You are on page 1of 19

1.

0 PENDAHULUAN

1.1 PENGENALAN

Menurut Sariah Amirin, Presiden Persatuan Disleksia Wilayah Persekutuan


mengatakan Disleksia ialah perkataan yang berasal daripada Yunani yang membawa
maksud “kesukaran terhadap perkataan”. Disleksia juga merupakan kesukaran
pembelajaran yang spesifik iaitu berbeza daripada kelewatan perkembangan
menyeluruh. Malah, kanak-kanak Disleksia sukar menguasai kemahiran membaca dan
menulis, tetapi memiliki bakat, kepintaran, atau kecerdasan yang lain. Hal ini adalah
disebabkan oleh perbezaan otak seseorang individu memproses maklumat khususnya
berkenaan dengan bunyi, simbol dan makna. Orang disleksia lazimnya cenderung
menggunakan otak kanan yang mana cara berfikir dan belajar mereka adalah
berlainan, berbakat kreatif atau seni serta lemah dalam kemahiran bahasa, logik,
turutan dan struktur.

Menurut Wikipedia pula, Disleksia terhasil daripada dua perkataan Yunani iaitu
‘dyx’ bermakna susah, dan ‘lexia’ bermakna tulisan. Malah, Disleksia bukan merupakan
satu penyakit tetapi merupakan salah satu gangguan dalam pembelajaran yang
biasanya dialami oleh kanak-kanak. Kebiasaannya, masalah pembelajaran yang
dihadapi adalah seperti membaca, menulis, mengeja, dan kemahiran mengira. Oleh itu,
disleksia merujuk kepada mereka yang menghadapi masalah untuk membaca dan
menulis walaupun mempunyai daya pemikiran yang normal.

Secara kesimpulannya, Disleksia bermakna kanak-kanak yang menghadapi


kesukaran berhubung dengan kata atau simbol-simbol tulisan. Kanak-kanak yang
mengalami disleksia bukanlah tergolong dalam golongan yang kurang cerdik. Daripada
kajian-kajian mendapati mereka mempunyai tahap kecerdasan intelektual yang normal
dan tidak mempunyai masalah dari segi pendengaran dan penglihatan.
1.2 LATAR BELAKANG MURID

Pada 25 Mac 2010, saya dan rakan-rakan yang lain telah bercadang untuk
mengadakan lawatan ke sekolah bagi menjalankan satu kajian ke atas salah seorang
murid Disleksia. Kumpulan kami telah memilih Sekolah Kebangsaan Sultan Ahmad
Tajuddin yang terletak di Jitra sebagai sumber untuk memenuhi tuntutan yang terdapat
dalam tugasan kami. Di samping itu, kami diberi tugas untuk mendapatkan segala
maklumat berkaitan permasalahan yang dihadapi oleh murid Disleksia dalam
lingkungan umur antara 8 hingga 15 tahun.

Setelah mendapat keizinan daripada pihak pentadbir, saya terus mendapatkan


seorang murid Disleksia yang bernama Hassan Bin Jailani (bukan nama sebenar).
Nama gelarannya ialah MAH. Dia dilahirkan pada 1 Oktober 2001 di Hospital Sultanah
Baiyah, Alor Setar. Menurut laporan yang saya peroleh, dia, telah ditempatkan di kelas
disleksia tersebut pada 7 September 2009. Dia tinggal bersama ibunya di Jitra, Kedah.
Kami dimaklumkan bahawa ayahnya telah pun meninggal dunia. Manakala, ibunya pula
merupakan seorang kerani di salah sebuah bank yang berhampiran dengan kawasan
Jitra.

Dari segi status keluarga, MAH mempunyai lima orang adik-beradik. Dia juga
merupakan anak yang keempat. Selain itu, MAH merupakan seorang murid yang
normal dari segi fizikal tetapi dia telah disahkan oleh pegawai perubatan bahawa dia
merupakan salah seorang penghidap Disleksia.
1.3 CIRI-CIRI / MASALAH YANG DIHADAPI OLEH MURID

Semasa saya mengkaji MAH, terdapat banyak ciri-ciri yang saya perhatikan
pada dirinya. Salah satu daripadanya ialah dari aspek fizikal. Dalam hal ini, dia telah
memperlihatkan kemahiran motor halus yang lemah. Kemahiran motor halus
melibatkan aktiviti-aktiviti seperti menulis, melukis, menggunting, menampal, mengoyak,
melipat dan sebagainya. Dalam hal ini, saya mendapati bahawa dia agak lambat ketika
menulis. Keadaan ini terbukti apabila dia lambat menyalin semula ayat daripada
lembaran kerja yang diberikan. Selain itu, dia kelihatan agak kekok apabila disuruh
menggunting gambar yang terdapat pada kertas yang diberikan. Hal ini terbukti apabila
dia menggunting tidak kemas dan tidak selari dengan garisan

Selain itu, masalah MAH dapat dilihat menerusi aspek tingkah laku dan sosial.
Aspek ini terbahagi kepada tiga iaitu visual, auditori dan lain-lain. Dari segi visual, MAH
seringkali menyalin huruf, perkataan ataupun ayat dengan salah. Keadaan ini dapat
dibuktikan apabila dia menyalin perkataan ‘Baba’ yang sepatutnya adalah ‘Bapa’. Selain
itu, dia sukar memberitahu masa berdasarkan jam yang menggunakan jarum.
Tambahan lagi, dia juga sangat suka menonton televisyen. Malah, daya tumpuan MAH
juga singkat. Dari segi auditori pula, MAH sukar untuk mengikut arahan lisan khususnya
dalam ujian Diagnostik Matematik. Keadaan ini terbukti apabila dia gagal untuk
melengkapkan tempat kosong dengan mengikut turutan nombor menaik.

