You are on page 1of 12

KEBUDAYAAN SEBAGAI ALAT

PERPADUAN
Pengenalan
Perpaduan Melalui Asimilasi dan
Pemisahan Budaya
Penerapan Budaya Melalui Pendidikan
Cadangan Perubahan Akta Pendidikan
1996 atau Peraturan Pendidikan
(Kurikulum Kebangsaan) 1997
PENGENALAN
Kebudayaan :
• Merupakan satu keseluruhan kompleks yang
mengandungi ilmu pengetahuan,
kepercayaan, kesenian, kesusilaan, undang-
undang, adat resam dan lain-lain kebolehan
serta kebiasaan yang diperolehi oleh manusia
sebagai anggota masyarakat (Taylor, 1871)
• Bagi sebuah negara yang mempunyai
masyarakat berbilang kaum seperti di Malaysia,
proses pembentukan kebudayaan nasional
memerlukan perancangan yang teliti dan rapi
supaya dapat melahirkan cara hidup yang
bersifat keMalaysiaan.
• Perancangan kebudayaan ini harus menentukan
sifat-sifat yang baik, mulia dan utama bagi
pembinaan bangsa dan ketahanan negara.
Perpaduan Melalui Asimilasi dan Pemisahan
Budaya
• Kebudayaan dilihat mampu untuk menjadi satu peranti
dalam usaha menggalakkan dan merancakkan perpaduan
di Malaysia selaras dengaan objektif Dasar Kebudayaan
Kebangsaan yang berhasrat untuk mengukuhkan
perpaduan bangsa dan Negara melalui kebudayaan.
• Dalam setiap masyarakat manusia, sememangnya
terdapat polariti, apatah lagi dalam sebuah masyarakat
majmuk. Polariti merupakan kewujudan dua buah
pandangan, keadaan atau permintaan yang berlawanan
antara satu sama lain.
• Polariti yang diuruskan dengan baik
memaksimumkan faedah kedua-dua ekstrem
manakala kekurangan pula diminimumkan.
• Sebuah situasi optimum dan zon
keterangkuman perlu dicari antara dua
pendapat yang bertentangan untuk
memperseimbangkan keperluan pilihan yang
bertentangan.
• Terdapat dua pendekatan berbeza terhadap
konteks pelbagai budaya di Malaysia iaitu
asimilasi dan pemisahan.
PERPADUAN MELALUI ASIMILASI DAN
PEMISAHAN BUDAYA

ASIMILASI PEMISAHAN
Pemaksaan Budaya yang
atau adaptasi Keterangkuman terasing dan
budaya yang terpisah
dominan

Integrasi

Interaksi sosial Saling menerima


dan budaya dan menghargai
Penerapan Budaya Melalui Pendidikan

• Penerapan yang lebih berkesan perlu bermula


dari akar umbi melalui saluran yang betul dan
tepat.
• Penerapan budaya ini dijangka akan berkesan
melalui agenda pendidikan kebangsaan
sekiranya terdapat struktur dan pengisian
yang baik disusun di semua peringkat
pendidikan.
Cadangan Perubahan yang perlu
dalam Akta Pendidikan 1996 atau
Peraturan Pendidikan (Kurikulum
Kebangsaan) 1997
• Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan :
dijadikan MP teras
diwajibkan ke atas semua sekolah kerajaan, bantuan kerajaan dan sekolah swasta
tanpa sebarang pengecualian.
ke dalam senarai matapelajaran wajib dalam peperiksaan awam seperti PMR dan
SPM.

Dalam Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997, Peraturan 3 bilangan (2)


(a) perlu ubah dari segi jumlah matapelajaran teras yang dinyatakan dalam Jadual 5
iaitu dengan menambahkan matapelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan
sebagai satu matapelajaran teras di peringkat menengah.

Dengan adanya Akta Pendidikan 1996, seksyen 18 (3) dan seksyen 74, maka
penambahan syarat untuk menjadikan matapelajaran sivik sebagai matapelajaran
teras dan satu subjek yang wajib dalam peperiksaan awam akan menjadi lebih
mudah untuk dikuatkuasakan.

Walaubagaimanapun, sukatan pelajaran untuk subjek ini perlulah disusun dengan


lebih baik merangkumi pelbagai aspek termasuklah aspek kebudayaan agar seluruh
warga negara Malaysia dapat memahami dan dapat menerima serta memupuk rasa
kesatuan dan penyatuan matlamat, sebagaimana yang dihasratkan dengan jelas
dalam 1Malaysia.
• Peraturan 4 dalam Peraturan Pendidikan (Kurikulum
Kebangsaan) 1997, perlu ditambah supaya lebih jelas dan
terperinci :
Sukatan yang seragam perlu ditetapkan dalam bidang
kokurikulum.
diwajibkan ke atas kesemua institusi pendidikan di
Malaysia.
Pengecualian tidak boleh sama sekali diberikan kepada
sekolah swasta sebagaimana sebelumnya berkaitan sukatan
kurikulum mahupun kokurikulum kerana kita percaya
bahawa untuk menghasilkan sebuah masyarakat Malaysia
yang bersatu, pihak kerajaan perlulah menetapkan
keseragaman dalam sukatan kurikulum dan kokurikulum
yang bermula sejak dipra-sekolah lagi.
• Dalam menentukan sukatan atau bahan bagi
kokurikulum :

Penerapan nilai-nilai budaya masyarakat majmuk Malaysia


mestilah di letakkan sebagai agenda kerajaan yang wajib
disebatikan ke dalam diri setiap pelajar melalui persatuan,
sukan dan sebagainya kerana apa yang didapati ialah sehingga
ke hari ini, penerapan nilai-nilai masih lagi tidak di ambil
perhatian oleh masyarakat Malaysia secara polariti antara
asimilasi dan pemisahan.
Masyarakat perlulah berfikir secara lebih global
Menerima kenyataan bahawa Malaysia merupakan sebuah
negara majmuk berbilang kaum dan sewajarnyalah,
penerapan nilai yang dibuat oleh setiap pendidik ke dalam
diri setiap pelajar menyentuh tentang kemestian kerjasama
yang melibatkan semua kaum yang ada di Malaysia.

You might also like