You are on page 1of 13

ILI RAIHANA BT ABDUL RASHID, SITI NOORASLINA BT ABDUL HAMID, FARIDAH BT OTHMAN

PISMP PRASEKOLAH BM/PJ/MZ 02

MODEL DISIPLIN ASERTIF (CANTER)

Model Disiplin Asertif Canter berasaskan peneguhan kepada tingkah


laku yang diingini dan penerimaan murid terhadap akibat daripada tingkah
laku yang ditunjukkan. Canter percaya bahawa guru mempunyai hak untuk
menentukan peraturan-peraturan yang telah ditetapkan. Model ini juga
melibatkan ganjaran dan dendaan akibat daripada peraturan yang ditetapkan.

Canter menerangkan Disiplin Asertif sebagai pendekatan, di mana guru


mengendalikan bilik darjah dengan berinteraksi secara tenang, serius dan
konsisten dengan murid. Canter menyatakan murid-murid berhak untuk
mendapat suasana pembelajaran yang tenang dan teratur. Manakala menjadi
hak guru untuk mengajar tanpa gangguan. Canter berpendapat pihak pentadbir
sekolah dan ibu bapa murid-murid perlu memberikan sokongan terhadap sistem
pengurusan guru di bilik darjah.

Menurut Canter, murid-murid memilih untuk bertingkah laku. Oleh itu, guru
perlu menyediakan persekitaran pembelajaran yang dapat membantu murid
memilih tingkah laku yang sesuai dan bermanfaat. Untuk mencapai persekitaran
yang kondusif, keperluan-keperluan guru dan murid perlu dipenuhi melalui
pengurusan bilik darjah yang asertif. Apabila murid-murid mematuhi
peraturan-peraturan yang ditetapkan, guru memberikan peneguhan seperti
penghargaan dan pujian. Sebaliknya, apabila murid melanggar peraturan, guru
mengenakan peneguhan negatif yang berstruktur iaitu murid-murid sedaya
upaya akan mengelak daripada akibat dengan mematuhi peraturan.

Konsep utama Model Disiplin Asertif Canter ialah guru mempunyai hak
untuk mengajar secara profesional dan tanpa gangguan. Murid berhak belajar
dalam keadaan yang selamat dan tenang dengan sokongan daripada guru dan

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN


ILI RAIHANA BT ABDUL RASHID, SITI NOORASLINA BT ABDUL HAMID, FARIDAH BT OTHMAN
PISMP PRASEKOLAH BM/PJ/MZ 02

rakan-rakan yang lain. Hak-hak ini boleh dilakukan sekiranya guru


bertanggungjawab memastikan tiada perkara atau tindakan yang boleh
menghalang murid daripada mendapatkan hak mereka. Model ini menggariskan
tiga jenis guru iaitu :

a) Guru yang agresif


Mereka garang, kasar, tidak mesra, tidak betimbang rasa dan
menganggap murid sebagai seteru. Mereka berpendapat untuk
mengekalkan dan menguruskan aktiviti bilik darjah, mereka sebagai guru
mesti menunjukkan kuasa, menetapkan peraturan dan tidak perlu bertolak
ansur dengan murid. Mereka memberikan arahan, iaitu murid perlu
mengikut arahan tanpa bantahan. Ekspresi muka mereka sentiasa
serius dan tegas. Mereka selalu menggunakan arahan-arahan yang keras
dan tegas seperti ”Duduk !”, ”Diam!”. ”Dengar sini! ”. Arahan sebegini tidak
menunjukkan kemesraan dan membuat murid berasa terancam dan tidak
diperlakukan dengan adil.

b) Guru yang tidak asertif


Mereka menggunakan pendekatan pasif terhadap murid. Mereka gagal
membantu murid-murid untuk membuat jangkaan tingkah laku yang
diingini dan tidak konsisten dalam menangani tingkah laku murid.
Kadangkala mereka membenarkan suatu tingkah laku ditunjukkan di
dalam bilik darjah tetapi pada masa lain mereka memarahi murid yang
melakukan tingkah laku tersebut. Mereka selalu menggunakan frasa-frasa
seperti ”Tolonglah berkelakuan elok sikit”, atau ”berapa kali cikgu cakap
tolong diam!”. mereka kelihatan kelam-kabut, tidak konsisten, tidak tegas
dan sampai ketikanya murid-murid tidak akan lagi menghormati guru jenis
ini. Kadangkala guru jenis ini akan menjadi putus asa dan tiba-tiba
terlampau garang dengan murid-murid. Tindakan guru yang tidak