Seterusnya, MAH lemah dalam bacaan. Pada mulanya, saya telah menunjukkan
satu-satu abjad secara rawak kepadanya. Kemudian, saya menyuruh MAH menyebut
kembali abjad yang telah saya tunjukkan. Dia telah berjaya menyebut kesemua abjad
tersebut. Walaubagaimanapun, dia mengalami kekeliruan dalam menyebut konsonan
berganding. Konsonan berganding adalah gabungan dua huruf konsonan seperti ‘ny’
dan ‘ng’. Misalnya, perkataan ‘ngilu’. Dalam hal ini, dia telah menyebut ‘gilu’ di mana
terdapat peninggalaan huruf ‘n’ dalam perkataan tersebut. Menurut laporan gurunya,
MAH tidak boleh menumpukan perhatian semasa berada dalam kelas.
Di samping itu, MAH turut mempamerkan masalah dari aspek bahasa. Aspek
bahasa ini terbahagi kepada lisan, bacaan dan tulisan. Dari segi lisan, MAH bercakap
dengan laju. Keadaan ini terbukti apabila saya tidak dapat memahami butir
percakapannya sendiri. Selain itu, dia kerap menggunakan perkataan yang berulang.
Antara contoh perkataan tersebut ialah ‘ok’. Tambahan lagi, dia juga turut
menggunakan nada suara yang tidak sesuai. Dalam hal ini, MAH telah menggunakan
suara yang halus bunyinya dan kurang jelas untuk didengar. Dari segi bacaan pula, dia
sering melanggar kesalahan tanda bacaan. Dalam hal ini, dia akan membaca ayat
panjang secara terus tanpa ada berhenti seketika di bahagian-bahagian tertentu.
Misalnya, “saya sayang akan ibu ayah dan adik” yang sepatutnya menjadi “saya sayang
akan ibu, ayah dan adik”.

Seterusnya, dia turut melangkau baris apabila disuruh membaca dalam mana-
mana petikan yang terdapat pada buku. Dari segi tulisan, perbezaan jelas dapat dilihat
pada bentuk hurufnya. Hal ini kerana bentuk huruf dalam tulisannya tidak konsisten.
Selain itu, penggunaan huruf kecil dan huruf besar turut bercampur. Misalnya, “Baba
saYa”. Tambahan lagi, MAH sering meninggalkan huruf ketika menyalin contoh latihan
yang diberikan oleh guru. Misalnya, perkataan ‘peyakit’ yang keguguran huruf ‘n’ dan
sepatutnya dieja ‘penyakit’. Selain itu, dia turut menghadapi masalah jarak yang tidak
konsisten antara abjad dan perkataan. Misalnya, contoh ayat yang terdapat pada
lembaran kerjanya ialah “Ani menyanyi sambilAni menari-nari”. Dia juga turut
mengalami kekeliruan pada bentuk huruf. Sebagai contoh, dia telah menyalin perkataan
‘Baba’ daripada perkataan ‘Bapa’. Hal ini menunjukkan bahawa dia telah keliru dengan
huruf ‘b’ dan ‘p’. Malah, MAH juga sering berbicara sendiri sewaktu menulis.

Akhir sekali, MAH turut memperlihatkan masalah dari aspek matematik. Dalam
aspek ini, terdapat tiga kategori iaitu lisan dan bacaan serta tulisan. Dari segi lisan dan
bacaan, dia telah menghadapi kesukaran dalam menyusun atur maklumat seperti hari-
hari dalam minggu, bulan-bulan dalam tahun. Keadaan ini terbukti apabila saya
menyuruhnya membaca bulan-bulan dalam tahun mengikut turutan yang betul. Tetapi,
dia hanya dapat menjawab sehingga bulan 10 dan tidak dapat meneruskannya. Selain
itu, dia turut menghadapi kesukaran dalam mencongak nombor lebih daripada 10.
Berdasarkan pemerhatian saya, dia mengambil masa yang agak lama sewaktu saya
menyoal soalan operasi kepadanya. Tambahan pula, dia turut keliru dengan konsep
masa dan waktu. Keadaan ini dapat ditonjolkan apabila dia disuruh melengkapkan
jawapan berdasarkan kepada jarum jam yang ditunjukkan. Misalnya, dia telah
menyebut pukul 8.30 sedangkan jarum tersebut menunjukkan pukul 8.45.

