You are on page 1of 38

TAJUK KAJIAN

PERAYAAN
TRADISI KAUM DI
MALAYSIA
[Type the document subtitle]
Guest
SENARAI KANDUNGAN

NO. ASPEK HALAMAN


1 Penghargaan
2 Objektif Kajian
3 Kaedah Kajian
- Temu ramah.
- Lawatan dan pemerhatian.
- Analisis dokumen.
- Penyelidikan perpustakaan.
4 Hasil Kajian
1) Perayaan Tradisi. (Kaum Melayu)
- Nama perayaan dan Nama lain bagi perayaan tersebut.
- Pihak / Etnik / Kaum yang terlibat.
- Tarikh dan tempoh masa dirayakan.
- Tujuan perayaan.

2) Latar Belakang.
- Sejarah / Asal usul perayaan.
- Upacara Khusus dalam perayaan.
- Individu yang mengetuai upacara tersebut.
- Tempat khusus sambutan dijalankan.

3) Persiapan Sambutan Perayaan.


- Sebelum.
- Semasa.
- Selepas.
- Peraturan / Pantang-larang / Amalan sampingan.
4) Kesan Perayaan.
- Kekeluargaan.
- Perpaduan.
- Pelancongan.
- Kebudayaan.
- Peluang perniagaan.
- Keagamaan / Kepercayaan.
- Pengekalan tradisi.
- Pendidikan / Pengetahuan.
5 Rumusan
6 Lampiran
7 Rujukan
PENGHARGAAN

Saya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada guru Sejarah saya, Puan Norliza

yang memberi dorongan dan tunjuk ajar untuk melakarkan kerja ini yang susah bagi saya.

Asuhan beliau sangat-sangat dihargai.

Selain itu, saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih saya kepada rakan-rakan

seperjuangan saya Nazatul Nadia, Nor Athirah dan Shahirah Atikah yang sudi menolong

mendapatkan beberapa maklumat yang berkenaan.

Saya juga berterima kasih kepada Tok Wan Pin yang sudi mencerita dan mendapatkan

sedikit sebanyak tentang perayaan tradisi Melayu di Malaysia.

Ucapan saya tidak ketinggalan kepada Che Rohani Aris, Cik Hidayatul Syahirah, kakak

saya dan Saudara Mohd Syazni Idris yang masing masing membantu dalam mencari bahan-

bahan, fotografi dan cetakan. Terima kasih semua, semoga Allah membalas ganjarannya nanti.
OBJEKTIF KAJIAN

1) Menulis dan menghuraikan perayaan tradisi kaum di Malaysia.

2) Memupuk rasa bangga dan cinta bangsa dan Negara.

3) Mengenali dan memahami lebih mengenai perayaan tradisi.

4) Mempertingkatkan daya pemikiran tentang perayaan tradisi kaum di Malaysia.

5) Menganalisis, merumus dan menilai fakta-fakta tradisi kaum Melayu.

6) Menguasari kemahiran mencari, mengumpul dan menganalisis maklumat tentang

perayaan tradisi kaum Melayu di Malaysia.


KAEDAH KAJIAN

- KAEDAH PERBINCANGAN

Saya berbincang dengan rakan-rakan dan guru Sejarah, Puan Norliza.

- KAEDAH ANALISI DOKUMEN

Saya telah memilih maklumat atau dokumen yang berkaitan.

- KAEDAH BUKU TEKS

Saya juga telah pun membaca dan mengambil beberapa maklumat di dalam buku teks Sejarah

Tingkatan 3.
HASIL KERJA

1. PERAYAAN TRADISI

Hari Raya Aidilfitri (bahasa Arab: ‫' ;عيد الفطر‬Ayd al-Fiṭr; "perayaan fitrah") disambut

pada 1 Syawal tahun Hijrah.

Perayaan tersebut juga dikenali sebagai Hari Raya Puasa, Eid, Hari Raya Fitrah, Idul

Fitri, Hari Lebaran(di Indonesia), Shemai Eid(di Bangladesh) dan Ramazan Bayrami(di Turki).

Hari Raya Aidilfitri merupakan perayaan yang dirayakan oleh umat Islam di seluruh

dunia tidak kira bangsa sama ada Melayu, Cina-Muslim dan lain-lain bangsa di seluruh dunia

yang beragama Islam bagi menandakan berakhirnya bulan Ramadhan yang mana umat Islam

telah menjalani ibadat puasa dengan tekun. Ia merupakan antara dua perayaan terbesar bagi umat

Islam, selain Hari Raya Korban. Juga untuk mereka yang bukan muslim di negara Muslim.

Hari Raya Puasa bermula melalui dua cara, iaitu melalui rukyah (melihat anak bulan)

ataupun secara hisab(kiraan). Sekiranya melalui rukyah, apabila anak bulan kelihatan, ini

menandakan bermulanya bulan Syawal, iaitu bulan ke-10 dalam Takwim Hijrah Islam. Di

Malaysia, anak bulan akan diperhatikan oleh pegawai bertugas pada sebelah petang hingga

waktu maghrib di beberapa tempat strategik.


Tujuan Hari Raya Aidilfitri disambut sebagai suatu kemenangan bagi orang yang dapat

mengerjakan ibadat puasa Ramadan dengan sempurna.

