Professional Documents
Culture Documents
Folio Moral Ting 4 Dan 5 20082009
Folio Moral Ting 4 Dan 5 20082009
1
No. Tajuk M/S
1 Penghargaan
2 Biodata
3 Tugasan Harian Tingkatan Empat
- Perpaduan Kaum
- Kepentingan Air
- Laporan Membersihkan Kedai
- Laporan Kitar Semula
4 Tugasan Harian Tingkatan Lima
- Keburukan Merokok
- Kepupusan HIdupan Liar
- Laporan Menyuburkan Pokok Bunga
- Laporan Membantu Ibu Melaksanakan Kerja Rumah
5 Kerja Amal Tingkatan Empat
- Membersihkan Kedai
- Mengitar Semula
6 Kerja Amal Tingkatan Lima
- Menyuburkan Pokok Bunga
- Membantu Ibu Melaksanakan Kerja Rumah
Lampiran
2
Saya Mooi Weng Hou, pelajaR Tingkatan 5 Victoria
Institution tahun 2009, ingin merakamkan ribuan terima kasih
kepada guru mata pelajran Pendidikan Moral Tingkatan 4 dan 5
saya kerana mereka telah banyak memberi nasihat, dorongan dan
tunjuk ajar serta bimbingan kepada saya. Saya juga ingin
mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih
keapda ibu bapa saya yang banyak membantu dan menyokong
saya dari segi moral. Selain itu, saya juga ingin mengucapkan
terima kasih kepada semua pihak yang turut terlibat dalam
projek moral ini. Akhir sekali, saa ingin merakamkan
penghargaan saya kepada semua rakan saya yang telah
mendorong saya hingga ke akhir projek moral kerja amal tahun
2008 dan 2009. Sekian, terima kasih.
3
Photo and IC here
4
dinafikan bahawa kerjaan selama ini amat menitikberatkan soal persoalan. Malah,
pelbagai usaha telah dijalankan untuk memastikan masyarakat Malaysia hidup dalam
suasana aman damai dan sentosa di bawah bendera Jalur Gemilang, segemilang
bendera kebangsaan kita.
Selain itu, pihka kerjaaan juga telah memartabatkan bahasa Melayu sebagai
bahasa kebangsaan. Tujuannya adalah unsur penyatuan kaum. Semua pelajar sekolah
rendah dan menengah diwajibkan mempelajarinya dengan harapan bahasa ini dapat
menjadi lingua franca bagi semua kaum yang mendiami negara ini. Setakat ini, Dasar
Bahasa Kebangsaan didapati telah berjaya menyatupadukan seluruh penduduk negara
ini.
5
Suatu lagi dasar yang telah menjadi senjata perpaduan ialah Dasar Ekonomi
Baru yang bertujuan serampang dua mata, iaitu untuk menghapuskan kemiskinan di
kalangan rakyat tanpa mengira kaum serta menyusun semula masyarakat Malaysia
agar tiada lagi pengenalan mana-mana etnik mengikut funsi ekonomi. Sehingga ini
Dasar Ekonomi Baru telah berjaya menghapuskan kadar kemiskinan penduduk
Bumiputera kepada paras 9% pada tahun 2001. Dasar ini seterusnya digantikan oleh
Dasar Pembangunan Negara.
6
Kepentingan air dalam kehidupan manusia dapat dilihat dari aspek-aspek
seperti pelarut dalam badan, ekologi, perindustrian, pelancongan, perikanan dan
hidroelektrik.
Air merupakan pelarut utama dalam tubuh manusia. Manusia boleh hidup
tanpa makanan selama beberapa minggu, tetapi tidak hidup tanpa air walaupun untuk
beberapa hari sahaja. Tanpa air, bahan-bahan makanan seperti glukosa, vitamin, asid
amino dan garam mineral tidak dapat diangkut ke bahagian-bahagian tubuh manusia,
begitu juga bahan kumuhan seperti karbon diosida, urea dan sebatian ammonia tidak
dapat disingkirkan tanpa bahan pelarut dalam tubuh manusia. Tanpa air juga, tindakan
bioimia tidak boleh berlaku. Hal ini kerana kebanyakan bahan dalam tubuh manusia
mesti larut dalam air terlebih dahulu sebelum dapat mengambil bahagian dalam
sebarang proses atau tindak balas biokimia.
Di samping itu, air juga dapat menetapkan suhu badan manusia melalui
proses-proses respirasi, transpirasi (perpeluhan), pembuangan air besar dan kecil.
