumber Variasi DK SS MS F Sig.

Antara Kelompok 3 22.381 7.460 0.345 0.793

Dalam Kelompok 96 2077.329 21.639

Jumlah 99 2099.710

Signifikan pada aras keyakinan P< .05

Jadual 12 menunjukkan perbandingan gaya kepimpinan penyerahan tugas berdasarkan


kelayakan ikhtisas . Dari jadual di atas dapat dilihat bahawa skor min gaya kepimpinan
penyerahan tugas mengikut kelayakan ikhtisas yang tertinggi ialah diploma perguruan . Skor min
tersebut ialah 31.50. Manakala min yang terendah ialah dari lain-lain ikhtisas iaitu 29.86.
Berdasarkan jadual 13 ANOVA sehala adalah tinggi nilai F = 0.345 pada aras α = 0.05 antara
gaya kepimpinan penyerahan tugas dengan kelayakan ikhtisas maka ini menunjukkan hipotesis
ditolak di mana tidak terdapat perbezaan kepimpinan pengajaran yang signifikan di antara gaya
kepimpinan penyerahan tugas dengan kelayakan ikhtisas.

Jadual 14 : Taburan Responden Mengikut Kelayakan Ikhtisas Bagi Gaya Penyertaan.

Kelayakan Ikhtisas Min

Sijil Perguruan 29.78

Diploma Perguruan 29.72

Ijazah Pendidikan 29.71

Lain-lain 29.00

Jumlah 29.67

Jadual 15: ANOVA (Sehala) Gaya kepimpinan bagi Penyertaan

Sumber Variasi DK SS MS F Sig

Antara Kelompok 3 3.416 1.139 0.059 0.981

Dalam Kelompok 96 1850.694 19.278

Jumlah 99 1854.110

Signifikan pada aras keyakinan P< .05

Anjuran Bersama: Persatuan Pendidikan Sains Dan Matematik Johor,


Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia & Jabatan Pendidikan Negeri Johor  17
SEMINAR KEBANGSAAN PENDIDIKAN SAINS DAN MATEMATIK 11 – 12 OKT 2008 
 

Jadual 14 menunjukkan perbandingan gaya kepimpinan penyertaan mengikut kelayakan


ikhtisas . Dari jadual di atas dapat dilihat bahawa skor min gaya kepimpinan penyertaan
mengikut kelayakan ikhtisas yang tertinggi ialah sijil perguruan. Skor min tersebut ialah 29.78.
Manakala min yang terendah ialah dari lain-lain kelayakan ikhtisas iaitu 29.00. Berdasarkan
jadual 15 ANOVA sehala adalah tinggi nilai F = 0.059 pada aras α = 0.05 antara gaya kepimpinan
penyertaan dengan kelayakan ikhtisas maka ini menunjukkan hipotesis ditolak di mana tidak
terdapat perbezaan kepimpinan pengajaran yang signifikan di antara gaya kepimpinan
penyertaan dengan kelayakan ikhtisas.

Ho : Tidak terdapat perbezaan kepimpinan pengajaran yang signifikan antara gaya-gaya


kepimpinan pengajaran dengan pengalaman mengajar.

Jadual 16 : Taburan Responden Mengikut Pengalaman Mengajar Bagi Gaya Penyerahan


Tugas.

Pengalaman Mengajar Min

Kurang 5 tahun 30.24

6 – 10 tahun 32.18

11 – 15 tahun 32.38

16 – 20 tahun 31.00

20 tahun ke atas 32.11

Jumlah 31.23

Jadual 17 : ANOVA (Sehala) Gaya kepimpinan bagi Penyerahan Tugas

Sumber Variasi DK SS MS F Sig

Antara Kelompok 4 93.429 23.357 1.106 0.358

Dalam Kelompok 95 2006.281 21.119

Jumlah 99 2099.710

Signifikan pada aras keyakinan P< .05

Anjuran Bersama: Persatuan Pendidikan Sains Dan Matematik Johor,


Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia & Jabatan Pendidikan Negeri Johor  18
SEMINAR KEBANGSAAN PENDIDIKAN SAINS DAN MATEMATIK 11 – 12 OKT 2008 
 
Jadual 16 menunjukkan perbandingan gaya kepimpinan penyerahan tugas berdasarkan
pengalaman. Dari jadual di atas dapat dilihat bahawa skor min gaya kepimpinan penyerahan
tugas mengikut pengalaman mengajar yang tertinggi ialah antara 11 – 15 tahun. Min skor
tersebut ialah 32.28. Manakala skor min yang terendah iaitu pengalaman yang kurang 5 tahun
ialah 30.24. Berdasarkan jadual 17 ANOVA sehala adalah tinggi nilai F = 1.106 pada aras α =
0.05 antara gaya kepimpinan penyerahan tugas dengan pengalaman mengajar maka ini
menunjukkan hipotesis adalah diterima kerana tidak terdapat perbezaan kepimpinan pengajaran
yang signifikan di antara gaya kepimpinan penyerahan tugas dengan pengalaman mengajar.

