You are on page 1of 15

Pengenalan

Kaum Kadazandusun di Sabah


Kaum Kadazandusun ini memiliki banyak budaya yang boleh diwarisi contohnya
dari segi asal-usul, lagenda dan perkembangan suku kaum Kadazandusun, bahasa,
pakaian tradisional, muzik berunsurkan tradisional, corak kehidupan masyarakatnya,
tarian tradisional dan kemuncak bagi pemartabatan warisan budaya Kadazandusun ialah
Perayaan Pesta Kaamatan yang diadakan pada setiap tahun.

Dalam aspek asal-usul, lagenda dan perkembangan suku kaum Kadazandusun


menjelaskan tentang kelahiran kaum Kadazandusun dan lagenda kelahiran kaum ini
bermula dari "Nunuk Ragang" sehinggalah kepada perkembangan dan penyebaran
sukukaum ini ke seluruh pelusuk negeri Sabah yang telah banyak mempengaruhi sosio
budaya mereka mengikut tempat yang baru, contohnya dari aspek bahasa dan corak
kehidupan mereka. Mengikut statistik, terdapat lebih kurang 40 etnik yang terdapat dalam
suku kaum Kadazandusun.

Dari aspek bahasa, perbezaan loghat, sebutan dan ejaan banyak dipengaruhi
mengikut etnik tertentu. Contohnya, sebutan dan ejaan sukukaum Kadazandusun dari satu
daerah dengan daerah lain di negeri sabah adalah berlainan tetapi masih membawa erti
dan makna yang sama.

Pakaian tradisi ini pula berbeza mengikut kawasan dan sosio budaya sukukaum
Kadazandusun. Dalam aspek ini, tumpuan diberikan kepada corak pakaian dalam
perayaan tertentu. Setiap etnik dalam Kadazandusun mempunyai pakaian tradisinya
sendiri.

Muzik tradisi yang ditonjolkan dalam kaum ini amat menarik dan unik. Alat-alat
dan bunyi-bunyian tradisional ini banyak terdapat dalam suku kaum Kadazandusun dan
ianya berpotensi untuk diwarisi oleh generasi muda kini. Antara lain alat-alat muzik
tradisi yang popular ialah gong, sompoton, kulintangan, togunggu atau togunggak,
bungkau, pumpuak, sundatang, suling, turali, tongkungon dan lain-lain lagi.

Disebabkan masyarakat Kadazandusun ini memiliki pelbagai budaya yang unik


mengikut etnik tertentu maka corak hidup mereka juga berbeza mengikut tempat tertentu.
Kebanyakan corak kehidupan mereka ini dipengaruhi oleh adat resam penduduk
setempat. Adat resam inilah yang mempengaruhi corak kehidupan masyarakat
Kadazandusun sesuatu kawasan.

Dalam setiap upacara rasmi ataupun perayaan tertentu, tarian tradisional suku
kaum Kadazandusun sering menjadi daya tarikan dan kemeriahan majlis tersebut. Setiap
etnik dalam Kadazandusun mempunyai tarian tradisinya sendiri. Corak tarian tradisional
ini dipengaruhi oleh sosio budaya kawasan tertentu.
Kemuncak bagi pemartabatan warisan budaya sukukaum Kadazandusun dan
kesenian serta keunikannya ialah menerusi Perayaan Pesta Kaamatan yang diraikan pada
setiap 30 dan 31 Mei setiap tahun. Dalam perayaan ini,berbagai acara menarik dan juga
budaya kaum Kadazandusun yang ditonjolkan dan dipamerkan. Antara lain acara yang
biasanya menjadi tarikan dalam Perayaan Pesta Kaamatan ialah "Unduk Ngadau"
Kaamatan yang mempamerkan pakaian tradisi mengikut etnik.

Konklusi, masyarakat Kadazandusun memang memiliki warisan budaya yang


sungguh unik, asli dan menarik. Justeru itu, melalui laman web ini sedikit sebanyak
memberi penerangan dan penjelasan kepada para pembaca yang melayari laman web
"Warisan Budaya Kaum Kadazandusun" supaya warisan budaya masyarakat
Kadazandusun ini tetap dipelihara dan dikekalkan untuk tatapan dan penyelidikan
generasi masa akan datang.

Menurut Persatuan Kebudayaan Kadazandusun Sabah (KDCA), Kadazandusun


merujuk kepada empat puluh satu etnik seperti berikut; ·

Bisaya, Kuijau, Murut, Sungai, Bonggi, Lingkabau, Nabai, Tatana, Bundu, Liwan,
Paitan, Tangara, Dumpas, Lobu, Pingas, Tidong, Gana, Lotud, Rumanau, Tindal, Garo,
Lundayo, Rungus, Tobilung, Idaan, Makiang, Sinobu, Tolinting, Kadayan, Malapi,
Sinorupu, Tombonuo, Kimaragang, Mangkaak, Sonsogon, Tuhawon, Kolobuan Minokok,
Sukang, Tutung.