Seorang pakar fisiologi dari California, Amerika Syarikatm iaitu Dr. Howard Flax
pernah menyatakan bahawa kekurangan air dalam tubuh manusia boleh menyebabkan
plebagai kesan sampingan. Antaranya ialah kandungan lemak menjadi berlebihan, oto
menjadi tidak cergas, kelemahan daya hadam, anggota-anggota badan menjadi lemah,
kandungan bahan toksik dalam badan meningkat, sakit sendi dan kehilangan daya
tubuh bagi menakung air. Ada kemungkinan kekurangan air boleh menyebabkan
terbentuknya ‘batu karang’ dalam buah pinggnag. Ketumbuhan ‘ batu karang’ ini
obleh menghalang funsi buah pinggang sebagai pembuang bahan-bahan kumuh seperti
urea. Dr. Flax juga menyatakan bahawa orang yang sihat memerlukan 8 hingga 10
gelas air dalam sehari.
7
Kawasan berair yang berudara nyaman dan bersih seperti Pulai Tioman
menjadi tumpuan utara para pelancong. Di situ, air lautnya yang jernih sesuai untuk
dijalankan kegiatan menyelam bagi mengecap keindahan dasar laut yang penuh
keajaiban. Batu-bata karang yang pelbagai warna di situ juga dapat menarik minat para
pelancong. Selain itu, laut, pinggir sungai dan air terjun juga boleh dijadikan kawasan
pelancongan. Contohnya ialah Sungai Rusa di Seremban, air terjun di Kota Tinggi,
Johor. Tasik yang sama ada buatan manusia atau semula jadi juga boleh dijadikan
tempat rekreasi. Contohnya ialah Tasik Kenyir di Terengganu dan Tasik Pedu di
negeri Kedah. Selain itu, air juga merupakan sumber terpenting dalam sektor
perikanan. Ikan yang merupakan sumber protein utama diperoleh dari laut, sungai atau
kolam ikan tawar, Tanpa air, sudah pastilah sketor perikanan tidak dapat dijalankan.
Dilihat dair aspek sumber tenaga, air berperanan untuk menjana kuasa
hidroelektrik. Air yang mengalir di sungai-sungai diempang pada kedudukan yang
tinggi. Seteresnya, air itu disalurkan ke bawah menerusi terowong dengan kuasa aliran
yang laju yang akan memutarkan turbin-turbin yang disambungkan kepada dinamo
yang besar untuk menjana kuasa elektrik. Oleh itu, empangan-empangan seperti
Empangan Chenderoh, Kenyir, Tembeling, Btanag Ai, Tenom Pangi, dan Pelagus
telah dibina unutk tujuan tersebut. Kuasa elektrik yang dijana di stesen hidroelektrik
itu digunakan oleh industri perkilangan yang tumbuh dengan pesat di negara ini.
Kesimpulannya, saya telah insaf kerana selama ini saya sering membazirkan
air yang telah disediakan. Saya sedar bahawa menjimatkan penggunaan air amat
penting supaya alam sekitar dapat dipelihara. Saya juga mengambil iktibar dan berjanji
untuk menggunakan air dengan cara yang betul dan menjimatkan pengguna air pada
masa depan. Di samping itu, saya telah berubah sikap untuk menggunakan air dengan
cara yang betul dan menjimatkan pengguna air. Nilai yang terdapat di dalam esei
tersebut ialah bertanggunajawab dan menyayangi dan menghargai alam sekitar.
Bidang Kekeluargaan
8
Pada hari Sabtu 6 Disember 2008, saya telah menolong ibu saya
melaksanakan kerja rumah. Hal ini kerana saya mendapati bahawa ibu perlu bekerja
pada waktu siang dan menjaga saya dan adik saya pada waktu malam adalah amat
letih. Oleh itu, saya telah melakukan pembersihan dan pengemasan rumah untuk
mengurangkan beban dan tanggungan yang dipikul oleh ibu saya.
Pada pertama sekali, saya mendapati lantai rumah telah tidak disapu dan
dimop selama masa yang agak lama. Oleh itu, saya telah menyumbang tenaga dengan
menyapu dan mengemop lantai di seluruh rumah saya. Di samping itu, saya telah
menyumbang idea bahawa menggunakan ember dengan isikan supaya tidak perlu
mencuci mop yang digunakan dengan pergi ke tandas. Dengan itu, air juga dapat
dijimatkan apabila mencuci mop yang kotor.
Seterusnya, saya mendapati baju yang kami sekeluarga pakai yang perlu
digosok amat banyak. Oleh itu, saya telah menyumbang tenaga untuk menggosok
semua baju yang diletakkan di dalam sebuah bakul. Di samping itu, saya telah
menyumbang idea untuk mengajar adik saya cara untuk menggosok baju supaya dia
dapat membantu ibu dan juga memupuk sikap berdikari agar dapat menggosok baju
sendiri pada masa depan.