Jadual 18 : Taburan Responden Mengikut Pengalaman Bagi Gaya kepimpinan


Memberitahu

Pengalaman Mengajar Min

Kurang 5 tahun 31.20

6 – 10 tahun 33.09

11 – 15 tahun 32.63

16 – 20 tahun 31.71

20 tahun ke atas 32.67

Jumlah 31.92

Jadual 19 : ANOVA (Sehala) Gaya kepimpinan bagi Memberitahu

Sumber Variasi DK SS MS F Sig

Antara Kelompok 4 63.124 15.781 0.637 0.637

Dalam Kelompok 95 2354.236 24.781

Jumlah 99 2417.360

Signifikan pada aras keyakinan P < .05

Jadual 18 menunjukkan perbandingan gaya kepimpinan memberitahu berdasarkan


pengalaman mengajar. Dari jadual di atas dapat dilihat bahawa skor min gaya kepimpinan
memberitahu secara keseluruhan mengikut pengalaman mengajar yang tertinggi ialah antara 6 –
10 tahun pengalaman mengajar. Skor min tersebut ialah 33.09. Manakala min yang terendah
ialah yang kurang 5 tahun pengalaman mengajar iaitu 31.20. Berdasarkan jadual 19 ANOVA
sehala adalah tinggi nilai F = 0.637 pada aras α = 0.05 antara gaya kepimpinan memberitahu
dengan pengalaman mengajar maka ini menunjukkan hipotesis adalah diterima tidak terdapat
perbezaan kepimpinan pengajaran yang signifikan di antara gaya kepimpinan memberitahu
dengan pengalaman mengajar.

Anjuran Bersama: Persatuan Pendidikan Sains Dan Matematik Johor,


Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia & Jabatan Pendidikan Negeri Johor  19
SEMINAR KEBANGSAAN PENDIDIKAN SAINS DAN MATEMATIK 11 – 12 OKT 2008 
 

Jadual 20 : Taburan Responden Mengikut Pengalaman Bagi Gaya Penyertaan

Pengalaman Mengajar Min

Kurang 5 tahun 28.91

6 – 10 tahun 30.68

11 – 15 tahun 30.44

16 – 20 tahun 29.00

20 tahun ke atas 30.22

Jumlah 29.67

Jadual 21 : ANOVA (Sehala) Gaya kepimpinan bagi Penyertaan

Sumber Variasi DK SS MS F Sig

Antara Kelompok 4 64.192 16.048 0.852 0.496

Dalam Kelompok 95 1789.918 24.781

Jumlah 99 1854.110

Signifikan pada aras keyakinan P < .05

Jadual 20 menunjukkan perbandingan gaya kepimpinan penyertaan berdasarkan


pengalaman mengajar. Dari jadual di atas dapat dilihat bahawa skor min gaya kepimpinan
penyertaan secara keseluruhan mengikut pengalaman mengajar yang tertinggi ialah antara 6 –
10 tahun pengalaman mengajar. Skor min tersebut ialah 30.68. Manakala min yang terendah
ialah yang kurang 5 tahun pengalaman mengajar iaitu 28.91. Berdasarkan jadual 21 ANOVA
sehala adalah tinggi nilai F = 0.852 pada aras α = 0.05 antara gaya kepimpinan penyertaan
dengan pengalaman mengajar maka ini menunjukkan hipotesis diterima di mana tidak terdapat
perbezaan kepimpinan pengajaran yang signifikan di antara gaya kepimpinan penyertaan
dengan pengalaman mengajar.

Anjuran Bersama: Persatuan Pendidikan Sains Dan Matematik Johor,


Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia & Jabatan Pendidikan Negeri Johor  20
SEMINAR KEBANGSAAN PENDIDIKAN SAINS DAN MATEMATIK 11 – 12 OKT 2008 
 
Jadual 22 : Taburan Responden Mengikut Pengalaman Bagi Gaya Menjual

Pengalaman Mengajar Min

Kurang 5 tahun 32.00

6 – 10 tahun 32.91

11 – 15 tahun 34.31

16 – 20 tahun 32.57

20 tahun ke atas 33.44

Jumlah 32.28

Jadual 23 : ANOVA (Sehala) Gaya kepimpinan Bagi Menjual

Sumber Variasi DK SS MS F Sig

Antara Kelompok 4 162.968 40.742 1.776 0.140

Dalam Kelompok 95 2179.192 22.939

Jumlah 99 2342.160

Signifikan pada aras keyakinan P < .05

Jadual 22 menunjukkan perbandingan gaya kepimpinan menjual berdasarkan


pengalaman mengajar. Dari jadual di atas dapat dilihat bahawa skor min gaya kepimpinan
menjual secara keseluruhan mengikut pengalaman mengajar yang tertinggi ialah antara 11- 15
tahun pengalaman mengajar. Skor min tersebut ialah 34.31. Manakala min yang terendah ialah
yang kurang 5 tahun pengalaman mengajar iaitu 32.00. Berdasarkan jadual 23 ANOVA sehala
adalah tinggi nilai F = 1.78 pada aras α = 0.05 antara gaya kepimpinan menjual dengan
pengalaman mengajar maka ini menunjukkan hipotesis diterima kerana tidak terdapat perbezaan
kepimpinan pengajaran yang signifikan di antara gaya kepimpinan menjual dengan pengalaman
mengajar.

Analisis Korelasi Pearson ‘r’.