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN


ILI RAIHANA BT ABDUL RASHID, SITI NOORASLINA BT ABDUL HAMID, FARIDAH BT OTHMAN
PISMP PRASEKOLAH BM/PJ/MZ 02

konsisten ini akan menyebabkan murid keliru dengan jangkaan dan


tindakan guru.

c) Guru yang asertif


Jelas, yakin dan menyatakan jangkaan dan arahan yang konsisten
dengan tegas. Mereka membina hubungan saling mempercayai dengan
murid-murid. Mereka membimbing murid-murid cara untuk
menunjukkan tingkah laku yang diingini dan mereka membentuk
satu sistem pengurusan tingkah laku yang menggalakkan kerjasama
dengan murid-murid. Sebagai contoh, rutin dan peraturan bilik darjah
ditetapkan dengan jelas dan diterangkan kepada murid-murid tentang
kepentingan rutin dan peraturan tersebut. Murid-murid diterangkan akibat
yang munasabah sekiranya mereka melanggar peraturan. Penjelasan
guru diterangkan secara perbincangan dengan murid-murid dan bukannya
berbentuk ancaman. Murid-murid sedar dan jelas sebab peraturan
tersebut diadakan dan tahu akan kesan apabila peraturan tersebut tidak
dipatuhi. Guru asertif memberikan peluang kepada guru itu sendiri dan
murid untuk memenuhi keperluan masing-masing. Mereka menggalakkan
kerjasama dan membantu murid-murid mempraktikkan tingkah laku yang
diingini.

Guru asertif adil, konsisten dan boleh memenuhi kehendak


murid. Hal ini dapat membantu membina persekitaran pembelajaran dan
menyokong perkembangan pembelajaran murid. Menurut Canter,
pengiktirafan perlu digunakan selalu untuk meningkatkan konsep kendiri
dan keyakinan diri murid. Cara yang boleh digunakan untuk memberikan
pengiktirafan kepada murid termasuklah memberikan galakan,
menghargai tingkah laku murid, memberikan komen positif dan
memaklumkan tingkah laku murid yang baik kepada ibu bapa.

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN


ILI RAIHANA BT ABDUL RASHID, SITI NOORASLINA BT ABDUL HAMID, FARIDAH BT OTHMAN
PISMP PRASEKOLAH BM/PJ/MZ 02

Akibat atau tindakan pembetulan boleh dikenakan kepada


murid-murid yang menganggu hak murid-murid lain untuk belajar
dengan selesa. Matlamat tindakan pembetulan dapat memberikan
keadilan kepada semua murid dan tindakan perlu konsisten. Apabila
tindakan pembetulan hendak dikenakan kepada murid, murid tersebut
perlu diberitahu bahawa disebabkan tingkah laku yang ditunjukkan oleh
mereka bercanggah dengan peraturan yang telah ditetapkan, maka
tindakan pembetulan ini perlu dilaksanakan. Canter menasihatkan guru
untuk membuat hierarki disiplin mengikut keutamaan berserta
tindakan pembetulan/akibat yang akan dikenakan. Setiap tindakan
pembetulan/akibat dalam hierarki akan menjadi semakin serius daripada
sebelumnya. Untuk melaksanakan hierarki disiplin secara berkesan, guru
perlu menyimpan rekod kesalahan yang dilakukan oleh murid. Guru boleh
merekodkan kesalahan dengan menggunakan senarai nama murid.
Contohnya :

Kesalahan A B C

Nama murid
Alia
Hakimi
Loh ken jee
Melissa
Rajandran

PETUNJUK :
A – menjerit di dalam kelas
B – bercakap semasa guru sedang mengajar
C – tidak hantar kerja rumah
D – bilangan kesalahan yang dilakukan

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN


ILI RAIHANA BT ABDUL RASHID, SITI NOORASLINA BT ABDUL HAMID, FARIDAH BT OTHMAN
PISMP PRASEKOLAH BM/PJ/MZ 02

Guru juga boleh menggunakan sistem kad warna. Contohnya, untuk


kesalahan pertama, murid mendapat kad kuning, kedua kad oren dan ketiga kad
merah dan sebagainya. Cara untuk mengenakan tindakan pembetulan kepada
murid ialah bertindak dengan tenang, konsisten, berikan peneguhan untuk
tingkah laku yang diingini, beri peluang kepada murid meluahkan perasaan,
teguran secara langsung untuk murid peringkat rendah dan tegur secara individu
untuk murid yang lebih dewasa.