Kita akui bahawa kesemua etnik di atas berasal dari Nunuk R agang, iaitu satu
petempatan awal Kadazandusun yang terletak di "Tompios" dalam daerah Ranau pada
hari ini.

Bahasa
Bahasa merupakan pengenalan dan asas perpaduan bagi semua kaum. Demikian
juga dengan kaum Kadazandusun yang mempunyai bahasanya sendiri iaitu Bahasa
Kadazandusun. Bahasa ini adalah identiti bagi sukukaum Kadazandusun. Sekiranya
lenyap bahasa maka sesuatu kaum itu juga akan pupus. Oleh itu, Bahasa Kadazandusun
ini haruslah dikembangkan dan dipelihara supaya tidak lenyap.

Bagi mengembangkan dan memelihara bahasa ibunda kaum Kadazandusun ini


lenyap maka beberapa usaha telah diambil contohnya Bahasa Kadazandusun ini telah
mula diajar di beberapa buah sekolah rendah terpilih untuk projek perintis pengajaran dan
pembelajaran Bahasa Kadazandusun.

Kurikulum Bersepadu Bahasa Kadazandusun Sekolah Rendah adalah untuk


memboleh murid menguasai kemahiran asas berkomunikasi dan memperolehi ilmu serta
menghayati dan membanggai bahasa itu.

Pendidikan di negeri Sabah berkembang dengan adanya satu lagi Bahasa diajar
dengan rasminya dalam sistem tertentu persekolahan sekolah rendah.
Selain Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, beberapa badan dan pertubuhan lain
juga memainkan peranan penting dalam usaha pengembangan dan pemeliharaan Bahasa
Kadazandusun contohnya Kadazandusun Language Foundation ( KLF ), Koisaan
Cultural Development Institute ( KDI ), Persatuan Kebudayaan Kadazandusun Sabah
( KDCA ), Perpustakaan Negeri Sabah ( PNS ).

Kadazandusun merupakan suku kaum yang terbesar di negeri Sabah. Mereka


menuturkan banyak dialek dalam bahasa Kadazandusun. Walaupun terdapat perbezaan
ini namun ianya masih dalam rumpun suku kaum Kadazandusun.

Dengan adanya pendidikan Bahasa Kadazandusun di sekolah rendah kini, maka


bahasa Kadazandusun ini akan dapat di mertabatkan dan dikekalkan serta dapat
dipelihara daripada pupus.

Adat Resam kaum Kadazandusun


Asal usul makanan

Lazimnya, menurut kepercayaan suku kaum Kadazandusun, padi berasal daripada


isi manusia yang bernama Huminodun. Huminodun ialah seorang gadis jelita anak
kepada Kinoingan. Kinoringan ialah nama Tuhan bagi nenek moyang suka kaum
Kadazandusun.

Kinoringan telah mengorbankan anaknya Huminodun demi mengatasi masalah


kebuluran di dunia. Menurut kepercayaan suku kaum ini, segala jenis bahan makanan
yang utama berasal dari pelbagai bahagian badan Huminodun. Beras dari isinya yang
putih melepak; darahnya yang merah telah bertukar menjadi lada; halia pula adalah jari
jemari Huminodun; bawang 'tagaas' berasal dari rambut Huminodun; giginya bertukar
menjadi jagung; kepalanya pula menjadi kelapa dan sebagainya.

Oleh itu demi menghormati dan mensyukuri pengorbanan Kinoringan dan


Huminodun, nenek moyang suku kaum ini mengadakan upacara-upacara adat seperti
Momohizan dan Humabot.

Upacara Momohizan

Upacara Momohizan ini diadakan pada bulan Ogos atau bulan September apabila
padi selesai dituai. Upacara momohizan diadakan untuk memuja semangat padi dan
memberi makan kepada penjaga semangat padi supaya membantu untuk menyuburkan
padi dan melindungi padi dari sebarang penyakit atau bencana alam. Upacara momohizan
biasanya berlangsung dirumah keluarga suku kaum Kadazandusun golongan berada.
Sementara itu golongan yang kurang berada akan meminta untuk didoakan bersama
ataupun dalam bahasa Kadazandusun 'mikiompit'.
Dua minggu sebelum upacara ini diadakan tuan rumah akan meminta para
penduduk kampung untuk menolongnya menyediakan 'tapai' iaitu sejenis minuman keras
tradisi Kadazandusun. Upacara Momohizan dimulakan pada sebelah malam iaitu setelah
semua jemputan hadir. Beberapa orang Bobohizan (bomoh suku kaum Kadazandusun)
yang berpakaian serba hitam akan berkumpul dan memulakan upacara ini dengan
memanggil 'miontong pomumuon' (penjaga rumah/semangat padi) Apabila selesai
membaca mantera pemanggilan dalam kata lain apabila semua miontong dan 'tasab'
(malaikat padi) sudah dihimpunkan maka Bobohizan akan menaburkan serbuk ragi
(manasad) di atas nasi yang telah dihidangkan di atas nyiru dan diletakkan di ruang
tengah rumah.