Bagi menentukan sama ada terdapat perhubungan yang linear di antara pengamalan
gaya kepimpinan penyertaan dengan gaya kepimpinan memberitahu pengajaran guru sains,
ujian statistik yang digunakan ialah ujian korelasi Pearson ‘r’. Ujian ini perkaitan yang
menunjukkan kekuatan serta arah perkaitan antara dua pemboleh ubah pada skala (-1) dan (+1).
Jenis perkaitan yang dikaji dalam kajian ini dilihat antara gaya kepimpinan guru iaitu pemboleh
ubah bersandar dengan faktor yang mempengaruhi iaitu pemboleh ubah bebas. Apabila nilai ‘r’
menunjukkan nilai positif, ini bermakna hubungan pemboleh ubah – pemboleh ubah adalah

Anjuran Bersama: Persatuan Pendidikan Sains Dan Matematik Johor,


Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia & Jabatan Pendidikan Negeri Johor  21
SEMINAR KEBANGSAAN PENDIDIKAN SAINS DAN MATEMATIK 11 – 12 OKT 2008 
 
positif. Implikasi sekiranya nilai salah satu pemboleh ubah meningkat, maka nilai pemboleh ubah
yang berkaitan juga meningkat. Jika dilihat dari segi kekuatan perkaitan nilai magnitud adalah
merujuk bab 3.

Jadual 24 : Analisis hubungan korelasi di antara gaya-gaya kepimpinan dalam


melaksanakan tugas mengajar

Hubungan gaya kepimpinan Pearson Korelasi

Penyertaan dengan Memberitahu 0.808

Memberitahu dengan Penyerahan tugas 0.885

Penyerahan tugas dengan Menjual 0.879

Penyertaan dengan Menjual 0.804

Penyerahan tugas dengan Penyertaan 0.831

Memberitahu dengan Menjual 0.854

Signifikan pada aras keyakinan P< 0.05

Ho 3 : Tidak terdapat perbezaan perkaitan yang signifikan antara gaya kepimpinan


menjual dengan gaya kepimpinan penyerahan tugas.

Jadual 24 menunjukkan keputusan kaitan antara gaya kepimpinan menjual dengan gaya
kepimpinan penyerahan tugas adalah terdapat nilai korelasi yang

sangat kuat r = 0.879 dan signifikan pada α = 0.00.

Ho 4 : Tidak terdapat perbezaan perkaitan yang signifikan antara gaya kepimpinan


penyertaan dengan gaya kepimpinan memberitahu.

Jadual 24 menunjukkan keputusan kaitan antara gaya kepimpinan penyertaan

dengan gaya kepimpinan memberitahu adalah terdapat nilai korelasi yang sangat kuat

r = 0.808 dan signifikan pada α = 0.00.

Ho 5 : Tidak terdapat perbezaan perkaitan yang signifikan antara gaya kepimpinan


memberitahu dengan gaya kepimpinan menjual.

Jadual 24 menunjukkan keputusan kaitan antara gaya kepimpinan memberitahu

Anjuran Bersama: Persatuan Pendidikan Sains Dan Matematik Johor,


Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia & Jabatan Pendidikan Negeri Johor  22
SEMINAR KEBANGSAAN PENDIDIKAN SAINS DAN MATEMATIK 11 – 12 OKT 2008 
 
dengan gaya kepimpinan menjual adalah terdapat nilai korelasi yang sangat kuat r=
0.854 dan signifikan pada α = 0.00.

Ho 6 : Tidak terdapat perbezaan perkaitan yang signifikan antara gaya kepimpinan


penyertaan dengan gaya kepimpinan penyerahan tugas.

Jadual 24 menunjukkan keputusan kaitan antara gaya kepimpinan penyertaan

dengan gaya kepimpinan penyerahan tugas adalah terdapat nilai korelasi yang sangat kuat r =
0.831 dan signifikan pada α = 0.00.

Ho 7 : Tidak terdapat perbezaan perkaitan yang signifikan antara gaya kepimpinan


memberitahu dengan gaya kepimpinan penyerahan tugas.

Jadual 24 menunjukkan keputusan kaitan antara gaya kepimpinan memberitahu

dengan gaya kepimpinan penyerahan tugas adalah terdapat nilai korelasi yang sangat kuat r =
0.885 dan signifikan pada α = 0.00.

Ho 8 : Tidak terdapat perbezaan perkaitan yang signifikan antara gaya kepimpinan


penyertaan dengan gaya kepimpinan menjual

Jadual 24 menunjukkan keputusan kaitan antara gaya kepimpinan penyertaan dengan


gaya kepimpinan menjual adalah terdapat nilai korelasi yang sangat kuat r = 0.804 dan signifikan
pada α = 0.00.

Perbincangan

Untuk mengenal pasti gaya-gaya kepimpinan pengajaran yang diamalkan oleh guru mata
pelajaran sains, keputusan kajian secara keseluruhan menunjukkan perbezaan min gaya
kepimpinan menjual (32.28), memberitahu (31.92) dan penyerahan tugas (31.23) sering
diaplikasikan oleh guru-guru sains, manakala gaya kepimpinan penyertaan (29.67) kurang
ditekankan semasa tugas mengajar. Ini bermakna gaya kepimpinan menjual yang mempunyai
ciri-ciri memberi tugas tinggi dan hubungan tinggi diperlukan kerana dari segi kematangan iaitu
46% responden terdiri yang mempunyai pengalaman yang dari 5 tahun mengajar dan 22%
kurang 10 tahun mengajar. Menurut analisis Hersey dan Blanchard menunjukkan bahawa
kelakuan tugas tinggi menggantikan kekurangan kebolehan pengikut sementara hubungan tinggi
pemimpin cuba mengarahkan pengikut mengikut kehendak pemimpin (Stephen, 2000). Ini
menunjukkan sesuatu reformasi dalam pendidikan yang dilancarkan, tugas dan kerja guru hari ini
masih ada ditahap lama iaitu peranan guru sebagai mengajar dengan ilmu pengetahuan tetapi
yang sewajarnya perubahan harus berlaku pada masa kini iaitu guru sebagai pembimbing,
fasilitator dan pemberi perangsang dalam bilik darjah seterusnya mengembangkan potensi
pelajar secara menyeluruh, berani serta sanggup menghadapi cabaran hidup dan berguna untuk
pembangunan negara.