Berikut adalah tarikh untuk Hari Raya Aidilfitri :

 2008: 1 Oktober

 2009: 21 September

 2010: 10 September

 2011: 31 Ogos

 2012: 19 Ogos

 2013: 8 Ogos

 2014: 29 Julai

 2015: 19 Julai
2. LATAR BELAKANG
2.1 SEJARAH

Sejarah hari raya dalam Islam bermula apabila Rasulullah berhijrah ke Madinah. Baginda

mendapati ada dua hari raya yang disambut oleh bangsa Arab pada masa itu. Apabila Rasulullah

bertanya kepada mereka apakah dua hari raya itu, mereka segera menjawab bahawa dua hari raya

yang mereka sambut itu adalah perayaan yang diwarisi secara turun temurun daripada datuk

nenek mereka. Lalu Rasulullah menyatakan kepada orang Arab Madinah bahawa Islam

menggantikan dua hari raya yang kamu raikan itu dengan dua hari yang lebih bermakna iaitu

Hari Raya korban atau Aidiladha dan Hari Raya Fitrah atau Aidilfitri. Konsep hari raya dalam

Islam jelas menunjukkan bahawa ia adalah perayaan keagamaan. Ini bermakna jika ia disambut

di atas landasan agama, maka hari raya yang diraikan itu adalah satu ibadat.

Aidilfitri disambut sebagai suatu kemenangan bagi orang yang dapat mengerjakan ibadat

puasa Ramadan dengan sempurna. Kemenangan itu bukan saja menang kerana berjaya

mengawal nafsu makan dan minum selama sebulan pada siang hari sepanjang Ramadan, malah

kejayaan menghalang diri daripada melakukan perkara dilarang, di mana jika dilakukan akan

terbatal puasanya. Kerana itu Allah menganugerahkan satu hari untuk kita sama-sama meraikan

kejayaan daripada kemenangan itu.


Kalimat ‘fitri’ sendiri bermaksud fitrah iaitu dengan kejayaan manusia balik kepada fitrah

yang asal. Fitrah asal ini sebenarnya suatu permulaan kejadian manusia yang sememangnya

bersih daripada dosa dan noda. Oleh kerana ia dikatakan sebagai perayaan keagamaan, maka

cara menyambut hari raya itu sendiri perlulah mengikut adab dan peraturan tertentu. Apabila saja

diumumkan hari raya, maka mulakanlah malamnya dengan aktiviti ibadat. Ini seperti

memperbanyakkan solat sunat, bertasbih, bertakbir dan bertahmid sebagai tanda kesyukuran.

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan Tabrani dari Ubadah bin Soib menyatakan bahawa:

“Sesiapa yang menghidupkan malam Aidilfitri dan Aidiladha dengan amalan yang baik dan

ikhlas kerana Allah, maka tidak akan mati hatinya pada hari semua hati-hati akan mati, iaitu hari

kiamat.”

Pada pagi hari raya dimulakan dengan membersih diri, bersiap-siap untuk ke masjid

menunaikan solat sunat Aidilfitri dan seterusnya menghidupkan ukhwah dengan kunjung

mengunjung di kalangan saudara mara dan sahabat handai.

Perlu diingat Islam tidak pernah mengajar umatnya agar untuk berlebih-lebih atau melampau

batas dalam menyambut apa saja perayaan. Ini bermakna Islam menegah umatnya melakukan

pembaziran dalam menyambut hari raya seperti boros berbelanja semata-mata untuk bergaya

dengan pakaian mahal dan kuih muih terlalu banyak.

Pada zaman Rasulullah, datang seorang sahabat kepada baginda dengan berpakaian serba

baru, kata sahabat ini: “Ya Rasulullah, pada tahun ini saya tidak dapat dapat menyambut

Aidilfitri.” Lalu baginda segera bertanya: “Kenapa wahai saudaraku?” Lelaki itu berkata:

“Kerana saya tidak ada baju baru.” Rasulullah kemudian bertanya kepada beberapa sahabat lain,

agar sesiapa yang mempunyai baju baru dapat diberikan kepada lelaki tadi. Ini bermakna Islam

tidak melarang sesiapa saja untuk bergaya dengan baju baru. Tetapi pengajaran daripada kisah
tadi ialah dalam menyambut hari raya tidak semua bernasib baik dengan mempunyai pakaian

baru. Lalu, digalak sesiapa yang ingin membuat kebajikan dengan bersedekah apa saja kepada

orang yang tidak berupaya.

Konsep hari raya selalunya dikaitkan dengan pembaziran. Membelanjakan wang ringgit

untuk membeli secara berlebihan atau membeli sesuatu yang boleh membawa kemudaratan

seperti mercun dan bunga api amat salah di sisi agama. Mungkin pembaziran ini berlaku kerana

masyarakat kita hidup dalam kemewahan. Sepatutnya rezeki yang lebih itu disumbangkan

kepada saudara seagama lain yang mungkin tidak dapat merayakan hari raya seperti kita.

Satu lagi budaya yang lazim berlaku dalam sambutan hari raya ialah pemberian duit raya. Islam

tidak melarang pemberian ini, asalkan tidak melampaui konsep pemberiannya itu. Usahlah kita

mendidik anak-anak supaya berkunjung ke rumah jiran semata-mata dengan harapan anak akan

diberi duit raya ini. Jika sebaliknya, maka pelbagai anggapan dan prasangka buruk diberikan

kepada sesiapa yang tidak melazimkan pemberian itu. Misalnya, dikatakan kedekut, tangkai

jering dan bakhil.

Jika Aidilfitri disambut dengan kegembiraan yang melampau tanpa melihat beberapa

pengisian yang disebutkan tadi, pasti tujuan asalnya jauh menyimpang. Kedatangan Syawal

sepatutnya menginsafkan Muslimin di sebalik makna kemenangan dan kejayaan dalam sambutan

Aidilfitri, kita tidak sepatutnya melupakan tuntutan agama.