Adalah dipercayai bahawa perbuatan manasad dilakukan bersama-sama dengan


miontong. Setelah selesai manasad, nasi yang ditabur dengan ragi itu kemudian diisi ke
dalam sukat (saging) dan diatas nasi itu diletakkan arang (popou), kemudian mulut sukat
ini akan ditutup dengan daud simpur (daingin). Kemudian Bobohizan akan mengisi beras
ke dalam nyiru yang berbentuk segitiga (hihibuh), ketua Bobohizan akan memungut
sedikit beras dari nyiru dan meletakkannya ke atas gendang.

Sambil membaca mantera, Bobohizan akan mengetuk gendang dan kemudiannya


memakan beras itu, tujuannya ialah untuk menjemput miontong sama-sama memakan
beras tersebut. Selepas itu beberapa orang pelatih Bobohizan yang terdiri daripada
sumandak (gadis-gadis sunti) akan berkumpul dan memukul gendang sambil menyanyi
dan membaca mantera 'tumingak' dan diikuti dengan mantera 'sumava'. Seiringan dengan
itu Bobohizan akan membungkus nasi dengan daun simpur. Nasi yang dibungkus ini
kemudiannya dipungut sedikit-sedikit lalu diisi ke dalam tempayan kecil. Tempayan ini
kemudiannya diletakkan di atas batang bambu yang tingginya kira-kira tiga kaki dan
hujung bambu itu diletak untuk tempayan itu diletakkan. Batang bambu ini diikat pada
tiang rumah dengan menggunakan tali kyang diperbuat daripada kelapa (hisad).

Setelah itu Bobohizan akan menjemput 'miontong' untuk minum tapai (moginum)
bersama-sama. Setelah itu bobohizan akan bersedia untuk menjemput dewata dari
kayangan untuk turut serta makan minum dan memohon kepada mereka untuk menjaga
dan melindungi padi serta keluarga suku kaum Kadazandusun.

Pelatih Bobohizan akan membaca mentara'mingau' dan diikuti dengan mentera


'kumodong sakazan' ini ialah untuk memanggil semangat kenderaan yang menurut
mereka berbentuk perahu dan akan belayar terapung-rapung di udara. Para Bobohizan
akan menutup muka mereka dengan kain sambil membaca mantera 'modsuut/soikung'
iaitu memanggil roh-roh kayangan. Para Bobohizan ini akan menentukan arah tujuan
masing-masing, biasanya dua orang Bobohizan akan belayar ke kayangan (minsavat).

Acara 'modsuut' ini diiringi dengan paluan gong tanpa henti dan Bobohizan pula
membaca mantera dan mengoncang-goncangkan alat bunyian mereka yang diperbuat
serpihan-serpihan besi disangkutkan pada serpihan tulang rusuk manusia yang dipercayai
diturunkan oleh nenek moyang mereka yang merupakan pahlawan peperangan
(misasangod). Alat bunyian ini dipanggil 'sindayang'.
Antara bahan makanan yang dihidang di tengah rumah sebagai jamuan 'mintong'
ialah nasi, tapai, jeruk ikan (nosom) yang digaul dengan halia dan padi (santadang paai).
'Modsuut' memakan masa yang agak lama iaitu lebih kurang dari jam 1.00 tengah malam
hingga jam 5.00 subuh. Apabila roh Bobohizan itu sudah turun ke bumi dengan roh-roh
kayangan, maka Bobohizan akan berehat sebentar, samada mereka akan tidur atau
makan.

Semasa Bobohizan berehat, para jemputan akan menarikan tarian tradisional


Kadazandusun iaitu sumazau. Di sebelah pagi pula iaitu lebih kurang jam 6.00 pagi
Bobohizan akan memalu gendang sambil membaca mantera 'mihung', 'painsan',
'monduvazan dan Bobohizan akan menyanyikan mantera 'momosik' tompuvan'
(mengejutkan pari-pari yang menjaga rumah).

Seterusnya Bobohizan akan menarik sehelai bulu dari seekor ayam yang telah
disediakan sebagai korban. Korban biasanya ialah seekor ayam dengan seekor babi.
Jantina korban mestilah bertentangan misalannya ayam jantan dengan babi betina dan
sebaliknya. Sehelai bulu ayam tadi akan diikat pada hisad dan ianya akan dikuis pada
tuan rumah dan para tetamu.

Ini ialah untuk melindungi mereka daripada serangan penyakit agar mereka akan
sentiasa sihat dalam mengerjakan sawah padi masing-masing. Setelah itu tetamu akan
dijamu dengan makanan yang telah disediakan seperti nasi, tapai, daging ayam, daging
babi dan sebagainya. Setelah Bobohizan menjamu selera, mereka akan turun ke bawah
rumah dan membawa korban itu bersama-sama mereka. Bobohizan akan membaca
mantera sambil memegang ayam korban dan sumazau.