Walau bagaimananapun, ada beberapa kelompok kecil murid yang


memerlukan pertimbangan tambahan. Kelompok kecil ini ialah murid-murid
yang sukar untuk dibimbing. Hal ini dinyatakan oleh Canter sebagai murid-murid
yang selalu menunjukkan kelakuan distruptif, senang memberontak, memerlukan
perhatian dan tidak bermotivasi. Murid-murid ini akan mencabar guru, melanggar
peraturan yang boleh mengakibatkan stress, putus asa dan kemarahan kepada
guru. Kelompok murid ini bermasalah dan sukar untuk bekerjasama tetapi
merekalah yang paling memerlukan perhatian dan pertimbangan daripada guru.
Antara cadangan Canter untuk menangani murid-murid ini ialah :
1. Dekati murid-murid ini dan cuba dapatkan kepercayaan mereka terhadap
guru.
2. Berikan perhatian dan keperluan yang diperlukan oleh murid-murid ini
yang tidak didapati sebelum ini.
3. Cari jalan dan berusaha untuk berkomunikasi lebih kerap dengan murid-
murid yang sukar ini.

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN


ILI RAIHANA BT ABDUL RASHID, SITI NOORASLINA BT ABDUL HAMID, FARIDAH BT OTHMAN
PISMP PRASEKOLAH BM/PJ/MZ 02

MODEL AKIBAT LOGIKAL DREIKURS

Model ini menekankan kepentingan guru memberikan kepercayaan


dan tanggungjawab kepada murid-murid untuk bersama-sama menjaga
disiplin di dalam bilik darjah. Mereka juga harus diberi autonomi untuk
membincangkan salah laku di dalam bilik darjah serta membantu
menguatkuasakan peraturan di dalam bilik darjah. Murid-murid boleh dibimbing
untuk ingat-mengingati antara satu sama lain tentang peraturan yang telah
ditetapkan. Apabila murid faham dan mengamalkan peraturan yang telah
ditetapkan, masalah disiplin akan dapat dikurangkan.

Disiplin dapat dilihat melalui murid-murid yang mempunyai kawalan


kendiri berdasarkan kepentingan persekitaran. Murid-murid boleh mengawal
diri sendiri akan menunjukkan inisiatif, boleh membuat keputusan yang
munasabah dan boleh memikul tanggungjawab yang memberikan manfaat
kepada diri sendiri dan orang lain, sekaligus akan meningkatkan kualiti
persekitaran murid tersebut. Disiplin yang berkualiti terbentuk di dalam bilik
darjah yang mengamalkan demokrasi, iaitu guru dan murid dapat
bekerjsama membuat keputusan dalam pengurusan bilik darjah. Bilik darjah
bersifat autokratik berlaku apabila guru membuat semua keputusan dan
mengenakan kepada semua murid tanpa memberikan ruang kepada murid untuk
memberikan pandangan atau memikul tanggungjawab.

Rasa kepunyaan terhadap bilik darjah merupakan matlamat utama


dalam pembentukan tingkah laku murid. Murid akan berasa dipunyai apabila
guru dan rakan-rakan memberikan perhatian dan menghormati hak mereka,
melibatkan mereka dalam aktiviti-aktiviti bilik darjah dan tidak meminggirkan
mereka. Apabila murid gagal mendapat rasa kepunyaan, kadangkala mereka
akan menggunakan cara yang salah untuk memenuhi keperluan tersebut.
Mereka akan cuba menarik perhatian guru dan rakan, mencabar kekuasaan

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN


ILI RAIHANA BT ABDUL RASHID, SITI NOORASLINA BT ABDUL HAMID, FARIDAH BT OTHMAN
PISMP PRASEKOLAH BM/PJ/MZ 02

guru, membalas dendam atau menunjukkan kelemahan. Dreikurs mendapati


bahawa tingkah laku bermasalah berpunca daripada motif-motif yang berikut :
 mendapatkan perhatian
 mencabar kuasa
 membalas dendam
 mempamerkan kekurangan

