You are on page 1of 2

SEKOLAH MENENGAH LAKI-LAKI METHODIST, KUALA LUMPUR

PANDUAN PENULISAN ILMIAH/PENYELIDIKAN


PELAJAR TINGKATAN 6 (2010)

1. Penulisan Ilmiah merupakan satu penulisan bersifat akademik yang boleh dibuat
dalam bentuk penyelidikan/kertas konsep/ kajian tindakan/tesis/atau disertasi
untuk dibentangkan di seminar, kolokium, simposium, persidangan atau sekadar
untuk diterbitkan di dalam jurnal, buku atau majalah ilmiah.

2. Objektifnya ialah untuk memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar Tingkatan 6


dengan kaedah menyediakan satu penulisan ilmiah yang baik sebagai
persediaan awal dan latihan untuk mereka menyampaikan idea-idea secara lebih
akademik dan matang. Penulisan yang dihasilkan perlulah mencerminkan
intelek pelajar-pelajar pada tahap Tingkatan 6 atau pra-universiti.

3. Pelajar dibenarkan menghasilkan kerja secara bersendirian atau sebaiknya


dalam kumpulan dan mereka akan diselia oleh seorang guru.

4. Dalam memilih tajuk guru penyelia haruslah membimbing pelajar supaya tajuk
yang dipilih ada menafaat dan layak dibahaskan, ada kaitan dengan sukatan
mata pelajaran Tingkatan 6, menarik dan berbentuk informatif dan bahan
penulisan dapat diperolehi dan mencukupi. Bantu mereka untuk mengenal pasti
isi kandungan, data dan gambar rajah yang releven. Bimbing pelajar untuk
menghadkan skop penulisan supaya tidak terlalu luas atau sempit.

5. Guru penyelia hendaklah menyemak deraf penulisan pelajar secara


berperingkat/berkala. Semasa perjumpaan/konsultasi, guru perlulah memberi
cadangan dan bimbingan untuk memperbaiki dan memantapkan lagi hasil
penulisan mereka. Penulisan perlulah bersandarkan kepada bahan literatur,
fakta dan data yang sumbernya perlu ditulis sebagai bahan rujukan.

6. Tempoh untuk menyedia dan menyiapkan Laporan/Penulisan ialah dari Januari


hingga April (sila rujuk Carta Gantt).

7. Laporan/penulisan seperti yang dikehendaki oleh KPM/JPWP ialah antara 15 –


25 muka surat, font Arial 11 dan langkau satu setengah baris. Jidar yang biasa
digunakan adalah 2.5 cm di sebelah atas, kanan dan bawah tetapi lebih besar
pada sebelah kiri untuk memudahkan penjilidan/binding. Kertas bersaiz A4.

8. Guru penyelia dikehendaki menilai hasil kerja pelajar masing-masing. Satu


Borang Penilaian/Penghantaran Laporan yang standard akan digunakan.

9. Sesalinan laporan/penulisan pelajar perlu diserahkan kepada Ketua Penyelidikan


untuk simpanan pihak pentadbir.

10. Kolokium/pembentangan peringkat sekolah akan diadakan untuk penilaian hasil


laporan penyelidikan/penulisan pelajar-pelajar daripada setiap kumpulan.

You might also like