Selepas membaca mantera, ayam akan disembelih dengan menusuk kepala ayam
itu dengan benda tajam, kadangkala Bobohizan akan menggunakan klip rambut yang
besar(titimbok). Setelah ayam itu mati, bulunya akan dibakar sehingga terhidu baunya.
Ertinya ayam itu kini telahpun dikorbankan kepada miontong. Seterusnya Bobohizan
akan memanggil 'miontong' untuk minum tapai iaitu dengan menuangkan sedikit tapai ke
tanah.

Setelah itu Bobohizan akan memotong, rumput dengqn parang dan membaca
mantera 'manau' untuk meminta dewata pulang ke kayangan. Kemudiannya korban-
korban itu akan dibawa naik semula ke rumah. Semasa para Bobohizan naik ke rumah,
salah seorang tuan rumah akan merenjiskan air kepada Bobohizan sebagai membersihkan
Bobohizan yang telah turun ke tanah. Bobohizan pula akan menyanyikan mantera
'sumamboi'.

Bobohizan akan berehat seketika, kemudian acara 'magampah' akan diadakan


dimana tetamu dan ahli keluarga tuan rumah terutamanya kanak-kanak akan duduk
berkumpulan pada suatu tempat (lazimnya ditengah ruang tamu) lalu ditutup dengan kain
yang besar sambil Bobohizan menari-nari mengelilingi mereka dengan membaca mantera
dan memukul dua bilah parang (tandus atau ilang) di atas kain yang menutuoi kumpulan
itu untuk menghalau penyakit.
Bobohizan yang lainnya juga akan menari-nari mengelilingi kumpulan ini dengan
menguis kain penutup dengan batang Lengkuas (tumbu) dan ohok (bunga). Apabila
mantera selesai dibaca, Bobohizan akan mengangkat kain penutup dan mereka yang
ditutup oleh kain itu akan bertempiaran lari kononya untuk meninggalkan penyakit
ditempat mereka berekumpul tadi.

Setelah itu Bobohizan dan para tetamu akan para tetamu akan sumazau. Selepas
jamuan tengah hari, Bobohizan akan membaca mantera 'papasazau miontong' ini ialah
untuk menjemput roh-roh penjaga rumah/padi berpesta menari sumazau bersama-sama.
Sambil sumazau, Bobohizan akan memotong batang bambu (binabat) yang telah
disediakan, kemudian disangkut pada dinding rumah.

Hisad juga akan dihiris-hiris oleh Bobohizan. Hisad yang jatuh ke lantai
akandipungut dan ditabur diatas padi yang dipersembahkan sebagai korban kepada
'miontong'. Selepas itu Bobohizan akan berehat dan pada waktu inilah korban-korban
seperti daging babi dan ayam dibersihkan dan dibahagi-bahagikan. Bahagian usus korban
ini akan dibawa oleh Bobohizan ke sungai untuk dibersihkan. Upacara ini dinamakan
'humanau', ini juga bertujuan untuk memberi makan kepada miontong .

Setelah itu kesemua Bobohizan akan mandi, membersihkan diri mereka. Semasa
perjalanan kembali ke rumah tempat momohizan itu diadakan, Bobohizan dilarang untuk
menoleh ke belakang atau tersadung kaki semasa berjalan. Upacara momohizan ini
diadakan selama dua malam dan setengah hari. Malam keduanya Bobohizan akan
membaca mantera 'modsuut' lagi tapi dengan roh penjaga rumah/padi saja.

Di sebelah pagi hari kedua, bahan korban akan dibahagi-bahagikan kepada para
Bobohizan sebagai sogit dan selepas itu mereka akan dijamu dengan makanan dan
minuman tapai, ketika inilah para tetamu dan Bobohizan akan berbalas pantun (kizat)
atau syair (hius) dan acara ini sememangnya merupakan acara untuk berhibur yang di
selangi dengan gelak ketawa dan usik mengusik. Setelah selesai makan, Bobohizan akan
pulang ke rumah masing-masing dengan berbekalkan sogit (huus).

Humabot

Upacara Humabot ialah adat suku kaum Kadazandusun yang diamalkan oleh
nenek moyang suku kaum ini apabila mendirikan rumah baru. Sebuah keluarga suku
kaum ini yang akan mendirikan rumah akan meminta Bobohizan untuk menjampi tanah
tapak rumah itu didirikan.

