You are on page 1of 18

UNDANG-UNDANG

JAWATANKUASA SURAU AR-RAHMAN JALAN KEMBOJA 4A


BUKIT SENTOSA 3, RAWANG, SELANGOR

Fasal 1 NAMA

1. Surau ini dikenali dengan nama:

SURAU AR-RAHMAN

Selepas ini disebut “Surau”

Fasal 2 TEMPAT URUSAN

1. Alamat dan tempat urusan Surau ialah:

Jalan Kemboja 4A
Seksyen B.S.8, Bukit Sentosa 3,
48020 Rawang
Selangor Darul Ehsan

Atau ditempat lain atau tempat-tempat yang akan ditetapkan dari masa
kesemasa oleh Jawatankuasa.

Tempat urusan dan alamat surat menyurat Surau tidak boleh diubah.

Fasal 3 TUJUAN / MATLAMAT

1. Mengadakan kelas-kelas, ceramah, pengajian keagamaan dan


sebagainya yang bersangkutan dan berkaitan dengan agama Islam
untuk ahli-ahli kariah Jalan Kemboja 4A, 5A dan persekitarannya.

2. Menjalankan aktiviti sosial dan kemasyarakatan demi untuk kebajikan


dan kesejahteraan ahli kariah Jalan Kemboja 4A, 5A dan
persekitarannya.

3. Mengeratkan tali silatulrahim dan memupuk semangat kejiranan


sesama ahli kariah Jalan Kemboja 4A, 5A dan persekitarannya dan
juga dengan semua umat Islam yang tinggal berhampiran,
bersebelahan atau disekeliling taman ini.

1
Fasal 4 KEAHLIAN

1. Semua penduduk yang berumur 18 tahun keatas dan beragama Islam


yang tinggal diperumahan Jalan Kemboja 4A, 5A dan persekitarannya,
Bukit Sentosa 3, Rawang, secara otomatik adalah ahli Surau.

2. Tiap-tiap ahli dikehendaki mengisi borang pendaftaran yang


disediakan dan dihantar kepada Setiausaha atau Ahli Jawatankuasa.

3. Ahli-ahli disarankan agar dapat mengadakan atau mempunyai alamat


e-mail sendiri bagi tujuan menerima maklumat-maklumat daripada ahli
jawatankuasa surau.

Fasal 5 SUMBANGAN

1. Bayaran masuk dan sumbangan yang perlu dijelaskan adalah seperti


berikut:

Pendaftaran Keahlian – PERCUMA

Sumbangan Bulanan - RM 10.00 (Ringgit Malaysia Sepuluh Sahaja)

2. Sumbangan daripada ahli-ahli Jalan Kemboja 4A, 5A dan


persekitarannya adalah amat-amat digalakkan untuk mengganjurkan
aktiviti-aktiviti yang telah dirancang

2. Sumbangan bulanan harus dijelaskan kepada Bendahari dalam


tempoh 14 hari dari awal bulan.

2
Fasal 6 MESYUARAT AGONG

1. Pengelolaan Surau ini terserah kepada Mesyuarat Agong ahli-ahli


kariah. Sekurang-kurangnya satu perempat (¼) daripada jumlah ahli
yang berhak mengundi atau dua kali ganda ahli Jawatankuasa,
mengikut mana yang kurang, hendaklah hadir didalam Mesyuarat
Agong bagi mengesahkan perjalanan mesyuarat dan mencukupi
korum untuk mesyuarat.

2. Jika korum tidak cukup selepas setengah jam daripada waktu yang telah
ditetapkan untuk mesyuarat, maka mesyuarat itu hendaklah
ditangguhkan kepada satu tarikh (tidak lebih daripada 30 hari) yang
ditetapkan oleh Jawatankuasa. Dan jika korum tidak cukup selepas
setengah jam daripada waktu yang telah ditetapkan untuk mesyuarat
yang ditangguh itu, maka berkuasalah ahli-ahli yang hadir
menjalankan mesyuarat dan boleh membuat keputusan yang
melibatkan semua ahli tetapi tidaklah berkuasa meminda Peraturan
Surau.

