You are on page 1of 25

KOMUNIKASI BERKESAN

Komunikasi lazimnya menyampaikan sesuatu


utusan melalui pertuturan atau tulisan.

Berbeza dengan komunikasi lisan, komunikasi


tanpa lisan dilihat dalam perlakuan seseorang
selaku maklum balas.

Tanpa berkata apa-apa, seseorang itu boleh


berkomunikasi menerusi reaksi yang dipaparkan
pada orang lain.
 Definisi komunikasi bukan lisan
dikemukakan oleh Wood (2001), Gamble &
Gamble (2002), Trenholm & Jensen (1998)
dan ramai lagi.

 Secara umumnya, kesemua bentuk
komunikasi yang bertujuan menyampaikan
mesej atau maklumbalas tanpa perkataan
merupakan komunikasi tanpa lisan.
 Suara yang sebak bunyinya, nada suara,
muka masam, senyuman sinis, cara
berpakaian, barang hiasan diri, cara duduk,
berdiri isyarat tangan dan jarak seseorang
ketika bercakap dengan seseorang yang
lain mengukuhkan mesej dalam komunikasi.
 Walau bagaimanapun, komunikasi tanpa
lisan juga boleh merubah maksud sebenar
komunikasi. Ia boleh menimbulkan
kekeliruan atau mengaburi maksud sebenar
dalam komunikasi.
 Seseorang yang prihatin terhadap isyarat
tanpa lisan akan memahami apa yang
diperkatakan sekaligus menghuraikan
hubungan yang wujud.
Kinesics
 Pergerakan badan dan apa yang dilihat
pada wajah menggambarkan seribu makna.
 Anggukan kepala, gerak bibir, pergerakan
atau renungan mata mampu memukau
perasaan seseorang.
 Mata mempunyai kemampuan menyatakan
dengan jelas rasa kebencian, kesukaan
atau marah, cinta, kesangsian mahupun
kebosanan.
 Dalam sesetengah keadaan, sukar bagi
seseorang itu untuk mengawal riak
wajahnya.
 Apabila seseorang yang menunjukkan
kemesraan atau wajah tersenyum maka
persepsi kita bahawa ia bersifat terbuka dan
boleh dibawa berbincang.
 Ekspresi muka mudah dikenal pasti apabila
ia berlaku secara spontan dan reaksi itu
biasanya berlaku dalam beberapa saat
sahaja.
 Melalui pengamatan air muka, kita akan
mengetahui sama ada seseorang itu
bercakap benar atau tidak.
 Jika air muka bertentangan dengan apa
yang diperkatakan, maka kita tahu bahawa
individu itu tidak bercakap benar.

 Gerak mata juga merupakan isyarat


komunikasi tanpa lisan.

 Dengan memberi isyarat melalui pandangan


mata atau pergerakan mata, kita akan
mengetahui sama ada seseorang itu suka
atau tidak suka tentang sesuatu perkara.
 Mata juga bermampuan memberitahu
sesuatu jawapan dalam banyak persoalan
yang timbul malahan ia juga kadang kala
menyembunyikan perasaan yang sebenar.

 Memandang ke arah lain mungkin


menggambarkan rasa bersalah.
Artifak (Objek)
 Artifak boleh menyatakan identiti seseorang
sama ada berbentuk gender, stail, situasi
 tertentu, keagamaan, semangat patriotik,
profesional, personaliti , status dan minat
 Seseorang wanita yang mengenakan
pakaian yang cantik dan perhiasan diri
seperti rantai, gelang, cincin dan kasut tumit
tinggi dengan gincu dan bedak muka serta
alis mata yang diwarnakan boleh
memaparkan imej tertentu kepada khalayak.
 Begitu juga lelaki mencacah tatu
 Seorang yang ingin memaparkan imej
profesionalnya akan mengenakan sut
berwarna gelap seperti cokelat, hitam atau
kelabu ketika membuat temu janji dengan
kliennya.
 Seringkali juga dilihat seseorang yang
menghiasi dinding pejabatnya dengan
anugerah,gambar atau pingat-pingat
keberanian yang diterima untuk
menunjukkan status atau sebagai
kenangan.
 Kesemua bentuk artifak yang digunakan
bertujuan mengkomunikasi secara bukan
lisan mesej kepada siapa yang melihat atau
memerhatikan sesuatu keadaan.
Haptics (Sentuhan)
 Sentuhan merupakan komunikasi bukan
lisan yang menyampaikan makna dalam
perhubungan
 Setiap orang mempunyai tanggapan yang
berlainan terhadap sentuhan.

 Sentuhan yang dianggap biasa bagi


seseorangmungkin dianggap biadap atau
bermotif seksual bagi seseorang yang lain.
Paralanguage
 Ciri-ciri paralanguage melibatkan nada
suara, kelajuan, ”volume”dan kualiti. Ini
termasuklah bunyi keluhan, ketawa,
mengerang, “pause” atau ritma bunyi.
 Nada suara boleh menggambarkan sama
ada seseorang itu dalam ketakutan atau
tidak selesa, sedih atau susah hati.
 Nada suara yang mendatar sahaja tidak
akan berupaya menarik perhatian. Ada
kemungkinan khalayak atau penerima yang
mendengarnya akan berasa bosan dan
tidak memberikan perhatian terhadap
sumber dan juga mesej tersebut.
(Senyap)
 Kadangkala seseorang akan “menyepi diri”
atau “diam seribu bahasa”.
 Bertindak senyap kadang kala lebih
memberi makna dari pengucapan biasa.
 Pasangan yang memahami antara satu
sama lain tidak memerlukan kata-kata untuk
menyatakan perasaan.
Ciri-ciri komunikasi bukan lisan
 1. Berlaku secara langsung tanpa
disedari
 Sama ada disedari atau tidak, kita
kadang kala mengerling mata, senyum,
pura-pura tidak mendengar atau
mengeluh.
2. Mengukuhkan mesej lisan
 Perlakuan serta isyarat bukan lisan
mengukuhkan maksud mesej yang ingin
disampaikan

 Dalam keadaan di mana Camilia berbincang


dengan Mazni lalu tiba-tiba meninggikan
suara dan menghentak meja maka
perbuatan tersebut memberitahu betapa
seriusnya mesej yang ingin disampaikan
3. Melibatkan mesej yang kabur
 Mesej bukan lisan boleh membawa mesej
yang kabur. Malah seseorang harus berhati-
hati dalam membuat andaian terhadap
sesuatu yang berlaku.
4. Bercanggah dengan
komunikasi lisan
 Kekeliruan yang berlaku ini selalu berlaku
dalam komunikasi lisan memandangkan apa
yang diperkatakan berlawanan dengan
reaksi yang dipaparkan
Kesimpulan
 Komunikasi lisan berlaku secara spontan
tanpa kawalan.
 Isyarat komunikasi bukan lisan berlaku
serentak dengan berkomunikasi secara
tuturan. Namun, ia terdedah kepada
pelbagai interpretasi sama ada tepat atau
tidak.
 Setiap satu bentuk komunikasi tanpa lisan
mencerminkan budaya dan identiti peribadi
seseorang dan mempengaruhi komunikasi.
 Faktor budaya, gender dan amalan
kehidupan turut mempengaruhi komunikasi
tanpa lisan.
 Perbezaan antara budaya melahirkan
berbagai maksud yang boleh disalahtafsir
dan melumpuhkan komunikasi yang
berkesan
 Kehadiran teknologi juga memberi implikasi
terhadap kaedah komunikasi bukan lisan.

You might also like