Beliau berpendapat guru berperanan untuk membantu murid


memahami motif tingkah laku mereka supaya dapat mengurangkan salah
laku dalam kalangan murid. Salah laku akan lebih berjaya dikurangkan
sekiranya murid diberi pilihan untuk bertindak. Setiap tindakan disertakan
dengan akibat yang bakal diterima. Murid akan bertanggungjawab atas pilihan
mereka dan menyedari akibat yang terhasil. Empat motif utama berlakunya
salah laku dalam kalangan murid.

a) Mendapatkan perhatian
Salah satu bentuk tingkah laku yang ingin mendapatkan perhatian ialah
apabila murid sering membuat tingkah laku yang mengundang kemarahan
guru. Antara bentuk yang digunakan untuk menarik perhatian guru dan
rakan sekelas yang lain termasuklah membuat ”lawak bodoh”, mengetuk
meja tanpa sebab, bercakap dengan murid lain semasa guru sedang
mengajar, mengusik murid lain, tidak memberikan tumpuan semasa P&P,
malas dan tidak membuat kerja yang disuruh.
Sesetengah tingkah laku mengganggu dilakukan secara aktif dan
ada juga yang membuatnya secara senyap(pasif) seperti mengusik rakan-
rakan tanpa disedari oleh guru atau mengambil barang-barang rakan
tanpa kebenaran secara sembunyi. Tindakan ini bakal mengundang
perasaan marah dan sakit hati guru dan rakan sekelas. Apabila
berhadapan dengan situasi begini adalah penting bagi guru untuk
menganalisa dan mencari punca kepada salah laku tersebut.

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN


ILI RAIHANA BT ABDUL RASHID, SITI NOORASLINA BT ABDUL HAMID, FARIDAH BT OTHMAN
PISMP PRASEKOLAH BM/PJ/MZ 02

b) Mencabar kuasa (konflik)


Adakalanya tindakan guru menyebabkan murid berasa tertekan dan
dipinggirkan. Oleh itu, mereka bertindak mencabar kewibawaan guru
seperti enggan memberikan kerjasama, bersikap degil, dan melanggar
peraturan yang ditetapkan. Sebagai contoh, mereka sengaja melanggar
peraturan bilik darjah yang telah ditetapkan, tidak mengikut arahan yang
diberikan atau menunjukkan kelakuan-kelakuan yang distruptif yang boleh
menyebabkan kemarahan guru. Sebaiknya guru harus bertenang dan
panggil murid untuk berjumpa dengan guru secara individu. Kenal pasti
punca masalah mereka. Tunjukkan yang anda mengambil berat tentang
masalah yang dihadapi oleh mereka. Bincang dengan mereka motif
sebenar di sebalik kelakuan tersebut serta tunjukkan sebab dan akibat
yang munasabah yang akan dihadapi oleh mereka sekiranya terus
melakukan tingkah laku tersebut.

c) Membalas dendam
Murid bertindak membalas dendam apabila guru dilihat sebagai bersikap
tidak adil dan bersikap autokratik. Pada peringkat ini murid banyak
dikawal oleh emosi negatif. Guru perlu menenangkan keadaan dan cuba
berbincang dengan murid supaya murid dapat melihat kesan daripada
matlamat mereka yang salah. Guru harus sedar tingkah laku murid yang
cuba membangkitkan kemarahan guru dan pihak sekolah adalah
disebabkan mereka berasa tertekan dan disakiti.

Guru harus mengambil pendekatan yang bijak, cuba mengawal dan


memahami emosi yang dialami oleh murid tersebut. Bantu murid supaya
mereka dapat melihat matlamat tingkah laku mereka adalah salah. Pada
masa yang sama, dapatkan kerjasama daripada murid-murid lain untuk
tidak meminggirkan murid tersebut dan bersama-sama membantu untuk
saling memahami perasaan rakan-rakan mereka di dalam bilik darjah.