3. Mesyuarat Agong Tahunan bagi Surau hendaklah diadakan dengan


secepat mungkin setelah berakhir tahun kewangan tetapi tidak lewat
daripada 28hb Febuari tiap-tiap tahun pada tarikh, masa dan tempat
yang ditetapkan oleh Ahli Jawatankuasa. Kerja-kerja Mesyuarat Agong
ialah:

3.1 menerima laporan Ahli Jawatankuasa berkenaan perjalanan Surau


didalam tahun lalu.
3.2 menerima laporan Bendahari dan Penyata Kewangan yang telah
diperiksa bagi tahun yang lalu.
3.3 memilih ahli-ahli Jawatankuasa dan Pemeriksa Kira-Kira untuk 2
tahun yang akan datang.
3.4 Menguruskan perkara-perkara lain yang dibentangkan di dalam
mesyuarat itu.

4. Setiausaha hendaklah menghantar kepada tiap-tiap ahli sekurang-


kurangnya 7 hari sebelum Mesyuarat Agong Tahunan diadakan satu
Agenda Mesyuarat termasuk salinan Peringatan Mesyuarat dan
Laporan serta Penyata Kira-Kira bagi tahun lalu yang telah diperiksa.
Salinan surat-surat ini juga hendaklah dipamerkan untuk dibaca oleh
ahli-ahli dialamat tempat urusan Surau.

5. Mesyuarat Agong Khas bagi Surau ini boleh diadakan:

5.1 bila difikirkan mustahak oleh Jawatankuasa atau


5.2 atas permintaan beramai-ramai secara bertulis oleh tidak kurang
dari satu perlima (1/5) dari jumlah ahli yang berhak mengundi
dengan menerangkan tujuan dan sebab mengadakannya.
Permintaan itu hendaklah dihantar kepada Setiausaha Surau.

3
6. Mesyuarat Agong Khas yang diminta oleh ahli-ahli hendaklah
diadakan pada satu tarikh dalam tempoh satu bulan dari tarikh
penerimaan permintaan mesyuarat itu.

7. Pengumuman dan agenda untuk Mesyuarat Agong Khas itu


hendaklah diedarkan oleh Setiausaha kepada semua ahli sekurang-
kurangnya 30 hari sebelum tarikh yang ditetapkan untuk
bermesyuarat.

8. Jika selepas setengah jam Mesyuarat Agong Khas dipanggil pada


tarikh yang ditetapkan, korum tidak mencukupi maka Mesyuarat
tersebut dengan sendirinya terbatal. Dan Mesyuarat Agong Khas atas
permintaan ahli-ahli dengan tujuan yang sama tidak boleh diadakan
dalam masa 3 bulan dari tarikh tersebut.

9. Setiausaha hendaklah menghantar kepada tiap-tiap ahli satu salinan


deraf peringatan tiap-tiap Mesyuarat Agong Tahunan dan Mesyuarat
dengan beberapa segera yang boleh setelah selesainya mesyuarat
itu.

4
Fasal 7 JAWATANKUASA

1. Satu jawatankuasa seperti berikut yang dinamakan Ahli Jawatankuasa


Surau hendaklah dipilih 2 tahun sekali didalam Mesyuarat Agong
Tahunan:

1.1 seorang Pengerusi


1.2 seorang Naib Pengerusi
1.3 seorang Setiausaha
1.4 seorang Penolong Setiausaha
1.5 seorang Bendahari
1.6 10 orang Ahli Jawatankuasa Biasa

2. Pemegang-pemegang jawatan Surau ini dan tiap-tiap pegawai yang


menjalankan tugas dalam Surau ini hendaklah terdiri dari
Warganegara Malaysia dan penduduk kariah Jalan Kemboja 4A, 5A
dan Flet Sri Kemboja sahaja.

3. Nama-nama untuk jawatan-jawatan diatas hendaklah dicadangkan


serta disokong dan pemilihan akan dijalankan dengan cara mengundi
oleh ahli-ahli didalam Mesyuarat Agong Tahunan. Semua pegawai
boleh dilantik semula.

4. Fungsi Jawatankuasa ialah mengelola dan mengaturkan kerja-kerja


harian Surau dan membuat keputusan atas perkara-perkara mengenai
perjalanan Surau mengikut dasar am yang telah ditetapkan dalam
Mesyuarat Agong. Jawatankuasa seharusnya tidak boleh mengambil
tindakan yang bertentangan dengan keputusan Mesyuarat Agong dan
Jawatankuasa mestilah senantiasa mematuhi keputusan Mesyuarat
Agong. Jawatankuasa hendaklah mengemukakan laporan berkenaan
kegiatannya dalam tahun lalu kepada tiap-tiap Mesyuarat Agong
Tahunan.