Anjuran Bersama: Persatuan Pendidikan Sains Dan Matematik Johor,


Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia & Jabatan Pendidikan Negeri Johor  23
SEMINAR KEBANGSAAN PENDIDIKAN SAINS DAN MATEMATIK 11 – 12 OKT 2008 
 
Untuk mengenal pasti Perbezaan Gaya kepimpinan berdasarkan kelayakan ikhtisas, hasil kajian
menunjukkan perbezaan min ANOVA gaya kepimpinan menjual ialah F = 1.48, P <0.05
diamalkan oleh kebanyakan guru-guru yang mempunyai kelayakan Diploma Perguruan. Ini
menunjukkan walaupun guru-guru mempunyai pengalaman mengajar mata pelajaran sains
kurang dari 5 tahun tetapi mereka telah dimantapkan dengan pengetahuan asas pedagogi. Hasil
kajian ini disokong oleh dapati Kartini ( 2002 ) bagi mewujudkan guru yang berpengetahuan dan
kemahiran tinggi perlu didedahkan kepada pengalaman ikhtisas berkaitan profesionalisme guru
yang mantap dengan ilmu pedagogi supaya memberi peluang serta kecekapan guru sebagai
pemudahcara dan pencetus inovasi ke arah pembelajaran. Dari hasil kajian ini diharapkan guru
dapat menyesuaikan diri mengamalkan gaya-gaya kepimpinan mengikut situasi kebolehan
pelajar, kehendak sekolah dan masyarakat di mana tuntutan ibu bapa serta masyarakat yang
mementingkan pencapaian akademik yang cemerlang. Seterusnya ini latihan mengajar perlulah
mengambil kira keupayaan guru pelatih dalam bidang akakemik dan segala aspek pendidikan.

Untuk mengenal pasti perbezaan gaya kepimpinan berdasarkan pengalaman mengajar,


dapatan kajian ke semua perbezaan min ANOVA gaya kepimpinan pengajaran menjual F =
1.776, P<0.05, memberitahu F = 0.637, P<0.05, penyertaan F = 0.852, P<0.05 dan
penyerahan tugas F = 1.106, P <0.05 menunjukkan signifikan dengan pengalaman mengajar. Ini
bermakna tempoh guru mempunyai pengalaman mengajar tidak mempengaruhi gaya-gaya
kepimpinan guru semasa mengajar. Kenyataan ini menunjukkan bahawa walaupun guru
mempunyai tempoh pengalaman yang pendek tetapi guru dapat menetapkan aras kebolehan
pelajar dan tahap penglibatan guru serta pelajar. Bagaimanapun kajian oleh Indra Devi ( 1997 )
menjelaskan guru yang lama mengajar sains dan banyak pengalaman dalam pengajaran sains
dan telah banyak menghadiri kursus dalam perkhidmatan dalam mata pelajaran sains boleh
mengajar dengan lebih berkesan. Ini bermakna guru dalam kajian ini telah dimantapkan ilmu
pedagogi terkini di tempat kursus profesionalisme yang melibatkan proses pengalaman
perancangan , pendekatan pengajaran, ganjaran , galakan, bimbingan, pemulihan, pengayaan,
latihan, pengawalan, penyeliaan dan kerjasama.

Perkaitan antara gaya-gaya kepimpinan pengajaran yang diamalkan, menunjukkan


bahawa hubungan antara gaya-gaya kepimpinan pengajaran mempunyai kaitan yang positif dan
korelasi yang sangat kuat iaitu antara gaya kepimpinan penyertaan dan memberitahu p = 0.808,
memberitahu dan penyerahan tugas p = 0.885, penyerahan tugas dan menjual p = 0.879,
penyertaan dan penyerahan tugas p = 0.831, memberitahu dan menjual p = 0.854 dan
penyertaan dengan menjual p = 0.804. Ini menunjukkan terdapat perkaitan di antara
gaya-gaya kepimpinan pengajaran dipengaruhi oleh pengalaman mengajar dan kelayakan
ikhtisas. Dari kajian ini perkaitan tugasan guru dengan pengajaran sesuatu tugas penting lagi
profesional kerana tidak ramai menyedari bahawa guru juga seorang pengurus bilik darjah serta
pengurus pengajaran. Dalam mana-mana atau pelbagai gaya kepimpinan pengajaran yang
diamalkan, disarankan guru menunjukkan perancangan pengajaran yang lengkap, teratur,
menarik, boleh mewujudkan perhubungan mesra dengan pelajar-pelajarnya, cuba mendengar
masalah pelajar serta mengatasinya dan membentuk disiplin pelajar. Sebagai kesimpulannya
keberkesanan pengajaran dan pembelajaran bergantung pada pengurusan bilik darjah yang
dipimpin dan diurus oleh guru tersebut.