Semasa menjalankan aktiviti ini, saya telah melakukan kerja tersebut dengan
rajin sekali. Saya juga telah bekerjasama dengan adik saya sehingga kerja diselesaikan.
Sikap prihatin saya telah menyebabkan beberapa baju yang kurang kemas digosok
kedua kali. Selain itu, aktiviti ini telah mengajar saya menjadi pemimpin kerana telah
mengaawl gerak geri adik saya. Di samping itu, saya telah berjaya mengaawl keadaan
dan menyelesaikan aktiviti tepat pada masa yang ditetapkan.
Melalui aktiviti menolong ibu melaksanakan kerja rumah ini, saya telah sedar
bahawa ibu telah banyak mengorbankan dirinya untuk mengemaskan dan saya telah
insaf bahwa saya harus lebih banyak membantu ibu saya untuk mengurangkan
bebannya. Saya telah mengambil iktibar melaluiaktiviti ini supaya saya lebih
mengambil berat terhadap ahli keluarga saya. Saya turut akan berubah sikap untuk
menolong ibu dalam melaksanakan kerja rumah untuk mengurangkan beban yang
dipikulnya. Nilai yang ada dalam laporan tersebut ialah bertanggungjawab dan
tanggungjawab terhadap keluarga.
9
Pada hari Sabtu 22 Nov 2008, saya telah mengajak kawan saya, Chang Chu
Shen bersama pergi ke sekolah untuk mengumpul sampah yang boleh dikitar semula.
Hal ini kerana kami ingin mengurangkan samaph yang ada di sekolah dan juga
menyumbang sedikit bagi memelihara alam sekitar yang telah dicemari. Kami etlah
sampai di sekolah pada pukul 11.00 pagi dan memulakan aktivit pada 11.30 pagi.
Melalui aktiviti kitar semual ini, saya telah sedar bahawa kepentingan kitar
semula terhadap alam sekitar. Saya juga telah insaf kerana selama ini tidak mengambil
berat dan mengabaikan kitar semula dalam seharian hidup. Di samping itu, saya telah
mengambil iktibar melalui aktiviti ini supaya lebih giat dan aktif dalam aktiviti kitar
semula pada masa depan. Saya turut telah berubah sikap dan menjadikan aktiviti ini
sebagai rutin harian di rumah atau sekolah saya.
Laporan disediakan oleh 2 Dis 2008
Tugasan Harian Tingkatan Lima – Keburukan Merokok
Umum mengetahui keburukan amalan merokok sama ada dari aspek
kesihatan mahupun dari aspek ekonomi. Namun tabiat ini sukar dibendung malah telah
menjadi rutin segolongan besar masyarakat kita tidak mengira remaja atau dewasa,
lelaki atau wanita.
10
Di Malaysia pula, golongan remaja lelaki merupakan golongan utama yang
menghisap rokok. Bagi mereka, dengan menghisap rokok mereka dapat
menghilangkan ketegangan perasaan dan fikiran yang dialamni dan juga sebagai suatu
kepuasan.
Asap roko turt menyebabkan pencemaran alam seitar berlaku. Misalnya, jika
terdapat 100 yang menghisap rokok di suatu ruang yang sempit, maka udara di
kawasan itu akan tercemar, Andainya terdapat ramai orang yang menghisap rokok di
sesuatu kawasan yang telah tercemar, kesihatan penduduk di kawasan itu sudah pasti
akan terganggu.
Para remaja yang menghisap rokok juga membelanjakan wang dengan jumlah
yang banyak semata-mata untuk membeli rokok. Bagi pelajar-pelajar bersekolah pula,
wang saku yang diperoleh daripada ibu bapa digunakan untuk membeli rokok.
Sesungguhnya, perbuatan itu hanya akan merugikan diri mereka sendiri, masyarakat
11
dan negara. Oleh yang demikian, pihak ibu bapa dan guru haruslah memastikan anak-
anak mereka dan para pelajar tidak menjadi perokok.
Kesimpulannya, saya insaf kerana selama ini saya merokok tanpa menhargai
kesihatan badan diri dan juga kesihatan orang lain. Saya sedar bahawa
memberhentikan merokok dapat mengelakkan kesihatan diri daripada pelbagai
penyakit kanser seperti kanser paru-paru. Saya juga mengambil iktibar dan berjanji
supaya tidak merokok pada masa yang akan datang. Saya telah berubah sikap dan
sering mengingatkan diri supaya tidak merokok setiap hari. Nilai yang terdapat di
dalam esei ini ialah harga diri dan rasional.