5. Jawatankuasa hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya sekali


dalam 3 bulan. Pengumuman bagi tiap-tiap mesyuarat hendaklah
diberikan kepada ahli-ahli 7 hari terlebih dahulu. Pengerusi dengan
bersendirian atau tidak kurang daripada 4 orang ahli Jawatankuasa
bersama-sama boleh memanggil supaya diadakan Mesyuarat
Jawatankuasa pada bila-bila masa. Sekurang-kurangnya setengah (½)
daripada bilangan ahli Jawatankuasa hendaklah hadir bagi
mengesahkan perjalanan dan mencukupkan korum mesyuarat.

5
6. Jika timbul perkara-perkara yang mustahak berkehendakkan kelulusan
Jawatankuasa dan mesyuarat Jawatankuasa tidak dapat diadakan,
maka Setiausaha bolehlah mendapatkan kelulusan dari ahli-ahli
Jawatankuasa secara pengedaran surat-surat pekeliling. Syarat-syarat
mengenainya seperti berikut mestilah disempurnakan sebelum
keputusan Jawatankuasa boleh dianggap sebagai telah diterima:

6.1 masaalah yang dibangkitkan itu hendaklah dibutirkan dengan


terang didalam surat pekeliling yang diedarkan kepada setiap ahli
Jawatankuasa.
6.2 sekurang-kurangnya setengah daripada bilangan ahli
Jawatankuasa mestilah menyatakan persetujuan atau bantahan
mereka terhadap cadangan itu.
6.3 keputusan hendaklah dengan undi yang terbanyak.

Sebarang keputusan yang didapati melalui surat pekeliling hendaklah


dilaporkan oleh Setiausaha kepada Ahli Jawatankuasa berikutnya
untuk disahkan dan dicatitkan didalam peringatan mesyuarat.

7. Ahli Jawatankuasa yang tidak menghadiri mesyuarat Jawatankuasa


tiga (3) kali berturut-turut akan diberi pertimbangan mengenai
kedudukannya oleh ahli-ahli jawatankuasa yang lain.

8. Jika seseorang ahli Jawatankuasa meninggal dunia atau meletak


jawatan, maka berkuasalah Jawatankuasa melantik ahli yang lain
memenuhkan kekosongan itu sehingga Mesyuarat Agung Tahunan
diadakan.

9. Jawatankuasa boleh menubuhkan Jawatankuasa Kecil atau Biro jika


difikirkan mustahak dan memberikan kewajipan khas kepada seorang
ahli Jawatankuasa.

6
Fasal 8 KEWAJIPAN-KEWAJIPAN PEGAWAI

1. Pengerusi, dalam tempoh menyandang jawatannya, hendaklah


menjadi Pengerusi semua Mesyuarat Agong dan semua Mesyuarat
Jawatankuasa dan bertanggungjawab atas kesempurnaan perjalanan
semua mesyuarat. Ia tidak mempunyai undi pemutus dan hendaklah
menandatangani peringatan mesyuarat bila telah diluluskan. Ia
hendaklah menandatangani semua cek Surau bersama-sama dengan
Bendahari atau Setiausaha

2. Naib Pengerusi hendaklah memangku jawatan Pengerusi semasa


ketiadaannya melainkan menanandatangani cek Surau. Ia juga tidak
mempunyai undi pemutus.

3. Setiausaha hendaklah menjalankan kerja pentadbiran Surau mengikut


undang-undang dan hendaklah ia menjalankan perintah Mesyuarat
Agong dan Jawatankuasa. Ia bertanggungjawab mengendalikan
urusan surat menyurat dan menyimpan semua buku, surat dan kertas
kecuali akaun dan buku-buku kewangan. Setiausaha hendaklah
menyimpan buku daftar ahli atau database yang mengandungi butir-
butir seperti nama, tempat lahir, alamat rumah, nombor telefon, tarikh
lahir, nombor kad pengenalan, pekerjaan, nama dan alamat majikan,
nama waris. Ia hendaklah hadir dalam semua mesyuarat dan
membuat catatan mesyuarat. Ia hendaklah menandatangani semua
cek Surau bersama-sama dengan Pengerusi dan Bendahari.
Setiausaha hendaklah dalam masa 30 hari dari tarikh Mesyuarat
Agung Tahunan diadakan mengirimkan penyata tahunan Surau
kepada semua ahli-ahli.

4. Penolong Setiausaha hendaklah menolong Setiausaha menjalankan


kerja-kerja resmi dan memangku jawatan itu semasa ketiadaan
Setiausaha.