Rumusan

Di dapati bahawa hampir kesemua gaya-gaya kepimpinan pengajaran mencerminkan


keaktifan yang tinggi bagi tingkah laku kepimpinan dan ini boleh dikaitkan dengan istilah guru
sebagai pengajar, pemudahcara, pembimbing, jurulatih, perancang, penilai, penyampai ilmu
pengetahuan, dan profesional. Ini membuktikan bahawa paksi ilmu pengetahuan adalah

Anjuran Bersama: Persatuan Pendidikan Sains Dan Matematik Johor,


Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia & Jabatan Pendidikan Negeri Johor  24
SEMINAR KEBANGSAAN PENDIDIKAN SAINS DAN MATEMATIK 11 – 12 OKT 2008 
 
berasaskan guru sebagai pelaksana proses pengalaman dan pengajaran ( KPM, 1990 ). Sebagai
seorang profesional, guru perlu mempunyai kebolehan, personaliti, pengetahuan dan kemahiran
menjalankan tugas mengajar dengan cara inovatif (Wan Mohd Zahid, 1993 ). Oleh itu guru
merupakan agen pelaksana segala dasar , program dan aktiviti yang dirancang di sekolah maka
adalah wajar pelbagai gaya kepimpinan diambil kira mengikut situasi.

Dapatan kajian gaya kepimpinan pengajaran guru sains melaksanakan tugas mengajar di
sekolah-sekolah menengah rendah di daerah Batu Pahat, Johor menunjukkan hampir di kalangan
guru sains baru yang kurang 5 tahun mengajar mengambil pendekatan gaya kepimpinan
pengajar cara menjual, memberitahu dan penyerahan tugas manakala gaya kepimpinan
penyertaan yang diamalkan adalah bergantung kepada kebolehan pelajar dan kematangan guru
sains. Bersesuaian dengan fungsi guru sebagai kepimpinan pengajaran guru dan pembelajaran
pelajar ialah penekanan pengajaran dan pembelajaran lebih menyerupai dimensi tingkah laku
yang berorientasi perhubungan manusia. Selaras dengan itu kepimpinan pengajaran adalah
elemen yang penting dalam memastikan sekolah cemerlang. Aspek yang perlu diberi perhatian
ialah tingkah laku seseorang pemimpin untuk melaksanakan fungsi kelompok untuk mencapai
matlamat organisasi dan orang bawahan menjadi cemerlang.

Artikel ini telah memberi gambaran keseluruhan tentang gaya kepimpinan pengajaran
guru dalam melaksanakan tugas mengajar. Kajian-kajian yang telah dijalankan menunjukkan
gaya kepimpinan pengajaran merupakan aspek penting dalam kepimpinan guru yang efektif.
Gaya kepimpinan pengajaran guru merupakan proses strategi pengajaran yang mempunyai
pelbagai kaedah pengajaran yang bersesuaian digunakan dalam sesuatu pengajaran. Hasil
kajian-kajian yang dijalankan oleh penyelidik-penyelidik terdahulu menunjukkan kaedah dalam
proses kemahiran sains yang dilaksanakan dalam mata pelajaran sains perlu dikuasai oleh guru
yang mengajar sains adalah penting dan perlu di beri perhatian. Dapatan kajian menjadi
landasan dalam membentuk kaedah dan reka bentuk kajian yang akan diterangkan dalam bab
seterusnya.

Hasil kajian menunjukkan gaya kepimpinan penyertaan kurang diamalkan oleh guru-guru
sains, sehubungan itu disarankan untuk guru berperanan lebih berkesan, guru hendaklah
berusaha melengkapkan diri dengan mengemaskini ilmu pengetahuan dan kemahiran mengajar
dari semasa ke semasa. Dari sudut pedagogi gaya kepimpinan penyertaan kurang
menggalakkan di kalangan guru, disarankan dan ditegaskan guru perlu mengetahui tentang cara-
cara pembelajaran mengikut kurikulum subjek yang diajar dengan memantapkan lagi kebolehan
komunikasi penyampaian ilmu secara interaktif dan kolaboratif. Untuk mencapai objektif ini pihak
pentadbiran sekolah perlu memainkan peranan dengan mengadakan kursus pembangunan staf
yang berkaitan. Guru-guru perlu berusaha meningkatkan kemahiran dan kepakaran mereka serta
mengubah sikap untuk melibatkan diri dalam membuat keputusan kerana idea dan pendapat
mereka boleh membantu pembangunan sekolah. Kementerian Pendidikan pula perlu membuat
penilaian ke atas program penggunaan Bahasa Inggeris yang telah dilaksanakan dan maklum
balas ini digunakan untuk menambahbaikkan program tersebut.

Anjuran Bersama: Persatuan Pendidikan Sains Dan Matematik Johor,


Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia & Jabatan Pendidikan Negeri Johor  25
SEMINAR KEBANGSAAN PENDIDIKAN SAINS DAN MATEMATIK 11 – 12 OKT 2008 
 

RUJUKAN

A’Azmi Hj. Shahri (1996). “ Pengurusan strategi pengurusan”. Jurnal Pendidikan Guru,
Bahagian Pendidikan Guru, 11. 1-14.

Abd. Ghafar Md. Din (2003). “ Prinsip dan Amalan Pengajaran.” Kuala Lumpur : Utusan
Publication dan Distributors Sdn. Bhd.

Abd. Rahman Aroff dan Zakaria Kasa (1995). “ Falsafah Dan Konsep Pendidikan.” Edisi
kedua. Kuala Lumpur : Fajar Bakti Sdn Bhd. 88-103.

Ahmad Kamil Jurim (1999). “ Tinjauan ilmu cita rasa guru”. Jurnal Penyemaian Kreativiti
Guru Bestari.

Aminuddin Mohd. Yusof (1990). “ Siri Analisis Psikologi Kepimpinan.” Kuala Lumpur :
Dewan Bahasa Dan Pustaka Bakti Sdn. Bhd. 126-159.