Bobohizan memasukkan benda-benda seperti garam, butang baju dan kayu sapad
ke liang tanah tempat tiang dipacakkan. Selepas itu Bobohizan akan merenjis air disekitar
kawasan tapak rumah sambil membaca mantera, ini bertujuan untuk menghalau roh-roh
jahat yang berkeliaran di tapak rumah tersebut yang dipercayai akan mendatangkan
malapetaka ataupun dalam bahasa kadazandusun 'kopizo' Tiang akan dipacakkan jika
tuan rumah termimpi baik, tetapi jika sebaliknya, maka tapak tiang akan dialihkan sedikit
dari tapak asal.
Apabila rumah sudah didirikan, Bobohizan akan dipanggil lagi dan kali ini
upacara 'momodu' atau memandikan rumah akan dijalankan. Bobohizan akan membaca
mantera sambil kaum lelaki akan menyalakan apai pada bambu yang hujungnya
dibungkus dengan getah (sikalap) dan membawa obor ini mengililingi rangka-rangka atap
rumah sambil bertempik sorak atau 'memangkis'. Ini bertujuan untuk menghalau roh-roh
jahat pembawa malapetaka.

Upacara ini biasanya disambut dengan keramaian dan para jemputan akan
dihidangkan dengan jamuan. Tuan rumah juga akan memjemput ketua keluarga yang
mempunyai ramai anak yang semua masih 'hidup', ke rumahnya dan meminta ketua
keluarga itu baring sebentar pada alas tidur tuan rumah. Ini dipercayai bertujuan untuk
menjemput rezeki yang berpanjangan kepada keluarga tuan rumah itu.

Sebulan selepas tuan rumah tinggal di rumah itu maka upacara 'momohontog sisit'
iaitu upacara menghormati tiang rumah akan diadakan ianya merupakan acara keramaian
seperti magagung, sumazau dan makan besar. Setahun selepas tuan rumah tinggal di
rumah baru itu, upacara magavau akan diadakan untuk memuja semangat rumah.

Seminggu selepas magavau diadakan upacara Humabot pula menyusul, upacara


ini juga adalah upacara menghormati rumah dan ianya disambut dengan meriah sekali.
Tapai akan disediakan untuk menjamu jemputan yang datang.

Dalam upacara itu Bobohizan akan menjampi nasi untuk membuat tapai
kemudian meletakkanya diatas daun simpur. Air perahan nasi tapai itu akan diminum dan
nasinya pula dilontarkan ke dalam ketawai besar (bekas menyimpan padi), ini adalah
untuk memberi makan kepada semangat padi 'bambazon' makan. Kaum lelaki juga akan
melontarkan nasi tapai pada daun simpur itu ke dalam ketawai sambil bertempik sorak
(memangkis) .

Acara ini berterusan sehingga kesemua nas tapai yang diletakkan atas daun
simpur itu habis. Upacara Humabot diadakan setiap selang satu tahun selepas ia diadakan
dan lima tahun selepas rumah itu dihumi. Upacara ini juga merupakan upacara keramaian
iaitu makan besar dimana seekor kerbau akan ditumbangkan sebagai sogit (korban).

Nenek moyang suku kaum ini mempercayai bahawa sekiranya upacara-upacara


menghormati rumah baru ini tidak dilakukan maka malapetaka pasti akan menimpa
keluarga yang tinggal dirumah baru itu, penyakit akan berleluasa, perkara-perkara ganjil
dan mengerikan akan terjadi dirumah itu seperti beratus-ratus ekor tabuan (potizukon)
akan mengelilingi rumah atau biawak akan tiba-tiba muncul dirumah baru itu.

Perayaan Tadau Kaamatan

Pesta Kaamatan atau nama lain iaitu (Tadau Kaamatan) atau di dalam bahasa
Kadazan "Magavau" merupakan upacara perayaan khas untuk menghormati "Bambazon"
iaitu semangat padi. Perayaan ini adalah amalan secara tradisi Kaum Kadazan-Dusun
sejak zaman berzaman. Perayaan "Magavau" ini biasanya diadakan selepas selesai
menuai padi. Pesta Kaamatan yang dirayakan dewasa ini telah diluluskan oleh Majlis
Undangan Kerajaan Koloni sebagai cuti umum Sabah sejak tahun 1960 lagi, oleh Tun
Haji Mohamad Fuad Stephens, Ketua Menteri Sabah yang pertama.

Antara sambutan menarik yang diadakan ialah persembahan dan pertandingan


tarian Sumazau. Tarian ini ditarikan oleh kaum petani terdiri daripada lelaki dan
perempuan dengan memakai pakaian tradisional mereka. Tarian ini dimainkan dengan
iringan paluan gong. Tarian ini ditarikan dengan kedua-dua tangan diangkat ke paras
bahu dan dikibar-kibarkan umpama kipasan sayap burung, mengikut alunan rentak yang
dimainkan.

Selain daripada persembahan tarian Sumazau, diadakan juga pertandingan


nyanyian dipanggil Sugandoi, pertunjukan bina badan, dan ratu cantik atau "Unduk
Ngadau", dan persembahan segala jenis kesenian dan kraftangan. Pertandingan seperti
memukul gong dan sukan rakyat juga menjadi antara acara utama dalam perayaan ini.