2.2 UPACARA KHUSUS DALAM PERAYAAN

Oleh kerana ia dikatakan sebagai perayaan keagamaan, maka cara menyambut hari raya

itu sendiri perlulah mengikut adab dan peraturan tertentu. Apabila saja diumumkan hari raya,

maka mulakanlah malamnya dengan aktiviti ibadat. Ini seperti memperbanyakkan solat sunat,

bertasbih, bertakbir dan bertahmid sebagai tanda kesyukuran.

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan Tabrani dari Ubadah bin Soib menyatakan bahawa:

“Sesiapa yang menghidupkan malam Aidilfitri dan Aidiladha dengan

amalan yang baik dan ikhlas kerana Allah, maka tidak akan mati hatinya

pada hari semua hati-hati akan mati, iaitu hari kiamat.”

Pada pagi hari raya dimulakan dengan membersih diri, bersiap-siap untuk ke masjid

menunaikan solat sunat Aidilfitri dan seterusnya menghidupkan ukhwah dengan kunjung

mengunjung di kalangan saudara mara dan sahabat handai.

Perlu diingat Islam tidak pernah mengajar umatnya agar untuk berlebih-lebih atau

melampau batas dalam menyambut apa saja perayaan. Ini bermakna Islam menegah umatnya

melakukan pembaziran dalam menyambut hari raya seperti boros berbelanja semata-mata untuk

bergaya dengan pakaian mahal dan kuih muih terlalu banyak.


Pada zaman Rasulullah, datang seorang sahabat kepada baginda dengan berpakaian serba baru,

kata sahabat ini:

"Ya Rasulullah, pada tahun ini saya tidak dapat dapat menyambut

Aidilfitri.” Lalu baginda segera bertanya: “Kenapa wahai saudaraku?”

Lelaki itu berkata: "Kerana saya tidak ada baju baru."

Rasulullah kemudian bertanya kepada beberapa sahabat lain, agar sesiapa yang

mempunyai baju baru dapat diberikan kepada lelaki tadi. Ini bermakna Islam tidak melarang

sesiapa saja untuk bergaya dengan baju baru. Tetapi pengajaran daripada kisah tadi ialah dalam

menyambut hari raya tidak semua bernasib baik dengan mempunyai pakaian baru. Lalu, digalak

sesiapa yang ingin membuat kebajikan dengan bersedekah apa saja kepada orang yang tidak

berupaya.

Konsep hari raya selalunya dikaitkan dengan pembaziran. Membelanjakan wang ringgit

untuk membeli secara berlebihan atau membeli sesuatu yang boleh membawa kemudaratan

seperti mercun dan bunga api amat salah di sisi agama. Mungkin pembaziran ini berlaku kerana

masyarakat kita hidup dalam kemewahan.

Sepatutnya rezeki yang lebih itu disumbangkan kepada saudara seagama lain yang

mungkin tidak dapat merayakan hari raya seperti kita.

Satu lagi budaya yang lazim berlaku dalam sambutan hari raya ialah pemberian duit raya.

Islam tidak melarang pemberian ini, asalkan tidak melampaui konsep pemberiannya itu. Usahlah
kita mendidik anak-anak supaya berkunjung ke rumah jiran semata-mata dengan harapan anak

akan diberi duit raya ini. Jika sebaliknya, maka pelbagai anggapan dan prasangka buruk

diberikan kepada sesiapa yang tidak melazimkan pemberian itu. Misalnya, dikatakan kedekut,

tangkai jering dan bakhil.

Jika Aidilfitri disambut dengan kegembiraan yang melampau tanpa melihat beberapa

pengisian yang disebutkan tadi, pasti tujuan asalnya jauh menyimpang. Kedatangan Syawal

sepatutnya menginsafkan Muslimin di sebalik makna kemenangan dan kejayaan dalam sambutan

Aidilfitri, kita tidak sepatutnya melupakan tuntutan agama.

Zakat fitrah

Perayaan Hari Raya Puasa merupakan berakhirnya tempoh untuk membayar zakat fitrah iaitu

zakat yang dikenakan kepada mereka yang masih hidup sehingga masa itu. Zakat fitrah tidak

perlu dibayar bagi mereka yang telah meninggal dunia. Kebiasaannya orang Islam juga akan

mula membayar zakat fitrah semenjak bulan puasa bermula dan zakat fitrah ini akan berhenti

dikutip apabila solat sunat Aidilfitri dimulakan. Oleh itu, pada kebiasaannya solat sunat Aidilfitri

dilewatkan sedikit berbanding solat sunat Aidiladha. Hikmahnya dilewatkan sedikit solat sunat

Aidilfitri adalah bagi membenarkan peluang bagi mereka yang belum membayar zakar

menunaikan kewajipan mereka dan disunatkan makan dahulu sebelum pergi ke masjid. Berlainan

pula, solat sunat Aidiladha digalakkan diawalkan waktunya bagi memberi lebih banyak masa

untuk penyembelihan korban.


Takbir

Apabila tarikh Hari Raya telah ditentukan, umat Islam akan bertakbir dan bertahmid sambil

memuji kebesaran Allah. Tempoh bertakbir bagi Hari Raya Aidilfitri adalah antara terbenamnya

matahari(hari terakhir bulan Ramadan) sehingga solat sunat Hari Raya Aidilfitri bermula pada

pagi 1 Syawal tahun Hijrah. Hari raya disambut pada pagi hingga malam.
2.3 INDIVIDU YANG MENGETUAI UPACARA
KHUSUS

Individu yang akan mengetuai upacara solat raya ialah imam. Di rumah,individu yang akan

mengetuai upacara ialah tuan rumah atau orang lelaki yang paling tua.