Dari segi tulisan pula, dia menghadapi kesukaran dalam memahami konsep
wang dan pengiraan yang melibatkan wang. Misalnya, lembaran kerja tersebut
mengandungi beberapa gambar syiling. Jadi, dia hanya perlu mengisi jawapan yang
betul berdasarkan pada gambar tersebut. Tetapi, dia salah mentafsir jawapan tersebut.
Misalnya, jawapannya ialah 20 sen, 30 sen dan 50 sen. Walaubagaimanapun, dia tidak
bersetuju dengan ketiga-tiga jawapan tersebut dan telah menulis jawapannya sendiri di
bahagian tepi kotak jawapan. Malah, dia turut mengalami kekeliruan dengan konsep
nilai tempat. Dalam hal ini, saya telah menggariskan beberapa nombor mengikut nilai
tempat. Misalnya, 31. Nilai tempat bagi 3 ialah puluh. Tetapi, MAH telah menjawab sa.
2.0 RUJUKAN

Semasa menjalankan sesi pencalonan murid Disleksia, Guru Bahasa Melayu


memantau perkembangan murid Tahun 1 di kelasnya. Guru bahasa Melayu mengenal
pasti murid yang gagal PKSR setelah mengikuti program Pendidikan Arus Perdana
selama enam bulan. Murid yang disyaki menghidap Disleksia menunjukkan ciri-ciri
seperti menulis terbalik, keliru arah dan tidak menumpukan perhatian semasa sesi
pengajaran dan pembelajaran.

Setelah itu, guru menghantar murid tersebut ke kelas Pemulihan Khas selama
empat bulan bagi mengikuti program tersebut. Guru menjalankan ujian saringan kepada
murid yang disyaki menghidap Disleksia. Selepas itu, guru melihat skor Instrumen
Senarai Semak Disleksia (ISD). Guru menganalisis penskoran ISD dan menyediakan
senarai murid yang berkemungkinan mengalami kebarangkalian Disleksia.

Seterusnya, guru Bahasa Melayu memberikan senarai murid kepada guru


Disleksia. Guru Disleksia dikehendaki mengeluarkan satu salinan borang ISD dan perlu
diberikan kepada guru kelas. Guru kelas akan berbincang dengan guru subjek lain serta
guru pemulihan khas mengenai ISD tersebut.

Setelah borang ISD dilengkapkan, borang tersebut hendaklah diberikan kembali


kepada guru Disleksia untuk dinilai mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh
Jabatan Pendidikan Khas Kementerian Pelajaran Malaysia. Borang ISD yang lengkap
hendaklah diserahkan kepada penyelaras.

Setelah itu, pengamal perubatan akan mengesahkan sama ada murid tersebut
menghidapi Disleksia atau tidak. Sekiranya murid tersebut menghidap Disleksia, murid
terbabit akan diberikan Ujian Diagnostik. Namun, jika murid tersebut disahkan tidak
menghidap Disleksia oleh pengamal perubatan, murid tersebut akan meneruskan
pengajaran dan pembelajaran di kelas biasa.
Selepas guru menganalisis ujian diagnostik tersebut, guru menyediakan
Rancangan Pengajaran dan Pembelajaran (RPI) untuk murid tersebut. Guru
menyediakan RPI setelah mengkaji tahap kekuatan dan kelemahan murid tersebut.
Setelah itu, guru Disleksia mengajar murid mengikut pengajaran dan pembelajaran
yang telah dibuat.

Bagi menilai murid tersebut, guru memberikan ujian pencapaian kepadanya.


Setelah ujian pencapaian dianalisis, guru boleh menentukan sama ada objektif tercapai
atau sebaliknya. Sekiranya objektif tidak tercapai, guru akan menyediakan kembali
pengajaran dan pembelajaran yang berkesan kepada murid tersebut. Namun, jika
tercapai, guru akan memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran dengan mengajar
kemahiran baru kepada murid Disleksia berdasarkan kurikulum yang telah ditetapkan.
3.0 UJIAN-UJIAN YANG DIJALANKAN TERHADAP MURID

3.1 UJIAN DIAGNOSTIK

Menurut sumber daripada www.scribd.com/doc/15418134/UJIAN-DIAGNOSTIK


mendefinisikan bahawa Ujian diagnostik adalah satu instrumen pengukuran yang
membolehkan guru mengesan punca dan kawasan kelemahan secara spesifik yang
dihadapi oleh seseorang murid. Saya telah mendapatkan maklumat berkaitan dengan
MAH daripada guru Disleksia melalui laporan Ujian Diagnostik Bahasa Melayu. Laporan
ujian diagnostik ini merangkumi kemahiran mengeja, membaca dan menulis.

Dalam kemahiran mengeja, masih terdapat beberapa kesalahan yang dilakukan


oleh MAH. Kemahiran ini terbahagi kepada dua bahagian. Bahagian pertama ialah
mengeja perkataan mudah di mana murid akan mengeja berdasarkan pada gambar
yang diberikan. Sebagai contoh, terdapat gambar buah oren. Walaubagaimanapun, dia
sudah tersilap mengeja dalam bahasa Inggeris iaitu ‘orenge’. Jelas disini kita dapat
mengetahui bahawa dia sudah keliru dengan cara mengeja oren. Hal ini terjadi
disebabkan bunyi perkataan yang seakan-akan sama. Seterusnya, MAH juga keliru
dengan sebutan vokal iaitu ‘i’ dan ‘e’. Keadaan ini dapat dibuktikan semasa dia ingin
mengeja nama haiwan iaitu ‘itik’. Walaubagaimanapun, dia telah mengeja ‘etik’. Huruf
yang bergaris dalam perkataan ‘etik’ ialah ‘e’ dan sebutannya adalah hampir sama
dengan huruf ‘i’.