Antara hidangan popular semasa perayaan ini ialah meminum tapai atau
"Kinomol", iaitu sejenis arak tradisional. Tapai merupakan minuman tradisi mereka,
diperbuat sama ada daripada beras (nasi) atau ubi kayu. Nasi akan diperam di dalam
sebuah tempayan besar atau "tajau" selama seminggu, atau ubi kayu diperam selama dua
hingga tiga minggu. Biasanya tapai dicampur dengan ragi untuk mempercepatkan proses
"memberi rasa" kepada tapai tersebut.

Mereka menggunakan sebatang buluh kecil yang dipanggil "Sumbiling" untuk


menyedut air tapai ini dari dalam tempayan besar. Biasanya sumbiling digunakan untuk
meminum air tapai yang diperbuat daripada ubi kayu. Selain itu, mereka juga
menggunakan gelas khas dinamakan "Singgarung" yang diperbuat daripada buluh.

Asal usul Magavau

Terdapat banyak sebutan perkataan Magavau ini mengikut dialek dan lokasi suku
kaum Kadazandusun. Walau bagaimanapun ia tetap membawa maksud yang sama.

Menurut cerita lisan, Kinoingan ( Tuhan ) dan isterinya Suminundu mempunyai


seorang anak perempuan yang bernama Huminodun. Untuk menyelamatkan orang-orang
Kadazandusun daripada kebuluran kerana tidak mempunyai makanan yang mencukupi,
maka Kinoingan terpaksa mengorbankan anak kesayangan mereka Huminodun.
Huminodun dibunuh dan mayatnya dikubur menurut adat istiadat selengkapnya.
Kononnya, mayat Huminodun itu telah mengeluarkan berjenis-jenis benih tumbuhan
yang menjadi makanan utama kepada kita sekarang. Salah satu benih tumbuhan itu ialah
padi. Oleh kerana sebahagian dari mayat Huminodun itu mengeluarkan benih padi, maka
wujudlah kepercayaan bahawa padi itu mempunyai semangat yang diberi nama
"Bambazon".

Bermula dari kejadian inilah orang-orang Kadazandusun memulakan upacara


Pesta Kaamatan ( Pesta Menuai ) seperti yang dirayakan dewasa ini. Perayaan seumpama
ini mengharapkan agar rezeki yang akan datang bertambah baik dan lumayan. Upacara
penghormatan terhadap semangat padi yakni padi-padi yang selesai dituai dan telah
selamat dimasukkan ke dalam ketawai ( Tangkob ) iaitu bekas tempat menyimpan padi.
Selain itu, perayaan Pesta Kaamatan ini juga mengingatkan kita akan rasa penghargaan
dan penghormatan masyarakat Kaum Kadazandusun akan Penciptanya ( Kinoingan )
yang sanggup mengorbankan anak kesayangannya Huminodun untuk menyelamatkan
orang-orangnya supaya tidak mati kebuluran.

Lagu Pesta Kaamatan

Kasaakazan Do Bambaazon

 Toun haid tumahib

Au opiumanan

Toun vagu noikot no gontob

Tadau kalamazan

Chorus:-

 Kotobian do Toun Vagu

Doid songovian

Ada tokou pogivovogu

Ondomo kovosian

Kanou no manaandak Mohoing dazanak

Tadau tagazo do Kaamatan

Kinasakazan Bambaazon
Chorus:-

Kotobian om kounsikaan

Hasa sopiampun

Miiso doid kasanangan

Ingkaa daa tikid toun

 Chorus:-

 Misompuru Id Koubasanan

Osodu noi koniab , Gontob tanong di aki,

Natalup no i ralan, Nantadon tulun tokou,

Upus nu om upus ku, Koubasan gulu-gulu,

Orubat au poinsurat tungkusan sinakagon

Chorus:-

Tobpinai kanou pogi,

Mi-iso id koubasanan,

Mogiampun-ampun tokou ,

tumabi toiso-iso

Misompuru id koubasanan

 Tadau do kaamatan, tadau do koubasanan,

Pogirot piombolutan, tukad do ingkokoton,

Soira po wagu tokou mamasi koubasanan,

Miobpinai toiso-iso, iso rikoton tokou.