Oleh itu, hidupan liar perlu diberi perlindungan kerana hidupan liar ini dapat
menyumbang pelbagai faedah kepada negara. Satu daripada sumbangan itu ialah
menjadi aset yang berupaya memajukan sektor pelancongan. Tidak dinafikan bahawa
kebanyakan para pelancong gemar melihat cara hidup binatang liar secara dekat dalam
alam persekitaran semula jadi. Taman Negara di Pahang, misalnya adalah sebuah
taman hidupan liar yang hidup dalam alam semula jadi yang bukan sahaaja berjaya
menarik minat para pelancong dari dalam negara, malah dari luar negara. Binatang-
binatang liar yang terdapat di taman ini seperti harimau, seladang, gajah, rusa dan
seumpamanya yang hidup secara bebeas menjadi daya tarikan kepada para pelancong
untuk melancong di negara ini.
Hidupan liar juga ialah aset penting dalam bidang penyelidikan perubatan
demi kesejahteraan kesihatan manusia. Umpamanya, monyet yang dijadikan sebagai
bahan eksperimen. Sebagai contoh, seseorang saintis yang berjaya mencipta ubat
untuk sesuatu jenis penyakit tentunya ingin menguji ubat tersebut ke atas sesuatu
13
hidupan sebelum disahkan layak digunakan oleh manusia. Oleh hal yang demikian,
keberkesanan sesuatu penemuan baharu dalam bidang sains sememangnya
memerlukan hidupan liar.
Rumusannya, hidupan liar juga berhak untuk hidup di muka bumi ini. Oleh
itu, semua pihak di negara ini haruslah mengambil berat dalam hal mengekal dan
memelihara hidupan liar
14
Pada 17 Mac 2009, saya telah menyumbang idea untuk mengajak kawan
saya, Tan Eng Leong untuk datang dan membersihkan kedai bapa saya. Hal ini kerana
kedai bapa saya amat kotor dan memerlukan bantuannya. Oleh itu, dia telah
meluangkan masa dan berjanji bahawa membersihkan kedai bapa saya bersama-sama.
Kami telah memulakan kerja pembersihan pada pukul 10.00 pagi. Pertama
sekali, kami telah menyumbang tenaga unutk mengelap semua cerin yang terdapat di
kedainya. Kami telah bekerjasama untuk mengelap cermin supaya dapat menjimatkan
masa untuk melakukan aktiviti lain. Kami telah mengguna sekurang-kurangnya 20
minit untuk mengelap semua cermin.
Selain itu, saya dan Tan telah bekerjasama dan rajin membersihkan penghawa
dingin yang terdapat dalam kedai tersebut. Penghawa dingin yang kotor dan berdebu
telah kami keluarkan bersama-sama lalu telah kami cuci. Selepas mencuci penapis
penghawa dingin, kami telah mengeringkan penapis tersebut dengan kain yang kering.
Saya telah bertanggungjawab untuk memasang balik penaps tersebut ke penghawa
dingin itu.
15
Pada 20 Mei 2009, saya telah menyumbang idea untuk menyiram dan
membaja pokok bunga yang ada di rumah saya bersama ibu. Hal ini kerana pokok
bunga tersebut telah tidak dibaja selama masa yang agak lama. Oleh itu, kami telah
meluangkan masa supaya menyiram dan membaja pokok bunga tersebut.
Kami telah memulakan kerja pada 3.00 petang. Pertama sekali, kami telah
menyumbang tenaga untuk memotong rumput-rampai di sekeliling pokok bunga
supaya mengelakkan rumput bersaing dengan pokok bunga utuk mendapatkan nutrien
dan air yang secukupnya. Kami telah bekerjasama dengan membahgikan kerja supaya
dapat mempercepatkan progres kerja. Saya telah bertanggungjawab untuk memotong
rumput manakala ibu saya telah bertanggungjawab untuk mengumpul dan membuang
rumput yang telah dipotong ke dalam satu beg plastik yang besar.
Setersunya, kami mendapati bahawa baja yang ada di rumah tidak mencukupi
bagi semua pokok bunga tersebut. Oleh itu, kami telah menyumbang tenaga untuk
membeli baja di pasaraya yang berdekatan di rumah saya. Kami juga telah melawat ke
beberapa buah pasaraya untuk membandingkan harga supaya dapat menjimatkan wang
dan menjadi seorang pengguna yang bijak.
Selepas itu, kami memulkan aktiviti menyiram dan membaja pada pukul 5.00
petang. Saya telah bertanggungjawab membahagikan baja bagi setiap pokok bunga
manakala ibu saya telah bertanggungjawab mengisikan air untuk penyiram dan
menyiram pokok bunga yang telah saya baja. Setelah membaja dan menyiram setiap
pokok bunga, kami telah menyimpan baja yang berlebihan ke dalam satu bekas dan
juga menyimpan semua alat seperti cangkul dan penyiram ke tempat asal.
16
Photos WITH AT LEAST 2 PERSONS
17
Photos WITH AT LEAST 2 PERSONS
18