Dalam kemahiran membaca, MAH sering mengalami kekeliruan pada huruf ‘p’
dan ‘q’. Keadaan ini terbukti apabila guru menunjukkan huruf ‘q’ kepadanya. Namun
begitu, dia masih menjawab huruf ‘p’. Ini jelas menunjukkan bahawa mindanya masih
tidak dapat mengecam huruf p dan q dengan tepat. Selain itu, dia turut mengalami
kekeliruan terhadap bunyi-bunyi vokal. Dalam hal ini, guru telah menggabungkan vokal
e – i, a – e, u – o, i – a dan e – e. Malah, dia hanya dapat menyebut vokal sama yang
digandingkan dengan betul iaitu e – e. Secara keseluruhannya, guru mendapati bahawa
masih terdapat sebutan MAH yang kurang lancar dan kekeliruan bunyi vokal. Malah,
MAH juga turut menyebut secara terbalik tetapi pada kadar minimum sahaja.
Dalam kemahiran menulis, terdapat banyak kesalahan ejaan yang dilakukan
oleh MAH. Aktiviti pertama, murid dikehendaki melengkapkan suku kata berdasarkan
gambar. Gambar yang dipamerkan ialah sampan. Tetapi, MAH telah mengejanya
sebagai ‘sampun’. Di sini jelas menunjukkan bahawa MAH masih keliru untuk
menggunakan vokal manakah yang betul. Selain itu, dia turut menulis ejaan terbalik
daripada yang sebenar. Misalnya, perkataan wisel yang dieja sebagai ‘wesil’. Keadaan
ini menunjukkan bahawa dia keliru untuk menggunakan vokal ‘e’ dan ‘i’. Contoh
perkataan lain yang ditulis terbalik ialah ‘tidur’ di mana dia telah mengeja ‘ditur’. Hal ini
menunjukkan bahawa dia turut mengalami kekeliruan pada perkataan. Tambahan lagi,
dia seringkali meninggalkan huruf dalam perkataan. Contoh perkataan itu ialah ‘kunig’
di mana terdapat peninggalan huruf ‘n’. di samping itu, MAH turut mengalami
penggunaan huruf besar dan kecil yang bercampur dalam ayat. Keadaan ini dapat
diperlihatkan menerusi ayat, ‘di belakang Rumah ada pokok’.
3.2 LEMBARAN KERJA

Lembaran kerja merupakan salah satu aset utama di mana salah satu fungsinya
adalah untuk mengukur keupayaan murid menguasai dan memahami kemahiran satu-
satu mata pelajaran yang diajar.

Semasa menjalankan kajian ke atas MAH, saya turut diberikan beberapa contoh
lembaran kerja sebagai rujukan tambahan. Terdapat banyak kesalahan yang dilakukan
oleh MAH. Salah satu daripadanya ialah dia kerap meninggalkan huruf dalam
perkataan yang dibina. Misalnya, dia telah mengeja perkataan ‘bayak’ di mana terdapat
peninggalan huruf ‘n’ dalam perkataan tersebut.

Contoh kesalahan yang seterusnya ialah penggunaan huruf kecil dan besar yang
bercampur. Misalnya, Azli pandai bermain bola tetaPi malas bekerja. Dalam ayat
tersebut, MAH telah menggunakan huruf besar iaitu ‘p’ yang tidak bersesuaian dengan
apa yang sepatutnya.

Selain itu, MAH juga masih mengalami kesukaran dalam menggunakan konsep
kata nama am dan kata nama khas. Sepertimana yang kita semua tahu, huruf besar
digunakan untuk kata nama khas. Keadaan ini dapat diperkukuhkan menerusi contoh
ayat yang dibina oleh MAH. Misalnya, Abu mengikut ibunya ke kedai runcit Semarak.
Dalam ayat tersebut jelas menunjukkan MAH masih keliru sama ada ‘kedai runcit’ perlu
menggunakan huruf besar ataupun kecil. Jadi, ‘kedai runcit’ dalam ayat tersebut perlu
menggunakan huruf besar pada setiap awal huruf kerana terdiri daripada kata nama
khas.
4.0 RANCANGAN PENGAJARAN INDIVIDU (RPI)

Rancangan Pengajaran Individu ialah Rancangan Pendidikan Individu ( RPI )


adalah satu program yang berkaitan dengan Pendidikan Khas dan perkhidmatan yang
dibentuk khusus bagi memenuhi keperluan pembelajaran murid dengan keperluan
khas. Program ini dibentuk dalam beberapa siri mesyuarat dalam bentuk rancangan
setiap murid. Menurut Hallahan dan Kauffman ( 1977 ), RPI adalah satu perjanjian
bertulis antara ibu bapa dan pihak sekolah tentang keperluan-keperluan murid dan cara
bagaimana keperluan-keperluan itu dapat dipenuhi. Dari segi pelaksanaan, RPI adalah
kontrak tentang perkhidmatan-perkhidmatan yang perlu disediakan untuk murid itu.
Manakala menurut Bender W.N ( 1995 ) pula, RPI adalah satu program pengajaran
berasaskan penilaian pelbagai disiplin dan direka bagi memenuhi keperluan-keperluan
individu murid kurang upaya.