Pengenalan

Kaum Iban di Sabah

Kaum Iban dahulu dikenali sebagai dayak laut dan dengan jumlah sebanyak
576,000 iaitu 30% daripada jumlah penduduk Sarawak, kaum Iban merupakan kumpulan
etnik yang terbesar di Sarawak ,mareka mendiami daerah dan bahagian negeri Sarawak
dari daerah Lundu di barat dan Limbang di timur laut, tetapi kepadatan penduduk iban
adalah di bahagian Kota Samarahan, Sri Aman, Sarikei, Sibu, Kapit, Bintulu dan Miri.
Kebanyakan kaum iban tinggal berkampung di rumah panjang yang kebiasaanya teletak
di tebingan sungai dan di tepi jalan raya ini adalah bagi mempermudahkan aktiviti kerja ,
berhubung dan berkomunikasi antara satu sama lain. amalan cara hidup yang diamalkan
adalah berlandaskan hukum adat ,pantang-larang, tolak-ansur (tolenransi), dan
berteraskan perhubungan persaudaraan yang erat antara satu sama lain.kebanyakan
masyarakat iban pada hari ini menerima agama kristian sebangai pegangan, tetapi dalam
masa yang sama masih mengekalkan nilai adat resam dan ciri-ciri kebudayaan yang
menjadi lambang tradisi masyarakat Iban.[Sarawak mempunyai 112 jenis suku dayak]

Tempat menetap

Orang Iban biasanya menduduki di lembah Sungai Saribas, Sungai Skrang,


Sungai Batang Lupar, dan Sungai Rajang. Kaum Iban adalah kaum yang mengamalkan
banyak budaya yang menarik. Mereka hidup bermasyarakat dan mendiami rumah-rumah
panjang. Diketuai oleh ketua kampung yang dipanggil tuai rumah.Kebanyakkan
masyarakat Iban sekarang telah menetap di bandar-bandar di sekitar negeri Sarawak.
Tradisi

Tradisi orang Iban adalah menyimpan pasu, gong, dan tempayan yang dipanggil
tajau. Ia diwarisi secara turun-temurun, bernilai, dianggap suci, dan dihomati. Tajau
berfungsi sebagai harta simpanan dan diperoleh secara tukar barang. Sebilangan kecil
masyarakat bumiputera Iban masih mengamalkan kepercayaan animisme.

Sistem Tulisan

Kaum Iban mempunyai bahasanya yang tersendiri, iaitu bahasa Iban, bahasa Iban
mempunyai banyak persamaan dengan bahasa Melayu, bahasa Iban merupakan bahasa
yang seragam (homogenous). Masyarakat Dayak-Iban merupakan satu-satunya bangsa
bumiputra di Malaysia yang mempunyai system tulisan yang disebut 'Turai'. Ia
mempunyai tidak kurang daripada 59 abjad yang mewakili bunyi sebutan seperti tulisan
rumi. System tulisan ini berkesan apabila orang Iban dapat merujuk keturuan sehingga 15
generasi yang terdahulu dengan darjah ketepatan yang mengagumkan dan juga
merekodkan peristiwa penting. Salah satu peristiwa yang penting dalam sejarah orang
Iban ialah 'Pirate of Beting Maro' di mana mereka mematahkan kemaraan penjajah dan
merampas harta kebendaan pihak musuh.

[contoh bahasa iban] makan=makai sana=din sini=kitok kalau=enti boleh=ulih saya=aku


kamu=dik nanti=legik kejar=ngagai tak nak=enggai

Antara kebudayaan Iban lain yang menarik adalah:

 Ngajat
 Ngayau
 Ngayap

Kehidupan Zaman Kini

Kebanyakkan orang iban pada masa kini tidak tinggal di rumah panjang,mereka
hanya ke rumah panjang apabila tibanya Gawai.

Kepercayaan

Dalam Kepercayaan Iban, mereka berpegang kepada adat yang diwarisi turun
temurun dan ditulis didalam 'Papan Turai' oleh 'Tuai raban bansa' atau Chief Paramount
dengan berpandukan nasihat 'Beliau' dan 'Lemambang'. Contohnya apabila hendak
membuka penempatan dan mendirikan rumah, kawasan tanah yang hendak didirikan
rumah tersebut hendaklah disemak terlebih dahulu. Mereka juga percaya pada petanda-
petanda lain seperti bunyi burung ketupung dan burung beragai. Bunyi yang dikeluarkan
oleh binatang-binatang ini adalah petunjuk dan alamat untuk menentukan kesesuaian
tapak. Semua petanda akan ditafsirkan oleh 'Beliau' atau 'Manang' bagi mematuhi adat
supaya tidak mendatangkan malapetaka.

Mimpi merupakan salah satu sumber alamat tetang sesuatu yang bakal terjadi di
masa akan datang dan diterjemah oleh Beliau dan Manang. Bagi menghidar alamat yang
boleh mendatangkan malapetaka, biasanya upacara 'Ngintu Burung' dan 'belian' akan
dijalankan mengikut 'Adat' yang dirujuk kepada Chief Paramount.

