You are on page 1of 2

BERFIKIR SEBELUM MENJAWAB

Menjawab soalan peperiksaan bukan hanya memerlukan anda menulis berdasarkan


apa yang anda ketahui dan ingati tetapi memerlukan anda berfikir. Berfikir
melibatkan 3 proses iaitu:

 Menganalisis
 Memahami
 Mengaplikasi

1. MENGANALISIS

Analisis ialah mengamati ketika membaca soalan, kenyataan atau pilihan jawapan
yang diberikan dalam kertas soalan secara teliti dan menyeluruh.  Kemudian cuba
cari perkataan yang membentuk soalan seperti perkataan apakah, di manakah,
huraikan, nyatakan, terangkan, berikan dan sebagainya. 
Sebagai contoh soalan bahagian B dalam kertas Sains UPSR  yang melibatkan
eksperimen, soalan-soalannya mungkin berbentuk seperti berikut iaitu:
"Apakah pemerhatian berdasarkan eksperimen di atas? Berdasarkan pemerhatian
berikan  inferens?"

2. MEMAHAMI

Memahami ialah mengetahui jawapan yang akan diberikan mengikut kehendak


soalan.  Ramai pelajar yang boleh menjawab tetapi tidak menjurus kepada kehendak
soalan.  Ini menyebabkan anda akan kehilangan markah.  Oleh itu pastikan jawapan
yang anda akan jawab itu betul-betul menepati kehendak soalan.

3. MENGAPLIKASI

Mengaplikasi bermaksud menyesuaikan jawapan yang ada dengan soalan yang


diberikan.  Langkah ini memerlukan anda memahami dahulu soalan sepertimana
yang terdapat pada langkah kedua tadi.

Berdasarkan apa yang disebutkan di atas, jelas menunjukkan setiap pelajar perlu
berfikir sejenak sebelum menjawab soalan.  Berfikir memerlukan persiapan diri. 
Berikut adalah panduan persiapan diri agar anda boleh berfikir dengan baik:

 Beri tumpuan kepada peperiksaan tanpa memikirkan perkara lain.


 Bertenang ketika mendapat kertas soalan.
 Membaca soalan tanpa terlalu gopoh gapah
 Membaca keseluruhan ayat pada soalan atau pilihan jawapan.  Jangan
membaca hanya membaca sebahagian sahaja.  Ada pelajar yang hanya
membaca sebahagian soalan dan terus memilih jawapan.  Jangan lakukan
seperti ini!
Berikut pula diberikan beberapa panduan untuk menjawab soalan kertas
Sains bahagian B.

Untuk maklumat pelajar soalan bahagian B sebenarnya adalah mudah untuk


mendapat markah sekiranya anda mengikuti panduan-panduan berikut:

 Semua jawapan yang akan anda berikan nanti adalah terdapat pada rajah,
jadual atau eksperimen yang diberikan pada kertas soalan.
 Oleh itu anda harus menganalisis serta memahaminya  dahulu semua
maklumat yang diberikan dengan teliti serrta dalam keadaan yanga tenang.
 Anda harus menumpukan fikiran serta pengamatan pada segala maklumat
yang berikan pada kertas soalan. Anda tidak perlu mencari jawapan selain
daripada maklumat yang diberikan di dalam soalan tersebut.
 Jawapan perlu ringkas dan tepat tanpa menggunakan ayat yang panjang.
 Anda harus bijak untuk memilih dan memberi jawapan dengan melihat dan
memahami segala maklumat yang diberikan.
 Oleh itu anda harus berfikir dahulu sebelum menjawab.

Diharapkan panduan di atas boleh membantu anda menjawab soalan peperiksaan


dengan lebih berkeyakinan serta mampu beroleh kejayaan yang cemerlang.
Insyaallah!

You might also like