Menerusi Rancangan Pengajaran Individu MAH dalam mata pelajaran


Matematik, guru menyatakan bahawa MAH menghadapi masalah meletakkan nombor
dengan nilai tempat yang betul. Selain itu, MAH turut mengalami kesukaran untuk
mengumpul semula. Oleh itu, terdapat beberapa strategi pengajaran yang digunapakai
oleh guru terhadap MAH. Pertama, guru memberikan penerangan tentang konsep
penambahan dengan menggunakan bahab-bahan konkrit seperti kayu pembilang dan
sebagainya. Seterusnya, murid menambah sehingga tiga nombor tanpa mengumpul
semula. Kemudian, murid menambah dua nombor sehingga empat digit dengan
mengumpul semula. Selepas itu, murid menambah tiga nombor sehingga empat digit
dengan mengumpul semula. Sebagai aktiviti pengukuhan, guru memberikan latih tubi
kepada MAH iaitu menambah dalam bentuk lazim.

Segala strategi yang dilaksanakan oleh guru ini telah dinilai melalui pemerhatian.
Malah, guru turut menilai kerja-kerja latihan harian dan aktiviti kelas yang dijalankan
terhadap MAH. Tambahan lagi, guru juga membuat penilaian ke atas MAH melalui ujian
bulanan/PKSR. Penilaian yang dijalankan oleh guru turut mengambil masa selama 3
bulan. Di samping itu, menurut maklumat daripada guru, beliau memaklumkan bahawa
MAH dianggap berjaya sekiranya dia menjawab 60% betul daripada setiap soalan lisan
dan bertulis, pemerhatian dan aktiviti yang diberikan.
5.0 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

5.1 KAEDAH GURU

Menurut sumber daripada pendislami.tripod.com/kaedah_pengajaran.htm,


Sharifah Alwiah Alsagoff (1986) mengatakan bahawa kaedah mengajar ialah peredaran
ke arah satu tujuan pengajaran yang telah dirancangkan dengan teratur.  Hasan
Langgulung (1981) pula mengatakan bahawa kaedah itu sebenarnya bermaksud jalan
untuk mencapai tujuan.  Jadi, apa saja cara yang guru lakukan untuk memberi faham
kepada pelajar bagi mencapai objektif pengajaran, maka itu adalah kaedah.

Terdapat beberapa kaedah yang digunakan oleh guru kepada MAH. Salah satu
daripadanya ialah Kaedah Fonik. Kaedah ini menekankan kepada hubungan bunyi-
bunyi dengan huruf-hurufnya. Kaedah bunyi sesuai digunakan kerana susuk Bahasa
Melayu yang terdiri daripada suku kata yang tetap bunyinya. Menurut kaedah fonik,
hanya bunyi huruf yang diperkenalkan terlebih dahulu dan diikuti dengan membunyikan
suku kata dan seterusnya membunyikan perkataan. Dalam bidang fonetik, huruf tidak
dieja tetapi terus dibunyikan sebagai [ a ], dan begitulah bagi huruf-huruf dan suku kata
yang lain. Sebagai contoh, ba + ta terus disebut sebagai [ ba ] + [ ta ] dan seterusnya
disebut sebagai [ bata ].

Seterusnya, kaedah yang digunakan ialah Kaedah VAK. Kaedah VAK ini
menggabungkan deria penglihatan dan pendengaran dengan tulisan (kinestetik atau
pergerakan). Dalam kaedah ini, murid melihat dan menyebut perkataan sambil menulis
perkataan itu berdasarkan ingatannya. Malah, terdapat beberapa prosedur pengajaran
dalam kaedah ini. Antaranya ialah murid akan memerhati perkataan yang hendak
dipelajari. Kemudian, murid mencuba untuk menyebut perkataan itu. Setelah itu, murid
diminta untuk menulis perkataan itu berdasarkan ingatannya. Selepas itu, murid akan
membandingkan hasil tulisannya dengan perkataan asal yang diperhatikan sebentar
tadi. Dalam hal ini, guru akan sentiasa mengulang kaedah VAK ini supaya murid dapat
menulis perkataan dengan betul.
Selain itu, guru turut menggunakan Kaedah Terapi Minda. Kaedah ini
merupakan kaedah yang dicipta sendiri oleh guru. Tambahan pula, kaedah ini lebih
kepada penggunaan peralatan seperti treadmill yang disediakan di dalam kelas. Dalam
kaedah ini, guru akan membawa murid untuk menggunakan peralatan tersebut. Murid
dikehendaki untuk berdiri di atas treadmill. Kemudian, murid akan berlari di atas
treadmill itu selama 5 hingga 10 minit. Kaedah ini digunakan apabila guru mendapati
murid sudah berasa bosan semasa sesi pembelajaran. Sehubungan itu, kaedah ini
dapat membantu guru menggerakkan kemahiran psikomotor murid - murid. Di samping
itu, kaedah ini bertujuan supaya murid dapat meningkatkan kecerdasan otak dan
kecergasan tubuh badan. Secara tidak langsung, murid dapat menjalankan sesi
pembelajaran dengan lebih baik dan efektif. Malah, murid juga dapat mengikuti
pengajaran yang disampaikan oleh guru.

