You are on page 1of 1

LAPORAN SLOT KENALI EMOSI (EN SALIM BIN MAT AMIN)

Slot kenali emosi ini telah dikendalikan oleh En Salim bin Mat Amin yang mana
ianya diadakan pada hari 7 Ogos 2010 iaitu bersamaan dengan hari Sabtu bermula dari
pukul 8.30 pagi hingga 10.30 pagi. Di dalam slot ini, beliau pada permulaanya
memberikan contoh-cotoh daripada dua jenis emosi yang berbeza. Dua jenis emosi
tersebut ialah emosi negatif dan emosi positif. Contoh emosi positif ialah suka, gembira,
manakala contoh emosi negatif ialah marah, kecewa dan lain-lain.

Di dalam slot ini, beliau lebih menekankan aspek emosi negatif kerana emosi
dari jenis inilah yang boleh membawa masalah kepada hidup kita jika kita tidak bijak
untuk menanganinya. Untuk membolehkan kami semua para peserta menjana idea dan
menguji sejauh mana kefahaman kami mengenai emosi negatif, En Salim meminta
setiap peserta untuk memberikan satu contoh emosi negatif. Semua peserta dapat
memberikan contoh emosi yang dikehendaki dengan betul. En. Salim sering kali
menekankan bahawa emosi negatif itu tidak dapat dihalang kerana ianya pasti tetap
akan datang. Tetapi, apa yang dapat kita lakukan ialah menangani emosi itu supaya
ianya tidak memberikan kesan negatif pula kepada diri kita ataupun orang lain.

Kemudian, kami telah dibahagikan kepada 5 orang satu kumpulan yang mana
setiap kumpulan telah diberikan satu tajuk berkenaan emosi negatif iaitu marah, malu,
sedih dan juga geram. Kami dikehendaki untuk membincangkan emosi tersebut dengan
memberikan contoh situasi. Situasi tersebut juga perlu mempunyai peringkat atau
tahapnya iaitu sama ada tahap 1 hingga 5. Tahap 1 dan dua adalah tahap rendah,
Tahap 3 dan 4 ialah tahap sederhana manakala tahap 5 pula ialah tahap tinggi yang
mana pada tahap ini emosi tersebut harus ditangani dengan segera kerana ianya akan
memberikan kesan yang sangat berbahaya.

You might also like