Boon, Pong Ying dan Ragbir (1998). “ Psikologi Semester II ”. Kuala Lumpur : Fajar Bakti Sdn.
Bhd.

Ea, Ah Meng (1994). “Perkembangan dan Perlaksanaan Kurikulum”. Selangor : Fajar Bakti Sdn.
Bhd.
Ea, Ah Meng (1992). “ Pedagogi Satu Pengenalan”. Edisi ketiga. Kuala Lumpur : Fajar
Bakti Sdn. Bhd.
Ea, Ah Meng (1996). “ Pendidikan di Malaysia 1 Falsafah Pendidikan Guru dan Sekolah
Semester 1”. Shah Alam : Fajar Bakti Sdn Bhd. 126-251.
Gardner, P.L. (1975). “Attitude to Science : A Review studies in Science Education.”
Journal Science Education. 2 1-4.
Hazil Abdul Hamid (1988). “ Hubungan Di antara Objektif Dengan Kandungan Kursus, Strategi
Pengajaran dan Penilaian”. Kertas Kerja Pengenalan Pengajaran Pembelajaran
Pengajian Tinggi Universiti Teknologi Malaysia. Kuala Lumpur.
Hersey dan Blanchard K. (1969). Dalam Stephen P.R. (2000) “ Gelagat Organisasi”. Edisi
kelapan. Selangor : Prentice Hall. 257-259.
Husin Sanif (2000). “Pendekatan Komunikasi Dalam Pengajaran Bahasa.” Penyemai
Kreativiti Guru Bestari Koleksi Guru Johor.
Hussein Mahmood (1993). “ Kepemimpinan dan Keberkesanan sekolah”. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka. 143-202.
Ibrahim Ahmad Bajunid (1999). “Antara Idea Dan Tindakan : Pembinaan Pemimpin
Berkualiti yang berkesan”. Kertas Kerja Persidangan Pengurusan Pendidikan
Kebangsaan. 25 Febuari 1999, Kota Kinabalu , Sabah.
Indra Devi, S. (1997). “ Kesediaan Sekolah Untuk Melaksanakan Kurikulum Baru Sains
Sekolah Rendah”. Jurnal Akademik. MPIK . xv. 14-26.
Isahak Haron dan Boon K. B. (1983). “ Asas-asas Dalam Pedagogi”. Kuala Lumpur :
Utusan Publication dan Distributors Sdn. Bhd.
Ismail Werdani dan Zainon Salleh (2000). “ Bersatu Memartabatkan Profesion
Keguruan.” Jurnal Pendidikan Persidangan Kebangsaan Pengetua-pengetua
Sekolah Menengah Malaysia Johor. Ogos. 1-7.
Kalsom Badrus (2000). “ Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Minat Terhadap Mata
Pelajaran Sains Di kalangan Pelajar Tingkatan 4 di Sek. Men Keb. Aminuddin Baki
Kuala Lumpur”. Universiti Kebangsaan Malaysia : Latihan Ilmiah.

Anjuran Bersama: Persatuan Pendidikan Sains Dan Matematik Johor,


Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia & Jabatan Pendidikan Negeri Johor  26
SEMINAR KEBANGSAAN PENDIDIKAN SAINS DAN MATEMATIK 11 – 12 OKT 2008 
 