Tambahan pula, guru turut menggunakan Kaedah Cermin. Dalam kaedah ini,
sudah semestinya peralatan yang digunakan ialah cermin. Kaedah ini sangat
membantu guru dalam sesi pembelajaran. Kaedah ini memerlukan murid untuk berdiri
di hadapan cermin. Kemudian, guru akan menyebut huruf, suku kata ataupun perkataan
kepada murid. Oleh itu, murid dikehendaki mengulang semula apa yang telah disebut
oleh guru sambil memandang cermin. Sementara murid menyebut perkataan tersebut,
guru akan memerhati dan mendengar sebutan yang dilontarkan oleh murid sama ada
betul ataupun tidak. Dalam masa yang sama, guru akan melihat pergerakan bibir murid
sendiri. Keadaan ini bertujuan supaya murid belajar untuk menyebut huruf, suku kata
ataupun perkataan dengan cara yang betul. Sekiranya murid tersilap, guru akan
menunjukkan cara menyebut yang betul kepada murid sambil menghadap cermin.

Akhir sekali, guru juga menggunakan Kaedah Kinestetik. Kaedah ini akan
melibatkan pergerakan murid. Guru haruslah bijak menggunakan kaedah yang
bersesuaian dengan murid. Sekiranya murid sudah bosan maka guru boleh gunakan
kaedah ini. Antara contoh bagi kaedah kinestetik ialah melukis, menampal,
menggunting dan sebagainya. Menerusi kaedah ini, murid dapat mempelajari pelbagai
kemahiran dan tidaklah terhad pada teks sahaja. Di samping itu, guru dapat
meningkatkan daya kreativiti murid untuk menghasilkan sesuatu yang baru terutamanya
apabila diminta untuk melukis sesuatu objek.

5.2 CADANGAN UNTUK MENGATASI MASALAH MURID

5.2.1 CADANGAN UNTUK MURID YANG DIPILIH

Berdasarkan kepada murid yang saya pilih iaitu MAH, terdapat beberapa
cadangan yang ingin guru laksanakan bagi menangani masalah terhadap
pembelajarannya. Salah satu daripadanya ialah dengan menggunakan kad
bergambar. Dalam hal ini, guru akan menayang kad gambar kepada murid. Murid
dikehendaki menyebut nama objek yang dilihat. Seterusnya, guru akan menunjukkan
dan membaca kad-kad perkataan sambil diikuti oleh murid. Kemudian, murid
dikehendaki memadankan kad-kad perkataan dengan gambar. Murid dikehendaki
membaca berulang kali kad-kad perkataan dengan bimbingan guru. Apabila sudah
mahir, murid akan membaca sendiri tanpa bimbingan guru. Murid diminta untuk
membina ayat setelah mahir membaca. Secara tidak langsung murid dapat mengenal
serta menyebut objek yang dilihat dengan betul dan jelas.

Selain itu, guru boleh menggunakan pita rakaman terhadap murid tersebut.
Dalam hal ini, guru akan menyampaikan arahan kepada murid. Kemudian, guru akan
memainkan pita rakaman yang mengandungi arahan yang sama beberapa kali.
Selepas itu, guru akan menerangkan makna arahan itu. Misalnya, ‘Tolong Cuci
Tangan’. Jadi, murid diminta beraksi berdasarkan arahan tersebut setelah memahami
apa yang dikehendaki oleh guru. Kemudian, murid akan memberitahu guru apa yang
dilakukannya. Sebagai latihan pengukuhan, murid diminta untuk beraksi semula
berdasarkan kepada arahan yang diberikan.

Seterusnya, guru turut menggunakan kad huruf kepada murid. Dalam hal ini,
guru akan menyediakan kad-kad huruf yang berkenaan. Kemudian guru akan
menayang semua kad huruf kepada murid sambil murid menyebutnya. Guru akan
meminta murid menulis huruf pertama dan membunyikannya. Misalnya, huruf ‘b’.
Selepas itu, guru meminta murid itu tadi menulis huruf yang membuatkan dia keliru
dengan huruf pertama tersebut. Misalnya, huruf ‘d’. Jadi, murid diminta membunyikan
huruf tersebut. Guru mengimbas kad-kad huruf dan meminta murid membunyikannya.
Kemudian, guru meminta murid menunjukkan huruf ‘b’ dan ‘d’. Seterusnya, murid
dikehendaki untuk menulis huruf tersebut. Menerusi pendekatan ini, guru dapat
mengurangkan kekeliruan yang dialami oleh murid terhadap sesuatu huruf.