5. Bendahari adalah bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan


Surau. Ia hendaklah membuat dan menyimpan kira-kira berkenaan,
semua perkara kewangan dan bertanggungjawab diatas
ketetapannya. Ia hendaklah menandatangani semua cek Surau
bersama-sama dengan Pengerusi.

6. Ahli Jawatankuasa Biasa hendaklah membantu Jawatankuasa dalam


menjalankan tugas yang diarahkan olehnya.

7
Fasal 9 KEWANGAN

1. Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan berikut dalam Peraturan-


Peraturan ini, wang Surau ini hanya boleh digunakan untuk perkara
yang berfaedah bagi menjalankan tujuan-tujuan Surau, termasuk
belanja pentadbiran dan perbelanjaan pegawai-pegawai, kakitangan
yang bergaji serta upah Pemeriksa Kira-Kira. Walau bagaimanapun,
wang itu tidaklah boleh digunakan untuk membayar denda ahli yang
telah dijatuhkan hukuman oleh mahkamah.

2. Bendahari dibenarkan menyimpan wang runcit tidak lebih dari


RM500.00 (Ringgit Malaysia Lima Ratus Sahaja) pada satu-satu
masa. Wang yang lebih daripada jumlah itu mestilah dimasukkan
kedalam bank yang diluluskan oleh Jawatankuasa. Kira-kira bank itu
hendaklah diatas nama Surau Ar-Rahman.

3. Segala cek atau kenyataan pengeluaran wang dari kira-kira Surau


hendaklah ditandatangani bersama oleh Pengerusi dengan Bendahari
dan Setiausaha. (3 penanda tangan)

4. Tiap-tiap pengeluaran, penggunaan dan pembayaran dengan wang


atau cek mesti dituruti dengan baucer. Baucer-baucer ini mesti sahkan
oleh Pengerusi dan Setiausaha.

5. Perbelanjaan:

5.1 perbelanjaan kurang daripada RM500.00 (Ringgit Malaysia


Lima Ratus Sahaja) bagi satu-satu masa boleh diluluskan oleh
Pengerusi bersama-sama Bendahari atau Setiausaha.

5.2 lebih daripada RM500.00 hingga RM2,500.00 (Ringgit Malaysia


Lima Ratus Hingga Dua Ribu Lima Ratus Sahaja) bagi satu-
satu masa tidak boleh dibayar tanpa diluluskan terlebih dahulu
oleh Mesyuarat Jawatankuasa.

5.3 dan perbelanjaan lebih daripada RM2,500.00 (Ringgit Malaysia


Dua Ribu Lima Ratus) bagi satu-satu masa tidak boleh
dilakukan tanpa mendapat kebenaran Mesyuarat Agong Khas
terlebih dahulu kecuali untuk pembelian lembu Korban dan
kambing Aqiqah sahaja.

6. Penyata darihal wang diterima dan dibelanjakan serta kunci kira-kira


setahun hendaklah disediakan oleh Bendahari dan diperiksa oleh
Pemeriksa Kira-Kira yang dilantik di bawah Fasal 10 Peraturan ini
dengan seberapa segera setelah tamatnya tahun kewangan. Penyata
Kira-kira yang telah diperiksa itu hendaklah dikemukakan untuk
diluluskan oleh Mesyuarat Agong Tahunan yang berikutnya dan

8
salinannya hendaklah dibekalkan untuk makluman ahli ditempat
urusan Surau.

7. Tahun kewangan Surau ini bermula dari 1hb Januari dan berakhir pada
31hb Disember tiap-tiap tahun.

Fasal 10 PEMERIKSA KIRA-KIRA

1. Dua orang yang bukannya Pegawai Surau boleh dilantik didalam


Mesyuarat Agong Tahunan sebagai Pemeriksa Kira-Kira. Mereka akan
memegang jawatan selama dua tahun dan boleh dilantik semula.

2. Pemeriksa Kira-Kira adalah dikehendaki memeriksa kira-kira Surau


bagi satu tahun dan membuat laporan atau pengesahan untuk
Mesyuarat Agong Tahunan. Mereka juga dikehendaki pada bila-bila
masa oleh Pengerusi memeriksa kira-kira Surau bagi mana-mana
masa didalam tempoh perkhidmatan mereka dan membuat laporan
kepada Jawatankuasa.