2.4 TEMPAT KHUSUS SAMBUTAN DIJALANKAN

Tempat sambutan Hari Raya Puasa dijalankan di Masjid pada waktu pagi. sini juga

disambut di desa.Mereka akan berkumpul satu keluarga pulang ke desa untuk menyambut Hari

Raya. Selain itu,kubur adalah tempat khusus kerana pada waktu pagi umat islam akan

menziarahi keluarga mereka yang sudah meninggal dunia.


3. PERSIAPAN SAMBUTAN PERAYAAN

3.1 SEBELUM

Di Malaysia, Hari Raya Aidilfitri disambut dengan meriah. Berminggu-minggu sebelum

perayaan tersebut menjelma, suasana persiapan menjelang Aidilfitri telah dirasai. Pusat-pusat

membeli-belah akan mengadakan jualan murah dan dihiasi dengan perhiasan secara besar-

besaran. Lagu-lagu raya juga akan diputarkan di radio dan di televisyen. Rancangan-rancangan

yang berkisarkan Aidilfitri akan ditayangkan. Bank, sekolah, dan premis-premis perniagaan akan

ditutup selama beberapa hari sehingga seminggu sempena Aidilfitri.

Di jalan raya utama dan lebuh raya di seluruh negara, kesesakan akan berlaku akibat kebanjiran

warga bandar yang pulang ke kampung halaman untuk menyambut Aidilfitri bersama-sama

sanak saudara dan kaum keluarga. Fenomena ini juga dikenali sebagai Balik Kampung.

Bulan Ramadhan
Ramadhan adalah bulan umat Muhammad saw. Bersabda baginda yang bermaksud " Apabila

tiba bulan Ramadhan maka akan dibukakan pintu-pintu syurga dan ditutupkan pintu-pintu neraka
lalu diikatkan semua syaitan."

Sabda baginda dalam hadis yang lain, " Jika umat manusia itu mengetahui kelebihan yang

terdapat di dalam bulan ramadhan nescaya umatku akan menginginkan supaya dijadikan

sepanjang tahun itu Ramadhan"

 Setiap amalan kebajikan akan digandakan oleh Allah sebanyak 1000 kali ganda
 Setiap amalan sunat akan diberikan ganjaran pahala amalan fardhu
 Ramadhan dibahagikan kepada tiga bahagian istimewa bagi mereka yang berpuasa

iaitu bahagian pertamanya dipenuhi dengan rahmat Allah, bahagian kedua dipenuhi

dengan keampunan dari Allah dan bahagian ketiga pembebasan dari api neraka
 Dituntut supaya mengerjakan solat sunat tarawikh, witir dan solat sunat yang lain.
 Benyakkan berdoa, berzikirz selawat, membaca Al Quran, bertaubat dan lain-lain
 Banyakkan bersedekah kepada fakir miskin dan membantu mereka yang berada di

dalam kesusahan dan ditimpa kemalangan.


 Memberi makan kepada mereka yang hendak berbuka puasa.
 Menggandakan amalan sunat terutamanya pada 10 malam yang terakhir Ramadhan

bagi mengharapkan keberkatan dan kebesaran malam Lailatul Qadar seperti beriktikaf

di masjid, qiamullail dan sebagainya

3.2 SEMASA
Antara amalan yang dilakukan pada Hari Raya Aidilfitri ialah amalan berziarah. Amalan

ini adalah bertepatan dengan suruhan agama Islam itu sendiri. Pada pagi Hari Raya

Aidilfitri(selalunya sebelum dan sejurus sesudah menunaikan solat sunat Hari Raya Aidilfitri),

umat Islam yang telah kehilangan saudara-mara akan mengunjungi pusara mereka dan

menghadiahkan Surah Al-Fatihah atau bacaan surah Yaasin. Kemudian mereka akan berkunjung

ke rumah sanak saudara dan rakan taulan. Mereka akan bermaaf-maafan dan melupakan

kesilapan yang lampau. Pada asasnya, Hari Raya adalah hari untuk bergembira, bermaaf-maafan,

dan hari untuk mengeratkan tali persaudaraan di kalangan umat Islam di samping meraikan

kejayaan beribadah kepada Allah.

Amalan memberi wang kepada kanak-kanak juga amat popular pada Hari Raya. Duit

raya selalunya diberikan oleh orang dewasa kepada kanak-kanak melalui sampul duit yang

selalunya berwarna hijau dan kuning. Sampul duit raya diadaptasi daripada amalan orang Cina

yang memberi sampul merah berisi wang ataupun "Ang Pau". Pada Hari Raya, sampul selalunya

berwarna selain daripada warna merah, iaitu hijau atau kuning. Terdapat pelbagai saiz sampul

yang dikeluarkan oleh bank-bank dan syarikat-syarikat perniagaan, antaranya saiz yang

bersesuaian dengan saiz wang kertas polimer RM 5. Kadangkala amalan pemberian Duit Raya

diganti dengan pemberian hadiah-hadiah.

Sudut agama pula, malam tujuh likur sering dikaitkan dengan Lailatulqadar iaitu detik

keemasan untuk individu Muslim merebut syurga apabila malaikat dan Jibril akan turun ke bumi

untuk mengaminkan doa orang yang bersembahyang, bertasbih, bertahmid dan bertakbir kepada

Allah. Dengan itu timbullah tradisi memasang pelita bagi sebagai simbol meraikan bulan mulia

dan memudahkan membantu mereka yang berjalan ke surau atau masjid bagi menunaikan
tarawih kerana merebutkan Lailatulqadar, kerana suasana pada malam terlalu gelap dan mungkin

membahayakan keselamatan. Ini adalah kerana pada masa dahulu, tiada kemudahan elektrik

seperti hari ini.