Di samping itu, guru perlu kerap mengulang sesuatu perkara yang diajar
kepada murid. Hal ini kerana, murid Disleksia mudah lupa akan apa yang telah diajar.
Misalnya, guru ingin mengajar huruf kepada murid. Jadi, guru akan memperkenalkan
semua abjad kepada murid sambil membunyikannya. Seterusnya, murid akan
mengikuti guru. Setelah murid telah mengenal huruf maka guru akan mengedarkan
lembaran kerja pula berdasarkan kepada pengajaran tersebut. Malah, guru juga boleh
mempelbagaikan pengajaran dengan melakukan aktiviti-aktiviti lain seperti menyanyi.
Keadaan ini bertujuan supaya murid tidak akan berasa bosan dengan apa yang diajar.
Dalam masa yang sama, guru boleh mengajar huruf dalam bentuk nyanyian. Semakin
kerap guru mengulangi apa yang diajar semakin mudah bagi mereka untuk
mengingatinya.

Sehubungan itu, guru juga turut menggunakan pendekatan kumulatif terhadap


MAH. Pendekatan ini bertujuan supaya MAH dapat mengaitkan maklumat baru dengan
apa yang telah dipelajari. Misalnya, MAH telah menetapkan dalam mindanya bahawa
semua burung mempunyai sayap yang membolehkannya terbang. Ini merupakan salah
satu pengetahuan sedia ada yang terdapat pada MAH. Namun begitu, guru telah
memberitahu bahawa bukan semua burung boleh terbang. Salah satu daripadanya
ialah burung puyuh. Dalam masa yang sama juga, guru boleh membawa murid untuk
melihat sendiri haiwan tersebut. Hal ini bertujuan supaya murid dapat mengaitkan
maklumat baru yang diperoleh itu ke dalam pengetahuan sedia ada.
5.2.2 CADANGAN UMUM

Semasa menjalankan kajian di sekolah tersebut, guru juga turut menghuraikan


beberapa cadangan yang dapat menangani masalah yang terdapat pada murid
Disleksia. Salah satu daripadanya ialah menerusi permainan. Antara permainan yang
boleh dilaksanakan dalam sesi pembelajaran ialah The Letterland System. Permainan
ini dapat mewujudkan suasana yang ceria dan seronok dalam pembelajaran kanak-
kanak termasuk kanak-kanak Disleksia. Antara program spesifik yang dilaksanakan
menerusi kaedah ini ialah Alpha to Omega, A-Z (B.Hornsby), Bangor Dyslexia Teaching
System, Kaedah Phono-Graphix dan Kaedah Orton-Gillingham. Kaedah ini
menggunakan kad imbasan yang merupakan satu siri latih tubi supaya murid dapat
membiasakan bunyi huruf tersebut. Dalam hal ini, guru akan meletakkan gambar-
gambar tertentu berdasarkan kepada huruf-huruf tertentu. Misalnya, guru akan
meletakkan gambar kereta pada kad tersebut bagi mengingati bunyi yang dapat
dikaitkan dengan ‘K’.

Selain itu, cadangan yang seterusnya ialah dari segi susunan fizikal. Dalam hal
ini, murid-murid Disleksia perlu ditempatkan di hadapan kelas. Menerusi cara ini, guru
dapat mengadakan hubungan mata (eye contact) sekaligus dapat mengawal tingkah
laku yang dilakukan oleh murid. Keadaan ini akan menjadikan murid seperti diberi
perhatian sekaligus turut berasa dihargai oleh guru. Maka, murid akan memberikan
tumpuan sepenuhnya terhadap sesi pembelajaran yang sedang berlangsung.
Tambahan pula, guru haruslah memberi penekanan pada papan tulis terhadap murid
Disleksia. Hal ini kerana, proses menyalin dari satu permukaan vertikal ke permukaan
horizontal adalah sukar bagi murid-murid Disleksia. Oleh itu, guru perlu memberi
edaran supaya murid tidak mengambil masa yang terlalu lama untuk menyalin nota.
Malah, guru perlu menyemak semula penulisan yang dilakukan oleh murid semasa
mereka menyalin daripada papan tulis. Keadaan ini bertujuan supaya guru dapat
memastikan tiada kesilapan penulisan yang dilakukan.

Di samping itu, guru juga perlu menggunakan teknik memeriksa kerja bertulis.
Dalam hal ini, segala kesilapan yang dilakukan oleh murid dapat dikenalpasti dengan
menggunakan titik-titik. Malah, murid juga sedar akan kesilapan yang dilakukannya
terutama pada ejaan. Menerusi teknik ini, murid juga dapat berbincang dengan guru
semasa membuat perbandingan kerja. Dalam masa yang sama, murid tidak perlu
membuat pembetulan berulang kali mengikut kesalahan ejaan yang dilakukan. Oleh
yang demikian, guru juga tidak boleh memangkah sewenang-wenangnya tanpa
memberitahu di mana kesalahan ejaan tersebut kepada murid.

