You are on page 1of 6

NOVEL MELUNAS

RINDU
HARTINI HAMZAH
• Fuad ialah seorang pemuda yang berketurunan Cina dan
beragama Islam. Selain nama Fuad, dia juga memiliki dua
nama lain iaitu Joshua dan Abdul Halim. Ayahnya ialah Robert
Lim yang berketurunan Cina dan berkahwin dengan Mariana
yang berketurunan Melayu. Walau bagaimanapun, hidupnya
penuh dengan liku kerana sejak kecil lagi dia tidak mengenali
dan tidak mendapat kasih sayang daripada ibu dan bapanya.
Dia dibesarkan oleh Peter Lim iaitu bapa saudaranya yang juga
adik kepada Robert Lim iaitu ayah kandungnya yang sebenar.
Selepas itu dia menjadi anak angkat kepada Pak Ismail dan
Mak Salmah. Fuad berusaha untuk mencari kubur ibunya yang
disangkanya sudah meninggal dunia.
• Fuad yang telah diminta moral daripada Pak Ismail, Mak
Salmah . Peter Lim, Swee Lan, dan Robert Lim sendiri
memberikan bantuan untuk mengesan ibunya melalui cincin
yang diberikan Robert Lim kepada Mariana. Selain itu, Fuad
juga dibantu oleh Pak Said dan Pak Ngah Lias untuk
mengesan kubur ibunya itu. Akhirnya Fuad mendapat
maklumat bahawa ibunya tidak meninggal dunia dan masih
hidup. Fuad telah ditawarkan sebagai guru sandaran tidak
terlatih di Sekolah Menengah Seri Setia oleh Cikgu Abas.
Setelah mempertimbangkan Fuad telah menerima tawaran
tersebut. Di sekolah itu Fuad telah berkenalan dengan
Farhana yang menjadi Ketua Panitia Bahasa Inggeris di
sekolah yang sama. Hubungan yang rapat itu akhirnya
melahirkan perasaan cinta yang suci antara mereka berdua.
• Sementara itu Farhana menghadapi konflik dengan
Cikgu Zamani di sekolah. Hal ini demikian kerana,
Cikgu Zamani selalu mengkritik dan mengutuknya
dengan pelbagai kritikan dan kutukan. Sepatutnya
cikgu Zamani melakukan tindakan yang selaras
dengan perkara yang dikatakannya. Dia selalu
mengatakan orang lain sahaja yang melakukan
kesalahan dan kesilapan tetapi tidak menyedari
bahawa dia sendiri melakukan kesalahan.
• Fuad cukup bersedia untuk menerima hakikat itu kerana
dia sudah biasa hidup dalam keadaan yang penuh
dengan cabaran dan masalah. Ayah kandung Fuad juga
mengesali perbuatan silamnya yang meninggalkan
Mariana selepas tiga bulan berkahwin tanpa sebarang
berita. Robert Lim memohon maaf daripada Pak Ismail,
Mak Salmah dan juga Mariana atas kesalahan-
kesalahannya itu. Fuad juga akhirnya menerima hakikat
bahawa Robert Lim ialah ayah kandungnya, Mariana
sebagai ibu kandungnya dan juga Farhana sebagai adik
kandungnya.
TEMA
• Keprihatinan dan kasih sayang
• Sebagai contohnya, Fuad mengajak Farhana
menaiki keretanya dan dia menghantar
Farhana ke rumah ibu Farhana di Kuantan.
• Selain itu, Fuad juga menemani Farhana di
hospital ketika ibu Farhana, iaitu Mariana yang
diserang sakit lelah dimasukkan ke hospital.

You might also like