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN


ILI RAIHANA BT ABDUL RASHID, SITI NOORASLINA BT ABDUL HAMID, FARIDAH BT OTHMAN
PISMP PRASEKOLAH BM/PJ/MZ 02

d) Menunjukkan kekurangan
Murid yang gagal mendapat pengiktirafan melalui motif-motif sebelumnya
mungkin akan bertindak menunjukkan dirinya sebagai seorang yang
lemah dan tidak upaya. Guru harus cuba menarik perhatian mereka dan
beri peluang menunjukkan keupayaan. Hargai usaha mereka dan beri
pengiktirafan yang sesuai.
Motif menunjukkan kekurangan ialah langkah terakhir yang diambil
oleh murid untuk mendapat pengiktirafan diri di dalam bilik darjah. Dengan
itu, mereka cuba menjauhkan diri daripada sebarang aktiviti yang
melibatkan mereka dengan rakan sekelas yang lain. Kenal pasti minat
mereka tanpa meminggirkan murid-murid lain. Guru perlu sabar dan minta
kerjasama daripada murid-murid serta guru-guru lain yang mengajar di
dalam bilik darjah tersebut.
Guru perlu mempunyai cara komunikasi yang berkesan dalam
menangani salah laku murid. Antaranya, berkomunikasi perkara-perkara
positif, galak peningkatan murid, kenal pasti kelemahan murid, belajar
daripada kesilapan, percaya kebolehan murid, bekerjasama, rasa bangga
pencapaian murid, optimis dan beri galakan dan motivasi.

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN


ILI RAIHANA BT ABDUL RASHID, SITI NOORASLINA BT ABDUL HAMID, FARIDAH BT OTHMAN
PISMP PRASEKOLAH BM/PJ/MZ 02

MODEL TERAPI REALITI (WILLIAM GLASSER)

Masalah tingkah laku di dalam bilik darjah berlaku akibat daripada murid-
murid berasa bosan atau tidak puas hati dengan jangkaan guru di dalam bilik
darjah, keadaan persekitaran yang menyebabkan murid-murid gagal memenuhi
keperluan-keperluan asas mereka di sekolah. Teori menekankan tingkah laku
manusia didorong oleh keperluan untuk memenuhi empat keperluan
psikologi asas. Keperluan-keperluan asas tersebut termasuklah rasa
dipunyai dan disayangi, mempunyai kuasa dan kawalan, kebebasan dan
keperluan untuk bersuka ria. Di dalam persekitaran sekolah dan bilik darjah,
salah laku dan masalah disiplin timbul apabila murid-murid gagal memenuhi
empat keperluan asas tersebut. Glasser menegaskan pengajaran mesti
dilaksanakan lebih ke arah membimbing, tidak menggunakan paksaan dan
bukan bersifat memerintah. Sepanjang proses P&P, guru patut mengutamakan
kualiti di dalam pengajaran, pembelajaran dan kurikulum. Antara keperluan
asas murid :

a) Kasih sayang
Di dalam bilik darjah, murid-murid perlu mempunyai perasaaan yang
mereka adalah sebahagian daripada komuniti bilik darjah. Mereka juga
memerlukan guru yang memberikan perhatian dan mengambil berat ke
atas diri mereka. Guru boleh memenuhi keperluan ini dengan
mengamalkan pengurusan demokratik di dalam bilik darjah.
Pandangan dan pendapat murid diambil kira dalam pembentukan
persekitaran bilik darjah. Peneguhan-peneguhan yang sesuai
diberikan kepada murid-murid yang menunjukkan usaha yang baik
dalam mengekalkan keharmonian bilik darjah.

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN


ILI RAIHANA BT ABDUL RASHID, SITI NOORASLINA BT ABDUL HAMID, FARIDAH BT OTHMAN
PISMP PRASEKOLAH BM/PJ/MZ 02

b) Mempunyai kuasa dan kawalan


Rasa dipunyai berkait rapat dengan kuasa dan kawalan. Untuk
mempunyai rasa dipunyai dan mempunyai kepentingan di dalam
sesebuah komuniti, seseorang perlu mempunyai kuasa dan kawalan
ke atas komuniti persekitarannya. Di dalam konteks bilik darjah, murid
perlu mempunyai kuasa dan kawalan untuk menguruskan diri dan
persekitaran bilik darjah mereka. Mereka mempunyai pilihan untuk
memilih aktiviti-aktiviti bilik darjah yang bersesuaian dengan minat dan
kecenderungan mereka. Mereka juga sedar mereka mempunyai
kawalan ke atas tingkah laku mereka sendiri.