Kamaruddin Haji Husin (1994). “ Dinamika Sekolah dan Bilik Darjah”. Kuala Lumpur : Utusan
Publications dan Distributor Sdn. Bhd.110-117.
Kartini Baharun (2002). “ Sekolah Bestari : Pedagogi Abad Ke-21 dan Keprofesionalism.” Jurnal
Pendidikan Guru Bahagian Pendidikan Guru. 15. 12-15.
Kementerian Pendidikan Malaysia (1990). “Pukal Latihan Kurikulum Bersepadu Sekolah
Menengah (KBSM)”. Kuala Lumpur : Pusat Perkembangan Kurikulum.
Khalidah Hj Ahmad (2002). “ Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Keberkesanan
Penerapan Kemahiran Proses Sains : Amalannya Di kalangan Guru Sains di Daerah
Pontian”. Universiti Teknologi Malaysia : Tesis Sarjana.
Lim Hock Yuan (2001). “Hegemoni Bahasa Inggeris dan Kesannya.” Pemikir. Jul-Sept
Lourdusamy A. (1994). “ Pembezaan Gaya Kognitif Individu Dan Implikasinya Terhadap
Pendidikan”. Siri Syarahan Perlantikan Profesor 1995 bil.3, Universiti Sains Malaysia :
Penang.
Mohamad Ikhsan (1997). “ Persepsi Bekas Pelajar Dan Pentadbir Sekolah Mengenai
Ketaksamaan Program Diploma Pendidikan Universiti Malaya : Tesis Sarjana.
Mohamad Ikhsan (2001) “ Ke arah Kecemerlangan Pendidikan Melalui Amalan Budaya
Penyayang”. Jurnal Pendidikan Guru. 14. 5-12.
Mohamed Yusope Hassan (2002). “ Gaya Pemudah Cara Pemimpin di kalangan
Pengetua-pengetua Sekolah Daerah Johor Bahru.” Universiti Teknologi Malaysia : Tesis
Sarjana.
Mohd . Majid Konting (1998). “ Sekolah Bestari dan Pengalaman KBSM : Implikasi
Kepada profesion Pengurusan”. Jurnal Pendidikan Persatuan Kebangsaan
Pengetua-pengetua Sek. Men Malaysia Johor. 3. 27-37.
Mohd. Najib Abdul Ghafar (1999). “ Penyelidikan Pendidikan”. Johor : Universiti Teknologi
Malaysia.
Mohd. Najib Abdul Ghafar (2003). “ Reka bentuk Tinjauan Soal Selidik Pendidikan”. : Universiti
Teknologi Malaysia
Mohd. Salleh Lebar (2000). “ Pentadbiran pendidikan dan pendidikan di Malaysia”.
Selangor : Longman Sdn Bhd. 24-45.
Mok, Soon Seng (1994). “ Pedagogi 2 Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Mikro”.
Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn Bhd.
Mok, Soon Seng (2000) “Ilmu Pendidikan Untuk KPLI (Kursus Lepasan Ijazah) Semester 1”.
Selangor: Kumpulan Budiman Sdn Bhd.
Ng Chin (1998). “ Perhubungan Gaya Kepimpinan Guru Besar Sekolah Rendah Dengan Iklim
Sekolah di Daerah Melaka Tengah, Melaka”. Universiti Teknologi Malaysia : Tesis
sarjana.
Noran Fauziah Yaakub dan Ahmad Mahdzan Ayob (1992). “ Guru dan Perguruan” Kuala
Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Nurizlin Azizuddin (2000). “ Satu kajian Tinjauan Mengenai Perubahan Kesan Daripada
Penggunaan Bahasa Inggeris Di dalam Pengajaran dan Pembelajaran : Satu Kajian di
sebuah Kilang Swasta di Daerah Johor Bahru.” Universiti Teknologi Malaysia : Tesis
Sarjana.
Othman Dato’ Hj Mohamed, Rahil Hj. Mahyuddin dan Abd. Majid Mohd Isa (1995). “Asas
pendidikan IV : Sekolah dan Perkembangan Kanak-kanak”. Selangor : Longman Sdn.
Bhd. 25-37.
Razali Ismail (2002). “ ICT Dalam Pendidikan: Trend Dan Isu Dalam Pengajaran Dan
Pembelajaran Sains dan Matematik.” Jurnal Pendidikan Guru. 15. 5-11.
Saramma, A. (2003). “ Persepsi Guru Tentang Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan
Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) di daerah Batu Pahat 2003”. Bestari Koleksi
Guru Johor. 8. 42-52.

Anjuran Bersama: Persatuan Pendidikan Sains Dan Matematik Johor,


Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia & Jabatan Pendidikan Negeri Johor  27
SEMINAR KEBANGSAAN PENDIDIKAN SAINS DAN MATEMATIK 11 – 12 OKT 2008 
 
Shahril Marzuki dan Kang, Chai Kee. (1995). “ Beberapa Teori Pengurusan Digunakan Bagi
Mempertingkatkan Keberkesanan Pengurusan Pendidikan di Sekolah.” Jurnal
Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia. 39(82). 10-15.
Shahrir Jamaluddin dan Shahril Marzuki (1992). “Persepsi Guru Besar, Guru dan Murid
mengenai guru yang berkualiti.” Jurnal Pendidikan Guru. 36(77). 1-5.
Sharifah Alwiah Alsagoff (1983). “ Ilmu Pendidikan Pedagogi”. Kuala Lumpur : Heinemann.
173-205.
Stephen P. R. (2000). “ Gelagat Organisasi”. Edisi kelapan. Selangor : Prentice Hall.
Teaching Applied Linguitics.” London : Oxford Univ. Press. 248-284.

Wan Mohd. Zahid Wan Noordin (1993). “ Ke arah Kecemerlangan Pendidikan.” Kertas
Kerja Dalam Seminar Pendidikan Negeri Johor Darul Takzim, Johor Bahru, Mei.
Yazid Abdul Manap dan Siti Aminah Ismail (2004). “ Guru Berkualiti : Cabaran dan
Harapan.” Koleksi Guru Johor Bestari Penyemai Kreativiti Guru Edisi Kelapan. Jabatan
Pendidikan Negeri Johor. 1-20.
Zaharah Hashim (2004). “ Standard Pengajaran Guru Dan Kecemerlangan Pendidikan”
Koleksi Guru Johor Bestari Penyemai Kretiviti Guru Edisi kelapan. Jabatan
Pendidikan Negeri Johor. 30-41.
Zulkifli Ibrahim (1997). “ Cabaran Warga Pendidik Memasuki Era Pembangunan
Pendidikan Abad ke-21”. Jurnal Pendidikan Persatuan Kebangsaan Pengetua- Pengetua
Sek. Men. Malaysia Johor. 36. 3-6.

Anjuran Bersama: Persatuan Pendidikan Sains Dan Matematik Johor,


Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia & Jabatan Pendidikan Negeri Johor  28
SEMINAR KEBANGSAAN PENDIDIKAN SAINS DAN MATEMATIK 11 – 12 OKT 2008 
 
LAMPIRAN SOAL SELIDIK

BAHAGIAN A: LATAR BELAKANG

1. Umur: 8. Pengalaman mengajar:

Kurang 25 tahun Kurang 5 tahun

26 - 30 tahun 6 - 10 tahun

31 - 35 tahun 11 – 15 tahun

36 - 40 tahun 16 – 20 tahun

41 - 45 tahun 20 tahun ke atas

46 - 50 tahun

50 tahun ke atas

2. Jantina: 9. Agama:

Lelaki Islam

Perempuan Kristian

Buddha

3. Bangsa: Hindu

Melayu

Cina

India

Lain-lain

4. Kelulusan tertinggi akademik :

SPM/MCE STPM/HSC

5. Kelulusan Bahasa Inggeris :

Gred : _____________ (sila nyatakan)