9
Fasal 11 PERNIAGAAN

1. Surau boleh menjalankan aktiviti perniagaan yang halal dari segi


hukum syarak untuk menjana pendapatan, menampong kos
penyelenggaraan atau menganjurkan aktiviti-aktiviti yang bermanafaat
untuk umat Islam dikariah ini.

2. Pembelian harta kekal (freehold assets) seperti gerai perniagaan, rumah


kedai, rumah kediaman, kilang atau tanah dibenarkan

3. Harta-harta kekal tersebut diatas boleh disewakan pada harga pasaran


dan dimajukan untuk menjadi punca pendapatan bagi Surau.

4. Semua harta kekal ini tidak boleh dijual sama sekali melainkan jika
kawasan itu perlu dibangunkan oleh kerajaan untuk pembangunan
atau kegunaan masyarakat majmuk. Tiap-tiap penjualan mesti
terdahulu mendapat kelulusan dan persetujuan dalam Mesyuarat
Agong Khas.

5. Sebuah syarikat sendirian berhad boleh ditubuhkan untuk menjalankan


aktiviti perniagaan jika sekira ianya terlalu besar atau terlalu rumit bagi
jawatankuasa Surau untuk mengendalikannya.

6. Mengenai pengurusannya ahli Jawatankuasa boleh melantik pihak


pengurusan yang berwibawa bagi tujuan tersebut.

7. Dan ahli Lembaga Pengarah syarikat tersebut mestilah terdiri daripada


sekurang-kurangnya dua orang Ahli Jawatankuasa Surau itu sendiri.

8. Jika seseorang Ahli Jawatankuasa Surau itu enggan atau keberatan


menjadi ahli Lembaga Pengarah dengan sebab-sebab munasabah
dalam syarikat sendirian berhad yang ditubuhkan; beliau mesti
membuat surat mengenainya kepada Setiausaha Surau Ar-Rahman.

9. Dan jika sekira perkara 8 diatas berlaku, maka Ahli Jawatankuasa Surau
berkuasa melantik orang dalam pandangan mereka yang
berkelayakan dan beramanah untuk menjalankan tanggung jawab
tersebut.

10. Dan semua orang yang dilantik sebagai ahli Lembaga Pengarah tidak
mempunyai kuasa-kuasa mutlak, pemutus atau ‘veto power / vote’.
Sebaliknya semua keputusan-keputusan mengenai pentadbiran,
perjalanan dan hala tuju syarikat adalah dibawah kuasa Ahli
Jawatankuasa Surau bersama.

11. Satu akaun bank berasingan hendaklah dibuka atas nama syarikat.

10
12. Penyata dari hal wang diterima dan dibelanjakan serta kunci kira-kira
setahun syarikat hendaklah disediakan oleh Akauntan syarikat selepas
juruaudit yang bertauliah (Licensed & Certified Auditor) membuat
laporan mereka. Penyata Kira-kira yang telah diaudit itu hendaklah
dikemukakan kepada Bendahari Surau untuk dibawa dalam Mesyuarat
Agong Tahunan Surau yang berikutnya.

13 Cek-cek syarikat mesti ditandatangani oleh salah satu daripada ahli


Lembaga Pengarah syarikat berserta dengan seorang ahli
jawatankuasa surau iaitu Pengerusi atau Bendahari sahaja.

14. Tiap-tiap wang keluar mestilah dengan menggunakan baucer yang


menyatakan dengan terang mengenai tujuan atau maksud
pengeluaran atau pembayaran itu.

15. Had maksima bagi satu-satu pengeluaran atau pembayaran syarikat


ialah RM 5,000.00 tanpa mesyuarat ahli jawatankuasa Surau.

16. Pengeluaran atau pembayaran melebihi RM 5,000.00 mestilah dengan


mendapat kelulusan mesyuarat ahli jawatankuasa surau.

17. Sewa

17.1. Penyewaan harta-harta kekal Surau hendaklah diutamakan


dahulu kepada ahli-ahli kariah Jalan Kemboja. Jika tidak ada
penyewa dari kalangan ahli-ahli kariah Jalan Kemboja, maka
boleh dibuka kepada penyewa dari luar kariah. Keutamaan di
berikan kepada mereka yang beragama Islam dahulu.

17.2 Perjanjian sewa mesti dimeterai diantara pihak syarikat dengan


sipenyewa.

17.3. Cagaran harta tetap yang dikenakan kepada penyewa ialah


satu bulan wang pendahuluan sewa mengikut harga pasaran
dan satu bulan cagaran letrik dan air mengikut keadaan
semasa atau harga pasaran.