Kegiatan ekonomi

Sebahagian besar masyarakat iban masih tinggal di rumah-rumah panjang dimana


pola pertempatan bagi rumah panjang ini adalah beselerak dilembah sungai di seluruh
negeri Sarawak, Segolongan besar orang iban masih melibatkan diri di dalam kegiatan
pertanian iaitu menanam padi bukit atau padi huma. orang iban pada zaman dahulu
merupakan peneroka ulung dalam membuka hutan rimba (berimba)atau(berumpang
kampong)bagi tujuan penanaman padi bukit.aktiviti penerokaan ini dilakukan dengan
seluas yang termampu dengan matlamat untuk mendapatkan hasil tuaian tanaman padi
yang lebih banyak.bagi masyarakat iban sesiapa yang dapat tuaian padi yang banyak
maka dia merupakan seorang yang boleh dianggap kaya dan dipandang tinggi ,pintar dan
rajin. justeru itu masyarakat iban pernah dianggap sebagai salah satu masyarakat yang
terkenal dengan penanaman padi bukit(Sultive,1978:3). selain itu orang iban yang tinggal
di rumah panjang masih menjalankan aktiviti memburu dan mendapat sumber-sumber
hutan untuk mendapatkan bekalan makanan dan perubatan.pada hari ini sebahagian orang
iban mula menetap di bandar- bandar besar di sarawak, kebanyakan generasi baru iban
mempunyai pengetahuan dan kelayakan pendidikan dan berkerja di dalam sektor awam
dan sektor swasta.

Perayaan Hari Gawai Dayak


Perayaan Hari Gawai disambut oleh masyarakat Dayak(Suku kaum Iban) di
Sarawak pada 1 hb Jun setiap tahun. Jenis-jenis Hari Gawai adalah seperti Gawai
Burung, Gawai Batu, Gawai Kenyalang, dan Gawai Antu yang meyembah benda-benda
yang terdapat di alam semesta ini. Antaranya, sambutan Hari Gawai Dayak yang
dijalankan antara hari pertama dan kedua pada bulan Jun adalah terpenting. Biasanya,
Tarian Ngajat ditarikan dalam sambutan Hari Gawai sebagai tanda kesyukuran dalam
kehasilan menuai padi sepanjang tahun ini. Perayaan akan bermula dengan tuai rumah
membahagi-bahagikan tugas kepada penghuni rumah panjang. Kaum wanita pula akan
menyediakan kuih-muih tradisional yang diperbuat daripada tepung beras, gula dan
santan. Minuman tuak merupakan sajian utama perayaan Hari Gawai.

Pada petang menjelang Hari Gawai bermula, upacara membuang sial dilakukan
oleh Tuai Gawai. Tuai Gawai memulakan upacara ‘miring’ ini diruai (beranda) rumah
panjang. Beliau mewakili penghuni rumah panjang berdoa supaya dipanjangkan umur
dan dimurahkan rezeki. Pada jam 12.00 malam, upacara minum ‘air pengayu’ dilakukan
dengan harapan supaya panjang umur, sihat dan makmur. Pada pagi 1hb Jun, tepat jam
7.00 pagi, tuai rumah dengan diiringi oleh beberapa penghuni rumah panjang menghantar
piring persembahan ke ‘tiang pengingat’ iaitu sejenis kayu yang sering digunakan untuk
mendirikan rumah panjang.

Pada hari pesta Gawai, pelbagai jenis makanan dan air tuak akan dipersembahkan
kepada Dewa Padi dan Kekayaan. Satu puisi khas untuk Pesta Gawai akan dibacakan
oleh salah seorang daripada mereka sebelum merenjiskan darah ayam jantan ke atas
bahan persembahan. Bahan persembahan yang basah dengan darah ayam jantan itu
dianggap sebagai pembuka rasmi Pesta Gawai.

Setelah upacara persembahan telah selesai, perayaan Gawai secara tradisi


dimulakan. Seluruh masyarakat berkumpul sekitar 'ranyai' atau pokok istiadat yang
dibawa masuk kedalam dan diletakkan di serambi umum di rumah panjang. Mereka juga
akan melawat kaum keluarga dan sahabat handai yang dikenali sebagai 'ngabang'.
Pakaian tradisi akan dikenakan, dan perhiasan manik orang ulu akan dikeluarkan untuk
dipakai pada hari itu. Perawan Iban pula akan mengenakan perhiasan perak tradisi.
Perayaan berpusat sekitar ranyai dengan
makanan dan minuman tuak. Perayaan Gawai merupakan masa untuk semua orang
bersuka-ria
sambil menjamu hidangan bersama air tuak.

Salah satu acara paling menarik pada perayaan Gawai adalah Ngajat Lesong.
Penari akan menunjukkan kekuatan dengan mengangkat lesung menumbuk padi dengan
menggunakan giginya.

Ketika perayaan Gawai, perhiasan tradisional Orang Ulu yang diperbuat daripada
manik-manik yang diwarisi turun temurun dan tidak ternilai harganya, akan dipakai untuk
dipamirkan. Anak dara orang Iban juga akan mengenakan perhiasan perak yang
menonjolkan lagi kecantikan paras rupa mereka.

Pesta Gawai Dayak ditutup berakhir dengan penurunan pokok ranyai tersebut.

You might also like