Malah diriwayatkan juga Ali k.w. mengelilingi masjid-masjid pada bulan Ramadhan dengan

membawa lampu sambil mengucapkan kata-kata yang bermaksud: "Semoga Allah s.w.t.

menerangi kubur Umar sebagaimana dia telah menerangi masjid-masjid kami." , dan juga

riwayat dari Umar (‫ )رضى هللا عنه‬menyebutkan bahawa:

"Barangsiapa yang memberikan lampu penerang pada masjid-

masjid Allah maka Allah akan memberi pula baginya lampu

penerang di dalam kuburnya. "

Rumah-rumah terbuka akan diadakan pada Hari Raya itu sendiri ataupun sepanjang bulan

Syawal. Kemeriahan Hari Raya Aidilfitri selalunya akan berpanjangan sehingga sebulan, dan

kemeriahan itu akan hilang dengan sendirinya apabila semua orang pulang ke bandar setelah cuti

tamat.

Pakaian
Baju Melayu adalah pakaian tradisi kaum Melayu yang dipakai oleh kaum lelaki di

Malaysia pada Hari Raya. Pakaian ini dilengkapi dengan songkok dan lilitan songket di bahagian

pinggang. Pakaian yang menjadi kebiasaan kaum wanita pula ialah Baju kurung dan Baju

kebaya. Setiap tahun pelbagai fesyen diperkenalkan bagi mempelbagaikan rekaan baju-baju

tradisi ini. Pada tahun 2005, pemakaian batik, songket, dan baju kebaya nyonya semakin

meningkat hasil promosi dan komersialisasi oleh Allahyarhamah Datin Seri Endon Mahmood,

isteri kepada Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
3.3 SELEPAS

Selepas sebulan umat islam menyambut Hari Raya Aidilfitri dan merayakannya dengan

penuh hikmah dan meriah.umat islam bakal menyambut kedatangan bulan Islam seterusnya iaitu

Bulan Zulkaedah dan bulan Zulhijah.

Bulan Zulkaedah
Tiada amalan sunat yang khusus atau istimewa dalam bulan ini melainkan amalan sunat dan

fardhu seperti biasa.

Bulan Zulhijjah
Dari sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas r.a, Rasullullah s.a.w telah menerangkan

tentang fadilat di bulan Zulhijjah iaitu :

Tanggal 1 Zulhijjah kesalahan Nabi Adam as telah diampunkan Allah. Oleh itu sesiapa yang

berpuasa pada hari itu dosanya akan diampunkan oleh Allah


Tanggal 2 Zulhijjah doa nabi Yunus as diperkenankan Allah. Oleh itu sesiapa yang berpuasa

pada hari itu seperti berpuasa setahun dan dicatitkan baginya seperti tidak pernah melakukan

maksiat.
Tanggal 3 Zulhijjah doa nabi Zakaria telah diperkenankan oleh Allah. Oleh itu sesiapa yang

berpuasa pada hari itu doanya juga akan diperkenankan oleh Allah
Tanggal 4 Zulhijjah Nabi Isa dilahirkan. Oleh itu sesiapa yang berpuasa pada hari itu akan

terhindar dari kefakiran dan kemelaratan.


Tanggal 5 Zulhijjah Nabi Musa as dilahirkan. Oleh itu sesiapa yang berpuasa pada hari itu

akan terlepas ia dari sifat munafik dan siksa kubur


Tanggal 6 Zulhijjah allah telah membukakan pintu-pintu kebajikan kepada nabi-nabiNya. Oleh

itu sesiapa yang berpuasa pada hari itu akan dipandang oleh Allah dengan pandangan rahmat
Tanggal 7 Zulhijjah pintu neraka Jahannam akan dikunci. Oleh itu sesiapa yang berpuasa pada

hari itu akan dibukakan 30 pintu kemudahan dan dikunci 30 pintu kesulitannya
Tanggal 8 Zulhijjah Nabi Ibrahim telah mendapat perintah supaya menyembelih anaknya

Ismail. Seharian ia berfikir sama ada perintah itu daripada Allah atau dari Syaitan.Hari itu

dinamakan hari Tarwiyah (hari berfikir). Sesiapa yang berpuasa hari tersebut akan diberikan

pahala yang banyak oleh Allah 


Tanggal 9 Zulhijjah Allah telah memberitahu kepada Nabi Ibrahim bahawa mimpinya itu

adalah benar dari Allah, bukan dari syaitan. Oleh itu, hari tersebut terlah dikenali sebagai

'Arafah' (Hari ketahui).

Sunat bersedekah kepada fakir miskin. Sesiapa yang bersedekah pada hari tersebut akan

dibangkitkan oleh Allah pada hari kiamat nanti dalam keadaan aman dan sentosa.
Amalan sunat pada 10 Zulhijjah seperti :

a) Mandi sunat Aidil Adha pada pagi harinya.