17.4. Pembayaran sewa mestilah dibuat selewat-lewatnya 14


haribulan pada tiap-tiap bulan.

17.5. Bil-bil letrik dan air mesti dibayar oleh penyewa itu sendiri.

11
18. Jenis Penyewaan Yang Di Benarkan

18.1 Jenis penyewaan yang dibenarkan ialah untuk perniagaan halal


sahaja mengikut hukum syarak.

18.2 Jika penyewa adalah dari kalangan bukan umat Islam, mereka
tidak boleh menjalankan perniagaan restoran, perjudian, arak,
runcit, pub, snooker, pembelaan khinzir, kilang memproses atau
setor simpanan yang menggunakan barangan tidak halal dan
sebagainya.

19. Keengkaran Bayaran Sewa

19.1 Jika penyewa tidak membayar sewa bulanan selama 2 bulan


berturut-turut, maka Jawatankuasa Surau boleh memberi surat
peringatan tuntutan bayaran sewa.

19.2 Dan jika penyewa tidak membayar sewa bulanan selama 3


bulan berturut-turut, maka Jawatankuasa Surau boleh memberi
notis untuk mengosongkan premis tersebut dalam masa 14
hari.

19.3 Dan jika penyewa tidak mengosongkan premis dalam tempoh


tersebut atau bersikap berkasar kepada Jawatankuasa Surau,
maka Jawatankuasa Surau boleh membuat laporan polis, dan
dengan bantuan polis, memasuki premis tersebut untuk
mengeluarkan barang-barang yang ada dalam dan mengunci
premis itu selepas selesai mengeluarkan barang-barang itu.

19.4 Barang-barang yang terdapat dalam premis tersebut boleh di


ambil, dijual atau dengan apa cara jua bagi mendatangkan hasil
untuk membayar hutang sewa atau bayaran tunggakan bil letrik
dan air.

19.5 Dan jika sekira penyewa menghilangkan diri dan segala usaha
untuk mencari mereka telah dijalankan dengan bersungguh-
sungguh menemui jalan buntu, maka laporan polis boleh dibuat
bagi mengeluarkan dan menjualkan barang-barang yang
terdapat dalam premis itu.

12
Fasal 12 HARTA WAKAF

1. Jika ahli atau sesiapa ingin mewakafkan harta mereka kepada Surau
semasa hidup atau selepas mati mesti membuat surat wasiat semasa
dalam keadaan sihat dan waras pemikiran mereka semasa hidup.

2. Surat wasiat mestilah diserahkan semasa hidup keJawatankuasa


Surau untuk disimpan.

3. Jika sekiranya terdapat bantahan dari ahli keluarga, maka pihak


Jawatankuasa Surau akan meletakkan harta tersebut kedalam
Amanah Raya Berhad sehingga keputusan mahkamah diperolehi.

4. Pihak Surau tidak akan menanggong segala kos dalam perkara 3.

5. Jawatankuasa Surau akan melaksanakan pentadbiran harta wakaf


seperti mana yang tercatit dalam surat wasiat tersebut.

Fasal 13 TABUNG AMANAH

1. Tabung Amanah seperti Tabung Badan Khairat Kematian, Tabung


Pelajaran atau Tabung Bencana dan lain-lain boleh diujudkan
mengikut keadaan semasa.

2. Satu akaun bank yang berasingan wajib diadakan bagi mengelakkan


kekeliruan.

3. Ahli Jawatankuasa dari kalangan ahli boleh dilantik untuk menerajui


Tabung-Tabung tersebut.

4. Dari perihal kewangan dalam Tabung-Tabung tersebut perkara-


perkara dalam Fasal 9 boleh diguna pakai.

13
Fasal 14 DERMA DAN SUMBANGAN

1. Semua jenis wang derma dan sumbangan daripada ahli-ahli kariah


boleh dipungut bagi tujuan dalam Fasal 13.

2. Derma-derma dan sumbangan tersebut daripada ahli kariah mesti


disusuli dengan resit kecuali derma atau sumbangan yang dibuat
melalui tabung yang disediakan dalam surau. Resit-resit tersebut
mesti dinyatakan dengan jelas tujuannya.

3. Bayaran derma atau sumbangan kepada Badan-Badan Amal, Badan-


Badan Kebajikan Islam, Pertubuhan Islam, Pembinaan surau dan
masjid atau fakir miskin atau orang perseorangan yang menghadapai
musibah boleh dibuat dengan persetujuan Mesyuarat Ahli
Jawatankuasa.