Malah, guru turut menekankan teknik latih tubi kepada semua murid. Hal ini
kerana mereka mudah lupa dalam melakukan sesuatu kerja. Jadi, guru perlu
memberikan penekanan terhadap pembelajaran mereka menerusi teknik ini. Misalnya,
guru ingin memperkenalkan abjad kepada murid. Jadi, murid diminta untuk melakar
abjad tersebut sambil membunyikannya. Keadaan ini bertujuan supaya murid dapat
mengecam abjad yang ditulis. Sekiranya murid sudah dapat mengenal abjad tersebut,
maka guru akan menyediakan lembaran kerja di mana murid perlu menyalin semula
abjad yang terdapat di dalamnya. Secara tidak langsung, murid dapat menguasai serta
mengukuhkan kefahaman mereka terhadap abjad-abjad tersebut.
6.0 REFLEKSI

Berdasarkan kepada kajian yang telah saya lakukan, pada kali ini saya dan
beberapa kumpulan yang lain dikehendaki untuk menjalankan menjalankan
pemerhatian terhadap salah seorang murid Disleksia di SK Sultan Ahmad Tajuddin.
Menurut kajian, saya perlu mengetahui latar belakang murid Disleksia serta
permasalahan yang dihadapi oleh mereka terutamanya dalam pembelajaran.

Setibanya di sekolah, saya dibawa ke kelas khas Disleksia. Saya berasa sangat
teruja kerana kelas tersebut mempunyai tenaga pengajar yang terlatih serta
berpengalaman dalam bidang ini. Tambahan lagi, saya turut dimaklumkan bahawa
Puan Norfisah merupakan bekas guru Pemulihan. Jadi, sedikit sebanyak jawatan beliau
sebagai bekas guru pemulihan turut membantu beliau untuk lebih memahami kaedah
dan teknik pengajaran yang bersesuaian dengan murid-murid. Walaubagaimanapun,
dia telah diserap untuk menjadi Guru Disleksia di sekolah itu. Oleh yang demikian,
beliau hanya perlu memikirkan pendekatan pengajaran yang berlainan untuk
diaplikasikan ke atas murid-murid Disleksia.

Menurut beliau, respon negatif telah ditunjukkan oleh ibu bapa di mana mereka
beranggapan bahawa murid Disleksia adalah murid yang bodoh. Hal ini kerana, mereka
mengalami kesukaran dalam membaca, menulis dan sebagainya. Pada dasarnya,
murid Disleksia juga adalah normal dari segi fizikal sama seperti murid yang lain. Oleh
itu, kita sebagai guru haruslah memainkan peranan untuk mengubah fikiran ibu bapa
supaya dapat menerima diri anak mereka seadanya di samping dapat memahami
keperluan pembelajaran mereka. Dalam hal ini, sebagai seorang bakal guru, kita
perlulah memikirkan jalan penyelesaian yang terbaik untuk memenuhi keperluan
pembelajaran murid-murid khususnya murid-murid Disleksia.
REFLEKSI

Berdasarkan tugasan pembentangan kumpulan, saya dan ahli kumpulan yang


lain telah mendapat tajuk pembentangan iaitu Kaedah Mengajar Bacaan Bahasa
Melayu. Kaedah merujuk kepada satu siri tindakan guru yang sistematik yang
bertujuan untuk mencapai objektif pengajaran yang telah ditetapkan. Kaedah adalah
lebih bercorak jangka pendek dan merupakan usaha keseluruhan yang terdiri daripada
prosedur tersusun dan adalah berdasarkan sesuatu pendekatan yang dipilih.

Selepas itu, saya telah membuat persediaan berkaitan dengan tajuk


pembentangan saya di mana saya telah menyenaraikan apa yang dikehendaki oleh
tajuk. Setelah memahami kehendak tajuk, saya dan ahli kumpulan yang lain pergi untuk
mendapatkan maklumat daripada pelbagai sumber yang terdapat pada buku dan juga
laman web. Malah, saya turut mengetahui bahawa terdapat banyak maklumat yang
boleh diperolehi berkaitan dengan tajuk yang saya dapat.

Tambahan pula, saya turut mengetahui bahawa terdapat lapan jenis kaedah
pengajaran yang digunapakai oleh guru sewaktu mengajar murid-murid Disleksia.
Kesemua kaedah ini amat bersesuaian untuk diaplikasikan terhadap murid-murid
Disleksia yang menghadapi kesukaran dalam pembelajaran. Antara kaedah yang
digunakan ialah Kaedah VAK, Kaedah VAKT, Kaedah Pandang dan Sebut, Kaedah
Fernald, Kaedah Gillingham, Kaedah Fonik, Kaedah Abjad dan Kaedah Gabungan
kata-kata.

Menerusi tugasan pembentangan ini, sedikit sebanyak telah membuka minda


saya sebagai seorang bakal guru yang perlu memainkan peranan yang penting
terhadap murid-muridnya terutama dalam pembelajaran. Jadi, kitalah yang akan
menggerakkan anak murid dengan menggunakan pendekatan pengajaran yanag
bersesuaian dengan mengikut tahap kebolehan masing-masing.

You might also like