Sunat tidak menjamah makanan atau minuman sehinggalah selesai menunaikan solat
b)
Adha
c) Keluar menuju ke masjid dengan satu jalan dan bila pulang menggunakan jalan yang lain
d) Lebih afdal dengan berjalan kaki ke masjid
Mengumandangkan takbir, tahmid dan tahlil bermula malam 10 Zulhijjah hinggalah
e)
tersenam matahari pada tanggal 13 Zulhijjah (Takbir Muqayyad)
Sunat membaca doa akhir tahun pada tanggal 29 atau 30 Zulhijjah selepas solat Asar dan

membaca doa awal tahun selepas solat Magrib pada malam pertama awal Muharram.
3.4 PERATURAN / PANTANG-LARANG / AMALAN
SAMPINGAN

Eid itu bermaksud Hari Raya Fitrah sesuai dengan kewajipan umat Islam membayar

zakat fitrah. Ia juga disebut sebagai hari kemenangan selepas sebulan berpuasa Ramadan

melawan hawa nafsu. Kita menang sebab berjaya menunaikan perintah Allah. Ia juga adalah hari

kita kembali kepada fitrah di mana dosa diampunkan oleh Allah. Sebagai manusia kita kembali

kepada fitrah iaitu suka kepada kebaikan dan kebajikan serta benci kepada kejahatan dan

maksiat. Pendek kata, ia adalah ibadat. Maka, sebagai umat Islam hendaklah kita menggunakan

hari raya ini sebagai hari untuk membesarkan Allah. Ini dijelaskan dalam al-Quran:

“Supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), supaya kamu

membesarkan Allah (dengan bertakbir) kerana telah memberi petunjuk-Nya

kepada kamu dan supaya kamu bersyukur.” (al-Baqarah: 185)

Hari Raya Aidilfitri ini bermula pada waktu maghrib malam 1 Syawal. Antara ibadat sunat yang

dianjurkan oleh Islam ialah bertakbir dan bertahmid memuji kebesaran Allah. Selain itu, kita

perlu menghidupkan malam raya dengan ibadat seperti zikir, solat, tilawah al-Quran dan

beristighfar. Sebenarnya, menghidupkan malam raya dengan amal ibadat ini diberi ganjaran yang

besar oleh Allah. Malangnya, mungkin disebabkan kekurangan ilmu, maka ada di kalangan umat

Islam yang tidak menghidupkan malam raya ini dengan mengerjakan ibadat seperti yang

disebutkan.

Rasulullah s.a.w bersabda,


“Siapa yang bangun malam raya fitrah dan malam raya adha dengan mengharapkan

pahala, nescaya tidak akan mati hatinya pada hari mati sekelian hati”. (riwayat Ibn Majah).

Pada pagi raya, kita hendaklah solat subuh berjemaah dan menyambung takbir raya.

Kemudian mandi sunat Hari Raya, memakai baju yang elok atau cantik dan memakai wangi-

wangian. Disunatkan makan sedikit dahulu di rumah sebelum menunaikan solat aidilfitri.

Anas R.A. berkata,

“Adalah baginda s.a.w tidak beredar pada Hari Raya Fitrah hinggalah

baginda makan beberapa biji tamar.” (riwayat Bukhari)

Semasa dalam perjalanan, kita disunatkan bertakbir dan bersedekah kepada fakir miskin,

anak yatim dan orang yang dalam kesusahan. Bagi mereka yang belum membayar fitrah, inilah

masa paling afdal berbuat demikian.

Hari Raya ialah hari mulia. Ini adalah antara batas yang perlu dijaga semasa

meraikannya untuk mengelak kemuliaannya dicemari. Hari Raya adalah hari kebesaran Islam

untuk kita bergembira dalam suasana ibadat. Bagaimanapun, jangan kita jadikan Hari Raya

sebagai tiket menghalalkan apa sahaja. Kita kena jaga batasan yang ditetapkan oleh Islam. Kita

perlu menjaga adab bertamu ke rumah orang, masuk dengan ucapan salam dan menundukkan

pandangan. Jangan terlampau ghairah melihat ke sana-sini. Batas pergaulan dan aurat wajib

dijaga. Jika yang datang itu lelaki bukan mahram, maka jangan pula si gadis bersalam dengannya

atau pun membuka aurat. Memadai hanya mengucap tahniah dan bermaaf-maafan tanpa

bersalam. Rasulullah pun tidak pernah bersalam dengan wanita yang bukan mahram semasa

baiah (membuat perjanjian). Jangan pula timbul rasa bangga diri atau sombong kerana kita
mempunyai kereta baru atau perabot yang baru. Paling utama, hendaklah kita menjaga had atau

batas dalam menikmati juadah hari raya. Jangan makan terlalu banyak. Ingatlah firman Allah,

“makan dan minumlah dan janganlah berlebih-lebihan. Sesungguhnya

Allah tidak menyukai orang yang berlebih-lebihan.” (al-A’raf: 31)

Seperkara lagi, jangan pula kita dilalaikan dengan menyambut tetamu sehingga tidak

menunaikan solat. Kalau kita beraya dan meninggalkan solat fardu maka kita melakukan maksiat

dan ia tidak lagi menjadi ibadat.

Ada sesetengah orang yang lebih suka menonton televisyen di rumah berbanding

menziarahi keluarga. Dalam Islam, Hari Raya Aidilfitri adalah sehari. Jadi amat rugi jika kita

menghabiskannya dengan hanya menonton tv. Rancangan tv itu hari lain pun boleh kita tengok.

Lagipun bukan semua program tv pada hari raya sesuai ditonton pada hari yang mulai ini. Ini

bukan pula bermakna kita tidak boleh berhibur pada hari raya.