4. Untuk bayaran derma keBadan-Badan Amal, Badan-Badan Kebajikan


Islam, Pertubuhan Islam, surau dan masjid dan sebagainya mesti
disusuli dengan baucer pengeluaran dan resit penerimaan resmi.

5. Bagi ahli-ahli yang ingin menderma atau menyumbang dalam bentuk


barangan seperti sejadah, lampu atau apa-apa jua jenis keperluan
Surau boleh membuat demikian dengan menghubungi mana-mana
ahli jawatankuasa surau.

14
Fasal 15 HARTA TIDAK KEKAL SURAU DAN PENGGUNAANNYA

1. Ahli Jawatankuasa hendaklah melantik seorang daripada mereka


untuk memantau harta-harta tidak kekal Surau.

2. Beliau hendaklah menyimpan buku rekod atau database mengenai


maklumat harta tidak kekal tersebut. Beliau juga akan
bertanggongjawab keatas peminjaman serta pemulangan semua
harta-harta tersebut daripada ahli-ahli Surau. Dan laporan tahunan
mesti disediakan dan diperiksa oleh Pemeriksa Kira-Kira sebelum
dibawa keMesyuarat Agong.

3. Setiap ahli yang berdaftar dan membuat sumbangan bulanan dengan


tepat boleh menggunakan harta surau bagi tujuan kenduri kendara
tanpa apa-apa bayaran.

4. Setiap ahli yang berdaftar tetapi tidak membuat sumbangan bulanan


dengan tepat dinasihatkan supaya melunaskan tunggakan sumbangan
tersebut sebelum menggunakan harta-harta Surau yang disebut.

5. Jika ahli kariah itu tidak berdaftar keahliannya tetapi ingin menikmati
kemudahan tersebut, mereka boleh berbuat demikian akan tetapi
dikenakan sewa yang telah ditetapkan oleh Ahli Jawatankuasa.

6. Pinjaman harta tidak kekal surau boleh dibuat dengan menggunakan


borang yang telah disediakan serta sahkan oleh seorang Ahli
Jawatankuasa yang ditugaskan.

7. Ahli atau orang perseorangan yang meminjam harta Surau bagi tujuan
kenduri kendara mesti bertanggongjawab menggantikan barang-
barang yang pecah, rosak atau kurang bilangannya.

8. Seorang Ahli Jawatankuasa yang ditugaskan mesti memastikan


bahawa barang-barang yang dipinjamkan dan pulangkan mesti dalam
keadaan baik dan sempurna.

9. Harta tidak kekal yang dimaksudkan diatas ialah peralatan seperti


tungku, periuk belangga, kawah, pinggan mangkuk, dulang, tikar,
sejadah, khemah, kipas angin, payung dan alat-alat .

15
Fasal 16 CUKAI PENDAPATAN

Segala cukai pendapatan daripada hasil aktiviti perniagaan yang dijalankan


mestilah dijelaskan selepas audited report di keluarkan.

Fasal 17 PEMBAYARAN ZAKAT

1. Pembayaran Zakat Pendapatan sebanyak 2.5% atas semua


pendapatan kasar.

2. Pembayaran Zakat Wang Simpanan sebanyak 2.5% atas baki yang


terendah dan melebihi nisab yang tersimpan selama setahun setelah
ditolak faedah (jika di simpan dalam akaun konvensional).

3. Pembayaran Zakat Perniagaan sebanyak 2.5% atas aset semasa


bersih yang diselaraskan.

4. Pembayaran Zakat Bangunan sebanyak 2.5% atas harga bangunan.

Fasal 18 TAFSIRAN PERATURAN-PERATURAN

1. Diantara berlangsungnya Mesyuarat Agong, Jawatankuasa boleh


memberi tafsiran kepada Peraturan-Peraturan ini dan Jawatankuasa,
jika mustahak, boleh memutuskan perkara-perkara yang tidak
terkandung didalam Peraturan-Peraturan.

2. Kecuali perkara-perkara yang bertentangan atau tidak selaras dengan


dasar yang telah dibuat dalam Mesyuarat Agong, keputusan
Jawatankuasa terhadap ahli-ahli adalah muktamad jika tidak diubah
oleh keputusan Mesyuarat Agung.

Fasal 19 PENASIHAT / PENAUNG

1. Jawatankuasa boleh, jika difikirkan perlu, melantik orang-orang yang


layak menjadi Penasihat / Penaung bagi Surau ini dengan syarat
orang yang dilantik itu menyatakan persetujuannya secara bertulis.