c) Kebebasan
Hal ini berkait dengan kebebasan untuk menentukan matlamat hidup
dan bertanggungjawab atas tingkah laku mereka. Kanak-kanak
memerlukan kebebasan tetapi pada masa yang sama, ibu bapa dan
guru-guru perlu mengawasi dengan memberikan kebebasan yang
bersesuaian dengan peringkat umur mereka. Contohnya, sekiranya
guru memberikan sepenuh kebebasan kepada murid-muridnya di
dalam bilik darjah, sudah tentu akan menimbulkan situasi yang kucar-
kacir. Sebaliknya, guru harus memberikan peluang dan kebebasan
yang sepadan dengan keupayaan murid untuk memilih aktiviti atau
tugasan-tugasan tertentu sama ada secara individu atau berkumpulan.

d) Keseronokan
Apabila kanak-kanak berasa seronok, fikiran mereka lebih fokus
dengan aktiviti yang dilakukan oleh mereka. Oleh itu, guru perlu
memikirkan aktiviti-aktiviti yang boleh menyeronokkan murid-murid dan
pada masa yang sama meningkatkan tahap pembelajaran mereka.
Guru perlu mengelakkan aktiviti P&P dan persekitaran bilik darjah

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN


ILI RAIHANA BT ABDUL RASHID, SITI NOORASLINA BT ABDUL HAMID, FARIDAH BT OTHMAN
PISMP PRASEKOLAH BM/PJ/MZ 02

yang sama dan berulang-ulang. Keadaan ini akan membangkitkan


rasa bosan dalam kalangan murid. Apabila mereka berasa bosan,
mereka akan mula mencari tingkah laku yang boleh menyeronokkan
mereka. Guru perlu mempelbagaikan strategi P&P yang melibatkan
dan berpusatkan murid.

Model Terapi Realiti merupakan satu teknik kaunseling untuk membantu


individu meneroka kemahuan diri, membuat refleksi tentang perkara yang
sedang dilakukan dan membuat perancangan tentang kehendak sebenar
mereka pada masa akan datang. Idea utama model ini ialah tidak kira apa-apa
yang telah berlaku pada masa yang lalu atau apa-apa yang berlaku pada masa
sekarang, individu berhak memilih tingkah laku atau corak hidup yang boleh
memenuhi empat keperluan asasnya tadi, iaitu kasih sayang, keupayaan
mengawal kehidupan, kebebasan dan keseronokan.

Melalui Terapi Realiti, guru membantu murid mengenal pasti akibat


tingkah laku yang ditunjukkan, memastikan akibat realiti atau dipilih oleh
murid, mengemukakan pelan perancangan untuk membantu murid
mengurus tingkah laku serta bertindak sebagai pembimbing murid. Menurut
Glasser, guru boleh meningkatkan mutu pengajaran melalui cara-cara
persekitaran bilik darjah yang tenang dan kondusif, guru perlu lebih bersifat
sebagai pembimbing bukan pengarah, tugasan-tugasan P&P perlu berkaitan
dengan kehidupan seharian murid, guru memberikan galakan kepada murid
untuk memberikan yang terbaik serta memberi peluang kepada murid untuk
menilai kerja masing-masing dan memperbaikinya.

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN


ILI RAIHANA BT ABDUL RASHID, SITI NOORASLINA BT ABDUL HAMID, FARIDAH BT OTHMAN
PISMP PRASEKOLAH BM/PJ/MZ 02

MODEL GINOTT

Berdasarkan pengelolaan iklim bilik darjah yang kondusif untuk


disiplin yang baik melalui komunikasi berkesan antara guru dan murid.
Beliau percaya , disiplin adalah proses berterusan yang perlu dicapai
sepanjang masa. Prinsip model ini ialah sebagai mesej membaiki kepada murid
dalam menangani masalah. Ginott menggunakan istilah komunikasi
kongruen (setimpal) untuk menerangkan tindak balas yang harmoni
dengan perasaan murid tentang sesuatu situasi atau diri mereka.

Ginott menggalakkan kerjasama bukan memaksanya. Guru yang


menggunakan cadangan Ginott tidak melabel murid dan berkomunikasi
berdasarkan kerelaan mereka untuk membantu murid menyelesaikan
masalah. Laporan Charles dan Barr (1989), guru yang gunakan pandangan
Ginott merasa perlu pengurusan yang berstruktur dalam situasi
pengajaran.Ginott menegaskan tentang kebolehan komunikasi berkesan
dengan murid amat perlu kepada guru prasekolah. Beliau juga menegaskan
perlunya guru meningkatkan keyakinan murid dan tingkah laku guru sebagai
contoh/model.

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN

You might also like