Islam benarkan kita berhibur tetapi jangan sampai ia melalaikan. Umat Islam perlu

memilih rancangan hiburan yang sesuai contohnya yang menyiarkan lagu-lagu raya tetapi filem

atau rancangan yang lari daripada konsep hari raya tidak perlu ditonton. Sepatutnya kita

mengambil peluang hari raya untuk berziarah dan bermaaf-maafan. Bukan pula maknanya, hari

raya sahaja masa untuk memohon maaf. Cuma apabila pada hari lebaran ini kita dapat

berkumpul beramai-ramai dengan sanak saudara maka ia seolah-olah menjadi masa paling sesuai

bermaafan. Bermaafan ini adalah sifat orang yang bertakwa. Malah Rasulullah juga adalah

sangat pemaaf walaupun kepada kaum kafir Quraisy yang sentiasa menyakiti baginda.
Bagi anggota keselamatan seperti tentera, sudah tentu ada yang terpaksa bertugas di

perbatasan pada Hari Raya. Mereka mempunyai giliran bertugas. Mereka yang bertugas tahun ini

barangkali bercuti pada hari raya lalu. Dalam Hari Raya pun menjaga keselamatan negara adalah

penting dan mesti diteruskan. Sebenarnya anggota tentera yang bertugas di perbatasan ini

memikul amanah dalam suasana orang lain bergembira pada Hari Raya. Bertugas mempertahan

negara jika ikhlas akan mendapat ganjaran yang besar. Bagi mengelak kesedihan, adakan aktiviti

menyiapkan juadah Hari Raya secara sederhana di tempat bertugas. Elakkan bersendirian

sehingga terlalu memikirkan isteri dan anak-anak. Pegawai Pemerintah juga berperanan

menyuntik semangat anak-anak buah agar turut bergembira walaupun berada di hutan, laut atau

pun misi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.


Antara amalan yang dilakukan pada Hari Raya Aidilfitri ialah amalan berziarah. Amalan

ini adalah bertepatan dengan suruhan agama Islam itu sendiri. Pada pagi Hari Raya

Aidilfitri(selalunya sebelum dan sejurus sesudah menunaikan solat sunat Hari Raya Aidilfitri),

umat Islam yang telah kehilangan saudara-mara akan mengunjungi pusara mereka dan

menghadiahkan Surah Al-Fatihah atau bacaan surah Yaasin. Kemudian mereka akan berkunjung

ke rumah sanak saudara dan rakan taulan. Mereka akan bermaaf-maafan dan melupakan

kesilapan yang lampau. Pada asasnya, Hari Raya adalah hari untuk bergembira, bermaaf-maafan,

dan hari untuk mengeratkan tali persaudaraan di kalangan umat Islam di samping meraikan

kejayaan beribadah kepada Allah.

Amalan memberi wang kepada kanak-kanak juga amat popular pada Hari Raya. Duit

raya selalunya diberikan oleh orang dewasa kepada kanak-kanak melalui sampul duit yang

selalunya berwarna hijau dan kuning. Sampul duit raya diadaptasi daripada amalan orang Cina

yang memberi sampul merah berisi wang ataupun "Ang Pau". Pada Hari Raya, sampul selalunya

berwarna selain daripada warna merah, iaitu hijau atau kuning. Terdapat pelbagai saiz sampul

yang dikeluarkan oleh bank-bank dan syarikat-syarikat perniagaan, antaranya saiz yang

bersesuaian dengan saiz wang kertas polimer RM 5. Kadangkala amalan pemberian Duit Raya

diganti dengan pemberian hadiah-hadiah.

Sudut agama pula, malam tujuh likur sering dikaitkan dengan Lailatulqadar iaitu detik

keemasan untuk individu Muslim merebut syurga apabila malaikat dan Jibril akan turun ke bumi

untuk mengaminkan doa orang yang bersembahyang, bertasbih, bertahmid dan bertakbir kepada

Allah. Dengan itu timbullah tradisi memasang pelita bagi sebagai simbol meraikan bulan mulia

dan memudahkan membantu mereka yang berjalan ke surau atau masjid bagi menunaikan

tarawih kerana merebutkan Lailatulqadar, kerana suasana pada malam terlalu gelap dan mungkin
membahayakan keselamatan. Ini adalah kerana pada masa dahulu, tiada kemudahan elektrik

seperti hari ini.

Malah diriwayatkan juga Ali k.w. mengelilingi masjid-masjid pada bulan Ramadhan

dengan membawa lampu sambil mengucapkan kata-kata yang bermaksud: "Semoga Allah s.w.t.

menerangi kubur Umar sebagaimana dia telah menerangi masjid-masjid kami." [2], dan juga

riwayat dari Umar (‫ )رضى هللا عنه‬menyebutkan bahawa:

"Barangsiapa yang memberikan lampu penerang pada masjid-masjid Allah maka

Allah akan memberi pula baginya lampu penerang di dalam kuburnya. "

Rumah-rumah terbuka akan diadakan pada Hari Raya itu sendiri ataupun sepanjang bulan

Syawal. Kemeriahan Hari Raya Aidilfitri selalunya akan berpanjangan sehingga sebulan, dan

kemeriahan itu akan hilang dengan sendirinya apabila semua orang pulang ke bandar setelah cuti

tamat.Biasanya minggu pertama hari raya,jalan akan dipenuhi dengan kereta dan menyebabkan

jalan sesak.
Adab-adab menyambut Hari Raya Aidilfitri

 Menghidupkan malam hari raya dengan memperbanyakkan amal

ibadah.

 Mandi sunat hari raya.

 Memakai bau-bauan harum.

 Memakai pakaian yang paling baik.

 Menjamah sedikit makanan sebelum ke masjid.