2. Penasihat / Penaung hanya boleh memberi pandangan atau nasihat


mengenai satu-satu perkara atau isu tetapi tidak boleh mencampuri
segala urusan hal-ehwal perjalanan pentadbiran, perancangan,
aktiviti-aktiviti Surau yang aturkan oleh Ahli Jawatankuasa dan ahli-
ahli.

3. Penasihat / Penaung tidak mempunyai kata pemutus tetapi ada hak


mengundi jika sekira beliau adalah dari kalangan penduduk atau
mempunyai rumah di Jalan Kemboja.

16
Fasal 20 LARANGAN

1. Semua permainan yang bergantung kepada semata-mata kepada


nasib tidak boleh dimainkan di dalam kawasan Surau.

2. Semua jenis permainan judi tidak boleh dimainkan didalam kawasan


Surau.

3. Surau ini tidak boleh menjalankan loteri sama ada dikhaskan kepada
ahli-ahli atau tidak, atas nama Surau atau Pegawai-Pegawai atau
Jawatankuasa atau ahli.

4. “Faedah” atau “Keuntungan” daripada apa-apa hasil pendapatan,


tidaklah boleh diberikan oleh Surau kepada mana-mana ahlinya.

5. Surau atau ahli-ahlinya tidak dibenarkan untuk menganjurkan


sebarang perbincangan, perjumpaan atau pemilihan berunsur politik di
dalam kawasan Surau ini.

Fasal 21 KENDERAAN JENAZAH

1. Kenderaan Jenazah hanya boleh digunakan untuk mengambil mayat dari


mana-mana tempat kematian itu berlaku dan menghantar Jenazah
tersebut keTanah Perkuburan yang diwartakan oleh Majlis Agama
Islam Selangor atau tempat-tempat seperti kampung halaman
keluarga simati atau sebagainya.

2. Selain daripada itu Kenderaan Jenazah ini boleh digunakan sebagai


kenderaan kecemasan seperti ambulans dimana tempat keranda itu
boleh digantikan dengan ‘stretcher’. Juga ianya boleh digunakan
sebagai kenderaan 11 penumpang untuk urusan resmi Surau sahaja.

3. Penggunaan kenderaan sebagai kenderaan Jenazah atau ambulans oleh


semua ahli Surau dan semua umat Islam pemastautin diTaman-
Taman disekeliling surau ini tertakluk kepada syarat-syarat atau
terma-terma sewa yang ditetapkan.

4. Pemandu Kenderaan ini mestilah seseorang yang mempunyai lesen


Kelas ‘D’ yang luput tempoh sahlakunya.

5. Penyelenggaraan kenderaan hanya boleh dibuat dibengkel pemegang


francais kenderaan itu sahaja.

6. Pelupusan kenderaan ini mesti mendapat kelulusan dari Majlis Agama


Islam Selangor.

17
Fasal 22 PINDAAN PERATURAN-PERATURAN

Peraturan-Peraturan ini tidak boleh diubah atau dipinda kecuali dengan


keputusan Mesyuarat Agong. Permohonan untuk perubahan atau pindaan
kepada Peraturan-Peraturan ini hendaklah dibuat kepada Ahli Jawatankuasa
dalam masa 60 hari dari tarikh keputusan Mesyuarat Agong meluluskan
perubahan atau pindaan itu. Ia hanya boleh dikuatkuasakan mulai daripada
tarikh perubahan atau pindaan itu diterima oleh Jawatankuasa.

Fasal 23 PEMBUBARAN

1. Surau ini boleh dibubarkan secara sukarela dengan persetujuan tidak


kurang daripada tiga perlima (3/5) daripada jumlah ahli yang
menghadiri dalam satu Mesyuarat Agong yang dipanggil khas kerana
nya.

2. Sekiranya Surau dibubarkan secara yang disebutkan diatas maka


segala hutang dan tanggungan Surau yang sah mengikut undang-
undang hendaklah diselesaikan mengikut cara yang dipersetujui
dalam Mesyuarat Agong berkenaan. Baki wang yang lebih boleh di
agih-agihkan sesama ahli atau dihantar ke Baitulmal.

3. Kenyataan bersabit dengan pembubaran itu hendaklah disampaikan


kepada semua ahli dalam masa 14 hari dari tarikh pembubaran itu.

18

You might also like