6. Senaraikan kelayakan kelulusan ikhtisas yang dimiliki:

Anjuran Bersama: Persatuan Pendidikan Sains Dan Matematik Johor,


Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia & Jabatan Pendidikan Negeri Johor  29
SEMINAR KEBANGSAAN PENDIDIKAN SAINS DAN MATEMATIK 11 – 12 OKT 2008 
 

Sijil Perguruan Ijazah Pendidikan

Diploma Perguruan Lain-lain

7. Pengalaman mengajar mata pelajaran sains :

5 tahun ke bawah 11 – 15 tahun

5 – 10 tahun 16 tahun ke atas

Anjuran Bersama: Persatuan Pendidikan Sains Dan Matematik Johor,


Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia & Jabatan Pendidikan Negeri Johor  30
SEMINAR KEBANGSAAN PENDIDIKAN SAINS DAN MATEMATIK 11 – 12 OKT 2008 
 
BAHAGIAN B:

Berikut adalah kenyataan tentang gaya-gaya kepimpinan pengajaran guru-guru sains


melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dalam bahasa Inggeris. Sila tandakan bulat
(O) dalam ruang yang disediakan di sebelah yang menunjukkan anda membuat keputusan
berdasarkan pilihan berikut:-

5 - Sangat bersetuju

4 - Setuju

3 - Tidak pasti

2 - Tidak setuju

1 - Sangat tidak setuju

1 Saya menghulurkan bantuan peribadi kepada pelajar 1 2 3 4 5

2 Saya sedia mengambil berat atas perkara-perkara kecil demi untuk 1 2 3 4 5


menyenangkan pelajar

3 Saya mencuba idea-idea baru bersama pelajar 1 2 3 4 5

4 Saya menggalakkan pelajar membuat eksperimen dalam kumpulan 1 2 3 4 5

5 Saya tegas menjalankan tugas mengajar 1 2 3 4 5

6 Saya sedia meluangkan masa untuk memberi perhatian kepada pelajar 1 2 3 4 5

7 Saya menetapkan sesuatu arahan kepada pelajar 1 2 3 4 5

8 Saya merasa yakin terhadap kebolehan pelajar 1 2 3 4 5

9 Saya mudah bergaul dengan pelajar 1 2 3 4 5

10 Saya menitik beratkan kebajikan setiap pelajar 1 2 3 4 5

11 Saya menentukan tugas tertentu untuk setiap pelajar 1 2 3 4 5

12 Saya menentukan jadual kerja yang perlu dilaksanakan 1 2 3 4 5

13 Saya mengekalkan satu tahap pencapaian pelajar 1 2 3 4 5

14 Saya menjelaskan kepada pelajar-pelajar apa yang diharapkannya 1 2 3 4 5

15 Saya bertindak setelah berunding dengan pelajar-pelajar 1 2 3 4 5

16 Saya sentiasa memberi sokongan kepada pelajar-pelajar apabila 1 2 3 4 5


mereka menghadapi masalah dalam pelajaran

17 Saya memastikan bahawa perlaksanaan tugas mengikut jadual kerja 1 2 3 4 5

18 Saya memberi layanan seolah-olah pelajar setaraf dengan saya 1 2 3 4 5

19 Saya menggalakkan semua pelajar menggunakan prosedur kerja yang 1 2 3 4 5

Anjuran Bersama: Persatuan Pendidikan Sains Dan Matematik Johor,


Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia & Jabatan Pendidikan Negeri Johor  31
SEMINAR KEBANGSAAN PENDIDIKAN SAINS DAN MATEMATIK 11 – 12 OKT 2008 
 
sama

20 Saya bersedia melakukan perubahan-perubahan jika perlu 1 2 3 4 5

21 Saya memastikan semua pelajar memahami peranan mereka di 1 2 3 4 5


sekolah

22 Saya mudah didekati dan mesra dengan semua pelajar 1 2 3 4 5

23 Saya meminta pelajar-pelajar mengikut segala peraturan dan syarat 1 2 3 4 5


belajar yang ditetapkan

24 Pelajar-pelajar berasa selesa dan senang apabila berbincang dengan 1 2 3 4 5


saya

25 Saya menerangkan dengan jelas syarat-syarat dan tugas-tugas pelajar 1 2 3 4 5

26 Saya menerima cadangan yang dikemukakan oleh pelajar 1 2 3 4 5

27 Saya menentukan semua pelajar menjalankan tugas dengan 1 2 3 4 5


sepenuhnya

28 Saya mendapatkan persetujuan semua pelajar terlebih dahulu sebelum 1 2 3 4 5


melaksanakan sesuatu tindakan

29 Saya mempunyai kepercayaan terhadap kebolehan dan kewibaan 1 2 3 4 5


terhadap pelajar untuk meningkatkan prestasi sekolah

30 Saya sentiasa mengharapkan kemajuan pencapaian akademik 1 2 3 4 5


daripada pelajar-pelajar

31 Saya menetapkan tugas yang khusus kepada seseorang pelajar 1 2 3 4 5

32 Saya mempunyai matlamat yang jelas bagi mencapai prestasi kerja 1 2 3 4 5

Anjuran Bersama: Persatuan Pendidikan Sains Dan Matematik Johor,


Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia & Jabatan Pendidikan Negeri Johor  32

You might also like