 Menunaikan zakat fitrah sebelum sembahyang sunat hari raya.

 Berjalan ke masjid dengan tenang dan tawadhuk.

 Bertakbir semasa berjalan ke masjid.

 Mengucapkan tahniah bila berjumpa saudara-saudara muslim.

 Menggelakkan pembaziran.

 Menjauhi segala perbuatan maksiat dan sia-sia.

Amalan sunat di bulan Syawal :

 Amalan sunat pada 1 Syawal seperti :

 
a) Membayar zakat fitrah sebelum menunaikan Solat Aidil Fitri
b) Menghias diri dan tempat tinggal supaya kelihatan bersih dan cantik
c) Mendi Sunat Aidilfitri pada pagi harinya
d) Menjamah sedikit makanan sebelum keluar menuju masjid
e) Keluar menuju ke masjid dengan satu jalan dan bila pulang menggunakan jalan yang lain
f) Lebih afdal dengan berjalan kaki ke masjid
Mengumandangkan takbir, tahmid dan tahlil bermula malam 1 Syawal hinggalah
g)
tersenam matahari pada hari raya tersebut.
   
Berpuasa 6 hari dalam bulan Syawal (Sunat Syawal)

Rasulullah saw bersabda yang maksudnya " Sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan dan

kemudian diikuti dengan 6 hari dibulan Syawal maka perumpamaannya seperti ia berpuasa

sepanjang tahun."
4. KESAN PERAYAAN

KELUARGA

Kesan perayaan terhadap keluarga adalah kita dapat mengeratkan siraturrahim sesama

keluarga.hubungan kasih sayang antara keluarga akan bertambah erat. Anak-anak bermaafan

dengan ibu bapa, ahli keluarga dan adik beradik.Semasa hari raya biasanya sanak-saudara yang

berjauhan akan pulang untuk bersama-sama meraihkan hari kemenangan ini.Kegembiraan dan

kebahagiaan akan lahir di hati masing-masing.

PERPADUAN

Perayaan dapat menghidupakan perpaduan di antara rakyat , ini kerana semua kaum dan

bangsa yang ada di Malaysia atau di mana juga mempunyai perayaan masing-masing.Di Hari

perayaan tidak kira kaum dan bangsa amalan kunjung mengunjugi menjadi amalan

rutin.perayaan disambut bersama.kemeriahan dikongsi bersama, Justeru itu perpaduan dan

keeratan hubungan antara kaum terjalin dalam suasana aman dan tenteram.
PELANCONGAN

Institusi Pelancongan juga menerima kesan hebat semasa perayaan berlangsung kerana

ramai pelancong asing yang turut hadir atau turut serta dalam perayaan ini kerana mereka datang

sendiri untuk menyaksikan perayaan yang ada di Malaysia ini.secara tidak langsung

menyumbang sumber perlaburan yang hebat kepada Institusi Pelancongan negara.

KEAGAMAAN

Kesan perayaan terhadap agama.Sebagai umat Islam kita berbangga kerana dapat menunaikan

amanat dan perintah Allah yang esa.Islam meminta kita meraikan Hari kemenangan iaitu

menyambut Hari raya Aidilfitri selepas sebulan menjalani bulan Ramadhan.


RUMUSAN

Jika ibadah puasa dapat mewujudkan perpaduan di kalangan umat Islam melalui pendidikan

keharmonian, Aidilfitri juga mampu. Masyarakat yang lebih bersyukur dengan nikmat Allah

S.W.T, Hari Raya Aidilfitri juga berperanan sebagai mekanisma memupuk perpaduan di

kalangan masyarakat Malaysia berbilang kaum perpaduan dalam kepelbagaian ini dikagumi oleh

masyarakat berbilang kaum. Perpaduan dalam kepelbagaian ini juga dikagumi oleh masyarakat

antarabangsa dan mencontohinya sebagai 1 model masyarakat majmuk yang hidup dalam penuh

keharmonian dan kerukunan.

Bertitik tolak daripada kajian yang saya lakukan ini, terdapat beberapa unsur patriotisme

yang saya perolehi. Melalui tajuk kajian yang telah saya siapkan ini menjadikan saya seorang

yang bersyukur dan menghargai perayaan ini kerana perayaan ini merupakan perayaan

keagamaan yang dituntut dalam agama saya. Saya juga berasa bangga dengan perayaan ini

kerana ia merupakan perkara istimewa dalam hidup saya.

Melalui kajian ini saya dapat mengetahui serba sedikit latar belakang perayaan yang ada

di Malaysia ini. Perayaan tradisi akan disambut oleh semua kaum yang ada di Malaysia ini.

Sama ada kaum Melayu, Cina, India atau kaum yang lain-lain. Perayaan tradisi ini melahirkan

perpaduan terhadap bangsa di Malaysia, melahirkan nilai hormat-menghormati antara kaum dan
perpaduan bertambah erat dengan kunjung mengunjung antara kaum semasa perayaan.

Kegembiraan dikongsi bersama.

Saya amat bangga akan Negara saya, iaitu Malaysia, kerana di Malaysia terdapat pelbagai

kaum dan perayaan tradisi yang jarang ada di Negara-negara yang lain. Malaysia merupakan

sebuah Negara yang aman. Salam Satu Malayasia.


LAMPIRAN
RUJUKAN

Perpustakaan Awam Selangor.

Perpustakaan S.M.K Convent Klang.

http://www.google.com.my/

http://www.wikipedia.org/

Buku Teks Sejarah Tingkatan 3

Surat khabar ‘Utusan’ & ‘Metro’ tahun 2008-2010

You might also like